ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF BERDASARKAN … Bin Hashim.TP.pdf · pengurusan organisasi,...

36
ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF BERDASARKAN MODEL KEPIMPINAN TAHAP LIMA DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU LIMAN BIN HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF BERDASARKAN … Bin Hashim.TP.pdf · pengurusan organisasi,...

ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF

BERDASARKAN MODEL KEPIMPINAN TAHAP LIMA DI

SEKOLAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

LIMAN BIN HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISט

JUDUL : ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF BERDASARKAN MODEL

KEPIMPINAN TAHAP LIMA DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

LIMAN BIN HASHIM Saya _______________________________________________________________

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:NO. 23, JLN SALAK 4 TMN KOTA JAYA 2 81900, KOTA TINGGI, JOHOR TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN ____________________________________________ Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan )”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : ……………………………………

ii

ANALISIS KEPIMPINAN KETUA EKSEKUTIF

BERDASARKAN MODEL KEPIMPINAN TAHAP LIMA DI

SEKOLAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

LIMAN BIN HASHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2013

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………………

Nama Penulis : LIMAN BIN HASHIM

Tarikh :…………………………………

iv

PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas segala limpah dan kurnia, rahmat dan

petunjuk-Nya yang membolehkan projek sarjana ini ditulis.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia, Tuan Hj. Hassan

Bin Hushin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan kajian ini. Penghargaan juga diberi kepada

Ustaz Mohd. Jelani Bin Ramly Ketua Eksekutif dan seluruh warga sekolah di Sekolah

Islam Hidayah Johor Bahru di atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa kepada

keluarga dan sahabat-sahabat yang memberikan bantuan serta kerjasama daripada

pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung

amatlah dihargai. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka dalam

menjayakan penyelidikan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian .

Seterusnya, di harap projek penyelidikan ini mampu menjadi sumber inspirasi

yang berfaedah kepada semua orang yang mengambil berat di dalam bidang pendidikan

amnya dan profesion keguruan khasnya.

Sekian, salam hormat, Liman Bin Hj. Hashim

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat apakah dimensi kepimpinan Tahap

Lima yang kerap digunakan oleh Ketua Eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

dan adakah beliau mengamalkannya. Aspek dimensi yang ditinjau adalah dari aspek

pengurusan organisasi, pengurusan displin, merendah diri dan kemahuan yang tinggi.

Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah tinjauan soal

selidik dan kualitatif. Kaedah tinjauan soal selidik melibatkan responden seramai 30

orang kakitangan dan staf sokongan manakala kaedah kualitatif menggunakan teknik

temubual melibatkan empat orang iaitu Pengetua, Guru Besar dan dua orang staf

sokongan. Data yang diperolehi dianalisa secara manual melibatkan pengkodan dan

interpritasi atau tafsiran data. Kaedah kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS

versi 17.0 dengan menggunakan pendekatan kuantitif iaitu frekuensi, min, peratus dan

sisihan piawai. Hasil kajian mendapati, min tertinggi adalah daripada dimensi merendah

diri (min 4.04) diikuti oleh pengurusan organisasi (min 4.01), kemahuan yang tinggi (min

3.97) dan pengurusan displin (3.89). Ini menunjukkan sifat merendah diri merupakan

dimensi yang kerap diguna pakai oleh Ketua Eksekutif dan diterima oleh organisasi. Data

kajian kualitatif melalui temubual didapati menyokong kuat data kuantitatif. Seterusnya

melalui temubual dan pemerhatian Keistimewaan dan kekuatan yang ada di Sekolah

Islam Hidayah ini iaitu program tarbiahnya melalui program usrah telah mencorakkan

iklim deeni terutamanya Amalan Kepimpinan Ketua Eksekutif Sekolah Islam Hidayah

Johor Bahru. Akhir sekali diharapkan satu kajian lanjutan yang menyeluruh dapat

dijalankan bagi memperolehi dapatan yang lebih mantap.

vi

ABSTRACT

The research conducted is to study which dimension within the Level Five

leadership that is often used by the Executive Leader of Sekolah Islam Hidayah Johor

Bahru and how he practices it. The dimension that will be viewed are organization

management, discipline management, personal humility and professional will. Two

methods of data collection are employed in this study, namely survey method and

qualitative study. The survey method involved 30 respondents, which are the staffs of the

school, and the qualitative study by interview include four respondents which are the

principal, the head master and two support staffs. The data collected will be analyzed

manually involving coding and interpretations or data analysis. The quantitative method

is analyzed using the SPSS version 17.0 with quantitative approaches which are

frequency, mean, percentage and standard deviation. The research shows the highest

mean in from the personal humility dimension (mean 4.04) followed by organization

management (mean 4.01), professional will (3.97) and discipline management (mean

3.89). This result showed that the personal humility is the most frequently used

dimension of the Executive Leader and is accepted by the organist. The quantitative study

data through the interview is found strongly supportive to the quantitative data.

Furthermore, thru interviews and observations made, their “tarbiah” within the “usrah”

program executed could be considered the strengths and specialties of Sekolah Islam

Hidayah in creating an “addeen” environment, especially the leadership practices used by

the Executive Leader of Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru. Finally, a more

comprehensive study was proposed to substantiate the existing findings.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 1

- Pengertian Kepimpinan 4

- Kepimpinan Menurut Istilah Al-Quran 5

- Gelaran Pemimpin 6

viii

- Akhlak Dan Sifat Pemimpin 10

1.3 Penyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 15

1.5 Persoalan Kajian 16

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.7 Batasan Kajian 17

1.8 Definisi Istilah 17

1.8.1 Kepimpinan 17

1.8.2 Ketua Eksekutif 18

1.8.3 Kepimpinan Tahap Lima 18

1.8.4 Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru 18

1.8.5 Pencapaian 19

1.8.6 Keberkesanan 19

1.8.7 Pengurusan 19

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep Kepimpinan 21

2.3 Gaya Kepimpinan 23

- Gaya Autokratik, Demokratik dan Laissez Faire 23

- Gaya Kepimpinan X dan Y Mc Gregor 25

ix

- Gaya Kepimpinan dua factor (Kajian Ohio) 27

- Kajian Universiti Michigan 28

2.4 Teori dan Model Kepimpinan 29

- Kepimpinan Transformasi 29

- Kepimpinan Karismatik 32

- Kepimpinan Berpasukan 33

- Kepimpinan Pengajaran 35

- Kepimpinan Tahap Lima 36

2.5 Strategi dan Pendekatan Penambaikan Sekolah 38

3 BAB KHAS

3.1 Pengenalan 41

3.2 Latar Belakang Masalah 43

3.3 Latar Belakang Sekolah Islam Hidayah 45

3.3.1 Sejarah Penubuhan Sekolah Rendah 45

3.3.2 Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah 46

3.3.3 Pengurusan Kurikulum Sekolah Menengah 48

3.4 Status Sekolah 49

3.5 Kedudukan Terkini 50

3.6 Peperiksaan Ditawarkan 51

3.7 Pencapaian 51

x

3.8 Perancangan Masa Hadapan 52

4 METODOLOGI 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Reka bentuk kajian 53

4.3 Populasi Kajian 54

4.4 Persampelan 55

4.5 Instrumen Kajian 55

4.5.1 Bahagian A : Demografi 56

4.5.2 Bahagian B : Soal Selidik Responden 56

4.5.3 Pemerhatian 58

4.5.4 Temubual 58

4.5.5 Kaedah Pengumpulan Data 59

5 DAPATAN KAJIAN 61

5.1 Pengenalan 61

5.2 Latar Belakang Responden 62

5.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 66

xi

5.3.1 Persoalan Kajian 1: 66

Untuk mengenal pasti dimensi kepimpinan Tahap

Lima yang kerap diamalkan oleh Ketua Eksekutif

Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

5.3.2 Persoalan Kajian 2 : 76

Untuk mengenal pasti adakah kepimpinan Ketua

Eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

mengamalkan kepimpinan berdasarkan

Kepimpinan Tahap Lima

5.3.2.1 Temubual bersama Pengetua SMIH 76

5.3.2.2 Temubual bersama Guru Besar SRIH 82

5.3.2.3 Temubual bersama Pendaftar SIH 88

5.3.2.4 Temubual bersama Pegawai Tadbir SMIH 92

5.3.3 Rumusan Analisis Temubual 98

- Kesimpulan 102

6 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 103

6.2 Perbincangan 103

6.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 104

xii

6.2.2 Dimensi kepimpinan Tahap Lima yang kerap 106

diamalkan oleh Ketua Eksekutif Sekolah

Islam Hidayah Johor Bahru

6.2.3 Amalan Kepimpinan Ketua Eksekutif berdasarkan 109

Kepimpinan Tahap Lima

6.3 Rumusan Kajian 115

6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116

6.5 Penutup 116

RUJUKAN 118

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jadual Pemeringkatan Skala 56

4.2 Jumlah Taburan Item Mengikut Konstruk Kajian 56

4.3 Jadual Interpretasi Skor 57

5.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Jantina 62

5.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Kaum 63

5.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Jawatan Yang Disandang 63

5.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Kelayakan Akademik 64

5.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Kelayakan Ikhtisas 64

xiv

5.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Berdasarkan Umur 65

5.7 Jadual Interpretasi Skor Min 67

5.8 Jadual Pemeringkatan Skala 67

5.9 Skor Pengurusan Organisasi 68

5.10 Skor Pengurusan Displin 69

5.11 Skor Merendah diri 71

5.12 Skor Kemahuan Yang Tinggi 72

5.13 Purata Min Keseluruhan 74

5.14 Rumusan Analisis Temubual Bersama Kakitangan

Akademik 98

5.15 Rumusan Analisis Temubual Bersama Kakitangan

Bukan Akademik 100

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat Pengesahan Status Pelajar 122

B Surat Kebenaran Membuat Kajian 123

C Borang Soal Selidik 124

D Contoh Soalan Temubual 129

E Transkrip Soalan Temubual 130

F Data-data SPSS 150

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan aset penting kepada semua individu dan aspek penting

dalam pembangunan sesebuah negara. Pembangunan modal insan menjadi tonggak

kepada kejayaan sesebuah negara. Untuk membentuk manusia yang seimbang dalam

menghadapi kesan globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan

semasa. Modal insan yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial. Justeru menerusi gaya kepimpinan ketua eksekutif yang

menerajui organisasi sekolah merupakan asas kepada pembangunan pelajar menerusi

didikan staf-staf dan guru-guru di bawah kepimpinannya.

1.2 Latar belakang masalah

Di dalam sesebuah organisasi, pemimpin merupakan agen perubahan untuk

menggerak dan meneraju organisasinya. Berkesan atau tidak sesebuah organisasi itu,

2

terletak atas kebijaksanaan seseorang pemimpin itu. Kepimpinan menurut Nik Rashid

(1993) akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan matlamat. Kepimpinan

ialah satu proses percubaan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan melalui proses

komunikasi bagi mencapai satu atau beberapa matlamat. Selain itu, kepimpinan juga

boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mempengaruhi individu secara sukarela untuk mencapai

sesuatu objektif sesuatu organisasi (Jaafar, 1996).

Maccoby (1976), ialah seorang penulis yang terkenal dan telah berjaya

menggunakan istilah menarik untuk menggambarkan beberapa jenis pemimpin yang

memimpin organisasi mereka. Istilah popular yang telah digunakan ialah :

1. Ahli kraf (craftsman) – Jenis pemimpin yang terkenal kerana orientasinya kepada

tugas atau pengeluaran, menitikberatkan mutu dan gemar membina rekod yang baik.

2. Pejuang di hutan (jungle fighter) – Jenis individu yang gemar mencari dan

mendapat kuasa kerana hidup dan kerja dianggap sebagai suatu belantara. Rakan sekerja

dan separa dianggap musuh. Dua jenis pejuang di hutan ialah singa yang suka menawan

dan membina, manakala serigala yang memajukan diri melalui politik.

3. Orang syarikat (the company man) – Individu yang minatnya kepada kerjasama,

dedikasi, komitmen, kestabilan dan kesejahteraan.

4. Pemburu (gamesman) – Pemimpin baharu iaitu seorag yang mencari kejayaan

melalui cabaran, kegiatan bersaing serta kaedah dan penemuan baharu. Matlamatnya

adalah untuk mencari kemenangan dan menjadi juara serta berminat memajukan taktik

dan strategi yang diperlukanuntuk menjadi juara.

Di dalam Islam pula, kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan

sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu

banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan.

3

Firman Allah swt :

Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi,

maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu

mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,

kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk

memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini

pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al

Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini

amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan

memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW,

sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah

sebagai pengganti Rasulullah SAW.

4

PENGERTIAN KEPIMPINAN

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan

serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin

kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah

merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan prosses

pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah swt :

Bermaksud, “Maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga

mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian

mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu

berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’ ayat 65.)

Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang sedikit

jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.

أبي سعيد الخدري عن عليه وسلم أن رسول هللا روا قال صلى هللا إذا خرج ثالثة في سفر فليؤم

أحدهم

Maksudnya, “ Jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka

memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu Daud).

5

Kepimpinan Menurut Istilah Al-Quran

Dalam Al-Quran terdapat beberapa istilah yang diertikan sebagai pemimpin atau yang

secara langsung yang menyentuh hal ehwal kepimpinan, antaranya :

1- Imam/Imamah

Merupakan satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu

arah atau tempat atau memimpin dengan contoh teladan di mana imam itu sendiri mesti

melaksanakannya lebih awal dari orang yang dipimpin. Contohnya dalam konteks

kewajipan memimpin sembahyang, imam mengangkat takbir dan makmum turut

mengangkat takbir sebagaimana imam bertakbir. Begitulah seterusnya dalam segala

perbuatan mengerjakan sembahyang itu dan semua perlakuan imam mestilah dituruti oleh

makmum. Oleh itu imam sebagai pemimpin (leader ) dan makmum sebagai pengikut

( follower ).

2- Khalifah

Merupakan suatu jawatan bagi mengantikan seseorang atau mengambil tempat

mengikut atau meneruskan. Dalam sejarah kepimpinan Islam, khalifah merupakan

pengganti Rasulullah S.A.W dalam menerus, mengurus dan mentadbir negara Islam.

Khalifah ialah sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang

bertanggugnjawab mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan kepada

wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-

tujuan hidup yang suci murni lagi mulia untuk mencapai keredhaan allah. Manusia

sebagai khalifah ( vicegerent ) yang merupakan wakil Allah di bumi adalah

berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah.

6

3- Amir Al-Mukminin

Amir Al-Mukminin merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan

yang bermaksud sebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau

mengamanahkan seseorang dengan tugas. Dalam sejarah pemerintahan Islam, Amir Al

Mukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara islam.

4-Uli Al-Amri

Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan

tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan

syariat Allah. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada rakyat mematuhi apa

yang diperintahkan oleh Uli Al Amri sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’

ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan

kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan

(Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Selain daripada itu ada juga istilah yang dipakai bagi maksud yang berkaitan

dengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan kerohanian seperti istilah: Mursyid

( penunjuk ), Syeikh ( Ketua ), dan Murabbi ( Pendidik ).

GELARAN PEMIMPIN

1. Al-Khalifah

2. Waliyul’amr

7

3. Al Imam

4. Al Sultan

5. Al Malik

6. Amirul Mukminin

SYARAT-SYARAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah pemimpin yang

bersifat terbuka, menerima pandangan orang bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat

yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran,

bertanggungjawab dan sentiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi.

Islam telah meletakkan syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin Kejayaan

sesebuah negara dan kerajaan sekaligus mempermodelkan Islam dalam kepimpinan dan

pemerintahan, antaranya ialah,

Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki

Firman Allah SWT:

8

Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-

orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah

pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka

menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka

kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang

munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami

takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan

(kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka

menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-

Maidah ayat 51 dan 52.

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang

kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini

kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan (wala’) kepada ahli kitab yang

mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-

orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah

Islam.

Kedua: Adil

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal

dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-

kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan Islam.

Firman Allah swt :

9

Bermaksud : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat

kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang perbuatan keji,

kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil

pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan

fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan

yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al-

Imam Al Ghazali berkata: "Sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan

kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya

kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang

berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak

islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah

mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang

pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang

terkeji.

10

Firman Allah swt :

Bermaksud, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik

bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari

kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)

Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "tiada dosa (lantaran tidak pergi

berjihad) atas orang-orang yang lemah, sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi

apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan

Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)

Akhlak Dan Sifat Yang Perlu Ada Pada Diri Pemimpin

Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan

para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan

akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis,

paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan

Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam

diri setiap pimpinan. Antaranya ialah :

1. Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana

Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa

yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat

11

kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang

merosakkan pimpinan.

2. Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif lagi bijaksana,

berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas,

mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3. Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah),

penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4. Berani, bermaruah, tidak penakut dan berfikiran luas.

5. Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan

perbuatan).

6. Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7. Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan

yang berbuat jahat terhadapnya.

8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9. Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah

dan tidak bakhil).

11. Warak dan zuhud

12

12. Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri

sendiri.

13. Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14. Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba

antara sesama manusia.

15. Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16. Bersederhana di dalam segala perkara

17. Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap

pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka

berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya,

disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap

muslim.

Di Sekolah Islam Hidayah, Ketua Eksekutif merupakan pemimpin yang

mengetuai dan mentadbir sekolah untuk mencapai visi, misi dan matlamat sekolah.

Beliau merupakan tenaga pengerak utama dalam usaha penambahbaikan sekolah serta

melestarikannya (Weber, 1991 dan Mortimore 1998). Ia umpama seorang nakhoda di

dalam sebuah kapal. Anak buahnya adalah seperti anak kapal. Seorang nakhoda

menentukan arah laluan kapalnya untuk sampai ke destinasi. Nakhoda dan anak kapal

perlu saling bekerjasama untuk melayari dan menempuhi badai di tengah laut. Ketua

Eksekutif merupakan nadi dan orang yang paling penting dalam pengurusan dan

pembangunan sesebuah sekolah.

13

Kepimpinan Tahap Lima (Level 5) merupakan kepimpinan yang mementingkan

kejayaan sesebuah organisasi daripada kejayaan dirinya sendiri. Pemimpin Tahap Lima

ini merupakan pemimpin yang berupaya membawa kejayaan organisasinya dari tahap

baik ke satu tahap yang lebih baik dan cemerlang (good to great). Ia sentiasa memberi

kepercayaan dan melahirkan pemimpin pelapis dalam kalangan gurunya. Lundin dan

Lancaster (1990) menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak berjaya kecuali mereka

boleh mewujudkan satu kumpulan pengikut yang taat (loyal), berkebolehan dan

berpengetahuan. Dua ciri utama dalam Kepimpinan Tahap Lima ini ialah sifat merendah

diri ( personel humality) dan kemahuan yang tinggi (professional will).

Kepimpinan Tahap Lima ( Level Five ) merujuk kepada hierarki tertinggi dalam

satu sistem pyramid yang mempunyai lima tahap, Hieraki kepimpinan ialah :

Tahap Lima : Eksekutif

Tahap Empat : Pemimpin berkesan

Tahap Tiga : Pengurus yang kompeten

Tahap Dua : Ahli Pasukan yang menyumbang

Tahap Satu : Individu yang berkemampuan

tinggi

Tahap 1 ialah merujuk kepada individu yang berkemampuan tinggi. Dia

berkebolehan dan boleh member sumbangan yang positif dengan bakat dan

pengalamannya yang banyak. Walaupun individu di tahap satu mempunyai pengetahuan

dan pengalaman yang banyak, dia belum dapat memberikan sumbangan yang berkesan

kepada organisasinya.

14

Pemimpin pada tahap dua pula ialah individu yang boleh member sumbangan

kepada mencapai matlamat kumpulan. Dia bekerja dengan berkesan bersama kawan

sekerja dalam suasana kumpulan kerja. Dia penggerak kepada kumpulan kerja dan boleh

melakukan perkara yang bermanfaat di dalam organisasinya. Pengurus yang kompeten

ialah merujuk kepada tahap yang ketiga. Ia seorang yang kompeten tetapi belum

dianggap sebagai pemimpin yang berkesan, iaitu melebihi jangkaan pihak atasan.

Walaubagaimanapun dia belum boleh menunjukkan sifat kepimpinan yang berkesan.

Tahap empat ialah individu yang telah menjadi pemimpin berkesan. Individu ini

mempunyai kesungguhan , berkeyakinan dan keberanian bagi mengejar visi organisasi.

Dia juga boleh menggalak, mendorong dan member perangsang kepada kumpulan kerja

ke taraf prestasi yang tinggi.

Hieraki yang tertinggi ialah kepimpinan pada tahap lima. Pada tahap ini,

pemimpin adalah seorang yang berupaya membangunkan dan membawa organisasi

daripada tahap baik ke tahap cemerlang (good to great). Pemimpin pada tahap ini

menunjukkan ciri-ciri yang hebat iaitu personel humility dan professional will.

Disamping itu pemimpin pada tahap ini mempunyai pengurusan organisasi dan

pengurusan displin yang cemerlang. Pemimpin pada tahap ini meraikan kejayaan

organisasi bersama-sama pekerjanya tetapi menanggung sendiri kegagalan yang melanda

organisasinya. Pemimpin pada tahap ini mengutamakan organisasinya melebihi

kepentingan peribadinya.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengamalan stail kepemimpinan Ketua

Eksekutif berdasarkan Gaya Kepimpinan Tahap Lima . Apakah dimensi Kepimpinan

Tahap Lima yang sering diamalkan . Adakah ia selari dengan nilai murni kepimpinan

Islam yang diterima oleh semua golongan. Secara perbandingan, kita dapat katakan

15

bahawa gaya Kepimpinan Tahap Lima (Level Five) sememangnya berbeza dengan

pemimpin yang ada kerana pemimpin yang ada lebih gemar mengutamakan keuntungan

malah kejayaan peribadi dahulu dan kemudian barulah meningkatkan usaha untuk

menstabilkan organisasi. Namun pemimpin level five lebih mengutamakan kelestarian

dan konsistensi organisasi berbanding kemampuan dan kecemerlangan peribadi.

Indikator kepada pemimpin level five amat mudah iaitu kebanyakan pemimpin level five

lebih gemar menceritakan kejayaan organisasi berbanding dengan pemimpin kategori lain

yang lebih gemar menceritakan apa yang telah dibuat dan sumbangannya terhadap

kejayaan organisasi.

Collins (2005) menyifatkan pemimpin level five sebagai :

“The good to great leaders never wanted to became larger than heroes. They

never aspired to be put on a pedestal or become unreachable icons. They were seemingly

ordinary people quietly producing extraordinary results.”

Oleh yang demikian kajian ini memfokuskan kepada dimensi kepimpinan tahap

lima yang sering diamalkan oleh Ketua Eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru di

hubungkan dengan kepimpinan islam dalam keperibadian beliau bagi memacu organisasi

kearah kecemerlangan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menfokuskan kepimpinan Ketua Eksekutif di

Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk berkongsi

pengalaman dan idea yang dipraktikkan tentang kepimpinan dan juga meliputi

pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang.

16

Objektif kajian ini adalah mengenai amalan kepimpinan Ketua Eksekutif

Sekolah Islam Hidayah yang bertujuan untuk :

1.4.1 Mengetahui dimensi kepimpinan Tahap 5 yang kerap diamalkan oleh Ketua

Eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru.

1.4.2 Untuk mengenalpasti adakah kepimpinan Ketua Eksekutif Sekolah Islam

Hidayah Johor Bahru mengamalkan kepimpinan berdasarkan Kepimpinan Tahap

Lima.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah dimensi kepimpinan Tahap 5 yang kerap diamalkan oleh Ketua Eksekutif

Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru.

1.5.2 Adakah kepimpinan Ketua Eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

mengamalkan kepimpinan berdasarkan Kepimpinan Tahap Lima.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi gambaran, sumbangan dan

membantu pihak pengurusan sekolah memperkenalkan keistimewaan Sekolah Islam

Hidayah Johor Bahru kepada masyarakat di luar berbanding sekolah lain. Melalui kajian

ini diharapkan dapat :

1.6.1 Membantu pihak sekolah mempromosi pendekatan Sekolah Islam Hidayah Johor

Bahru melalui kurikulumnya yang berteraskan duniawi dan ukhrawi.

1.6.2 Membantu warga sekolah memahami sikap dan peranan Ketua Eksekutif.

17

1.6.3 Memberi gambaran tentang amalan dan tahap kepimpinan Ketua Eksekutif.

1.6.4 Sebagai model kepimpinan kepada pentadbir dan pengurusan sekolah di

Malaysia.

1.7 Batasan Kajian

Kajian penyelidikan ini hanya tertumpu kepada Ketua Eksekutif Sekolah Islam

Hidayah Johor Bahru sahaja. Walaubagaimanapun responden terbahagi kepada dua iaitu

Kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik (KBA). Kakitangan akademik

terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar manakala kakitangan bukan akademik

(KBA) terdiri daripada staf sokongan sekolah samaada terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan matlamat kajian ini. Mereka yang terlibat ini akan

dijadikan responden bagi mendapatkan maklumat. Skop kajian hanya tertumpu meninjau

gaya kepimpinan Ketua Eksekutif berlandaskan model kepimpinan tahap lima, disamping

hubungannya dengan ciri kepimpinan Islam.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Kepimpinan

Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila beliau mengarahkan aktiviti

kelompok kearah matlamat yang dikongsi bersama. Mengikut Kamus Dewan (1992),

kepimpinan membawa erti keupayaan (kebolehan, pencapaian dan sebagainya) sebagai

pemimpin. Merujuk kepada kajian ini kepemimpinan merupakan tingkah laku pemimpin

bagi mencari penyelesaian masalah dan mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu

program atau tugasan yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut

Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi

individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang

18

dikehendaki oleh individu yang memimpin. Fiedler (1967), menyatakan kepimpinan

adalah hubungan antara perseorangan di mana kuasa dan pengaruh diagih secara yang

tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-

tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu. Di dalam kajian

ini, kepimpinan merujuk kepada gaya memimpin, menuntut, menunjuk jalan serta

mengetuai dan mengurus institusi pendidikan (Dewan Bahasa dan Pustaka,2005).

1.8.2 Ketua Eksekutif

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) atau Ketua Eksekutif ialah salah satu pegawai

syarikat yang berpangkat tertinggi di dalam sebuahperbadanan, syarikat, pertubuhan

bukan untung, atau agensi. Dia bertanggungjawab kepada seluruh pengurusan serta juga

kepada lembaga pengarahnya untuk prestasi. Ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab

untuk menyelaraskan syarikat, baik secara dalaman mahupun secara luaran, dengan visi

strategik syarikatnya. Teras kewajipan seseorang ketua pegawai eksekutif adalah untuk

memudahkan urusan di luar syarikat semasa memandu pekerja dan pegawai

eksekutifnya ke arah tujuan yang utama. Saiz dan sektor syarikat akan menentukan

tanggungjawab lain yang tidak begitu penting. Seseorang ketua pegawai eksekutif perlu

mempunyai keseimbangan daya usaha dalaman dan daya usaha luaran untuk membina

sebuah syarikat yang boleh kekal.

1.8.3 Kepimpinan Tahap Lima

Pemimpin yang sentiasa bercita-cita dalam mengarap kejayaan kepada

organisasinya serta mahukan organisasinya berjaya walaupun tanpa kehadirannya dalam

organisasi. Ciri utama yang membezakan antara pemimpin tahap lima dengan tingkah

laku pemimpin lain ialah kerektor pemimpin yang suka merendah diri dan tidak mahu

menonjolkan diri. Secara amnya. empat dimensi yang dirumuskan dalam Kepimpinan

Tahap Lima ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Displin, Merendah Diri dan

Kemahuan Yang tinggi.

19

1.8.4 Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru adalah sekolah swasta yang menawarkan

pendidikan bersepadu mengabungkan matapelajaran akademik dan deeniah. Ia

beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata bergantung kepada

bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Sekolah ini ditadbir oleh Lembaga

Pemegang Amanah yang didaftarkan di bawah pendaftar syarikat iaitu di atas nama Pusat

Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik kepada sekolah. PPH didaftarkan

sebagai non profit making company manakala Lembaga Pemegang Amanah pula

berperanan menentukan dasar dan polisi Sekolah Islam Hidayah (SIH). Segala urusan

pentadbiran harian sekolah pula dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Hidayah.

1.8.5 Pencapaian

Tahap yang diperolehi oleh seseorang atau sesebuah organisasi berdasarkan

objektif yang telah ditentukan bagi sesuatu atau keseluruhan proses pendidikan itu

sendiri. (Hopkins dan MC Afee, 1990)

1.8.6 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan, keberkesanan merujuk kepada keadaan atau perihal yang

mengalami perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Ia biasanya menuju ke arah

matlamat yang ditentukan dan boleh dikatakan ia biasanya menuju ke arah yang lebih

sempuma.

1.8.7 Pengurusan

Sebagai satu proses menempatkan input organisasi melalui perancangan,

pengelolaan, pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output yang diingini oleh

pelanggan bagi mencapai matlamat organisasi. (Thierauf, F.J dan Deeding, D.W, 1977).