Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK : AMALI 2 (SCE 1034) SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN PROGRAM : PPISMP NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KEVIN TIANG SOON MING

description

Laporan Amali 2 bagi subjek Biologi 1. Amali ini bertujuan untuk mengkaji struktur yang terdapat pada sel haiwan dan sel tumbuhan. Harap ia dapat membantu.

Transcript of Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

Page 1: Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK : AMALI 2 (SCE 1034)

SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

PROGRAM : PPISMP

NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KEVIN TIANG SOON MING

LAU WEE MENG

KELAS : P1SN

AMBILAN : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : PUAN AZILINA BINTI MOHAMED NOR

TARIKH HANTAR : 20 OGOS 2015

Page 2: Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

Tujuan

Mengkaji sel haiwan dan sel tumbuhan

Alat radas dan bahan

Mikroskop,slaid dan penutup slaid,pisau,forsep,bawang,larutan iodin,air suling,larutan

metilina biru,pencungkil gigi,kertas turas

Prosedur

A. Mengkaji sel bawang

1. Sehelai daun sisik sukulen berukuran 1 cm3 daripada sebiji bawang besar dikupas

dengan menggunakan pisau.

2. Lapisan epidermis lutcahaya ditanggalkan dari sebelah dalam daun sisik itu

menggunakan forsep secara berhati-hati.

3. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.

4. Kemudian, epidermis bawang diletakkan di atas titisan air itu dengan cermat supaya

epidermis tidak berlipat.

5. Selepas itu, epidermis bawang ditutup dengan penutup slaid secara perlahan-lahan.

6. Kemudian, sehelai kertas turas diletakkan di salah satu pinggir penutup kaca dan

satu titik larutan iodin dititiskan pada satu pinggir penutup kaca.Larutan iodin itu akan

meresap ke dalam sel epidermis bawang lalu mewarnakan bahagian tertentu di

dalam sel itu.Teknik ini dikenali sebagai teknik pengairan.

7. Spesimen tersebut diperhatikan di bawah mikroskop dengan menggunakan kanta

objektif kuasa rendah dan diikuti dengan objektif kuasa tinggi.Hasil pemerhatian sel

tersebut pada kuasa pembesaran yang berbeza dilukis dan dilabelkan.Dinding

sel,membran sel,nukleus,vakuol dan sitoplasma.

B. Mengkaji sel pipi

1. Berkumur mulut dengan air bersih.

2. Pencungkil gigi digunakan untuk mengikis lapisan dinding dalam pipi secara

perlahan dengan berhati-berhati.

3. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.

4. Selepas itu, hasil kikisan tersebut diletakkan di atas titisan air itu.

5. Hasil kikisan tersebut ditutup dengan penutup slaid secara perlahan-perlahan.

6. Kemudian, sel tersebut dititiskan dengan larutan metilina biru melalui teknik

pengairan.

Page 3: Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

7. Spesimen tersebut diperhatikan di bawah mikroskop dengan menggunakan kanta

objektif kuasa rendah dan diikuti dengan objektif kuasa tinggi.Hasil pemerhatian sel

tersebut pada kuasa pembesaran yang berbeza dilukis dan dilabelkan.

Keputusan

a. Sel bawang

4x 10x

b. Sel pipi

4x 10x

Page 4: Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

Perbincangan

Setelah menjalankan ekperimen ini kita dapat mengetahui bahawa sel tumbuhan dan sel

haiwan mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ciri-ciri tertentu. Yang mana

persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan ialah mempunyai nukleus, sitoplasma ,

membran plasma, jasad Golgi, mitokondrion dan jalinan endoplasma. Di antara

perbezaannya dinyatakan dalam jadual di bawah.

PERBEZAAN DI ANTARA SEL TUMBUHAN DENGAN SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN SEL HAIWAN

1. mempunyai dinding sel 1. tidak mempunyai dinding sel

2. mempunyai bentuk yang teratur2. mempunyai bentuk yang tidak

teratur

3. mempunyai vakuol-vakuol yang

besar

3. mempunyai vakuol-vakuol yang

kecil

4. mempunyai kloroplas dengan

pigmen klorofil di dalamnya.4.tidak mempunyai kloroplas

5. mempunyai granul kanji (simpanan

makanan) di dalam sitoplasma

5. mempunyai granul glikogen

(simpanan makanan) di dalam

sitoplasma.

Kesimpulan

Secara asasnya,sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap dan setiap sel mengandungi

nukleus,sitoplasma dan membran plasma. Di samping itu, sel haiwan tidak mempunyai

dinding sel dan mempunyai bentuk yang tidak teratur. Ianya mempunyai vakuol-vakuol yang

kecil dan tidak mengandungi kloroplas. Ianya juga mempunyai granul glikogen ( simpanan

makanan) di dalam sitoplasma. Sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap. Sel tumbuhan

mempunyai dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol yang besar.

Setengah sel seperti sel daun Elodea mempunyai kloroplas. Struktur membran plasma

berselaput nipis, kenyal dan separa telap dan ianya terdiri daripada protein dan lipid.

Fungsinya ialah untuk mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Di samping

itu, struktur dinding sel terletak di luar membran sel dan terbina daripada selulosa dan

bersifat telap sepenuhnya. Ianya keras dan tegar. Ia berfungsi memberi sokongan,

ketegaran dan bentuk kepada sel tumbuhan.

Page 5: Amali 2 - Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan