Analisis Ayat

7
Y, APRIL 24, 2011 Analisis Ayat.. Soalan 1 : Pada minggu depan, kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang separa pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi 1 subjek dan 1 prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada Kampung kami manakala prediketnya pula adalah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan.Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada Kata nama kampung dan kata ganti nama diri pertama iaitu kami yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama kampung . Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada kata bantu akan , kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu dikunjungi dan pelaku diri ketiga pemimpin parti serta kata penentu tersebut . Pemimpin adalah merupakan kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin. Dalam frasa kerja sebagai predikat pula terdapat frasa sendi nama pada minggu depan yang berfungsi sebagai keterangan waktu kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama pada minggu depan terdapat kata sendi nama pada , kata nama minggu , dan kata nama arah depan yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama minggu . Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan . Soalan 2 : Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada Hasil padinya manakala prediket ayatnya pula adalah berguni-guni di dalam kepuk itu Pola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama hasil dan kata padi ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama hasil serta kata ganti nama diri ketiga -nya yang dirapatkan dengan kata padi kerana unsur klitik.

description

analisis pola ayat

Transcript of Analisis Ayat

Y, APRIL 24, 2011

Analisis Ayat..

Soalan 1 : Pada minggu depan, kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Analisis :Ayat ini ialah ayat pasif songsang separa pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi 1 subjek dan 1 prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada Kampung kami manakala prediketnya pula adalah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan.Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada Kata nama kampung dan kata ganti nama diri pertama iaitu kami yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama kampung. Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu dikunjungi dan pelaku diri ketiga pemimpin parti serta kata penentu tersebut. Pemimpin adalah merupakan kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin.Dalam frasa kerja sebagai predikat pula terdapat frasa sendi nama pada minggu depan yang berfungsi sebagai keterangan waktu kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama pada minggu depan terdapat kata sendi nama pada, kata nama minggu, dan kata nama arah depan yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama minggu.Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan.Soalan 2 : Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.Analisis :Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada Hasil padinya manakala prediket ayatnya pula adalah berguni-guni di dalam kepuk ituPola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama hasil dan kata padi ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama hasil serta kata ganti nama diri ketiga -nya yang dirapatkan dengan kata padi kerana unsur klitik.Frasa kerja sebagai prediket pula adalah terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif yang dibentuk oleh kata nama ganda seluruh iaitu guni-guni yang menerima imbuhan awalan ber_ iaitu berguni-guni.Frasa sendi nama pula berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja tak transitif berguni-guni yang terdiri daripada kata sendi nama di, kata nama arah dalam, kata nama kepuk dan kata penentu ituAyat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh prediket seperti yang berikut : Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya.Soalan 3 : Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.Analisis :Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata perintah yang kami terima itu manakala prediket ayat pula ialah kami laksanakan dengan segeranyaPola ayat ini terdiri daripada Frasa nama + Frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama perintah, kata sandang yang yang berfungsi sebagai kata nama, kata ganti nama diri pertama kami, kata kerja terima dan kata penentu itu. Kata yang kami terima itu merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama perintah.Frasa kerja sebagai prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama. Frasa kerja pasif terdiri daripada kata ganti nama diri pertama kami dan diikuti dengan kata keja pasif berimbuhan akhiran _kan iaitu laksanakan, manakala frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama dengan, kata keterangan masa segera dan kata ganti nama diri ketiga -nya. Frasa sendi nama dengan segeranya berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja pasif laksanakan.Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya.Soalan 4 : Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak.Analisis :Ayat ini ialah ayat aktif transitif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata orang manakala prediket ayatnya pula adalah sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara.Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama +frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama orang. Frasa kerja sebagai prediket ayat pula terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi. Frasa kerja terdiri daripada frasa adjektif sibuk yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan iaitu memperkatakan, kata nama berimbuhan apitan ke_an iaitu kenaikan, kata nama harga dan kata nama minyak. kenaikan harga minyak adalah merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif memperkatakan. Harga minyak berfungsi sebagai penerang kata nama kenaikan manakala kata nama minyak juga berfungsi sebagai penerang kepada kata nama harga. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama di, kata bilangan tak tentu seluruh yang bertindak sebagai kata bantu kepada kata negara dan kata nama negara. Frasa sendi nama di seluruh negara berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama kenaikan harga minyak.Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara.Soalan 5 : Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.Analisis :Ayat ini ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada pengedar dadah itu manakala prediketnya pula terdiri daripada terus diburu polis ke mana-mana sahaja.Pola ayat ii terdiri daripada frasa nama + frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama pengedar, kata nama dadah dan kata penentu itu. Kata nama dadah berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pengedar. Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama.Frasa kerja pasif terdiri daripada kata terus yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu kata diburu dan kata nama polis yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif diburu. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama ke, diikuti dengan kata ganti tak tentu mana-mana dan kata nama sahaja. Kata ke mana-mana sahaja bertugas sebagai penerang kepada kata nama polis.Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.Soalan 6 : Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.Analisis :Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama dengan klausa sebagai subjek. Subjek ayat terdiri daripada klausa bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya manakala prediket ayat ialah saya jelaskan kepadanya.Klausa sebagai subjek terdiri daripada subjek pemimpin itu dan prediketnya terdiri daripada tidak amanah terhadap rakyatnya dan kata bahawa adalah merupakan kata hubung. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama pemimpin itu. Kata pemimpin ialah merupakan golongan kata nama dan itu ialah kata penentu. Prediket klausa terdiri daripada frasa adjektif yang terbina daripada kata nafi tidak, kata adjektif amanah dan frasa sendi nama terhadap rakyatnya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama terhadap, kata nama rakyat dan kata ganti nama diri ketiga -nya.Prediket ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri petama saya jelaskan dan frasa sendi nama kepadanya. Frasa kerja pasif pelaku diri pertama terikat dengan hukum aneksi persona iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama kepada dan kata ganti nama diri ketiga -nya.Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut : Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya kepadanya.Soalan 7 : Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya?Analisis :Ayat ini ialah ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket.Subjek ayat terdiri daripada frasa nama iaitu kawasan kediamannya itu manakala prediket ayat adalah bagaimana keadaannya. Predikat ayat ini terdiri daripada klausa yang terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam klausa ini, susunan subjek dan predikat disongsangkan seperti yang berikut : bagaimana keadaannya. Klausa sebagai prediket terdiri daripada subjek keadaannya dan prediket terdiri daripada kata bagaimana. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama keadaannya. Keadaannya ialah golongan kata nama dan -nya ialah kata ganti nama diri pertama dan diikuti dengan tanda tanya (?). Prediket klausa pula terdiri daripada kata tanya bagaimana.Subjek ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket ini terdiri daripada frasa nama kawasan kediamannya itu. Kata kawasan adalah golongan kata nama, kata kediamannya juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kawasan dan kata itu ialah kata penentu. Kata nama kediaman diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga -nya dalam keadaan kedua-dua kata ini dirapatkan antara satu sama lain kerana unsur klitik.Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat tanya susunan songsang sepenuhnya seperti yang berikut : Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu?Soalan 8 : Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.Analisis :Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa dengan klausa sebagai objek. Subjek ayat terdiri daripada pihak polis manakala prediket ayat pula terdiri daripada kata menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.Klausa sebagai objek terdiri daripada bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Subjek ayatnya ialah kata pendatang asing itu dan prediketnya pula adalah telah melarikan diri dan kata bahawa pula ialah kata hubung. Klausa sebagai objek ini hadir selepas kata kerja transitif berimbuhan apitan men_kan iaitu kata menerangkan. Jadi, klausa bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri merupakan klausa objek kerana hadir selepas kata kerja transitif menerangkan. Subjek dalam ayat ini terdiri daripada frasa nama pendatang asing itu. Pendatang ialah kata nama manakala asing juga ialah kata nama yang bertindak sebagai penerang kepada kata pendatang dan kata itu pula ialah kata penentu yang menjadi penentu kepada subjek. Prediket klausa pula adalah teridiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata bantu telah, kata kerja transitif berimbuhan apitan me_kan iaitu melarikan dan kata nama diri. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek.Subjek ayat aktif transitif susunan biasa ini dengan klausa sebagai objek ini terdiri daripada frasa nama pelaku diri ketiga iaitu pihak polis. Pihak ialah kata nama manakala polis juga adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pihak.Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai subjek seperti yang berikut : Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis.Soalan 9 : Penduduk disitu berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.Analisis :Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap. Subjek ayat terdiri daripada kata penduduk di situ manakala prediket ayat pula adalah berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.Klausa sebagai pelengkap terdiri daripada bahawa kediaman mereka tidak selamat. Subjek ayat iaitu kediaman mereka manakala prediket ayat adalah tidak selamat dan kata bahawa pula adalah merupakan kata hubung. Klausa sebagai objek ini pula wujud selepas kata kerja tak transitif berimbuhan awalan ber_ iaitu berpendapat. Jadi klausa bahawa kediaman mereka tidak selamat merupakan klausa pelengkap kerana hadir selepas kata kerja tak transitif berpendapat yang bertugas sebagai pelengkap dalam ayat tersebut. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama kediaman mereka. Kediaman ialah kata nama dan mereka ialah kata ganti nama diri ketiga yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama kediaman. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi tidak dan kata nama selamat.Subjek ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap ini terdiri daripada kata nama penduduk dan frasa sendi nama di situ yang terdiri daripada kat sendi nama di dan kata tunjuk situ yang berfungsi sebagai kata ganti tempat.Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif tak transitif songsang seluruh pradiket dengan klausa sebagai pelengkap seperti yang berikut : Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamatlah oleh penduduk di situ.Soalan 10 : Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Analisis :Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang. Subjek ayat terdiri daripada kata kakitangan pejabat itu manakala prediket ayatnya pula ialah terdiri daripada mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Klausa sebagai penerang terdiri daripada subjek pengarah baharu itu manakala prediket ayat pula terdiri daripada kata bukan orang tempatan dan kata bahawa ialah kata hubung. Klausa sebagai penerang iaitu kata bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan hadir selepas kata nama berimbuhan apitan penge_an iatu kata pengesahan. Kata pengesahan pula wujud selepas kata kerja transitif berimbuhan awalan men_ iaitu kata mendapat. Maka kata pengesahan bertindak sebagai penerang kepada kata kerja mendapat. Oleh yang demikian, klausa bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan merupakan klausa penerang kerana hadir selepas kata nama pengesahan yang bertugas sebagai penerang dalam ayat tersebut. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama pengarah baharu itu. Pengarah ialah kata nama manakala baharu pula ialah kata adjektif yang menjadi penerang kepada kata nama pengarah dan kata itu ialah kata penentu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi bukan, kata nama orang dan kata nama tempatan yang bertugas sebagai penerang kepada pengarah baharu itu.Subjek ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang ini terdiri daripada frasa nama kakitangan pejabat itu. Kakitangan ialah kata nama manakala kata pejabat juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pejabat dan kata itu ialah kata penentu.Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang seperti yang berikut : Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.