Amalan Terbaik Bm Pmr Spm

download Amalan Terbaik Bm Pmr Spm

of 63

Transcript of Amalan Terbaik Bm Pmr Spm

AMALAN-AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PMR

1

GURINDAM PETUA SEORANG GURU Kalau seorang guru mengajar sambil duduk Murid belajar sambil mengantuk. Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun, Kalau seorang guru mengajar tanpa alat Murid belajar dengan ralat. Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap Ada murid bertambah gagap. Kalau seorang guru pemudah cara Ramai murid pandai berbicara. Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai Tak akan tahu murid bodoh dan pandai. Kalau seorang guru berbudi bahasa Dikenang murid sepanjang masa. Kalau guru berinovatif Pengajaran akan lebih efektif. Kalau guru tidak belajar Samalah taraf dengan pelajar.

2

SEKILAS PEMBUGARAN KENDIRI: SETAKAT MANA PRESTASI KITA SEMASA MENGAJAR DALAM SKALA 1 HINGGA 10? SIKAP NEGATIF PELAJAR PUNCA GURU MERADANG SIKAP NEGATIF GURU PUNCA PELAJAR KECUNDANG APAKAH KERJAYA GURU ADALAH PILIHAN PERTAMA KITA? SIAPAKAH PERSONEL YANG PALING DOMINAN DI SEKOLAH? KEBANYAKAN DARI KITA TIDAK MENSYUKURI APA YANG SUDAH KITA MILIKI TETAPI SELALU MENYESALI APA YANG BELUM KITA PEROLEH MEMBUAT APA YANG KITA SUKA ITU PENTING TETAPI SUKA KEPADA APA YANG KITA BUAT ADALAH SANGAT PENTING

NATIJAHNYA: KITA BETULKAN PERKARA YANG BIASA KEMUDIAN KITA BIASAKAN DIRI DENGAN PERKARA YANG BETUL

3

Kertas Kerja 1: Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Ringkasan Penilaian Menengah Rendah

Kemahiran yang perlu dikuasai: 1. Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah: Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Dalam soalan di atas, calon mesti memfokus hanya kepada amalan-amalan baik dalam pemakanan tatkala mengesan isi dalam petikan. Pastikan calon betul-betul memahami maksud tugasan tersebut bagi mengelakkan mereka tersasar. 2. Patuhi had perkataan

Dalam soalan ringkasan, jelas sekali had perkataan ialah 80 patah perkataan. Dengan yang demikian, calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa. Calon mesti membilang perkataan dalam skrip ringkasan mereka berpandukan panduan yang berikut: Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: nama khas (Kota Bharu) perkataan berulang/kata ganda (cara-cara) penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran (Yang Amat Berhormat) 3. Memilih ayat yang menepati tugasan Calon mestilah bijak menganalisis setiap ayat dalam petikan untuk menentukan sama ada ayat-ayat dalam petikan itu menjawab tugasan atau tidak. Lihat contoh di bawah: [Ayat-ayat di bawah ditulis dalam bentuk pemerengganan. Penulis membuat pemenggalan ayat untuk tujuan analisis]

4

TUGASAN: AMALAN-AMALAN BAIK DALAM PEMAKANAN Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

5

4.

Menyunting ayat yang menepati tugasan

Kemahiran menyunting ayat amat penting untuk membezakan antara idea utama dan huraian idea. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. [Idea Utama] [Huraian Idea] Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Membina ayat yang lengkap

5.

Berdasarkan idea utama, bina ayat yang lengkap iaitu ayat yang mengandungi subjek [S] dan predikat [P]. Makan dalam keadaan selesa dan tenang [S] [P] vii. kita perlu makan pada masa yang sesuai. [S] [P] x. kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur [S] [P] kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. [S] [P] xii. Makan setelah kita berasa lapar. [S] [P] xiv. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan [S] [P] xvii. pengambilan makanan yang segar amat penting [S] [P] xviii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan vi.

6

[S] [P] atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Nota: Ayat (xviii) merupakan ayat yang disalin bulat-bulat daripada petikan asal. Dalam hal ini, calon mestilah melakukan salah satu daripada dua proses untuk memastikan mereka tidak dianggap menyalin bulat-bulat sama ada proses penambahan penanda wacana atau pengguguran perkataan. Proses penambahan penanda wacana xviii. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. (penambahan perkataan seterusnya)

Proses pengguguran perkataan xviii. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. (pengguguran perkataan juga)

6.

Menulis ringkasan

Untuk memulakan jawapan ringkasan, rujuk semula tugasan soalan iaitu Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Tugasan : Amalan-amalan baik dalam pemakanan Daripada tugasan di atas, mulakan jawapan dengan ayat Antara amalan baik dalam pemakanan ialah... (Antara amalan-amalan adalah salah kerana kata antara sudah menunjukkan jamak) Mulakan skrip ringkasan anda dengan menyalin LIMA idea utama seperti yang berikut: Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar. [42 patah perkataan]

7

Sekiranya jumlah perkataan belum mencapai 80 patah perkataan setelah calon menulis lima isi, teruskan menulis isi seterusnya sehingga menghampiri 80 patah perkataan. Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang segar amat penting. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya [72 patah perkataan] (Nota: Sila tulisan jumlah perkataan selepas ringkasan dibuat) 7. Semak ejaan dan ayat. MARKAH ISI : 10 DESKRIPSI Bahasa baik dan lancar Berupaya menggunakan ayat sendiri Pemilihan kata yang tepat Ayat yang gramatis Penanda wacana yang sesuai Ejaan dan tanda baca betul Bahasa baik dan lancar Masih berupaya menggunakan ayat sendiri Pemilihan kata agak terhad Ayat yang masih gramatis Penanda wacana masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Bahasa kurang lancar Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca ATAU Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah Menyalin secara terus daripada petikan BILANG AN ISI MARK AH

MARKAH BAHASA : 10 PERINGKAT Cemerlang MARKA H 9 10 y y y y y y 68 y y y y y y Memuaskan 3-5 y y y y Penguasaan Minimum 1-2 y y y

5

9 10

Baik

4

78

5

56

2

34

1

12

8

PERINGATAN 1. Calon menulis dalam bentuk perenggan. Periksa seperti biasa. Markah Maksimum Bahasa = 6 Markah Maksimum Bahasa = 5 Markah Maksimum Bahasa = 4 Markah Isi ditolak 50% Markah Maksimum Bahasa = 2

2.

Calon menulis jawapan dalam bentuk CATATAN (poin)

3.

Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH

4.

Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH dan menulis dalam bentuk CATATAN (poin)

5.

Calon menyalin keseluruhan daripada petikan ATAU menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan

9

Kertas Kerja 2: Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Pemahaman Penilaian Menengah RendahPengagihan markah untuk soalan pemahaman adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. Soalan maksud rangkai kata Soalan analisis petikan Soalan KBKK 2 markah 4 markah 4 markah

Calon mesti menjawab semua soalan. 1. Teknik Menjawab Soalan Maksud Rangkai Kata

Rujuk soalan dengan teliti: 1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan. Rujuk pula lokasi rangkai kata yang diuji dalam petikan: Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita. Calon dikehendaki memberi maksud kedua-dua perkataan yang diuji iaitu mengundang dan padah. Cadangan jawapan ialah SOALAN 1: Maksud mengundang padah Mengundang Mendatangkan Membawa Mengakibatkan Padah akibat buruk, penyakit, keburukan, kesan negatif, kesan buruk, mudarat, risiko, bahaya, masalah. [ 2 markah]

JAWAPAN

10

Menyebabkan y Jika calon memberi maksud SATU perkataan sahaja, beri 1 markah Misalnya: Mengundang penyakit Membawa padah Setelah mengenal pasti maksud yang tepat untuk rangkai kata yang diuji, calon mestilah menulis ayat yang lengkap bagi jawapan soalan ini kerana pemberian markah mengikut kriteria seperti yang berikut: Markah Deskripsi 2 markah 1 markah - Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis - Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap. - Maksud kurang tepat mengikut konteks - Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai Kata - Maksud tidak tepat mengikut konteks.

0 markah

Untuk mengungkap ayat yang gramatis/lengkap kepada soalan ini, subjek jawapan mestilah diambil daripada soalan seperti yang berikut: 1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan. Jawapan Contoh: Maksud mengundang padah dalam petikan ialah mendatangkan mudarat. [ 2 markah]

2.

Teknik Menjawab Soalan Analisis Petikan

Rujuk soalan dengan teliti: Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang? [4 markah]

11

Rujuk pula petikan: Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita. Perhatikan kepada ayat yang dimerengkan. Sebenarnya, ayat itu merupakan jawapan kepada soalan ringkasan. Dalam hal ini, ayat tersebut boleh diabaikan kerana jawapan untuk soalan analisis teks TIDAK AKAN BERTINDIH dengan jawapan soalan ringkasan. Setelah kita sisihkan ayat-ayat tersebut, ayat-ayat yang tinggal merupakan antara jawapan bagi soalan ini. Berdasarkan ayat yang tinggal, carilah jawapan untuk soalan. ( [Y] untuk YA [T] untuk TIDAK) Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang? i. ii. Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. [T] Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. [Y] 12

iii. iv. v.

viii. ix. xi. xiii. xv. xvi. xix. xx. xxi.

Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. [Y] Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. [T] Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. [T] Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. [Y] Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. [T] Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. [T] Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. [T] Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. [T] Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. [T] Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. [T] Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. [T] Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita. [T]

Seterusnya calon mesti mengedit ayat yang bertanda [Y] supaya ayat-ayat ini lengkap subjek dan predikatnya. ii. iii. viii. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. [Y] Kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. [Y] Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. [Y] (Ayat ini tidak gramatis. Oleh itu, subjek ayat mesti diambil daripada soalan) Makanan yang seimbang akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

Setelah mengedit ayat tersebut, calon mestilah menulis ayat yang lengkap bagi jawapan soalan ini kerana pemberian markah mengikut kriteria seperti yang berikut: Markah 4 markah 3 markah Deskripsi - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis. - Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.

13

2 markah 1 markah 0 markah

- Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis. - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis. - Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis. - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis.

Untuk mengungkap ayat yang gramatis/lengkap kepada soalan ini, subjek jawapan mestilah diambil daripada soalan seperti yang berikut: Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang? Jawapan Contoh: Menurut pengarang, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Selain itu, kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Seterusnya, makanan yang seimbang akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

3.

Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

Soalan KBKK memerlukan calon mengungkap jawapan di luar daripada petikan soalan. Dalam konteks ini, calon perlu mencari isi berdasarkan dimensi yang berbeza seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. Dimensi diri Dimensi keluarga Dimensi masyarakat/sekolah Dimensi pihak swasta Dimensi pihak kerajaan [kesedaran] [kasih sayang/perhatian] [kurikulum dan kokurikulum] [media massa] [kempen]

Calon mestilah memilih dimensi yang sesuai mengikut kehendak soalan seperti cadangan isi di bawah: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang y CADANGAN JAWAPAN y Kempen (komuniti / tempat awam) [KERAJAAN] Pendidikan di sekolah melalui mata pelajaran PJK atau melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup 14 KERAJAAN

SOALAN 3:

SEKOLAH

atau melalui mata pelajaran Sains y Media massa menyiarkan rencana di akhbar atau penerangan di radio atau dokumentari di televisyen.

SWASTA

Terima mana-mana DUA isi. Calon mestilah menulis ayat yang lengkap bagi jawapan soalan ini kerana pemberian markah mengikut kriteria seperti yang berikut: Markah 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah Deskripsi - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis. - Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis. - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis. - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis. - Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis. - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis.

Untuk mengungkap ayat yang gramatis/lengkap kepada soalan ini, subjek jawapan mestilah diambil daripada soalan seperti yang berikut: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang? Jawapan Contoh: Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang ialah kerajaan mengadakan kempen kesedaran di tempat awam. Selain itu, usaha juga boleh dilakukan melalui pendidikan di sekolah menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seterusnya, media massa boleh menyiarkan rencana tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang di akhbar, di radio atau dokumentari di televisyen. [Nota: Meskipun calon hanya perlu mengemukakan dua isi, namun calon digalakkan memberi tiga isi jika berkemampuan]

15

Kertas Kerja 3: Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Penilaian Menengah RendahKriteria Penskoran: PERINGKAT Cemerlang MARKAH 16 -- 20 y y y y y y DESKRIPSI Penggunaan kata dan ayat yang gramatis Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat Ejaan dan tanda baca yang betul Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata Idea yang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran seperti pendapat , ulasan , cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang Pengolahan menarik dan berkesan

A1 (18 20) A2 (16 17)

y Baik 11 -- 15 B1 (13 15) B2 (11 12)

y Ayat masih gramatis y Penggunaan kata dan kosa kata masih luas dan tepat y Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. y Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum y Idea masih relevan berdasarkan tugasan y Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan. y Cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan y Pengolahan menarik

16

Memuaskan

06 -- 10 C1 (08 10) C2 (06 07)

y Ayat kurang gramatis y Penggunaan kosa kata yang terhad y Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata , frasa dan ayat y Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara y Idea kurang relevan berdasarkan tugasan y Huraian idea luaran seperti pendapat , ulasan , cadangan dan kesimpulan yang terhad y Pengolahan tidak menarik y Keseluruhan jawapan calon menggambarkan y penguasaan bahasa yang tidak cekap y Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan

Penguasaan Minimum

01 -- 05

PERINGATAN: 1. 2. Karangan calon akan diperiksa sehingga 120 patah perkataan sahaja. Perkataan yang selebihnya tidak diambil perhatian oleh pemeriksa. Calon MESTI mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dalam 5 perenggan iaitu: Perenggan 1 : Pendahuluan Perenggan 2 : Isi Pertama Perenggan 3 : Isi Kedua Perenggan 4 : Isi Ketiga Perenggan 5 : Kesimpulan Merujuk kepada soalan PMR 2008, Isi Dalaman 3 2 2 1 1 0 Isi Luaran 0 1 0 1 2 3 Peringkat Cemerlang (16 20 M) Cemerlang (16 20 M) Baik (11 15 M) Baik (11 15 M) Baik (11 15 M) Memuaskan (6 10 M)

3.

Jika calon tidak menjawab tugasan (contoh = punca banjir): Markah maksimum = penguasaan minimum ( 0 5 markah)

17

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN Soalan PMR 2008 Bahagian B [20 markah] Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KESAN BANJIR

Kemusnahan harta benda

Gangguan aktiviti harian

Kerosakan sistem perhubungan

Kehilangan punca pendapatan

18

PROSEDUR MENULIS KARANGAN SECARA TERANCANG Langkah 1 : i. ii. Kenal pasti tema dan tugasan

Anda perlu mengenal pasti tema yang tepat kerana tema mesti ada dalam setiap perenggan Anda perlu mengenal pasti tugasan yang tepat kerana tugasan mesti disebut dalam ayat topik setiap perenggan isi.

Contoh: Berdasarkan rajah di bawah huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan Tugasan Tema : : kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan banjir

Langkah 2: Menulis Pendahuluan Ayat 1: (TEMA) Kait dengan semasa Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Kebelakangan ini, Tema isu/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) Sasaran dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat Prioriti sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N) Lokasi di Malaysia/di negara kita Contoh ayat: Akhir-akhir ini, isu banjir dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita.

19

Ayat 2 (TUGASAN): Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

Contoh ayat: Persoalannya, apakah kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan?

Contoh pendahuluan: Akhir-akhir ini, isu banjir dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita. Persoalannya, apakah kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan? Langkah 2: GAPO? Menulis Perenggan Isi 1 Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir pendahuluan).........ialah.......(idea utama)..... Contoh ayat: Pada pendapat saya, antara kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan ialah kemusnahan harta benda. Hal ini demikian kerana ...... + penjelasan + ungkapan (jika sesuai) Contoh ayat: Hal ini demikian kerana masyarakat terpaksa menanggung kerugian yang banyak disebabkan harta benda mereka dihanyutkan atau musnah dalam tragedi ini.

What??

BAKPO? + LAGU MANA?

Langkah 3: GAPO?

Menulis Perenggan Isi 2 Selain itu, ...(idea utama...) Contoh ayat: Selain itu,. masyarakat juga kehilangan punca pendapatan. Saya berpendapat demikian kerana ...... + penjelasan + ungkapan (jika sesuai) Contoh ayat: Saya berpendapat demikian kerana kerana para petani terpaksa menanggung kerugian apabila tanaman mereka musnah.

What?? BAKPO? + LAGU MANA?

20

Langkah 4: GAPO?

Menulis Perenggan Isi 3 Seterusnya, ...(tema)... turut ... (tugasan).. kepada...(idea utama) Contoh ayat: Seterusnya, banjir turut memberi kesan lepada sistem perhubungan. Misalnya/Buktinya, ...... + penjelasan + ungkapan (jika sesuai) Contoh ayat: Misalnya, insiden jambatan runtuh dan jalan raya yang mendap merupakan kesan kerosakan kepada sistem perhubungan. akibat banjir yang melanda sesuatu kawasan Menulis Kesimpulan Wacana + Saranan + Harapan

What?? BAKPO? + LAGU MANA? Langkah 3: Ayat 1 : Contoh:

[Saranan] Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk meningkatkan/menangani ............(tema)................ [Harapan] ...supaya + impak yang positif secara keseluruhan i. negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang ii. ekonomi negara dapat ditingkatkan. iii. wawasan negara akan tercapai iv. kesihatan pelajar terjamin Contoh: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menangani masalah banjir supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan. Contoh karangan yang lengkap: Akhir-akhir ini, isu banjir dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita. Persoalannya, apakah kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan? Pada pendapat saya, antaranya ialah kemusnahan harta benda. Hal ini demikian kerana masyarakat terpaksa menanggung kerugian yang banyak disebabkan harta benda mereka dihanyutkan atau musnah dalam tragedi ini. Selain itu, masyarakat juga kehilangan punca pendapatan. Saya berpendapat demikian kerana para petani terpaksa menanggung kerugian apabila tanaman mereka musnah.

21

Seterusnya, banjir turut memberi kesan lepada sistem perhubungan. Misalnya, insiden jambatan runtuh dan jalan raya yang mendap merupakan kesan kerosakan kepada sistem perhubungan akibat banjir yang melanda sesuatu kawasan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menangani masalah banjir supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan sebelum nasi menjadi bubur. [120 patah perkataan]

Kertas Kerja 4: Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Karangan Respons Terbuka Penilaian Menengah RendahSoalan (1) Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah Akademik dan Kokurikulum Penting untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. PANDUAN: 1. Format syarahan 2. 3. 4. Jika bukan format syarahan Menyatakan kedua-dua aspek (akademik dan komurikulum) Menyatakan SATU aspek sahaja

Cemerlang Kepujian Cemerlang Kepujian

Soalan (2) Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anakanak. Berikan pendapat anda. ISI CADANGAN: 1. Pendapat sama ada:

22

y y y

Bersetuju Tidak bersetuju Bersetuju dan tidak bersetuju

Soalan (3) Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan berbudi bahasa. ISI CADANGAN: 1. Mengemukakan faedah-faedah amalan lain (gotong royong, Baik kejiranan, menabung) yang mengandungi unsur amalan (17 24 markah) berbudi bahasa Mengemukakan faedah yang tidak berkaitan dengan amalan Memuaskan berbudi bahasa (9 16 markah)

2.

Soalan (4) Kempen memerangi nyamuk aedes telah diadakan di tempat tinggal anda. Tulis pengalaman anda semasa menyertai kempen tersebut. ISI CADANGAN: 1. Menceritakan pengalaman orang lain 2. 3. Menceritakan kempen yang akan dijalankan Menceritakan faedah / kesan kempen

Kepujian (25 32 M) Kepujian (25 32 M) Baik (17 24 M)

Soalan (5) Peribahasa Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna sering digunakan untuk menasihati rakan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini. ISI CADANGAN: 1. Sama ada dalam bentuk: y Cerita y Huraian / ulasan / pemerian Soalan Contoh :

23

Kemalangan jalan raya merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya? Tema: Tugasan: Kemalangan jalan raya punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya

Langkah 2:

Menulis Pendahuluan

Ayat 1 Kait dengan semasa

Tema Sasaran

Prioriti

Lokasi Contoh ayat:

Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Belakangan ini, Isu/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (N) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N) di Malaysia/di negara kita

Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.

Ayat 2: Wacana Pernyataan soalan Contoh ayat:

Apa yang pasti, Salin pernyataan soalan

24

Apa yang pasti, kemalangan jalan raya merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa. Ayat 3: Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan dan berakhir dengan tanda soal (?)

Contoh ayat: Persoalannya, apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita? Contoh pendahuluan: Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Apa yang pasti, kemalangan jalan raya merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita?

Langkah 3: GAPO?

Menulis Perenggan Isi Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir pendahuluan).........ialah.......(idea utama)..... Contoh ayat: Pada pendapat saya, antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ialah kecuaian pemandu. Hal ini demikian kerana....(nyatakan mengapa anda berpendapat demikian?).......walaupun/sedangkan/meskipun/disebabkan........ Contoh ayat: Saya berpendapat demikian kerana kebanyakan pemandu tidak berhati-hati semasa memandu sedangkan kerajaan sering menguar-uarkan slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat Ayat 1: Nyatakan contoh-contoh kecuaian Contoh ayat: Sebagai contoh, mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pemanduan. Ayat 2: Lagipun, terdapat pemandu yang mengalami tekanan perasaan menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan dengan memandu secara melulu dan berbahaya.

What???

BAKPO?

Why???

LAGU MANA? Where When Who How Impact

25

YO LO KE NI?

Tegasnya/Jelaslah/Saya optimis/, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... + IMPAK Contoh: Tegasnya, kecuaian pemandu merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. (masukkan peribahasa jikalau sesuai)

Perenggan Isi yang lengkap Pada pendapat saya, antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ialah kecuaian pemandu. Saya berpendapat demikian kerana kebanyakan pemandu tidak berhati-hati semasa memandu sedangkan kerajaan sering menguar-uarkan slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat. Sebagai contoh, mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pemanduan. Lagipun, terdapat pemandu yang mengalami tekanan perasaan menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan dengan memandu secara melulu dan berbahaya. Jelaslah, kecuaian pemandu merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Langkah 4: Menulis Kesimpulan

Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk menangani masalah kemalangan jalan raya supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

26

Kertas Kerja 5: Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Novel Penilaian Menengah RendahBerdasarkan sebuah novel dalam Tingkatan 3: i. ii. iii. iv. Panas Salju karya Talib Samad Merdeka! Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. PANDUAN PEMBERIAN MARKAH Pembahagian MarkahPERINCIAN MARKAH

27

Isi Bahasa

06 04

1 isi lengkap = 2 markah.

Kriteria Markah BahasaPeringkat Cemerlang Markah Deskripsi

04

y Bahasa baik dan lancar y Ayat gramatis y Ejaan dan tanda baca betul

Baik

02 -- 03

y Bahasa masih baik dan masih lancar y Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum y Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum y Bahasa tidak cekap y Ayat tidak gramatis y Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Memuaskan

01

Kriteria Penskoran:

1.

Latar tempat dijelaskan dalam penerangan contoh peristiwa Contoh: Orang-orang Melayu mengadakan perhimpunan di Kuala Kangsar untuk membantah rancangan penubuhan Malayan Union. Latar tempat dinyatakan secara umum tetapi penerangan contoh peristiwa betul Contoh: Orang-orang Melayu mengadakan perhimpunan di pekan untuk membantah rancangan penubuhan Malayan Union.

2 markah

2.

1 markah

28

3.

Latar tempat dinyatakan secara umum seperti yang terdapat dalam novel Contoh: Kudin dan penduduk kampung telah membina kubu untuk menentang ancaman pengganas komunis di hutan. Rumah panjang ialah tempat kediaman Kanang dan isterinya, Helen. Calon tidak menjawab tugasan soalan Isi = 0 markah Bahasa = 2 markah

2 markah

4. 5.

1 markah

Peruntukan Markah: Latar Tempat Betul Betul Betul Terlalu umum Salah Tiada Umum

Contoh Peristiwa Betul Salah Tiada Betul Betul Betul Tiada

Markah 2 1 1 1 0 0 0

NOVEL Tingkatan Tiga

KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN Maznan Nordin PERISTIWA y Tempat Kanang dilahirkan. y Kawasan tempat tinggal Kanang serta suku sakatnya. y Kawasan ini digambarkan sebagai terletak di pedalaman, terpencil dan sukar dihubungi. y Digambarkan sebagai sebuah sungai yang keruh dan menjadi nadi kegiatan penduduk setempat. y Tempat Kanang darjah tiga. bersekolah setakat

LATAR TEMPAT Nanga Meluan atau Rumah Panjang Karangan Manok

Sungai Kanowit

Sekolah Local Anthorithy, Kanowit

29

Sebuah sekolah yang berhampiran

y

y

Tempat Kanang menghantar beberapa orang pemuda yang menaiki botnya kerena mereka ingin memasuki pasukan tentera. Kanang yang pada mulanya hanya menghantar pemuda yang ingin memasuki tentera, akhirnya turut mendaftarkan diri dan ditemu duga di sekolah itu. Kanang menjalani latihan selama sebulan setelah diterima masuk ke dalam angkatan tentera. Kanang sering dihantar berkursus di sini dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatannya. Kanang menbantu sebuah platun untuk mengesan tentera Indonesia yang telah menyusup masuk Johor semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia. Kanang berjaya menyelamatkan diri sendiri daripada kepungan tentera Silawangi apabila dia dengan pantas menukar uniformnya dan menyamar sebagai orang awam. Kanang berkenalan dengan Helen ketika berkunjung di rumah panjang ini bersama-sama dengan bapa saudara Helen, pada masa cuti. Kanang kembali ke rumah panjang ini selepas bersara dan membina sebuah rumah di atas tanah keluarga isterinya, tanpa bantuan orang lain. Semasa mengikut suaminya berpindah, Helen telah cuba untuk belajar ke pasar tetapi tersesat kerana tidak biasa dan tidak dapat bertanya kepada orang ramai kerana tidak fasih berbahasa Melayu. Kanang yang baru tiba dari Ulu Tiram,

Sekolah Latihan Peperangan Hutan, Ulu Tiram Johor.

y

y

Mersing

y

Lubuk Antu, Sarawak

y

Rumah Panjang Skra Hilir, Batang Lupar, Simanggang

y

y

Pasar Taiping

y

Kem di Ipoh

y

30

y

y

y y

y

y Kem di Simanggang

Johor setelah berkursus di sana, telah diminta kembali semula ke selatan iaitu Singapura untuk membantu pasukan tentera di sana. Menyertai beberapa gerakan besar semasa di sini iaitu Gerakan Pukat dan Gerakan Setia di Hutan Korbu. Kanang melakukan upacara piring di rumahnya sebelum keluar untuk bertugas dalam satu gerakan. Kanang berada di kem ini ketika dia ditembak oleh musuh. Helen pengsan di rumahnya ketika diberitahu oleh isteri pegawai Kanang bahawa Kanang telah ditembak musuh. Kanang dimasukkan ke unit rawatan rapi di kem ini dan tidak sedar akan diri selama seminggu. Kanang dirawat di hospital kem ini selama setahun. Kanang ditumpangkan di kem ini dan bertemu dengan seorang rakannya yang mahu memperkenalan Kanang dengan anak saudaranya. Usaha ini telah menemukan Kanang dengan Helen Latai anak Intie yang akhirnya menjadi isterinya. Kanang berkahwin dengan Helen di Simanggang ini. Berpindah ke sini dan menjawat jawatan Ketua Stesyen. Di sini bintang Kanang dikatakan mulai bersinar dan telah dinaikkan pangkat sebagai Koperal penuh. Pegawai Kanang semasa di kem ini amat kuat memegang disiplin tetapi Kanang sering diberikan pelepasan daripada kawat kaki kerana kasutnya yang sentiasa berkilat. Kanang menjadi ketua penjejak komunis dalam dua gerakan iaitu Gerakan Setia dan Gerakan Pukat. Dalam Gerakan Setia, Kanang dan

y

y Kem Terendak Melaka

y y

y

Hutan Korbu

y

y

31

y

y

rakannya Koperal Michael menyambut Hari Gawai di dalam hutan. Mereka bertempur pada Hari Gawai hingga menyebabkan Koperal Michael cedera dan Renjer Baharudin terkorban. Dalam Gerakan Korbu, Koperal Nasir terbunuh manakala Kanang cedera ditembak pengganas. Kanang dijemput bersama-sama dengan Timbalan Menteri Pertahanan dalam majlis penyerahan potret Kanang kepada pihak Muzium Angkatan Tentera. Istiadat penyerahan Batalion Pertama dan Kedua Rejimken Renjer daripada kerajaan British kepada kerajaan Malaysia dan dinamakan Angkatan Tentera Malaysia 4.10.1995. Batalion Kelapan Rejimen Renjer ditimpa kesedihan kerana menerima berita Kanang cedera dalam petempuran. Tempat pertama Helen tinggal di Malaysia Barat setelah berkahwin dnegn Kanang. Banyak perkara yang dipelajari sama ada dari segi bahasa, adat resam dan cara hidup orang Melayu berbanding dengan Iban. Helen juga menganggotai BAKAT. Kanang menjadi jurulatih bagi tentera muda yang bakal menjadi pegawai. Gerakan Pukat dijalankan untuk menjejaki dan memusnahkan musuh kerana mereka telah membunuh seorang anggota pasukan keselamatan di kawasan tersebut. Anang dianugerahkan Pisau Angkatan Tentera oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Mohamad Ghazali bin Dato Mohd Seth sempena hari Angkatan Tentera ke-48. (16.9.1981)

Muzium Angkatan Tentera

y

Kem Silva Line (sekarang dikenali Kem Syed y Putra) Ipoh, Perak.

y

Berek Tentera, Taiping, Perak

y

Sekolah Tempur Pegawai Muda, Kota Belud, y Sabah Kawasan Tanah Hitam di Perak y

y

32

Unit ICU Hospital Besar Ipoh, Perak.

y

Kanang yang cedera parah dan dalam keadaan koma terlantar di hospital dan dijaga oleh isterinya, Helen Latai anak Intie. Kanang bertugas dalam Pasukan 42 Komando tentera British.

Selat Tebrau, Johor

y

Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran MalaysiaPrawacana Item Peruntukan masa Bilangan perkataan Bilangan muka surat Karangan Bahagian A 45 minit 200 hingga 250 pp 2 halaman 33 Karangan Bahagian B 90 minit Lebih 350 pp 4 halaman

Bilangan Perenggan Bilangan isi Jumlah markah

5 perenggan 3 isi 30 markah

7 perenggan 5 isi 100 markah

Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A PERINGKAT MARKAH Cemerlang 26 30 (28 30) (26 27) y y y

KRITERIA Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. Karangan masih menepati tema bahan rangsangan. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum. Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas. Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad (Ayat yang pendek) Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang

y Kepujian 20 25 (23 - 25) (20 22)

y y

y y

Memuaskan

15 19 (17 - 19) (15 16)

y y

y y Kurang Memuaskan 10 14 (12 - 14) (10 11) y

y y

34

y Pencapaian Minimum 01 09 (06 - 09)

bervariasi. Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea kurang menepati tema bahan rangsangan. KRITERIA Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi. Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. 35

y y y

(01 05) Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B PERINGKAT MARKAH Cemerlang 80 100 (90 100) (80 89) y y y y y y

y y y y

Kepujian

66 79 (73 - 79) (66 72)

y y y y y y

y y y

y

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata masih tepat. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan masih berkesan.

Baik

51 65 (58 - 65) (51 57)

y y y y y y y y y y

Memuaskan

36 50 (43 - 50) (36 42)

y y y y y y y y y y

Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat. Ayat masih/kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Laras bahasa masih/kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih/kurang lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi. Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Kurang Memuaskan

21 35 (28 - 35) (21 27)

y y y y

36

y y y y Pencapaian Minimum 01 20 (11 - 20) (01 10)

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah. Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik. Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami.

y y y y y y y

* Ungkapan menarik :

peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

PROSEDUR MENULIS KARANGAN SECARA TERANCANG Langkah 1 : iii. iv. Kenal pasti tema dan tugasan

Anda perlu mengenal pasti tema yang tepat kerana tema mesti ada dalam setiap perenggan Anda perlu mengenal pasti tugasan yang tepat kerana tugasan mesti disebut dalam ayat topik setiap perenggan isi.

Tugasan Tersurat: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan Tema: Gejala vandalisme

37

Tugasan:

usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme

Tugasan Tersirat: Huraikan pendapat anda tentang isu yang dibincangkan dalam dialog di bawah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. En. Wong En. Samad : : Remaja hari ini kurang mempunyai semangat patriotik. Betul, Encik Wong. Saya fikir mereka perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan. Ya, mereka juga perlu mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara kita.

En. Wong

:

Tema : Semangat patriotik Nota: Jika anda tidak menemui apa-apa tugasan dalam soalan, hal itu bermakna soalan tersebut merupakan tugasan tersirat. Anda mestilah meneliti maklumat dalam bahan rangsangan dan seterusnya hubungkan dengan tema soalan sama ada tugasannya merangkumi Faktor, Langkah, Kesan, atau Kepentingan Tugasan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik

Soalan Contoh: Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang usahausaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Gambar 1: Gambar 2: Gambar 3: Gambar 4: Tema: Tugasan: Bersukan Berjoging Makanan Seimbang Pemeriksaan Kesihatan Amalan gaya hidup sihat usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat

Langkah 2: Menulis Pendahuluan Ayat 1: (TEMA)

38

Kait dengan semasa

Tema Sasaran

Prioriti

Lokasi Contoh ayat: Akhir-akhir ini, isu amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita. Ayat 2: (TUJUAN) Wacana

Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Belakangan ini, Isu/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N) di Malaysia/di negara kita

Saranan

Tujuan (Tema positif) Tujuan (Tema negatif) Ayat contoh: Justeru, semua pihak mestilah komited untuk meningkatkan amalan ini sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alang-alang berdakwat biar hitam. Ayat 3: Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan atau bina tugasan yang sesuai untuk tugasan yang tersirat) dan berakhir dengan tanda soal (?)

Justeru, Sehubungan dengan itu, Menyedari hakikat ini, semua pihak mestilah komited untuk keiltizaman semua pihak diperlukan untuk meningkatkan ..(tema)sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alang-alang berdakwat biar hitam. menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.

Contoh ayat: Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat? Contoh pendahuluan: Akhir-akhir ini, isu amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited untuk meningkatkan amalan ini sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alangalang berdakwat biar hitam. Persoalannya, apakah usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat?

39

Langkah 2: GAPO?

Menulis Perenggan Isi Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir pendahuluan).........ialah.......(idea utama)..... Contoh ayat: Pada pendapat saya, antara usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat ialah bersukan. Hal ini demikian kerana ...... + idea utama + penjelasan + ungkapan Contoh ayat: Hal ini demikian kerana bersukan boleh menjadikan tubuh badan kita sihat dan bertenaga sesuai dengan ungkapan badan sihat otak cerdas. Ayat 1: Nyatakan contoh aktiviti bersukan Contoh ayat: Aktiviti bersukan yang boleh memupuk amalan gaya hidup sihat seperti bermain bola sepak, sepak takraw, bola tampar dan lain-lain kerana aktiviti ini membantu seseorang untuk mencergaskan fizikal dan mental. Ayat 2: Lagipun, aktiviti bersukan juga mampu mengelakkan seseorang daripada gejala yang tidak sihat seperti merokok, penagihan dadah, dan sebagainya. Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... Contoh: Tegasnya, bersukan merupakan salah satu usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

What???

BAKPO?

Why??? LAGU MANA? Where When Who How Impact YO LO KE NI?

Perenggan Isi yang lengkap Pada pendapat saya, antara usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat ialah bersukan. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menjadikan tubuh badan kita sihat dan bertenaga sesuai dengan ungkapan badan sihat otak cerdas. Aktiviti bersukan yang boleh memupuk amalan gaya hidup sihat seperti bermain bola sepak, sepak takraw, bola tampar dan lain-lain kerana aktiviti ini membantu seseorang untuk mencergaskan fizikal dan mental. Lagipun, aktiviti bersukan juga mampu mengelakkan seseorang daripada gejala yang tidak sihat seperti merokok, penagihan dadah, dan sebagainya. Tegasnya, bersukan merupakan salah satu usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Langkah 3: Ayat 1 : Contoh: Menulis Kesimpulan Wacana + Saranan + Harapan

40

[Saranan] Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk meningkatkan/menangani ............(tema)................ [Harapan] ...supaya + impak yang positif secara keseluruhan v. negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang vi. ekonomi negara dapat ditingkatkan. vii. wawasan negara akan tercapai viii. kesihatan pelajar terjamin Contoh: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat supaya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang Ayat 2: Seruan Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! ATAU Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama! Contoh perenggan kesimpulan yang lengkap: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat supaya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

Contoh Karangan Yang Lengkap: Akhir-akhir ini, isu amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat saban hari menjadi topik perbincangan hangat di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited untuk meningkatkan amalan ini sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alangalang berdakwat biar hitam. Persoalannya, apakah usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat? Pada pendapat saya, antara usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat ialah bersukan. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menjadikan tubuh badan kita sihat dan bertenaga sesuai dengan ungkapan badan sihat otak cerdas. Aktiviti bersukan yang boleh memupuk amalan gaya hidup sihat seperti bermain bola sepak, sepak takraw, bola tampar dan lain-lain kerana aktiviti ini membantu seseorang untuk mencergaskan fizikal dan mental. Lagipun, aktiviti bersukan juga mampu mengelakkan seseorang daripada gejala

41

yang tidak sihat seperti merokok, penagihan dadah, dan sebagainya. Tegasnya, bersukan merupakan salah satu usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Selain itu, berjoging juga merupakan usaha yang efektif dalam memupuk amalan gaya hidup sihat. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti ini membantu seseorang mengekalkan kecergasan diri meskipun sekadar riadah yang ringan. Sebagai contoh, aktiviti berjoging boleh dijalankan secara riadah di taman-taman rekreasi bersama-sama anggota keluarga pada waktu petang. Tambahan pula, aktiviti ini mampu mengurangkan tekanan mental seseorang setelah seharian mengerah keringat dan minda dalam bidang pekerjaan atau pembelajaran. Jelaslah, aktiviti berjoging merupakan wahana terbaik untuk seseorang mengamalkan gaya hidup sihat di samping membantu menstabilkan emosi. Bukan itu sahaja, pemeriksaan kesihatan juga penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui pemeriksaan kesihatan secara berkala, seseorang itu dapat menentukan tahap kesihatan mereka dan mengambil tindakan segera jikalau dinasihatkan berbuat demikian. Hal ini sesuai dengan ungkapan mencegah lebih baik daripada mengubat. Misalnya, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam badan dapat membantu seseorang menentukan jenis nutrisi yang sesuai untuk mereka bagi mengelakkan penyakit kronik seperti lemah jantung, darah tinggi atau diabetes. Dalam pada itu, pemeriksaan kesihatan juga mampu meningkatkan keyakinan kendiri seseorang. Saya optimis, melalui pemeriksaan kesihatan, seseorang itu dapat mengekalkan tahap kesihatan mereka sepanjang masa. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat supaya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

KARANGAN BAHAGIAN B Soalan: Kemalangan jalan raya merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya? Tema: Kemalangan jalan raya

42

Tugasan:

punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya

Langkah 2:

Menulis Pendahuluan

Ayat 1 Kait dengan semasa

Tema Sasaran

Prioriti

Lokasi Contoh ayat:

Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Belakangan ini, Isu/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (N) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N) di Malaysia/di negara kita

Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.

Ayat 2: Wacana Pernyataan soalan Contoh ayat:

Apa yang pasti, Salin pernyataan soalan

Apa yang pasti, kemalangan jalan raya merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Ayat 3: Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan dan berakhir dengan tanda soal (?)

Contoh ayat: Persoalannya, apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita? Contoh pendahuluan: Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Apa yang pasti, kemalangan jalan raya 43

merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun kadar kemalangan terus meningkat dari semasa ke semasa. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita? Langkah 2: GAPO? Menulis Perenggan Isi Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir pendahuluan).........ialah.......(idea utama)..... Contoh ayat: Pada pendapat saya, antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ialah kecuaian pemandu. Hal ini demikian kerana....(nyatakan mengapa anda berpendapat demikian?).......walaupun/sedangkan/meskipun/disebabkan........ Contoh ayat: Saya berpendapat demikian kerana kebanyakan pemandu tidak berhati-hati semasa memandu sedangkan kerajaan sering menguar-uarkan slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat Ayat 1: Nyatakan contoh-contoh kecuaian Contoh ayat: Sebagai contoh, mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pemanduan. Ayat 2: Lagipun, terdapat pemandu yang mengalami tekanan perasaan menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan dengan memandu secara melulu dan berbahaya. Ayat 3: Bukan itu sahaja, terdapat pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti melanggar lampu isyarat, tidak mematuhi peraturan had laju dan sebagainya. YO LO KE NI? Tegasnya/Jelaslah/Saya optimis/, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... + IMPAK Contoh: Tegasnya, kecuaian pemandu merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Meskipun jalan raya di negara ini mempunyai prasarana kelas pertama, namun kemalangan jalan raya tetap menjadi igauan ngeri saban masa seandainya digunakan oleh pemandu yang mempunyai mentaliti kelas ketiga.

What???

BAKPO?

Why???

LAGU MANA? Where When Who How Impact

44

(masukkan peribahasa jikalau sesuai)

Perenggan Isi yang lengkap Pada pendapat saya, antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ialah kecuaian pemandu. Saya berpendapat demikian kerana kebanyakan pemandu tidak berhati-hati semasa memandu sedangkan kerajaan sering menguar-uarkan slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat. Sebagai contoh, mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pemanduan. Lagipun, terdapat pemandu yang mengalami tekanan perasaan menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan dengan memandu secara melulu dan berbahaya. Bukan itu sahaja, terdapat pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti melanggar lampu isyarat, tidak mematuhi peraturan had laju dan sebagainya. Jelaslah, kecuaian pemandu merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Meskipun jalan raya di negara ini mempunyai prasarana kelas pertama, namun kemalangan jalan raya tetap menjadi igauan ngeri saban masa seandainya digunakan oleh pemandu yang mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Langkah 3:

Menulis Kesimpulan

Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk menangani masalah kemalangan jalan raya supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan dan jalan raya di negara kita tidak menjadi sungai maut. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

PANDUAN MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2 SOALAN 1: RUMUSAN Markah penuh 30 dibahagikan kepada: Isi 20 markah Bahasa 10 markah

45

Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: nama khas (Kota Bharu) perkataan berulang/kata ganda (cara-cara) penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran (Yang Amat Berhormat) Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa. Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.

1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan 2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan 3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan Contoh sinonim: kesan/akibat/implikasi langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi masalah/halangan/kekangan faedah/kepentingan/manfaat/ kebaikan/keistimewaan Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab Tujuan/matlamat/objektif Ciri-ciri/kriteria

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan [SPM NOV 2007] Rumus: Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi Subjek Sinonim Tema Sasaran Lokasi : : : : : Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah

Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

46

Kaedah Penandaan Isi Tersurat: Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolahsekolah. Untuk menangani masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masingmasing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

S1 S2 S3

Kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin Membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid

47

S4 S5 S6 S7 S8

Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis Pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan Pihak sekolah boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada

Daripada 8 isi yang telah ditandakan, PILIH 6 yang anda yakin TEPAT DAN RINGKAS: Contoh Penulisan Isi Tersurat: Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin (S1). Kementerian Pelajaran juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah (S2). Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid (S3). Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab (S4). Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis (S5). Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada. (S8)

Kaedah Menulis Isi Tersirat: Rujuk Tugasan Soalan Bahagian 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kesan masalah itu kepada negara ialah... T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 Pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh Menjejaskan matlamat negara untuk melahirkan warganegara yang baik Guru mengambil masa yang banyak untuk mengendalikan masalah disiplin Kejadian jenayah meningkat Imej negara terjejas di mata dunia Pembangunan negara tidak seimbang Amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat

Contoh Isi Tersurat:

48

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat (T4) dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia (T5). Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang (T6) dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat (T7). [Anda boleh menyenaraikan 4 isi tersirat seperti yang di atas asalkan jumlah perkataan keseluruhan tidak melebihi 120 patah perkataan] Panduan Menulis Kesimpulan: {Saranan] + [Harapan] Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin supaya kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera. Contoh Rumusan Yang Lengkap Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Kementerian juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia. Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat. Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin agar kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera. (120 patah perkataan)

Soalan 2:

PEMAHAMAN

49

Jenis Soalan : Maksud Rangkai Kata (i) Berikan maksud rangkai kata sekolah yang berstatus elit. [2 markah]

Rujuk kepada petikan: Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Skema: - Sekolah-sekolah ternama/sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar pintar - Sekolah hebat Contoh jawapan: Maksud rangkai kata tersebut ialah sekolah yang ternama Jenis Soalan : (ii) Analisis Petikan [3 markah]

Apakah peranan pendidikan di negara kita?

Rujuk kepada petikan: Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Skema: - Menentukan hala tuju negara - Melahirkan pemimpin yang berwibawa - Melahirkan pemimpin yang kental jati diri - Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Antara peranan pendidikan di negara kita ialah dapat menentukan hala tuju negara. Seterusnya, pendidikan berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa. Selain itu, pendidikan juga berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan kental jati diri.

50

Jenis Soalan : KBKK (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? [4 markah]

Skema: - Mewujudkan hubungan baik - Pelajar rasa dihargai - Pelajar mendapat perhatian - Maklumat pelajar dirahsiakan - Pelajar ada tempat mengadu - Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah kerana melalui kaunseling hubungan baik dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Selain itu, pelajar akan berapa diri mereka dihargai kerana masalah mereka mendapat perhatian daripada guru. Seterusnya pendekatan kaunseling juga membolehkan guru-guru membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan secara rasional. Tambahan pula, pelajar akan rasa dihargai dan ini dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Jenis Soalan : PEGAWAI KOMSAS : Ceh! Bodoh betul, bodoh betul! Itu fasal kau orang semua mahu merdeka rupanya. Mahu makan tanah! Mahu bertelanjang! Orang sudah sediakan kampung halaman dan makanan, kau orang semua mahu hutan belukar, diam atas pokok. Kami tidak mahu merdeka, tuan! (Tegas) Kami tidak mahu makan lebih-lebih dan sisasisa orang dalam negeri kami sendiri.

masuk PEREMPUAN TUA GADIS

: :

(iii)

Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama [4 markah]

Pengajaran daripada petikan drama ini ialah setiap rakyat wajib memelihara maruah dan harga diri. Sebagai contoh, gadis tidak mahu makan lebih-lebih dan sisa-sisa orang dalam negerinya. Pengajaran lain daripada keseluruhan drama ialah kita tidak boleh mengikut pandangan orang lain secara membabi buta. Misalnya, perempuan tua tidak terus menurut kata-kata pegawai.

51

SOALAN 3

:

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 (a) : Membina Ayat Peringatan: 1. 1 markah setiap ayat yang betul 2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah 3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak markah bagi keseluruhan soalan. 4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah. 5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak markah setiap ayat Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas (i) (ii) (iii) bila banyak rata bila-bila banyak-banyak rata-rata

[SPM JUN 2008]

Panduan Menjawab: Soalan 3 (a) (i) Sampai bila hujan ini akan berhenti?, keluh ayah sambil merenung ke langit. Permohonan untuk mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dibuka pada bilabila masa. (ii) Kereta nasional banyak dieksport ke luar negara terutamanya model Proton Waja. Dalam banyak-banyak buah, durian juga yang menjadi kesukaannya. (iii) Tanah yang rata itu sesuai untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Rata-rata penduduk di kawasan pedalaman mengusahakan tanaman getah sebagai sumber ekonomi yang utama.

52

Soalan 3 (b) Bentuk 1: Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii)

tanpa

Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap. Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa. Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan. [6 markah] BM JUN 2008 Teknik Menjawab: Sungguh petah bercakap kanak-kanak berumur lima tahun itu Dengan sikap peramah dan berbudi bahasa masyarakat kita terkenal Mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan sektor hartanah

(i) (ii) (iii)

Bentuk 2: Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Istana di atas bukit itu cantik? Wah, hebatnya nyanyian awak malam ini! Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli. Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang. Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam? Dana PNB dijangka mencecahRM100 bilion tiga tahun lagi. 6 markah Percubaan MRSM 2008

Teknik Menjawab: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Ayat tanya Ayat seru Ayat perintah Ayat penyata Ayat tanya Ayat penyata

53

Bentuk 3: (b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme.Vandalisme iaitu kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme. [6 markah] Percubaan Sabah Teknik Menjawab: Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme iaitu kegiatan merosakkan harta benda awam yang dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu dan membuahkan hasil walaupun mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja dan masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme. Bentuk 4: Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam. [6 markah] Soalan Nov 2004 Teknik Menjawab: Sakinah Mariam : Sakinah Saya bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Saya menyokong rancangan awak itu. Awak akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. : Hasrat saya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. :

54

Mariam : Sakinah

Saya yakin awak mampu untuk mencapai cita-cita awak itu. Saya berdoa semoga awak berjaya. : Terima kasih, Mariam

Bentuk 5: Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) Tugas mengisi kemerdekaan akan kita pikul bersama-sama. Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. (iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas. [6 markah] SPM NOV 2005 Teknik Menjawab: (i) (ii) (iii) Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan bersama-sama. Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara gotong-royong pada minggu lepas.

Bentuk 6: Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) (ii) (iii) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. [6 markah] SPM NOV 2006

Teknik Menjawab: (i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara? Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya? Pendebat itu petah berhujah. Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan. Siswazah berpandangan jauh. Siswazah tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

(ii)

(iii)

55

Bentuk 7: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii) bulan. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga [6 markah] SPM NOV 2007 Teknik Menjawab: (i) Beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2000 hingga 2006. (ii) Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang. (iii) Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Bentuk 8: Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Baju sutera ini untuk ibu Kuda putih itu berlari pantas. Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia. Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK

minggu ini. Seri Murni.

Teknik Menjawab: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) FN + FS FN + FK FN + FA FN + FN FN + FK FN + FN

56

SOALAN 3 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Pengguna kad pintar adalah bagi membolehkan pelajar mengakses bilik-bilik tertentu sahaja, sekaligus menjamin keselamatan kampus. ii. Naskah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara untuk dijadikan rujukan para pengkaji. iii. Pertandingan kaligerafi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah disertakan oleh murid-murid dari seluruh negara. [6 markah] Teknik Menjawab: Soalan 3 (c) (i) Sekaligus Pengguna Naskah bertulisan Kaligerafi disertakan sekali gus penggunaan naskhah bertulis kaligrafi disertai i.

(ii)

(iii)

Soalan SPM 2008: Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat. [6 markah] Teknik Menjawab: Soalan 3 (c)

57

Ejaan perihatin di landa tersiksa Imbuhan menyintai menghulur mengembleng

-

prihatin dilanda terseksa

-

mencintai menghulurkan menggembleng

SOALAN 3 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit kemudahan di universiti-universiti tempatan. untuk menyediakan berbagai

ii.

Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer sekolah itu tidak berjalan dengan baik. [6 markah]

iii.

Teknik Menjawab: Soalan 3 (d) (i) Menghabiskan berbagai Kemajuan demi untuk Penghawa dingin berjalan membelanjakan pelbagai kemampuan demi pendingin hawa berfungsi

(ii)

(iii)

Soalan SPM 2008: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

58

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah. [6 markah]

ii.

iii.

Teknik Menjawab: Soalan 3 (d) (i) dimansuhkan supaya berhemah diperoleh oleh saya menganggarkan di lain-lain kawasan ditangguhkan untuk berhemat saya peroleh meramalkan di kawasan-kawasan lain

(ii)

(iii)

-

SOALAN 3 (e)

Peringatan 1. 2.

Peribahasa mesti lengkap dan tidak ditokok tambah. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak markah daripada keseluruhan.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka Bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang betul Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha untuk membetulkannya [6 markah] Teknik Menjawab: Soalan 3 (e) i. ii. iii.

59

(i) (ii) (ii) (iii)

Durian runtuh Berani kerana benar, takut kerana salah Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jala Soalan SPM 2008:

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. i. ii. iii. bagai menatang minyak yang penuh Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. [6 markah]

Teknik Menjawab: Soalan 3 (e) (i) Dinie dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal mereka. Orang yang baik, walau ke mana pun dia pergi pasti akan diterima oleh masyarakat, seperti pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, pesan ibu kepada Kak Long. Ramli sering mengingatkan pekerjanya bahawa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat akan dikongsi bersama, begitu juga dengan kerugian yang dialami seperti pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

(i)

(i)

60

SOALAN 4 4 (a)

:

NOVEL

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah [7 markah]

Soalan 4(a) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap Berikan 2 markah untuk 1 peristiwa yang lengkap/jelas Berikan 1 markah untuk 1 peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas Markah isi maksimum 4 markah Markah bahasa maksimum 3 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa Calon tidak menjawab 0 markah

-

Teknik Menjawab: Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood Persoalan maruah yang terdapat dalam novel ini ialah maruah diri. Peristiwa yang dikaitkan dengan maruah diri ialah Datuk Dolhi menolak permintaan anaknya yang ingin meminjam wang dari bapanya untuk tujuan peribadi. Persoalan maruah yang kedua ialah maruah agama. Peristiwanya ialah Perempuan Tua dalam perbualannya dengan Tuan Robert dengan tegas mempertahankan agama Islam apabila Tuan Robert memperkecil-kecilkan agama Islam dan cuba mengagung-agungkan agama Kristian. (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. [8 markah] Soalan 4(b) Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

61

-

-

Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel) Markah bahasa maksimum 2 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa Calon tidak menjawab 0 markah

Teknik Menjawab: Dua buah novel yang saya kaji ialah Di Hadapan Pulau karya A Samad Said dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad. Konflik yang dihadapi oleh Aziz sebagai watak utama dalam novel Di Hadapan Pulau ialah dia tertekan tinggal bersama-sama keluarga Makcik Joyah yang miskin. Cara mengatasinya ialah Aziz menolong Syed Fikri bercucuk tanam untuk hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan Makcik Joyah. Manakala Ratu Bongsu sebagai watak utama dalam novel Putera Gunung Tahan menghadapi konflik serangan kapal terbang pengebom Inggeris demi mempertahankan puncak Gunung Tahan serta menyelamatkan rakyatnya. Cara men