Analisis Kualitatif Garam - Hazral

20
HBSC2103 HAZRAL GHAZALI CHEMISTRY 1 12345678 ANALISIS KUALITATIF GARAM Untuk mengetahui atau mengenali sesuatu bahan (garam), Analisis Kualitatif Garam harus dijalankan. Analisis kualitatif garam ialah teknik kimia yang digunakan untuk menentukan kehadiran bahan tertentu dalam satu campuran. Ia juga digunakan untuk mengenal pasti kation dan anion yang hadir dalam satu garam melalui ujian kimia. Langkah-langkah yang harus dijalankan untuk menganalisis sesuatu bahan (garam) secara kualitatif adalah : 1. Sifat Fizik garam Apabila sesuatu garam hendak dianalisis secara kualitatif, sifat fizik garam perlu diperiksa dengan teliti terlebih dahulu. Sifat fizik garam hanya digunakan sebagai petunjuk untuk membantu kita mengecamkan jenis bahan yang mungkin hadir tetapi ujian-ujian kimia harus dijalankan untuk mengesahkan identiti bahan itu. 1 Memerhati Sifat Fizik Garam - Keadaan fizik - Warna Uji gas yang Ujian pengesahan bagi kation Ujian Kation Ujian Anion Kesan haba

description

penghasilan garam

Transcript of Analisis Kualitatif Garam - Hazral

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

ANALISIS KUALITATIF GARAM

Untuk mengetahui atau mengenali sesuatu bahan (garam), Analisis Kualitatif Garam

harus dijalankan. Analisis kualitatif garam ialah teknik kimia yang digunakan untuk

menentukan kehadiran bahan tertentu dalam satu campuran. Ia juga digunakan untuk

mengenal pasti kation dan anion yang hadir dalam satu garam melalui ujian kimia.

Langkah-langkah yang harus dijalankan untuk menganalisis sesuatu bahan (garam)

secara kualitatif adalah :

1. Sifat Fizik garam

Apabila sesuatu garam hendak dianalisis secara kualitatif, sifat fizik garam

perlu diperiksa dengan teliti terlebih dahulu. Sifat fizik garam hanya digunakan

sebagai petunjuk untuk membantu kita mengecamkan jenis bahan yang mungkin hadir

tetapi ujian-ujian kimia harus dijalankan untuk mengesahkan identiti bahan itu.

1

Memerhati Sifat Fizik Garam- Keadaan fizik- Warna- Kelarutan dalam air

Uji gas yang dihasilkan

Ujian pengesahan bagi kation

Ujian Kation

Ujian Anion

Kesan haba

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

a) Keadaan fizik

Keadaan fizik sesuatu bahan yang dikaji mungkin merupakan pepejal, cecair,

gas, atau larutan akueus.

i) Pepejal → Sebatian ion

ii) Cecair / gas → Sebatian kovalen

iii) Larutan akueus → Garam terlarutkan

b) Warna

Warna bahan kimia memberikan satu petunjuk yang baik tentang kation atau

anion atau sebatian yang mungkin hadir berdasarkan warna suatu pepejal atau

larutan akueus. Deduksi tentang sebatian atau kation atau anion yang disyaki

dapat dibuat.

c) Kelarutan dalam air

Kelarutan bahan kimia dalam air memberikan satu petunjuk yang baik tentang

jenis bahan kimia itu.

2. Ujian Gas

Dalam analisis kualitatif, ujian-ujian kimia tertentu yang dijalankan ke atas

sesuatu bahan kimia seperti pemanasan garam atau tindak balas antara garam dengan

reagen lain (asid atau alkali) mungkin membebaskan gas tertentu. Oleh yang

demikian, gas yang terbebas itu harus dapat dikenal pasti melalui ujian pengesahan

gas itu supaya inferens terhadap identiti bahan kimia yang diuji itu dapat dibuat.

3. Kesan Haba

Kebanyakan pepejal garam terurai apabila dipanaskan. Garam karbonat, garam

nitrat dan beberapa garam sulfat terurai apabila dipanaskan. Semasa suatu pepejal

garam dipanaskan, perubahan yang mungkin berlaku termasuk perubahan warna,

pembebasan wap air daripada garam terhidrat dan pembebasan gas tertentu. Gas-gas

yang mungkin terbebas daripada penguraian garam ini termasuk karbin dioksida,

oksigen, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan ammonia. Jenis gas yang terbebas

2

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

serta rupa baki pemanasan dapat memberikan maklumat tentang identiti anion dan

kation yang hadir.

4. Ujian Anion

Identiti anion dapat dikenal pasti melalui gas yang terbebas semasa pepejal

garam dipanaskan. Namun, bukan semua pepejal garam dapat terurai apabila

dipanaskan. Ujian-ujian kimia lain yang dinamakan ujian pengesahan anion perlu

dijalankan untuk mengenal pasti anion dalam sesuatu garam. Anion-anion yang dikaji

ialah ion karbonat, ion klorida, ion sulfat dan ion nitrat.

Terlebih dahulu, bahan kimia yang hendak dikaji mesti dilarutkan dalam air

untuk mendapatkan larutan akueus. Kemudian, ujian-ujian kimia untuk mengenal

pasti anion-anion dijalankan ke atas larutan akueus itu.

5. Ujian Kation

Kation-kation yang biasanya dikaji ialah ion natrium, ion kalsium, ion

magnesium, ion aluminium, ion zink, ion plumbum(II), ion ferum(II), ion ferum(III),

ion kuprum(II) dan ion ammonium.

Larutan akueus yang mengandungi kation tersebut hanya dapat disediakan

dengan :

a) Melarutkan pepejal itu dalam air – jika pepejal itu merupakan garam

terlarutkan.

b) Melarutkan pepejal itu dalam asid nitrik cair atau asid cair yang lain – jika

pepejal itu ialah oksida logam tak terlarutkan atau karbonat logam tak

terlarutkan.

Kemudian, ujian-ujian kimia untuk mengenal pasti kation dijalankan ke atas

larutan akueus itu. Dua jenis reagen yang biasa digunakan untuk mengenal kation

ialah larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia akueus. Kedua-dua reagen ini

mengandungi ion hidroksida, .

6. Ujian Pengesahan bagi Kation

Ujian-ujian kimia dengan menggunakan anion-anion tertentu untuk

mengesahkan kehadiran kation yang telah ditemui semasa ujian kation dijalankan.

3

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

UJIAN KE ATAS PLUMBUM NITRAT ( )

1. Sifat Fizik garam

a) Keadaan fizik

Bahan dalam bentuk akueus → bahan merupakan garam terlarutkan.

Maka berkemungkinan bahan merupakan Plumbum Nitrat.

b) Warna

Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam

keadaan larutan akueus.

Jika anion tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam

plumbum.

Jika kation tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan

garam nitrat.

c) Kelarutan dalam air

Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air.

Diketahui bahawa semua Garam Natrium dan Garam Nitrat adalah larut dalam

air.

Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Natrium atau garam Nitrat.

2. Ujian Gas

Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini :

Gas perang yang dibebaskan mengubah kertas litmus biru lembap kepada

merah → menunjukkan bahan mengandungi gas Nitrogen dioksida ( )

Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji

berbara tersebut menyala → menunjukkan gas Oksigen ( ) terdapat dalam

bahan tersebut.

3. Kesan Haba

Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan perang apabila

panas dan kuning apabila sejuk.

Inferens : bahan yang terhasil merupakan oksida logam iaitu Plumbum Oksida

( )

4

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Gas perang dan gas yang menyalakan kayu uji berbara juga dibebaskan.

Inferens : gas perang yang terhasil merupakan gas nitrogen ( ) dan gas

yang menyalakan kayu uji berbara pula merupakan gas oksigen ( ).

Plumbum Nitrat(p) → Plumbum Oksida(p) + Gas Nitrogen(g) + Gas Oksigen(g)

4. Ujian Anion

Pengesahan ion nitrat ( ) dalam garam plumbum nitrat (dikenali sebagai ujian

Cincin Perang )

i) Kira-kira 2cm³ larutan (plumbum nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam

sebuah tabung uji.

ii) Kira-kira 2cm³ asid sulfurik cair ditambah ke dalam tabung uji itu dan diikuti

dengan 2cm³ larutan ferum (II) sulfat. Campuran digoncangkan.

iii) Tabung uji itu diapit dengan pemegang tabung uji.

iv) Beberapa titik asid sulfurik pekat dititiskan dengan cermat dan perlahan-lahan

melalui dinding tabung uji yang dicondongkan tanpa menggoncangkan tabung

uji itu.

v) Pemerhatian :

Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan

larutan.

vi) Penerangan :

Ferum (II) sulfat menurunkan asid nitrik ( daripada tindak balas antara ion

nitrat dengan asid sulfurik pekat ) kepada nitrogen monoksida. Kemudian,

nitrogen monoksida berpadu dengan ferum (II) sulfat untuk menghasilkan

sebatian yang berwarna perang ( cincin perang ).

vii) Kesimpulan :

Disahkan ion nitrat hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

5

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

5. Ujian Kation

i) Kira-kira 2cm³ larutan (plumbum nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam

sebuah tabung uji.

ii) Larutan natrium hidroksida ditambahkan secara setitis demi setitis sambil

digoncang sehingga mendakan direkodkan.

iii) Kemudian, larutan natrium hidroksida ditambahkan lagi sehingga berlebihan

(iaitu hampir memenuhi tabung uji).

iv) Campuran dikacau dengan sebatang rod kaca yang bersih.

v) Pemerhatian :

Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan

larutan.

vi) Sama ada mendakan larut semua atau tidak diperhatikan.

vii) Pemerhatian :

Penambahan larutan natrium hidroksida kepada larutan akueus ion

plumbum(II) menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan natrium

hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna.

viii) Penerangan :

Mendakan putih itu ialah plumbum(II) hidroksida.

ix) Kesimpulan :

Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

6. Ujian Pengesahan bagi Kation

Terdapat dua kaedah pengesahan kehadiran ion plumbum(II) iaitu :

a) Dengan larutan ion klorida, akueus

i) 2cm³ larutan kalium klorida (atau sebarang larutan ion klorida)

ditambah kepada 2cm³ larutan kation yang hendak diuji.

ii) Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm³ air suling dan

dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi.

iii) Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang

mengalir.

6

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

iv) Pemerhatian :

Mendakan putih terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam

air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk

kepada suhu bilik, mendakan putih muncul semula.

v) Penerangan :

Mendakan putih plumbum(III) klorida terbentuk melalui persamaan ion

berikut :

Mendakan putih ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air

sejuk.

vi) Kesimpulan :

Mendakan putih ialah plumbum(II) klorida. Disahkan ion plumbum(II)

hadir dalam larutan yang diuji.

b) Dengan larutan ion iodida, akueus.

i) 2cm³ larutan kalium iodida (atau sebarang larutan ion iodida) ditambah

kepada 2cm³ larutan kation yang hendak diuji.

ii) Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm³ air suling dan

dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi.

iii) Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang

mengalir.

iv) Pemerhatian :

Mendakan kuning terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut

dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila

sejuk kepada suhu bilik, mendakan kuning keemasan muncul semula.

v) Penerangan :

Mendakan kuning plumbum(II) iodida terbentuk melalui persamaan

ion berikut :

Mendakan kuning ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air

sejuk.

7

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

vi) Kesimpulan :

Mendakan kuning ialah plumbum(II) iodida. Disahkan ion

plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji.

7. Membuat Kesimpulan.

Bahan yang diuji membebaskan gas nitrogen dioksida dan gas oksigen.

Apabila dipanaskan, bahan menghasilkan plumbum oksida, gas nitrogen dan

gas oksigen.

Ujian anion mengesahkan kehadiran ion nitrat dalam bahan.

Ujian kation mengesahkan kehadiran ion plumbum(II) dalam bahan.

Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan plumbum nitrat ( )

8

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

UJIAN KE ATAS PLUMBUM KARBONAT ( )

1. Sifat Fizik garam

a) Keadaan fizik

Bahan dalam bentuk pepejal → bahan merupakan sebatian ion..

Maka berkemungkinan bahan merupakan Plumbum Karbonat.

b) Warna

Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam

keadaan larutan akueus.

Jika anion tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam

plumbum.

Jika kation tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan

garam karbonat.

c) Kelarutan dalam air

Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati tidak larut dalam

air. Diketahui bahawa semua karbonat adalah tidak larut dalam air kecuali

ammonium karbonat, natrium karbonat dan kalium karbonat..

Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Karbonat.

2. Ujian Gas

Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini :

Gas yang dibebaskan mengeruhkan air kapur → menunjukkan bahan

mengandungi gas Karbon dioksida ( )

3. Kesan Haba

Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan perang apabila

panas dan kuning apabila sejuk.

Inferens : bahan yang terhasil merupakan oksida logam iaitu Plumbum Oksida

( )

Gas yang mengeruhkan air kapur juga dibebaskan.

Inferens : gas yang terhasil merupakan gas karbon dioksida ( ).

Plumbum Karbonat(p) → Plumbum Oksida(p) + Gas Karbon Dioksida(g)

9

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

4. Ujian Anion

Pengesahan ion karbonat ( ) dalam garam plumbum karbonat

i) Kira-kira 2cm³ larutan akueus garam ( plumbum karbonat ) atau spatula

pepejal garam ( plumbum karbonat ) diletakkan ke dalam sebuah tabung uji.

ii) Kira-kira 2cm³ asid sulfurik cair atau asid nitrik cair atau asid sulfurik cair

ditambah kepada tabung uji itu..

iii) Gas yang terbebas disalur dengan cepat ke dalam kira 2cm³ air kapur.

iv) Pemerhatian :

Pembuakan berlaku dan gas yang mengeruhkan air kapur terbebas.

v) Penerangan :

Sebarang garam karbonat, sama ada dalam larutan akueus atau pepejal

bertindakbalas dengan sebarang asid cair untuk membebaskan karbon

dioksida.

vi) Kesimpulan :

Gas yang dibebaskan ialah karbon dioksida. Disahkan ion karbonat hadir

dalam larutan (plumbum karbonat) yang diuji.

5. Ujian Kation

i) Kira-kira 2cm³ larutan (plumbum karbonat) yang hendak diuji diisikan ke

dalam sebuah tabung uji.

ii) Larutan natrium hidroksida ditambahkan secara setitis demi setitis sambil

digoncang sehingga mendakan direkodkan.

iii) Kemudian, larutan natrium hidroksida ditambahkan lagi sehingga berlebihan

(iaitu hampir memenuhi tabung uji).

iv) Campuran dikacau dengan sebatang rod kaca yang bersih.

v) Pemerhatian :

Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan

larutan.

vi) Sama ada mendakan larut semua atau tidak diperhatikan.

10

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

vii) Pemerhatian :

Penambahan larutan natrium hidroksida kepada larutan akueus ion

plumbum(II) menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan natrium

hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna.

viii) Penerangan :

Mendakan putih itu ialah plumbum(II) hidroksida.

ix) Kesimpulan :

Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

6. Ujian Pengesahan bagi Kation

Terdapat dua kaedah pengesahan kehadiran ion plumbum(II) iaitu :

a) Dengan larutan ion klorida, akueus

i) 2cm³ larutan kalium klorida (atau sebarang larutan ion klorida)

ditambah kepada 2cm³ larutan kation yang hendak diuji.

ii) Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm³ air suling dan

dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi.

iii) Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang

mengalir.

iv) Pemerhatian :

Mendakan putih terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam

air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk

kepada suhu bilik, mendakan putih muncul semula.

v) Penerangan :

Mendakan putih plumbum(III) klorida terbentuk melalui persamaan ion

berikut :

Mendakan putih ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air

sejuk.

vi) Kesimpulan :

Mendakan putih ialah plumbum(II) klorida. Disahkan ion plumbum(II)

hadir dalam larutan yang diuji.

11

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

b) Dengan larutan ion iodida, akueus.

i) 2cm³ larutan kalium iodida (atau sebarang larutan ion iodida) ditambah

kepada 2cm³ larutan kation yang hendak diuji.

ii) Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm³ air suling dan

dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi.

iii) Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang

mengalir.

iv) Pemerhatian :

Mendakan kuning terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut

dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila

sejuk kepada suhu bilik, mendakan kuning keemasan muncul semula.

v) Penerangan :

Mendakan kuning plumbum(II) iodida terbentuk melalui persamaan

ion berikut :

Mendakan kuning ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air

sejuk.

vi) Kesimpulan :

Mendakan kuning ialah plumbum(II) iodida. Disahkan ion

plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji.

7. Membuat Kesimpulan.

Bahan yang diuji membebaskan gas karbon dioksida.

Apabila dipanaskan, bahan menghasilkan plumbum oksida dan gas karbon

dioksida..

Ujian anion mengesahkan kehadiran ion karbonat dalam bahan.

Ujian kation mengesahkan kehadiran ion plumbum(II) dalam bahan.

Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan plumbum karbonat ( ).

12

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

UJIAN KE ATAS KALIUM NITRAT ( )

1. Sifat Fizik garam

a) Keadaan fizik

Bahan dalam bentuk larutan akueus → bahan merupakan garam terlarutkan.

Maka berkemungkinan bahan merupakan Kalium Karbonat kerana

diketahui bahawa semua garam kalium dan garam nitrat adalah garam

terlarutkan.

b) Warna

Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam

keadaan larutan akueus.

Jika anion tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam kalium.

Jika kation tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam nitrat..

c) Kelarutan dalam air

Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air.

Diketahui bahawa semua Garam kalium dan Garam Nitrat adalah larut dalam

air. Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Kalium atau garam Nitrat.

2. Ujian Gas

Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini :

Gas perang yang dibebaskan mengubah kertas litmus biru lembap kepada

merah → menunjukkan bahan mengandungi gas Nitrogen dioksida ( )

Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji

berbara tersebut menyala → menunjukkan gas Oksigen ( ) terdapat dalam

bahan tersebut.

3. Kesan Haba

Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan kuning muda

apabila panas dan sejuk.

Inferens : bahan yang terhasil merupakan logam nitrit iaitu Kalium nitrit (

)

Gas yang menyalakan kayu uji berbara juga dibebaskan.

13

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Inferens : gas yang menyalakan kayu uji berbara merupakan gas oksigen ( ).

Kalium Nitrat(p) → Kalium nitrit(p) + Gas Oksigen(g)

4. Ujian Anion

Pengesahan ion nitrat ( ) dalam garam kalium nitrat (dikenali sebagai ujian

Cincin Perang )

i) Kira-kira 2cm³ larutan (kalium nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam

sebuah tabung uji.

ii) Kira-kira 2cm³ asid sulfurik cair ditambah ke dalam tabung uji itu dan diikuti

dengan 2cm³ larutan ferum (II) sulfat. Campuran digoncangkan.

iii) Tabung uji itu diapit dengan pemegang tabung uji.

iv) Beberapa titik asid sulfurik pekat dititiskan dengan cermat dan perlahan-lahan

melalui dinding tabung uji yang dicondongkan tanpa menggoncangkan tabung

uji itu.

v) Pemerhatian :

Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan

larutan.

vi) Penerangan :

Ferum (II) sulfat menurunkan asid nitrik ( daripada tindak balas antara ion

nitrat dengan asid sulfurik pekat ) kepada nitrogen monoksida. Kemudian,

nitrogen monoksida berpadu dengan ferum (II) sulfat untuk menghasilkan

sebatian yang berwarna perang ( cincin perang ).

vii) Kesimpulan :

Disahkan ion nitrat hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

5. Ujian Kation

Tiada ujian kation ke atas ion kalium.

6. Membuat Kesimpulan.

14

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Ujian gas menunjukkan bahan membebaskan gas nitrogen dioksida dan

oksigen.

Apabila dipanaskan, bahan terurai dan menghasilkan logam nitrit iaitu kalium

nitrit dan gas oksigen.

Ujian anion mengesahkan kehadiran ion nitrat dalam bahan.

Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan Kalium nitrit ( ).

UJIAN KE ATAS KALIUM KARBONAT ( )

15

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

1. Sifat Fizik garam

a) Keadaan fizik

Bahan dalam bentuk larutan akueus → bahan merupakan garam terlarutkan.

Maka berkemungkinan bahan merupakan Kalium Karbonat.

b) Warna

Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam

keadaan larutan akueus.

Jika anion tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam kalium.

Jika kation tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam

karbonat.

c) Kelarutan dalam air

Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air.

Diketahui bahawa semua Garam kalium dan Garam Nitrat adalah larut dalam

air. Manakala semua garam karbonat tidak larut dalam air kecuali Kalium

Karbonat.

Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Kalium atau garam Nitrat

atau Kalium Karbonat.

2. Ujian Gas

Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini :

Gas yang dibebaskan mengeruhkan air kapur → menunjukkan bahan

mengandungi gas Karbon dioksida ( )

Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji

berbara tersebut menyala → menunjukkan gas Oksigen ( ) terdapat dalam

bahan tersebut.

3. Kesan Haba

Apabila bahan dipanaskan didapati tiada perubahan yang berlaku ke atas bahan

tersebut. Adalah diketahui bahawa semua karbonat logam kecuali Natrium Karbonat

dan Kalium Karbonat terurai oleh haba untuk menghasilkan oksida logam dan karbon

dioksida.

16

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Inferens : bahan diandaikan merupakan Kalium Karbonat kerana tidak terurai

oleh haba.

4. Ujian Anion

Pengesahan ion karbonat ( ) dalam garam kalium karbonat

vii) Kira-kira 2cm³ larutan akueus garam ( kalium karbonat ) atau spatula pepejal

garam ( kalium karbonat ) diletakkan ke dalam sebuah tabung uji.

viii) Kira-kira 2cm³ asid sulfurik cair atau asid nitrik cair atau asid sulfurik cair

ditambah kepada tabung uji itu..

ix) Gas yang terbebas disalur dengan cepat ke dalam kira 2cm³ air kapur.

x) Pemerhatian :

Pembuakan berlaku dan gas yang mengeruhkan air kapur terbebas.

xi) Penerangan :

Sebarang garam karbonat, sama ada dalam larutan akueus atau pepejal

bertindakbalas dengan sebarang asid cair untuk membebaskan karbon

dioksida.

xii) Kesimpulan :

Gas yang dibebaskan ialah karbon dioksida. Disahkan ion karbonat hadir

dalam larutan (kalium karbonat) yang diuji.

5. Ujian Kation

Tiada ujian kation ke atas ion kalium.

6. Membuat Kesimpulan.

Ujian gas menunjukkan bahan membebaskan gas karbon dioksida dan oksigen.

Apabila dipanaskan, bahan tidak terurai. Ini menunjukkan bahawa bahan

merupakan garam kalium.

Ujian anion mengesahkan kehadiran ion karbonat dalam bahan.

Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan Kalium karbonat ( ).

PENYEDIAAN GARAM PLUMBUM KARBONAT ( )

17

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Plumbum Karbonat merupakan garam tak terlarutkan. Garam tak terlarutkan ialah

sebatian ion yang terdiri daripada ion logam (kation) dan ion bukan logam (anion) tertentu.

Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak

balas penguraian ganda dua. Dalam proses pemendakan, dua larutan akueus yang berbeza

dicampurkan. Larutan akueus pertama mengandungi ion logam (kation) bagi garam yang

hendak disediakan, manakala larutan akueus kedua mengandungi ion bukan logam (anion)

bagi garam yang hendak disediakan.

+ → +

Langkah-langkah Penyediaan Plumbum Karbonat ( )

1. 50 cm³ larutan plumbum(II) nitrat 1 mol dmˉ³ ditambahkan kepada 50 cm³ larutan

kalium karbonat 1 mol dmˉ³ dalam sebuah bikar.

2. Campuran itu dikacau dengan rod kaca.

3. Satu mendakan kuning plumbum(II) karbonat terbentuk dengan serta-merta.

4. Campuran itu kemudian dituraskan.

5. Pepejal kuning plumbum(II) karbonat diperoleh sebagai baki turasan.

18

Larutan akueus yang

mengandungi ion logam (kation) (bahan

terlarutkan)

Larutan akueus yang

mengandungi ion bukan

logam (anion) (bahan

terlarutkan)

Mendakan (Garam tak terlarutkan)

Larutan (bahan

terlarutkan)

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

6. Baki turasan dibasuh dengan air suling berlebihan untuk menyingkirkan benda asing

seperti hasil kalium nitrat yang terlekat padanya.

7. Garam plumbum(II) karbonat ini kemudian ditekan perlahan-lahan di antara dua

keping kertas turas supaya kertas turas dapat menyerap seberapa banyak air daripada

garam.

8. Kemudian, pepejal kuning plumbum(II) karbonat dibiarkan kering di atas kertas turas

baru di dalam alat pengering.

Perbincangan :

Persamaan kimia bagi penyediaan plumbum(II) karbonat di atas ialah :

3264 Patah Perkataan

BIBLIOGRAFI

Hong, E.N., Wah, L.E. & Ching, L.Y. (2004). Fokus e-masteri SPM kimia. Bangi :

Pelangi Multimedia Sdn. Bhd

19

HBSC2103 HAZRAL GHAZALICHEMISTRY 1 12345678

Chau Kok Yew. (2010). Bilingual express chemistry form 4. Bangi : Pelangi

Multimedia Sdn. Bhd

Kaedah Penyediaan Garam Tak Terlarutkan retrieved from

http://amplicast.tripod.com/frame/bab7.4.pdf

Garam retrieved from

http://i-colour.com.my/heraldprinter/Herald%20Printers_Buku%20Teks%20Kimia%20Tg4/

BAB%208%20pg137-150.pdf

20