ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN KESELAMATAN …
Transcript of ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN KESELAMATAN …
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Ringkasan KursusMembolehkan pegawai mengetahui, memahami dan
mengaplikasikan prinsip, peraturan, dasar dan
prosedur dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dalam bidang analisis makanan dan
aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan .
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kandungan Kursus1. Sistem Kualiti
2. Pengendalian Sampel Makanan
3. Asas Analisis Makanan
4. Penyediaan Media Pertumbuhan Kultur dan Larutan
Piawai5. Aktiviti Jaminan Kualiti Makmal
6. Langkah-langkah Keselamatan Makmal
7. Peralatan Makmal
8. Pelaksanaan Skim Pensijilan Program Keselamatan
Makanan9. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1985
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Pegawai lantikan baru skim perkhidmatan
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29
Kumpulan Sasaran
Rujukan
Sukatan Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SISTEM KUALITI
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Membolehkan pegawai memahami dan
mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti
SUB TOPIK 1: CARTA PENGURUSAN KUALITI
OBJEKTIF
Terdiri daripada:
• LABORATORY QUALITY MANUAL (LQM)• STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP)
• TEST METHOD DAN DOKUMEN SOKONGAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SUB TOPIK 2: PENGKELASAN DOKUMEN KUALITI
ID NO DOCUMENT CLASSIFICATION
01 Laboratory Quality Manual (LQM)
02 Standard Operating Procedure (SOP)
03 Test Method
04 Test worksheet
05 Equipment Operating Procedure (EOP)
06 Form
07 Control Chart
08 Training Module
09 External Reference
10 Technical File
11 Equipment File
12 Working Instruction
PENGKELASAN DOKUMEN &
KOD
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SUB TOPIK 2: PENGKELASAN DOKUMEN KUALITIAlphabet Area of Analysis
A General
C Tar & Nicotine
D Veterinary Drug Residues
E Food Additive
F Pesticide Residues
G Food Biotechnology
HFood Industrial & Environmental
Pollution
J Standard & Nutrition Labelling
K Food Microbiology
L Mycotoxin
M Food Packaging
N Natural Contaminant
P Dioxin
R Food Molecular
S Authenticity
BIDANG ANALISIS
MENGIKUT ABJAD
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SUB TOPIK 3: KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD
• Dokumen-dokumen ISO perlu mematuhi format yang telah diseragamkan seperti berikut:
Setiap mukasurat (header) perlu memasukkan emblem, issuing organisation’s identity, document title, unique document identification, issue number, issue date, revision number, effective date dan page numbering, di mana perlu.
Muka hadapan dokumen perlu dinyatakan informasi mengenai issuing authority.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
TOPIK 2: PENGENDALIAN SAMPEL MAKANAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Penerimaan Sampel
Borang
Permintaan
analisis(Borang A)
Label sampel
Lak
rasmi
Padasampel
Memenuhi
kriteria
penerimaan
sampel
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Analisismikrobiologi Analisis kimia
• Bagi analisis mikrobiologi,
kesemua sampel digunakan
dalam analisis. Penyediaan
sampel dijelaskan lebih lanjut
di dalam kaedah analisis
mengikut parameter yang
diminta.
• Berat sampel yang diperlukan
hendaklah mematuhi kriteria yang telah
ditetapkan.
• Untuk menghasilkan bahagian sampel
yang representative, teknik quartering
atau teknik yang bersesuaian perlu
dijalankan.
• Sekiranya sampel tidak mencukupi
untuk analisis, semua bahagian sampel
perlu disimpan.
Penyediaan Sampel (Sub Sampling)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
ii) Sampel mudah rosak
- Suhu sampel perlu dikekalkan pada suhu antara 0 hingga 4.4°C di
dalam peti sejuk sebelum dianalisa.
Penyimpanan Sampel
Analisis Mikrobiologi
Semua sampel perlu disimpan pada suhu yang sesuai sebelum dianalisa. Analisis dijalankan
secepat mungkin dalam tempoh 24 jam selepas sampel diterima. Suhu penyimpanan sementara
adalah seperti berikut:
a) Sebelum analisis
i) Sampel sejukbeku/ Deep Frozen
- Sampel perlu diletakkan ke dalam peti sejuk bagi tujuan nyahbeku.
Suhu adalah di antara 0 hingga 4.4°C sebelum analisis. Sekiranya
tempoh masa nyahbeku tidak mencukupi, tempoh perlu dilanjutkanselama 15 minit pada suhu 45°C.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Penyimpanan Sampel
iii) Sampel tidak mudah rosak/ Sampel berbungkus/ sampel kering
- Sampel boleh disimpan pada suhu bilik sebelum dianalisa.
b) Semasa analisis
- Sampel yang disediakan boleh dikekalkan pada suhu 0 hingga 4.4°C
dan tidak boleh didedahkan pada suhu bilik melebihi 15 minit.c) Selepas analisis
- Sampel dan pembungkus asal perlu dimasukkan ke dalam beg plastik
biohazard dan diikat dengan rapat sebelum diautoklaf.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Analisis Kimia
• Sekiranya sampel tidak dianalisa serta-merta, ianya perlu disimpan padasuhu yang sesuai sebelum atau selepas sub-sampling. Kaedah dan tempohpenyimpanan hendaklah tidak menjejaskan tahap analit yang perlu dianalisa.
• Sampel dalam pembungkus asal perlu disimpan bersama-sama sehinggaproses pelupusan.
Penyimpanan Sampel
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Penjagaan dan Integriti Sampel
Kriteria Penjagaan Sampel bagi menjaminintegritinya adalah berbeza mengikut parameter analisis dan jenis sampel yang diterima. Kriteria yang perlu dilihat adalah seperti berikut:
Jenis Sampel/ Parameter
Kuantiti Minimum diperlukan
Pembungkusan
Lain-lain informasi
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Penjagaan dan Integriti Sampel
Sample Bagi Analisis Kimia
Sampel negatif boleh dilupuskan selepas keputusan rasmi dikeluarkan..
Bagi sampel yang melanggar, pihak klien perlu mengambil baki sampel dan pembungkus sampel
dalam tempoh 150 hari daripada sampel diterima.
Sampel melanggar yang tidak dituntut dalam tempoh 150 hari daripada tarikh penerimaannya,
sampel tersebut kan dilupuskan.Sampel dibuang ke dalam tong sampah biasa.
Pelupusan sampel perlu direkodkan di dalam A06-050 Borang penjagaan sampel (Sample
Custodian Form).
Sampel Bagi Analisis Mikrobiologi
Semua sampel bersama-sama dengan pembungkusnya perlu dibuang ke dalam tong sampah
biasa selepas diautoklaf
Pelupusan sampel perlu direkodkan di dalam A06-050 Borang penjagaan sampel (Sample Custodian Form).
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
TOPIK 4 PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN
KULTUR DAN LARUTAN PIAWAI
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
Mengetahui jenis-jenis media yang digunakan
Memahami cara penyediaan,
pengendalian dan penyimpanan
media
Mengetahui jenis larutan piawai, pengiraan, penyediaan,
pengendalian dan penyimpanan
bagi larutan piawai.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
• Media pertumbuhan kultur merupakan medium yang
digunakan untuk kultur mikrobiologi dan memperkayakan
mengikut kesesuaian komposisi nutrient dan
mikroorganisma. Penyediaan dan pengendalian media
hendaklah mengikut garis panduan pengilang. Prosedur ini
juga membantu dalam memastikan media tersebut adalah
steril dan pertumbuhan mikroorganisma boleh digunakan.
Semua media yang disediakan perlu dilabel dengan nama
media, tarikh penyediaan dan tarikh luput penyediaan media
sebelum disimpan.
• Larutan piawai adalah larutan yang disediakan untuk
menjalankan analisis kimia. Pengiraan larutan piawai
merangkumi kepekatan asal , komposisi (Formula Molekul)
dan ketulenan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan
beberapa formula (teknik kiraan). Semua larutan piawai
perlu dilabel dengan nama, tarikh penyediaan dan tarikh
luput penyediaan larutan piawai sebelum disimpan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
MEDIA AGAR
(PLATE/SLANT)
MEDIA BROTH
MEDIA SEMI- SOLID
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
1. Pre-enrichmentUntuk meningkatkan bilangan organisma yang
dikehendaki dan memperbaiki sel-sel yang
tercedera akibat “heat shocking”.
Contoh media Half fraser broth
2. Enrichment MediaUntuk mengalakkan pertumbuhan bakteria yang
terencat atau populasi yang rendah.
Contoh: Buffered Listeria Broth Double Strength (DS)
3.Selective EnrichmentUntuk meningkatkan keupayaan pertumbuhan
bakteria tertentu.
Contoh: Rappaport-Vassiliadis (RV) dan Muller –
Kauffmann Tetrathionate-novobiocin Broth (MKTTn)
4.Selective MediaUntuk memencil pertumbuhan bakteria yang tidak
diperlukan
Contoh: Xylose Lysine Deoxycholate (XLD)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
Terdapat 3 jenis larutan yang disediakan iaitu:
Larutan Molar
Larutan Normal
Larutan Standard
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
Larutan piawai disediakan setelah
mengetahui kepekatan asal , komposisi(Formula Molekul) dan ketulenan
sesuatu bahan kimia denganmenggunakan beberapa formula
(teknik kiraan)
Contoh pengiraan:
M1V1 = M2V2
a/100 X volume = % larutan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
• Contoh pengiraanpenyediaan media
Nutrient Agar = 20 g/L
Penyediaan Nutrient agar bagi 3 liter.
Oleh itu, 20g/L x 3L = 60 g perlu ditimbang bagi 3 literair suling.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENYEDIAAN MEDIA PERTUMBUHAN KULTUR
DAN LARUTAN PIAWAI
OBJEKTIF
PENGENALAN
KATEGORI MEDIA
CIRI-CIRI MEDIA
LARUTAN PIAWAI
• Contoh pengiraan penyediaan• M1V1 =M2V2 M1 = 1000 ppmM2 = 100 ppmV2 = 50 mlV1 = a
1000 (a) = 100 ppm (50 ml)A = 5000 ppm/ml
1000ml = 5 ml.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
AKTIVITI JAMINAN KUALITI MAKMAL
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
OBJEKTIF
Mengetahui kawalan kualiti mikrobiologidan memahami prosedur untuk
dijalankan
Mengetahui kawalan kualiti kimia dan
memahami prosedur untuk dijalankan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Kawalan kualiti merupakan satu sistempengesahan kualiti yang perlu dijalankan
dan dipatuhi bagi memastikan keputusan
analisa yang dikeluarkan adalah tepat danbetul
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KAWALAN KUALITI MIKROBIOLOGIKawalan Kualiti Analisis Makanan (Internal Quality Control) adalah untuk memastikan
analisis yang dijalankan adalah tepat dan konsisten. Ia dijalankan bersama sampel yang
dianalisis yang merangkumi satu (1) sampel blank, dua (2) sampel menggunakan kultur positif
dan satu (1) sampel menggunakan kultur negatif mengikut spesifikasi keperluan kaedah yang
dijalankan.
Kawalan kualiti persekitaran adalah untuk memastikan pemantauan kualiti permukaan makmal
mikrobiologi di antara suhu 17-25°C dan melibatkan dua (2) jenis ujian kawalan kualiti yang
dijalankan iaitu ujian RODAC (Replicate Organism Direct Agar Contact) dan Ujian sedimentasi.
Kawalan kualiti media & reagen adalah untuk memastikan kualiti dan prestasi media dan
reagen yang disediakan/ dibeli mencapai tahap memuaskan. Bagi kawalan kualiti bagi media
pertumbuhan adalah merangkumi ujian identiti, steriliti dan ujian pertumbuhan. Bagi kawalan
kualiti bagi media selective media adalah merangkumi ujian identiti, ujian steriliti, tindakbalas
biokimia / ujian perencat (inhibitory test)
5.1.1
5.1.2
5.1.3
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kawalan kualiti ‘stock culture’ adalah untuk memastikan kultur adalah tulen. Bagi
memastikan ‘stock culture’ adalah tulen, terdapat dua (2) kawalan kualiti yang digunakan di
makmal iaitu ‘working stock culture’ dan ‘reference stock culture’.
Kawalan kualiti alat radas dan peralatan adalah untuk memastikan kualiti alat radas kaca
dan peralatan yang digunakan adalah bersih dan bebas daripada pertumbuhan
mikroorganisma. Antara kawalan kualiti untuk alat radas ialah ujian sterility, ujian alkali dan
asid serta bactericidal residual. Bagi kawalan kualiti peralatan, empat (4) kaedah yang perlu
dijalankan iaitu Plan Preventive Maintenance (PPM), Pemeriksaan rutin, Kalibrasi danIntermediate check.
KAWALAN KUALITI MIKROBIOLOGI
5.1.4
5.1.5
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kawalan Kualiti Analisis Makanan (Internal Quality Control) adalah untuk memastikan
kebolehpercayaan dan kualiti keputusan ujian yang tepat dan konsisten. Ia dijalankan
bersama sampel yang dianalisis dengan menggunakan Certified Reference Material (CRM),
External Spike Control (ESTD) dan Internal Standard Control (ISTD)
Kawalan kualiti reagen dan bahan piawai adalah untuk memastikan standard yang digunakan
adalah stabil dan traceable kepada International standard.
KAWALAN KUALITI KIMIA
Kawalan kualiti peralatan dijalankan penyelenggaraan dan kalibrasi secara berkala bagi
memastikan kompone peralatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Terdapat empat
(4) kawalan kualiti peralatan yang perlu dijalankan iaitu Plan Preventive Maintenance (PPM),
Pemeriksaan rutin, Kalibrasi dan Intermediate check.
5.2.1
5.2.1
5.2.1
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
• Mengetahui langkah keselamatan di makmal• menjelaskan langkah keselamatan sekiranya
berlaku tumpahan bahan kimia / bahanbiologi
• mengetahui jenis peralatan keselamatanyang perlu ada di makmal
OBJEKTIF
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Keselamatan di makmal merupakan aspek utama yangperlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yangbekerja dalam makmal daripada segala kemalanganakibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antarakemalangan yang mungkin berlaku di makmal adalahkebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dankebocoran bahan kimia.
PENGENALAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
•Sebarang kemalangan
yang berlaku mestidilaporkan.
•Penyimpanan bahanberasid /beralkali mestidiasingkan.
•Pastikan gas, bahan apidan elektrik telah ditutup
sebelum meninggalkanmakmal. •Mengetahui tanda arah
keselamatan.
BETUL
Peraturan Umum di Makmal• Memakai PPE yang betul.
• Pastikan meja makmalsentiasa dalam keadaan
bersih selepas digunakan.• Baca Safety Data Sheets
(SDS).
• Sentiasa menggunakankebuk wasap
• semasa menggendalikanbahan kimia yang merbahaya.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
• Merokok
• makan dan minum
• menyimpan makanan danminuman
• pipetkan bahan kimiamenggunakan mulut
• memakai selipar /kasut yang tidak bertutup
• berlari di dalam makmal
SALAH
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KESELAMATAN BAHAN BIOLOGIMerangkumi pengendalian dan pelupusan bahan biologi
• Baca dan ikuti arahan SDS patogen
yang dikendalikan
• Swab menggunakan disinfektan di
permukaan meja analisis
• Bekerja di Biological Safety Cabinet
• Menyahkuman sebelum dibuang
dalam tong sisa biohazard
• Pelupusan sisa biologi hendaklah
diautoklaf terlebih dahulu bagi
menyahaktif organisma pathogen
• Tangan hendaklah dicuci sebelum
dan selepas analisa
KESELAMATAN BAHAN KIMIAmerangkumi pengendalian dan pelupusan bahan kimia
• Tanggalkan pakaian yang
terkena tumpahan
• Alirkan air sekurang-kurang 20
minit
• Rujuk Safety Data Sheet (SDS)
untuk penyelesaian
• Lapor kepada pegawai
bertugas
• Dapatkan rawatan susulan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KESELAMATAN FIZIKALmemastikan keselamatan fizikal bangunan, premis atau tempat termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara
terperingkat dan sensitif.
• Mengawal akses kebenaran masuk makmal bagi bukan anggota
• Mengawal akses dokumen rasmi kerajaan.
• Menghalang kegiatan sabotaj ke atas peralatan atau kelengkapanpenting
• Mengwujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalanjabatan
• Memperkukuhkan tingkap, pintu dan dilengkapkan kunci-kuncikeselamatan
• Memasang alat kalis bunyi, penggera penceroboh, CCTV, kad aksesatau lain-lain alat teknik, mekanik, elektrik dan elektronik
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KESELAMATAN PERSONNELmerangkumi pemakaian yang sesuai semasa berada di makmal dan premis pengilangan makanan.
PPE adalah peralatan
keselamatan yang perlu dipakai
dan digunakan ketika melakukan
kerja-kerja pengendalian di
dalam makmal. Ianya penting
untuk mengelakkan berlaku
kecederaan pada anggota
tubuh dan kesihatan sewaktu
bekerja. Peralatan perlindungan
diri yang digunakan mestilah
bersesuaian dengan kerja-kerja
yang dilakukan. Pelindung kaki
Pelindung tangan
Pelindung badan
Pelindung pernafasan
Pelindung Mata
Pelindung pendengaran
(earplug
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Antara peralatan keselamatan yang wajib ada ialah:
PERALATAN KESELAMATAN
Emergency shower & Eyewash Pemadam api
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SIMBOL & PAPAN TANDA KESELAMATAN
Simbol dan papan tandakeselamatan di makmal adalah
sangat penting bagimemudahkan pengguna
mengenalpasti jenis bahayaserta hazard yang ada di
kawasan kerja serta secara tidaklangsung dapat mengurangkanrisiko berlakunya kemalangan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERALATAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Makmal Makanan dilengkapi dengan beberapa
peralatan berteknologi tinggi dan terkini. Ia boleh
dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu peralatan utama
dan peralatan sokongan. Contohnya:-
Peralatan Utama
• Gas Chromatograpy(GC)• High Performance Liquid
Chromatography(HPLC)
• Atomic Absorption
Spectroscopy (AAS)
• UV-Vis Spectrophotometer
Peralatan Sokongan
• Penimbang• Autoklaf
• pH meter
• Micropipette
• Incubator
• Oven• Chiller/Freezer
• Centrifuge
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Gas Chromatography
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Gas Chromatography
- Komponen utama GC terdiri daripada:-
i) Carrier gas (gas pembawa)
ii) Controller/regulator (pengatur tekanan)
iii) Injector
iv) Column (kolom)
v) Detector (pengesan)
vi) Recorder (pencatat)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
- High Performance Liquid Chromatography atau HPLC menggunakan cecair sebagai fasa gerak untukmemisahkan komponen sampel.
- Komponen dilarutkan dalam pelarut, kemudian dipaksamelalui kolom pada tekanan tinggi. Kemudian komponenberinteraksi dengan fasa pegun dan keluar pada waktuyang berbeza-beza
High Performance Liquid Chromatography (HPLC)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
- Komponen utama HPLC terdiri daripada:-
- i) Mobile phase reservoir
- ii) Pump
- Iii) Injector
- Iv) Column
- V) Detector
- Vi) Data Acquisition
High Performance Liquid Chromatography (HPLC)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Atomic Absorption Spectroscopy(AAS)
• Atomic Absorption Spectroscopy atau AAS digunakan untuk
mengukur kepekatan pelbagai elemen dalam sampel melaluipenyerapan cahaya. Ia menggunakan penyerapan sinaran optik
oleh atom-atom bebas untuk menentukan kandungan unsur-
unsur yang berbeza.
• Komponen utama AAS terdiri daripada:-
-i) Light source-ii) Atomizer
-iii) Monochromator
-iv) Detector
-vi) Readout device
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
UV-VIS Spectrophotometer • UV-VIS Spectrophotometri atau UV-VIS Spec digunakan untuk
mengukur serapan larutan (Absorbansi) dalam lamda/panjanggelombang (λ).
• Data-data yang dikeluarkan dalam absorbansi terus dibaca pada
spectrofotometer. Sekiranya UV-VIS dihubungkan dengan komputer,
data ini boleh dikeluarkan dalam bentuk spectrum
• Komponen utama UV-VIS Spec terdiri daripada:-I. Light source (sumber cahaya)
II. Monochromator
III. Sel sampel
IV. Detector
V. Readout device (pembaca)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
UV-VIS Spect- UV-VIS Spectrophotometri atau UV-VIS Spec digunakan
untuk mengukur serapan larutan (Absorbansi) dalamlamda/panjang gelombang (λ).
- Data-data yang dikeluarkan dalam absorbansi terusdibaca pada spectrofotometer. Sekiranya UV-VIS dihubungkan dengan komputer, data ini bolehdikeluarkan dalam bentuk spectrum
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
AUTOCLAVE Autoklaf adalah mesin stim di bawah tekanan untuk membunuh bakteria, virus, kulat, dan spora berbahaya pada item yang diletakkan di dalam sebuah kapal tekanan. Item dipanaskan ke suhu pensterilan yang sesuai untuk jumlah masa tertentu.
pH meterIa digunakan untuk mengukur pH sesuatu media bagi menjamin kualiti media yang dihasilkan.Kalibrasi pH meter perlu dilakukan setiap kali digunakan denganmenggunakan larutan buffer pH 4.0, pH7.0 dan pH10.0Elektrod bagi pH meter hendaklah sentiasa berada dalam larutanpenyimpanan.Pembersihan dilakukan setiap kali selepas digunakan dengamnmembersihkan elektrod dengan menggunakan air suling dan dilap denganmenggunakan tisu lembut.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENIMBANG
digunakan untuk mengukur berat di dalam makmal, seperti media dan bahan reagen
AUTOCLAVE autoklaf adalah mesin stim di bawah tekanan untuk membunuh bakteria, virus, kulat, dan spora berbahaya pada item yang diletakkan di dalam sebuah kapal tekanan. Item dipanaskan ke suhu pensterilan yang sesuai untuk jumlah masa tertentu.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
IncubatorDigunakan untuk proses pengeraman bakteria pada suhu dan
masa yang telah ditetapkan seperti kaedah yang digunakan.
Bagi kawalan kualiti, ujian incubator humidity perlu dijalankan
setiap tiga bulan dan carta suhu perlu direkodkan setiap dua
kali sehari
CentrifugeDigunakan untuk memisahkan sampel yang padat dan sukar
ditapis/dipisahkan ke dalam bentuk cecair dan pepejal
berdasarkan ketumpatan. Ia dilakukan dengan cara memutar
campuran dengan sangat cepat dan bertumpu pada titik pusat
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
MicropipetteDigunakan untuk memindahkan cairan atau larutan dari satu tempat. Dalammenggunakan mikropipet, ia memerlukan pipet tip untuk menampung cecaorlam bentuk single chanel dan multi chanel. Mikropipet perlu dijalankankalibrasi setiap yang dipipet. Mikropipet terdapat dalam bentuk single chanekdan mulit chanel. Mikropipet perlu dijalankan kalibrasi setiap tahun dandijalankan kualiti Piston of verification Apparatus (POVA) setiap 6 bulan bagimemastikan keputusan analisis adalah tepat.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PROGRAM JAMINAN
KESELAMATAN MAKANAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
OBJEKTIF`
PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran ini anda boleh:
Menerangkan jenis-
jenis pensijilan
Menerangkan
program jaminan
keselamatan
makanan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Program Jaminan Keselamatan Makanan
Peraturan 9 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009) mewajibkan
setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan untuk
menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan
Makanan (PJKM).
PJKM merupakan satu sistem amalan
terancang yang didokumenkan dan
memberi jaminan bahawa mana-mana
jenis makanan tertentu tidak akan
memudaratkan pengguna apabila dimakan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Program Jaminan Keselamatan Makanan
Antara PJKM yang telah diperkenalkan oleh KKM kepada premis yang
terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practice (GMP) dan
Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP)
BeSS atau‘’Bersih, Selamat, Sihat,
adalah pengiktirafan yang disediakan
oleh KKM kepada premis outlet
makanan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SKIM PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN (PJKM), KKM
- Pendekatan jaminan keselamatan makanan mengikut kesediaan pihak industri
makanan
Dilaksanakan pada 2012
•Mensasarkan PKS
•Berdasarkan peraturan
•PERCUMA
MeSTI
GMP
HACCP
Dilaksanakan pada 2007
•Berdasarkan permintaan
•Fi dikenakan
Dilaksanakan pada 1998
•Berdasarkan permintaan
•Fi dikenakan
PENGENALAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Hierraki
HACCP
GMP
MeSTI
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
MeSTI
Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab
Industri (MeSTI) adalah Program Jaminan
Keselamatan Makanan (PJKM) yang diberikan
kepada Industri Pengilangan Makanan khususnya
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yangmemenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
MeSTI
PENAMBAHBAIKAN
Satu Logo Merangkumkan elemen-elemen penting dari ketiga-
tiga skim di bawah SK1M kepada satu iaitu MeSTI
(Kawalan premis, kawalan proses, & keberkesanan
(traceability)
Sijil MeSTI sah
untuk 3 tahun
Pemeriksaan
Keselamatan
Makanan (PKM)
GMP 1
Malaysia
HACCP 1
Malaysia
SKIM KESELAMATAN MAKANAN 1 MALAYSIA (SK1M)
PENJENAMAAN SEMULA
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
GMP
Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan
Pengilangan Yang Baik adalah Program Jaminan
Keselamatan Makanan (PJKM) yang dilaksanakan di kilang
makanan. Produk yang dikeluarkan dari kilang GMP memenuhi
standard kawalan kualiti yang ditetapkan
Proses pensijilan merangkumi pengauditan kecukupan,
pematuhan dan audit susulan (jikaperlu) oleh juruaudit yang
dilantik.
Pemegang sijil GMP KKM akan tertakluk kepada audit
pengawasan satu (1) kali setahun
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
GMP
Elemen GMP
Bangunan dan
Kemudahan
Kawalan
Operasi
Penyelenggaraan
dan Sanitasi
Pengangkutan
dan Pengedaran
Pengesanan
Audit Dalaman
Latihan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
HACCP
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) adalah Program
Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang sistematik dalam
memastikan produk makanan selamat dari bahaya kimia, biologi, fizikal,
mikroorganisma patogen dan radiasi
HACCP diberikan ke atas produk makanan untuk meminimakan atau
mengurangkan bahaya keselamatan makanan dan diiktiraf diperingkat
antarabangsa.
Proses pensijilan merangkumi pengauditan kecukupan, pematuhan dan audit susulan (jika perlu) oleh juruaudit yang dilantik.
Pemegang sijil HACCP KKM akan tertakluk kepada audit pengawasan setiap
6 bulan atau dua (2) kali setahun.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
HACCP
Elemen HACCP
1. Menjalankan
analisis bahaya
2. Menentukan titik
kawalan kritikal
3. Mewujudkan had
kritikal bagi setiap
CCP
4. Mewujudkan sistem
pemantauan dan kawalan
bagi setiap CCP
5. Mewujudkan
kaedah
pembetulan
6. Mewujudkan
prosedur pengesahan
7. Mewujudkan
rekod dan
dokumentasi
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
BeSS
Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu
pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan
bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan
makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.
Tempoh Sah Laku : 3 Tahun (pembaharuan- 3 bulan sebelum
tarikh luput)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SOALAN KUIZ
1. Apakah itu PJKM?
A. Program Jaminan Kualiti Makanan
B. Program Jaminan Keselamatan Makanan
C. Program Jaminan Kesihatan Makanan
D. Program Jaminan Kawalan Makanan
Jawapan: B
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SOALAN KUIZ
2. Sila nyatakan jenis pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan?
Jawapan: HACCP, GMP, MeSTI dan BeSS
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERUNDANGAN MAKANAN
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran ini anda boleh:
Menerangkan
berkenaan akta
dan peraturan
dibawahnya
Menerangkan
definisi akta dan
peraturan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Tujuan - untuk memaklumkan orang ramai mengenai undang-undang berkaitan
makanan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa di Malaysia
Secara umumnya, kewujudan undang-undang khusus di Malaysia yang berkaitan
dengan bidang makanan ini adalah bertujuan untuk melindungi setiap pengguna
makanan, mewujudkan keseragaman dalam penghasilan dan pengeluaran
makanan serta memastikan kebersihan dan keselamatan setiap makanan yang
dihasilkan.
Asas yang menjadi dasar kepada pembentukan kepada undang-undang yang
berkaitan dengan makanan ini adalah semua perkara yang menyentuh mengenai
kandungan dalam makanan, premis menjual makanan dan pengendali
makanan. Terdapat juga perkara yang tidak disentuh secara langsung, namun
termasuk di dalam perlindungan makanan, iaitu hal yang berkaitan dengan penyimpanan, pembungkusan, penghidangan dan cara mempamerkan makan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Definisi akta dan peraturan:-
• Undang-undang tentang sesuatu yang digubal oleh parlimen
• Dibentang dan diluluskan oleh parlimenAkta
• Tidak perlu dibentang di parlimen
• Memadai dipersetujui danditandatangani oleh Menteri
• Nota kabinet perlu dibuat dandimaklumkan kepada kabinet
Peraturan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PENGENALAN
Akta Makanan Dan Peraturan Lain yang Terkandung di Dalamnya
Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Akta Makanan 1983
Peraturan-Peraturan Makanan (Notis Di Bawah
Seksyen 32B) 2007
Peraturan-Peraturan KebersihanMakanan
2009
Peraturan-Peraturan Makanan(Pengeluaran Sijil Kesihatan bagiEksport Ikan dan Keluaran Ikan
ke Kesatuan Eropah) 2009
Peraturan-Peraturan Iradiasi 2011
Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis
Makanan) 2016
Peraturan-Peraturan Makanan
(PengkompaunanKesalahan) 2017
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
AKTA MAKANAN
1983
Akta Makanan 1983 (Food Act 1983) merupakan undang-undang utama yang
berfungsi untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya yang wujud dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan,
dan juga mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini telah
diwartakan pada 10 Mac 1983.
Akta Makanan 1983 ini adalah akta utama atau akta induk yang mengawalselia
aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengiklanan dan perkara-perkara lain berkaitan
bidang makanan dan minuman. Seksyen 34(1) Akta Makanan 1983 menyatakan
Menteri Kesihatan boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakanperuntukan-peruntukan Akta ini.
Akta ini terbahagi kepada lima bahagian utama, iaitu yang berkaitan dengan aspek
pentadbiran dan penguatkuasaan, jenis-jenis kesalahan dan keterangan,
import, waranti dan pembelaan, serta perkara-perkara lain yang merangkumi
pendakwaan, kuasa untuk mengenakan kompaun, perlindungan terhadap tindakan
undang-undang, kuasa menggubal undang-undang, gantirugi dan sebagainya.
Terdapat 36 seksyen di dalam akta ini.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
AKTA MAKANAN
1983
Melalui seksyen-seksyen serta peruntukan yang terdapat di dalamnya, maka suatu
standard khas telah ditetapkan berdasarkan setiap peruntukan tersebut, contohnya
seperti Seksyen 15 dan 16 yang menetapkan peraturan khas bagi pelabelan
makanan.
Seksyen 15 ini menyentuh mengenai jika suatu standard telah ditetapkan bagi apa-
apa makanan, maka standard itu hendaklah dinyatakan oleh orang yang
membungkus, melabel atau mengiklankannya. Sekiranya makanan yang
disediakan itu tidak menepati standard atau menyebabkan standard makanan itu
dikelirukan, orang itu atau perbuatan sedemikian itu dikira telah melakukan suatukesalahan
Manakala Seksyen 16 pula menyentuh mengenai kesalahan yang berkaitan dengan
perbuatan memalsukan label atau pelabelan palsu.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah undang-undang yang digubal di
bawah Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Ia perlu dipatuhi bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan
dan mengenai perkara-perkara berkaitan dengannya supaya makanan yang
dihasilkan selamat, berkualiti, bersih dan bebas daripada pencemaran
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah diwartakan oleh kerajaan pada 26
September 1985
Peraturan ini tidak terpakai bagi apa-apa makanan yang disediakan, dikeluarkan
atau dibungkus untuk dieksport ke luar Malaysia.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
Peraturan ini terbahagi kepada sepuluh (10) bahagian utama, iaitu yang berkaitan
dengan aspek waranti, prosedur mengambil sampel, pelabelan, aditif makanan
dan nutrien yang ditambah, bungkusan bagi makanan, juzuk kebetulan,
standard dan kehendak pelabelan tertentu bagi makanan, penggunaan air, ais
dan stim serta perkara-perkara lain yang merangkumi makanan yang takdistandardisasikan di tempat lain dan penalti.
Terdapat 399 peraturan dan 30 jadual yang berkaitan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN
• Bahagian I : Permulaan (Per. 1 & 2)
• Bahagian II : Waranti (Per.3)
• Bahagian IIA : Kelulusan untuk penjualan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden (Per. 3A)
• Bahagian III : Prosedur bagi mengambil sampel (Per. 4-8) –
• Bahagian IV : Pelabelan (Reg. 9-18E)
• Bahagian V : Aditif makanan & nutrien yg ditambah (Per.19-26A)
• Bahagian VI : Bungkusan bagi makanan (Per. 27-36A)
• Bahagian VII : Juzuk kebetulan (Per.37-41)
• Bahagian VIII : Standard & kehendak pelabelan tertentu bagi makanan(Per. 42-393A)
• Bahagian XI : Penggunaan air, ais dan stim (Per. 394-394A)
• Bahagian X : Pelbagai (Per. 395-399)
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN
Per. 42-75 : Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti
Per. 76-78 : Malt dan Ekstrak Malt
Per. 79-81 : Bahan Pengudara Makanan
Per. 82-117 : Susu dan Hasil Susu
Per. 118-134 : Bahan pemanis
Per. 135-140 : Konfeksi
Per. 141-155 : Daging dan Hasil Daging
Per. 156-170 :Ikan dan Hasil Ikan
Per. 171-178 : Telur dan Hasil Telur
Per. 179-208 : Lemak Makan dan Minyak Makan
Per. 209-222 : Sayur-sayuran dan Hasil Sayur-sayuran
Per. 223-234 : Sup dan Stok Sup
Per. 225-245 : Buah-buahan dan Hasil Buah-buahan
Per. 246-251 : Jem, Jeli Buah, Marmalad dan Seri Kaya
Per. 252-259 : Kekeras dan Hasil Kekeras
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN
Per. 260-273 :Teh, Kopi, Cikori & Hasil yang Berkaitan
Per. 274-281 :Koko dan Hasil Koko
Per. 282 :Susu Kocak
Per. 283-333 :Garam dan Rempah
Per. 334-347 :Cuka, Sos, Cutni dan Jeruk
Per. 348-360 :Minuman ringan
Per. 360A :Air Mineral Semulajadi
Per. 360B :Air Minuman Berbungkus
Per. 360C :Mesin jual air
Per. 361-386A :Minuman beralkohol
Per. 387 :Syandi
Per. 388-393A :Makanan Bertujuan Khas
Per. 394-394A :Standard bagi air atau ais
Per. 395-399 :Pelbagai
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985JADUAL PERATURAN
Jadual Pertama (Peraturan 3) Makanan Yang Memerlukan Waranti Bertulis
Jadual Kedua (Peraturan 6) Label Bagi Sampel Makanan
Jadual Ketiga Borang A (Peraturan 7 (1)) Permintaan Bagi Analisis Sampel Makanan
Jadual Keempat (Peraturan 7 (2)) Perakuan Juruanalisis
Jadual Kelima (Peraturan 14) Makanan Yang Memerlukan Penandaan Tarikh
Jadual Kelima A (Peraturan 18c) Syarat-syarat Kandungan Nutrien Untuk
Kegunaan Akuan Pemakanan
Jadual Keenam (Peraturan 20) Bahan Pengawet Yang Dibenarkan Yang Boleh
Ditambah Pada Makanan Tertentu Dan Kadar Maksimum Yang DibenarkanDalam Setiap Hal
Jadual Keenam (A) (Peraturan 20a) Agen Antimikrobial Yang Dibenarkan Yang
Boleh Digunakan Dan Kadar Maksimum Yang Dibenarkan Dalam Setiap Hal
Jadual Ketujuh (Peraturan 21) Bahan Pewarna Yang Dibenarkan
Jadual Kelapan (Peraturan 22) Daftar I Bahan Perisa Yang Tidak Dibenarkan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985JADUAL PERATURAN
Jadual Kesembilan (Peraturan 23) Penambah Perisa Yang Dibenarkan
Jadual Kesepuluh (Peraturan 24) Antipengoksida Yang Dibenarkan Yang Boleh
Ditambah Pada Makanan Tertentu Dan Kadar Maksimum Yang Dibenarkan
Dalam Setiap Kes
Jadual Kesebelas (Peraturan 25) Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan
Jadual Kedua Belas (Peraturan 26) Nutrien Yang Ditambah Yang Dibenarkan
Jadual Kedua Belas A (Peraturan 26a) Kultur Probiotik
Jadual Ketiga Belas (Peraturan 28) Kadar Maksimum Yang Dibenarkan BagiPembebasan Plumbum Dan Kadmium
Jadual Keempat Belas (Peraturan 38) Kadar Maksimum Yang Dibenarkan BagiCemaran Logam Dalam Makanan Tertentu
Jadual Keempat Belas A (Peraturan 38a) Kadar Maksimum 3-
monochloropropane-1.2-diol (3-mcpd) Yang Dibenarkan Dalam Makanan
Tertentu
Jadual Kelima Belas (Peraturan 39) Mikroorganisma Dan Toksinnya
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985JADUAL PERATURAN
Jadual Kelima Belas A (Peraturan 40) Residu Drug
Jadual Keenam Belas (Peraturan 41) Residu Racun Perosak
Jadual Keenam Belas AA (Peraturan 91b) Paras Nutrien Bagi Susu TepungRumusan Untuk Kanak-kanak
Jadual Keenam Belas B [Subperaturan 132a(3)] Bahan Yang Boleh DigunakanDalam Asas Bahan Pemanis Tiruan
Jadual Ketujuh Belas [Peraturan 133(2)] Bahan Pemanis Tanpa Zat Yang
Dibenarkan, [Peraturan 133(2a)] Kadar Maksimum Yang Dibenarkan Bagi
Acesulfame Potassium Dalam Makanan Tertentu
Jadual Kedua Puluh A (Peraturan 134(3)) Standard Bagi Aspartame (Aspartyl
Phenylalanine Methyl Ester)
Jadual Kedua Puluh B (Perenggan 361(5A)(a)) Meminum Arak Boleh
Membahayakan Kesihatan
Jadual Kedua Puluh C (Perenggan 361(5A)(b)) Tanda Larangan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985JADUAL PERATURAN
Jadual Kedua Puluh Satu [Peraturan 389(3)] Paras Nutrien Bagi Rumusan
Bayi, (Peraturan 389(3A)) Ramuan Pilihan Dalam Rumusan Bayi
Jadual Kedua Puluh Satu A (Peraturan 389A) Tahap Nutrien Bagi Rumusan
Susulan Tahap Nutrien (Bagi Setiap 100 Kcal)
Jadual Kedua Puluh Dua [Peraturan 390(6) Dan 391 (6)] Paras Nutrien Bagi
Makanan Berkaling Untuk Bayi Dan Kanak-kanak Dan Makanan Berasaskan
Bijirin Untuk Bayi Dan Kanak-kanak, (Peraturan 390(7)) Aditif Makanan Yang
Dibenarkan Dalam Makanan Berkaling Untuk Bayi Dan Kanak-kanak
Jadual Kedua Puluh Tiga [Subperaturan 391(14)] Aditif Makanan Yang
Dibenarkan Dalam Makanan Diproses Yang Berasaskan Bijirin Untuk Bayi Dan Kanak-kanak Kecil
Jadual Kedua Puluh Empat (Peraturan 392 (3) ) Jumlah Nilai Tenaga
Maksimum Bagi Makanan Tenaga Rendah
Jadual Kedua Puluh Empat A (Peraturan 393A ) Ramuan Yang Dibenarkan
Dalam Pengganti Garam
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN 1985
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985JADUAL PERATURAN
Jadual Kedua Puluh Lima [Subperaturan 360b(3) Dan 360c(3)] Standard Bagi
Air Minuman Berbungkus Dan Air Dari Mesin Jual Air
Jadual Kedua Puluh Lima A [Subperaturan 394(1)] Standard Bagi Air
Jadual Kedua Puluh Enam (Peraturan 360a(7)) Standard Bagi Air Mineral
Semulajadi
Jadual Kedua Puluh Tujuh (Peraturan 360a(2)) Lesen Untuk Mengambil Air
Mineral Semulajadi Daripada Punca Bagi Maksud Perdagangan Atau
Perniagaan
Jadual Kedua Puluh Lapan (Peraturan 360b (1a)) Lesen Untuk Mengambil Air
Minuman Dari Mana-mana Sumber Bagi Maksud Dagangan Atau Perniagaan
Jadual Kedua Puluh Sembilan (Peraturan 394a) Lesen Untuk Penyediaan Ais
Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan
Jadual Ketiga Puluh [Subperaturan 360c(4)] Lesen Untuk Mengendalikan
Mesin Jual Air
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN (NOTIS
DI BAWAH
SEKSYEN 32B) 2007
Di bawah Peraturan ini, apabila pihak berkuasa mengesan kesalahan yang
dilakukan contohnya pengendali makanan tidak memakai apron, maka di bawah
peruntukan ini, notis boleh terus dikeluarkan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
KEBERSIHAN
MAKANAN 2009
Secara umumnya, melalui Akta Makanan 1983, terdapat satu peraturan khas yang
menyentuh mengenai perjalanan dan penyelenggaraan premis makanan serta
kehendak-kehendak am dan khusus sesebuah premis makanan, iaitu melalui
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. PPKM 2009 ini merupakan
Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.
Ia diwujudkan khususnya adalah untuk melindungi pengguna daripada penyakit
bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dipasarkan untuk
pengguna.
Di bawah Peraturan ini terdapat dua perkara diperkenalkan, pertama adalah
pendaftaran premis makanan mengikut kategori dan kedua adalah kesalahan-
kesalahan yang boleh dikompaun. Terdapat empat (4) kategori premis makanan yang
wajib didaftarkan dan 33 jenis kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun.
Perkara yang diberi perhatian dalam peraturan berkaitan dengan premis makanan ini
ialah tapak premis makanan, lesen perniagaan bagi tapak premis, keadaan struktur
premis dalam dan luar, serta pengurusan sampah sarap di dalam dan di luar
persekitaran kawasan premis.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN
(PENGELUARAN
SIJIL KESIHATAN BAGI EKSPORT
IKAN DAN
KELUARAN IKAN
KE KESATUAN
EROPAH) 2009
Mana-mana orang yang berhasrat untuk mengeksport apa-apa ikan dan
keluaran ikan ke Kesatuan Eropah hendaklah mematuhi kehendak Kesatuan
Eropah:
Mempunyai sijil kualiti ikan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan(Kawalan Kualiti Ikan bagi Eksport ke Kesatuan Eropah) 2009.
Sijil kesihatan bagi setiap konsainan.
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
IRADIASI 2011
Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana premis bagi rawatan
iradiasi makanan melainkan jika premis itu didaftarkan di bawah peraturan ini.
Pendaftaran Premis Iradiasi Makanan
Operasi Premis Iradiasi Makanan Perakuan Iradiasi
Kehendak Pembungkus dan Pelabelan
Terdapat 14 peraturan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN (FI
ANALISIS
MAKANAN) 2016
Fi bagi perkhidmatan analisis makanan di Makmal Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Terdapat 3 peraturan
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
PERATURAN-
PERATURAN
MAKANAN
(PENGKOMPAUNAN
KESALAHAN) 2017
Peraturan ini diwujudkan memberi kompauan kepada kesalahan yang nyata
yang dijumpai contohnya tarikh luput, bahasa
Daripada 399 Peraturan yang terdapat dalam PPM 1985, hanya 15 peraturan
sahaja yang dikenalpasti untuk dikeluarkan kompauan kesalahan sepertiberikut:-
• Per. 9-11, 14, 16, 18 & 18E - Pelabelan makanan
• Per. 35 – Pembungkus yang rosak
• Per. 36 – Patung, duit, mainan dll dalam makanan ataubungkusan makanan
• Per. 360A – Air mineral semulajadi
• Per. 360B – Air minuman berbungkus
• Per. 360C – Air dari mesin jual air
• Per. 361 – Standard am bagi minuman beralkohol• Per. 386A – Sebatian minuman keras
• Per. 394A – Standard bagi ais
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SOALAN KUIZ
1. Sila nyatakan definisi bagi akta dan peraturan
Jawapan :
Akta: Undang-undang tentang sesuatu yang digubal oleh parlimen. Dibentang dan diluluskan oleh parlimen
Peraturan: Tidak perlu dibentang di parlimen. Memadai dipersetujui danditandatangani oleh Menteri. Nota kabinet perlu dibuat dan dimaklumkankepada kabinet
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SOALAN KUIZ
2. Berapakah bilangan peraturan yang terdapat di dalam Peraturan Makanan
1985?
A. 36
B. 30
C. 33
D. 399
Jawapan: D
ANALISIS MAKANAN DAN AKTIVITI KAWALAN
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Tajuk
Analisis Makanan dan Aktiviti Kawalan
Keselamatan dan Kualiti Makanan
Agensi/Kluster
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
Pereka BahanKursus/Pembelajaran
1. Pn. Nor Khamisah bt Abdul Rahman @ Tahir
2. Pn. Junaidah bt Haron
3. Pn. Pizawati bt Mohammad
4. En. Mohd Nazry Asmady b. Sha’ari