Anak Global 2003

download Anak Global 2003

of 95

Transcript of Anak Global 2003

ANAK GLOBAL CERPEN 1 : TEMA: Bertemakan tentang Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi. Jusoh dan Berahim hidup berjiran dan sawah mereka masing-masing bersebelahan antara satu sama lain.Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering air. Akibatnya Jusoh berdendam dan melakukan niat jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim .Akibatnya berahim mengalami kerugian kerana kematian kerbaunya. GELUNGNYA TERPOKAH SHAHNON AHMAD (SN)

PERSOALAN: 1. Kegigihan pesawah membanting tulang mencari rezeki. Contoh: Jusoh merupakan seorang pesawah yang gigih membanting tulang empat kerat dengan mengusahakan sawah padi semata-mata untuk memastikan isteri dan tujuh anaknya tidak kebuluran.

2. Hasad dengki dan dendam. Contoh: Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering airnya.Akibatnya Jusoh berdendam sehingga sanggup mengkhianati jirannya itu dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati.

3. Kemiskinan Hidup. Contoh: Jusoh sekeluarga hidup miskin dan hanya bergantung kepada tanaman padi sawahnya. 1

ANAK GLOBAL

4. Fitnah atau tuduh menuduh tanpa bukti. contoh : Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak sawah berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Akibatnya Jusoh mendendami Berahim dan mencurahkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan kerbau tersebut mati.

WATAK PERWATAKAN Senarai Watak

1. Jusoh 2. Berahim 3. Bini Jusoh 4. Sahak 6. Lebai Karim Anak Bongsu Jusoh 5. Penghulu Sudin

PERWATAKAN 1. Jusoh

a. Seorang petani yang bergantung hidup dengan menanam padi b. Hidup miskin tetapi bahagia bersama keluarga c. Mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak d. Anak bongsunya bernama sahak e. Mempunyai seekor kerbau yang membantunya di bendang 2

ANAK GLOBAL f. Hampir 20 tahun hidup bersama isterinya

g. Merupakan watak utama dalam cerpen h. Digambarkan seorang yang cekal dan gigih bekerja i. j. Seorang yang panas baran Menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah

k. Berdendam dengan Berahim l. Mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga kerbau Berahim mati

m. Dituduh gila oleh orang kampung n. Suka bergurau dengan isteri.

2. Isteri Jusoh

a. Watak Sampingan b. Isteri Kepada Jusoh c. Ibu beranak tujuh d. Anak bongsunya bernama sahak e. Hampir 20 tahun hidup dengan Jusoh f. Mencadangkan supaya suaminya mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim

3. Berahim

3

ANAK GLOBAL a. Jiran Jusoh b. Mempunyai petak sawah yang bersebelahan dengan petak sawah Jusoh c. Bekerja sebagai petani d. Di tuduh oleh Jusoh yang menyebabkan gelung padinya pokah e. Mempunyai seekor kerbau yang membantunya disawah tetapi kerbaunya mati kerana terkena cuka getah yang dicurah oleh Jusoh.

TEKNIK PLOT

1.

Pemerian / Deskriptif Contohnya: Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya.

2.

Dialog Contohnya; Dah habeh? .... Dah habeh apo?...

3.

Imbas kembali / Flashback Contoh; Isteri Jusoh teringat akan Lebai Karim yang ditangkap dan dikurung dalam jel kerana menetak Penghulu Sudin.

4.

Imbas muka / Flashfoward Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh, petaknya kali ini akan menjadi petak yang

4

ANAK GLOBAL paling subur.

5.

Saspen

Contoh; Aku...aku...aku dipaksa Berahim. Dan suara itu tidak mampu disambung lagi. Pembaca tertanya-tanya perkara yg berlaku kepada isteri Jusoh.

LATAR 1. Latar Masa; - 2 hari sahaja. - Pada waktu petang. - Pada waktu malam. - Pada waktu subuh.

2.

Latar Tempat - Kampung Banggol Derdap - Di Sawah Padi - Di Rumah Jusoh - Di Rumah Berahim - Di kandang Kerbau Berahim

3.

Latar Masyarakat

a.

Masyarakat petani Contoh; 5

ANAK GLOBAL Jusoh dan berahim merupakan contoh penduduk kampung yang bekerja sebagai petani dengan menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan utama mereka.

b. Masyarakat yang gigih berusaha Contoh; Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.

c.

Masyarakat yang bersikap pendendam, Contoh; Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung padinya pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya.

d.

Masyarakat kampung yang gigih bekerja Contoh; Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.

e.

Masyarakat yang suka menuduh tanpa bukti nyata. Contoh; Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusoh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa. Akibatnya Jusoh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim.

6

ANAK GLOBAL f. Masyarakat petani yang bergantung kepada haiwan. Contoh; Jusoh menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawahnya.

g.

Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai toleransi. Contoh; Jusoh tidak bertoleransi dan berbincang dengan Berahim untuk mengetahui peristiwa yang sebenar sebaliknya menggunakan pertimbangan sendiri dengan cara mencurah cuka di belakang kerbau Berahim.

h.

Masyarakat belum mencapai kemajuan. Contohnya; Penggunaan kerbau dalam aktiviti membajak oleh Berahim.

NILAI 1. Nilai Kegigihan Contoh; Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.

2. Nilai Kemesraan Contoh; Hubungan Jusoh dengan isterinya sangat mesra buktinya Jusoh sempat mengusik isterinya di dapur sehinggakan anak-anak mereka tertawa melihat telatah ibubapa mereka.

3. Nilai Keprihatinan 7

ANAK GLOBAL Contoh; Penduduk kampung berbondong-bondong ke rumah Berahim semata-mata untuk melihat kerbau Berahim yang dicurah cuka getah oleh Jusoh.

4. Nilai Kasih Sayang Contoh; Jusoh sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya sehinggakan dia sanggup bekerja di petak sawah pagi dan petang.

PENGAJARAN

1.

Kita hendaklah gigih bekerja untuk mencari rezeki. Contohnya; Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .

2.

Kita janganlah suka menuduh seseorang tanpa sebarang bukti. Contoh; Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak sawah Jusoh dan Berahim adalah bersebelahan.

3.

Kita janganlah mengkhianati atau berdendam sesama manusia. Contoh; 8

ANAK GLOBAL

Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung padinya pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya.

4.

Kita janganlah menganiayai binatang ternakan. Contohnya; Jusoh menganiayai binatang ternakan Berahaim iaitu seekor kerbau yang digunakan oleh Berahim di bendang. Jusoh menganiayai binatang tersebut dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau tersebut walaupun kerbau tersebut tidak bermusuhan dengan Jusoh.

5.

Kita hendaklahlah menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada orang lain. Contoh; Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusuh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa, akibatnya Jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim

6.

Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi musibah. Contohnya; Jusuh tidak sabar dan hilang kewarasannya apabila gelung padinya pokah sehingga menuduh Berahim menjadi puncanya.

SUDUT PANDANGAN 9

ANAK GLOBAL Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas. Pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan mahupun dengan watak, tetapi pengarang masih meresap ke dalam cerita bagi mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek penting sahaja. ANAK GLOBAL CERPEN: GELUNGNYA TERPOKAH (SHAHNON AHMAD) Soalan struktur 1. Berahim anak kurang ajar, gerutunya. Nanti aku sesah kepalanya dengan lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh kepala bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya! (Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah Shahnon Ahmad) a) Berikan sebab yang menjadi punca kemarahan penutur di atas. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ___________________________________________________________ b) Siapakah nama penutur dalam petikan dialog di atas. __________________________________________________________________

c)

Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada petikan cerpen tersebut. i) ii) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Berpandukan cerpen Gelungnya Terpokah, lengkapkan jadual di bawah ini dengan unsur gaya bahasa yang sesuai. 10

ANAK GLOBAL

Petikan Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak itu kelihatan berkejar-kejaran Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia! Dah habeh?

Gaya bahasa

3. Kemukakan dua pengajaran yang diperoleh daripada cerpen Gelungnya Terpokah hasil karya Shahnon Ahmad.

i)

___________________________________________________________________ _____________________________________________________________

ii) _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

4.

Selama ini bininya membatu terus. Terbayang dimatanya kepala Berahim yang akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati. Dan kalau Berahim mati,suaminya juga tentu mati. Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit. (Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)

11

ANAK GLOBAL

i)

Berikan dua teknik plot beserta contoh dalam petikan di atas i) ______________________________________________________________ Contoh:_______________________________________________________ ii) ______________________________________________________________ Contoh: _______________________________________________________

5.

Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi. (Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)

Namakan watak utama dan pekerjaan watak dalam cerpen ini. ______________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 6. Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu. (Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)

Namakan latar tempat cerpen ini? ______________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 7. Nyatakan gaya bahasa petikan ini. 12

ANAK GLOBAL

Petikan a. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku b. Pudar-pudar bulan menampar-nampar air di sawah c. Berita tentang malapetaka menimpa buah hati Berahim gah sampai ke mana-mana d. Kita tak perlu menetak kepala Berahim

Gaya bahasa

8. Lengkapkan binaan plot di bawah.

Petikan a. Permatang yang tembus mesti dikambus. Lubanglubang ketam mesti disumbat. Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketul-ketul tanah liat. Biar petak itu digenangi air sekurang-kurangnya dua hari dua malam. Biar tanah yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air. Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam. Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Perdu-perdu jerami pasti hancur. Air akan mengerjakan semuanya, fikir Jusoh.

Binaan Plot

b. Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah. Diangkatnya penyelak yang berkarat berat itu. Tingkap dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu ternampaklah keputihan air dipetaknya berolak-olak. Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu permatang. Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari tingkap rumahnya, air kecil berolak kecil sebaris pun tak nampak. 13

ANAK GLOBAL

c. Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu balasan padanya yang senang-senang memokah gelung permatang kita!

d. Tapi hati Berahim semakin membara. Musuh pantang di cari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak mengelak daripada musuh ini, fikir Berahim. Dada Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke sawah.

e. Ditengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Banggul Derdap menjadi huru-hara. Jamung menyala di setiap rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di rumah Berahim, Jusoh terkepung.

SOALAN ESEI

14

ANAK GLOBAL 1. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad:

a)

Bincangkan peristiwa yang mencetuskan konflik permusuhan antara

Jusoh dan Berahim.

b)

Jelaskan citra masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

c)

Huraikan latar masa yang tergambar dalam cerpen Gelungnya Terpokah

karya Shahnon Ahmad.

2. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad:

a)

Bincangkan tema cerpen ini.

b)

Huraikan persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam cerpen ini.

c) Jelaskan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

15

ANAK GLOBAL

CERPEN: GELUNGNYA TERPOKAH (SHAHNON AHMAD) 1. Berahim anak kurang ajar, gerutunya. Nanti aku sesah kepalanya dengan lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh kepala bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya!

(Dipetik daripada Cerpen Shahnon Ahmad, m.s. 63) d) Berikan sebab yang menjadi punca kemarahan penutur di atas Sawahnya sudah kering kontang kerana gelungnya terpokah [1m]

e) Siapakah nama penutur dialog di atas Jusoh [1m]

f)

Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada cerpen tersebut. Prasangka yang membawa kepada konflik sesama jiran tetangga [ 1m] Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan [1m] Kemiskinan hidup masyarakat petani [1m]

2.

Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai Petikan Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka Simile Gaya Bahasa

16

ANAK GLOBAL Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak itu kelihatan berkejar-kejaran Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia! Dah habeh? Repitisi Sinkope Personifikasi

3.

Kemukakan dua pengajaran yang diperoleh daripada cerpen Gelungnya Terpokah hasil karya Shahnon Ahmad i) Kita mestilah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan

ii) Kita mestilah mempunyai sikap belas kasihan terhadap haiwan iii) Kita perlu berbaik sesama jiran tetangga 4. Selama ini bininya membatu terus. Terbayang dimatanya kepala Berahim yang akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati. Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit.

(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad, m.s. 63) Berikan dua teknik plot beserta contoh dalam petikan di atas iii) Imbas muka (1m) Contoh:Terbayang di matanya kepala Berahim yang akan menerima lading itu.(1m) iv) Imbas kembali (1m)

17

ANAK GLOBAL Contoh: Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin (1m) 5. Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi.

Namakan watak utama dan pekerjaan watak dalam cerpen ini. Watak utama ialah Jusoh dan bekerja sebagai pesawah. 6. Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu. Di manakah latar tempat cerpen ini? Kampung Banggul Derdap

9.

Nyatakan gaya bahasa petikan ini. Petikan Pijakan itu Gaya bahasa gopoh-gopoh simile personifikasi

e.

bagaikan dikejar anjing tiga suku f. Pudar-pudar bulan menampar-nampar air di sawah g. Berita tentang malapetaka menimpa buah hati Berahim gah sampai ke mana-mana h. Kita tak perlu kepala Berahim 10. Lengkapkan binaan plot di bawah. menetak

simpulan bahasa

sinkof

Petikan

Binaan Plot

18

ANAK GLOBAL f. Permatang yang tembus mesti dikambus.

Lubang-lubang ketam mesti disumbat. Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketul-ketul tanah liat. Biar petak itu digenangi air sekurang-kurangnya dua hari dua malam. Biar tanah yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air. Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam. Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Perduperdu jerami pasti hancur. Air akan mengerjakan semuanya, fikir Jusoh. g. Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah. Diangkatnya penyelak yang berkarat berat itu. Tingkap dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu ternampaklah keputihan air dipetaknya berolak-olak. Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu permatang. Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari tingkap rumahnya, air kecil berolak kecil sebaris pun tak nampak. h. Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu balasan padanya yang senangsenang memokah gelung permatang kita! i. Tapi hati Berahim semakin membara. Musuh pantang di cari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak mengelak daripada musuh ini, fikir Berahim. Dada Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke sawah. j. Ditengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Peleraian Klimaks Perumitan Pekembangan Permulaan

Banggul Derdap menjadi huru-hara. Jamung menyala di setiap rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di rumah Berahim, Jusoh terkepung.

19

ANAK GLOBAL

SOLAN ESEI 1. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad: d) Berikan contoh peristiwa yang mencetuskan konflik antara Jusoh dan Berahim (10 m)

sehingga menyebabkan kedua-duanya saling bermusuhan -

Peristiwa gelung air petak sawah Jusoh telah dipokah oleh seseorang Jusoh secara melulu menuduh Berahim melakukannya Jusoh tidak dapat bersabar dengan kejadian tersebut kerana dia bergantung hidup pada hasil tanaman padi untuk menyara keluarga

-

Kerbau Berahim disimbah cuka getah oleh Jusoh Berahim menghadapi masalah untuk mengusahakan sawah kerana kematian kerbaunya 20

ANAK GLOBAL Berahim menyimpan dendam terhadap Jusoh [2 x 5 = 10 markah] e) m) Masyarakat petani yang hidup bergantung pada hasil pertanian Masyarakat yang saling berdendam antara satu sama lain Masyarakat yang prihatin Masyarakat yang suka membuat tuduhan tanpa bukti Masyarakat petani yang hidup susah [2x 5 = 10 markah] f) Nyatakan tiga latar masa yang tergambar dalam cerpen Gelungnya Terpokah Nyatakan citra masyarakat yang tergambar dalam cerpen ini (10

karya Shahnon Ahmad. Tiga latar masa dalam cerpen ialah pada waktu petang iaitu Jusoh selesai membajak sawahnya dengan bantuan kerbaunya sehingga hamper senja. Contohnya matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk sonsang. Latar masa kedua pada waktu malam. Jusoh keletihan setelah seharian mengerjakan petak sawahnya dan kemudian memasukkan kerbaunya ke dalam kandang. Contohnya dan Jusoh sendiri sedar tentang kelesuan tenaganya. Sudah pasti tidur macam batang pisang. Hampir masuk Isyak baru sudah mandi dan menambat kerbau di kandang. Latar masa ketiga pada waktu subuh iaitu Jusoh telah ditangkap oleh penduduk kampung kerana mengamuk pada waktu subuh untuk membunuh Berahim yang mengganggu isterinya. Contohnya siapa agaknya yang menggila di tengah sawah pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di rumah Berahim Jusoh terkepung.

2. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad : a) Nyatakan tema cerpen (2m)

21

ANAK GLOBAL Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat petani. b) Senaraikan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.(8m) - Prasangka yang membawa kepada konflik sesama jiran tetangga Contoh: Jusoh menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut, sebaliknya telah mengambil tindakan di luar batasan dengan menyimbah cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim menyebabkan Berahim bertindak balas akan perbuatan Jusoh tersebut. - Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan Contoh: Jusoh tidak dapat mengawal kemarahannya setelah melihat gelung air petak sawahnya terpokah, lalu mengambil tindakan menuangkan cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim sebagai cara untuk melepaskan kemarahannya. Kemiskinan hidup masyarakat petani Contoh: Jusoh hanya bergantung harap pada hasil tanaman padi yang diusahakannya bagi menyara kehidupannya sekeluarga. Kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga

Contoh: Kasih sayang dan kemesraan hubungan Jusoh dan isterinya walaupun mereka hidup dalam kesusahan c) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.(8m) - Berfikiran Rasional Contoh: Jusoh gagal berfikiran secara rasional dan menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya secara melulu. Dia sanggup menuang cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim.

-

Bertanggungjawab

22

ANAK GLOBAL Contoh: Jusoh seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab kerana sanggup membanting tulang untuk mengerjakan petak sawah yang menjadi punca rezeki mereka sekeluarga.

-

Keadilan Contoh: Penduduk Kampung Banggul Derdap bertindak berat sebelah dengan menuduh Jusoh gila dan ingin menghantarnya ke Tanjung Rambutan tanpa memberikan peluang kepada Jusoh untuk menyatakan hal yang sebenar.

-

Belas kasihan Contoh: Jusoh sanggup mengetepikan perasaan belas kasihan terhadap haiwan sehingga sanggup menuangkan cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim hanya kerana dendamnya kepada Berahim.

-

Kasih Sayang Contoh: Ikatan kasih sayang yang erat terhadap suaminya, Jusoh telah menyebabkan isteri Jusoh menghalang tindakan Jusoh yang ingin menyerang Berahim dengan lading. Dia bimbang suaminya akan ditangkap polis akibat tindakan itu, sebaliknya telah mencadangkan agar Jusoh menuangkan cuka getah terhadap kerbau Berahim.

CERPEN 2 :

ANAK-ANAK PEJUANG GHAZALI LATEH 23

ANAK GLOBAL 1. Tema Cerpen ini bertemakan semangat cintakan tanah air yang dimiliki oleh generasi yang hidup sewaktu zaman pramerdeka demi mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan merupakan individu yang mewakili kelompok masyarakat melayu yang masih menebal semangat cinta akan tanah air dalam dirinya selepas mengharungi detik yang sukar di bawah pemerintahan penjajah. Pak Denan telah lama berhasrat untuk turut serta dalam perarakan menyambut Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur walaupun dibatasi oleh usianya yang tua.

2. -

Persoalan Persoalan perbezaan pemikiran berhubung perjuangan Persoalan berhubung sikap mengambil berat perasaan orang tua Persoalan tentang pengalaman seseorang yang akan mencorakkan

kehidupannya. 3. a) tersebut. Berpendirian tegas. Bertekad untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana menyertai Persoalan berhubung nilai sebuah kemerdekaan. Watak dan Perwatakan Pak Denan Seorang pejuang. Merupakan seorang pejuang kemerdekaan. Menjelajah ke

seluruh kampung untuk memupuk semangat perjuangan dalam kalangan rakyat pada masa

Sambutan Hari Kebangsaan. Suka membantu. Membantu Ah Yau dan anak-anaknya semasa darurat dengan

memberi perlindungan kepada mereka. Tidak mementingkan sanjungan. Tidak peduli walaupun namanya tidak tercatat

dalam buku sejarah sebagai seorang pejuang kebangsaan.

24

ANAK GLOBAL dihargai. b) Abdul Rahman Merupakan anak sulung Pak Denan. Abang kepada Abdul Razak. Diberi nama Tidak meminta dihargai . Pak Denan tidak pernah meminta sumbangannya

tersebut sempana menghargai perjuangan Perdana Menteti pertama, Tunku Abdul Rahman. Seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup mewah di bandar. Taksub dengan

kehidupan mewah dan tidak menganggap perbuatan meraikan Hari Kemerdekaan sebagai sesuatu yang penting. Tidak menepati janji. Berpura-pura bersetuju untuk memenuhi permintaan

ayahnya membawanya menyertai perarakan kemerdekaan. Seorang anak yang tidak memahami perasaan orang tua yang mempunyai

semangat patriotik yang tinggi. Seorang anak yang mementingkan diri sendiri kerana menganggap kehadiran

ayahnya ke Kuala Lumpur akan menyusahkan diri mereka.

c) -

Abdul Razak Anak bongsu Pak Denan. Adik kepada Abdul Rahman. Namanya juga diambil

daripada nama salah seorang pemimpin Negara iaitu Tun Abdul Razak. Kematian ibu ketika berumur 5 tahun. Bersikap seperti abangnya yang tidak menghargai perjuangan bapa mereka

sendiri, iaitu Pak Denan. Bersikap lepas tangan kerana saling menyalahkan satu sama lain apabila

mendapati Pak Denan hilang dari rumah. d) Ah Bee Umurnya sebaya dengan Abdul Rahman . Seorang peniaga sayur-sayuran di

Kuala Lumpur. Anak kepada rakan Pak Denan iaitu Ah Yau

25

ANAK GLOBAL Seorang yang bersikap mengenang jasa. Oleh kerana Pak Denan pernah

membantu mereka sekeluarga semasa darurat maka Ah Bee sentiasa membantu Pak Denan ketika kesusahan.

4.

Plot

a.

Permulaan Pak Denan menyatakan hasratnya untuk menyertai perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan kepada anak-anaknya. Anak-anaknya kurang bersetuju,, oleh itu mereka terpaksa berbohong untuk menjaga perasaan Pak Denan.

b.

Perkembangan Pak Denan menunggu kepulangan anak-anaknya sehingga menjelang malam. Akhirnya Pak Denan nekad pergi ke Kuala Lumpur bersendirian dengan meminta pertolongan Ah Bee. Kebetulan Ah Bee ingin ke Kuala Lumpur untuk menghantar sayur-sayurannya ke sana.

c.

Puncak/klimaks Keesokan harinya Abdul Rahman pulang ke kampung , namun didapati Pak Denan telah hilang. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Abdul Rahman singgah di kedai kopi Maniam untuk bertanyakan tentang Pak Denan. Dia dikejutkan dengan sorakan orang kampong yang melihat kemunculan Pak Denan di kaca televisyen

d.

Penurunan Abdul Rahman dan Abdul Razak saling menyalahkan di antara satu sama lain. Mereka ke Dataran Merdeka tetapi sambutan Hari Kemerdekaan telah selesai. Alhirnya mereka menemui Pak Denan di depan Tugu Negara.

e.

Peleraian 26

ANAK GLOBAL Abdul Rahman dan Abdul Razak menyesal akan sikap mereka yang tidak menghargai dan menghayati perjuangan bapa mereka 5. Latar Masa Latar masa sekitar tahun 2002 kerana watak utama menjelaskan negara kita

sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan. Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke seluruh

kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang penjajah. Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan menunggu kepulangan

anak-anaknya yang telah berjanji untuk membawanya ke Kuala Lumpur. sehingga malam. Ah Bee juga sedang memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk dihantar ke Kuala Lumpur pada malam itu. Di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anak-anaknya berada di

hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anak-anaknya yang tidak mempunyai semangat perjuangan sehingga mereka menyesal dengan sikap mereka selama ini yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.

6. -

Latar Tempat Di kampung.Pak Denan tinggal di kawasan kampung yang terletak di kawasan

pedalaman dan telah mendiami kawasan tersebut lebih daripada 45 tahun bersama-sama arwah isteri dan dua orang anaknya. Di rumah Pak Denan. Pak Denan tinggal di rumahnya sendiri di kampung. Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Orang ramai berada di Dataran Merdeka

untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan. Di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Abdul Rahman dan Abdul Razak pergi ke Tugu

Negara untuk mencari Pak Denan kerana menyesal dengan perbuatan mereka yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.

27

ANAK GLOBAL 7. Latar Masyarakat Masyarakat kampong yang hidup di kawasan pedalaman. Pak Denan tinggal di

rumah kampong yang terletak di kawasan pedalaman. Masyarakat Cina yang hidup dalam kelompok masyarakat Melayu dan saling

membantu di antara satu sama lain. Masyarakat yang gigih mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan

sanggup menjelajah seluruh pelusuk kampong untuk menaikkan semangat rakyat dalam memperjuangkan kemerdekaan. disanjungi Masyarakat yang ikhlas dalam perjuangan. Pak Denan tidak meminta namanya ataupun mengharapkan imbuhan di atas usahanya memperjuangkan

kemerdekaan. Masyarakat yang tidak menghargai menilai sebuah kemerdekaan. Generasi yang

hidup selepas merdeka seperti Abdul Rahman dan Abdul Razak sudah tidak menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana diulit oleh kesenangan hidup di bumi merdeka. Lumpur. 8. tanah air mereka. Penyayang kepada isteri dan menghargai jasanya walaupun orang yang Berjuang secara ikhlas tanpa memikirkan ganjaran dan sanjungan. Bertanggungjawab mendidik anak-anak sehingga berjaya dalam kehidupan Nilai Suka membantu tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan. Berpendirian tegas dalam membuat sesuatu keputusan Mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam memperjuangkan kemerdekaan Masyarakat yang gagal memenuhi janji. Anak-anak Pak Denan membohongi

bapa mereka kerana tidak sanggup menyusahkan diri untuk membawa Pak Denan ke Kuala

disayangi sudah meninggal. 28

ANAK GLOBAL Menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan tidak taksub dengan kehidupan

mewah masa kini tanpa menghargai nilai kemerdekaan yang telah diperolehi hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu 9. Pengajaran

-

Kita hendaklah suka membantu sesiapa saja tanpa mengenal agama, bangsa

dan keturunan . contohnya Ah Bee yang suka menolong Pak Denan. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita. Contohnya

Ah Bee yang sentiasa mengenang jasa Pak Denan. Semangat patriotik hendaklah dipupuk dalam perhubungan pelbagai kaum di

Malaysia demi memastikan negara sentiasa aman. Kita hendaklah berjasa kepada negara tanpa mengharapkan balasan dan

sanjungan daripada masyarakat. Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik

mereka sehingga berjaya.

10. Sudut Pandangan Menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Contohnya ganti nama

orang ketiga dapat dilihat pada perenggan pertama, halaman 70.

11. Gaya Bahasa

-Simile. Pokok-pokok getah seperti barisan askar yang berbondong-bondong menuju ke medan juang. Halaman 70, baris 11- 13 - metafora. Lorong sejarah . Halaman 71, baris ke- 25. 29

ANAK GLOBAL -Pengulangan perkataan. Kali ini mereka terpaksa mengakui bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab terhadap bapa. Tanggungjawab terhadap negara. Halaman 77, baris ke -6 hingga ke- 7. Simpulan bahasa. Darah daging. Halaman 77, perenggan ke- 6. Singkope. tak pejamlah mata ayah kalau tak dapat tengok sendiri sambutan Hari Merdeka tahun ini. Halaman 73, baris ke 8 hingga ke 9.

CERPEN 3 :

ANAK GEMBALA ZAHARI AFFANDI

1. Tema - Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarahkan oleh Penghulu Isa supaya berpindah. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai 30

ANAK GLOBAL anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut.

2. Persoalan - Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga . Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 70 ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti sebagai askar. -Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau. -Kecintaan terhadap ilmu. Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak- anaknya ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja. -Keberanian seorang lelaki. Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. -Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mencemarkan kesucian akhlah muda mudi di desa.

3. Watak dan perwatakan a) Mat Seman - Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan Semah. Bekas seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala kerbau. -Memiliki ilmu memelihara kerbau. Diperolehi daripada arwah ayahnya dan datuknya. 31

ANAK GLOBAL -Bekas seorang tentera. Mat Seman pernah berkhidmat sebagai tentera. Namun dia memohon berhenti kerana kakinya kudung disebabkan terkena jerangkap samar. -Mementingkan maruah diri. Baginya kerja menjaga stor merendahkan maruah dirinya. Oleh itu dia berhenti menjadi askar.

-Mencintai ilmu. Mat Seman bercita-cita supaya semua anak-anaknya belajar hingga ke universiti. -Berpandangan jauh. Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia. -Tabah. Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman menjadi kuat. -Mencintai kesucian kampung. Mat Seman tidak suka dibina pusat pelancongan di Lembah Bilut kerana sudah pasti terdapat restoran, coffee house, muzik rock dan sebagainya yang akan mempengaruhi akhlak muda- mudi. -Pemurah. Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada setiap Hari Raya Haji. b) Sutinah - Isteri kepada Mat Seman. Di awal perkahwinan dia seorang yang pemalu, pendiam dan takut berhadapan dengan orang ramai. - Mementingkan pendidikan anak-anak. Sutinah mahu anak-anaknya masuk universiti 32

ANAK GLOBAL dan bekerja di bandar . Sutinah tidak mahu anak-anaknya mewarisi kemunduran dan kemiskinan. -Memahami sikap suami. Semasa suaminya pulang dari kerja dia menyediakan minuman kopi untuk menenangkan perasaan suaminya yang sedang marah. Dia juga berdoa supaya kemarahan suaminya tidak melarat.

c)

Penghula Isa -Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut. - Berhasrat untuk memajukan Lembah Bilut sebagai sebuah pusat peranginan -Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk memugarLembah Bilut tanpa bebincang dahulu dengan Mat Seman.

4. Plot

a.

Permulaan Cerita dimulakan dengan menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia terkenangkan kepakaran ilu kerbau yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia juga terkenangkan nasib dirinya yang terpaksa berhenti menjadi askar kerana terkena jerangkap samar.. Paling merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua kampong supaya memindahkan kerbaunya daripada Lembah Bilut.

b.

Perkembangan Cerita dikembangkan lagi dengan kehadiran ketua kampong untuk membincangkan perkara yang sama dan memaklumkan bahawa kerja-kerja 33

ANAK GLOBAL pembangun akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya kerbaunya tidak dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya c. klimaks Keesokan harinya sekumpulan pekerja bersama-sama dengan jentera penyodok telah datang untuk memulakan kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut. d. Penurunan Kerbau-kerbau Mat Seman meluru ke arah pekerja-pekerja tersebut. Namun deruman kereta penyodok yang dikuatkan telah mengejutkan kumpulan kerbau tersebut menyebabkan kerbau-kerbau tersebut berpatah balik lalu memijak Mat Seman yang jatuh kerana tersadung akar pokok kelapa. e. Peleraian Akhirnya kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut tetap diteruskan.

5. Latar Tempat - Di lembah Bilut. Tempat Mat Seman melepaskan kerbaunya untuk meragut rumput. Arwah datuk dan ayahnya juga menjadikan Lembah Bilut sebagai tempat meragut rumput bagi kerbau peliharaan mereka. - Di Desa Anggun Batu Sebutir. Tempat tinggal kelurga Mat Seman setelah berpindah dari kem askar di Perak. Kem askar di Perak. Tempat Mat Seman sekeluarga tinggal ketika dia berkhidmat sebagai askar. Rumah Mat Seman. Penghulu Isa datang memohon supaya Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.

6. Latar Waktu

34

ANAK GLOBAL -Waktu petang. Mat Seman duduk di bawah pokok jambu air sambil mengawasi kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Selepas itu dia mengarahkan kerbaunya ke kandang apabila hamper senja. -Waktu pagi. Sutinah dan anaknya keluar ke kandang untuk memberi makan batang-batang pisang kepada kerbau mereka.

7. Latar Masyarakat -Masyarakat yang gigih bekerja walaupun kurang . walaupun kakinya putus sebelah, namun Mat Seman tetap bersemangat waja untuk mencari rezeki. -Masyarakat yang dahagakan pemodenan. Penghulu Isa menginginkan pembangunan dilaksanakan di kampungnya.akan -masyarakat yang mencintai kesucian desa. Mat Seman beranggapan pembangunan yang dilaksanakan akan mencemarkan akhlak remaja kampung.

8. Nilai - Mementingkan maruah diri. Mat seman sanggup berhenti kerja kerana tugasannya sebagai penjaga stor dianggap merendahkan maruah dirinya. -Kepentingan memiliki ilmu. Mat seman dan Sutinah mempunyai keinginan yang kuat supaya anak-anaknya dapat menjejakkan kakike universiti. -Berpandangan jauh. Mahu supaya lepasan universiti menceburkan diri dalam dunia penternakan secara moden seeperti di Amerika dan Australia. -ketaatan seorang isteri. Sutinah taat dengan suruhan suaminya dan memahami sikap suaminya. -Mempertahankan budaya tradisi. Mat seman menolak pembangunan di Lembah Bilut kerana ingin mempertahankan budaya tradisi di kampung tersebut. -Berkorban. Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh oleh kerbau-kerbaunya untuk menghalang kerja-kerja pembanhunan di Lembah Bilut. 35

ANAK GLOBAL 9. Pengajaran -kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak gigih berusaha dalam hidup. -kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan dapat menjadikan seseorang inividu itu mengubah taraf hidupnya. -kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari kerana budaya tradisi merupakan cerminan kehidupan masyarakat, -kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pemikiran lama. -kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab sebagai seorang ketua atau pemimpin. 10. Sudut Pandangan -menggunakan sudut pandangan orang ketiga. 11. Gaya Bahasa -Repitisi . Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu, kerbau bunting seminggu pun dia sudah tahu, sampai kerbau hendak berbini pun dia tahu. Halaman 80 , baris I hingga 3. -Simile. Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam seorang jeneral. Halaman 81, baris 1 dan 2 -hiperbola. Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. Halaman 84, perenggan kedua. -personifikasi. Malasnya kian menebal membungkus hatinya. Halaman 86, perenggan 3. -Singkope. Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.

36

ANAK GLOBAL

CERPEN 4 :

ANAK-ANAK SURIA ZAHARAH NAWAWI

1.

Tema Cerpen ini bertemakan kasih-sayang antara manusia dan haiwan. Kasih saying ini dibuktikan oleh pasangan Hakim dan Amani yang sanggup mengambil orang gaji khas untuk menjaga Suria semasa ketiadaan mereka mengerjakan haji. Mereka juga membuat aduan polis apabila mendapati Ayu mendera anak-anak Suria.

2.

Persoalan -Persoalan kasih-sayang terhadap haiwan. Hakim dan Amani melayan suria seperti anak sendiri. -Kejujuran dalam melaksanakan tugas. 37

ANAK GLOBAL -Kesedaran terhadap hak asasi haiwan -Reda menerima ujian. 3. a) Watak dan Perwatakan Hakim -Suami kepada amani -Bekerja di pejabat. -Tidak mempunyai cahaya mata. -Seorang yang teliti. Mengadakan temuduga untuk mencari penjaga Suria -Penyayang. Melayan Suria seperti anak sendiri. b) Amani Isteri kepada Hakim Tidak mempunyai anak. Penyayang kepada binatang. Bersikap penyayang seperti suaminya. Pemurah. Berhasrat ingin membelikan Ayu rantai emas kerana berpuas hati

dengan layanan Ayu kepada Suria. Penyabar. Sabar menerima ujian Tuhan dan redha dengan hakikat kematian

anak-anak Suria. c) Ayu Gadis muda yang sedang menunggu keputusan SPM Cuai. Selama ketiadaan Hakim dan Amani, Suria hilang selama satu minggu. Bersikap berpura-pura. Menunjukkan sikap penyayang kepada haiwan di

hadapan majikan. Kejam. Bersikap kejam terhadap binatangdengan mendera Didi yang dimasukkan

ke dalam beg plastik dan diikat dengan tali. 38

ANAK GLOBAL

4.

Plot Permulaan . Pasangan Hakim dan Amani memiliki seekor kucing bernama Suria yang sangat disayangi seperti anak sendiri. Pasangan ini terpaksa mencari seorang penjaga suria sepanjang mereka menunaian ibadat haji di Mekah. Sesi temuduga diadakan bagi memilih penjaga yang sesuai. Akhirnya Ayu seorang gadis muda yang sedang menunggu keputusan SPM telah dipilih kerana dilihat sebagai calon yang paling layak. Perkembangan. Sepanjang ketiadaan Hakim dan Amani, Suria pernah hilang selama seminggu. Selepas itu suria didapati mengandung. Sekembalinya Hakim dan Amani dari Mekah mereka menerima berita tersebut dengan gembira. Suria melahirkan lima ekor anak yang diberi nama Manja, Awan, Bayu, Mega dan Didi. Klimak. Kematian Manja menyebabkan pasangan tersebut bersedih. Ditambah lagi dengan kehilangan Awan dan kematian Bayu yang terjatuh di dalam longkang. Hakim dan Amani mula menaruh syak terhadap kejujuran Ayu. Penurunan. Amani terlibat dalam kemalangan jalan raya . oleh itu, Amani dan Hakim pulang ke rumah untuk mengambil kad pendaftanran serta polisi insuran. Semasa Amani menunggu Hakim di dalam kereta dia terdengar bunyi suara anak kucing di dalam tong sampah. Amani terkejut, rupanya Didi yang hampir kelemasan dalam beg plasti yang telah diikat. Peleraian. . Didi telah dihantar ke pusat rawatan. Hakim dan Amani pulang semula ke rumah dan menggali semula kubur Manja dan Bayu. Hanya seketul batu yang ditanam oleh Ayu. Ayu mengaku telah mendera anak-anak Suria. Hakim dan Amani telah membuat laaporan polis terhadap perbuatan tersebut.

5. -

Latar Masa Pada waktu petang. Hakim baru pulang dari kerja. Dia segera memanggil Suria

untuk bermain-main setelah penat bekerja. pejabat. 39 Pada waktu pagi. Amani telah terlibat dalam kemalangan sewaktu ingin ke

ANAK GLOBAL 6. Latar Tempat Di kawasan sekitar rumah Hakim dan Amani, bilik Suria dan dapur. Bilik Suria tempat Hakim dan Amani bermain-main dengan Suria dan anakanaknya. Dapur Ayu sedang menggoreng pisang di dapur. Di pusat rawatan haiwan Hakim dan Amani membawa Didi ke pusat rawatan haiwan. Didi terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan selama seminggu. Di balai polis. Hakim dan Amani membuat laporan polis berkaitan kemalangan dan seterusnya laporan terhadap penderaan terhadap haiwan yang dilakukan oleh Ayu, pembantu rumah mereka. 7. Latar Masyarakat - Masyarakat yang menyayangi binatang Hakim dan isterinya, Amani sangat menyayangi haiwan peliharaan mereka yang bernama Suria. - Masyarakat yang suka berpura-pura Suria merupakan seorang gadis yang berpura-pura menyayangi binatang sedangkan hatinya sebaliknya. - Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam Hakim dan Amani mengerjakan ibadah haji di Mekah. Hakim juga menasihati isterinya agar reda dengan ketentuan Allah yang menangisi kematian Manja dan Bayu serta kehilangan Awan. - Masyarakat yang bertindak kejam terhadap haiwan 40

ANAK GLOBAL Ayu dilambangkan sebagai kelompok masyarakat yang suka melakukan penderaan terhadap haiwan yang tidak berdosa dengan kejam. Ayu telah membunuh Manja dan Bayu, malah menyebabkan Awan hilang daripada jagaan Hakim dan Amani. - Masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran terhadap hak asasi haiwan peliharaan.

8. -

Nilai Kasih sayang terhadap haiwan Hakim dan Amani sangat menyayangi Suria seperti anak sendiri.

-

Kejujuran Ayu berpura-pura menyayangi Suria sedangkan dia seorang yang tidak berperikemanusiaan.

-

Reda dengan ketentuan Tuhan Hakim dan Amani reda dengan ketentuan tuhan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Ayu kepada anak-anak kucing kesayangan mereka.

-

Pembelaan terhadap hak asasi haiwan peliharaan. Hakim dan Amanani menpunyai kesedaran yang tinggi terhadap hak asasi haiwan.

-

Bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah. Ayu tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

9. -

Pengajaran Kita hendaklah bersikap mengasihi haiwan kerana amalan tersebut amat dituntut

dalam semua agama.

41

ANAK GLOBAL Kita hendaklah bersikap jujur apabila diberikan amanah. Contohnya watak Ayu

yang tidak bersikap jujur dalam melaksanakan amanah untuk menjaga Suria. Kita hendaklah bersikap tawakal dan redha di atas peristiwa buruk yang berlaku

dan tidak terlalu melayan kesedihan. Setiap manusia haruslah dididik dengan kesedaran terhadap hak asasi haiwan

supaya kes penderaan haiwan dapat dikurangkan. 10. Sudut Pandangan Sudut pandangan orang ketiga serba tahu. 11. Gaya Bahasa -Simpulan Bahasa. Pengerat simpulan tali kasih antara mereka berdua. Halaman 95,baris 4. -Personifikasi. Suaranya malas. Halaman 102, perenggan ke 3 -Simile. Putih melepak seperti kapas. Halaman 98, perenggan ketiga. -Singkope. Abang dengar tak?. Halaman 99, perenggan ke 4. -Metafora. Kemanisan buah. Halaman 102, perenggan terakhir.

42

ANAK GLOBAL

CERPEN 5 : TEMA

BAH UREI BAHARUDDIN NAWAWI

Kesetiaan seorang suami atas kubur isterinya. PERSOALAN

terhadap isterinya.Cth: Dia sangat sedih dan kecewa apabila

pembangunan akan dibuat di kampungnya. Jalan yang akan dibina akan memotong betul-betul

Persoalan perjuangan mempertahankan hak. Contohnya Bah Urei kecewa dengan anaknya Runa yang sanggup berpindah dari kampung apabila diarahkan. Dia juga kecewa dengan Tok Batin yang terpaksa bersetuju dengan cadangan pembangunan dan perpindahan penduduk kampung tanpa membantah. Persoalan mengamalkan adat istiadat sesuatu kaum. Cthnya semasa Bah Urei berkahwin dengan Sirih, dia terpaksa memburu harimau dan membuat kalung dengan aguknya dibuat daripada gigi dan tulang harimau.Kalung itu merupakan hadiah untuk isterinya sebagai tanda keberanian dan kebertanggungjawaban. Persoalan Kasih sayang suami terhadap isterinya. Cthnya Bah Urei sanggup menebang pokok keledang hasil tanaman mereka suami isteri kerana tidak mahu orang lain yang menumbangkannya nanti. Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah lama meninggal dunia. Persoalan keberanian.Cthnya semasa muda beliau pernah membunuh harimau belang dengan menggunakan sumpitan sahaja. Persoalan pembangunan. Kampung orang asli kaum semai mengalami pembangunan sehingga mereka terpaksa dipindahkan dari kampong tersebut. 43

ANAK GLOBAL

WATAK DAN PERWATAKAN BAH UREI RUNA Seorang anak gadis tunggal Bah Urei dan Sirih Seorang yang bertanggung jawab Seorang yang penyayang Watak utama Seorang tua yang telah cengkung dan kulit berkedut Seorang dari kaum asli puak Semai Seorang ayah kepada seorang anak perempuan Seorang yang kematian isteri Seorang yang setia Seorang yang penyayang Seorang yang berani

TOK BATIN Ketua kampung masyarakat kaum orang asli puak Semai Seorang yang mengikut perintah

TEKNIK PLOT Teknik Dialog. Cthnya perbualan antara Bah Urei dengan Sirih tentang sebab-sebab dia memilih pokok keledang untuk ditanam sempena perkahwinan mereka. Teknik Imbas kembali Cthnya Bah Urei mengenang semula peristiwa perkahwinannya bersama isterinya dulu.

44

ANAK GLOBAL Teknik monolog Cthnya: Bah Urei menyatakan perasaan sedihnya di kubur sirih isterinya. Teknik suspen Cthnya: Pembaca tertanya-tanya apakah tujuan Bah Urei menggosok mata beliung menjadi tajam. Teknik konflik. Cthnya Bah Urei merasa kecewa dan sangat sedih apabila mengetahui mereka akan dipindahkan dari kampung dan sebatang jalan akan dibina di atas kubur isterinya. Dia ingin menentang tetapi tidak mampu kerana Tok Batin sendiri telahpun bersetuju.

LATAR LATAR MASA Waktu malam majlis sewang diadakan semasa perkahwinan Bah Urei. Waktu petang Bah Urei sampai ke pondoknya. Disini dia imbas kembali perbualannya dengan isterinya dulu. LATAR TEMPAT Di rumah Bah Urei Di perkampungan orang asli puak Semai

LATAR MASYARAKAT Masyarakat orang asli Cthnya Bah Urei dan Tok Batin adalah masyarakat orang asli kaum Semai. Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat. Sebelum perkahwinan suami akan memburu harimau sebagai tanda keberanian dan kebertanggungjawaban. Masyarakat yang penyayang Cthnya: Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah lama meninggal dunia.

45

ANAK GLOBAL Masyarakat yang berani Cthnya: semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan menggunakan sumpitan sahaja. Masyarakat yang setia Cthnya:Bah Urei sangat setia akan janjinya kepada isterinya sehingga dia cuba mempertahankan kubur isteri dan pokok keledang hasil tanaman mereka berdua. Masyarakat yang bertanggungjawab Cthnya: Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya. Masyarakat yang mengikut perintah Cthnya: Tok Batin terus bersetuju menerima arahan dari pihak atas untuk berpindah dari kampung mereka kerana akan dimajukan. NILAI-NILAI MURNI Nilai Kasih sayang. Bah Urei sangat menyayangi isterinya. Cthnya Dia sering terkenang isterinya Sirih walaupun telah lama menin ggal dunia. Nilai Bertanggungjawab. Cthnya Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya. Nilai Kesetiaan Cthnya Bah Urei sangat setia akan isterinya. Dia sentiasa menziarahi kubur isterinya. Nilai Keberanian Cthnya semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan menggunakan sumpitan sahaja.

Nilai pengorbanan cthnya Masyarakat orang asli kaum Semai terpaksa berkorban tanah pusaka dan kampong halaman mereka kerana kemajuan kampung. PENGAJARAN

46

ANAK GLOBAL Kita hendaklah saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana ini merupakan tanda kebahagiaan hidup. Cthnya Bah Urei dan isterinya saling sayang menyayangi. Sirih pernah mengatakan bahawa dia senang mendapat suami yang baik seperti Bah Urei ketika Bah Urei memegang tangan isterinya. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan janji kita. Bah Urei berusaha menepati janjinya kepada isterinya walaupun akhirnya dia kalah. Cthnya dia berusaha bersungguhsungguh meminta Tok Batin menentang cadangan memajukan kampong tetapi Tok Batin telahpun menerima cadangan tersebut. . Kita perlulah setia dalam menjalinkan hubungan supaya dipercayai. Cthnya Sirih sangat mempercayai suaminya sehingga meminta suaminya mengebumikannya dekat pokok keledang dan menjaga pokok keledang mereka dengan baik. Kita mestilah berusaha mempertahankan hak kerana tanpa usaha kita akan banyak kerugian. Cthnya Tok Batin terus bersetuju dengan cadangan kerajaan memajukan kampong orang asli kaum semai menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kampung dan segala sejarah kewujudan kampung akan hilang. Kita perlulah berkorban demi kebahagian kerana tanpa pengorbanan kebahagiaan tidak akan tercapai. Cthnya Bah Urei sanggup berkorban tenaga untuk menjaga kubur dan pokok keledang isterinya agar hatinya tenang.

SUDUT PANDANGAN Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas dengan menggunakan kata ganti diri orang ketiga. Pengarang menggambarkan keadaan perasaan dan fikiran watak utama dalam cerpen. Gambaran watak ini ditonjolkan agar terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak lain. GAYA BAHASA Ayat pendek Contoh : Begitu? 47

ANAK GLOBAL Tidak! Tidak! (hlm 111) Ayat panjang Contoh : Dia insaftumpu dinihari. (hlm 104) Pemilihan kata/diksi bahasa dialek. Contoh : terpokah, meremba-remba Simile Contoh : pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin menongkat langit (hlm 109) Repitasi Contoh : Bukan dayus, bapak. Bukan dayus apa? (hlm 104) Sinkope Contoh : Sirihaku tak dapat nak buat apa. (hlm 105) Pantun Contoh : Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat Sudah lama saya mencari, Baru sekarang saya mendapat.

SOALAN STRUKTUR Cerpen Bah Urei (Baharuddin Kahar) 48

ANAK GLOBAL

1.

Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar, berikan persoalan berdasarkan huraian yang diberikan.

BIL a.

HURAIAN Hari ni ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.

PERSOALAN

b.

Bukan tidak dicubanya membantah semahu-mahunya, fikirnya. Dia sudah beberapa kali pergi menemui tok batin sejak terhebahnya berita bahawa mereka ditawarkan pindah itu. Dia sudah cuba menyuarakan pendapat dan bantahannya.

2. Buahnya manis, biar perkahwinan kita manis. Lagi. Pokok kuat dan teguh, biar perkahwinan kita teguh. Kau percaya itu? Tentutentu Kalau begitu nanti aku siram selalu, biar ia hidup betul. Akulah yang mesti buat itu. Tidak, kita sama-sama buat.

a. b.

Siapakah kau dan aku dalam petikan di atas? Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas?

3.

Berdasarkan cerpen Bah Urei , nyatakan : a. b. Nama pengarangnya. Dua orang watak dalam cerpen tersebut. 49

ANAK GLOBAL

4.

Dan apabila setiap kali batuk, dia terhenti, mengurut-urut dada, menekan-nekan perut dan pinggang. Akhirnya Bah Urei sampai juga di atas. Di depannya, lebih kurang beberapa kaki sahaja, pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin menongkat langit.

a. b.

Apakah yang dimaksudkan dengan simile. Berikan satu contoh simile berdasarkan petikan di atas.

5.

Bah Urei masih ingat di situ dulu, pada satu ketika, dia telah dikahwinkan dengan Sirih mengikut adat istiadat lama suku Semai. Majlis perkahwinannya itu ialah satu majlis yang meriah. Setelah mengalungkan seutas rantai daripada akar beragukkan gigi dan tulang harimau panjang sembilan ke leher Sirih, mereka pergi mengelilingi busut.

Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.

6.

Berdasarkan cerpen Bah Urei, berikan unsur gaya bahasa berdasarkan huraian berikut. BIL a HURAIAN Sekeping demi sekeping serpihan batang pokok itu terpelanting ke bumi. Dan terasa hatinya yang terkoyak sekeping demi sekeping. GAYA BAHASA

50

ANAK GLOBAL b Ayah! Ngapa ni? Mari kita balik.

7.

Berdasarkan cerpen Bah Urei hasil karya Baharuddin Kahar, nyatakan : a. b. Satu perwatakan Bah Urei. Satu perwatakan Runa.

SOALAN ESEI 1. Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar : a. Huraikan tema cerpen ini. b. Jelaskan tiga persoalan dalam cerpen ini. c.Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

2.

Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar : a. Huraikan lima gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. b. Jelaskan lima nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.

51

ANAK GLOBAL

SKEMA JAWAPAN Soalan Struktur : 1. a) kasih sayang / bertanggung jawab b) perjuangan mempertahankan hak 2. a) Bah Urei dan Sirih b) Teknik dialog 3. a) Baharuddin Kahar b) Bah Urei /Sirih /Runa /Tok Batin 4. a) Gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata bak, bagai, seperti, umpama, nan, dan laksana. 52

ANAK GLOBAL b) pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin menongkat langit. 5. a)Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat. b) Masyarakat suku Semai. 6. a) Repitasi b) Sinkope 7. a) Seorang yang penyayang b) Seorang yang bertanggung jawab SOALAN ESEI 1. untuk a) Cerpen ini bertemakan kesetiaan seorang suami yang begitu mendalam terhadap memusnahkan pokok keledang dan kubur isterinya, Sirih. Pokok keledang tersebut

isterinya. Contohnya, Bah Urei sanggup mengamuk memukul kepala orang-orang yang datang merupakan lambang kasih sayang antara Bah Urei dan isterinya kerana semasa mereka berkahwin mereka menanam pohon keledang tersebut. Dalam cerpen ini Bah Urei juga digambarkan sentiasa menziarahi kubur isterinya. b) Persoalan: Persoalan perjuangan mempertahankan hak. Contohnya, Bah Urei berjuang mempertahankan kubur isterinya dan pohon keledang yang menjadi lambang kasih sayang mereka. Persoalan adat istiadat sesuatu kaum. Contohnya, Bah Urei dan Sirih berkahwin mengikut adat masyarakat orang asli suku Semai. Persoalan Kesetiaan suami terhadap isterinya. Contohnya, Bah Urei sangat setia terhadap isterinya dan sentiasa menziarahi kubur isterinya. Persoalan keberanian. Contohnya, Bah Urei berani memukul orang-orang yang datang untuk memusnahkan kubur Sirih dan pokok keledang lambang kasih sayang mereka. (pilih mana-mana tiga persoalan) c) Pengajaran: 53

ANAK GLOBAL

Kita hendaklah saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana ini merupakan tanda kebahagiaan hidup. Cthnya Bah Urei dan isterinya saling sayang menyayangi. Sirih pernah mengatakan bahawa dia senang mendapat suami yang baik seperti Bah Urei ketika Bah Urei memegang tangan isterinya. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan janji kita. Bah Urei berusaha menepati janjinya kepada isterinya walaupun akhirnya dia kalah. Cthnya dia berusaha bersungguhsungguh meminta Tok Batin menentang cadangan memajukan kampong tetapi Tok Batin telahpun menerima cadangan tersebut. . Kita perlulah setia dalam menjalinkan hubungan supaya dipercayai. Cthnya Sirih sangat mempercayai suaminya sehingga meminta suaminya mengebumikannya dekat pokok keledang dan menjaga pokok keledang mereka dengan baik. Kita mestilah berusaha mempertahankan hak kerana tanpa usaha kita akan banyak kerugian. Cthnya Tok Batin terus bersetuju dengan cadangan kerajaan memajukan kampong orang asli kaum semai menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kampung dan segala sejarah kewujudan kampung akan hilang. Kita perlulah berkorban demi kebahagian kerana tanpa pengorbanan kebahagiaan tidak akan tercapai. Cthnya Bah Urei sanggup berkorban tenaga untuk menjaga kubur dan pokok keledang isterinya agar hatinya tenang.

2.

a) Latar masyarakat:

Masyarakat orang asli Cthnya Bah Urei dan Tok Batin adalah masyarakat orang asli kaum Semai. Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat. Sebelum perkahwinan suami akan memburu harimau sebagai tanda keberanian dan kebertanggungjawaban.

54

ANAK GLOBAL Masyarakat yang penyayang Cthnya: Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah lama meninggal dunia. Masyarakat yang berani Cthnya: semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan menggunakan sumpitan sahaja. Masyarakat yang setia Cthnya:Bah Urei sangat setia akan janjinya kepada isterinya sehingga dia cuba mempertahankan kubur isteri dan pokok keledang hasil tanaman mereka berdua. Masyarakat yang bertanggungjawab Cthnya: Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya. Masyarakat yang mengikut perintah Cthnya: Tok Batin terus bersetuju menerima arahan dari pihak atas untuk berpindah dari kampung mereka kerana akan dimajukan.

(pilih mana-mana lima latar masyarakat) b) Nilai murni: Nilai Kasih sayang. Bah Urei sangat menyayangi isterinya. Cthnya Dia sering terkenang isterinya Sirih walaupun telah lama menin ggal dunia. Nilai Bertanggungjawab. Cthnya Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya. Nilai Kesetiaan Cthnya Bah Urei sangat setia akan isterinya. Dia sentiasa menziarahi kubur isterinya. Nilai Keberanian Cthnya semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan menggunakan sumpitan sahaja.

55

ANAK GLOBAL Nilai pengorbanan cthnya Masyarakat orang asli kaum Semai terpaksa berkorban tanah pusaka dan kampung halaman mereka kerana kemajuan kampung.

CERPEN 6 :

MELAKAR IMPIAN MOHD KASIM MAHMUD

ASPEK-ASPEK SASTERA 1. TEMA

Bertemakan kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan. Rosli yang bercita-cita untuk mengusahakan projek membela burung ruak-ruak. Pada mulanya idea Rosli dipertikaikan lancar. oleh rakan-rakannya tetapi dengan usaha gigih Rosli meneruskan rancangannya. Projeknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak dan berjalan dengan

56

ANAK GLOBAL 2. (a) PERSOALAN Persoalan tentang sikap yang tidak mematuhi peraturan. Contoh: Fuad

mencampakkan tin minuman yang telah kosong ke dalam longkang di hadapannya. (b) Persoalan tentang sikap yang tidak mudah berputus asa. Contoh: Rosli tidak

berputus asa memujuk rakan-rakannya untuk turut sama dalam projek menternak burung ruak-ruak. (c) Persoalan tentang keberanian membuat pembaharuan. Contoh: Rosli berani

membuat pembaharuan menternak burung ruak-ruak yang belum pernah dilakukan oleh orang lain. (d) Persoalan tentang semangat yang gigih. Contoh: Rosli sangat bersemangat

untuk memulakan projek ternakan burung ruak-ruak. (e) Persoalan tentang pegangan yang kuat terhadap agama. Contoh: Rosli

berhasrat untuk membayar zakat sekiranya projek ternakan burung ruak-ruaknya berjaya. (f) Persoalan tentang kebaikan hati. Contoh: Rosli bersikap baik hati dengan

menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis.

3. (a) -

WATAK DAN PERWATAKAN ROSLI Watak utama. Rajin berusaha. Berkawan rapat dengan Azwan, Fuad, dan Lamin dan mereka digelar pemuda kacang Seorang yang berani membuat pembaharuan. Contoh : Rosli berani membuat projek Seorang yang berfikiran positif. Contoh : Rosli yakin projek penternakan burung ruak-

hantu oleh penduduk kampung. penternakan burung ruak-ruak. ruak akan mendatangkan pulangan.

57

ANAK GLOBAL ruak. Seorang yang setiakawan. Contoh : Walaupun Fuad, Lamin dan Azwan pernah mempersendakan rancangannya sebelum ini, namun atas dasar setiakawan, Rosli telah menjamin kawan-kawannya dib alai polis. (b) FUAD / AZWAN / LAMIN Rakan baik Rosli. Pemuda kacang hantu Berfikiran negatif kerana tidak bersetuju dengan cadangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak. Suka memperkecilkan kebolehan orang lain. Ditangkap oleh penduduk kampung kerana memecah masuk rumah Haji Sameon Seorang yang penyabar. Contoh : Rosli bersabar dengan sikap Azwan, Fuad dan

Lamin yang mempersendakan rancangannya untuk memulakan penternakan burung ruak-

untuk mencuri wang tunai dan barang berharga. 4. PLOT

TEKNIK PLOT (a) PEMERIAN

Rosli menerangkan rancangan penternakan burung ruak-ruak kepada ibubapanya Contoh : Rosli membentangkan rancangannya itu kepada kedua-dua ibubapanya. Walaupun terkejut dan dibuai keraguan, mereka merestui serta memberi perangsang.

(b)

DIALOG

Perbualan di antara Rosli, Fuad, Lamin dan Azwan. Rosli menerangkan tentang rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak. Contoh : Jadi? Fuad memotong tidak sabar. Jadi, inilah masanya kita buktikan kepada semua orang bahawa kita boleh berjaya. Kita tunjukkan keupayaan kita mengusahakan projek besar dan 58

ANAK GLOBAL menguntungkan. Tentu akhirnya mereka akan menghormati kita. Mereka akan mengubah tanggapan buruk yang dilemparkan kepada kita selama ini., balas Rosli bersungguh-sungguh, tepu keyakinan.

(c)

KEJUTAN

Rakan-rakan Rosli telah ditangkap kerana mencuri. Contoh : Tiba-tiba pada suatu pagi, tersebar berita yang menggemparkan seluruh penduduk Beringin Tunggal. Azwan, Fuad dan Lamin telah ditangkap oleh beberapa orang penduduk kampung sewaktu sedang memecah masuk ke rumah Haji Sameon. Mereka cuba mengambil wang tunai dan barang-barang berharga di rumah itu. Ketiga-tiga mereka diserahkan kepada pihak polis.

(d)

IMBAS MUKA

Gambaran tentang kejayaan yang bakal dicapai oleh Rosli Contoh : Kita boleh dapat duit yang banyak. Siapa tau, dengan izin Allah, kita boleh menjadi jutawan!

(e)

KONFLIK

Konflik di antara Rosli dengan tiga rakannya. Contoh : Rosli berusaha memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya. Bagaimanapun, rakan-rakanya masih mempersendakan dan mentertawakan rancangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak.

BINAAN PLOT (a) Permulaan

59

ANAK GLOBAL untuk Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa perbualan antara Rosli, Fuad, menternak burung ruak-ruak. Rakan-rakan Rosli telah mentertawakan

Lamin dan Azwan. Rosli mengajak rakan-rakannya untuk menyertai rancangannya rancangan Rosli. (b) Perkembangan Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa Rosli berusaha memujuk

rakan-rakannya untuk menyertai rancangan penternakan burung ruak-ruak. Rakanrakan masih mempersendakan rancangan Rosli. Rosli mendapat sokongan daripada ibu dan bapanya untuk memulakan projek

ternakan burung ruak-ruak. Ibu bapanya turut membantu Rosli dengan memberi sumbangan sebanyak RM2000 untuk membolehkannya membina sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah. Cerita semakin berkembang dengan peristiwa Rosli berusaha bersungguh-

sungguh memajukan perniagaan burung ruak-ruak. Hasil jualannya mendapat pulangan yang lumayan. Rosli menambah sangkar baru untuk menampung burung ruak-ruak yang membiak dengan cepat. (c) Klimaks Cerita ini mencapai klimaks apabila rakan-rakan Rosli yang telah

mempersendakan cadangannya sebelum ini ditangkap oleh penduduk kampung ketika memecah masuk rumah Haji Sameon. (d) Peleraian Rosli bersama-sama dengan ketua kampung dan ibubapa Lamin, Fuad dan

Azwan pergi ke balai polis. Rosli telah menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah dan rakan-rakanya boleh dibebaskan dangan ikat jamin sebanyak RM1000 seorang sementara menunggu hari pembicaraan. (e) Pengakhiran Pengarang mengakhiri cerita dengan keinsafan rakan-rakan Jalil. Lamin, Fuad

dan Azwan kesal dengan sikap mereka yang mempersendakan rancangan Rosli sebelum ini. 60

ANAK GLOBAL

5. (a)

LATAR MASA WAKTU PETANG

Peristiwa : Perbualan dia antara Rosli dengan rakan-rakanya. Rosli ditertawakan oleh Lamin, Fuad dan Azwan kerana rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak.

(b)

WAKTU PAGI

Peristiwa : Berita gempar tersebar di seluruh kampung tentang penangkapan Fuad, Lamin dan Azwan keran cuba memecah masuk ke rumah Haji Sameon.

(c)

SATU TAHUN

Peristiwa : Setelah satu tahun berlalu, usaha gigih Rosli telah menampakkan hasilnya. Burung ruak-ruak yang diternaknya membiak dengan banyak dan dia mendapat pulangan wang yang banyak hasil jualan burung ruak-ruak itu.

6. (a)

LATAR TEMPAT KAMPUNG BERINGIN TUNGGAL

Hampir keseluruhan cerita berkisar di Kampung Beringin Tunggal. Kampung ini merupakan kampong Rosli, Lamin, Azwan dan Fuad. Mereka digelar pemuda kacang hantu disebabkan sikap mereka yang suka berpeleseran menaiki motosikal. Kampung ini juga menyaksikan kejayaan Rosli menternak burung ruak-ruak.

(b)

DI BAWAH POKOK RAMBUTAN GADING

Rosli mengemukakan rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak kepada tiga orang rakannya. Bagaimana pun, Lamin, Azwan dan Fuad mempersendakan rancangan Rosli dan tidak yakin Rosli akan berjaya. 61

ANAK GLOBAL

(c)

RUMAH HAJI SAMEON

Azwan, Lamin dan Fuad telah memecah masuk rumah Haji Sameon untuk mencuri wang tunai dan barang- barang berharga tetapi telah ditangkap oleh penduduk kampung.

(d)

BALAI POLIS

Rosli bersama-sama ketua kampung dan ibu bapa Lamin, Azwan da Fuad telah datang ke balai polis dengan segera setelah penengkapan mereka. Rosli telah menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah. Akhirnya ketiga-tiga pemuda itu dibebaskan setelah Rosli membayar ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu hari pembicaraan. 7. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat yang suka mempersendakan orang lain. Contoh : Lamin, Azwan dan Fuad mempersendakan cadangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak. (b) Masyarakat yang berusaha untuk melakukan pembaharuan. Contoh : Rosli lambang pemuda yang cuba untuk membuat pembaharuan dalam hidup. (c) Masyarakat yang berfikiran positif. Contoh : Rosli yakin rancangannya akan mendatangkan pulangan yang lumayan. (d) Masyarakat yang tidak mendendami orang lain. Contoh : Rosli tidak pernah mendendami Fuad, Lamin dan Azwan yang pernah mempersendakannya sebelum ini. (e) Masyarakat yang berfikiran negatif. Contoh : Rakan-rakan Rosli tidak yakin dengan rancangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak, malah mentertawakan rancangannya.

8. (a)

NILAI Nilai ketabahan.

Contoh : Rosli tabah menghadapi segala ejekan rakan-rakannya. (b) Nilai baik hati.

Contoh : Rosli menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis. 62

ANAK GLOBAL (c) Nilai menghormati ibu bapa.

Contoh : Rosli memberitahu kepada ibu bapanya tentang cadangannya untuk menternak burung ruak-ruak. (d) Nilai ketaatan kepada agama.

Contoh : Rosli berhasrat untuk membayar zakat sekiranya berjaya menternak burung ruak-ruak (e) Nilai keberanian.

Contoh : Rosli berani membuat perubahan untuk mengubah dirinya agar menjadi insan yang berguna

9. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah tabah menghadapi setiap dugaan. (b) Kita perlulah bersikap baik hati sesama insan. (c) Kita mestilah menghormati ibu bapa. (d) Kita hendaklah taat kepada agama. (e) Kita haruslah berani membuat pembaharuan.

10.

SUDUT PANDANGAN

SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA Pengarang dapat menggambarkan keadaan fikiran dan perasaan watak utama iaitu utama berbanding dengan watak lain iaitu Rosli. Pengarang dapat memperincikan gambaran watak utama berbanding dengan watak yang lain. Pengarang juga mengalihkan fokus kepada beberapa watak sampingan lain seperti Lamin, Azwan dan Fuad.

11.

GAYA BAHASA

(a) Ayat pendek 63

ANAK GLOBAL Contoh : Hati Rosli tetap tabah. (b) Ayat panjang Contoh : Dia berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi rakan-rakannya agar menyertai projek yang telah bermain-main di ruang fikirannya sejak seminggu lalu. (c) Metafora Contoh : hamparan kejayaan taman sanubari (d) Personifikasi Contoh : Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang Matanya menikam tajam ke dalam mata sahabatnya itu. (e) Repitisi Contoh : Ah sudah, cukup, cukup! (f) Inversi Contoh : Boleh kami sembelih dan buat goreng berlada. (g) Sinkof Contoh : Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! (h) Peribahasa Contoh : Bermimpi di siang hari. (i) Simpulan bahasa Contoh : Kacang hantu

SOALAN SOALAN STRUKTUR 1. Rosli, anak muda bertubuh kurus kering menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya itu dengan penuh ketabahan. Dia memang telah menduga rancangannya pasti menjadi bahan ketawa. 64

ANAK GLOBAL

(a) Berdasarkan petikan di atas, berikan dua perwatakan Rosli. 2. Tapi idea ni menjelma daripada fikiran yang waras. Bukan sebab dirasuk hantu burung ruak-ruak. Lagipun, kita dilarang mempercayai perkara karut-marut begitu. Sebagai anak muda, salahkah aku mengajukan idea yang positif? Idea yang boleh melepaskan kita daripada belenggu pemikiran yang kolot dan sia-sia? Rosli tetap mempertahankan hujahnya. (a) Apakah idea yang diutarakan oleh Rosli berdasarkan petikan di atas. (b) Nyatakan satu persoalan berdasarkan petikan di atas.

3.

Berdasarkan cerpen Melakar Impian, karya Mohd Hashim Mahmud, nyatakan : (a) Nama pengarangnya. (b) Apakah tema cerpen ini?

4. BIL (a) HURAIAN Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! GAYA BAHASA

(b)

Ah, sudah, cukup, cukup!

5.

Berdasarkan cerpen Melakar Impian hasil karya Mohd Kasim Mahmud, berikan : (a) watak utamanya (b) dua watak lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.

6.

Burung ruak-ruak lain, tak sama dengan burung puyuh. Apa lainnya? Bukankah kedua-duanya spesies burung hutan? Bukankah kedua-duanya spesies burung liar? Burung puyuh boleh dijinakkan, tapi burung ruak-ruak tak boleh. Mana kau tahu tak boleh? Kita tak pernah mencubanya, bukan? 65

ANAK GLOBAL

(a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas? (b) Kenapakah dialog tersebut dituturkan? 7. BIL HURAIAN (a) Kami tak ingin mengulangi kesilapan lalu. Kami mau berubah menjadi warga yang berguna, (b) tambah Lamin penuh kekesalan. Projek ternakan burung ruak-ruak itu semakin berjaya. membina Beribu-ribu sebuah ekor burung ruak-ruak untuk memenuhi sangkar besar itu. Malah Rosli terpaksa lagi sangkar besar menampung burung ruak-ruak yang membiak dengan begitu cepat. 8. Berdasarkan cerpen Melakar Impian karya Mohd Kasim Mahmud, berikan nilai-nilai murni berdasarkan huraian di bawah : PENGAJARAN

(a) Dia diberitahu, ketiga-tiga rakannya boleh dibebaskan dengan ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu perbicaraan. Dengan rela hati Rosli menjamin ketiga-tiga rakannya itu.

66

ANAK GLOBAL

(b) Sekurang-kurangnya kita boleh keluarkan zakat dalam nilai yang besar. Bukankah itu suatu bakti yang besar dan berfaedah kepada ummah.

JAWAPAN 1. 2. (a) (a) (b) 3. (a) (b) 4. (a) (b) 5. (a) (b) 6. (a) (b) Seorang yang bertubuh kurus kering dan seorang yang tabah. Idea untuk menternak burung ruak-ruak secara komersil. Pemuda yang berfikiran positif. Mohd Kasim Mahmud Kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan Sinkof Repitisi / Pengulangan perkatan Rosli Lamin / Fuad / Azwan Rosli dan Azwan Rosli mahu meyakinkan Azwan bahawa mereka boleh menternak burung ruakruak dengan jayanya asalkan mereka berusaha. 7. (a) Kita hendaklah insaf atas kesilapan masa lalu. 67

ANAK GLOBAL (b) 8. (a) (b) Kita perlulah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. Nilai baik hati / Tidak berdendam Nilai ketaatan kepada perintah Allah.

CERPEN 7 :

CIKGU APEK SITI HAJAR MOHD ZAKI CIKGU APEK

1. TEMA : Kegigihan dan kecekalan (kesungguhan/keazaman) seorang seorang gadis dalam

menyebarkan dakwah dan berbakti kepada masyarakat orang asli. Contohnya Faduhah sanggup datang ke kampung orang asli suku Temuan dan menziarahi 32 buah rumah untuk berdakwah walaupun terdapat pantang larang yang menegah mereka masuk ke sesetengah rumah. Selain itu dia juga terpaksa berhadapan dengan cikgu Apek yang tidak senang dengan kedatangan dan pengajaran dakwah kerana menyebabkan pelajar tadikanya lupa ABC apabila telah diajar Alif, Ba, Ta. 2. PERSOALAN : 68

ANAK GLOBAL 1. Persoalan Masyarakat yang kuat kepercayaan nenek moyang dan patang larang

mereka, contohnya daripada 32 buah rumah yang di ziarahi oleh kumpulan pendakwah ada sesetengah rumah yang menegah kemasukan mereka kerana ada pantang larangnya. 2. Persoalan kesedaran tentang kepentingan ilmu , contohnya ibu Cikgu Apek terkilan apabila Apek kembali tanpa berjaya dalam pengajiannya sehingga ibunya merajuk dan membawa diri ke hutan. 3. Persoalan Kasih sayang , Contohnya watak Faduhah, walaupun berasal dari Kuala Lumpur tetapi sayangkan kanak-kanak orang Asli. Dia mencium pipi seorang anak perempuan lalu menyikat rambutnya sambil mendukungnya. Begitu juga dengan Cikgu Apek yang sayangkan anak bangsanya dan mahu kanak-kanak di situ mencapai kejayaan dalam pelajaran. 4. Persoalan kebijaksanaan dalam menyebarkan dakwah. Contohnya Farduhah

menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli dengan cara lembut dan secara tidak langsung kerana tidak mahu masyarakat menolak kehadiran mereka. Dia mulakan dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampong tersebut.

3. WATAK &PERWATAKAN : Cikgu Apek Seorang pemuda berusia 20-an dari Suku Temuan di Kg. Tohor. SPM gred tiga dan gagal menamatkan Ijazahnya kerana tidak kuat menghadapi kemajuan di Bandar. Merupakan guru tadika ,berambut kerinting halus,berdahi jendul, berkulit gelap, berbadan sasa. Bersikap tegas dan,berpegang teguh dengan kepercayaan dan pantang larang masyarakatnya. Mempunyai azam yang kuat contohnya dia menyahut seruan Farduhah dengan memohon belajar ke maktab perguruan. Dia hidup dalam penyesalan kerana dia telah menyebabkan ibunya mati dalam keadaan sedih. Buktinya ibunya telah mati dipatuk ular dalam hutan ketika ibunya masuk hutan merajuk kerana kegagalan Apek dalam pengajiannya di universiti.

69

ANAK GLOBAL Dia sukar menerima perubahan contohnya apabila dia dihantar ke universiti, dia telah gagal kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang berbeza dengan kampungnya. Farduhah Merupakan pelajar Universiti dari Kampus Gombak, ahli Persatuan JASA, berasal dari Kuala Lumpur. Dia telah berjaya membuka mata Cikgu Apek , untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan. Dia seorang yang menyayangi kanak-kanak. Contohnya Dia mendukung dan mencium pipi seorang anak perempuan sambil.menyikat rambut anak tersebut. Seorang bijak contohnya Farduhah menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampung tersebut 4. PLOT: Jalan cerita cerpen ini kronologi dan mudah diikuti. Permulaan Cerita dimulakan dengan perbualan antara Apek dengan Farduhah. Pembaca dibawa mengenali watak Apek dan Farduhah. Daripada perbualan mereka juga pembaca dijelaskan tujuan Farduhah berada di kampung. Perkembangan Cerita dikembangkan dengan peristiwa dakwah yang dilakukan oleh kumpulan pelajar universiti. Mereka bermula dengan mendermakan pakaian dan makanan kepada penduduk. Seterusnya mengajar inak-inak menyertai bengkel menggubah bunga dan menjahit baju. Dalam perkembangan cerita juga latar belakang watak Apek diperkenalkan dan masyarakat kampung yang pentingkan pantang larang. Klimaks Klimaks cerita ini ialah ketika Apek mengunjukkan sepucuk surat daripada maktab perguruan kepada Farduhah. Akhiran

70

ANAK GLOBAL Cerita ini diakhiri dengan keinginan cikgu Apek untuk mempelajari agama islam semasa melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan nanti. Ini menunjukkan bahawa dakwah Farduhah di kampung telah membuahkan hasil. TEKNIK PLOT Teknik Dialog Perbualan antara Apek dan Farduhah tentang harapannya anak didik tadikanya Berjaya dalam pelajaran. Imbas muka Cikgu Apek menyatakan hasratnya untuk mencari kebenaran kata-kata Farduhah tentang keindahan agama islam semasa di Maktab Perguruan. Teknik Imbas kembali Pengarang menceritakan kembali tentang kegagalan Cikgu Apek dalam pengajiannya di universiti sehingga membawa kedukaan kepada ibunya. Teknik suspen Pembaca tertanya-tanya adakah cikgu Apek akan menerima agama islam atau tidak. Monolog Dalaman Farduhah terfikir dalam hatinya mengapa ada orang asli di kampong menggunakan nama Apek seperti orang cina.

Pemerian Pengarang menceritakan secara khusus tentang rupa fizikal Apek yang dilihat dari pandangan Farduhah. Contohnya rambut keriting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa, dadanya bidang, otot-otot lengannya megah menimbul. 5. LATAR MASA Latar masa cerita ini mengambil masa lama iaitu berharihari. Memandangkan watak utamanya terpaksa tinggal di perkampungan dan sempat pula mengubah sikap cikgu Apek. 71

ANAK GLOBAL Waktu petang : masyarakat kampong bergotong royong memasak nasi di dalam buluh. Masa perjalanan masuk ke kampong Tohor adalah dua jam dari perkampungan Melayu. 6. LATAR TEMPAT Kuala Lumpur, tempat asal watak Faduhah , Kampus Gombak tempat Faduhah belajar. - Kg. Chennah : Perkampungan Melayu tempat persinggahan sebelum ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Tohor. Kg. tohor, kampung halaman Cikgu Apek, orang asli suku Temuan dengan 32 buah rumah. 7. LATAR MASYARAKAT Masyarakat Melayu terpelajar dari Kuala Lumpur (pelajar universiti) diwakili oleh Faduhah, Masyarakat orang Asli, Suku Temuan di Kg. Tohor iaitu Cikgu Apek. Masyarakat yang mementingkan pelajaran/ pendidikan contohnya cikgu Apek berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajar anak murid tadikanya supaya berjaya dalam pelajaran. Ini dapat dilihat apabila dia berkata tidak berguna sekiranya fizikal tadika berubah tetapi pemikiran anak-anak tidak berubah. Masyarakat berpegagng kuat pada adat dan pantang larang. Ini terbukti apabila ada sebilangan daripada mereka menolak kedatangan pendakwah ke rumah mereka kerana adanya pantang larang. Masyarakat yang jauh daripada kemajuan. Ctnya semasa perjalanan dua jam ke kampung Tohor, jalannya berturap simen dan lekuk lekak. Apek juga gagal di universiti kerana tidak biasa dengan pembangunan di Bandar. 8. NILAI Nilai keazaman yang tinggi Cthnya Farduhah mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di kampung Tohor walaupun mengitu jauh jaraknya dari Bandar. Ini terbukti kerana telah dua kali dia dan kumpulannya datang ke kampong tersebut. Nilai Kasih sayang

72

ANAK GLOBAL Cthnya Faduhah menyayangi kanak-kanak. Dia meletakkan seorang kanak-kanak perempuan orang asli di atas ribanya, mencium pipi anak tersebut dan menyikat rambut kusut masai kanakkanak tersebut. Nilai Keinsafan - Cikgu Apek mula insaf dan ingin mencari kebenaran tentang agama Islam sedangkan sebelum ini beliau marah jika kanak-kanak tadika belajar atau menghafal Alif Ba Ta dari ABC yang diajarnya. Di akhir cerita dia memberitahu Faduhah bahawa dia ingin mencari kebenaran tentang Allah. Nilai Hormat menghormati Farduhah dan kumpulannya berhati-hati apabila berdakwah di kampung iaitu dengan melakukan kebajikan supaya tidak menyakitkan hati orang kampung.

9.

PENGAJARAN :

Kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai kejayaan kerana tanpa kegigihan kejayaan tidak akan berjaya. Contohnya Farduhah sanggup berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat orang asli walaupun jauh dari Bandar dan banyak pantang larang. Akhirnya dia telah Berjaya membuka hati cikgu Apek. Kita perlulah menghormati kepercayaan atau pantang larang orang lain. Contohnya apabila Farduhah menjalankan dakwah dia kampung Tomoh dia dan rakannya melakukannya dengan berhati-hati dan melakukan kebajikan kerana enggan menyakitkan heti atau melanggar pantang larang masyarakat orang asli. Kita janganlah mudah berputus asa apabila gagal dalam kehidupan kerana peluang terbuka luas untuk kita terokai. Cthnya Cikgu Apek menyambung pengajiannya ke Maktab Perguruan walaupun dia pernah gagal dalam pengajiannya di universiti. 10. SUDUT PANDANGAN Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama untuk cerpen ini. Contohnya pengarang menggunakan kata ganti diri orang pertama iaitu aku yang merujuk kepada Farduhah. Pengarang hanya mengetahui perasaan watak aku tetapi tidak menyelami watak sampingan iaitu Cikgu Apek. 11. GAYA BAHASA :

73

ANAK GLOBAL Pengorangan dia guru yang diburu cemburu kerana fikrah anak-anak. dakwah islam terang-terang menjengah ke kampung ini. mata besar yang berkening lebat itu tunak memanah mataku yang ternyata amat sepet, aku diserbu malu. Metafora Gunung tekad menuntut pendakian penuh kesabaran. Pertanyaan itu sengaja kutimbulkan untuk mengubah mauduk perbualan Ujaran itu menempias gelora protesnya terhadap misiku di sini. Hiperbola Anak-anak disini masih rela berendam di sungai berjam-jam daripada disejukkan oleh pendidikan yang mengalir di tadika kata maaf meluncur dari bibir tebalnya Simile Definisi majlis kahwin pada mereka bagaikan pesta dan konsert Heikenapa pandang macam nak makan orang?

CONTOH SOALAN BAHAGIAN A. (Soalan struktur) 1. Kenapa masih ke sini? Salahkah berbakti kepada masyarakat kau? Masih tak serik? 74

ANAK GLOBAL Gadis, Kuala Lumpur kenal lintah ke?. Cis, mentang-mentanglah aku pernah menjerit ketakutan dipanjati dua ekor lintah di betisku.

a. Siapakah yang dimaksudkan sebagai kau dan aku di dalam petikan di atas?. Kau ialah_______________________________ Aku ialah _______________________________ b. Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan tersebut? _________________________________________________________________ c. Nyatakan dua latar berdasarkan petikan di atas. i. ii. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

2. Rambut keriting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa, dadanya bidang, otot-otot lengannya megah menimbul. Ciri-ciri fizikalnya itu cukup untuk menzahirkan begitu jugalah kesasaan azam lelaki ini. Tegasnya sukar dilibaskan. Dipetik daripada cerpen Cikgu Apek : hlm.132.

a.

Siapakah watak yang digambarkan dalam petikan di atas? ____________________________________________________________________

b. Berikan teknik cerita yang digunakan dalam petikan di atas. ____________________________________________________________________ 75

ANAK GLOBAL

c. Berikan dua perwatakan watak yang digambarkan dalam petikan di atas?. i. ii. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

BAHAGIAN B (Soalan Esei)

1. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, jawab soalan-soalan berikut :a. Jelaskan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini?. b. Huraikan lima pengajaran yang boleh didapati daripada cerpen ini?.

2. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, jawab soalan-soalan berikut :a. Huraikan tema dan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini? b. Jelaskan latar masyarakat dalam cerpen ini.

3. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, huraikan perwatakan a. Cikgu Apek b. Farduhah SKEMA JAWAPAN

76

ANAK GLOBAL BAHAGIAN A. (Soalan struktur) No 1 a. Kau ialah Cikgu Apek Aku ialah Farduhah c. Teknik dialog d. Latar Kuala Lumpur dan Kampung Tohor 2 a. Cikgu Apek yang merupakan guru tadika kampong Tohor b. Teknik cerita pemerian c. Perwatakan: Berbadan sasa Tegas Mempunyai azam yang tinggi Berambut keriting Badan yang berotot Jawapan

BAHAGIAN B (Soalan Esei) No 1 a. Nilai: Nilai keazaman yang tinggi Cthnya Farduhah mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di kampung Tohor walaupun mengitu jauh jaraknya dari Bandar. Ini terbukti kerana telah dua kali dia dan kumpulannya datang ke kampong tersebut. Nilai Kasih sayang Cthnya Faduhah menyayangi kanak-kanak. Dia meletakkan seorang kanakkanak perempuan orang asli di atas ribanya, mencium pipi anak tersebut dan menyikat rambut kusut masai kanak-kanak tersebut. Nilai Keinsafan - Cikgu Apek mula insaf dan ingin mencari kebenaran tentang agama Islam sedangkan sebelum ini beliau marah jika kanak-kanak tadika belajar atau menghafal Alif Ba Ta dari ABC yang diajarnya. Di akhir cerita dia memberitahu Faduhah bahawa dia ingin mencari kebenaran tentang Allah. Nilai Hormat menghormati Farduhah dan kumpulannya berhati-hati apabila berdakwah di kampung iaitu 77 Jawapan

ANAK GLOBAL dengan melakukan kebajikan supaya tidak menyakitkan hati orang kampung. b. Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai kejayaan kerana tanpa kegigihan kejayaan tidak akan berjaya. Contohnya Farduhah sanggup berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat orang asli walaupun jauh dari Bandar dan banyak pantang larang. Akhirnya dia telah Berjaya membuka hati cikgu Apek. Kita perlulah menghormati kepercayaan atau pantang larang orang lain.

Contohnya apabila Farduhah menjalankan dakwah dia kampung Tomoh dia dan rakannya melakukannya dengan berhati-hati dan melakukan kebajikan kerana enggan menyakitkan heti atau melanggar pantang larang masyarakat orang asli. Kita janganlah mudah berputus asa apabila gagal dalam kehidupan kerana peluang terbuka luas untuk kita terokai. Cthnya Cikgu Apek menyambung pengajiannya ke Maktab Perguruan walaupun dia pernah gagal dalam pengajiannya di universiti. 2 a. Tema dan Persoalan Cerpen ini bertemakan Kegigihan dan kecekalan (kesungguhan/keazaman) seorang seorang gadis dalam menyebarkan dakwah dan berbakti kepada masyarakat orang asli. Contohnya Faduhah sanggup datang ke kampung orang asli suku Temuan dan menziarahi 32 buah rumah untuk berdakwah