ANAK YANG TIDAK BERJASA.docx

4
ANAK YANG TIDAK MENGENANG JASA SELAMAKU BERNAFAS Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh Aku kan menjaga dirimu di dalam hidupku Selama bintang selalu ada di malam-malam Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu Begitulah lagu yang sepatutnya seorang anak dedikasikan kepada bapa yang berjasa kepada kita selama ini. Tetapi kawan-kawan... sayangnya, cerita saya pada kali ini bertajuk “Anak yang Tidak Berjasa”. Marilah kita dengarkan untuk dibuat teladan. Kawan-kawan, Nun... Di sebuah kampung, tinggal seorang petani yang miskin bernama Pak Hassan. Pak Hassan mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang bapa yang telah tua iaitu Tok Aki. Anak Pak Hassan berumur 6 tahun. Namanya Ali. Isteri Pak Hassan bernama Mak Limah. Dia menenun kain untuk menambah pendapatan keluarga mereka. Kehidupan mereka ibarat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beberapa tahun berlalu, Tok Aki menjadi semakin tua. Tok Aki selalu uzur dan semakin lemah. Jalannya terbongkok-bongkok, suaranya pula semakin parau kerana sakit tua. Pak Hassan menganggap bapanya menjadi beban kepada keluarganya.

Transcript of ANAK YANG TIDAK BERJASA.docx

ANAK YANG TIDAK MENGENANG JASASELAMAKU BERNAFASSelagi jantungku berdetak di dalam tubuhAku kan menjaga dirimu di dalam hidupkuSelama bintang selalu ada di malam-malamAku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu

Begitulah lagu yang sepatutnya seorang anak dedikasikan kepada bapa yang berjasa kepada kita selama ini. Tetapi kawan-kawan... sayangnya, cerita saya pada kali ini bertajuk Anak yang Tidak Berjasa. Marilah kita dengarkan untuk dibuat teladan.

Kawan-kawan,Nun... Di sebuah kampung, tinggal seorang petani yang miskin bernama Pak Hassan. Pak Hassan mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang bapa yang telah tua iaitu Tok Aki. Anak Pak Hassan berumur 6 tahun. Namanya Ali. Isteri Pak Hassan bernama Mak Limah. Dia menenun kain untuk menambah pendapatan keluarga mereka. Kehidupan mereka ibarat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Beberapa tahun berlalu, Tok Aki menjadi semakin tua. Tok Aki selalu uzur dan semakin lemah. Jalannya terbongkok-bongkok, suaranya pula semakin parau kerana sakit tua. Pak Hassan menganggap bapanya menjadi beban kepada keluarganya.Pada suatu malam, sebelum tidur,Pak Hassan berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalahnya itu. Tiba-tiba, Pak Hassan ,mendapat satu idea. Hmmm.... lebih baik aku menghantar bapaku jauh ke dalam hutan. Biarlah dia tinggal di situ. Tak payahlah lagi aku membelanya kata Pak Hassan dengan gembira. Kemudian, Pak Hassan terus tertidur dengan nyenyaknya.Keesokan harinya, Pak Hassan memberitahu keputusannya kepada Mak Limah. Bagaimana sekiranya jiran-jiran kita tahu bapa hilang? Tanya Mak Limah kepada Pak Hassan. Dia berasa amat bimbang dengan keputusan Pak Hassan.Beritahu saja mereka, bapa tinggal di sebuah tempat yang suci untuk menghabiskan sisa hidupnya. Jawab Pak Hassan.Pak Hassan dan Mak Limah tidak sedar perbualan mereka didengari oleh anak mereka, Ali.Ke manakah ayah nak bawa datuk, ibu? Tanya Ali kepada ibunya.Diam..!!! Jangan cuba mengambil tahu hal rang-orang tua. Kamu masih budak-budak lagi. Marah Mak Limah kepada anaknya, Ali. Ali pun tidak bertanya lagi.Pada petang esoknya, Pak Hassan pulang dengan membawa sebuah bakul yang besar. Menjelang senja, Pak Hassan mengendong Tok Aki lalu memasukkannya ke dalam bakul tersebut.Apa yang kamu nak lakukan, wahai anakku? Tanya Tok Aki dengan perasaan yang bimbang.Ke mana kamu nak bawa bapa, nak? Tanya Tok Aki lagi dengan suara yang sayu.Bapa, kami tak boleh menjaga bapa lagi. Saya hendak membawa bapa ke tempat yang selamat jawab Pak Hassan berbohong. Pak Hassan terus mengangkat bakul tersebut ke belakangnya. Di sana bapa akan dijaga dengan baik sambung Pak Hassan lagi.Pak Hassan memikul bakul itu dan berjalan dengan langkah yang berat. Dia sangat sedih kerana terpaksa membuang bapa daripada keluarganya.Pada masa yang sama, Ali melihat peristiwa itu. Dia berasa keliru melihat kejadian tersebut. Dia tidak memahami akan peristiwa yang berlaku selama ini.Sebelum Pak Hassan hilang daripada pandangan, Ali menjerit kepada ayahnya, Ayah, jangan lupa bawa pulang bakul itu nanti !Mendengarkan laungan anaknya, Pak Hassan menjadi hairan. Dia berhenti tiba-tiba lalu berpaling ke arah anaknya.Mengapakah ayah perlu membawa balik bakul ini, anakku? Tanya Pak Hassan kepada AliAli berlari ke arah ayahnya . Dia termengah-mengah sambil berkata Ayah, apabila ayah sudah tua nanti, saya akan gunakan bakul ini untuk membawa ayah pula. Kata Ali.Kaki Pak Hassan menggigil hingga dia tidak boleh berjalan lagi. Tanpa disedari, Pak Hassan menangis tersedu-sedu. Huhuhu......... Pak Hassan memeluk dan meminta maaf kepada bapanya. Dia berjanji akan memelihara Tok Aki hingga akhir hayatnya. Sejak hari itu, hidup mereka lebih bahagia dan rezeki mereka juga melimpah ruah.Kawan-kawan, Hargailah bapa kita kerana merekalah yang membesarkan kita sehingga kita menjadi orang yang berguna. Berbaktilah kepada ibu bapa kita apabila mereka telah tua seperti mana mereka memelihara kita semasa kecil. Sesungguhnya keberkatan hidup kita bergantung kepada redanya ibu bapa kita. Sayangilah ibu dan bapa kita selagi mereka bernyawa....

Anak itik, ayam selasih,Sekian, terima kasih.