Amali Kerja Kaca

5
1 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS Tajuk Kerja kaca Tujuan Membengkokkan tiub kaca dan membuat penitis Pengenalan Kaca berasal dari bahan yang bersifat cecair tetapi mempunyai kepadatan tinggi dan struktur amorfus. Zarah-zarah di dalamnya tidak membentuk suatu jalinan yang teratur seperti kristal. Kaca kebanyakan dibuat daripada silika (SiO2) yang menghasilkan takat lebur yang tidak terlalu tinggi. Terdapat 2 jenis kaca yang umum dan boleh didapati di dalam makmal sains iaitu kaca soda kapur dan kaca borosilikat. Kaca soda kapur merupakan kaca campuran soda, batu kapur dan silika. Ianya cair apabila dipanaskan pada suhu 300-400dengan penunu Bunsen. Kebanyakan tiub kaca diperbuat daripada kaca soda kapur. Kaca borosilikat boleh lembut apabila mencapai suhu lebih daripada 700. Kaca ini tahan pada suhu yang tinggi. Kebanyakannya radas seperti tabung didih dan bikar diperbuat daripada kaca borosilikat. Kerja kaca memerlukan beberapa kemahiran asas teknik pemotongan dan pemprosesan kaca. Dengan mengenali jenis dan sifat kaca, kita boleh memotong atau membentuk tiub kaca menjadi alatan asas yang kerap digunakan dalam makmal sains. Bahan dan radas Tiub kaca dan penunu Bunsen Prosedur A. Membengkokkan tiub kaca 1. Tiub kaca dipanaskan dalam api penunu Bunsen sambil tiub diputarkan terus - menerus. 2. Apabila kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub dikeuarkan tiub dari api dan tiub dibengkokkan mengikut bentuk 45̊ . 3. Kedua-dua hujung tiub dipegang dan dibengkokkan perlahan-lahan menuju ke atas supaya bahagian lembut membentuk bentuk yang sesuai.

Transcript of Amali Kerja Kaca

Page 1: Amali Kerja Kaca

1 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Tajuk

Kerja kaca

Tujuan

Membengkokkan tiub kaca dan membuat penitis

Pengenalan

Kaca berasal dari bahan yang bersifat cecair tetapi mempunyai kepadatan tinggi dan struktur

amorfus. Zarah-zarah di dalamnya tidak membentuk suatu jalinan yang teratur seperti kristal.

Kaca kebanyakan dibuat daripada silika (SiO2) yang menghasilkan takat lebur yang tidak

terlalu tinggi. Terdapat 2 jenis kaca yang umum dan boleh didapati di dalam makmal sains

iaitu kaca soda kapur dan kaca borosilikat. Kaca soda kapur merupakan kaca campuran soda,

batu kapur dan silika. Ianya cair apabila dipanaskan pada suhu 300-400℃ dengan penunu

Bunsen. Kebanyakan tiub kaca diperbuat daripada kaca soda kapur. Kaca borosilikat boleh

lembut apabila mencapai suhu lebih daripada 700℃. Kaca ini tahan pada suhu yang tinggi.

Kebanyakannya radas seperti tabung didih dan bikar diperbuat daripada kaca borosilikat.

Kerja kaca memerlukan beberapa kemahiran asas teknik pemotongan dan pemprosesan

kaca. Dengan mengenali jenis dan sifat kaca, kita boleh memotong atau membentuk tiub kaca

menjadi alatan asas yang kerap digunakan dalam makmal sains.

Bahan dan radas

Tiub kaca dan penunu Bunsen

Prosedur

A. Membengkokkan tiub kaca

1. Tiub kaca dipanaskan dalam api penunu Bunsen sambil tiub diputarkan terus-

menerus.

2. Apabila kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub dikeuarkan tiub dari api

dan tiub dibengkokkan mengikut bentuk 45̊.

3. Kedua-dua hujung tiub dipegang dan dibengkokkan perlahan-lahan menuju ke

atas supaya bahagian lembut membentuk bentuk yang sesuai.

Page 2: Amali Kerja Kaca

2 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

4. Prosedur 1-3 diulang menggunakan tiub kaca yang baharu untuk membuat bentuk

90̊ dan 135̊.

B. Membuat penitis

1. Tiub kaca dipegang di kedua-dua hujungnya. Bahagian tengah tiub dipanaskan

sambil diputar terus-menerus.

2. Apabila kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub ditarik ke arah yang

bertentangan sehingga bahagian tengahnya putus.

3. Hujung tiub yang terputus tadi dipotong untuk menghasilkan lubang.

4. Hujung tiub yang lain dipanaskan untuk membentuk gelang tebal.

5. Bunting getah dipasangkan pada hujung yang telah dipanaskan untuk

menghasilkan sebatang penitis.

Bunting getah

Page 3: Amali Kerja Kaca

3 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Keputusan

45̊

90̊

135̊

Page 4: Amali Kerja Kaca

4 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Penitis

Perbincangan

1. Kerja kaca perlulah dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan

kecederaan.

2. Semasa membengkokkan tiub kaca, elakkan untuk menyentuh bahagian yang telah

dipanaskan kerana ia akan boleh melecurkan kulit.

3. Semasa mengendalikan kerja kaca, penggunaan goggle digalakkan untuk

mengelakkan serpihan kaca terkena dengan mata serta sarung tangan kain digunakan

untuk mengelakkan jari terkena dengan kawasan yang panas.

4. Kesalahan umum yang saya lakukan semasa melakukan eksperimen ini ialah saya

bersikap cuai di mana saya memegang kawasan yang panas tanpa menggunakan

sarung tangan. Jari saya juga luka kerana terkena dengan serpihan kaca yang tajam.

5. Aplikasi kaca dalam kehidupan seharian adalah cermin mata, cermin tingkap, cermin

kereta dan pada bangunan.

Kesimpulan

Kerja kaca membengkokkan tiub kaca dan penitis berjaya dilakukan.

Page 5: Amali Kerja Kaca

5 SCES3073 KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Rujukan

Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Lim Yean Ching. (2010). Focus 4U: Chemistry SPM Form

4&5. Bangi: Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.

Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Yeow Kek Ong (2001). Fokus Indigo SPM Kimia. Bangi:

Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.

Kirun Wae (2014). Jenis-jenis Kaca dan Aplikasinya. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman

web http://projectmedias.blogspot.my/2014/03/jenis-jenis-kaca-dan-aplikasinya.html

Lim You Sie, Yip Kim Hong. (2007). Pre-U Text STPM Inorganic Chemistry. Rawang: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

Lim Yous Sie, Yip Kim Hong. (2014). Pre-U Text STPM Chemistry. Petaling Jaya: Sasbadi

Sdn. Bhd.

Wikipedia (2016). Kaca. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web

https://id.wikipedia.org/wiki/Kaca

Zulhairi Osman (2015). Kerja Kaca. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web

http://documents.tips/documents/kerja-kaca.html#