Amali 1

6
Amali 1: Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor- abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosinte dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. rganism organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk disimpan balik oleh tumbuhan. !ebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi-fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepa ekosistem itu sendiri. "anah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mud !eputusan Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2 Jenis tanaman #aman !ebun Tahap naungan !awasan terbuka $awah pokok elem!apan" kekeringan Tanah !ering #embap sedikit p# Tanah % % emampatan Tanah #onggar &ampat Tekstur Tanah $pasir% liat dll& !ebun "anah liat a. &akrofauna "erbesar. 'adual

description

tahun 2 sem 2

Transcript of Amali 1

Amali 1: Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Jaringan Makanan

PendahuluanSesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk disimpan balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi-fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah.

Keputusan

Ciri-ciri LokasiLokasi 1Lokasi 2

Jenis tanamanLamanKebun

Tahap naunganKawasan terbukaBawah pokok

Kelembapan/ kekeringan TanahKeringLembap sedikit

pH Tanah55

Kemampatan Tanah LonggarMampat

Tekstur Tanah (pasir, liat dll)KebunTanah liat

Jadual 1

a. Makrofauna Terbesar.Order atau kumpulan MakrofaunaBilangan pada lokasi 1Bilangan pada lokasi 2

Mikroorganisma putih-1

Semut3-

Jadual 2

b. Makrofauna Terkecil.Order atau kumpulan MakrofaunaBilangan pada lokasi 1Bilangan pada lokasi 2

Mikroorganisma putih-5

Labah-labah1-

Semut1-

Serangga berkaki 6 dan bersayap-1

Kumbang hitam2-

Jadual 3

c. Bilangan keseluruhan Makrofauna terbesar dan Makrofauna terkecil.MakrofaunaBilangan pada lokasi 1Bilangan pada lokasi 2

Mikroorganisme putih-6

Labah-labah1-

Semut4-

Serangga berkaki 6 dan bersayap-1

Kumbang hitam2-

Jadual 4

Perbincangan

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut?

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sifat tanah. Sifat tanah yang berlainan akan menyebabkan kehidupan yang mempunyai ciri yang sesuai dengan keadaan itu untuk mendiami tanah tersebut. Terdapat banyak ciri yang mempengaruhi sifat tanah seperti iklim, bentuk muka bumi dan kehadiran tumbuhan pada tanah tersebut. oleh kerana sifat yang berbeza, makrofauna yang boleh mengadaptasikan dengan keadaan tanah tersebut sahaja yang boleh hidup dalam keadaan itu. Dalam eksperimen ini, saya mendapat tahu bahawa makrofauna dalam tanah akan berbeza kerana faktor keredupan, kelembapa, kemampatan tanah dan tekstur tanah.

Pada lokasi 1 iaitu di kawasan laman, terdapat banyak jenis makrofauna yang hidup berbanding dengan lokasi 2. Pada lokasi 1, walaupun kawasan terbuka, terdapat banyak jenis makrofauna. Ini kerana kemampatan tanahnya longgar manakala di lokasi 2 tanah sangat mampat. Oleh itu, makrofauna dapat korek lubang ke dalam tanah dan masuk ke dalam tanah. Di lokasi 2, tanahnya sangat padat dan susah untuk dikorek. Oleh itu lokasi 2 tiada kepelbagaian makrofauna. Tetapi pada lokasi 2, terdapat banyak mikroorganisma putih. Ianya berada dalam tanah yang padat kerana susah untuk makrofauna lain untuk menjadikannya makanan. Dengan ini, populasi mikroorganisma putih tinggi pada lokasi 2 manakala tiada di lokasi 1.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi ciri-ciri tanah tersebut. ia akan mengubah struktur tanah supaya dapat membolehkannya untuk bergerak dan membesar. Sebagai contoh, makrofauna yang dijumpai dalam eksperimen ini seperti semut membantu tanah tersebut untuk menjadi subur. Semut akan hidup dalam bilangan yang banyak. Ia akan mengorek tanah untuk hidup dan membentuk laluan buntuk bergerak. Oleh itu, semut akan menggali tahan dan membawa tanah di dalam ke atas permukaan. Dengan ini, nutrien dalam tanah akan bercampur. Ini akan menyebabkan tumbuhan dapat hidup dengan subur pada tanah tersebut. Selain itu, liang yang digali oleh semut juga akan membantu untuk ketumbuhan akar tumbuhan. Selai itu, liang tersebut akan memberi ruang pengudaraan yang baik di samping menjadi penakung air yang baik.3. Pada rajah jaringan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya, fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contohnya, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisme pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik seperti tumbuhan dan juga makrofauna juga mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang. Berdasarkan eksperimen ini, terdapat dua jenis hidupan iaitu pengeluar dan pengguna. Pengeluar merupakan tumbuhan hijau yang boleh membuat makanan sendiri dengan menggunakan cahaya matahari. Pengguna pula terdiri daripada semua haiwan kerana ia tidak boleh membuat makanan sendiri dan terpaksa bergantung kepada haiwan atau tumbuhan lain untuk mendapatkan sumber tenaga. Pengeluar akan membuat makanan dan akan menyimpannya dalam bentuk kanji. Pengguna pertama iaitu haiwan pemakan daun akan memakan tumbuhan tersebut dan mendapatkan tenaga tersebut. Seterusnya, pengguna kedua dan seterusnya iaitu haiwan pemakan haiwan akan memakan haiwan pemakan daun untuk mendapatkan tenaga daripadanya. Proses ini akan berlaku dalam satu jaringan. Walaupun sesuatu haiwan memakan haiwan yang satu lagi, bukan kesemua tenaganya akan diperolehi oleh haiwan pemangsa. Contohnya, rusa hanya akan mendapat sebahagian daripada tenaga dari rumput. Tenaga yang sebahagian lagi akan hilang sebagai haba. Apabila harimau memakan rusa, sebahagian tenaga sahaja yang harimau akan dapat. Dengan ini, kita dapat membuat konklusi bahawa haiwan yang ada di puncak rantai akan mendapat tenaga yang sedikit berbanding dengan haiwan pemakan daun.

Apabila haiwan yang berada pada puncak rantai makanan telah mati, haiwan tersebut akan reput. Bakteria dan mikroorganisme akan mereputkan haiwan tersebut dan nutrient dan tenaga yang ada di dalamnya akan diserap oleh tanah. Dengan ini, tenaga dan nutrient yang diambil dari tanah oleh tumbuhan akan balik semula ke tanah. Suatu kitaran berlaku dan ini akan menyebabkan tanah tersebut selalu menjadi subur. Selepas itu, kitaran ini akan terus berulang.

Nutrien tanah Tumbuhan Haiwan pemakan daun Haiwan pemakan haiwan

RUJUKAN :

Glencoe. (2003). Biology Living Systems. America: McGraw-Hill. Odum, E. P. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Pollock, S. (1997). Ekologi. Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd.