AMALAN PROFESIONAL KEARAH MENGUKUHKAN · PDF fileNamun di samping itu ... amalan profesional...

download AMALAN PROFESIONAL KEARAH MENGUKUHKAN · PDF fileNamun di samping itu ... amalan profesional dan politeknik Malaysia. PENGENALAN Politeknik di bawah Kementerian ... menulis jurnal

If you can't read please download the document

Transcript of AMALAN PROFESIONAL KEARAH MENGUKUHKAN · PDF fileNamun di samping itu ... amalan profesional...

  • 999

    AMALAN PROFESIONAL KEARAH MENGUKUHKAN PROFESIONALISME DALAM KALANGAN PENSYARAH

    POLITEKNIK MALAYSIA.

    Noor Rosmawati Yusuf, Abdul Razak Bin Ahmad & Mohd Mahzan Bin Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    [email protected], [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK Kajian tentang profesionalisme dalam kalangan pensyarah politeknik selepas pelaksanaan Skim Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berkuat kuasa pada tahun 2008, masih kurang dilaksanakan. Justeru kajian ini mengkaji tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik Malaysia berdasarkan tujuh atribut yang telah dikenal pasti iaitu amalan kandungan kursus, pedagogi, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, jaringan kolaborasi dan juga etika kerja. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat dengan jelas pola dan tren atribut yang paling tinggi dan menyumbang serta mengenal pasti atribut yang terendah dalam amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik supaya penambahbaikan dan pengukuhan terhadap profesionalisme dapat dicadangkan kepada pemegang taruh. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach sebanyak 0.956. Bagi mendapatkan maklumat tersebut analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 22.0 digunakan dalam memberi tahap skor min kepada atribut tersebut. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor min=3.54 dan sisihan piawai=0.51. Bagaimanapun terdapat atribut yang berada pada tahap sederhana rendah iaitu amalan penerbitan dengan min=2.70, amalan jaringan kolaborasi dengan min=2.87 dan amalan penyelidikan dengan min=2.88. Namun di samping itu terdapat atribut yang berada di tahap tinggi iaitu etika kerja dengan min = 4.27, kandungan kursus dengan min=4.24 dan amalan pedagogi dengan skor min=4.09. Disini jelas terlihat pola di mana bagi penilaian baharu dalap PPPT skor min pensyarah berada pada tahap sederhana rendah. Manakala amalan kebiasaan pensyarah berada pada skor min tertinggi. Situasi ini mungkin disebabkan elemen penilaian baharu dalam skim PPPT seperti penyelidikan, jaringan kolaborasi dan penyelidikan yang belum dikuasai sepenuhnya oleh pensyarah politeknik.

    Kata kunci: Profesionalisme, amalan profesional dan politeknik Malaysia.

    PENGENALAN Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah beroperasi hampir setengah abad bermula dengan Politeknik Ungku Omar, Perak pada tahun 1969. Semenjak itu, pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan dilaksanakan seperti kemasukan politeknik ke dalam Kementerian Pengajian Tinggi dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2004. Begitu juga dengan perubahan skim perkhidmatan dari Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG) kepada Skim Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (DH) pada tahun 2008. Skim PPPT mempunyai satu sistem penilaian kenaikan pangkat yang dinamakan Skim Kecemerlangan Politeknik, di mana semua kakitangan perlu melalui penilaian yang digariskan bagi tujuan kenaikan gred dan pangkat, secara tidak langsung menilai tahap profesionalisme pensyarah. Keadaan ini berbeza dengan skim terdahulu yang hanya menetapkan markah prestasi tahunan dan tempoh perkhidmatan bagi tujuan kenaikan gred dan pangkat. Setelah sedekad pelaksanaan skim PPPT dan Sistem Kecemerlangan Politeknik ini dilaksanakan, pengkaji berharap dapat melihat tahap, pola dan tren amalan profesionalisme pensyarah berdasarkan atribut yang dikenal pasti.

    TUJUAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik berdasarkan tujuh atribut iaitu kandungan kursus, pedagogi, penyeliaan, penerbitan, penyelidikan, jaringan kolaborasi dan etika kerja. Kajian ini juga menganalisis skor min item tertinggi dan terendah yang dilaporkan oleh responden. Terdapat 45 item yang relevan bagi mengukur amalan profesional tersebut. Bagaimanapun tidak terdapat bukti menunjukkan sumbangan atribut dalam amalan profesional. Maka analisis deskriptif digunakan untuk memberi rank kepada skor min atribut tersebut. Dengan melaksanakan analisa tersebut diharap ia akan menunjukkan pattern atau trend amalan profesional pensyarah politeknik.

    METODOLOGI Soal selidik amalan profesionalisme terdiri dari 7 atribut dengan 45 item iaitu amalan kandungan kursus(5 item), amalan pedagogi (9 item), amalan penyeliaan (6 item), amalan penyelidikan ( 8 item), amalan penerbitan (6 item), amalan

  • 1000

    jaringan kolaborasi ( 6 item), dan amalan etika kerja ( 5 item). Pengkaji menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik kerana ia seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2010; Pallant 2011; Sekaran 2000). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 2000 dan Pallant 2001). Cronbach Alpha bagi soal slidik ini ialah 0.956.

    Jadual 1: Kebolehpercayaan item dan Nilai Alpha Cronbach

    Amalan profesional item Alpha Cronbach Kandungan Kursus 5 0.891 Pedagogi 9 0.935 Penyeliaan 6 0.862 Penyelidikan 8 0.963 Penerbitan 6 0.979 Jaringan Kolaborasi 6 0.920 Etika Krja 5 0.827 Jumlah 45 0.956

    Kajian dijalankan melibatkan seramai 1490 pensyarah lelaki dan perempuan dari 17 buah politeknik yang terbahagi kepada empat jenis politeknik (Premier, konvensional 1, konvensional 2 dan METrO). Pensyarah terdiri dari yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan dengan tahap pendidikan berbeza iaitu berkelulusan pra siswazah dan pasca siswazah meliputi pengalaman mengajar yang berbeza. Profil responden kajian adalah seperti jadual 2 di bawah.

    Pentadbiran soal selidik dilakukan secara bersemuka dengan pensyarah dan dilaksanakan dengan pelbagai medium bergantung dengan persetujuan pihak politeknik, seperti edaran semasa perhimpunan bulanan, edaran di dalam pejabat pensyarah dan juga edaran semasa mesyuarat. Dapatan kajian ini dianalisis berbantukan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif dilibatkan dalam kajian ini. Sebelum penyelidik melakukan ujian-ujian statistik, beberapa langkah awal perlu diambil iaitu membersih dan menyemak data yang dikumpul bagi memastikan tiada data yang berulang, bertindan, hilang atau terpencil. Langkah ini dapat memastikan data yang dimasukkan adalah data yang betul sahaja dan tiada kesilapan dibuat

    Jadual 2: Profil Responden Kajian

    Sampel kajian Bil. sampel Peratus

    Pensyarah Politeknik Skim PPPT (DH)

    Jantina Lelaki 446 30 Perempuan 1044 70

    Jenis Politeknik

    Premier 384 26 Konvensional 1 800 54 Konvensional 2 210 14 METrO 96 6

    Bidang Kepakaran

    Kejuruteraan 786 53 Bukan Kejurutraan 704 47

    Pendidikan tertinggi

    Pra Siswazah 717 48 Pasca Siswazah 773 52

    Pengalaman Mengajar

    0 5 tahun 138 9 6 10 tahun 563 38 11 tahun katas 789 53

    Analisis deskriptif adalah analisa huraian yang dapat menghuraikan ciri-ciri sampel (Bashah Abu Bakar 2007). Dalam kajian ini analisis deskriptif digunakan untuk memperihalkan tahap amalan profesional pensyarah politeknik yang melibatkan min dan sisihan piawai. Manakala intepretasi tahap berdasarkan Nunally (1994).

  • 1001

    Jadual 3 : Intepretasi Berdasarkan Nunally (1994)

    Tahap Min Rendah 1.00 - 2.00 Sederhana Rendah 2.01 3.00 Sederhana Tinggi 3.01 4.00 Tinggi 4.01 5.00

    Menurut Nunnaly (1994) skor min 1.00 hingga 2.00 adalah berapa pada nilai yang rendah. Manakala pada nilai skor min 2.01 hingga 3.00 adalah pada tahap sederhana rendah, 3.01 hingga 4.00 pula mewakili tahap min pada tahap sederhana tinggi dan seterusnya nilai skor min 4.01 hingga 5.00 menunjukkan nilai skor min yang tinggi.

    DAPATAN KAJIAN Dapatan hasil analisis menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min= 3.54 dan sisihan piawai 0.51. Namun jika dilihat secara individu terdapat pelbagai tahap yang berbeza mengikut atribut. Dari 7 atribut yang diuji tiga atribut berada pada tahap tinggi iaitu etika kerja dengan skor min = 4.27 dan sisihan piawai=0.51, kandungan kursus dengan min = 4.24 dan sisihan piawai =0.48, dan pedagogi dengan nilai skor min = 4.09 dan sisihan piawai =0.45. Atribut yang berada pada tahap sederhana tinggi adalah atribut penyeliaan sahaja dengan skor min = 3.91 dan sisihan piawai = 0.94. Manakala terdapat tiga atribut yang berada pada skor min sederhana rendah iaitu penerbitan dengan skor min = 2.70 dan sisihan piawai =1.01, jaringan kolaborasi dengan skor min = 2.87 dan sisihan piawai =1.00 serta penyelidikan dengan skor min = 2.88dan sisihan piawai =0.94.

    Jadual 4 : Min dan Sisihan Piawai Tahap Amalan Profsional Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Malaysia.

    Amalan Profesional N Min Sisihan Piawai

    Intepretasi

    Kandungan Kursus 1490 4.24 0.48 Tinggi Pedagogi 1490 4.09 0.45 Tinggi Penyeliaan 1490 3.91 0.63 Sederhana tinggi Penyelidikan 1490 2.88 0.94 Sederhana rendah Penerbitan 1490 2.70 1.01 Sederhana rendah Jaringan Kolaborasi 1490 2.87 1.00 Sederhana rendah Etika Kerja 1490 4.27 0.51 Tinggi Min Keseluruhan 3.54 0.51 Sederhana tinggi

    Tahap amalan profesional kandungan kursus dalam kalangan pensyarah politeknik berada pada tahap tinggi dengan min = 4.24 dan sisihan piawai =0.48. Amalan profesional kandungan kursus merujuk kepada kekerapan amalan profesional dalam menerangkan secara mendalam dan terperinci tentang fakta konsep dan prinsip yang relavan dengan kursus yang diajar; amalan menyampaikan kandungan kursus dengan jelas dan terperinci; menyusun kandungan kursus bagi mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan; sela