Amir

download Amir

of 3

description

BM ORAL

Transcript of Amir

AMIRAssalamualaikum dan salam sejahtera kembali dengan berita terkini menemani anda 5 minit mendatang dengan sajian sajian informasi bersama saya, Pisang Goreng dan sebelah saya, Goreng Pisang

DIYANAHPada hari 9 Januari 2014, berlakunya hari pertama persekolahan untuk tahun baru 2014 untuk semua pelajar Sri Kuala Lumpur. Hari pertama itu turut diundangkan dengan kesesakan lalu lintas yang serius di depan sekolah walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak polis. Dan pada hari itu, pelajar 4 Alpha diperkenalkan dengan guru kelasnya, Cik Siti Suhada.

AMIRPada pertengahan tahun pula, kelas 4 Alpha diperkenalkan dengan dua lagi pelajar baru yang bukan sahaja mengharumkan nama kelas namun meninggalkan legacy yang cukup kental di dalam semua pelajar 4 Alpha. *rakaman video dimainkan*Dua makhluk asing yang bising memasuki Sri Kuala Lumpur selepas cuti penggal kedua. Yang pendek bernama monyet I, yang pelik bernama monyet II. Pada awalnya, kelihatan agak malu tetapi kedua-dua mereka menunjukkan aksi signifikan dalam kelas yang menarik perhatian orang ramai.DIYANAHSelepas kemenangan Cleanest class of the week berturut-turut, kelas 4 Alpha juga Berjaya memenangi pertandingan Best Decoration sempena Hari Kemerdekaan. Berita lanjut pada tahun seterusnya apabila kelas menjejaki tahun terakhir persekolahan di Sri Kuala Lumpur. Suasana yang sedih pada hari pertama apabila pelajar 5 Alpha akhir mengetahui guru kelas mereka.AMIRDan pada hari ini, kami melaporkan lawatan kelas 5 Alpha ke Melaka yang diuar-uarkan sejak awal tahun lagi. *rakaman video bermain*Kelihatan kelas 5 Alpha melawat beberapa bandar bersejarah di bandar Melaka. Di sini, Monyet II sedang beriang-ria di bawah matahari yang panas terik. Pelajar 5 Alpha juga tidak membuang masa menjamu selera dengan pencuci mulut cendol bersama sajian mee rebus special di Jonker Street. Salah satu pelajar, Justin Sng berkata Mee rebus tadi buat aku berpeluh tetapi best dimakan sebab aku lapar doh Kini, kami bersama dengan Encik Pisang Kau Mana, salah satu pelajar 5 Alpha yang menyertai lawatan ke Melaka. Dipersilakan Encik Pisang Kau Mana.HADHITerima kasih. Saya bersama rakan saya menyewa basikal di Jonker Street. Monyet II dan E Jia tidak tahu menaiki basikal. Jadi, Monyet II memboncengkan saya manakala E Jia memboncengkan Justin Sng. Walaupun basikal hampir patah, punggung pun hampir terbakar, ia merupakan aktiviti yang seronok.

DIYANAHBerita kami bersambung dengan pelajar 5 Alpha yang kini sedang bersiap sedia untuk ujian bulanan kedua. Saya melepaskan berita kepada Pisang Hangus yang berada di tempat kejadian.

HADHIAssalamualaikum dan salam sejahtera, saya Pisang Hangus dan kini berada di kelas 5 Alpha ingin bertanyakan soalan kepada pelajar 5 Alpha tentang keadaan mereka sekarang. Salam sejahtera Encik, saya Pisang Hangus dari Astro Bau Wangi ingin bertanyakan soalan tentang keadaan anda sebagai calon SPM 2015?*rakaman video dimainkan*Apakah cara terbaik untuk menghandali tekanan perperiksaan dari perspektif anda?Apakah nasihat terakhir anda sebelum beralih kepada pelajar lain?Terima kasih, itu daripada saya, Pisang Hangus. Salam sejahtera dan Salam 1MALAYSIA.

DIYANAHPada bulan lepas, Sabah telah mengalami gempa bumi tahap membimbangkan pada waktu awal pagi. Kini, pakar Geologist berada di Astro Bau Wangi untuk menjelaskan faktor yang mungkin telah mencetuskan kejadian tersebut. Dr. , silakan.

HADHISalam sejahtera, saya Dr. Pisang Segar. Kamu mungkin mengenali saya sebagai Pisang Hangus tetapi dalam segment ini pangillah saya dengan nama Pisang Segar kerana saya bekerja part-time. Saya tak tipu, saya belajar Geografi sampai Tingkatan 3. Syukur Alhamdulillah, Pn Norlin ajar saya dengan baik hingga mencapai gelaran doktor walaupun geografi tingkatan 3 sahaja tahu. Yang ini, tanah I. Yang sana, tanah II. Apabila 2 tanah berada dalam zon mampatan, *boom* kasi gegar la kau. Kasi shake it off, shake it off.Itulah teori daripada saya hari ini, terima kasih dan salam sejahtera.

AMIRPada 26th Jun 2015, kelas 5 Alpha berkeputusan untuk bermain dengan serbuk warna-warni. Walaubagaimanapun, pihak sekolah terutama Encik Don Austin mengadu tentang aktiviti kelas tersebut apabila melalui koridor sekolah. Namun begitu, pelajar menunjukkan bahawa kelas 5 Alpha merupakan kelas yang bertanggungjawab dengan aktiviti gotong-royong yang membuktikan kesalahan tuduhan pihak sekolah.*rakaman video dimainkan*Aktiviti serbuk warna-warni ini dilancarkan dengan penuh jayanya walaupun peluh ketiak masam membuatkan warna serbuk menjadi hitam legap. Ada yang termasuk telinga, ada yang termasuk hidung tetapi merupakan aktiviti yang seronok.

DIYANAHItu sahaja daripada kami pada hari ini, kami hendak mengakhiri segmen kami dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya, Goreng Pisang, Pisang Goreng, Pisang Hangus dan semua kakitangan Astro Bau Wangi. Salam Aidilfitri, salam 1Malaysia. Terima kasih.

*iklan*