Amali Batu

2
Tajuk : Mengenali Batuan Objektif : Mengelas jenis batu di sekeliling persekitaran. Bahan – bahan : Beberapa jenis batu 100 ml air Radas : Neraca tuas Bikar Silinder penyukat Penimbang elektronik Maklumat latar belakang : Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga

description

amali bqtu

Transcript of Amali Batu

Tajuk :Mengenali Batuan Objektif : Mengelas jenis batu di sekeliling persekitaran.Bahan bahan : Beberapa jenis batu100 ml airRadas : Neraca tuasBikarSilinder penyukatPenimbang elektronikMaklumat latar belakang : Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Batu dapat dikelaskan kepada tiga jenis batu yang berbeza, batu igneous, batu mendap dan batu metamorfik. Batu igneous terbentuk akibat daripada penyejukan dan pembentukan magma. Batu mendap terbentuk oleh mnedapan bahan-bahan di dalam laut, sungai atau tasik melalui pengumpulan zarah-zarah mineral yang dibawa oleh air, angin atau ais. Batu igneous dan mendap akan berubah kepada batu metamorfik apabila terdedah kepada suhu atau tekanan yang tinggi atau kedua-duanya.Langkah langkah : 1) Sejenis batu dibawa daripada rumah masing-masing2) Setiap perbezaan jenis batu dibincangkan dengan menggunakan jadual di bawah3) Ketumpatan batu ditentukan dengan menggunakan hubungan jisim per isipadu.4) Nama-nama batu telah dikenal pasti dari data yang terkumpul.5) Teknik-teknik lain dinyatakan untuk mengenali nama batu tersebut.Keputusan :