AMALI 2

4
LAU LIIK SIONG AMALI 2 PISMP SN JUN 2014 AMALI 2: Daya Pernyataan masalah: Adakah jisim objek mempengaruhi jarak yang dilaluinya? Tujuan: Untuk mengkaji sama ada jisim sesuatu objek mempengaruhi jarak yang dilaluinya. Hipotesis: Semakin kecil jisim sesuatu objek, maka semakin besar jarak yang dilaluinya. Pemboleh ubah: Pembolehubah Manipulasi : Jisim pemberat Pembolehubah Bergerak Balas : Jarak yang dilalui oleh troli Pembolehubah Dimalarkan : Daya tolakan, jenis troli, jenis pemberat Bahan dan Radas: Troli, pemberat dan pita pengukur

description

321

Transcript of AMALI 2

LAU LIIK SIONG AMALI 2 PISMP SN JUN 2014

AMALI 2: DayaPernyataan masalah: Adakah jisim objek mempengaruhi jarak yang dilaluinya?Tujuan: Untuk mengkaji sama ada jisim sesuatu objek mempengaruhi jarak yang dilaluinya.Hipotesis:Semakin kecil jisim sesuatu objek, maka semakin besar jarak yang dilaluinya.Pemboleh ubah:Pembolehubah Manipulasi : Jisim pemberatPembolehubah Bergerak Balas : Jarak yang dilalui oleh troliPembolehubah Dimalarkan : Daya tolakan, jenis troli, jenis pemberatBahan dan Radas:Troli, pemberat dan pita pengukur

Rajah 1

Prosedur:1. Bahan dan radas diaturkan seperti dalam Rajah 1.2. Sebuah troli yang mempunyai muatan sebanyak 0.5kg diletakkan di mana batang berspring pada troli tersebut menghadap dinding.3. Pin pelepas ditekankan untuk melepaskan batang berspring bagi menggerakkan troli akibat daya tolakan daripada batang berspring kepada dinding.4. Jarak yang telah dilalui oleh troli dari titik permulaan hingga titik di mana troli berhenti diukur dengan menggunakan pita pengukur.5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan meletakkan pemberat berjisim 1.0kg, 1.5kg, 2.0kg di atas troli.Langkah berjaga-jaga:1. Permukaan lantai perlu dipastikan tidak mempunyai kelompok air dan rata supaya tidak menyebabkan daya geseran menjadi tidak sekata.Keputusan:Jisim pemberat (kg)Jarak yang dilalui (cm)

123Purata

0.5162.5160.0162.0161.5

1.0149.0145.5149.0148.0

1.5133.0133.0136.0134.0

2.0118.0119.0117.0118.0

Perbincangan:1. Berdasarkan keputusan di atas, jarak purata yang dilalui oleh troli membawa jisim pemberat 0.5kg ialah 161.5cm. Jarak purata yang dilalui oleh troli membawa jisim pemberat 1.0kg ialah 148.0cm. Jarak purata yang dilalui oleh troli membawa jisim pemberat 1.5kg ialah 134.0cm, manakala jarak purata yang dilalui oleh troli membawa jisim pemberat 2.0kg pula ialah 118.0cm.

2. Troli yang membawa jisim pemberat yang semakin rendah akan bergerak dengan jarak yang semakin jauh. Sebaliknya, troli yang membawa jisim pemberat yang semakin tinggi akan bergerak dengan jarak yang lebih pendek.3. Menurut persamaan F=ma, jisim sesuatu objek adalah berkadar songsang dengan pecutannya apabila daya yang dikenakan pada objek itu adalah malar. Troli yang membawa jisim pemberat yang semakin rendah mempunyai pecutan yang semakin tinggi, maka troli tersebut bergerak dengan jarak yang semakin panjang.

4. Kami telah menggunakan landasan supaya daya yang dikenakan pada setiap troli adalah sama dalam perancangan eksperimen kami. Semasa menjalankan eksperimen, kami mendapati cara ini adalah salah. Keputusan yang diperoleh menunjukkan troli yang membawa jisim pemberat yang tinggi bergerak dengan lebih jauh. Hal ini demikian kerana daya yang bertindak ke atas setiap troli adalah berlainan jika menggunakan landasan.

5. Persamaan F=mg sin digunakan dalam penjelasan eksperimen tersebut, g sin adalah tetap, daya yang dikenakan pada troli semakin tinggi jika jisim troli semakin tinggi. Oleh itu, troli itu boleh bergerak dengan lebih jauh.

6. Kumpulan saya telah membuat pengubahsuaian eksperimen dengan menggunakan spring troli untuk menghasilkan daya yang sama terhadap setiap troli. Kami juga mendapatkan tiga bacaan jarak yang dilalui untuk mendapatkan purata jarak yang dilalui.

Kesimpulan:Pecutan troli berkurang apabila jisim troli bertambah. Pecutan berkadar songsang dengan jisim apabila daya yang dikenakan adalah malar.