Analisa Rasuah
-
Upload
hafizhusain -
Category
Documents
-
view
18 -
download
0
Transcript of Analisa Rasuah
Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah
Menurut Moh. Samsudin, 2008 menyatakan bahawa banyak kajian yang dijalankan dan terbukti bahawa kesan dan kos
yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah, antaranya adalah:
2.1.1 Peningkatan harga
Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan
ini telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Comminision di mana
beliau menyatakan bahawa, “Corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt-servicing cost in
the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary
technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of corruption. Than on
manpower, which would be more useful for development.
2.1.2 Pengaliran Keluar Modal
Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan.
Keadaan ini mengakibatkan banyak wang mengalir keluar. P.E. Pederson dalam artikelnya yang bertajuk “The Search
for The Smoking Gun”. (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa sehingga USD30 bilion bantuan yang diberikan kepada
Afrika berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu dalam Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan.
2.1.3 Mempengaruhi Dasar Pembangunan
Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi
pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan rakyat dan keperluan masyarakat.
2.1.4 Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan KDNK. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF
mendapati bahawa “rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa
mengira keadaan red tape yang dihadapi”. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard
deviation) pembaikan dalam “indeks rasuah” akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9% KDNK.