Anak Angkat

download Anak Angkat

of 9

description

kertas kerja

Transcript of Anak Angkat

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERTAS KERJA PROGRAM BAKTI SISWA RAKAN MUDA WAWASAN DESA DI KAMPUNG SERI NARAN, BATU MAUNG, PULAU PINANGKERJASAMA MY ARGOSIS USM DAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA USMTARIKH11 13 DISEMBER 2015JUMAAT - AHAD

TEMPATKAMPUNG SERI NARAN, BATU MAUNG, PULAU PINANGANJURANSEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) IPT 2015 ini merupakan satu program lanjutan yang pernah diadakan pada tahun lepas anjuran Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dan Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia (SRMUSM). Program ini diadakan bertujuan untuk meneruskan jalinan hubungan silaturahim yang pernah terjalin antara pelajar Universiti Sains Malaysia terutamanya bekas peserta Program RMWD IPT 2014 dengan masyarakat desa di Kampung Seri Naran. Bertujangkan tujuan utama untuk menabur jasa dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Kerjasama dilakukan melalui gabungan Sekretariat Rakan Muda USM dengan Sekretariat MY AGROSIS USM. Program pada tahun ini, terdapat sedikit kelainan apabila kami ingin memberi pengetahuan kepada masyarakat Kampung Seri Naran berkaitan cara penanaman cendawan melalui kerjasama bersama Sekretariat MY AGROSIS. Hal ini dilakukan bagi membantu masyarakat kampung untuk menjadikan penanaman cendawan sebagai cara untuk meningkatkan pendapatan isi rumah secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung disamping itu, dapat menerapkan semangat berkebun dalam kalangan penduduk kampung. Selain itu, program ini juga diisi dengan aktiviti bergotong-royong dan sukaneka bersama masyarakat kampung. Kami juga akan mengadakan aktiviti bersama adik-adik angkat bagi meningkatkan semangat mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Walaupun program ini dijalankan selama tiga hari dua malam, ianya diharap sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan dan pengalaman berharga kepada peserta bakti siswa USM dan masyarakat kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang.

2.0 OBJEKTIF2.1 Mengeratkan dan mengekalkan hubungan silaturahim yang telah terjalin semasa Program RMWD IPT 2014 yang lepas antara pelajar Universiti Sains Malaysia dengan masyarakat desa di Kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang.2.2 Memberi pendedahan dan penerangan kepada masyarakat desa berkaitan cara penanaman cendawan agar dapat meningkatkan taraf hidup orang kampung.2.3 Memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat desa melalui program bersama-sama adik-adik angkat.2.4 Menaikkan minat adik-adik angkat untuk menuntut ilmu dan memberi semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh agar berjaya menjejakkan kaki ke menara gading serta mencapai cita-cita yang diimpikan.2.5 Meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa USM bersama-sama masyarakat membersihkan kawasan kampung yang dikunjungi.

3.0 TEMA: BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN, BEGITULAH BAKTI MAHASISWA KEPADA MASYARAKAT.Pemilihan tema ini berdasarkan tanggungjawab kami sebagai mahasiswa untuk terus menabur bakti kepada masyarakat daripada segenap aspek dan menjadi aspirasi kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung. Disamping itu, program keluarga angkat ini merupakan kesinambungan program yang lepas. Diharapkan program ini akan meningkatkan lagi silahturahim antara penduduk kampung dengan mahasiswa USM. Tambahan pula, kami sebagai kakak dan abang angkat akan membantu adik-adik angkat kami yang terdiri daripada anak-anak desa Kampung Seri Naran, Batu Maung Pulau Pinang yang lemah dalam aspek pembelajaran. Pada masa yang sama kami bertanggungjawab untuk memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus gigih belajar agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan dapat mengharumkan nama keluarga, agama, bangsa dan negara.

4.0 SASARAN

35 orang pelajar Universiti Sains Malaysia dan masyarakat kampung Seri Naran, Batu Maung Pulau Pinang.

5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

1. Program Wawasan Desa Lanjutan Batu MaungTarikh : 11- 13 Disember 2015Hari : Jumaat - AhadTempat : Kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang Penyertaan : 35 orang pelajar USM dan masyarakat Kampung Seri Naran, Batu Maung Pulau Pinang

6.0 TENTATIF PROGRAMSila rujuk Lampiran A.

7.0 STRUKTUR ORGANISASISila rujuk Lampiran B.

8.0 BELANJAWANSila rujuk Lampiran C.

9.0 PENUTUPDiharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan iaitu ingin menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat desa dengan memberi aspirasi kepada masyarakat desa menaikan taraf hidup dan meningkatkan motivasi adik-adik angkat untuk belajar bersungguh- sungguh agar dapat memasuki menara gading dan berjaya dalam hidup pada suatu hari nanti. Selain itu, melalui program ini juga, kami berharap agar hubungan antara pelajar Universiti Sains Malaysia dengan masyarakat Kampung Seri Naran, Batu Maung Pulau Pinang, akan bertambah erat dan berterusan untuk program akan datang.

DISEDIAKAN OLEH:

........................................................(MUHAMAD ZAWAWI BIN ABD GHAFFAR)Pengarah Projek, Program Wawasan Desa Lanjutan Batu Maung,Sekretariat Rakan Muda 2015/2016,Universiti Sains Malaysia.

Lampiran A1. Tentatif Program Rakan Muda Wawasan Desa Lanjutan Batu Maung

Hari pertama 11 .12.2015 ( Jumaat)3.00 petang : Pelajar dari USM bertolak ke Kampung Seri Naran , Batu Maung.3.30 petang : Ketibaan pelajar USM di Kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang.3.45 petang : Majlis Perasmian- Ucapan Perasmian4.00 petang : Pembahagiam Keluarga Angkat. 4.20 petang : Minum Petang 4.35 petang: Solat asar berjemaah. 5.00-7.00 petang : Masa bersama keluarga angkat 7.15- 9.00 malam: Solat magrib dan Isyak berjemaah 9.00 11.00 malam : - Aktiviti 1 : Malam Mengingati Mati 11.00 malam : Pulang ke rumah keluarga angkat Hari Kedua 12 .12.2015 Sabtu 8.00-10.00 pagi : Aktiviti 2 - Senamrobik dan sukaneka bersama penduduk kampung Seri Naran 10.00 pagi- 12.00 tengahari : Aktiviti 3 Kursus cara penanaman cendawan bersama MY AGROSIS USM di surau Kampung Seri Naran 12.00 tengahari : Aktiviti 4 - Gotong royong masakan tengahari 1.30 petang : Makan tengahari 1.45 petang : solat zuhur berjemaah 2.00-3.00 petang : Bersih diri dan rehat 3.00-4.45 petang : Aktiviti 5 - Menyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran Terutama Dalam Subjek Bahasa Inggeris dan Matematik bersama adik-adik angkat. 5.00-6.30 petang : Aktiviti 6 - Persahabatan bola sepak memakai kain pelikat antara orang kampung dengan mahasiswa USM 7.00-9.00 malam ; solat magrib dan isyak berjemaah 9.00 11.00 malam : Aktiviti 7 : Kemuncak Tautan Hati Hari ketiga Ahad 13.12.2015 8.00-10.00 pagi: Aktiviti 8 Gotong-royong membersihkan surau dan kawasan sekitar di Kampung Seri Naran Batu Maung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Puau Pinang. 11.00 pagi : Majlis penutup 12.00 tengahari: Sesi Bergambar Kenang-kenangan dan Bersurai

Lampiran BStruktur Organisasi

Penaung :Y.Bhg Proffesor Adnan HusseinTimbalan Naib Canselor HEPPUniversiti Sains Malaysia

Penasihat 1:Encik Khairul Eruwan Bin Abdul HalimKetua Penolong Pendaftar Seksyen Pembangunan Organisasi Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia

Penasihat 2: Encik Zulkifli Che HussinPenolong Pengarah,Unit Kebudayaan dan Kesukarelawanan,Sektor Pembangunan Pelajar, BHEPP,Universiti Sains Malaysia

Jawatankuasa Induk

Presiden: Muhamad Amirul Saufi Bin Abd Rahim

Timbalan Presiden 1: Nabilla Binti Zulhendri

Timbalan Presiden 2: Nur Afiq Bin Maswan

Timbalan Presiden 3: Zalikha Irdina Binti Azwa

Timbalan Presiden 4: Siti Fatin Farhana Bt Che Kamaruzzaman

Setiausaha Agung: Syahirah Sulha Binti Mohamad Sokri

Bendahari Kehormat: Nabilla Husna Binti Solleh

Timbalan Bendahari: Siti Nadirah Binti Idris

Setiausaha Kerja 1: Nurfazlin Binti Mohd Fuad

Setiausaha Kerja 2: Manak A/L Ek Klai

Majlis Tertinggi Projek

Pengarah Projek: Muhamad Zawawi Bin Abd Ghaffar

Timb. Pengarah Projek: Nur Amirah Binti Che Nan

Setiausaha: Khadijah Binti Md Ahad

Bendahari: Siti Nadirah Binti Idris

Timbalan Bendahari: Nurul Syahirah Binti Mohd Nasir

Ahli Jawatankuasa

Penajaan: Izzuddin Iskandar Bin Norizan: Manak A/L Ek Klai: Muhamad Amirul Saufi Bin Abd Rahim: Julia Izua Natasha Binti Joaspizi: Sebrina Lanja Anak Zorro: Fatiah Binti Jamil: Indah Shafina Binti Mohd Saipudin

Jemputan dan Protokol: Nabilla Binti Zulhendri: Esnita Binti Sonie: Nur Najihah Binti Abd Manaf : Nur Syamimi Binti Mohamed Rasidi

Hadiah/Cenderamata dan Sijil: Siti Fatin Farhana Bt Che Kamaruzzaman: Khairunnisa Binti Ahmad Sarakawi: Millati Binti Fairy

Teknikal dan Fizikal: Muhammad Nazre Bin Roslan: Muhammad Afif Bin Sufian

Dokomentasi dan Multimedia: Muhammad Azuwar Bin Azmi: Muhammad Faeez Bin Amran

Makanan: Zalikha Irdina Binti Azwa: Nurfazlin Binti Mohd Fuad: Norashikin Binti Omar: Nabilla Husna Binti Solleh

Tugas-Tugas Khas

Pengangkutan

Kebersihan Dan Keselamatan

Aktiviti

: Syahirah Sulha Binti Mohamad Sokri : Norashikin Binti Omar: Asiah Khairuddin

: Nur Afiq Bin Maswan: Mohd Ikhwan Fahmi Bin Abd Halim

: Nur Ain Binti Norhalim: Noor Areefa Ardella Binti Mohd Maamor: Nur Ajerah Binti Anizar

: Manak A/L Ek Klai

: Muhamad Hanif Bin Bakri : Nur Syafawati Binti Sohaime : Siti Zaharah Binti Mohd Rizal : Siti Aminah Binti Abdulah : Nurul Shafiqah Binti Anuar : Nur Eylia Binti Arif : Norashikin Binti Omar

Lampiran C : Belanjawan

ANGGARAN PENDAPATAN

BILBUTIRANKOSJUMLAHBESAR

1.0PenajaanRM 3200.00RM 3200.00

JUMLAH KESELURUHANRM3200.00

ANGGARAN PERBELANJAANBILBUTIRANKOSJUMLAH(RM)JUMLAH BESAR

1.0Sumbangan Penginapan Wang Kepada Setiap keluarga angkat .35 Orang Pelajar ( 1 kepala RM 40.00 untuk 1 keluarga)

RM 1400.00

RM1400.00

RM 1400.00

2.0 Kos barangan untuk masakan gotong royong untuk penduduk kampung.

RM 1000.00

RM1000.00

RM1000.00

3.0 Pengangkutan

Proses perhantaran pergi dan pulang pelajar USMKe Kampung Batu Maung menggunakan bas HEP.

RM 300.00

4.0Hadiah/Cenderamataa) Peserta :i. Wakil Pegawai dari USMb)Wakil penduduk kampungc)Wakil JBSd)VIP

RM 150.00

RM 150.00

5.0 Belanja luar jangka RM 350.00RM 350.00

JUMLAH KESELURUHANRM 3200.00