Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan...

14
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1245 - 12 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji Idris [email protected] Mohd Ali Mohd Noor [email protected] Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Persoalan mengenai halal dan haram produk merupakan persoalan penting untuk diberi perhatian oleh umat Islam. Dari sudut Islam penggunaan sesuatu produk perlu diasaskan konsep halal dan baik. Islam telah meletakkan garis panduan dan peraturan yang jelas mengenai perkara ini yang dijelaskan dalam al-Quran dan sunah. Ini bermakna isu halal haram berkait rapat dengan soal keimanan umat Islam. Namun kebelakangan ini banyak timbul keraguan dalam kalangan pengguna Islam tentang status halal produk. Dengan kata lain, pengguna Islam semakin terdedah dengan pelbagai produk yang disyaki dicampur dengan unsur-unsur yang haram di sisi Islam. Masyarakat Islam di negara ini juga dikejutkan dengan isu penggunaan logo halal palsu dalam makanan, kesihatan dan jualan makanan di restoran sehingga boleh meragukan pengguna. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan atau remeh. Persoalanya sejauh manakah pengguna Muslim di negara peka dengan apa yang berlaku dan adakah mereka termasuk dalam kalangan yang mengambil berat dengan isu status produk yang mereka gunakan seharian? Perbincangan dalam kertas kerja ini berdasarkan kajian terhadap 113 responden Muslim. Di samping melihat tahap kefahaman pengguna muslim mengenai konsep penggunaan dalam Islam, kajian ini juga bertujuan bertujuan untuk membentuk indeks keprihatinan terhadap isu halal dan haram produk serta faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keprihatinan pengguna. Di samping penggunaan analisis SPSS, analisis deskriptif dan chi-square, pembentukan indeks dilakukan dengan menggunakan formula yang dibangunkan oleh TIPP (Technometrica Institute of Policy and Politics). Berdasarkan angkubah keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran dan kesihatan, hasil kajian mendapati nilai indeks berada pada tahap yang sangat baik melebihi paras normal 50.0%. Kesedaran yang tinggi ini adalah hasil usaha badan-badan agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berterusan memberi maklumat yang berguna kepada pengguna Muslim di negara ini mengenai status halam haram produk. Kata kunci: Produk halal, Indeks keprihatinan pengguna, Pengguna Muslim, Tahap keprihatinan ABSTRACT Issue on consumers awareness in choosing the halal product is very important to focus on by all Muslim consumer. In Islam, a product consumed should be based on halal concept and it is clearly stated in the Qur’an and sunnah. This means Islam is indeed very concern about nutrition and hygiene aspects that are consumed or used to make sure it is really beneficial to consumer, rather than harm. The discussion in this paper based on a study carried out in 2012. The objective of the study which involved 113 Muslim respondents is to develop a consumer awareness index (IKP) about ‘halal-haram’ product. The index is formed by using the technometrica institute of policy and politics (TIPP) formula. The data collected is analysed by using the SPPS, descriptive analysis, chi-square and IKP. The study shows that the level of consumer awareness index is exceeds the normal level, 50.0%. This high level of consumer awareness is due to efforts that made continuously by JAKIM and other religion organizations to make sure all products used by Muslim are save and halal. Key words: Halal product, Consumer awareness index, Muslim consumer, Level of awareness

Transcript of Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan...

Page 1: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1245 - 12

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram

Produk Melalui Pembentukan Indeks

Nor Aini Haji Idris

[email protected]

Mohd Ali Mohd Noor

[email protected]

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Persoalan mengenai halal dan haram produk merupakan persoalan penting untuk diberi perhatian oleh

umat Islam. Dari sudut Islam penggunaan sesuatu produk perlu diasaskan konsep halal dan baik. Islam

telah meletakkan garis panduan dan peraturan yang jelas mengenai perkara ini yang dijelaskan dalam

al-Quran dan sunah. Ini bermakna isu halal haram berkait rapat dengan soal keimanan umat Islam.

Namun kebelakangan ini banyak timbul keraguan dalam kalangan pengguna Islam tentang status halal

produk. Dengan kata lain, pengguna Islam semakin terdedah dengan pelbagai produk yang disyaki

dicampur dengan unsur-unsur yang haram di sisi Islam. Masyarakat Islam di negara ini juga dikejutkan

dengan isu penggunaan logo halal palsu dalam makanan, kesihatan dan jualan makanan di restoran

sehingga boleh meragukan pengguna. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan atau remeh.

Persoalanya sejauh manakah pengguna Muslim di negara peka dengan apa yang berlaku dan adakah

mereka termasuk dalam kalangan yang mengambil berat dengan isu status produk yang mereka

gunakan seharian?

Perbincangan dalam kertas kerja ini berdasarkan kajian terhadap 113 responden Muslim. Di

samping melihat tahap kefahaman pengguna muslim mengenai konsep penggunaan dalam Islam, kajian

ini juga bertujuan bertujuan untuk membentuk indeks keprihatinan terhadap isu halal dan haram

produk serta faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keprihatinan pengguna. Di samping penggunaan

analisis SPSS, analisis deskriptif dan chi-square, pembentukan indeks dilakukan dengan menggunakan

formula yang dibangunkan oleh TIPP (Technometrica Institute of Policy and Politics). Berdasarkan

angkubah keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran dan kesihatan, hasil kajian mendapati nilai

indeks berada pada tahap yang sangat baik melebihi paras normal 50.0%. Kesedaran yang tinggi ini

adalah hasil usaha badan-badan agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang

berterusan memberi maklumat yang berguna kepada pengguna Muslim di negara ini mengenai status

halam haram produk.

Kata kunci: Produk halal, Indeks keprihatinan pengguna, Pengguna Muslim, Tahap keprihatinan

ABSTRACT

Issue on consumers awareness in choosing the halal product is very important to focus on by all

Muslim consumer. In Islam, a product consumed should be based on halal concept and it is clearly

stated in the Qur’an and sunnah. This means Islam is indeed very concern about nutrition and hygiene

aspects that are consumed or used to make sure it is really beneficial to consumer, rather than harm.

The discussion in this paper based on a study carried out in 2012. The objective of the study which

involved 113 Muslim respondents is to develop a consumer awareness index (IKP) about ‘halal-haram’

product. The index is formed by using the technometrica institute of policy and politics (TIPP)

formula. The data collected is analysed by using the SPPS, descriptive analysis, chi-square and IKP.

The study shows that the level of consumer awareness index is exceeds the normal level, 50.0%. This

high level of consumer awareness is due to efforts that made continuously by JAKIM and other religion

organizations to make sure all products used by Muslim are save and halal.

Key words: Halal product, Consumer awareness index, Muslim consumer, Level of awareness

Page 2: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1246 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

PENGENALAN

Pengguna Muslim merupakan penggerak penting kepada perkembangan industri halal di negara ini.

Dengan jumlah penduduk Muslim sebanyak 61.3 % , peranan ini memang boleh dimainkan oleh

masyarakat Islam dalam memajukan industri halal. Namun ianya banyak bergantung kepada sikap

masyarakat itu sendiri dalam konteks keprihatinan mereka terhadap status halal haram sesuatu produk.

Kebanyakan pengguna Muslim terlalu mengambil mudah tentang perkara tersebut. Mereka

menganggap kewujudan akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang diperkenalkan oleh kerajaan

menjadi jaminan kepada pengguna Muslim untuk mendapat produk yang diyakini suci dan halal.

Apabila terdapat kesangsian terhadap beberapa produk mengenai statusnya, ianya memberi signal

bahawa pengguna muslim tidak boleh bergantung semata-mata kepada akta dan pihak berkuasa dalam

memastikan produk yang dipasarkan bersatus halal. Sikap prihatin perlu ada pada setiap pengguna

Muslim. Dengan kata lain, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu kandungan bahan dalam makanan

yang dimakan dan produk yang digunakan.

Terdapat beberapa faktor yang membantut perkembangan industri halal di negara ini.

Pertamanya pengeluaran dan produk halal masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Contohnya pada

tahun 2010, 74.7% pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan bumiputera bagi kategori produk,

premis makan dan rumah sembelihan (Berita Harian, 2013). Keduanya, pengusaha mengalami masalah

kekurangan rantaian bekalan bahan makanan halal terutamanya bahan mentah, ramuan, bahan

tambahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun jika pengguna mempunyai sikap prihatin terhadap isu

halal haram ini, ianya dapat membantu mempercepatkan perkembangan industri halal negara. Jika

semua pengguna muslim sedar akan kepentingan ini, pengusaha produk juga turut berusaha untuk

memastikan produk yang dikeluarkan oleh mereka adalah halal. Secara langsung ianya akan

meningkatkan permintaan yang besar terhadap produk halal di pasaran.

KENAPA PRODUK HALAL?

Kepentingan industri produk halal mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2),

1966-2005, dan diberi penekanan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010. Industri

ini memang berpotensi untuk dibangunkan memandangkan Malaysia mempunyai kemudahan

infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan. Ini disokong pula dengan komitmen

kerajaan dan pengiktirafan logo halal Malaysia di peringkat antarabangsa (Nor Aini et al.) Kesedaran

tentang kepentingan produk halal dan selamat semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah

umat Islam dunia. Halal merangkumi aspek tiada penipuan, tiada racun yang memudaratkan dan

sebagainya. Penipuan termasuk menipu timbangan, kualiti, tarikh luput, kandungan dan jenama

(Maa’mor, 2003). Keprihatian sikap pengguna Muslim di negara ini akan melahirkan umat Islam yang

beriman dan bertaqwa. Mengikut Zainal (2003), selain untuk kegunaan tempatan, produk halal negara

mempunyai potensi untuk di eksport disebabkan faktor-faktor berikut: 1. peningkatan kesedaran

tentang kualiti, kesihatan dan makanan yang halal dan selamat; 2.perubahan demografi; 3.pengaruh

dari pertambahan golongan menengah; 4.amalan pembelian secara runcit; 5.perkembangan jenama dan

label persendidrian; 6.gabungan dan kesatuan dalam kalangan pengusaha makanan global; dan

7.perubahan dalam teknologi pembungkusan, persekitaran, pilihan pengguna, penyimpanan dan

pembuangan.

METOD

Indeks keprihatinan pengguna (IKP) dibentuk dengan menggunakan formula TIPP. TIPP ini pernah

diiktiraf sebagai organisasi terbaik di Amerika Syarikat dalam mengumpul dan menganalisis

pandangan masyarakat umum berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan, pengundian dan pembentukan

indeks keyakinan ekonomi. Memandangkan kajian ini menggunakan lima skala likert, formula yang

digunakan adalah:

Ki = 50 + 0.5 (P1+ – P1

- ) / N + 0.25 (P2

+ – P2

-) /N………..2, di mana

P1+ : bagi skala sangat setuju

P1- : bagi skala amat tidak setuju

P2+ : bagi skala setuju

P2- :bagi skala tidak setuju

Page 3: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1247

N : jumlah responden yang terlibat

(Nilai P adalah dalam sebutan peratus atau %)

Indeks keprihatinan diperolehi dengan mempuratakan indeks keprihatinan pengguna (IKP)

bagi semua pembolehubah. Rumusannya adalah: IKP (isu halal haram) = ∑ IKP di mana IKP adalah

purata bagi kesemua angkubah yang terlibat. Dengan menggunakan nilai wajaran 0 hingga 100 (dalam

unit %):

0 : pengguna tidak mempunyai sikap keprihatinan langsung

Kurang daripada 50.0% : tahap keprihatin kurang baik

50.0% : tahap keprihatin yang sederhana

Lebih daripada 560.0% : tahap keprihatin yang baik

100.0% : tahap keprihatin pengguna yang sangat baik

PENEMUAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan hasil kajian menggunakan perisian Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) 20. Tiga bentuk analisis yang dilakukan ialah analisis indeks keprihatinan pengguna

(IKP), analisis deskriptif (%) dan kuasa dua atau chi-square.

ANALISIS PRPOFIL DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan peratus jantina responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding jantina

responden lelaki dengan 60.2 % adalah responden perempuan manakala 39.8 % adalah responden

lelaki. Dari segi bangsa, 92 % dari keseluruhan responden terdiri dari bangsa Melayu diikuti 1.8 %

bangsa Cina Muslim dan baki 6.2 % bangsa India Muslim. Majoriti responden berumur di bawah 40

tahun (89.3 %) manakala 8 % responden berumur di antara 41 hingga 50 tahun dan baki 2.7 % ialah

mereka yang berumur melebihi 51 tahun.

Sementara itu, 77.0 % responden terdiri daripada mereka yang telah belum mendirikan rumah

tangga manakala 22.1 % adalah mereka yang telah berkahwin dan selebihnya 0.9 % adalah balu atau

isteri yang kematian suami. Dari segi latar belakang pekerjaan, 15 % responden berkhidmat di sektor

awam sambil 14.2 % lagi berkhidmat di sektor swasta. 8 % responden menjalankan perniagaan sendiri

dan hanya 1.8 % sahaja responden yang terdiri dari pesara. Baki 61.1 % adalah dari kalangan pelajar

IPT. Selain itu, kebanyakkan responden adalah berstatus pendidikan tinggi iaitu pemegang diploma ke

atas (72.6 %). Hanya 0.9 % daripada responden mempunyai tahap pendidikan setakat peringkat sekolah

rendah. 26.5 % lagi mempunyai latar pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah. Dari segi

lokasi kediaman, 41.6 % responden menetap di kawasan luar bandar manakala 58.4 % responden

tinggal di kawasan bandar.

ANALISIS INDEKS KEPRIHATINAN (IKP)

Dalam analisis hasil kajian ini, formula Technometrica Institute of Policy and Politics (TIPP)

digunakan bagi mengukur Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP) muslim terhadap isu halal haram

produk. Dengan menggunakan perisian SPSS 20, analisis aspek terhadap 41 pembolehubah telah

dilakukan yang dipecahkan kepada lima bahagian utama.

i. Aspek Keimanan

Aspek keimanan dirujuk kepada pembolehubah hukum penggunaan, pengaruh penggunaan, muslim

yang sejati dan hubungan umat Islam merupakan antara pemboleh ubah yang mencatatkan tahap

keprihatinan pengguna yang sangat baik seperti yang terdapat dalam Jadual 2. Manakala pembolehubah

yang selebihnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara iaitu 96.2 % untuk peranan muslim dalam

menjaga gelagat penggunaan mereka, 81.2 % untuk amalan yang dilakukan seseorang muslim yakni

membaca al-Quran. 94.2 % mewakili pemahaman mengenai konsep halal haram. Secara

keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek keimanan adalah sangat baik (92.7

%).

Page 4: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1248 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

ii. Aspek Pengetahuan

Dari aspek pengetahuan yang menguji pemahaman responden, menunjukkan nilai indeks keprihatinan

pengguna yang agak tinggi iaitu melebihi 70.0 % bagi setiap pembolehubah berkenaan seperti yang

terdapat dalam Jadual 3. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek

pengetahuan adalah sangat baik (83.5 %).

iii. Aspek Sikap

Aspek sikap merupakan tindakan pengguna untuk tidak membeli produk yang diragui status halalnya.

Ia mencatatkan indeks keprihatinan yang tertinggi iaitu 90.0 % (lihat Jadual 4). Sementara bagi

pemboleh ubah kepekaan pengguna dan kesalahan pengguna menunjukkan tahap keprihatinan sekitar

85.0 % manakala pembolehubah penelitian pengguna adalah bernilai 76.5 % iaitu yang terendah secara

perbandingannya antara pemboleh ubah. Bagi pembolehubah yang selebihnya juga mencatatkan nilai

melebihi 70.0 %. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari aspek sikap adalah

sangat baik (82.0 %).

iv. Aspek Persekitaran

Aspek persekitaran yang melibatkan faktor di sekeliling pengguna secara puratanya menunjukkan

keputusan yang memberangsangkan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 5. Tahap keprihatinan bagi

pembolehubah peranan pendidikan, peranan pasaraya dan peranan ibu bapa tidak menunjukkan

perbezaan yang ketara iaitu sekitar 90.0 %. Peranan internet sebagai sumber maklumat mencatatkan

keputusan purata yang paling rendah iaitu 79.4 % secara perbandingan dengan pembolehubah lain.

Sementara pembolehubah yang selebihnya adalah berada melebihi 80.0 % yang menunjukkan tahap

keprihatinan pengguna adalah tinggi. Secara keseluruhannya, IKP terhadap isu halal haram produk dari

aspek persekitaran adalah sangat baik (86.1 %).

v. Aspek Kesihatan

Dalam aspek kesihatan, terdapat enam pembolehubah penting termasuk kesucian produk yang

mencatatkan nilai purata tahap keprihatinan tertinggi iaitu 93.9 % berbanding pembolehubah yang lain.

Jadual 6 menunjukan keputusan purata indeks. Nilai yang paling rendah dicatatkan dalam aspek ini

adalah bagi pembolehubah penggunaan gelatin haiwan (77.7 %). Sementara bagi pembolehubah kualiti

dan sumber penghasilan masing-masing menunjukkan perbezaan nilai tahap keprihatinan yang tidak

ketara iaitu 86.9 % dan 86.0 %. Secara kesleuruhannya , IKP terhadap isu halal haram produk dari

aspek kesihatan adalah sangat baik (86.6 %).

Analisis Keseluruhan Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP)

Daripada Jadual 7 didapati secara keseluruhannya tahap keprihatinan pengguna adalah sangat baik iaitu

sebanyak 88.0 %. Nilai ini dikira sebagai purata Indeks Keprihatinan Pengguna (IKP) bagi kesemua

aspek yang diambil kira dalam kajian ini. Hal ini menunjukkan bahawa para pengguna mempunyai

tahap keprihatinan atau kesedaran yang tinggi mengenai isu-isu yang berlaku berkaitan halal-haram

sesuatu produk. Nilai indeks yang paling tinggi adalah bagi nilai aspek keimanan iaitu sebanyak 97.9 %

manakala nilai yang paling rendah adalah 81.6 % yang dicatatkan bagi aspek sikap.

Kesimpulannya sikap para pengguna terhadap isu-isu berkaitan halal-haram produk sangat

penting dalam melihat bagaimana perspektif atau tanggapan awal para pengguna Muslim amnya

terhadap isu ini. Oleh itu kajian tentang pembentukan indeks keprihatinan telah dilakukan dengan

tujuan untuk mengukur tahap keprihatinan pengguna muslim terhadap isu halal haram produk.

Sebanyak 41 pembolehubah dinilai dengan menggunakan formula asas indeks TIPP yang dibangunkan

oleh Technometrica Institute of Policy and Politics. Secara keseluruhannya tahap keprihatinan

pengguna bagi kelima-lima aspek yang dikaji menunjukkan bacaan nilai indeks yang sangat baik iaitu

86.2 % melebihi paras normal 50.0 %. Ini membuktikan para pengguna muslim yang dikaji begitu

prihatin mengenai isu halal haram produk atau dengan kata lain para pengguna Muslim sangat

mengambil berat soal penggunaan produk mereka.

Page 5: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1249

ANALISIS DESKRIFTIF

Dalam bahagian ini, analisis deskriptif dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap keprihatinan pengguna Muslim terhadap isu halal haram produk seperti yang telah dinyatakan

dalam objektif kajian. Analisis akan dipecahkan kepada lima bahagian utama iaitu berdasarkan aspek

keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran, dan kesihatan. Jadual kekerapan dipaparkan dalam Jadual-

jadual 8 hingga 12.

Aspek Keimanan

Berdasarkan Jadual 8, majoriti responden (96.5 %) mengakui bahawa mereka merupakan seorang

muslim yang patuh pada ajaran dan kehendak Islam sementara 3.5 % meletakkan dalam keadaan yang

tidak pasti. Namun, jawapan ini mungkin agak subjektif berdasarkan kejujuran responden. Misalnya,

terdapat juga dalam kalangan responden yang gagal menyempurnakan amalan wajib umpamanya solat

lima waktu tetapi masih menganggap diri mereka seorang yang benar-benar patuh pada perintah Allah

SWT. Sementara itu, 80.5 % responden menyatakan bahawa mereka membaca al-Quran sekurang-

kurangnya sekali dalam seminggu manakala 8.8 % lagi adalah tidak pasti. Baki responden, 10.6 %

menunjukkan mereka ini tidak bersetuju dengan kenyataan sedemikian. Ini menunjukkan mereka tidak

membaca al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka di samping menjadi benteng keimanan

kepada manusia dari godaan musuh Islam.

Berkenaan konsep halal, 95.5 % responden menyatakan mereka memahami pengertian dan

asas konsep halal berlandaskan Islam. Sebanyak 99.1 % responden mengakui hukum penggunaan

produk atau makanan halal wajib bagi setiap umat Islam. Ini kerana, penggunaan produk atau makanan

yang halal beerti menggunakan sesuatu yang mampu member manfaat kesihatan kepada tubuh badan.

Begitu juga dengan pengaruh keimanan, 92.1 % responden bersetuju bahawa penggunaan sesuatu

produk boleh mempengaruhi keimanan seseorang. Sebab itu, umat Islam perlu menjauhi dari

penggunaan produk-produk atau makanan yang tidak halal kerana dikhuatiri boleh menjejaskan

keimanan seseorang. Peranan pendidikan dalam mempengaruhi gaya penggunaan individu turut

dipersetujui oleh 99.1 % responden. Banyak kajian-kajian terdahulu menunjukkan medium pendidikan

merupakan antara alat yang signfikan dalam mencorak keperibadian dan gaya seseorang individu

khususnya umat Islam.

Memang tidak dapat di sangkal lagi, prinsip seorang Muslim yang sejati adalah dengan

mengamalkan setiap suruhan atau perintah Allah SWT dan meninggalkan atau menjauhi larangannya.

Kesemua responden bersikap positif pada kenyataan tersebut. Selain itu, seseorang individu Muslim

yang memelihara atau menjaga hubungan atau ikatan dengan Allah SWT sentiasa mempersiapkan diri

mereka untuk menjauhi atau mengelakkan dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan bukan

sahaja pada dri sendiri tetapi juga kepada pihak lain seperti yang diakui oleh 99.1 % responden.

Aspek Pengetahuan

Aspek pengetahuan cuba melihat tahap maklumat atau informasi yang dipunyai oleh setiap pengguna

Muslim dalam memperuntukkan penggunaan sesuatu produk atau makanan halal. Jadual 9

menunjukkan hasil keputusan bagi aspek ini. 78.8 % responden percaya bahawa produk atau makanan

yang dihasilkan atau diusahakan oleh pengeluar Muslim diyakini kehalalannya tanpa wujud perasaan

sangsi atau keraguan. Namun, 6.2 % responden berpandangan sebaliknya. Banyak laporan yang telah

disiarkan di dada-dada akhbar mahupun di dalam laman web (website) tertentu yang memaparkan kes

di mana terdapat kalangan pengusaha Muslim yang mengabaikan prinsip halal dalam pengeluaran

termasuk keadaan persekitaran yang kotor, sumber yang diragui dan sebagainya. Sebanyak 99.1 %

responden mengetahui hakikat khinzir atau babi adalah haram di sisi Islam. Sebanyak 0.9 % responden

pula tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Ini mungkin dari perspektif mereka, bukan sahaja

khinzir atau babi yang diharamkan dalam Islam, malah banyak lagi sebenarnya contohnya arak.

Produk yang halal adalah dihasilkan dari sumber yang bersih, suci dan berkualiti. 99.1 %

responden mengakui kebenaran pernyataan berkenaan. Sebanyak 0.9 % responden bertindak

sebaliknya. Bagi mereka tidak semestinya produk yang halal itu dihasilkan dengan menggunakan

sumber-sumber yang terjamin kebersihan dan kesuciannya. Sumber bukan sahaja tetakluk pada bahan-

bahan yang digunakan tetapi merangkumi pekerja yang terlibat. Misalnya banyak restoran India

muslim yang menggajikan para pekerja yang latar belakangnya bukan beragama Islam. Dalam konteks

berlainan, 96.5 % responden bersetuju terdapat lambakan produk halal di pasaran pada masa kini. Ini

sedikit sebanyak memberi kesenangan kepada pengguna Muslim untuk mendapatkan produk atau

makanan yang halal. 99.1 % responden bersetuju bahawa, logo halal yang sah digunakan adalah logo

Page 6: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1250 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja. Tetapi 0.9 % menyangkal dakwaan berkenaan. Ini kerana

logo halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam

Negeri (JAIN) juga adalah sah digunakan.

Sementara itu, 69.0 % responden besetuju bahawa sesuatu produk atau makanan yang

mempunyai logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM adalah tidak halal digunakan. Namun

kenyataan ini dibantah oleh 9.7 % responden. Logo halal bukan sahaja dikeluarkan oleh JAKIM, tetapi

banyak lagi agensi pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dalam konteks berlainan,

majoriti responden bersepakat bahawa mereka akan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh

pengusaha bukan Muslim sekiranya produk berkenaan mempunyai status logo halal JAKIM yang sah

walaupun 10.8 % reponden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Premis atau restoran yang

mempunyai sijil halal yang sah adalah dijamin dan diyakini kebersihan dan kehalalanya. Ini disokong

oleh lebih 75.0 % responden manakala kurang 8.0 % menyangkal hujah berkenaan. Seterusnya, 93.8 %

responden bersetuju bahawa terdapat pelbagai logo halal (tidak diiktiraf JAKIM) yang mengelirukan

berada di pasaran sehingga menyukarkan mereka untuk membuat pilihan semasa membeli.

Aspek Sikap

Dari segi sikap, antara pembolehubah atau soalan yang diajukan kepada responden termasuklah

berkaitan keprihatinan mereka terhadap isu-isu produk atau makanan halal. 93.8 % responden

mengakui bahawa mereka sentiasa mengambil berat tentang isu-isu berkaitan produk halal. Lantaran

itu, 98.2 % responden bersetuju bahawa, mereka tidak akan membeli sesuatu produk khususnya

makanan sekiranya mendapati status halal produk berkenaan diragui. 83.2 % responden juga bersetuju

dengan kenyataan bahawa penggunaan sesuatu produk halal adalah merupakan pilihan masing-masing

atau individu itu sendiri. Kini, banyak lambakan produk makanan amnya di pasaran sama ada yang

diimport atau yang tempatan dan kedua-dua ini turut mempunyai logo halal. Namun lebih 90.0 %

responden lebih mempercayai status halal produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan berbanding

produk yang dihasilkan di luar negara.

Selain itu, antara komponen penting dalam sikap seseorang pengguna turut dapat dilihat

berdasarkan kenyataan berkaitan pembelian produk halal. Buktinya 87.6 % responden menyatakan

mereka hanya membeli sesuatu produk sekiranya produk berkenaan mempunyai logo halal JAKIM

yang sah walaupun kurang 3.0 % responden bertindak sebaliknya. Untuk itu, 85.8 % responden

bersetuju bahawa mereka tidak akan membeli produk (makanan) itu sungguhpun produk tersebut

adalah menjadi kegemaran mereka. Tindakan proaktif pengguna Muslim dalam meraih maklumat

berkaitan halal dari pelbagai sumber turut terserlah. Buktinya, 84.0 % responden sentiasa berusaha

untuk mendapatkan perkembangan semasa berkenaan produk halal samada melalui pembacaan

mahupun di internet.

Di samping itu, terdapat segelintir responden (5.3 %) yang tidak meneliti terlebih dahulu

kandungan atau bahan yang digunakan bagi penghasilan sesuatu produk sama ada bahan yang

digunakan itu adalah sesuai atau halal di sisi syarak. Seterusnya, komponen terakhir dalam aspek sikap

adalah berkaitan kesan kepada pengguna itu sendiri. Lebih 97.0 % responden bersetuju bahawa mereka

akan merasa bersalah sekiranya menggunakan produk (makanan) yang tidak mempunyai halal (sah)

bahkan yang tidak mempunyai logo halal.

Aspek Persekitaran

Aspek persekitaran melibatkan keadaan di sekeliling yang mempengaruhi gaya penggunaan seseorang

individu Muslim itu. Komponen pertama adalah berkaitan peranan media massa. Sebanyak 85.9 %

responden bersetuju bahawa peranan medium seperti televisyen dan radio adalah sangat penting dalam

membekalkan pengguna maklumat yang tepat dan terkini khususnya berkenaan isu-isu semasa produk

halal. Sebaliknya, 6.1 % responden menafikan tindakan medapatkan maklumat melalui internet kerana

dikhuatiri maklumat yang dipaparkan itu tidak mempunyai bukti-bukti yang sahih dan sumber yang sah

melainkan dari laman web yang diyakini kesahan seperti JAKIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia

(PPIM) dan sebagainya. Majoriti responden menyatakan bahawa mereka tidak akan ke premis atau

restoran yang tidak mempunyai logo halal yang sah walaupun di ajak teman-teman atau sahabat rapat.

99.1 % responden mengakui bahawa, peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorak gaya

penggunaan melalui asas pendidikan di rumah.

Persekitaran pekerjaan menyaksikan pelbagai kaum terdapat dalam sesebuah organisasi

misalnya pekerja Melayu, China dan India. Bagi pengguna Muslim (Melayu), pasti merasakan tercabar

dalam situasi berkenaan khususnya dalam aspek penggunaan (produk) yang halal. 92.0 % responden

menyifatkan mereka tidak sama sekali menggunakan produk (makanan) yang di beri rakan bukan

Page 7: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1251

Muslim sekiranya mendapati produk berkenaan tidak mempunyai logo halal yang sahih atau sah.

Keberkesanan pihak JAKIM dalam memantau perkembangan semasa berkaitan isu-isu produk halal

turut mendapat reaksi positif pengguna. Buktinya, 93.8 % responden yakin bahawa pihak JAKIM

mampu memantau dari masa ke semasa ke atas setiap produk halal yang terdapat di pasaran. Dalam

konteks majikan pula, 96.5 % responden mengakui bahawa mereka tidak akan sesekali menggunakan

(makan) produk (makanan) yang diberikan oleh majikan (bukan Muslim) sekiranya didapati produk

berkenaan tidak disertai dengan logo halal yang sah oleh JAKIM.

Aspek Kesihatan

Gaya penggunaan sesuatu produk sangat penting dalam memelihara tahap kesihatan seseorang. Antara

kenyataan yang disertakan di bawah aspek kesihatan adalah berkaitan kesucian dan kebersihan produk

halal. 99.1 % responden mengakui bahawa produk halal adalah diyakini kesuciannya, bersih dan

selamat untuk digunakan. Sebagai individu yang normal, soal kesihatan perlu diutamakan dalam

penggunaan sesuatu produk. Namun segelintir (2.7 %) responden bertindak sebaliknya iaitu

mengabaikan aspek kesihatan apabila menggunakan (memakan) sesuatu produk (makanan). Majoriti

responden (96.5 %) menyakini bahawa produk yang halal adalah bersih dan suci dari aspek

penyediaannya. Sememangnya di akui bahawa produk yang halal adalah sangat berkualiti dan diyakini

kerana setiap produk (makanan) telah melalui beberapa peringkat pemeriksaan bermula dari sumber

yang digunakan berdasarkan prosedur ketat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM dengan kerjasam

pihak berkuasa kesihatan. Dari segi sumber, 95.6 % responden bersetuju bahawa produk yang halal

adalah dihasilkan dari sumber atau bahan yang selamat dan bersih malah bebas dari pengaruh yang

boleh merosakkan mutu atau kualiti sesuatu produk. 74.8 % responden mengaku bahawa penggunaan

bahan berunsurkan gelatin haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan seseorang individu.

ANALISIS KUASA –DUA (CHI-SQUARE)

Analisis kuasa yang dilakukan menemukan hasil berikut:

1. Wujud hubungan beerti di antara parameter umur dengan aspek pengetahuan. Ertinya,

pembolehubah aspek pengetahuan dipengaruhi secara signifikan oleh faktor umur. Ini

bermakna, apabila umur seseorang itu meningkat maka berupaya menambahkan lagi ilmu

pengetahuan mereka. Dalam konteks ini, pegetahuan adalah melibatkan persoalan mengeni

halal haram sesuatu produk atau makanan. Gaya atau corak pemikiran atas paksi pengetahuan

dilihat turut berbeza dai segi umur. Misalnya, golongan muda (umur bawahan) mungkin tidak

arif lagi mengenai halal haram berbanding mereka yang dewasa (umur atasan).

2. Wujud hubungan beerti di antara parameter tahap pendidikan responden dengan aspek

persekitaran. Ertinya, pembolehubah aspek persekitaran dipengaruhi secara signifikan oleh

faktor tahap pendidikan. Peranan pendidikan sangat penting dalam memupuk nilai kesedaran

tentang betapa pentingnya pengambilan produk halal. Dalam konteks ini, tahap pendidikan

yang lebih baik dapat memastikan para pengguna untuk mengenalpasti sesuatu yang benar

atau sebaliknya. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang individu itu, maka tiada masalah

untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu isu khususnya isu halal haram,

menyelesaikan sesuatu permasalahan berbangkit, mengiktiraf peranan pihak berkuasa JAKIM

dan sebagainya.

3. Aspek keimanan mempunyai hubungan beerti dengan pembolehubah aspek pengetahuan. Hal

ini kerana, seseorang Muslim yang patuh pada ajaran Islam sewajarnya mengetahui selok-

belok mengenai halal haram menurut Islam termasuk dari aspek kandungannya seperti khinzir

adalah haram di sisi Islam. Malah, seseorang yang telah memahami tentang konsep halal

haram mengikut Islam sentiasa menyakini bahawa produk yang halal dihasilkan dari sumber

yang bersih, suci dan berkualiti. Sementara itu, penerapan nilai agama melalui pendidikan

mampu mempengaruhi gaya penggunaan seseorang individu. Misalnya, seseorang itu tidak

akan berasa ragu-ragu untuk membeli produk keluaran bukan Muslim asalkan ianya

mempunyai logo halal JAKIM yang sah.

4. Wujud hubungan yang bererti diantara aspek keimanan engan pembolehubah aspek

persekitaran. Ini menunjukkan bahawa seseorang Muslim yang patuh pada ajaran Islam dan

memahami konsep asas halal haram berlandasakan Islam umpamanya tidak akan sesekali

menggunakan produk yang diberi oleh rakan bukan Muslim apabila produk tersebut tidak

mempunyai logo halal yang sah. Malah penerapan nilai agama melalui pendidikan dilihat

Page 8: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1252 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

mampu memberi nilai kesedaran tentang betapa pentingya pengambilan produk halal. Jika

seseorang itu mengiktiraf penggunaan sesuatu produk boleh mempengaruhi keimanan, maka

mereka tidak akan sesekali menggunakan produk (makanan) yang disediakan oleh majikan

(bukan Muslim) sekiranya mendapati produk (makanan) itu samar tentang halalnya.

5. Pembolehubah aspek keimanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah

aspek kesihatan. Dengan kata lain, kedua-dua pembolehubah saling mempengaruhi antara satu

sama lain. Umpamanya, seseorang individu yang arif mengenai konsep halal haram mengikut

Islam sentiasa menyakini bahawa produk yang halal adalah dijamin selamat, suci dan bersih

dari segi penyediaanya. Ini kerana produk yang mempunyai sijil halal JAKIM perlu melalui

proses atau prosedur standard yang ketat sebelum diiktiraf sebagai produk halal.

Memandangkan hukum penggunaan sesuatu produk atau makanan adalah wajib, maka produk

yang halal adalah dihasilkan dari sumber yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

6. Wujud hubungan yang signifikan di antara pembolehubah aspek pengetahuan dengan

pembolehubah aspek sikap pengguna. Kedua-dua pembolehubah ini saling mempengaruhi

antara satu sama lain. Misalnya, memandangkan logo halal yang sah hanya dikeluarkan oleh

pihak JAKIM sahaja, kebanyakan pengguna Muslim amnya memastikan bahawa mereka

hanya membeli produk yang mempunyai logo halal JAKIM sahaja. Disebabkan terdapat

pelbagai lambakan jenis produk yang berada di pasaran,maka seseorang individu akan sentiasa

berusaha untuk mengenalpasti produk yang tidak halal digunakan melalui pembacaan samada

di akhbar-akhbar atau majalah berkaitan mahupun internet.

7. Pembolehubah aspek sikap dan pembolehubah aspek kesihatan turut mempunyai hubungan

yang signifikan di antara satu sama lain. Misalnya, seseorang individu yang amat mengambil

berat soal kesihatan apabila menggunakan sesuatu produk akan sentiasa memastikan bahawa

produk berkenaan adalah halal di samping bahan-bahan atau kandungan yang digunakan tidak

membahayakan kesihatan. Lazimnya, seseorang individu itu hanya membeli sesuatu produk

yang mempunyai logo halal JAKIM sahaja kerana produk yang mempunyai sijil halal JAKIM

adalah sangat berkualiti, dari sumber yang halal, dan bersih dari segi penyediaannya ekoran

prosedur standard yang amat ketat dipraktikkan oleh pihak JAKIM. Malah, seseorang individu

juga tidak akan membeli sesuatu produk jika diragui status kehalalannya kerana produk yang

tidak halal dikhuatiri dihasilkan dari sumber yang tidak dibenarkan dari segi syarak dan boleh

menjejaskan tahap kesihatan.

RUMUSAN

Tiga bentuk analisis telah dijalankan merangkumi analisis indeks keprihatinan pengguna (IKP), analisis

deskriptif (%) dan analisis korelasi kuasa dua (chi-square). Setiap analisis berkenaan telah memberikan

keputusan yang berbeza.

Analisis IKP dilihat telah memenuhi objektif kajian yang pertama iaitu membentuk IKP

terhadap isu halal haram produk. Objektif pertama iaitu membentuk indeks keprihatinan pengguna

terhadap isu halal dan haram produk di lihat telah mencapai sasarannya. Dengan menggunakan

formula asas yang telah dibentuk oleh Technometrica Institute of Policy and Politics (TIPP), maka

pengiraan indeks berjaya dilakukan. Nilai indeks bagi setiap aspek keimanan, pengetahuan, sikap,

persekitaran dan kesihatan berada pada tahap yang sangat baik melebihi paras normal 50.0 %. Ini

menunjukkan pengguna muslim amnya mempunyai tahap keprihatinan yang sangat baik terhadap isu-

isu berkenaan dengan halal dan haram sesuatu produk terutamanya yang melibatkan makanan.

Penemuan ini tidaklah menghairankan kerana masyarakat Islam dewasa ini kian peka terhadap

keperluan mengambil dan menggunakan produk halal. Kesedaran ini adalah atas daya usaha badan-

badan agama di negara ini khususnya pihak JAKIM dalam memberikan maklumat kepada pengguna.

Untuk mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman pengguna berkenaan konsep kepenggunaan

berlandaskan prinsip Islam, maka analisis berbentuk deskriptif (%) telah digunakan. Setiap

pembolehubah berkenaan telah memberikan keputusan yang berbeza di antara satu sama lain. Hasil

kajian secara keseluruhannya mendapati responden lebih menekankan cita rasa individu berbanding

persoalan halal haram. Undian secara atas talian (online) yang dijalankan oleh Halaljournal.com (2007)

menunjukkan 50.0 % pengguna menganggap konsep produk atau makanan halal lebih merupakan

keperluan untuk keselamatan dan kebersihan berbanding kehendak agama. Dapatan yang hampir sama

disokong semasa pengguna membuat pilihan ketika berada di luar negara. Hampir 75.0 % pengguna

Muslim di luar negara membuat pilihan berpandukan kandungan bahan yang tertulis pada bungkusan

produk berbanding produk yang berlogo halal. Ini menunjukkan bahawa keutamaan membeli produk

yang mempunyai logo halal sebenarnya tidak menjadi syarat utama pengguna Muslim ketika membuat

Page 9: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1253

pilihan. Dengan kata lain, rata-rata pembeli Muslim masih memberi keutamaan kepada aspek-aspek

lain seperti harga, cita rasa, pembungkusan dan kualiti.

Selain itu, hasil kajian ini mendapati 86.0 % responden menyatakan bahawa mereka

mengetahui berkenaan konsep asas halal haram dalam Islam. Ini juga boleh dikaitkan dengan peranan

pendidikan dan pihak berkuasa JAKIM dalam memupuk kesedaran dan keprihatinan dalam kalangan

pengguna Muslim. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir responden yang masih lagi tidak pasti

status halal haram pada sesuatu produk terutamanya makanan. 84 % responden menyatakan terdapat

beberapa logo halal (tidak diiktiraf JAKIM) yang mengelirukan dalam sesuatu produk di pasaran. Hal

ini menyebabkan para pengguna Muslim menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti logo halal yang

benar-benar sah untuk digunakan. Ini menunjukkan bahawa responden sebenarnya tidak memahami

sepenuhnya konsep halal haram dalam Islam.

Dari aspek pengetahuan pula, 16.0 % responden dilihat tidak bersetuju bahawa produk yang

mempunyai logo halal tanpa pengiktirafan JAKIM adalah tidak halal digunakan. Ini merupakan satu

masalah besar kepada para pengguna. Kepelbagaian produk dan logo halal di pasaran telah

mencetuskan polemik tersebut. Tinjauan yang sama telah dijalankan oleh Halaljournal ke atas produk

farmaseutikal dan kosmetik. Bagi farmaseutikal, 75.0 % pengguna menyatakan mereka masih tetap

memilih produk yang telah biasa digunakan walaupun tidak halal berbanding produk halal yang

diketahui telah berada di pasaran. Hanya 13.0 % pengguna sahaja akan beralih kepada produk

farmaseutikal halal sekiranya dimaklumkan kehadirannya di pasaran. Ini secara tidak langsung

memberi isyarat kepada tahap asas kefahaman pengguna Muslim yang masih lagi rendah mengenai

kepentingan mengguna produk dan barangan yang halal.

Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat juga dalam kalangan responden

yang menyatakan bahawa tidak semua premis makanan atau restoran yang mempunyai sijil halal

adalah terjamin halal makanannya terutamanya yang dimiliki oleh pengusaha bukan Muslim.

Sungguhpun begitu, statistik permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) menunjukkan kebanyakan

pemohon atau pemegang adalah terdiri daripada pengusaha makanan bukan Islam. Amat menyedihkan

apabila didapati golongan pengusaha makanan Islam yang memohon SPH adalah kecil jumlahnya

berbanding pengusaha bukan Islam. Ini merupakan suatu dilema dalam kalangan pengguna Muslim.

Pengguna Islam perlu menggunakan kuasa membeli mereka untuk mendidik pengeluar dan premis

makanan berhubung kepentingan mendapatkan sijil halal JAKIM demi pertumbuhan perniagaan

mereka masa depan. Prinsip asas dalam pengeluaran SPH oleh JAKIM dan JAIN adalah cukup jelas.

Sesuatu produk atau makanan itu bukan sahaja perlu halal tetapi juga baik (halalan tayyiba), iaitu tidak

memudaratkan pengguna. Segala aspek kesihatan, kebersihan dan keselamatan turut di ambil perhatian

dalam meluluskan permohonan sijil halal ini selain menitikberatkan aspek berkaitan bahan-bahan

ramuan yang digunapakai dalam penghasilan produk.

Pengetahuan responden terhadap status makanan atau ingredien saintifik juga boleh

dikategorikan pada tahap sederhana lemah dan kabur. Ini mungkin terjadi akibat kurangnya penyebaran

maklumat, kurangnya pendedahan serta pendidikan kepenggunaan dalam masyarakat di negara ini.

Secara umumnya masyarakat kita bukanlah masyarakat yang secara majoritinya mempunyai

pendidikan tentang kepenggunaan dan kurang lantang dalam membangkitkan isu berkaitan termasuklah

keraguan dalam isu halal haram makanan. Hanya sesetengah komuniti dan badan sahaja yang lantang

dalam bertindak mempertahankan hak kepenggunaan secara umumnya. Pada sesetengah isu status

makanan, seperti pepsin, shortening dan asid lemak, pengkaji mendapati respon responden yang

majoritinya merasa ‘tidak pasti’, menggambarkan kecetekan pengetahuan kebanyakan responden

terhadap sesuatu isu terutama mengenai isu saintifik dalam bidang makanan.

Persepsi dan kefahaman responden secara keseluruhannya terhadap konsep pemakanan yang

halal, haram dan syubhah dalam Islam adalah baik dan memuaskan Ini dapat dinilai apabila majoriti

responden memberikan respon yang membuktikan mereka faham akan konsep halal haram pemakanan

di dalam Islam dalam soal selidik yang dikemukakan dan kurang daripada 5% responden yang kabur

dengan isu-isu terhadap konsep halal, haram dan syubhah dalam pemakanan yang dikemukakan. Ini

menggambarkan majoriti responden mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang baik terhadap

konsep-konsep asas pemakanan dalam Islam. Dapat disimpulkan walaupun persepsi dan kefahaman

majoriti responden adalah berada pada tahap yang baik, tetapi sebahagian kecil masih lemah dari sudut

pelaksanaan dan praktisnya dalam kehidupan seharian. Ini mungkin terjadi akibat sikap kurang peka

dan sambil lewa dalam melaksanakan aktiviti seharian sedangkan di dalam Islam segala aktiviti adalah

ibadah. Ibubapa muslim seharusnya peka terhadap kesucian sumber pendapatan masing-masing kerana

ia merupakan antara asas utama dalam memastikan sumber makanan adalah halal. Jika kandungannya

adalah halal, kualiti makanan adalah baik, kebersihan produk terjamin, tetapi dibeli menggunakan

wang syubhah dan haram, makanan tersebut tetap dianggap syubhah dan haram.

Page 10: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1254 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

Justeru itu, adalah diharapkan bahawa hasil daripada kajian yang dijalankan ini dapat memberi

manfaat atau faedah kepada semua pihak. Maklumat dan bahan berkaitan produk halal dapat

dikumpulkan sebagai garis panduan kepada para pengguna bagi mengenalpasti kehalalan produk yang

mereka gunakan. Selain itu, kajian turut berjaya menerbitkan satu garis panduan yang lengkap dalam

membantu para pengguna Muslim khususnya menggunakan produk atau makanan yang halal selain

informasi penting kepada pengguna. Pembentukan IKP dilihat dapat memberi gambaran jelas mengenai

tahap keprihatinan pengguna Muslim berkenaaan isu halal haram produk. Pihak berkuasa khususnya

JAKIM atau JAIN boleh menggunakan nilai IKP ini bagi merangka strategi sama ada untuk

mengekalkan atau meningkatkan lagi nilai IKP berlandaskan tindakan-tindakan yang sesuai. Misalnya,

jika nilai IKP kurang 50.0% maka sesuatu perlu dilakukan oleh pihak JAKIM atau JAIN kerana nilai

tersebut melambangkan tahap keprihatinan pengguna sangat rendah. Sebagai rumusan, kajian ini dapat

membantu pihak JAKIM dan JAIN dalam memantau, memberi pendedahan dan kesedaran kepada

masyarakat mengenai garis panduan produk atau makanan halal yang sebenar mengikut Islam selaras

hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran makanan halal dunia.

RUJUKAN

Berita Harian. (2013). Kepenggunaan: Pekakah Pengguna Muslim? 16 Mac.

Maa’mor Osman. (2003). “Kepentingan Makanan Halal dan Selamat ke Arah Keharmonian

Masyarakat dan Negara”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kempen Makanan Halal

dan Selamat. Kuala Lumpur, Januari.

Methodology. (2013). Atas talian: http://www.tipponline.com/methodology/tipp indexes/methodology.

Akses pada 20 April.

Nor Aini Haji Idris et al. (2007). Malaysia ke Arah Hab Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Technometrica Market Intellighence. (2013). Atas talian: http://www.technometrica.com/. Akses pada

18 April.

Zainal Azman Haji Abu Kasim. (2003). “ Market,potential and Challenges for the Halal Food

Industries”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Halal: The Concept and its Business

Opportunities. Kuala Lumpur, 6-7 Mac.

JADUAL 1: Profil Demografi Responden

ITEM KEKERAPAN

(N = 113)

PERATUS RESPONDEN

YANG TERLIBAT (%)

Jantina :

- Lelaki

- Perempuan

45

68

39.8

60.2

Bangsa :

- Melayu

- Cina Muslim

- India Muslim

104

2

7

92.0

1.8

6.2

Umur :

- Kurang 21 tahun

- 22 hingga 40 tahun

- 41 hingga 50 tahun

- 51 hingga 60 tahun

- 60 tahun ke atas

51

50

9

2

1

45.1

44.2

8.0

1.8

0.9

Status Perkahwinan :

- Bujang

- Berkahwin

- Balu

87

25

1

77.0

22.1

0.9

Pekerjaan :

- Sektor awam

- Sektor swasta

- Bekerja sendiri

- Pesara

- Pelajar IPT

17

16

9

2

69

15.0

14.2

8.0

1.8

61.1

Tahap Pendidikan:

Page 11: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1255

- Sekolah Rendah

- Sekolah Menengah

- Institusi Pengajian Tinggi

1

30

82

0.9

26.5

72.6

Kawasan Tempat Tinggal :

- Bandar

- Luar Bandar

66

47

58.4

41.6

Sumber: Kaji selidik 2012

JADUAL 2: Aspek Keimanan

No. P1+

P1-

P3 P2+

P2-

Ki Purata

1 83 0 4 26 0 92.5

2 67 5 10 24 7 81.2

3 71 0 5 37 0 89.6

4 95 0 1 17 0 93.6

5 75 0 9 29 0 96.2

6 88 0 1 24 0 94.2

7 101 0 0 12 0 97.4

8 100 0 1 12 0 96.9

92.7

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 3: Aspek Pengetahuan

No. P1+

P1-

P3 P2+

P2-

Ki Purata

1 49 1 17 40 6 78.7

2 90 0 0 22 1 94.4

3 77 1 1 34 0 91.1

4 66 0 4 43 0 89.4

5 72 0 5 35 1 89.4

6 39 5 24 39 6 72.3

7 42 3 18 41 9 74.4

8 38 1 17 49 8 75.0

9 61 0 7 45 0 87.0

83.5

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 4: Aspek Sikap

No. P1+

P1-

P3 P2+

P2-

Ki Purata

1 58 0 7 48 0 85.9

2 72 1 1 39 0 90.0

3 51 4 9 43 6 79.0

4 46 1 6 56 4 81.4

5 45 1 10 54 3 80.7

6 47 1 11 50 4 80.2

7 37 1 12 58 5 77.6

8 36 2 15 56 4 76.5

9 62 0 1 48 2 86.7

82.0

Sumber: Kaji Selidik 2012

Page 12: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1256 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

JADUAL 5: Aspek Persekitaran

No. P1+

P1-

P3 P2+

P2-

Ki Purata

1 56 0 10 41 6 85.2

2 44 1 9 53 6 79.4

3 54 0 5 54 0 85.8

4 72 0 1 40 0 90.7

5 45 0 7 59 2 82.5

6 50 0 6 56 1 84.3

7 54 0 4 55 0 86.1

8 70 0 2 41 0 90.0

9 73 0 1 39 0 90.9

86.1

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 6: Aspek Kesihatan

No. P1+

P1-

P3 P2+

P2-

Ki Purata

1 86 0 1 26 0 93.9

2 65 0 4 41 3 84.9

3 72 0 4 37 0 90.1

4 55 0 5 53 0 86.0

5 60 0 4 48 1 86.9

6 46 0 24 38 5 77.7

86.6

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 7: Indeks Keseluruhan

Perkara IKP Purata

Aspek Keimanan 92.7

Aspek Pengetahuan 83.5

Aspek Sikap 82.0

Aspek Persekitaran 86.1

Aspek Kesihatan 86.6

86.2

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 8: Aspek Keimanan

PEMBOLEHUBAH

ATS TS TP S SS

N % N % N % N % N %

Saya merupakan seorang Muslim yang patuh

pada ajaran Islam.

- - - - 4 3.5 26 23.0 83 73.5

Saya membaca al-Quran sekurang-kurangnya

sekali dalam seminggu.

5 4.4 7 6.2 10 8.8 24 21.2 67 59.3

Saya faham tentang konsep halal haram

mengikut Islam.

- - - - 5 4.4 37 32.7 71 62.8

Hukum penggunaan produk/makanan halal

adalah wajib.

- - - - 1 0.9 17 15.0 95 84.1

Penggunaan sesuatu produk boleh

mempengaruhi keimanan seseorang.

- - - - 9 8.0 29 25.7 75 66.4

Penerapan nilai agama melalui pendidikan

mampu mempengaruhi gaya penggunaan

seseorang individu.

- - - - 1 0.9 24 21.2 88 77.9

Muslim yang sejati ialah mereka yang

mengamalkan suruhan Allah SWT dan

meninggalkan segala laranganNya.

- - - - - - 12 10.6 101 89.4

Umat Islam yang memelihara hubungan dengan - - - - 1 0.9 12 10.6 100 88.5

Page 13: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1257

Allah SWT akan sentiasa mengelakkan dirinya

dari perkara yang tidak baik.

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 9: Aspek Pengetahuan

PEMBOLEHUBAH

ATS TS TP S SS

N % N % N % N % N %

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim

diyakini produk yang halal.

1 0.9 6 5.3 17 15.0 40 35.4 49 43.4

Khinzir/babi adalah haram di sisi Islam. - - 1 0.9 - - 22 19.5 90 79.6

Produk yang halal dihasilkan dari bahan yang

bersih, suci, dan berkualiti.

1 0.9 1 0.9 34 301 77 68.1

Terdapat pelbagai jenis produk halal berada di

pasaran pada masa kini.

- - - - 4 3.5 43 38.1 66 58.4

Logo halal yang sah hanya dikeluarkan oleh pihak

JAKIM sahaja.

- - 1 0.9 5 4.4 35 31.0 72 63.7

Produk yang mempunyai logo halal tanpa

pengiktirafan JAKIM adalah tidak halal

digunakan.

5 4.4 6 5.3 24 21.2 39 34.5 39 34.5

Saya tidak ragu-ragu untuk membeli produk

keluaran bukan Muslim asalkan ianya mempunyai

logo halal JAKIM.

3 2.7 9 8.0 18 15.9 41 36.3 42 37.2

Setiap premis makanan/restoran yang mempunyai

sijil halal adalah terjamin halal makanannya

1 0.9 8 7.1 17 15.0 49 43.4 38 33.6

Terdapat beberapa logo halal (tidak diiktiraf

JAKIM) yang mengelirukan dalam sesuatu

produk di pasaran.

- - - - 7 6.2 45 39.8 61 54.0

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 10: Aspek Sikap

PEMBOLEHUBAH

ATS TS TP S SS

N % N % N % N % N %

Saya sentiasa prihatin/peka terhadap isu-isu

berkaitan produk/makanan yang dikatakan

tidak halal.

- - - - 7 6.2 48 42.5 58 51.3

Saya tidak akan membeli sesuatu produk jika

saya meragui status kehalalannya.

1 0.9 - - 1 0.9 39 34.5 72 63.7

Penggunaan sesuatu produk halal adalah

pilihan masing-masing.

4 3.5 6 5.3 9 8.0 43 38.1 51 45.1

Saya lebih yakin status kehalalan produk

makanan tempatan berbanding yang dimport.

1 0.9 4 3.5 6 5.3 56 49.6 46 40.7

Saya hanya membeli sesuatu produk yang

mempunyai logo halal JAKIM sahaja.

1 0.9 3 2.7 10 8.8 54 47.8 45 39.8

Saya tidak akan membeli produk makanan

yang digemari walaupun saya ragu-ragu

mengenai status kehalalannya.

1 0.9 4 3.5 11 9.7 50 44.2 47 41.6

Saya sentiasa berusaha untuk mengenal pasti

produk yang tidak halal digunakan melalui

pembacaan atau internet.

1 0.9 5 4.4 12 10.6 58 51.3 37 32.7

Saya selalu meneliti tentang bahan-bahan

yang digunakan dalam penghasilan sesuatu

produk.

2 1.8 4 3.5 15 13.3 56 49.6 36 31.9

Saya bersalah jika mengambil produk yang

tidak sah halal haramnya.

- - 2 1.8 1 0.9 48 42.5 62 54.9

Sumber: Kaji Selidik 2012

Page 14: Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal ... · PDF fileAnalisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks Nor Aini Haji

1258 Nor Aini Haji Idris, Mohd Ali Mohd Noor

JADUAL 11: Aspek Persekitaran

PEMBOLEHUBAH

ATS TS TP S SS

N % N % N % N % N %

Media massa (tv dan radio) sangat

membantu saya dalam mendapatkan

maklumat tentang produk halal.

- - 6 5.3 10 8.8 41 36.3 56 49.6

Jika terdapat keraguan mengenai satus

halal sesuatu produk, saya terus dapatkan

maklumat mengenainya di internet.

1 0.9 6 5.3 9 8.0 53 46.9 44 38.9

Saya tidak akan pergi ke sesebuah

restoran/premis makanan apabila diajak

rakan-rakan sekiranya saya musykil status

kehalaln restoran/premis makanan

tersebut.

- - - - 1 0.9 40 35.4 72 63.7

Peranan ibu bapa sangat penting dalam

mendidik anak-anak mengenai soal halal

dan haram.

- - - - 1 0.9 40 35.4 72 63.7

Saya tidak akan sesekali menggunakan

produk yang diberi oleh rakan bukan

Muslim apabila produk tersebut tidak

mempunyai logo halal yang sah.

- - 2 1.8 7 6.2 59 52.2 45 39.8

Saya yakin pihak JAKIM mampu

memantau dari masa ke semasa ke atas

produk halal yang berada di pasaran.

- - 1 0.9 6 5.3 56 49.6 50 44.2

Saya tidak akan menggunakan produk

(makanan) yang disediakan oleh majikan

(bukan Muslim) sekiranya saya mendapati

produk (makanan) itu samar tentang

halalnya.

- - - - 4 3.5 55 48.7 54 47.8

Sumber: Kaji Selidik 2012

JADUAL 12: Aspek Kesihatan

PEMBOLEHUBAH

ATS TS TP S SS

N % N % N % N % N %

Produk yang halal diyakini

kesuciannya, selamat, dan berkualti.

- - - - 1 0.9 26 23.0 86 76.1

Saya amat mengambil berat soal

kesihatan apabila menggunakan

sesuatu produk.

- - 3 2.7 4 3.5 41 36.3 65 57.5

Saya yakin produk yang halal adalah

bersih dan suci dari segi

penyediaannya.

- - - - 4

3.5 37 32.7 72 63.7

Produk yang mempunyai sijil halal

JAKIM adalah sangat berkualiti kerana

ianya telah melalui prosedur standard

yang ketat.

- - - - 5 4.4 53 46.9 55 48.7

Produk yang halal dihasilkan dari

sumber yang selamat dan tidak

membahayakan kesihatan.

- - 1 0.9 4 3.5 48 42.5 60 53.1

Produk yang mempunyai gelatin

haiwan adalah sangat merbahaya untuk

kesihatan.

- - 5 4.4 24 21.2 38 33.6 46 40.7

Sumber: Kaji Selidik 2012