Analisis Cerpen Beruk Edit

download Analisis Cerpen Beruk Edit

of 2

Transcript of Analisis Cerpen Beruk Edit

ANALISIS CERPEN BERUK KARYA AZIZI HJ. ABDULLAHCerpen Beruk yang ditulis oleh Azizi Hj. Abdullah mempunyai pelbagai variasi kata kerja. Mengikut kehendak soalan tugasan Morfologi yang kami terima kami telah diarahkan untuk menganalisis golongan kata kerja yang terdapat di dalam cerpen ini. Golongan kata kerja yang pertama ingin saya huraikan di sini adalah golongan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Kata kerja aktif transitif tanpa pelengkap merupakan kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut. Contoh Ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap yang terdapat di dalam cerpen Beruk.1. Dia terlewat datang.2. Alias tidak menjawab.3. Alias diam.4. Alias angguk.5. Cikgu Sunan berleter.6. Dia menyesal.7. Alias terpaku seketika.8. Dia menangis tersedu-sedu.9. Dia bangun lambat-lambat.Kesemua ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri, iaitu tanpa pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat.Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. (Tatabahasa Dewan: Edisi Terkini)Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap yang mempunyai keterangan di dalam cerpen Beruk adalah seperti di bawah: Alias terpaku seketika. Dia menangis tersedu-sedu. Dia bangun lambat-lambat.Perkataan seketika, tersedu-sedu dan lambat-lambat merupakan kata keterangan yang diberikan untuk memberi maklumat tambahan. Perkara kedua yang ingin dikaji melalui cepen ini ialah tentang golongan Kata Kerja Aktif Tak transitif Berpelengkap.Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.(Tatabahasa Dewan : Edisi Terkini)Contoh Ayat yang mengandungi Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap di dalam cerpen Beruk10. Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah.11. Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, Berukberuk saya putus rantai , cikgu!.12. Cikgu Sunan bertanya keras.13. Sebab itu kau datang lambat?14. Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak.15. Kawan-kawan diam membisuDalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu ialah kata kerja tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna, contohnya: