Analisis Jurnal (2016)

7
1.0 ULASAN JURNAL

Transcript of Analisis Jurnal (2016)

Page 1: Analisis Jurnal (2016)

1.0 ULASAN JURNAL

Page 2: Analisis Jurnal (2016)

Creativity Expressed through Drawings in Early

Childhood Education Penulis: Aikaterini Michalopoulou

Penganalisis : Mohamad Faidhi Bin MohamadKelas : PISMP 3BTahun : 2015IPG : Kampus Bahasa Melayu

Page 3: Analisis Jurnal (2016)

Ringkasan Jurnal

Penulis merumuskan bahawa kanak-kanak meluahkan makna yang berbeza pada setiap lukisan gambar seni mereka dan ianya menjadi lebih asli apabila rangsangan yang digunakan oleh penulis adalah gambar seni yang merupakan seni abstrak.

Penulis menjalankan kajian dengan meminta kanak-kanak belajar lukisan dan mewujudkan peluang kepada mereka untuk meluahkan idea mereka melalui lukisan. Bahan rangsangan yang digunakan oleh penulis ialah tiga gambar seni. Antaranya ialah Sunflowers oleh Van Gogh, People in the Night oleh Joan Miro dan Painterly Architectonics oleh Popova Liubov.

Page 4: Analisis Jurnal (2016)

Kaedah Kajian• Kajian ini telah dijalankan di dua buah kelas pendidikan awal kanak-kanak

di Volos, Greece.• Alat yang digunakan adalah tiga gambar seni. • Dua daripada tiga gambar seni tersebut tergolong dalam bidang seni

abstrak. Hal ini demikian kerana penulis berpendapat bahawa setiap kanak-kanak akan melihat setiap satu hasil dan teman sesuatu lukisan dengan cara mereka sendiri, tanpa mengira tajuk yang diberikan oleh pelukis.

“Sunflowers” (Van Gogh) “People in the night” (Joan Miro) “Painterly Architectonics” (Popova Liubov)

Page 5: Analisis Jurnal (2016)

Dapatan Kajian• Kanak-kanak cuba meniru gambar seni lukis yang ditunjukkan kepada

mereka.• Mereka juga turut memikirkan idea yang baharu.• Misalnya, kanak-kanak menggunakan gambar bunga matahari sebagai

langkah permulaan. Dalam lukisan Van Gogh, bunga tersebut berada dalam pasu. Namun, terdapat kanak-kanak melukis semula bunga tersebut di tepi laut dan ada yang meniru sama dengan beliau.

• Lukisan abstrak ini bertujuan supaya kanak-kanak menghasilkan lukisan yang pelbagai maksud.

• Tafsiran lukisan mereka adalah pelbagai dan berbeza antara satu sama lain.

Page 6: Analisis Jurnal (2016)

Kesimpulan• Guru perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk kanak-kanak

menjalankan aktiviti seni lukis.• Mereka juga perlu menitikberatkan jenis pengalaman yang mereka

tawarkan kepada kanak-kanak.• Guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak bekerjasama dengan

pelukis supaya mereka dapat menyatakan idea yang lebih kreatif dan baharu.

• Guru hendaklah menghargai apa yang kanak-kanak boleh lakukan serta meraikan idea mereka daripada mengharapkan mereka untuk meniru dan menghasilkan semula gambar atau lukisan orang lain.

Page 7: Analisis Jurnal (2016)

• Secara umumnya, seni adalah salah satu daripada kreativiti manusia yang sangat sukar untuk dijelas dan dinilai.

• Sesetengah orang menganggap melukis adalah sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran, walhal lukisan juga dianggap salah satu cara terbaik untuk ‘berkomunikasi’.

• Seni adalah salah satu terapi untuk membantu kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan pemikiran dan perasaan kepada persekitaran mereka.

• Aktiviti seni dapat membentuk keperibadian generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Input yang saya perolehi