AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun...

48
AMANAT TAHUN BAHARU KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA & PROGRAM TRANFORMASI KEPIMPINAN JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL JUPEM 1 - 2 FEBRUARI 2020 INSTITUT TANAH NEGARA (INST UN) TANJUNG MALIM, PERAK.

Transcript of AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun...

Page 1: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

AMANAT TAHUN BAHARU KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

&

PROGRAM TRANFORMASIKEPIMPINAN JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL JUPEM

1 - 2 FEBRUARI 2020INSTITUT TANAH NEGARA (INSTUN)TANJUNG MALIM, PERAK.

Page 2: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

2

Alhamdulillah hirabilalamin, wassala tuwasala muala ashrafil ambia hiwal mussalim, waala alihi wasahbihi ajmainRabbish syrahli, sadri, wayasirli amri, wahlul ukhdatam milsani yabkhahu khauli

Yang Berusaha Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan IYang Berusaha Sr Sohaime bin Hj. Rasidi , Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II

Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian Pengarah-Pengarah BahagianPengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan NegeriPegawai-pegawai Kader

Seterusnya tuan-tuan / puan-puan warga JUPEM sekalian yang saya kasihi lagi saya muliakan.

Page 3: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

3

MUKADIMAH1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-

sama berkumpul dalam Program Tranformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM Tahun 2020. Selawat dan salam juga kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga Baginda dan sahabat - sahabat Baginda yang setia. Saya juga ingin mengajak tuan - tuan dan puan - puan untuk berhenti sejenak dan merenung seketika untuk bersama - sama meraikan ‘all the contributions and the good work done by our forefathers in geomatics and land surveying and for their wisdom, courage and determination in shaping our profession and industry into what we are enjoying now’. Semoga mereka memperolehi keberkatan dan kerahmatan serta pahala yang berpanjangan. Di kesempatan ini, tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina bagi menyambutnya terutama kepada yang berbangsa Cina.

2. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 26 pegawai yang telah dinaikkan pangkat pemangkuan Juruukur J52 dari J48 dan 16 pegawai yang dinaikan pangkat pemangkuan Juruukur J48 dari J44. Boleh ke saya minta mereka - mereka ini bangun dan tunjukkan diri kepada kita semua. Tahniah saya ucapkan sekali lagi dan semoga dengan kenaikan pangkat ini tuan dan puan akan lebih cemerlang dan kompeten dalam setiap perkara yang tuan dan puan lakukan.

3. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Urus setia Bahagian Perancangan dan Korporat di ketuai oleh Sr Tsalimy Abdullah sekalian atas persediaan menganjurkan Program Tranformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM bagi tahun 2020 ini. Pada hari ini seramai 307 Juruukur dan Jurugeospatial yang berlainan gred dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak telah bersama-bersama berkumpul di dalam Dewan Auditorium ini. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Norehan binti Haji Omar, Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan pegawai-pegawai INSTUN yang turut menjayakan program ini.

Page 4: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

4

PENDAHULUAN4. Tema ucapan amanat saya pada hari ini ialah dengan kebijaksanaan, kita boleh jadikan sesuatu menjadi lebih baik, kita boleh

merekacipta sesuatu yang baru atau kalau orang kampung saya di Pasir Puteh, Kelantan mereka menyebut ‘WITH WISDOM WE CAN MAKE THINGS BETTER CREATE BETTER THINGS AND INNOVATE NEW THINGS’

WITH WISDOM,

WE CAN MAKE THINGS BETTER,

CREATE BETTER THINGS AND

INNOVATE NEW THINGS

Page 5: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

5

5. Dan tema ini dipilih sebagai satu pendekatan yang amat relevan dan tepat pada masanya dalam suasana dan persekitaran Malaysia Baharu dan dalam tahun 2020 dalam memantapkan perkhidmatan JUPEM sebagai peneraju dalam perkhidmatan data geospatial dan persediaan kita menghadapi Rancangan Malaysia Ke-12. Ini menuntut kita untuk bersedia dengan penuh bijaksana berfikir dalam membuat sesuatu perancangan dan tindakan supaya ia akan memberi keputusan yang lebih baik dan efisien kepada jabatan.

6. Ini merupakan perhimpunan Juruukur dan Jurugeospatial pertama saya sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berkuatkuasa pada 22 Julai 2019 yang lalu. Saya berharap kita semua dapat berkerjasama dan meningkatkan keupayaan JUPEM dalam memberi perkhidmatan penyampaian yang berkualiti dan efisien di semua peringkat. Ingin saya berkongsi satu kata-kata yang mungkin kita dapat renungi bersama iaitu ‘JUPEM BELONGS TO US AND COLLECTIVELY WE BELONG TO JUPEM’.

JUPEM belongs to US

COLLECTIVELY we belong to JUPEM

and

Page 6: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

6

SIKAP DAN SIFAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

7. Program Transformasi Juruukur dan Jurugeospatial 2020 yang diadakan ini bertujuan bukan hanya sekadar aktiviti ataupun perhimpunan semata-mata tetapi perhimpunan kali ini adalah untuk memartabatkan profesionalisme Juruukur dan Jurugeospatial di dalam memberi perkhidmatan pada masa yang mendatang. Bagi memenuhi aspirasi ini, saya mengingatkan kepada warga JUPEM sebagai penjawat awam perlu menanam sikap profesionalisme, kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas menjadi pendukung kepada tahap integriti Perkhidmatan Awam.

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

8. Di sini saya ingin menegaskan bahawa kita perlu terus berkerja keras, berkerjasama dan berdoa dalam memartabatkan JUPEM di antara agensi yang memberi sumbangan kepada kerajaan dalam menuju WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 yang membawa Malaysia secara bersama membangunkan negara secara mampan dan lestari. Untuk makluman tuan dan puan, JUPEM pada hari ini bukan hanya agensi yang bertanggungjawab dalam kutipan data di lapangan malah JUPEM juga sebagai agensi yang menyediakan sistem Data Raya atau Big Data terutamanya maklumat data geospatial melalui teknologi terkini kepada agensi yang berkaitan.

Page 7: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

7

CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Perkhidmatan Awam kini terdedah kepada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi bila berhadapan dengan persepsi bahawa masih berlakunya karenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti. Oleh sebab itu, saya menggunakan pendekatan secara ‘Good Management from Leadership Ethics’ supaya kita dapat mengubah persepsi dan tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap Perkhidmatan Awam dengan menunaikan janji Kerajaan kepada rakyat menerusi pemberian perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti melalui pengurusan dari akar umbi.

“Good Management

from Leadership Ethics”

Page 8: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

8

10. Sesebuah organisasi yang berjaya adalah sebuah organisasi yang mempunyai struktur yang kukuh dan saling berkerjasama di semua lapisan peringkat. Saya berharap pegawai-pegawai JUPEM yang berada di hadapan saya ini mempunyai ciri-ciri leadership antaranya seperti:

CIRI - CIRI LEADERSHIP

KEBIJAKSANAAN

KARISMA &

KREDIBILITI

BERDAYA SAING DAN

BERWAWASAN

BERTANGGUNGJAWAB

MENGAWAL EMOSI

Page 9: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

9

11. Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam selain berintegriti dan memberi perkhidmatan secara cekap, penguasaan bahasa Inggeris melalui percakapan umum dan penulisan amat dititikberatkan terutamanya dalam perbincangan atau mesyuarat yang terutamanya melibatkan negara luar. Saya menyeru kepada warga JUPEM supaya mempunyai inisiatif tersendiri bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya kepada pegawai-pegawai yang yang berurusan dengan negara luar.

“Kita berpendapat bahasa Inggeris ini amatlah penting dan perlu dikuasai pegawai tinggi kerajaan. Semua pegawai tinggi kerajaan hendaklah menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana seringkali akan mengadakan rundingan dengan pihak asing” Tun Dr. Mahathir Mohamad YB Perdana Menteri

Page 10: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

10

BUDAYA SURAT LAYANG

12. Walaupun kita sudah berjaya sebagai sebuah organisasi dan pengurusan yang efisien terdapat di kalangan kita masih tidak matang dan mengamalkan budaya surat layang secara individu. Pengedaran surat layang yang diterima oleh jabatan dan individu masih lagi diterima dan ia agak berleluasa pada hari ini tanpa menyediakan bukti bagi menjalankan siasatan. Bagi saya, ini bukan jalan penyelesaian yang baik malah ia merupakan salah satu contoh terdekat di mana penyelesaian itu dibuat demi kepuasan sendiri tanpa mempertimbangkan kesahihan sumber dan kematangan bertindak. Pada masa yang sama ia melibatkan pengurusan yang lebih tinggi. Pada hari ini, ingin saya menyarankan kepada tuan-puan jika ingin membangkitkan rasa tidak puas hati mestilah melalui perbincangan bersama dengan membawa bukti yang sahih dan tepat atau jika ia terlalu sulit maka gunakan saluran seperti kotak aduan yang disediakan atau melalui perbincangan bersama pegawai atasan yang terdekat bagi menyampaikan tidak puas hati tersebut kepada pengurusan ataupun pegawai yang dituju. Saya berharap ia dapat diselesaikan secara terbaik dan tidak menjurus kepada fitnah di kalangan kita. Ingin saya kata di sini, ia seumpama :

“Perkara yang kita cakapkan sebenarnya TIDAK BETUL jatuh jadi FITNAH. Dan kalau perkara yang kita cakap itu adalah

BETUL akan jadi MENGUMPAT atau GHIBAH”

Page 11: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

11

BAKAT DAN MENTOR MENTEE

13. Sesungguhnya, harapan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian perlu sentiasa meningkatkan kebolehan diri supaya menjadi aset kepada JUPEM dan bakat terbaik Perkhidmatan Awam. Kualiti perkhidmatan awam hari ini dan masa hadapan sebenarnya ditentukan oleh kualiti bakat yang ada di dalam diri tuan dan puan. Selain menerusi pembacaan, latihan formal, tuan dan puan mempelajari kebijaksanaan dan pengalaman menerusi hubungan sebagai apprentice dengan pegawai senior atau pegawai bertaraf Subject Matter Expert (SME) yang bertindak sebagai jurulatih, mentor dan guru untuk memantapkan diri sebagai pegawai yang cemerlang dan kompeten.

9th UNITED NATIONS – GLOBAL GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT (UN-GGIM) SESSION 7-9 AUGUST 2019United Nations Head Quarters, New York, United States of America

Taklimat Ringkas Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME)

Page 12: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

12

TRANSFORMASI JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL DALAM REVOLUSI TEKNOLOGI

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

14. Dalam konteks di JUPEM, Revolusi Industri 4.0, pewujudan teknologi 5G dan perkongsian data raya ataupun dikenali sebagai Big Data merupakan cabaran kepada Juruukur dan Jurugeospatial dalam penyampaian perkhidmatan geospatial pada masa kini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan. Ini turut ditekankan dalam ucaptama sempena Perhimpunan Bulanan KATS pada 10 Januari yang lalu oleh YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Pada saat ini kita perlu berada dalam keadaan bersedia dan kita tidak boleh terus leka dengan kejayaan lalu. “Business is No More as Usual”. Apa yang penting bagaimana kita boleh memanfaatkan Teknologi Revolusi Industri 4.0, Perkongsian Big Data, Teknologi Rangkaian 5G dan Artificial Intelligent (AI) dalam memastikan visi dan misi KATS dapat dicapai.

“Business is No More as Usual, Kita perlu sentiasa dalam keadaan bersedia, tidak terus leka dengan kejayaan lalu”

YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

Page 13: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

13

Page 14: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

14

15. Oleh yang demikian saya menyeru Juruukur dan Jurugeospatial perlu bersedia dan berevolusi dengan kewujudan sistem fizikal siber seperti Service-Oriented Architecture (SOA), Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) yang memungkinkan wujudnya perubahan besar dalam memanipulasi data yang mana data maklumat perlulah tepat dan analisis secara masa hakiki (real time) amat diperlukan bagi memenuhi kehendak pengguna dalam penyediaan dan memberi perkhidmatan secara berkesan sepenuhnya. Di JUPEM, terdapat pelbagai teknologi dan aplikasi bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna antaranya seperti Projek eKadaster, SmartKadaster, MaGIC, GDAS dan lain-lain lagi.

Page 15: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

15

PELAN STRATEGIK JUPEM 2021 – 2025

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

16. JUPEM selesai mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik 2021-2025 yang bermula dengan fasa 1 pada 27 hingga 28 Ogos 2019 dan fasa 2 pada 25 hingga 27 September 2019. Dalam penyediaan Pelan Strategik kali ini, JUPEM telah mendapatkan khidmat nasihat dan fasilitator dari MAMPU selaras dengan Pelan Strategik KATS.

17. Dalam bengkel tersebut, JUPEM telah memberi keutamaan dalam tiga (3) teras strategik yang merangkumi Kadaster, Pemetaan, Geospatial Pertahanan dan juga Pengurusan. Tiga teras strategik ini diolah dan diterjemahkan kepada pelan-pelan strategik yang turut mengambil kira peranan dan pengaruh rakan strategik dan pihak berkepentingan JUPEM bagi memenuhi harapan dan tuntutan semasa.

TERAS 1Memantapkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Ukur Dan Pemetaan Yang Berkualiti Dan Efisien Dalam Menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

TERAS 2Memantapkan Perkhidmatan Geospatial Pertahanan Yang Menyokong Pembangunan dan Kedaulatan Negara

TERAS 3Memantapkan Pengurusan Tadbir Urus, ICT dan Modal Insan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi

Page 16: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

16

18. Bengkel Pelan Strategik JUPEM 2021-2025 yang akan dilaksanakan ini selari dengan perancangan dan persediaan R M ke - 1 2 d e n g a n m e n g a m b i l pendekatan;

i. Memperkukuhkan sistem sedia ada dalam fasa 1 bermula pada 2021 hingga 2022. (Make things better)

ii. Merencana dan melaksanakan projek baru dalam fasa 2 bermula pada 2023 hingga 2025. (Create better things)

iii. Melaksana dan memantau perancangan yang telah dibuat sejajar dengan Pelan Strategik KATS 2019-2023.

Page 17: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

17

19. Pelan Strategik JUPEM yang dihasilkan ini mengambilkira projek pembangunan sedia ada JUPEM di bawah RMke-11 yang melibatkan 6 projek berjumlah RM95,108,660.00 yang dirancang pada 2021 hingga 2022 yang mengambil masa dua tahun. Projek -projek ini antaranya e-Pemetaan 2.0, Menaiktaraf Sistem eKadaster, SmartKadaster, Nasum, Sistem Pangkalan Data Geodetik (SPDG) dan Memperkasa IEIS. Manakala di bawah RMKe-12, JUPEM turut menyenaraikan 15 projek di bawah RMke-12 yang melibatkan permohonan peruntukan sebanyak RM911,923,900.00 yang dilaksanakan pada 2021 hingga 2025 dan jika ia diluluskan ini tidak langsung mengukuhkan sistem penyampaian dan perkhidmatan JUPEM. Ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1,007,032,560.00. Saya berharap dengan perancangan Pelan Strategik 2021 hingga 2025 yang telah dirancang bersama kebijaksanaan tuan-puan dalam mengurus projek -projek ini. Saya yakin JUPEM akan menjadi sebuah agensi yang mampan dalam perkhidmatan data geospatial.

6 Projek Sambungan/Sedia ada RMke-11 15Projek Baru RMke-12

Page 18: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

18

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

20. Kejayaan JUPEM pada hari ini tidak berdiri sendiri, tetapi dibina di atas ‘knowledge’ terdahulu. Ini berketepatan dengan kata-kata hikmat Sir Isaac Newton apabila ditanya bagaimanakah beliau dapat melihat sesuatu perkara itu dengan lebih jauh dan Sir Isaac Newton menjawab “If I have seen further, it is by standing upon the shoulders of giants”. Oleh itu, kredit harus diberikan kepada mantan-mantan KPUP terdahulu terutamanya YBhg. Datuk Hamid Ali, YBhg. Datuk Sr Dr Abdul Kadir bin Taib, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, YBhg. Datuk Hasan Jamil dan YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa di atas pembinaan Framework dan Sistem pengkomputeran JUPEM di dalam RMKe-10 dan RMKe-11 yang telah mampan dan kukuh pada hari ini. Dan kini tibalah masa kita, our moment tuan - tuan dan puan - puan, ayuh kita menyambung kesinambungannya pada permulaan RMke-12 yang akan bermula 2021 – 2025 untuk menjadikan JUPEM terus gemilang pada tahun-tahun akan datang.

21. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Encik Janagarajan A/L A.M. Mariappan, dan semua Pengarah - pengarah Ukur Bahagian serta Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri kerana prestasi jabatan dalam perbelanjaan pengurusan dan pembangunan pada 2019 sangat memberansangkan dan efisien iaitu mencapai lebih 99%, walaupun telah melalui cabaran yang sukar akibat daripada perubahan polisi kerajaan dalam menambahbaik proses perolehan kerajaan. Keadaan ini serba sedikit memberi kesan terhadap jadual pelaksanaan perbelanjaan jabatan. Tahniah saya ucapkan.

22. Di samping itu, perancangan strategik yang sistematik membolehkan organisasi merancang aktivitinya mengikut kepentingan dengan lebih jelas dan meletakkan organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi.

Page 19: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

19

23. Saya berharap kerjasama di kalangan warga JUPEM tidak kira apa jua jawatan dan di mana anda bertugas, saya berharap penyampaian perkhidmatan JUPEM dipertingkatkan demi mencapai visi JUPEM iaitu “Menjadikan JUPEM terbilang dalam Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan dan Geospatial bagi memenuhi wawasan Negara”.

“If I have seen further, it is by standing upon the shoulders of giants”

Sir Isaac Newton (1643 – 1727)

Wisdom OF Our ForeFathers

Page 20: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

20

KAD LAPORAN KPI 2019 DAN KPI 2020 JUPEM

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

24. Kejayaan sebuah organisasi dinilai dan diterjemahkan dalam bentuk pencapaian yang telah kita capai sepanjang tahun 2019. Kejayaan ini juga bersandarkan keberanian kita mentransformasikan sistem penyampaian yang mensasarkan kepada kebijaksanaan dan perancangan yang tersusun melalui keberanian tanpa meninggalkan prinsip-prinsip utama. Kejayaan KPI 2019 dan Sasaran KPI 2020 yang akan dibentangkan oleh YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali selepas ucapan saya nanti.

25. Melalui Retreat KATS di Langkawi penetapan KPI telah ditetapkan dan beberapa KPI baru telah disenaraikan oleh JUPEM bagi merealisasikan JUPEM sebagai agensi yang bertanggung jawab dalam perkhidmatan geospatial, di mana KPI 2020 telah diperkemaskan berdasarkan kepada tugas sedia ada yang dilaksanakan oleh JUPEM. Saya yakin ruang untuk memartabatkan profesionalisme di kalangan warga JUPEM di setiap jawatan sentiasa terbuka luas dan kita berupaya sebenarnya membuat kerja dengan cepat, tepat dan berintegriti sebagaimana misi Jabatan iaitu “Menyediakan Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan dan Geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif”.

26. Demi meletakkan keunggulan JUPEM di minda masyarakat, saya mengharapkan supaya seluruh warga JUPEM dapat memahami dan menjiwai apa yang JUPEM ingin capaikan. Lebih penting lagi bagi setiap pegawai yang diwakilkan bagi mewakili Jabatan dalam apa jua perbincangan atau mesyuarat di luar JUPEM, sudah seharusnya tahu dan faham akan subject matters, dasar-dasar dan matlamat Jabatan.

Page 21: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

21

KAD LAPORAN PENCAPAIAN 2019

KPI 2020

Page 22: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

22

STRATEGIC PARTNERSHIP AND COLLABORATION

Dalam pengukuhan semula JUPEM sebagai agensi yang yang membekalkan data asas kepada agensi luar pendekatan ‘Strategic Partnership and Smart Collaboration’ merupakan langkah terbaik dalam memberikan perkhidmatan dalam penyampaian data geospatial. Sehubungan dengan itu, JUPEM perlu terus mempergiatkan usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan stakeholders berkaitan. Dalam usaha untuk mempercepatkan pengemaskinian maklumat geospatial, jalinan sebegini amat diperlukan dan sebagai Juruukur dan Jurugeospatial kita perlu bertindak secara langkah proaktif dalam membuat kajian impak kepenggunaan ke atas pelaksanaan kaedah perkongsian maklumat geospatial bagi memenuhi harapan dan permintaan stakeholders serta orang awam. Sehingga kini JUPEM telah berjaya menjalinkan kolaborasi dengan 11 Pihak Berkuasa Negeri dan agensi berkaitan dari tahun 2016 hinggalah 2019.

27. Bagi tahun ini, saya ingin menyarankan kepada Pengarah-pengarah Negeri untuk menjalinkan kolaborasi antara pihak berkuasa negeri atau agensi yang berkaitan perkongsian maklumat geospatial supaya maklumat geospatial di JUPEM dapat diperkasakan. Dalam pada itu beberapa PBT lain yang tidak sempat dilaksanakan dalam tahun 2019 akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat dan insya-Allah antaranya ialah:-

i. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) pada 21 Februari 2020 ii. Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor pada April 2020 iii. SmartSelangor, SUK Selangor pada Jun 2020 iv. Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada Ogos 2020 v. PEGIS, Pulau Pinang pada Oktober 2020

Page 23: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

23

28. Tahniah dan syabas kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengatur dan menguruskan program ini sehingga termeterainya MoU. Saya mengharapkan pasukan ini akan terus berusaha agar program kolaborasi ini berjaya di masa hadapan.

STRATEGIC PARTNERSHIP AND

COLLABORATION

Page 24: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

24

KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SME)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

29. Selaras dengan hasrat mengiktiraf serta mengekalkan kepakaran dalam perkhidmatan awam, kerajaan telah memperkenalkan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus (SME) ke semua agensi perkhidmatan awam.

30. Bagi tujuan pelaksanaannya, JPA telah memilih JUPEM sebagai salah satu agensi perintis di mana 13 sub bidang di bawah bidang teras Ukur dan Pemetaan telah diluluskan untuk skim perkhidmatan Juruukur yang merangkumi 4 bidang kepakaran.

31. Lapan (8) orang pegawai JUPEM, Juruukur Gred J44 hingga J54 telah diluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2019) iaitu tiga (3) pegawai Tahap 4 / KUP SME Gred Utama C dan lima (5) pegawai Tahap 1 / KUP SME Gred mengikut bidang kepakaran masing-masing. Bolehkah saya mohon mereka - mereka ini bangun dan memperkenalkan diri kepada kita semua yang Subject Matter Kurang Expert ini . Tahniah dan syabas diucapkan atas pemangkuan ini dan saya berharap pegawai-pegawai SME ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

32. Harapan saya selaku KPUP adalah supaya tuan dan puan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta selalu menjadi sumber rujukan di dalam dan luar organisasinya untuk mengambil peluang memohon untuk diiktiraf sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) dalam bidang masing-masing. Jabatan akan terus memberi sokongan dan perakuan demi kemajuan laluan kerjaya tuan dan puan. Sehubungan dengan itu, pada program kali ini akan diadakan satu taklimat berkaitan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus (SME) yang akan disampaikan oleh wakil JPA.

Page 25: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

25

33. Untuk makluman tuan dan puan masih terdapat 5 kekosongan bagi Pakar Bidang Khusus (SME) di JUPEM iaitu Ukuran Strata / Stratum / 3D Kadaster, Pembangunan Data Geospatial, Pemetaan UAV, Pemetaan Utiliti dan Astronomi Geodetik yang masih belum diisi. Saya berharap tuan dan puan berkelayakan bolehlah memohon dan saya akan menyokong sepenuhnya dalam menjadikan JUPEM sebagai pakar rujuk agensi kerajaan dan swasta di masa hadapan.

Kadaster

Geodetik Persempadanan

Pemetaan

Pakar Bidang Khusus (SME) JUPEM

Page 26: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

26

CONTINUING EDUCATION AND PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CEPD)

34. Untuk Pembangunan Modal Insan JUPEM. JUPEM telah merencanakan Continuing Program Education and Professional Development (CEPD) bagi sepanjang tahun 2020 di mana melibatkan 32 pegawai dari kumpulan professional yang berdaftar dengan peruntukan sebanyak RM359,000.00 yang disumbangkan oleh pihak Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Dalam mengukuhkan pengurusan JUPEM secara mampan pada tahun ini, JUPEM akan menghantar pegawai dari Gred J52 hingga Gred JUSA A ke program CEPD yang berteraskan leadership, finance, management, negotiation program bagi memberikan pengalaman dan latihan penyediaan sebagai pemimpin dan pembuat dasar jabatan di masa hadapan. Manakala bagi Gred J41- J48 lebih kepada program CEPD yang bersifat teknikal dan teknologi sebagai pendedahan secara berterusan dalam membantu jabatan bagi meningkatkan pengurusan data geospatial. Saya berharap peluang yang diberikan kepada pegawai-pegawai ini dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya dan menjadi rujukan kepada jabatan secara khususnya.

“32 Pegawai Kumpulan Professional berdaftar dengan peruntukan sebanyak RM 359,000.00 sumbangan Lembaga Jurukur Tanah (LJT)”

Page 27: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

27

PENAMBAHBAIK PROSES MENJADI JURUUKUR TANAH BERDAFTAR DI JUPEM

35. Saya ambil maklum bahawa daripada lebih 300 Juruukur di JUPEM, hanya 32 orang saja yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Sebenarnya banyak keistimewaan yang diperolehi sebagai Juruukur berdaftar kerana ia turut menerima faedah-faedah yang sama seperti Jurukur Tanah Berlesen perolehi seperti :-

1) Memenuhi salah satu daripada kriteria kenaikan pangkat (ini tanggungjawab saya sebagai KPUP kerana syarat JPA).

2) Menghadiri CEPD di luar Negara.

3) Khairat kematian sebanyak RM50,000 dan Lembaga Jurukur Tanah (LJT) sedang menimbang untuk menaikkan ke RM100,000.00. 4) RM3000.00 untuk kos pengebumian.

5) RM10,000.00 diatas kematian isteri/ pasangan.

Page 28: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

28

36. JUPEM dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah (LJT), Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Jurukur Tanah Berlesen (JTB) sedang merangka kertas kerja laluan ‘fast track’ ke arah menjadi Jurukur Berdaftar. Oleh itu, bagi warga JUPEM yang berkelayakan dengan mengambilkira syarat-syarat yang ditetapkan seperti seven tasks yang perlu diambil jika ingin memilih laluan fast track. Inisiatif ini akan membenarkan juruukur di JUPEM menjalani seven tasks bersama JTB dengan mengikut prosedur yang telah diluluskan pada masa hadapan. Saya berharap jurukur-jurukur di JUPEM mengambil peluang sebaik mungkin dan ini juga merupakan salah satu langkah bagi jabatan untuk meningkatkan bilangan juruukur berdaftar di JUPEM setelah mendengar keluhan juruukur di JUPEM sukar untuk ditempatkan di Kadaster bagi memenuhi syarat minimum 2 tahun di Kadaster akibat masalah job rotation dan lain-lain lagi.

Page 29: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

29

SISTEM JOB MATCHING

37. Dalam meningkatkan pretasi warga JUPEM dan pencapaian jabatan, saya dan kedua - dua timbalan saya, PUB(PK) dan PB(KP) amat mengambil berat terhadap penyusunan dan penempatan pegawai di bawah kami dengan melihat kepada kriteria yang telah ditetapkan seperti jawatan kekananan dan senioriti bersandarkan kepada sistem job matching mengikut pengalaman dan prestasi semasa pegawai yang dipilih. Dalam hal ini, kita akan mula melaksanakan polisi ‘senior post for senior officers’ disamping memastikan proses kenaikan pangkat dan pengisian jawatan - jawatan yang kosong akibat daripada persaraan akan diisi dengan serta-merta.

PENUBUHAN AKTA UKUR DAN PEMETAAN (AKUP)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

38. Kita sedar bahawa usaha untuk memartabatkan Profesen Juruukur perlu dilakukan secara berterusan. JUPEM ketika ini sedang memperhalusi draf Akta Ukur dan Pemetaan (AKUP) seterusnya diperincikan untuk punca kuasa atau rujukan bagi aktiviti ukur dan pemetaan di Malaysia. AKUP akan menjadi doktrin di masa hadapan kepada JUPEM dan Jurukur Tanah Berlesen dalam melaksanakan kerja dan aktiviti ukur di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu small focus group telah dibentuk yang terdiri daripada Sr Chan Keat Lim, Sr Azlim Khan Abd Raof Khan, Sr Hazri Hassan, Sr Hj. Zulkifli Sidek, Sr Looi Kam Seng, Sr Mohd Farid Al Azmi Ishak, Sr Abdul Halim Tuiran, Sr Salmah Saleh, Puan Rozaimah Adnan, Sr Mohd Azua Mohd Zin, Sr Dr. Muhammad Asyran Che Amat dan Sr Zaahira Ismail. Beberapa bengkel penyediaan AKUP ini telah diadakan dan pada masa yang sama di kawalselia sepenuhnya oleh saya dengan mengadakan laporan status penyediaan AKUP dari masa ke masa setiap hari Jumaat setiap minggu. Serentak dengan penyediaan AKUP, pada yang sama kita turut sedang mengkaji pindaan Akta JTB 1958 di mana ia sudah 62 tahun tidak pernah dipinda dan ia sangat lama. Selain daripada itu, kita juga menjalankan penambaikan peraturan-peraturan juruukur yang sedang dikaji oleh Sr Hazri Hassan bagi JUPEM manakala Sr Ahmad Azman Ghazali bagi Jurukur Tanah Berlesen. Inisiatif-inisiatif yang disebutkan tadi merupakan proses dalam memartabatkan profesional Juruukur supaya lebih efesien dan proaktif. Saya doakan ini dapat direalisasikan.

Page 30: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

30

39. AKUP bertindak sebagai satu Rang Undang-undang yang akan memartabatkan profesional Jurukur supaya lebih efesien dan proaktif. Dalam perlaksanaan ini kita menyediakan timeline atau perancangan yang komprehensif dalam menyediakan AKUP.

40. Pada masa yang sama ingin saya umumkan inisiatif seterusnya, bahawa pada tahun ini kita telah berjaya mendapat kelulusan dua pasang pakaian seragam dan dua pasang kasut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,005,860.00 dan elaun telefon kepada pemandu-pemandu jabatan yang telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM41,280.00 dalam melicinkan segala pengerakan dan urusan. Saya berharap dua inisiatif ini akan memberi manfaat dan semangat kepada kumpulan penerima serta meningkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.

Page 31: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

31

JUPEM KE ARAH TEGURAN AUDIT SIFAR Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

41. Pada tahun ini saya sukacitanya mengumumkan tema JUPEM Ke arah Teguran Audit Sifar bagi mengurangkan teguran audit-audit masa yang lalu ekoran penemuan Audit Dalam KATS yang dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha setiap suku tahun jelas menunjukan Pengurusan Kewangan dikesemua PTJ peringkat Ibu Pejabat dan Negeri di JUPEM masih belum mencapai kecemerlangan seperti yang dikehendaki.

42. Isu-isu penemuan teguran audit berulang jelas menunjukkan masih terdapat kelemahan pengurusan kewangan diperingkat pelaksanaan dan pemantauan. Perkara ini perlu ditangani segera agar isu-isu berulang tidak berlaku sejajar dengan hasrat murni JUPEM untuk mencapai TEGURAN AUDIT SIFAR pada tahun 2020 dan seterusnya.

Page 32: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

32

43. Berikut adalah stastistik isu-isu berulang dalam Laporan Penemuan Audit yang membabitkan JUPEM.

Page 33: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

33

Page 34: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

34

Page 35: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

35

44. Sebagai warga JUPEM tidak kira dari peringkat pelaksana mahupun profesional tatacara pengurusan aset kerajaan perlulah dititikberat dan diambil perhatian terutamanya kepada aset yang bernilai tinggi supaya kehilangan dan tindakan tatatertib akibat kecuaian atau ketidakakuran tatacara pengurusan aset dapat dielakkan. Saya mengambil contoh di JUPEM sendiri dimana terdapat beberapa kes pada tahun lepas seperti kehilangan kereta pacuan empat roda, enjin bot sangkut dan komputer riba yang menjadi contoh pelaporan yang tidak baik kepada kementerian. Tindakan surcaj dan tatatertib keatas pegawai terbabit telah diambil setelah dibuktikan bersalah. Saya berharap warga JUPEM di setiap lapisan peringkat mengambil iktibar bagi mengelakan perkara seperti ini berulang lagi.

TATACARA PENGURUSAN ASET KERAJAAN

Page 36: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

36

STATISTIK KESALAHAN TATATERTIB JUPEM 2017, 2018 DAN 2019

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

45. Selain daripada menerima teguran audit dan ingin saya berkongsi bersama dengan tuan-puan statistik tataterbit JUPEM 2017, 2018 dan 2019 yang melibatkan kesalahan seperti hadir bertugas, bertumbuk, pelanggaran tatakelakuan, kesalahan pengunaan dadah dan lain-lain lagi. Jabatan pada hari ini akan mengambil tindakan secara tegas serius kepada warga JUPEM yang terlibat. Mengikut statistik tatertib yang saya terima sehingga pada hari ini terdapat juga kes yang melibatkan warga JUPEM dari Gred N11 sehinggalah ke Gred J41 dan ini amat menyedihkan saya.

Page 37: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

37

GLOBAL SURVEYORS DAY 2020 (GSD 2020)

46. Selain dari meneruskan program lazim dan teras kepada aktiviti-aktiviti utama Jabatan, bagi tahun 2020 Jabatan turut akan melaksanakan satu program lebih berbentuk sistem penyampaian dan obligasi sosial iaitu Penganjuran Sambutan Hari Juruukur Sejagat (Global Surveyors Day) yang akan diadakan secara serentak dengan Sambutan Ulang tahun JUPEM yang ke 135 tahun secara bersama dengan RISM dan Pejuta pada 21 hingga 22 Mac 2020 yang mana salah satu pengisiannya sama seperti tahun lepas tetapi pada tahun ini JUPEM bercadang untuk mengadakan Acara Malaysia Book Record iaitu Cerapan Matahari bagi mendapatkan Azimuth / Utara Benar Secara Serentak di Seluruh Negara dan Peta Terpanjang di Malaysia. Lain - lain acara adalah seperti acara larian fun run, career talk dan lain - lain.

Sambutan Global Surveyor Day (GSD) 2019

Page 38: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

38

RE-ORGANISASI DAN RASIONALISASI JUPEM

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

47. Bagi tujuan move forward, berikutan dengan perubahan-perubahan pantas teknologi dan cabaran globalisasi dalam usaha membangunkan kepakaran profesional dan memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan pelbagai, Jabatan berhasrat untuk melaksanakan penyusunan semula organisasi untuk menjadikannya lebih dinamik, mampan dan berdaya tahan agar lebih berupaya untuk berhadapan dengan isu dan cabaran berkenaan.

48. Sehubungan itu, saya telah menugaskan YBrs. TKPUP II, Sr Sohaime bin Hj. Rasidi untuk mengetuai urusan kajian pengukuhan jabatan seterusnya menyediakan kertas cadangan permohonan bagi pertimbangan kelulusan JPA. Dimana gerak kerja kearah itu telah bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Kerja bagi urusan tersebut dan satu sesi taklimat oleh pihak JPA telah pun dibuat baru-baru ini. Strategi yang diambil adalah dengan melibatkan dua fasa iaitu fasa satu melibatkan kenaikan waran J52 ke atas dan fasa dua melibatkan keseluruhan. Ia distrategikan sedemikian kerana daripada pengalaman terdahulu yang pernah dihadapi oleh JUPEM untuk mendapat secara keseluruhan adalah sangat sukar dan permohonan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh JPA dan kita terdapat beberapa kali membuat perubahan butiran sehingga re-organisasi JUPEM dapat direalisasikan bermula pada tahun 2006 dan selesai 2013.

49. Harapan saya agar hasrat untuk mengukuhkan JUPEM ini dapat direalisasikan bagi menjadikan tanggunjawab JUPEM lebih berwibawa dan relevan di masa hadapan dalam memacu pembangunan Negara serta peranan sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur, pemetaan, geospatial dan persempadanan.

Page 39: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

39

JALANI HIDUP SIHAT DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP

50. Kesibukan menjalani tugasan harian dan peningkatan beban kerja pada masa kini memang tidak dinafikan di JUPEM. Walaubagaimanapun sebagai manusia kita tidak boleh mengelak dalam penjagaan kesihatan diri dan mental terutamanya. Ini dapat dikawal dengan penjagaan diet makan, aktiviti bersukan dan hubungan sesama rakan sekerja. Saya memohon warga JUPEM di hadapan saya menjaga tabiat pemakanan seperti tidak mengambil gula dan makan berkolestrol secara berlebihan dan ia haruslah dielakkan supaya penyakit seperti darah tinggi, diabetis, penyakit jantung dan seumpamanya dapat dicegah dari awal.

Page 40: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

40

51. Selaras dengan komitmen Kerajaan menitik berat konsep kesihatan pekerja, kerajaan turut mewajibkan pemeriksaan kesihatan pegawai dan kakitangan yang berumur 40 tahun dan ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesihatan berada di tahap yang memuaskan. Ini adalah selaras dengan dengan pekeliling 3 Tahun 2003.

52. Selain menjaga kesihatan melalui pemakanan sihat dan menjalani peperiksaan kesihatan secara berkala saya turut mengalakkan warga JUPEM terlibat apa jua aktiviti sukan yang diminati walapun mengambil masa yang singkat. Di mana kerajaan juga turut menyediakan kemudahan Skim Pembiayaan Yuran Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Penguruan Profesional yang bernilai sehingga RM4,000.00 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling Perbendaharaan WP 8.2/2013. Saya amat pasti ramai di kalangan kakitangan JUPEM menggunakan kemudahan ini bagi sukan golf terutamanya. Tahniah saya ucapkan tapi walaubagaimanapun saya juga berharap kemudahan yang diberikan kepada tuan dan puan tidak menganggu waktu bekerja dan menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. No govt vehicles, no office time, no vendor, no sponsor.

Page 41: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

41

PENGLIBATAN AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL DAN MASYARAKAT DI LUAR JABATAN

53. Selain galakkan penjagaan pemakanan dan bersukan, saya turut mengalakkan tuan-puan jua aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan masyarakat di luar jabatan bukan rasmi seperti penglibatan bersama persatuan NGO seperti Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM), Persatuan Jurukur Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Persatuan Falak SeMalaysia. Penglibatan dan sumbangan tuan-puan dalam aktiviti ini secara langsung dinilai oleh jabatan dimana ia merupakan salah satu kriteria yang dinilai bagi penilaian di LNPT setiap akhir tahun.

Seperti Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.”

(Riwayat Ibn Hibban)

Page 42: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

42

KESELAMATAN DALAM BERTUGAS DAN PENULARAN VIRUS CORONAVIRUS

54. Dalam kita menjalankan tugas dan memenuhi tugasan harian ingin saya ingatkan kepada semua warga JUPEM penjagaan keselamatan ketika menjalankan tugas terutamanya kepada pegawai kerja luar dan pembantu kerja luar. Mematuhuilah segala peraturan dan prosedur yang semasa bertugas supaya kejadian seperti kemalangan jalan raya, terluka ketika meritih, terkena gigitan binatang berbisa dan lain-lain lagi dapat dielakkan. Pada masa yang sama, saya juga memohon kepada semua warga JUPEM termasuk ahli keluarga masing-masing elakkan atau kurangkan aktiviti luar akibat penularan Coronavirus yang sedang merebak ketika ini. Mari sama-sama doakan supaya penularan Coronavirus dapat dihentikan.

Page 43: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

43

Page 44: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

44

55. Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dan menyokong Jabatan, Kementerian dan Kerajaan dalam mempertingkatkan produktiviti, penyampaian perkhidmatan yang lebih jitu untuk rakyat dan mengukuhkan imej sektor awam sebagai sektor utama dalam memacu pembangunan negara. Sehubungan itu, warga JUPEM perlulah terus memikirkan perubahan-perubahan agar kita terus relevan dan tidak ketinggalan dalam era yang serba dinamik dan pantas ini. Sebelum saya merasmikan program ini ingin saya berkongsikan kata-kata hikmat ini.

Hargailah masa, be punctualApa tanda orang aniaya waktunya habis tersia - sia

Apa tanda orang merugi waktu terbuang tidak berertiApa tanda orang terlaknat waktunya habis pada maksiat

Apa tanda orang yang malang waktunya habis terbuang - buangApa tanda orang khianat waktunya habis lupa ibadat

Siapa suka membuang waktu alamat hidup menjadi hantuSiapa suka membuang masa alamat hidup akan binasa

Siapa suka berlalai - lalai alamat keluarga akan tergadaiSiapa suka bermalas - malas seumur hidup hutang tak lepasKalau waktu tidak diingat binasalah hidup dunia dan akhirat

Page 45: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

45

Ayuh tuan-tuan dan puan - puan Hargailah masa hargailah umur kita

Apa tanda orang berilmu hidupnya pandai mengatur waktuApa tanda orang mulia umurnya habis tak sia - sia

Apa tanda orang berakal umurnya habis mencari bekalApa tanda orang beradab umurnya habis ada manfaat

Apa tanda orang berakal waktunya habis dalam beramalApa tanda orang berbangsa hidupnya tahu mengunakan masa

Apa tanda orang beriman waktunya habis pada kebaikan

Adab orang tahu waktu mudanya tidak sia - siaTuanya tidak menyalah

Umurnya membawa faedahTanda orang yang tahu waktu

Tahu waktu terus berlaluTahu musim ganti berganti tahu umur bertambah pendek

Tahu yang baru berubah - ubahTahu yang kuat beransur lemahTahu yang muda beransur tua

Tahu liang lahad sudah pun tersediasekadar itu masa kita pun hampir tamat hargailah masa

Page 46: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

46

Oleh itu tuan - tuan dan puan - puan sudah pun mengetahui hasrat dan keinginan saya, apa perancangan kami untuk tahun - tahun mendatang. Ayuh tuan - tuan dan puan - puan, join me, sertailah gagasan murni untuk membawa JUPEM ketingkat yang lebih tinggi lagi. Ayuh kita menjadi orang yang bijaksana:

Apa tanda warga JUPEM sejati, terhadap waktu berhati-hatiApa tanda warga JUPEM terbilang, pada waktu ia sayang

Apa tanda warga JUPEM bijak, membuang masa ia tak hendakApa tanda warga JUPEM berakal, manafaatkan waktu hidup mencari bekal

Tuan - tuan dan puan - puan yang saya muliakandalam kehidupan kita ni, paling kita hendak adalah keberkatan

Kepada Allah kita mengabdi, agar rahmatnya kekal abadiKepada Allah kita menyembah, supaya selalu beroleh barokah

Supaya selamat dunia dan akhirat; kepada Allah tempat berkhidmatKalau hampir kepada Allah, dunia akhirat tidak akan susahiapa taat kepada Allah, sebarang kerja tak akan menyalah

Siapa teguh berpegang syarak, dijauhkan Allah segala balaKepada Allah menghamba diri, supaya hidup tahukan diri

Allah dan Rasul kita utamakan, hidup dan mati beroleh kemuliaanApa tanda orang beriman, hidup dan matinya mengingat Tuhan

Kepada Allah jua hambamu berserah

Wallahu a’lam

Page 47: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

47

Dengan lafaz yang mulia, Bismillahir-RahmanirRahim, saya dengan ini merasmikan PROGRAM TRANFORMASI JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL 2020.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.

Page 48: AMANAT TAHUN BAHARU · Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam

48

TerbitanBahagian Perancangan dan Korporat

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia