amali 2

download amali 2

of 3

description

amali

Transcript of amali 2

Tajuk: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses fotosintesisObjektif: 1. Untuk mengkaji kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis tumbuhan.2. Untuk mengkaji kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis tumbuhan.Pengenalan:Fotosintesis merupakan proses yang dijalankan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan glukosa yang merupakan makanannya dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Oksigen dikeluarkan melalui stomata dan air didapatkan melalui akar tumbuhan dan dihantar ke daun tumbuhan melalui sistem vaskular tumbuhan. Tenaga matahari diserap oleh klorofil, satu pigmen hijau yang berada dalam sel tumbuhan, iaitu kloroplas. Kloroplas merupakan tapak untuk menjalankan fotosintesis. Proses fotosintesis adalah sangat penting kerana ia membekalkan makanan kepada semua organisma. Fotosintesis juga terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang berfungsi untuk mengekalkan kandungan gas karbon dioksida dan oksigen dalam udara. Dalam aktiviti yang dijalankan, faktor keamatan cahaya dan kepekatan karbon dioksida dalam mempengaruhi kadar fotosintesis akan dikaji. Kadar fotosintesis dikenal pasti dengan bilangan gelembung yang dihasilkan setiap minit.Pembolehubah:(A) Keamatan CahayaPemboleh ubah manipulasi: Jarak lampu dari tumbuhanPemboleh ubah bergerak bebas: Bilangan gelembung yang dihasilkan setiap 5 minitPemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan, Isipadu air(B) Kepekatan Karbon DioksidaPemboleh ubah manipulasi: Kepekatan karbon dioksida dalam larutanPemboleh ubah bergerak bebas: Bilangan gelembung yang dihasilkan setiap 5 minitPemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan, Isipadu airRadas dan Bahan:*Prosedur:(A) Keamatan Cahaya1. 2 ranting tumbuhan digunakan dan dipotong menjadi 10 cm dari hujung bawah batangnya dengan menggunakan pisau tajam.2. Tumbuhan tersebut diletakkan dengan hujung bekas keratan menghala ke atas di dalam bikar yang berisi air kolam dengan larutan natrium bikarbonat 0.25%.3. Tabung didih di dalam bikar diletakkan dengan muncungnya menghala ke bawah. Tabung didih diisi penuh dengan air kolam.4. Tabung didih dikepitkan dengan menggunakan kaki retot dengan pengepit supaya ianya tidak jatuh.5. Lampu diletakkan kira-kira 40cm daripada tumbuhan eksperimen. Satu bikar yang mengandungi air diletakkan di antara lampu dengan tumbuhan itu. Lampu dipasangkan dan dibiarkan selama 5 minit sebelum bacaan diambil.6. Jumlah gelembung yang dihasilkan dikirakan untuk selama 20 minit. Purata gelembung yang dihasilkan dihitungkan bagi setiap 5 minit.7. Langkah (1) hingga langkah (6) diulangi bagi jarak 10cm.(B) Kepekatan Karbon Dioksida1. Langkah (1) hingga langkah (6) diulangi tetapi pada langkah (2) natrium bikarbonat 0.5% digunakan.Keputusan:(A) Faktor Keamatan CahayaJarak LampuBilangan gelembung

5 minit10 minit15 minit20 minit

10 cm21323027

40 cm22242525

Kadar fotosintesis pada setiap 5 minit =Kadar fotosintesis pada setiap minit =(B) Faktor Kepekatan Karbon DioksidaKepekatan Karbon DioksidaBilangan gelembung

5 minit10 minit15 minit20 minit

0.25%4478

0.5%25811

Kadar fotosintesis pada setiap 5 minit =Kadar fotosintesis pada setiap minit =Perbincangan:Bagi faktor keamatan cahaya, ketika jarak lampu berada pada 10 cm dari tumbuhan, bilangan gelembung yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding dengan jarak lampu berada pada 40 cm dari tumbuhan. Kadar fotosintesis apabila jarak lampu berada pada 10 cm dari tumbuhan adalah ??? , iaitu lebih tinggi berbanding dengan kadar fotosintesis apabila jarak lampu berada pada 40 cm dari tumbuhan iaitu ???.Ini adalah kerana.Bagi faktor kepekatan karbon dioksida, ketika tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.25% natrium bikarbonat, bilangan gelembung yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding dengan tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.5% natrium bikarbonat. Kadar fotosintesis apabila tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.5% natrium bikarbonat adalah ??? iaitu lebih tinggi berbanding dengan kadar fotosintesis tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.25% natrium bikarbonat iaitu ???Ini adalah keranaKesimpulan:Soalan:1. Bincangkan bagaimana suhu mempengaruhi kadar fotosintesis.

http://goffs.herts.sch.uk/documents/science/biologyalevel/factsheets/025%20PHOTOSYNTHESIS.PDFhttp://www.alice.cnptia.embrapa.br/bitstream/doc/661750/1/44n11a06.pdfhttp://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/science/ocr_gateway_pre_2011/environment/1_food_factory2.shtml