Amali 2 - Memerhati Kitar Hidup Haiwan

4
OBJEKTIF AMALI: i. Memerhatikan kitar hidup rama-rama dan katak termasuk pemakanan dan habitatnya di lokasi sebenar. ii. Membandingbeza kitar hidup rama-rama dan katak. iii. Menjelaskan adaptasi yang dilakukan oleh rama-rama dan katak. iv. Melukis kitar hidup rama-rama dan katak. PENGENALAN Kitar Hidup Rama-rama Kitar Hidup Katak Habitat Daun, batang tumbuhan, pokok-pokok berdaun lebat Kawasan lembab dan berair seperti tepi sungai, tasik, lombong. Pemakanan Daun Pelbagai jenis serangga, contohnya lalat, nyamuk, belalang. Peringkat Kitar Hidup dan Kepentingannya 1. Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. Peringkat 1 Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya. Telur katak dilindungi dan

Transcript of Amali 2 - Memerhati Kitar Hidup Haiwan

Page 1: Amali 2 - Memerhati Kitar Hidup Haiwan

OBJEKTIF AMALI:

i. Memerhatikan kitar hidup rama-rama dan katak termasuk pemakanan dan habitatnya di lokasi sebenar.

ii. Membandingbeza kitar hidup rama-rama dan katak.iii. Menjelaskan adaptasi yang dilakukan oleh rama-rama dan katak.iv. Melukis kitar hidup rama-rama dan katak.

PENGENALAN

Kitar Hidup Rama-rama Kitar Hidup Katak

HabitatDaun, batang tumbuhan, pokok-pokok berdaun lebat

Kawasan lembab dan berair seperti tepi sungai, tasik, lombong.

PemakananDaun Pelbagai jenis serangga, contohnya lalat, nyamuk,

belalang.Peringkat Kitar Hidup dan Kepentingannya

1. Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.

2. Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan

Peringkat 1Katak menghasilkan telur di dalam air

atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.

Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga

Page 2: Amali 2 - Memerhati Kitar Hidup Haiwan

tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.

3. Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

4. Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.

lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.

Sel telur membahagiSatu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.

EmbrioSel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.

Peringkat 2 Berudu

Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.

Peringkat 3 Berudu mula berubah

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.

Peringkat akhirKatak

Page 3: Amali 2 - Memerhati Kitar Hidup Haiwan

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

Kesan Kepada Manusia1. Kitar hidup rama-rama mempunyai impak

yang minima kepada manusia kerana kurangnya persaingan dari segi habitat dan sumber makanan.

2. Namun, kehadiran manusia memberi kesan yang mendalam kepada kitaran hidup rama-rama, contohnya penebangan pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal dan sumber makanan kepada pelbagai spesies rama-rama.

3. Pencemaran yang berpunca daripada manusia turut memberi kesan kepada kualiti dan komposisi daun yang menjadi sumber makanan utama.

1. Katak merupakan medium pengawal biologi terutamanya bagi mengawal bilangan serangga perosak dan berbahaya kepada manusia, seperti nyamuk dan belalang.

2. Namun kehadiran katak, yang berkongsi habitat dengan manusia turut mengundang bahaya kerana merupakan makanan utama pelbagai spesies ular.

KESIMPULAN