Amali Supercharger
-
Upload
paul-kenny -
Category
Documents
-
view
91 -
download
9
description
Transcript of Amali Supercharger
PEMERIKSAAN SUPERCHARGER DI ATAS KENDERAAN
1. Memeriksa Paras Minyak SuperchargerSemasa enjin dalam keadaan sejuk, periksa paras minyak supercharger melalui dipstick.i. Letakkan kenderaan pada kedudukan yang rata dan tutupkan
enjin.ii. Keluarkan dipstick supercharger dengan memusingkan ia
melawan pusingan jam dan keluarkan ia.iii. Lapkan dipstick menggunakan kain perca.iv. Masukkan semula dipstick tersebut dengan memusing
mengikut pusingan jam.v. Keluarkan semula dipstick tersebut dan periksa paras minyak
supercharger.vi. Paras minyak mesti berada pada paras “L” dan “F” pada
hujung dipstick tersebut.
Jika bacaan menunjukkan pada paras rendah, periksa kebocoran dan tambahkan minyak sehingga ia mencapai paras “F”.
vii. Tambahkan minyak supercharger melalui saluran dipstick tadi menggunakan hos dan pam vakum (tiub jarum suntikan) yang bersesuaian.
viii. Periksa semula paras minyak supercharger mengikut kaedah awal tadi.
ix. Elakkan terlebih meletakkan minyak supercharger kerana ia boleh merosakkan supercharger tersebut.
2. Tukar Minyak Supercharger Jika Perlui. Tanggalkan palam magnetik berdekatan dengan penutup
hujung dan keluarkan minyak supercharger tersebut.ii. Bersihkan dan pasang semula palam magnetik tadi bersama
dengan gasket palam yang baru.iii. Isikan supercharger dengan minyak yang baru.iv. Isipadu minyak: 130cc.
3. Memeriksa Palam Magnetik
i. Periksa klac magnetik semasa injap pendikit (throttle) terbuka
ketika enjin dihidupkan.
ii. Gunakan ohm meter untuk mengukur rintangan koil stator di
antara wayar terminal klac.
iii. Rintangan: 3.7 ± 0.2 Ω pada 20ᴼC
4. Memeriksa Air By-Pass Valve (ABV)
Semasa enjin dalam keadaan melahu,, tanggalkan hos vakum ABV
dan periksa bunyi yang dilekuarkan semasa operasi ABV. Jika tiada
bunyi, periksa ABV dan VSV berasingan.
5. Memeriksa Tekanan Supercharger
i. Pasang SST (turbocharger pressure gauge) di antara VSV dan
saluran kemasukan dengan sambungan three-way.
ii. (Kenderaan Transmisi Manual)-Semasa pada gear ke-4 dan enjin
pada 1500rpm, buka injap pendikit (throttle) dan periksa tekanan
supercharger pada kelajuan enjin 2000rpm.
Tekanan standard: 25kPa (0.25 kgf/cm², 3.6 psi)
iii. (Kenderaan Transmisi Automatik)-Periksa tekanan supercharger
dengan menjalankan stall test.
Tekanan standard: 29kPa (0.30 kgf/cm², 4.3 psi)
Jika tekanan kurang daripada spesifikasi,periksa pemasangan
supercharger.
Jika tekanan melebihi spesifikasi,periksa sistem ABV.
PEMERIKSAAN ABV DAN VSV
1. Memeriksa Air By-Pass Valve (ABV)
Vakum ABV dan ukur vakum tersebut semasa injap terbuka.
Vakum (injap separuh buka)-13.00 – 21.99 kPa (105 – 165 mmHg)
Vakum (injap terbuka penuh)-32.66 – 52.65 kPa (245 – 395 mmHg)
Jika bacaan vakum tidak mengikut spesifikasi,ganti ABV.
2. Memeriksa VSV untuk ABVi. Pasang bateri pada terminal.
ii. Periksa aliran udara dari paip E ke penapis udara.
iii. Putuskan sambungan bateri dari terminal.iv. Periksa aliran udara dari paip E ke paip G.
Jika berlaku masalah,gantikan VSV.
3. Memeriksa ACVi. Pasang bateri pada terminal.
ii. Periksa aliran udara dari paip A ke paip B dan C.
iii. Putuskan sambungan bateri dari terminal.iv. Pastika tiada aliran udara melalui saluran Paip A ke Paip B atau
C.
Jika berlaku masalah,gantikan ACV.