tesis penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru pelatih
AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk...
-
Upload
trinhtuong -
Category
Documents
-
view
238 -
download
9
Transcript of AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk...
AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, NEGERI KEDAH
NG YING SHYA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK, NEGERI KEDAH
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya NG YING SHYA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √
Disahkan oleh
______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 69, KAMPUNG BARU, 08300 GURUN, DR. TAN SOO YIN KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh: 12 MAC 2004 12 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan : _______________
Nama Penyelia : DR. TAN SOO YIN
Tarikh : 12 MAC 2004
AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK,
NEGERI KEDAH
NG YING SHYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________
Nama Penulis : NG YING SHYA
Tarikh : 12 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Buatmu ayah (NG TEE SENG) dan ibu (LEE GIK HON) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini….
Buatmu adik (NG YEONG KAN) yang tersayang,
Terima kasih atas sokongan, nasihat,
kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan saya lupai….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya….
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah diberi
peluang untuk membuat satu Projek Sarjana Muda (PSM) yang bertajuk “Amalan
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di Kalangan Guru-guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik, Negeri Kedah” pada tahun akhir ini. Di sini, saya ingin
melaungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia PSM saya, Dr. Tan Soo
Yin. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan beliau, PSM ini mungkin tidak akan
disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan
guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah. Dengan kerjasama
mereka, saya dapat mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dengan begitu
lancar. Segala maklumat yang dibekalkan oleh pihak sekolah amat bernas dan
sangat membantu saya dalam menyiapkan penyelidikan PSM.
Di samping itu, saya juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan. Tanpa sokongan dan bantuan mereka, PSM ini mungkin tidak
akan saya sediakan dengan begitu lancar.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti
Pendidikan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk
membantu saya dalam proses menyediakan PSM ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan penggunaan alat bantu mengajar
(ABM) di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.
Objektif kajian ini adalah meninjau kemudahan ABM, mengenalpasti tahap
penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, meninjau kesesuaian ABM bagi mata pelajaran teknikal,
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti perbezaan antara penggunaan ABM
mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah
menengah teknik, negeri Kedah. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 125
orang guru teknikal dari lima buah sekolah menengah teknik, negeri Kedah. Data
dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara berkomputer dengan menggunakan
“Statistical Packages for Social Sciences” atau dikenali sebagai SPSS versi 11.0.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penggunaan ABM tidak menggalakkan
dan masih berada di tahap penggunaan yang rendah. Secara keseluruhan, pelbagai
kemudahan ABM terdapat di sekolah menengah teknik, tetapi bukan semua
kemudahan ABM sesuai dengan mata pelajaran teknikal yang diajar. Kajian ini juga
mendapati faktor pengurusan dan pentadbiran merupakan faktor utama
mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian
dibincangkan. Cadangan kajian tindakan dan cadangan kajian lanjutan turut
disarankan.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the practice of using teaching aids
among technical teachers in technical schools, Kedah. Specifically, the objectives of
this study were to identify: the availability of teaching aids’ equipment, the level of
teaching aids used by technical teachers in the teaching and learning process, the
applicability of teaching aids for technical subjects, the factors which influence the
using of teaching aids and the differences in the level of using teaching aids based on
gender and teaching experience among technical teachers in technical schools,
Kedah. Questionnaires were distributed to 125 technical teachers from five technical
schools in Kedah. The data collected was analyzed by using computer software
Statistical Packages for Social Sciences or SPSS version 11.0. The findings of study
showed that the practice of using teaching aids was not encourageable and at the low
level. As a whole, the variety of teaching aids’ equipment available in technical
schools, but not all the equipments are suitable for technical subjects. This study
also discovered that the management and administration is the main factor influences
the using of teaching aids in teaching and learning process. This study showed no
significant differences between the level of using teaching aids among technical
teachers in teaching and learning process based on the gender and teaching
experience. The implication of the study was discussed. The suggestions for future
research were also indicated.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
viii
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 9
1.10 Kesimpulan 10
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian Lepas Tempatan 12
2.3 Kajian Lepas Luar Negara 17
2.4 Kemudahan Alat Bantu Mengajar (ABM) 18
2.5 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan 20
Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2.6 Kesan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Proses 23
Pengajaran dan Pembelajaran
2.7 Penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) 26
2.8 Pengetahuan dan Kemahiran Guru-guru dalam 27
Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM)
2.9 Kesimpulan 27
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 37
3.8 Penganalisisan Data Kajian 38
3.9 Kesimpulan 40
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA 41 4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2.2 Taburan Responden Mengikut 42
Pengalaman Mengajar
4.3 Analisis Item-item Persoalan Kajian 43
4.3.1 Kemudahan Alat Bantu Mengajar (ABM) 44
yang Terdapat di Sekolah-sekolah
4.3.2 Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar 46
(ABM) oleh Guru-guru Teknikal dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
x
4.3.3 Kesesuaian Alat Bantu Mengajar (ABM) 49
dalam Mata Pelajaran Teknikal
4.3.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi 51
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
4.4 Analisis Inferensi 61
4.4.1 Analisis Ujian-T terhadap Penggunaan 61
Alat Bantu Mengajar (ABM)
Berdasarkan Faktor Jantina
4.4.2 Analisis Ujian ANOVA terhadap 62
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Berdasarkan Faktor Pengalaman
Mengajar
4.5 Kesimpulan 64
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 65
CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Kajian 65
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 67
5.3.1 Latar Belakang Responden 67
5.3.2 Objektif Pertama 68
5.3.3 Objektif Kedua 69
5.3.4 Objektif Ketiga 70
5.3.5 Objektif Keempat 70
5.3.6 Objektif Kelima 74
5.4 Implikasi Dapatan 75
xi
5.5 Cadangan Kajian Tindakan 77
5.5.1 Cadangan kepada Kementerian 77
Pendidikan Malaysia
5.5.2 Cadangan kepada Pentadbir Sekolah 78
5.5.3 Cadangan kepada Guru-guru 79
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.7 Kesimpulan 80
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 83
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN Lampiran A – G 90 - 101
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan guru teknikal mengikut sekolah 31
3.2 Bilangan responden mengikut sekolah 31
3.3 Pembahagian soalan dalam soal selidik 32
3.4 Skala kadaran 3 markat 33
3.5 Skala kadaran 5 markat 33
3.6 Penukaran kekerapan kepada tiga tahap 34
3.7 Skala kadaran 4 markat 34
3.8 Skala Likert 5 markat 35
3.9 Pecahan item positif dan negatif bagi faktor 35
mempengaruhi penggunaan ABM
3.10 Peringkat persetujuan dan pemberian nilai 36
skor bagi item positif dan negatif
3.11 Data demografi responden 38
3.12 Skor Min bagi menentukan tahap penggunaan 39
ABM oleh guru-guru teknikal
4.1 Taburan responden mengikut jantina 42
4.2 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 43
4.3 Kemudahan ABM yang terdapat di sekolah-sekolah 44
4.4 Tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal 46
mengikut jenis ABM
4.5 Tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal 48
secara menyeluruh
4.6 Kesesuaian ABM dalam mata pelajaran teknikal 49
4.7 Taburan item-item bagi faktor pengurusan dan 51
pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM
xiii
4.8 Taburan item-item bagi faktor kemudahan peralatan 54
yang mempengaruhi penggunaan ABM
4.9 Taburan item-item bagi faktor kepentingan 56
penggunaan yang mempengaruhi penggunaan ABM
4.10 Taburan item-item bagi faktor masalah penyediaan 58
dan penggunaan yang mempengaruhi penggunaan
ABM
4.11 Perbandingan faktor-faktor yang mempengaruhi 60
penggunaan ABM
4.12 Analisis ujian-T terhadap penggunaan ABM 62
berdasarkan faktor jantina
4.13 Analisis ujian ANOVA terhadap penggunaan ABM 63
berdasarkan faktor pengalaman mengajar
xiv
SENARAI SIMBOL
S.D - Sisihan piawai
Ho - Hipotesis nol
df - Darjah kebebasan
p - Nilai signifikan
Nilai t - Nilai t criteria
Nilai F - Nilai t kiraan
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal selidik untuk responden 90
B Surat kebenaran untuk menjalankan kajian 95
di sekolah-sekolah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
C Surat kebenaran untuk menjalankan kajian 97
di sekolah-sekolah oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah Darul Aman
D Surat pengesahan pelajar 98
E Surat permohonan melawat Universiti Sains 99
Malaysia
F Surat permohonan melawat Universiti Malaya 100
G Jadual Persampelan Krejcie dan Morgan 101
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Pada 28 Februari, 1991, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad dalam Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia telah
mengemukakan arah masa depan negara kita dan cara kita patut berusaha untuk
mencapai matlamat dalam membangunkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara
perindustrian yang maju pada tahun 2020. Di samping itu, sembilan cabaran yang perlu
diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia telah digariskan oleh beliau dan
salah satu cabaran tersebut adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi, malahan menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi pada masa depan (Muhammad Nur Manuty, 1991).
Dalam konteks ini, pendidikan merupakan aspek yang utama dalam
pembentukan identiti rakyat Malaysia dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan
pembangunan Malaysia (Wan Mohd. Zahid, 1988).
Untuk tujuan tersebut, sekolah-sekolah menengah teknik telah diberikan mandat
untuk menjayakannya. Tujuan pendidikan teknik adalah memberi pendidikan akademik
yang seimbang, menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada
pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut, memupuk dan
2
mengekalkan minat dalam bidang teknikal dan seterusnya membolehkan mereka
melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pendidikan tinggi.
Tujuan ini adalah untuk memenuhi keperluan negara yang memerlukan tenaga separuh
mahir dan mahir bagi menampung keperluan negara Malaysia supaya menjadi sebuah
negara perindustrian yang maju pada tahun 2020.
Dengan itu, untuk menarik lebih ramai pelajar dalam mata pelajaran teknikal,
guru-guru teknikal tidak harus mengekalkan cara “chalk and talk” atau cara pengajaran
tradisional lain yang masih diamalkan di kalangan mereka, khususnya di sekolah-
sekolah menengah teknik. Sebaliknya, guru-guru teknikal harus memperbanyakkan
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan
elektronik dalam pengajaran mereka. Menurut Ahmad Jaffni (1989), ABM dapat
merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar di mana minat merupakan satu faktor
yang penting dalam pendidikan.
Untuk memenuhi keperluan kepesatan perkembangan dunia, guru-guru juga
perlu berganjak daripada cara pengajaran tradisional. Untuk berubah, aspek pengajaran
dan pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis
pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh adalah melalui deria-deria kita seperti
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat
dielakkan dalam pengajaran kerana penggunaan alat-alat ini akan membantu pelajar
menajamkan deria mereka untuk membantu mereka mencapai pembelajaran yang
berkesan.
Dengan itu, guru-guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa
tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru
juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif
kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, malah dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan
tenaga kepada pembangunan negara kelak.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kewujudan buku teks dalam dunia pendidikan juga telah banyak menjadi bahan
kajian ahli-ahlinya. Setelah membuat kajian tentang penggunaan buku teks dalam tahun
1950-an di Amerika Syarikat, Hubert dan Harl (Imam Hanafi Soedjiantno, et al. 1981:
II) mendapati guru-guru umumnya adalah sangat bergantung kepada buku teks dalam
usaha melaksanakan tugas mereka.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah
pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah. Kajian-kajian pendidikan
yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk mengikuti
pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran guru membosankan
mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan
oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala (guru - pelajar) di kalangan
kebanyakan guru.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 1985 juga mendapati bahawa 92% guru di Malaysia
masih mengamalkan kaedah pengajaran secara berkuliah. Menurut Johnson & Johnson
(1987), pengajaran tradisional ini merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak
dapat merangsangkan pelajar dengan berkesan. Melalui pengajaran sebegini, pelajar
mudah berasa bosan dan tidak berminat untuk meneruskan pelajaran lebih-lebih lagi jika
mereka tidak memahami kandungan pelajaran tersebut.
Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) (Yusup, 1997). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi
kurikulum ini adalah untuk menggalakkan guru-guru supaya menggunakan pelbagai
ABM semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan
4
menggunakan ABM melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan
maktab perguruan. Sebanyak 14 buah PSPN dan 350 buah PKG telah ditubuhkan untuk
menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan efisien dari peringkat
negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat
sumber untuk menyediakan dan membekalkan ABM untuk guru-guru. Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan menyelia penggunaan ABM
terutama penggunaan siaran radio dan televisyen pendidikan.
Sebenarnya, penggunaan ABM bukanlah sesuatu yang tersisih daripada proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi sebahagian yang padu dalam proses tersebut. ABM
bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan
sebaliknya serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka (Noraziah,
1981).
Seorang ahli falsafah yang terkenal, iaitu Confucius pernah menyatakan: “Saya
mendengar dan saya lupa, saya melihat dan saya ingat, saya membuat dan saya faham”.
Kata-kata ini boleh dirujuk kepada beberapa cara untuk manusia belajar. Ia
membayangkan satu prinsip yang sangat penting kepada guru, iaitu guru tidak harus
hanya bercakap atau memberi kuliah semata-mata kerana bahan yang disampaikan akan
mudah dilupai (Robiah, 1998). Mengikut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil
melihat gambar boleh ingat dengan lebih baik daripada hanya membaca teks sahaja.
Ahli-ahli psikologi telah menjalankan beberapa penyelidikan yang mempunyai
perkaitan dengan kadar pemerolehan pengetahuan pancaindera seseorang. Mereka
mendapati bahawa saluran penerimaan maklumat yang paling berkesan melalui
pancaindera ialah penglihatan (83.0%), pendengaran (11.0%), bau (3.5%), sentuhan
(1.5%) dan rasa (1.0%) (Sumber: Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan Jil. 11 (1983:
35). Hasil ujikaji dan penyelidikan ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa
5
pancaindera penglihatan berupaya memproses 4300000 maklumat sementara
pancaindera pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat.
1.3 Pernyataan Masalah Daripada perbincangan di atas, didapati penggunaan alat bantu mengajar (ABM)
di kalangan guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah
perkara yang baru dalam dunia pendidikan. Oleh sebab kekurangan kajian tempatan
yang mengkaji amalan penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal sekolah
menengah teknik, negeri Kedah, maka kajian ini adalah perlu dilakukan.
Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti amalan penggunaan ABM di
kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan seperti berikut:
i. Meninjau kemudahan alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah-
sekolah menengah teknik, negeri Kedah.
ii. Mengenalpasti tahap penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru
teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
menengah teknik, negeri Kedah.
iii. Meninjau kesesuaian alat bantu mengajar bagi mata pelajaran teknikal
yang diajar oleh guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri
Kedah.
6
iv. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-
guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.
v. Mengenalpasti perbezaan antara penggunaan alat bantu mengajar
mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru
teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-
persoalan kajian berikut:
i. Apakah kemudahan alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah-
sekolah menengah teknik, negeri Kedah?
ii. Apakah tahap penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru teknikal
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
menengah teknik, negeri Kedah?
iii. Apakah alat bantu mengajar yang sesuai bagi mata pelajaran teknikal
yang diajar oleh guru-guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri
Kedah?
iv. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-
guru teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah?
v. Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan alat bantu mengajar
mengikut jantina dan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru
teknikal sekolah menengah teknik, negeri Kedah?