Analisa Kajian (Ctu)

40
1 PENGHARGAAN Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya tugasan CTU 101 dapat kami sempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Setinggi tinggi penghargaan kami kalungkan buat Ustazah Ain Husna, pensyarah CTU 101 yang telah menyerahkan tugasan ini kepada kami di samping memberi penerangan, contoh contoh serta menjadi rujukan kepada kami dalam menyelesaikan tugasan ini, Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kami kepada residen-residen Kesinai 1 yang memainkan peranan sebagai responden dan memberikan komitmen yang tinggi justeru, membolehkan urusan pengumpulan data berjalan lancer. Lebih membanggakan lagi, soalan kaji selidik kami telah dijawab 100% tanpa meninggalkan ruang kosong. Penghargaan kami turut dititipkan buat Perpustakaan dato haji… yang telah menjadi sumber rujukan utama dalam memndapatkan maklumat, mengumpul hadis serta panduan menganalisa kajian. Buku buku ilmiah yang padat dengan

description

kajian tentang solat

Transcript of Analisa Kajian (Ctu)

Page 1: Analisa Kajian (Ctu)

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya tugasan CTU 101 dapat kami

sempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Setinggi tinggi penghargaan kami

kalungkan buat Ustazah Ain Husna, pensyarah CTU 101 yang telah menyerahkan tugasan

ini kepada kami di samping memberi penerangan, contoh contoh serta menjadi rujukan

kepada kami dalam menyelesaikan tugasan ini,

Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kami kepada residen-residen Kesinai 1 yang

memainkan peranan sebagai responden dan memberikan komitmen yang tinggi justeru,

membolehkan urusan pengumpulan data berjalan lancer. Lebih membanggakan lagi,

soalan kaji selidik kami telah dijawab 100% tanpa meninggalkan ruang kosong.

Penghargaan kami turut dititipkan buat Perpustakaan dato haji… yang telah menjadi

sumber rujukan utama dalam memndapatkan maklumat, mengumpul hadis serta panduan

menganalisa kajian. Buku buku ilmiah yang padat dengan maklumat efektif telahpun

kami gunakan sebagai rujukan dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali tidak tergambar ucapan terima kasih buat ahli ahli kumpulan yang telah

bersama sama bertungkus-lumus, berkorban masa dan tenaga serta memberikan sepenuh

komitmen dalam usaha merealisasikan tugasan ini.

Page 2: Analisa Kajian (Ctu)

2

PENDAHULUAN

Solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah S.W.T.,

membuktikan ketaatan, kepatuhan serta sentiasa mengingatiNya. Solat juga mendidik

jiwa seseorang memahami hakikat ketaqwaan , ketenangan, kesabaran, tawakkal, jihad

dan Allah S.W.T. sajalah tempat bergantung dalam segala urusan kehidupan. Solat adalah

amalan yang asal dalam agama.

Solat merupakan rukun Islam kedua wajib ditunaikan setelah mengucap 2 kalimah

syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu

peristiwa besar di dalam Islam yang dilaluioleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa

Israk dan Mikraj.

Solat mestilah mestilah dilaksanakan dengan segera mengikut waktu-waktu yang telah

ditentukan oleh Allah SWT. Ibadah solat mempunyai kepentingannya dan berkait rapat

dengan kehidupan manusia.

Antara kepentingan solat dalam kehidupan seharian adalah dapat mempengaruhi

kehidupan seharian kita dengan dapat membina keperibadian dan akhlak yang mulia.

Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan mengalami

perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik. Dengan solat juga

dapat belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut

Page 3: Analisa Kajian (Ctu)

3

Selain itu,dapat menjaga pelakunya daraipada melakukan perkara yang mungkar dan dosa

serta mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan dengan sempurna dan khusyuk, ia

akan dapat mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah.

Di samping itu, solat juga menjadi jalan keluar bagi orang yang berimanapabila

menghadapi sebarang kesulitan atau kesusahan. Dengan solat, jiwa orang yang beriman

akan menjadi tenang dan tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan

cubaan dengan tabah.

Selain itu, solat adalah sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang dapat permudah

rezeki kita.

Melalaikan ibadah solat atau meninggalkan bererti kita telah merendah-rendahkan hak

Allah SWT. Antara akibat melalaikan dan meninggalakan solat ialah dianggap sebagai

kufur dan juga munafik. Selain itu, tergolong dalam golongan yang dimusuhi oleh

Rasulullah SAW sehinggalah mereka mendirikan solat. Seterusnya, hati akan menjadi

gelap dan tidak mendapat nur hidayah daripada Allah SAW. Di samping itu, harta benda

dari hasil usaha mereka tidak mendapat berkat, bahkan menjadi punca kecelakaan.

Antara 5 sebab menga kita perlu bersolat ialah, solat merupakan peluang kita berinteraksi

dengan Allah. Selain itu, solat merupakan peluang menggandakan pahala dan

penghapusan dosa. Di samping itu, solat juga dapat membentuk mukmin yang kuat dan

sihat. Seterusnya, soalt juga dapat membentuk kemantapan rohani dalam diri. Selain itu,

Page 4: Analisa Kajian (Ctu)

4

solat juga memberi keupayaan mental dan kekuatan dalaman yang tinggi.

Page 5: Analisa Kajian (Ctu)

5

HASIL KAJIAN 1 : PENGHAYATAN SOLAT

" الصابرين مع الله ان والصالة بالصبر "واستعينوا

(Dan mintalah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah

bersama orang yang sabar)

Mengapa ibadah solat kita selama berpuluh-puluh tahun tidak memberi kesan apa-apa

dalam kehidupan? Iaitu tidak mampu membina peribadi dan masyarakat yang agung yg

berakhlak, bersih, berdisiplin, sabar, jujur, amanah, adil, tawaduk, pemaaf, damai,

makmur dan mendapat keampunan Allah?

Jawapan yang sungguh mudah. Ya, kerana tiada penghayatan dalam ibadah solat yang

menjadi tiang kepada agama dalam diri seseorang. Kita diberi ilmu tentang ibadah, baik

dari ibadah fardhu mahupun yang sunat tapi hanya terbatas yang bersangkut paut denagn

hukum-hakam tentang syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya sahaja. Tidak lebih dari itu,

bab penghayatan tidak pernah diajarkan. Kefahaman dan penghayatan tidak pernbah

diajarkan.

Page 6: Analisa Kajian (Ctu)

6

Kalau begitu keadaannya bagaimana boleh ibadah itu dapat dihayati dan berkesan dalam

hati.

Kalau ibadah penting seperti solat yang menjadi tiang agama dan ibu segala ibadah pun

hanya diajarkan syarat, rukun,sah dan batalnya sahaja. Tetapi ilmu falsafah, kefahaman

dan penghayatannya tidak diajarkan, maka rugilah kita.

Page 7: Analisa Kajian (Ctu)

7

HASIL ANALISIS DARI RESPONDEN

Setelah ditanyakan kepada responden, “ adakah penghayatan solat berlaku dalam

keluarga anda?” dan “pernahkah anda meninggalkan solat dengan sengaja?” , analisis

yang diperolehi adalah seperti yang berikut:

Berdasarkan carta pai yang tertera, sangat memuaskan kerana 9/10 daripada kalangan

responden mengamalkan penghayatan dalam solat. Walaubagaimanapun agak

mengecewakan apabila separuh daripada jumlah responden iaitu 5/10 pernah

meninggalkan solat dengan sengaja. Hal ini diyakini disebabkan oleh responden tidak

memahami hukum orang-orang yang meninggalkan solat.

Page 8: Analisa Kajian (Ctu)

8

KESAN DARIPADA PENGHAYATAN SOLAT

Jika solat itu dilakukan dengan ilmu kefahaman dan penghayatan, macam ubat yang ada

di situ. Tetapi, oleh kerana tidak faham dan tiada penghayatan, hanya ada ilmu maka solat

yang dilakukan tidak terasa ada penawar kepada kesesakan kehidupan.

Solat juga adalah ubat kepada penyakit malas. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kenalah

menjadi rajin. Semestinya rajin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, maka solat adalah

pemangkinnya.

Tanpa kita sedari, setiap kali menunaikan solat, kita berjanji kepada Allah. Allah Maha

Besar, Allah Maha suci dari segala penyerapan sama ada zat, sifat dan perbuatan. Bahkan

kita berjanji lahi, Allah lah Pentadbir dunia dan akhirat. Kita berikrar lagi, hati atau roh

kita hanya dihadap kepadaNya. Akhirnya, kita dapat merasakan hati ini bertuhan. Bahkan

kita berjanji lagi bahawa solat itu semua ibadahku , semua hidup matiku kerana Allah

semata-mata. Bukan kerana orang, adat dan malu. Ibadahku, solatku dipisahkan, walhal

solatlah solat pun ibadah.

Jadi solat boleh menjadi ubat. Daripada malas kepada rajin, sifat rajin adalah sifat

mahmudah yang sangat disuruh kepada manusia. Sebab dalam Islam, ada dakwah kepada

orang, ziarah-menziarahi, tolong-menolong. Jadi jika kita banyak berhubung dengan

Allah maka banyak jugalah kita berhubung dengan orang.

Page 9: Analisa Kajian (Ctu)

9

PUNCA TIADA PENGHAYATAN SOLAT

Kadangkala kita sukar untuk menghayati solat kerana:

Tidak memahami makna, hikmah, keutamaan, bacaan dalam solat, serta syarat dan rukun

solat, maka jadilah “sukaara” solat mabuk, solat tanpa rasa, tanpa pemahaman, tanpa

penghayatan , tanpa keyakinan, hampa, dan lebih teruk menjadi seperti robot yang tiada

roh. Dan terbitlah “alkusaala” iaitu malas malah rasa terbeban, rasa terburu-buru kerana

ingin cepat menghabiskan solat.

Jadi, tidak seharusnya kita menjadi seperti yang kita lihat pada orang yang mabuk,

mereka berkata-kata dan melakukan sesuatu tetapi tidak sedar dengan apa yang

diperkatakan dan dilakukan, dan kita melihat orang menunaikan solat, bertakbir

nmembaca kalam Allah, rukuk, sujud, tahiyyat dan salam, tetapi tidak sedar bahawa

dirinya sedang berdiri, rukuk, sujud menghadap pencipta langit dan bumi, tidak

menyedari bahawa dia sedang berdialog dengan pencipta dirinya, yang maha menentukan

segala-galanya.

Page 10: Analisa Kajian (Ctu)

10

PUNCA-PUNCA MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA

Seperti yang diketahui, solat adalah tiang agama, seperti kita ingin membina rumah,jika

tiada tiang manakan jadi sebuah rumah yang kukuh, samalah seperti diri kita yang

memerlukan tiang supaya perkara yang lain seperti akhlak dan akidah dapat

dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun, masih lagi ramai orang yang berada di luar sana mengabaiakn

tanggungjawab mereka dalam menunaikan solat. Mereka meninggalkan solat dengan

sengaja dan tidak merasa apa-apa keresahan. Hal ini disebabkan, kurang pengetahuan

berkenaan hukum meninggalkan solat dengan sengaja. Mungkin juga boleh dikatakan

mereka kurang meyakini dan masih meragui tentang kedatangan hari kiamat yang amat

dahsyat sehingga sememangnya tidak dapat dibayangkan oleh pemikiran manusia. Selain

itu, mungkin juga kerana mereka tidak mendapat pendidikan oleh keluarga iaitu orang

yang terdekat yang sepatutunya bertanggungjawab mengajarkan ahli keluarga yang lain

berkenaan solat. Selain itu, alasan paling mudah yang boleh dikemukakan adalah kerana

letih setelah seharian bekerja ataupun ke sekolah.

Page 11: Analisa Kajian (Ctu)

11

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA

Seperti yang telah diketahui oleh sluruh umat Islam bahawa solat adalah fardhu ke atas

semua muslim yang mukallaf. Tiada sebarang kelonggaran pun bagi kita meninggalkan

solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Dan sesungguhnya Allah telah melengkapkan

petunjuk dan hukuman berkaitan orang yang tidak menunaikan kewajipan ini.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Antara seorang islam dan antara kekafiran, ialah

meninggalkan solat.” (Riwayat Ahmad dan Muslim dari Jabir)

Maka dapat disimpulkan di sini, seseorang yang meninggalkan solat pada suatu waktu

kerana kemalasan atau mengerjakan kemaksiatan kerana kejahilan dengan merasa

penyesalan dan kekecewaan dihati serta ingin bertaubat maka tiada halnya itu

mengeluarkan dirinya dari agama walaupun berulang kali. Selain itu, seorang yang terus

menerus meninggalakn solat dengan tidak merasa apa-apa keberatan, tidak merasa

penyesalan dan tidak merasa kekecewaan serta tidak merasa perlu bertaubat, maka orang

itu dipandang dan dihukum kafir. Kerana , meninggalakn solat seperti ini menunjukkan

ketiadaan iman.

CARA MENGATASI MASALAH MENIGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA

Pertama, niatkan pada diri kita untuk tidak lagi meninggalkan solat 5 waktu dan berusaha

dengan sunggah-sungguh melawan rasa mala situ kerana rasa malas yang timbul

Page 12: Analisa Kajian (Ctu)

12

merupakan godaan dari syaitan laknatullah’alaih. Selain it, beristigfar sebanyak-

banyaknya, khususnya untuk perbuatan meninggalkan solat 5 waktu yang dulu. Di

samping itu, berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai cara, baik dengan

membaca Alquran , mengerjakan solat-solat sunat dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Usahakan pengamalan pendekatan diri kepada Allah dilakukan secara istiqamah dan tidak

terputus.

Page 13: Analisa Kajian (Ctu)

13

HASIL ANALISA KAJIAN - 2 (KEFAHAMAN SOLAT)

SOALAN 9 - SOALAN 10

Kajian tentang solat telah dijalankan dalam kalangan pelajar perempuan di UiTM

Arau,Perlis dan di Kolej Kediaman Pelajar, Kesinai 1. Kebanyakan yang menjawab

soalan soal selidik ini ialah pelajar Diploma Sains dan diploma Sains Komputer. Seramai

40 orang pelajar yang menjawab soalan ini. Lingkungan umur pelajar yang menjawab

soalan ini adalah di antara 18 sehingga 19 tahun.

Soalan kesembilan ini merujuk kepada kefahaman individu dalam pembacaan doa

qunut semasa solat Subuh. Peratusan pelajar yang memahami akan cara dan penyelesaian

masalah ini adalah 90% iaitu 36 pelajar manakala 10% lagi kurang kefahaman dalam

permasalahan ini. Kebanyakan pelajar menyangka bahawa doa qunut adalah wajib dibaca

di dalam solat sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Hal ini adalah kerana,

bacaan doa qunut merupakan sunat ab’adh dan tidak berada di dalam rukun solat.

Sekirannya individu itu tidak membaca doa qunut semasa solat subuh, solat Subuh

itu tetap sah walaupun sujud sahwi tidak dilakukan.Akan tetapi, menurut mazhab Syafi’i,

solat subuh itu kurang fadhilat. Dari segi pendapat ulama, ada perbezaan pendapat dalam

masalah doa qunut. Hal ini demikian kerana, menurut mazhab Hanafi dan mazhab

Hanbali, doa qunut hanya di dalam solat witir, bukan di dalam solat subuh manakala

menurut mazhab maliki, doa qunut adalah semasa solat subuh.Di malaysia, kebanyakan

umat Islam mengikut kefahaman mazhab Syafi’i.

Page 14: Analisa Kajian (Ctu)

14

Menurut mazhab Syafi’i, membaca doa qunut pada sembahyang Subuh adalah sunat

setelah bangun daripada rukuk yang kedua, dan sunat juga pada setiap solat fardu jika ada

sebab yang memerlukan, umpamanya ada bala atau bencana yang turun, qunut itu

dinamakan qunut nazilah dan ia dibaca selepas rukuk rakaat yang terakhir. Mengenai

qunut nazilah, nabi muhammad s.a.w. Juga pernah berqunut kerana sesuatu bala atau

malapetaka yang turun. Sebagai tamsilan, Nabi muhammad s.a.w. Berqunut selama lima

belas hari untuk mendoakan supaya Allah menurunkan balasan terhadap kaum

membunuh sahabat-sahabat yang diutus untuk mengajar Al-Quran.

Tambahan pula, lafaz doa qunut yang sering dibaca itu adalah daripada Nabi

Muhammad S.A.W. Yang mengajar cucunya Saiyidina Hassan bin Ali R.A. Hikmah

membaca doa qunut tentulah besar jikalau diperhatikan isi doanya yang nyata sekali

menyeluruh tentang permohonan individu umat islam kepada Allah setiap hari. Isi doa

qunut terkandung akan permintaan hidayah daripada Allah,permintaan afiat iaitu

keselamatan daripada bahaya, permintaan pengawalan dalam urusan pentadbiran serta

memimpin dan permintaan keberkatan atas segala kurniaan Allah kepada individu setiap

hari. Doa qunut juga terdapat puji-pujian kepada Allah dan penyudahannya selawat ke

atas Nabi, keluarga dan sahabatnya.

Oleh itu, sentiasa mengamalkan serta memahami bacaan doa qunut dan fahamilah

bahawa doa qunut adalah sunat dibaca dan tidak wajib di dalam solat subuh.

Page 15: Analisa Kajian (Ctu)

15

Soalan 10 adalah mengenai kefahaman individu akan qada solat. Peratusan pelajar

yang memahami akan qada solat ialah 75% iaitu sebanyak 30 orang manakala pelajar

yang kurang ilmu tentang qada solat adalah sebanyak 10 orang iaitu 25%.

Solat lima waktu adalah wajib bagi semua umat islam untuk melaksanakannya

bahkan ia mesti ditunaikan pada waktu - waktu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Individu - individu yang tidak menjaga waktu solat adalah berdosa besar dan termasuk

dalam golongan orang yang saahuun atau lalai daripada solat. Tambahan lagi, tiada

sebarang keuzuran bagi individu untuk mengqadakan solat melainkan jika terlupa atau

tertidur ,sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W :

‘’Barangsiapa yang tertidur sehingga luput waktu solat atau ia terlupa akan solat

maka hendaklah dia solat apabila dia teringat atau di waktunya pada esok harinya.’’

Jika individu itu terlupa mahupun tertidur tidak berdosa ke atasnya utuk

mengqadakan solat. Sungguhpun itu, jika ada individu yang meniniggalkannya dengan

sengaja adalah berdosa dan individu itu tetap wajib qada dan qada itu tidak

melepaskannya daripada dosa. Jika individu itu tidak mengqadakannya maka individu itu

mendapat dua dosa, yang pertama adalah dosa mengeluarkan solat itu daripada waktunya

dan yang kedua adalah dosa tidak melaksanakannya langsung.

Melalui pendapat Imam Abu Hanifah,Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad,

kewajiapan mengqadakan solat adalah besar sehingga ada ulama lain yang berpendapat

Page 16: Analisa Kajian (Ctu)

16

bahawa tidak harus melakukan solat sunat selagi belum selesai diqadakan solat. Menurut

mazhab Syafi’i juga, qada solat wajib dilaksanakan dengan segera. Individu sewajarnya

tidak melengahkan qada solat melainkan pada perkara - perkara yang tidak dapat

dielakkan.

Oleh itu, individu - individu kini sewajarnya lebih mudah untuk menunaikan solat

kerana disebabkan terciptanya pelbagai teknologi canggih seperti telefon pintar, tablet

dan sebagainya. Individu sewajarnya menetapkan penggera untuk waktu- waktu solat

agar tidak leka dengai keduniaan semata. Maka, manfaatkanlah teknologi-teknologi yang

telah dicipta ke jalan yang benar dan sentiasa patuh dan akur dengan perintah Allah

S.W.T. Individu juga sewajarnya tidur awal unutk mengelakkan daripada tidak terjaga

semasa waktu solat terutama sekali waktu subuh.

Solat adalah tiang agama. Bersama - samalah menjaga keidahan solat demi untuk

mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Page 17: Analisa Kajian (Ctu)

17

HASIL KAJIAN 3 - PENJAGAAN SOLAT

Penjagaan solat amat dituntut oleh Islam. Kajian penjagaan solat merangkumi soalan

mengenai adakah pelajar solat di awal waktu dan pada umur berapakah mereka mula

menjaga solat lima waktu .Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan kepada 40 orang

residen Kolej Kesinai 1,UITM,Arau,15% pelajar telah menunaikan solat mereka di awal

waktu.Manakala 85% mengerjakan solat pada hujung waktu.Disini,dapat ditakrifkan

bahawa pelajar tidak mengambil berat akan penjagaan solat pada awal waktu.Mereka

masih tidak mempunyai kesedaran tentang tuntutan untuk solat di awal waktu.Selain itu,

mengerjakan solat di awal waktu banyak hikmahnya.Seperti mendapat keampunan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,”solat pada awal waktu,dari awalnya

mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah,”(Riwayat

Tarmizi).Hadis ini sudah menjelaskan bahawa solat di awal waktu amat dituntut oleh

islam.

Oleh itu,saya menyarankan agar pihak universiti dan pihak kolej dapat menganjurkan

ceramah tentang penjagaan solat di awal waktu.Hal ini supaya,pelajar mendapat

kesedaran dan mempraktikkannya.

Page 18: Analisa Kajian (Ctu)

18

Selain itu,kajian juga dibuat mengenai pada umur berapa pelajar mula menjaga solat

fardhu.Hasil kajian yang saya perolehi seperti carta pai dibawah:

Seperti yang dapat dilihat melalui carta pai,dapat ditakrifka bahawa kebanyakan pelajar

mula menjaga solat ialah pada umur mereka antara 11 hingga 15 tahun.Dapat

dikonklusikan mereka mula menjaga solat mereka setelah mereka didatangi haid.Seperti

kita ketahui pada antara umur 11-15 tahun,pelajar mula baligh.Oleh itu,mereka mula

mendapat kesedaran untuk mula menjaga solat lima waktu mereka kerana mereka sudah

mula menanggung dosa mereka dan sudah dewasa.Sedikit sahaja pelajar yang mendapat

kesedaran untuk mula menjaga solat mereka sebelum mereka mula baligh.Hal ini

berkemungkinan,hasil didikan penuh ibu bapa yang mengambil berat akan solat anak

mereka.Mereka telah diberi pendedahan awal tentang hal ini.

Page 19: Analisa Kajian (Ctu)

19

Seperti mana dalam hadis Nabi, diriwayatkan daripada Amr bin Syua’ib daripada

datuknya r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:perintahkanlah anak anak kamu supaya mendirikan solat

ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang pada umur

10 tahun.

Hadis ini menerangkan, ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk anak anak untuk

mula menjaga solat mereka.Mereka perlu mendidik anak mereka untuk solat pada umur

seawall tujuh tahun serta mula mendenda mereka sekiranya mereka meninggalkan solat

pada umur sepuluh tahun.Terdapat juga sebilangan pelajar yang mula menjaga solat

mereka pada antara umur 16-20 tahun.Hal ini mungkin kerana mereka lewat mendapat

seruan untuk menjaga solat mereka.Tidak mustahil hal ini berlaku kerana tidak didikan

dari awal untuk menjaga solat daripada ibu bapa.

Kesimpulan dari hasil kajian bagi penjagaan solat ialah,pelajar masih kurang didikan

dalam kepentingan menjaga solat di awal waktu.Pelajar juga mula menjaga solat setelah

mereka mula baligh.Namun,hasil kajian ini masih membanggakan kerana walaupun

pelajar masih kurang didikan dalam penjagaan solat awal waktu.Mereka masih

menunaikan solat kerana solat merupakan tiang agama.

Page 20: Analisa Kajian (Ctu)

20

HASIL KAJIAN 4 - KHUSYUK DALAM SOLAT

Khusyuk dalam solat merupakan perkara yang mampu memberikan kebaikan bagi orang

yang menyempurnakanNya. Allah s.w.t menggelar mereka sebagai orang mukmin yang

berjaya.

‘’ Sesungguhnya, berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam

solatnya ‘’

(surah al mukminun ayat 1-2)

Khusyuk bermaksud tunduk atau merendah diri. Manakala khusyuk dalam solat

bermaksud tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan fikiran , menenangkan

hati, dan anggota ketika solat semata mata kerana Allah S.W.T.

Setelah di tanya kepada responder, ‘’ adakah anda solat dengan khusyuk’’ , analisa yang

diperoleh adalah seperti carta berikut

Berdasarkan rajah agak mengecewakan peratusan responder yang tidak khusyuk dalam

solat adalah lebih ramai. Antara perkara yang diyakini menghalang khusyuk solat adalah,

Tidak memahami ayat yang dibaca

Memikirkan tentang hal dunia

Mata tidak memandang tempat sujud

Solat secara tergesa gesa

Page 21: Analisa Kajian (Ctu)

21

Imam Al Ghazali telahpun merumuskan beberapa langkah untuk menghadirkan khusyuk

dalam solat. Pertama , Hudhur al-Qalbi iaitu menghadirkan hati ketika solat dengan

membuang dari hati perkara yang melalaikan . Kedua, at-Tafahhum, iaitu berusaha

memahami segala ucapan yang dilakukan dalam solat. Ketiga, at-Ta’dziem iaitu merasai

kebesaran Allah dengan merasai diri terlalu kerdil dihadapan Allah. Keempat, al-Haibah,

iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya. Kelima, ar-Raja iaitu

sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat diterima dan yang

keenam , al-Haya’ iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan

kecacatan yang terdapat dalam solat.

Page 22: Analisa Kajian (Ctu)

22

Seterusnya, untuk mengupas skop khusyuk dalam solat dengan lebih luas, Soalan yang di

ajukan kepada responder ialah ‘’ adakah anda memahami bacaan dalam solat?’’ analisa

yang diperoleh adalah seperti berikut

Hasil yang diperoleh amat mendukacitakan apabila sebahagian besar daripada

responder tidak memahami bacaan dalam solat. Memandangkan kewajiban solat yang

begitu besar dan penting dalam Islam maka ibadah tersebut haruslah dilakukan dengan

cermat dan teliti. Allah mencemuh mereka yang solat dalam keadaan lalai iaitu mereka

yang membaca tanpa memahami maksud ayat . Sesungguhnya , kriteria untuk

memahami bacaan dalam solat amatlah penting dalam menghadirkan khusyuk ketika

solat. Menurut pandangan Ustaz Abdul Aziz Al khuly, yag memandang kuat penetapan

imam Al Ghazali , iaitumasalah wajib khusyuk dalam solat tidak patut diperselisihkan.

Apalah harga solat yang tidak ada khusyuk didalamnya itu. Oleh itu wajarlah kita insafi.

‘’Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama dan

berdirilah untuk Alah dengan khusyuk’’

(Al-Baqarah, ayat 236)

Page 23: Analisa Kajian (Ctu)

23

Berdasarkan pandangan kuat ulamak serta ayat al Quran, dapatlah disimpulkan bahawa

khusyuk dalam solat amatlah penting dan memberi banyak hikmah kepada individu

termasuklah:

Solat diterima Allah

Meningkatkan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

Membentuk diri dengan disiplin dan sahsiah mulia

Setiap amalan dalam kehidupan seharian mendapat berkat Allah

Mengajar individu untuk fokus dalam melakukan sesuatu perkara

Page 24: Analisa Kajian (Ctu)

24

HASIL KAJIAN 5 - SOLAT SUNAT RAWATIB

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib’ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu,

solat sunat rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat

fardhu lima waktu. Solat sunat rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah(sebelum)

dan solat sunat Ba’diyyah(selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat

wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang

kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Rasulullah SAW bersabda

‘’ Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zuhur sebanyak 4

rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka’’

(H.R Tirmizi & Abu Daud).

Setelah ditanya kepada responder ‘’adakah anda sering melakukan solat sunat rawatib?’’

jawapan yang diterima adalah seperti berikut

Berdasarkan rajah, majoriti responder tidak melakukan solat sunat rawatib Hanya

sebanyak 22% sahaja pelajar yang melakukan solat ini. Hal ini amat mengecewakan

memandangkan solat sunat rawatib merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sangat

dianjurkan untuk menunaikannya. Pada pendapat saya, pelajar harus sedar tentang

Page 25: Analisa Kajian (Ctu)

25

kepentingan melakukan ibadah sampingan. Permikiran pelajar tentang “buat yang wajib

sahaja haruslah di buang. Oleh itu sebagai hamba Allah kita perlulah rajin melakukan

ibadah sunat bagi menampung kekurangan serta kecacatan ibadah wajib kita.

Page 26: Analisa Kajian (Ctu)

26

HASIL KAJIAN 6- SOLAT DAN JIWA

Tidak dapat dinafikan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman

kepada individu yang melaksanakannya Keadaan yang tenteram dan jiwa yang tenang

dihasilkan melalui solat mempunyai kesan yang penting dalam meredakan ketegangan

saraf kerana pelbagai tekanan kehidupan harian

Apabila ditanya kepada responder, ‘’adakah anda merasa tenang jika meninggalkan

solat?’’ jawapan yang diterima adalah seperti berikut.

Alhamdulilah, respons yang diterima adalah sangat positif dimana memperlihatkan tanda

tanda wujudnya kesedaran tentang islam dalam diri responder. Peratusan responder yang

berasa tidak tenang sekiranya meninggalkan solat adalah majoriti. Pada komen saya, hal

ini berlaku kerana timbulnya perasaan takut kepada Allah sehinggakan berasa tidak

tenang sekiranya ,melanngar perintah Allah. Hati yang menngingati Allah akan mendapat

ketenangan sepertimana firman Allah SWT mafhumnya ‘

’Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang’’

(surah al Ra’d)

Page 27: Analisa Kajian (Ctu)

27

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan,hasil kajian yang telah kami buat majoriti pelajar residen kolej

Kesinai 1,UITM,Arau melaksanakan solat.Hal ini dapat dikonklusikan bahawa pelajar

masih sedar akan tuntutan solat.Namun begitu,masih ada segelintir pelajar yang masih

lalai dan alpa akan tuntutan yang patut mereka laksanakan iaitu solat.Hal ini mungkin

kerana,tiada atau kurangnya didkan awal dari ibu bapa yang mendidik anak anak mereka

untuk solat lima waktu sehari semalam.Selain itu,pengaruh rakan sebaya,media sosial dan

sebagainya merupakan antara faktor pelajar meninggalkan solat.Pelajar seharusnya

pandai memilih rakan yang mengajak melakukan tuntutan Allah dan dapat membimbing

pelajar sekiranya pelajar kurang faham..Selain itu,pada zaman modenisasi ini, media

sosial merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi pelajar meninggalkan solat.Mereka

terlalu ralit akan gajet mereka sehingga mereka terlupa atau lewat meninggalkan

solat.Sebagai contoh,pelajar terlalu ralit bermain Facebook sehingga melewat-lewatkan

solat sehingga solat di hujung waktu.Lebih-lebih lagi ibu bapa tiada bersama untuk

memerhatikan pelajar.Oleh yang demikian,pelajar perlu sedar akan kepentingan solat

kerana solat merupakan amalan pertama yang ditanya di dalam kubur.Solat juga

membentuk peribadi kita sama ada baik atau sebaliknya.Wallahualam.

Page 28: Analisa Kajian (Ctu)

28

RUJUKAN

www.halemamir.blogspot.com

www.abahaf.blogspot.com

www.alkuliyahtv3.blogspot.com

www.ingatakupadamu.blogspot.com

www..academia.edu//664332/_kefahaman_dan_perlaksannan_solat

www.halemamir.blogspot.com

www.bahaf.blogspot.com

Mohd Gunawan Che Abd Aziz,(2003),Solat Kejayaan Hakiki, Kuala Lumpur,

Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Syed Abdullah Ahma Al Jufri, (2001),Anda bertanya saya menjawab,

Singapura,Pustaka Nasional.Pte.Ltd..