Analisis Kesalahan Bahasa

14
Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2 Analisis Kesalahan Bahasa Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan Penganalpastian kesalahan Ketepatan dan kewajaran Ketepatan pembetulan Infor : Mengenal pasti, menganalisis, dan membetulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks. Fokus kesalahan ialah: Ejaan Tanda baca Kosa kata Imbuhan Frasa Klausa dan ayat Nota : Peruntukan markah bagi bahagian ini ialah 15 markah. Peruntukan masa 30 minit. Calon perlu mengambil kira tiga aspek iaitu; Jenis kesalahan Sebab-sebab kesalahan Membuat pembetulan kesalahan Markah yang diperuntukkan ialah tiga markah bagi setiap analisis kesalahan.Calon perlu mengetahui ketiga- tiga aspek pengujian iaitu; kesalahan,alasan/sebab kesalahan, dan pembetulan kesalahan. Setiap kesalahan tatabahasa perlu dinyatakan sebab- sebabnya dengan jelas dan tepat.Calon tidak boleh mencatat jawapan secara ringkas, sebaliknya hendaklah menyalin setiap kesalahan yang hendak dibaiki itu secara teratur.Calon tidak boleh menjelaskan sesuatu kesalahan dengan hanya berdasarkan andaian semata- mata.Oleh sebab bahagian ini merupakan bahagian yang agar sukar bagi calon yang kurang kemahiran dalam bidang tatabahasa maka, calon hendaklah membuat banyak latihan agar berupaya membuat analisis tiga aspek tersebut. Calon hendaklah bersedia lebih awal dengan membuat latihan demi latihan supaya mereka dapat menguasai kemahiran menganalisis kesalahan bahasa. Strategi menjawab soalan: Oleh sebab, markah yang diperuntukan satu markah bagi setiap bahagian analisis, calon hendaklah berusaha untuk memproleh 3 markah penuh bagi setiap satu kesalahan. Calon perlu mengenal pasti jenis kesalahan Calon hendaklah menerangkan sebab-sebab kesalahan itu dengan terperinci. Jangan terburu-buru untuk menjawab , sebaliknya pastikan petikan dibaca dengan teliti serta cermat.Sambil membaca gariskan kesalahan yang ditemui. Untuk menambahkan kemahiran, calon dinasihatkan agar sentiasa membuat latihan menganalisis sesuatu kesalahan bahasa. Latihan yang kerap akan menambahkan keyakinan calon menjawab dengan tepat. Mnasir75 1

description

blog

Transcript of Analisis Kesalahan Bahasa

Page 1: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

Analisis KesalahanBahasa

Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan

Penganalpastian kesalahan Ketepatan dan kewajaran Ketepatan pembetulan

Infor :

Mengenal pasti, menganalisis, dan membetulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks. Fokus kesalahan ialah:

Ejaan Tanda baca Kosa kata Imbuhan Frasa Klausa dan ayat

Nota :

Peruntukan markah bagi bahagian ini ialah 15 markah. Peruntukan masa 30 minit. Calon perlu mengambil kira tiga aspek iaitu;

Jenis kesalahan Sebab-sebab kesalahan Membuat pembetulan kesalahan

Markah yang diperuntukkan ialah tiga markah bagi setiap analisis kesalahan.Calon perlu mengetahui ketiga-tiga aspek pengujian iaitu; kesalahan,alasan/sebab kesalahan, dan pembetulan kesalahan. Setiap kesalahan tatabahasa perlu dinyatakan sebab-sebabnya dengan jelas dan tepat.Calon tidak boleh mencatat jawapan secara ringkas, sebaliknya hendaklah menyalin setiap kesalahan yang hendak dibaiki itu secara teratur.Calon tidak boleh menjelaskan sesuatu kesalahan dengan hanya berdasarkan andaian semata-mata.Oleh sebab bahagian ini merupakan

bahagian yang agar sukar bagi calon yang kurang kemahiran dalam bidang tatabahasa maka, calon hendaklah membuat banyak latihan agar berupaya membuat analisis tiga aspek tersebut. Calon hendaklah bersedia lebih awal dengan membuat latihan demi latihan supaya mereka dapat menguasai kemahiran menganalisis kesalahan bahasa.

Strategi menjawab soalan:

Oleh sebab, markah yang diperuntukan satu markah bagi setiap bahagian analisis, calon hendaklah berusaha untuk memproleh 3 markah penuh bagi setiap satu kesalahan.

Calon perlu mengenal pasti jenis kesalahan

Calon hendaklah menerangkan sebab-sebab kesalahan itu dengan terperinci.

Jangan terburu-buru untuk menjawab , sebaliknya pastikan petikan dibaca dengan teliti serta cermat.Sambil membaca gariskan kesalahan yang ditemui.

Untuk menambahkan kemahiran, calon dinasihatkan agar sentiasa membuat latihan menganalisis sesuatu kesalahan bahasa.

Latihan yang kerap akan menambahkan keyakinan calon menjawab dengan tepat.

Buku-buku rujukan, buku tatabahasa dewan, kamus dewan, dan lain-lain majalah dapat membantu calon menentukan kesahihan jawapan.

Pemahaman terhadap sesuatu hukum tatabahasa, penggunaan istilah, pengimbuhan dan struktur ayat perlu dikuasai.

Semakan hendaklah dilakukan sebelum menghantar skrip jawapan.

Kelemahan Jawapan Calon

Mnasir75 1

Page 2: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

Kelemahan calon mungkin disebabkan olehkurang kemahiran untuk mengesan kesalahan, menjelas sebab-sebab kesalahan, dan membetulkan kesalahan. Kelemahan yang lazim adalah dalam aspek menjelaskan sebab-sebab kesalahan. Hal ini demikian kerana, calon tidak menguasai kemahiran berbahasa.Calon tidak yakin akan jawapan yang diberikan.Kebanyakan calon kurang peka dengan sistem ejaan bahasa Melayu, tidak memahami pola kesalarasan vokal, penggunaan tanda baca, penggunaan imbuhan, kata majmuk, kata ganda, kata tugas, dan struktur ayat. Kebanyakan calon hanya dapat mengenal pasti antara dua hingga empat kesalahan sahaja. Calon sebenarnya tidak pasti dengan kesalahan dalam teks. Calon menyenaraikan beberapa kesalahan yang sebenarnya bukan kesalahan yang dijadikan pengujian.

Ada calon yang hanya tahu jenis kesalahan tetapi tidak tahu menerangkan sebab-sebab kesalahan.Terdapat calon yang hanya tahu membuat pembetulan sahaja. Terdapat calon yang membuat sekap jarang mengubah perkataan yang sedia betul menjadi perkataan yang salah.

Secara keseluruhannya, bahagian ini cuba menguji penguasaan aspek tatabahasa yang meliputi morfologi dan sintaksis.Untuk memperoleh markah yang baik dalam bahagian ini langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan;

Pengusaaan yang mendalam tentang aspek tatabahasa. Oleh sebab bahagian ini menguji secara khusus tentang aspek tatabahasa, calon-calon dinasihati supaya menguasai dengan sepenuhnya tentang hukum-hukum tatabahasa. Buku tatabahasa yang mesti dirujuk dan menjadi peganan ialah buku tatabahasa Dewan. Hal ini sebenarnya sudah ditekankan dalam kertas I.

Calon mesti membiasakan diri menggunakan teknik menganalisis kesalahan bahasa apabila membaca sebarang bahan bacaan terutama akhbar, majalah, papan iklan, kain rentang, dan sebagainya. Dengan adanya latihan menggunakan teknik menganalisis akan memudahkan calon menguasai aspek tatabahasa.

Soalan-Soalan yang dikemukakan bermula dari tahun 2001 hingga 2007 adalah seperti berikut :

2001;i. kata sendi namaii. ayat tiada objekiii. imbuhan Me – kaniv. Klausav. Kesalahan ejaanvi. Kata ganda

2002 ;i. kata pemeriii. kata sendi namaiii. kesalahan ejaaniv. kata bilanganv. binaan ayat pasifvi. ayat tiada objek

2003;i. kata sendi namaii. binaan ayat pasifiii. kata gandaiv. kata kerja transitifv. penjodoh bilangan

2004 ;i. penjodoh bilanganii. ayat tiada subjekiii. kata hubung pancangan relatifiv. binaan ayat pasifv. imbuhan kata adjektifvi. imbuhan Memper – kanvii. kesalahan ejaan

2005 ;i. kata pemeriii. kata sendi namaiii. struktur ayat pasifiv. kata sendi namav. kata kerja aktif transitifvi. kata hubung komplemen

2006 ;i. kata hubung komplemenii. kata kerja transitifiii. tanda sempangiv. kata hubung gabunganv. kata hubung relatifvi. kita bilangan ordinal

2007

Mnasir75 2

Page 3: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

i. kata hubung relatifii. kata nafiiii. kata tanya dalam ayat penyataiv. ayat pasifv. kata seru Nah!

2008i. hukum DMii. kata hubung yang salahiii. kata hubung keterangan caraiv. olomof yang salahv. ayat tergantung tiada subjekvi. penjodoh bilangan selepas kata

bilanganvii. tiada objek selepas kata kerja

transitif

2009i. kata hubungan berpasanganii. kata nafiiii. salah hukum D-Miv. kata sendi namav. unsur lewah dalam kata maksud

jamak

2010

i. kata bilanganii. tiada kata hubung keteranganiii. kata hubung relatifiv. pemilihan diksi yang salahv. apitan MeN-kan yang salahvi. ayat transitif tiada objek

SOALAN 2001.Sejak sedekad yang lalu, banyak lebuh raya telah dibina, di antaranya lebuh raya yang menghubungkan utara dengan selatan, dan yang menghubungkan timur dengan barat di Semenanjung. Pembinaannya telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat korporat dengan menelan berbillion ringgit. Pembinaan prasarana itu juga memanfaatkan pengguna kerana dapat menghubungi antara satu tempat dengan tempat yang lain dengan lebih cepat.

SOALAN 2002

Universiti Panca Persada (UPP) adalah universiti berkembar yang terletak antara bandaraya pintar Cyberjaya dengan Seremban. Kini, UPP mempunyai lebih kurang 11 000 pelajar di kedua buah kampus, yang dilengkapi dengan

infrastruktur teknologi maklumat yang bertaraf dunia. Pelajar dan kakitangannya menikmati aplikasi-aplikasi teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati, antaranya penggunaan kad pintar, pentadbiran tanpa kertas, sistem pembelajaran multimedia,perpustakaan digital, dan sebagainya. Universiti telah mengadakan kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional. Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran. Sesungguhnya UPP akan terus meneroka ,menyelidik,dan menewarkan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada pelajar.

SOALAN 2003

Pengangguran bukanlah masalah utama di negara ini seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu,Sebenarnya, isu yang mereka timbulkan itu berpunca daripada sikap sebahagian besar anak-anak muda yang terlalu memilih pekerjaan. Golongan ini mengharapkan kepada pihak kerajaan menyediakan pekerjaan kepada mereka dengan alasan bahawa mereka memiliki kelulusan. Jika demikian, mungkinkah pihak kerajaan dapat berbuat demikian kepada setiap orang belia di negara ini?

SOALAN 2004

Setiap orang pekerja Syarikat Y begitu gembira setelah mendapat ganjaran daripada pihak majikan. Bagi kakitangan yang belum menerimanya diminta menghubungi pihak pengurusan syarikat pada bila-bila masa. Ganjaran itu diberikan sebagai tanda penghargaan pihak majikan kepada kakitangan syarikat yang telah bersama-sama memajukan syarikat tersebut. Golongan ini ternyata gembira dengan ganjaran tersebut dan melahirkan rasa kesyukuran kerana kesenangan yang mereka nikmati. Mereka juga berikrar untuk memajukan syarikat itu di samping menggembleng tenaga untuk memperindahkan kawasan syarikat supaya kelihatan ceria. Kini, kakitangan syarikat berkenaan sedang membuat persiapan terakhir untuk menjayakan pamiran barangan syarikat yang akan diadakan tidak lama lagi. Syarikat Y juga akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke -12 pada akhir tahun ini.

Mnasir75 3

Page 4: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

SOALAN 2005

Malaysia perlu berusaha menjadikan konsep “masyarakat berfikir” sebagai satu egenda penting dalam pembangunan bangsa dan pembinaan negara. “Masyarakat berfikir” adalah asas bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju di abad ke-12. Kemajuan material dan ekonomi yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan masyarakat berfikir. Masyarakat berfikir ialah masyarakat yang berwibawa, produktif, berfikiran jauh, optimistik pada perubahan, bersifat demokratik, dan dapat membina serta mempertahankan nilai-nilai yang menjamin kesejahteraan anggota masyarakatnya. Masyarakat yang mempunyai tahap berfikir yang rendah merupakan masyarakat yang tidak mempunyai daya kekuatan, daya ketahanan psikologi, dan tidak dapat menentukan haluan perubahan untuk membangun, menghadapi cabaran, dan merintis kepada perubahan

SOALAN 2006

Kerajaan kini berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.Sehubungan dengan itu,ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak agar menghormati kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Di sekolah pula, guru seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang tidak bersikap anti-sosial. Sikap pelajar yang mementingkan diri sendiri tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Manakala masalah kemerosatan disiplin pelajar perlu ditangani secara bijaksana. Walau bagaimanapun, permasalahan tersebut dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan mereka. Selain itu, punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh rakan sebaya. Kedua faktor tersebut perlu dipandang serius oleh semua pihak untuk memastikan bahawa hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berbudi bahasa akan menjadi kenyatan

SOALAN 2007

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kamudian buat pembetulan.

Baru-baru ini, satu pertunjukan kebudayaan pelbagai kaum telah diadakan di dewan orangramai. Badan bertanggungjawab untuk menganjurkan pertunjukan itu ialah Majlis Kebudayaan Kota. Pertunjukan dwitahunan itu berjaya menarik minat pelancong asing, selain rakyat pelbagai kaum di negeri itu. Sepanjang pertunjukan itu diadakan, beberapa adegan yang menarik dapat disaksikan. Kemunculan suatu lembaga di atas pentas ketika lampu dimalapkan amat menyeramkan penonton, terutama kanak-kanak. Lembaga itu agak tinggi tetapi badannya bukan besar sangat. Lembaga mirip manusia itu melontarkan sesuatu ke arah penonton yang mana berada berdekatan dengan pentas. Ketika para penonton menjerit ketakutan, tiba-tiba lembaga itu hilang daripada pandangan. Demikianlah persembahan yang kami dapat saksikan pada malam itu.”Nah, hebat sungguh!” komen seorang penonton yang berada di sebelah saya.

Mnasir75 4

Page 5: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

SOALAN 2008

Seorang polis inspektor yang baru dua bulan bertugas telah menceritakan keadaan di daerah itu kepada pemberita. Beliau menyatakan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah empangan yang pecah akibat gempa bumi yang berlaku di negara jiran. Untuk memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini, sebuah jawatankuasa petugas telah dibentuk. Jawatankuasa tersebut dikehendaki bertugas setiap hari, sebaliknya pada hari Jumaat.

Dalam kesibukan orang ramai membantu pihak keselamatan menyelamatkan mangsa, terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan mencuri barang-barang, terutamanya makanan dan pakaian. Pihak polis mensyaki kegiatan tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Untuk mengawal keadaan di daerah itu memerlukan sukarelawan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ekoran tertangkapnya beberapa penjenayah, kegiatan mencuri dapat di kawal.

SOALAN 2009

Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu. Pengeluar mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol,upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan. Oleh kerana itu, harga sekilogram minyak masa peket terpaksa dinaikan kepada RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50 yang ditetapkan oleh kerajaan.Sehubungan dengan itu,kerajaan harus melipatgandakan usaha-usaha yang praktikal dan berkesan untuk menangani masalah ini.

SOALAN 2010

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tentang usaha untuk meningkatkan bilangan ahli-ahli persatuan tersebut. Selain melancarkan kempen kesedaran, pameran tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara tidak lama lagi. Pada masa yang sama,mereka bersetuju membaik pulih kawasan tanah perkuburan,termasuk sebuah bangunan peninggalan penjajah yang terletak di daerah itu.Pengabaian kawasan itu mungkin disebabkan saiznya yang kecil. Sebenarnya, bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya. Generasi terdahulu tetap mengingati yang bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka.Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat kemerdekaan.Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pekej percutian. Dengan usaha yang sedemikian, Persatuan Sejarah dilihat lebih “mesra orang ramai” dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.

Skema jawapan 2001

Mnasir75 5

Page 6: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

Bil kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 Sejak sedekad yang lalu,

banyak lebuh raya telah dibina,.....

Penggunaan tanda koma(,) selepas kata dibina perlu diganti dengan tanda noktah(.)

Banyak lebuh raya telah dibina.

2 Di antaranya lebuh raya yang menghubungkan utara dengan selatan

Kata sendi nama di tidak diperlukan sebab kata antara sudah berfungsi sebagai kata sendi nama

Antaranya termasuklah lebuh raya yang menghubungkan utara dengan selatan

3 Dengan menelan berbillion ringgit

Kata menelan ialah kata kerja transitif aktif yang memerlukan objek kata nama selepasnya.Objek kata nama yang sesuai ialah perbelanjaan.

Dengan menelan pebelanjaan berbilion-bilion ringgit

4 Pembinaan prasarana itu juga memanfaatkan pengguna

Kata penegas juga perlu digugurkan kerana ayat tersebut tidak memerlukan penegasan.

Pembinaan prasarana itu memberi manfaat kepada pengguna

5 Dapat menghubungi antara satu tempat dengan tempat yang lain..

Kata kerja transitif aktif menghubungi bermaksud “membuat perhubungan dengan seseorang”. Oleh itu, penggunaannya tidak sesuai dalam konteks ayat

Dapat menghubungkan satu tempat dengan tempat yang lain

Skema jawapan 2002

Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 Universiti Panca Persada

(UPP) adalah universiti berkembar

Kata pemeri adalah digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan frasa sendi. Untuk merangkaikan frasa nama dengan frasa nama dalam ayat di atas, kata pemeri yang tepat ialah kata ialah

Universiti Panca Persada (UPP) ialah universti berkembar

2 ...yang terletak antara bandaraya pintar

1.Kata antara dalam ayat diatas berfungsi sebagai kata arah.Sebagai kata arah, kata antara mesti didahului dengan kata sendi nama di2. kata majmuk bandaraya perlu dieja terpisah kerana ia tidak termasuk dalam kata majmuk yang telah mantap

1...yang terletak di antara bandar raya.

2. bandar raya

3 Kini, UPP mempunyai lebih kurang 11 000 pelajar

1.Kata kerja aktif transitif mempunyai mesti diikuti oleh objek kata nama.2. Kata bilangan 11 000 tergolongan sebagai kata bilangan tentu yang perlu disertai oleh penjodoh bilangan “orang”

Kini, UPP mempunyai pelajar lebih kurang 11 000 orang...

4 ...di kedua buah kampus... Kata bilangan yang sesuai dalam ayat di atas ialah kata bilangan himpunan kedua-dua

Di kedua-dua buah kampus

5 ...menikmati aplikasi-aplikasi teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati

Frasa pelajar universiti lain dalam ayat tergolong sebagai ganti nama diri ketiga. Dalam struktur ayat pasif kata ganti diri ketiga mesti diletakan selepas kata kerja.

...yang tidak dapat dinikmati oleh pelajar universiti lain...

6 ...mengadakan kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat tempatan..

Frasa secara meluas ialah frasa keterangan hendaklah diletakan di belakang ayat yang menjadi predikat.

...mengadakan kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama dengan syarikat-syarikat tempatan secara meluas

7 Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran.

Ayat di atas tergantung kerana ungkapan itu terdiri dari konstituen keterangan sahaja iaitu tidak mempunyai subjek.

Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran, UPP akan terus meneroka,

Mnasir75 6

Page 7: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

skema JAWAPAN 2003

Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 ...seperti didakwa oleh

pihak tertentu...Selepas kata seperti perlu diikuti oleh kata pembenda “yang”

..seperti yang didakwa oleh pihak...

2 ...sebenarnya, isu yang mereka timbulkan itu...

Dalam ayat pasif kata ganti diri ketiga “mereka” hendaklah hadir selepad kata kerja

Isu yang ditimbulkan oleh mereka...

3 ...berpunca daripada sikap sebahagian besar anak-anak muda...

Kata nama selepas kata bilangan yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan

..berpunca daripada sikap sebahagian besar anak muda...

4 Golongan ini mengharapkan kepada pihak kerajaan..

Kata kerja transitif “mengharapkan” perlu diikuti oleh objek kata nama @ tidak boleh diikuti oleh frasaendi nama.

Golongan ini mengharapkan pihak kerajaan...

5 ...berbuat demikian kepada setiap orang belia di negara ini...

Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata nama bilangan pisihan “setiap”

...berbuat demikian kepada setiap belia di negara ini.

Skema jawapan 2004 Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 Setiap orang pekerja

syarikat Y....Kata “setiap” ialah kata bilangan pisahan, tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.

Setiap pekerja.....

2 Bagi kakitangan yang belum menewrimanya, diminta menghubungi pihak pengurus syarikat pada bila-bila masa...

1.Ayat ini tidak sempurna kerana tiada subjek. Kata sendi nama”bagi” perlu diguggurkan.2.Sekiranya mengekalkan kata “bagi” kata mereka mestilah diletakan selepas kata menerimanya.

1....kakitangan yang...2. Bagi kakitangan yang belum menerimanya, mereka diminta menghubungi...

3 Beberapa orang kakitangan pula menyatakan yang pemberian itu tidak perlu dijadikan isu...

Kata hubung pancangan relatif “yang” tidak tepat bagi ayat ini.Ayat ini mesti menggunakan kata hubung pancangan kemplemen “bahawa"

Beberapa orang kakitangan pula mnyatakan bahawa pemberian itu tidak perlu dijadikan isu..

4 ...rasa kesyukuran kerana kesenangan yang mereka nikmati

1.kata kesenangan tidak menepati makna ganjaran.2.Frasa mereka nikmati ialah frasa kerja pasif kata ganti nama diri ketiga. ia menyalahi struktur ayat pasif.

1....rasa kesyukuran kerana rezeki...

2....yang dinikmati oleh mereka...

5 ...menggembeleng tenaga untuk memperindahkan kawasan syarikat...

Imbuhan awalan kata indah hanya menerima awalan “memper...” bukan imbuhan apitan “memper-kan”

...memperindah...

6 ...menjayakan pamiran barangan syarikat...

Kata pamiran ialah kata pinjaman (jawa) kata itu perlu dieja berdasarkan bahasa sumber.

...pameran...

Mnasir75 7

Page 8: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

skema jawapan 2005

Bil kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 Malaysia perlu berusaha

menjadikan konsep...Tidak ada kata hubung komplemen sedangkan ayat itu ialah ayat majmuk komplemen

Malaysia perlu berusaha untuk menjadikan konsep...

2 ... adalah asas penting... Salah penggunaan kata pemeri “adalah” Kata .asas ialah kata nama. Kata pemeri yang mendahului kata nama ialah “ialah

...ialah asas penting...

3 ... di abad ke-21... Salah penggunaan kata seni nama “di” kata sendi nama ini hanya untuk menunjukan tempat dan arah

...pada abad ke-21

4 ...ekonomi yang negara kita miliki

Salah struktur ayat pasif diri ketiga. Ayat pasif ini seharusnya mematuhi struktur KN(objek) + KK (dengan imbuhan “di” +KN (subjek)

...ekonomi yang dimiliki oleh negara kita

5 ...optimistik pada perubahan...

Salah guna kata sendi nama “pada”. Kata sendi nama ini khusus untuk menunjukkan masa dan tempat.

...optimistik kepada perubahan...

6 ...merintis kepada perubahan

Perkataan”merintis” ialah kata kerja transitif yang memerukan objek. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama, sedangkan “kepada” bukan kata nama tetapi kata sendi nama

.... merintis perubahan..

skema jawapan 2006

Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan1 ...berusaha melahirkan Tidak menggunakan kata hubung keterangan

antara kedua-dua perkataan itu. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan keterangan tujuan

...berusaha untuk melahirkan...

2 ...menghormati kepada ibu bapa...

“menghormati” ialah kata kerja aktif transitif yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama, sedangkan “kepada” ialah kata sendi nama

...menghormati ibu bapa

3 ...anti-sosial... Salah ejaan. Tanda sempang tidak diperlukan untuk merangkaikan imbuhan “anti”dengan kata nama am

.... antisosial...

4 Manakala masalah kemorosotan...

“manakala” ialah kata hubung gabungan;tidak boleh digunakan pada awal ayat. Ayat itu mesti digabungkan dengan ayat sebelumnya atau perkataan “manakala” itu diguggurkan.

...dibiar begitu sahaja, manakala masalah... atau Masalah kemerosotan disiplin pelajar perlu ditangani secara bijaksana

5 ...punca tidak kurang penting....

Tidak menggunakan kata hubung pancangan relatif ”yang” untuk membentuk klausa pancangan relatif yang menjadi penerang kepada subjek.

...punca yang tidak kurang pentingnya

6 ...kedua faktor... Perkataan “kedua” dalam ayat ini sebenarnya bermaksud “himpunan” bukan menunjukkan tempat atau kedudukan ataaupun urutan . Perkataan itu perlu digandakan

....kedua-dua faktor...

Mnasir75 8

Page 9: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

skema jawapan 2007

Bil. Kesalahan

Sebab kesalahan

Pembetulan

1.Badan bertanggungjawab...

Tiada kata hubung relatif “yang” untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai frasa penerang kata nama/FN/penerang subjek

Badan yang bertanggungjawab

2.Badannya bukan besar sangat

Salah penggunaan kata nafi “bukan” di hadapan frasa adjektif “besar”. Sepetutnya “tidak”

...badannya tidak besar sangat

3. ...penonton yang mana berada....

Penggunaan “yang mana” sebagai kata hubung tidak menepati tatabahasa Melayu

...penonton yang berada...

4......persembahan yang kami dapat saksikan...

Tidak menepati binaan ayat pasif kata ganti nama diri pertama ...persembahan yang dapat

kami saksikan 5.

“Nah, hebat sungguh!”Kata seru “Nah” tidak menepati untuk mengambarkan perasaan kagum, sebaliknya kata seru “Wah” adalah tepat untuk menggambarkan perasaan itu

“Wah, hebat sungguh!”

SKEMA JAWAPAN 2008

Bil Kesalahan Sebab kesalahan pembetulan

1. Polis inspektorTidak mematuhi hukum D-M, iaiatu yang diterangkan mendahului yang menerangkan. ....inspektor polis

2. ...sebaliknya pada hari Jumaat

Penggunaan kata hubung yang salah.Untuk menyatakan maksud kekecualian kata hubung yang sesuai ialah “kecuali” atau “melainkan”.

...kecuali/melainkan pada hari jumaat.

3. ...mengambil kesempatan mencuri barang-barang

Tidak menggunakan kata hubung keterangan cara antara dua frasa kerja

...mengambil kesempatan dengan mencuri barang-barang

4. Pihak polis mensyaki.. Pemilihan olomorf yang salah. Bagi perkataan yang terdiri satu suku kata, olomorf bagi “meN...i yang tepat ialah “menge...i”

Pihak polis mengesyaki ...

5. Untuk mengawal keadaan di daerah memerlukan...

Ayat tergantung kerana tanpa subjek

Untuk mengawal keadaan di daerah itu, kerajaan/pihak polis memerlukan...

6 ...tertengkapnya beberapa penjenayah...

Penjodoh bilangan mesti digunakan selepas kata bilangan tak tentu “beberapa”

...tertengkapnya beberapa orang penjenayah...

7. Kegiatan mencuri dapat dikawal

Tidak meletakkan objek selepas kata kerja transitif

Kegiatan mencuri barang-barang dapat dikawal

Mnasir75 9

Page 10: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

SKEMA JAWAPAN 2009

Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan1. Pengeluar mahupun

pemborong...(a) Kata hubung berpasangan tidak digunakan

secara lengkap.Kata hubung “mahupun” harus berganding/berpasangan dengan kata “baik” untuk membawa maksud kedua-duanya.

(b) Kata hubung “mahupun” merupakan kata hubung berpasangan,tetapi dalam petikan itu pasangan kata hubung tersebut tidak ada. Maka,kata hubung yang sesuai ialah “atau/ataupun” bagi membawa maksud “pilihan”

(a) Baik pengeluar mahupun...atau(b) Pengeluar atau pemborong Atau(c)Pengeluar ataupun pemborong

2. ...bukan sepatutnya menaikkan..

Penggunaan kata nafi yang tidak tepat.Kata nafi “bukan” digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama atau frasa sendi nama sahaja sedangkan”menaikkan” ialah kata kerjaKata nafi”tidak digunakan sebagai unsur nafi sebelum frasa kerja

...Tidak sepatutnya menaikan...

3. ...plastik peket... Menyalahi/melanggar Hukum D-MKata yang diterangkan D ialah “peket” dan yang menerangkan M ialah “plastik”

...peket plastik...

4. Oleh kerana itu... Kata “oleh” ialah kata sendi nama yang harus diikuti oleh kata nama”sebab” sebagai penyambut sebagai penyambut sedan gkan “kerana” ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi sebagai penghubung klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama

Atau

Kata sendi “oleh” harus diikuti oleh kata nama “sebab” sebagai penyambut sedangkan “kerana” ialah kata hubung pancangan keterangan.

Oleh sebab itu..

5. ...melipatgandakan usaha-usaha

Kata nama yang mengikuti atau mendahului kata kerja yang bermaksud jamak tidak perlu digandakan kerana pengulangan maksud jamak menyebabkan lewah.

...melipatgandakan usaha...

Mnasir75 10

Page 11: Analisis Kesalahan Bahasa

Skor A Analisis Kesalahan Bahasa 910/2

SKEMA JAWAPAN 2010

Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan1. ...bilangan ahli-ahli Perkataanh “bilangan “” sudah

menunjukkan maksud jamak. Perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan

---bilangan ahli...

2. Pada masa yang sama, mereka bersetuju membaik pulih...

Tiada kata hubung keterangan dalam ayat majmuk keterangan

Pada masa yang sama,mereka bersetuju untuk membaik pulih...

3. ...mengingati yang bangunan itu...

Penggunaan kata hubung relatif (yang) dalam ayat komplemen.

...mengingati bahawa bangunan itu..

4. ...menghadiahkan pengunjung yang bertuah...

“menghadiahkan”bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah,sedangkan ayat itu bermaksud memberi seseorang hadiah.“me_i” dalam ayat itu membawa maksud lokatif

...menghadiahi pengunjung...

5 ...menaikan kesedaran... Pemilihan kata/diksi(menaikkan)tidak menepati maksud ayat ,iaitu untuk menembahkan kesedaran.

....meningkatkan kesedaran..

6. ...dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.

Ayat tidak mempunyai subjek. ...dan hal/langkah ini mendorong mereka untuk menjadi ahli.

Mnasir75 11