Analisis model assure

12
PENGENALAN Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J. Russell dan S. Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai

Transcript of Analisis model assure

Page 1: Analisis model assure

PENGENALAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya

sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai

digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada

pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan

pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk

menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang

ingin disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan

dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap

dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model

reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh

R. Heinrich, M. Molenda, J. Russell dan S. Smaldino. Perancangan pengajaran dan

pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini

sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan

pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model

rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan

bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang

ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan

teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih

menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan

teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu

juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model ASSURE.

Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama

iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan

Objektif ), S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U =

Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner

Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai

Dan Semak Semula).

Page 2: Analisis model assure

Keenam-enam elemen di atas akan menjadi satu rangkaian langkah

berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait

antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap

bagi satu sesi pengajaran.

MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap

langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan

teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Dunia

Sains dan Teknologi. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran

harian selama 60 minit untuk kelas 3 Gemilang yang memiliki seramai 38 orang

murid.

1) Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus

peringkat masuk dan stail pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap,

tingkatan dan latar sosioekonomi. Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum

yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh

tahun. Manakala kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan

sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Stail pula merupakan trait

psikologi seperti persepsi. Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai

iaitu lemah, sederhana dan pandai.

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran

berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis terhadap murid kita

dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

a) Ciri-ciri umum pelajar - Tajuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Tahun 3 Gemilang adalah haiwan ( memahami ciri haiwan )yang diambil dari

Dokumen Standard Kurikulum tahun 3. Murid berumur 9 tahun. Murid-murid ini

mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka

adalah anak kepada penduduk pinggir bandar yang rata-rata bekerja samada di

sektor swasta mahupun kerajaan. Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan

Page 3: Analisis model assure

ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti

yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Kompetensi khusus peringkat masuk - Guru juga perlu melihat

pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum

murid. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada

murid merujuk kepada aras kebolehanmurid sebelum bermulanya pengajaran.

Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan

penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya

pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.Di sini murid-murid

sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran mereka, tetapi mereka

tidak tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Mereka boleh menyebut

pelbagai jenis haiwan tetapi tidak tahu tentang ciri-ciri tertentu yang terdapat pada

haiwan.

c) Stail / Gaya Pembelajaran - Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis

pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang

berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung

kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun

pergerakan murid , maka dengan inilah guru akan menentukan kaedah

pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat

murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mendapati

murid-murid 3 Gemilang lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda

maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2) Nyatakan Objektif Pembelajaran ( State Objective )

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru

kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya

realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu

dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut Dokumen

Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah panduan objektif yang

diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar

(Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan

tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai.

Perkara yang penting ialah guru perlu tahu bagaimana hendak mempraktikkannya

dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan

Page 4: Analisis model assure

pengajaran yang berkesan sebagai contoh :-Pada akhir pembelajaran, murid-murid

dapat : 1). Mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Peringkat ini jelas

dilihat pada Langkah Pertama dan Langkah Kedua Pengajaran di mana penglibatan

semua murid untuk menyatakan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Malah aktiviti

soal jawab juga dapat dilaksanakan dengan baik apabila mendapat respon yang

menggalakkan daripada penglibatan murid. 2). Mengelaskan haiwan berdasarkan

ciri pengelasan yang dipilih. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah keempat, murid

berbincang dan bekerjasama menggunting dan menampal gambar haiwan mengikut

ciri pengelasan yang dipilih dengan baik . Di peringkat ini juga, murid cuba membina

ayat sendiri bagi menjelaskan tentang ciri-ciri pengelasan haiwan yang dipilih secara

lisan.

3) Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials)

Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih

kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan

tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran. Oleh kerana kelas tersebut terdiri

dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih ialah penyoalan,

perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Media yang dipilih pula

ialah kad gambar dan persembahan power point. Manakala bahan yang dirancang

ialah lembaran kerja. Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan

selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian

objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi

pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada

pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal,

kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.

Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai

contoh, untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan sesi soal

jawab, latih tubi dan latihan. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana

membuat pengelasan haiwan mengikut ciri-ciri pengelasan yang dipilih di dalam

kumpulan 3 bahan yang diberikan oleh guru iaitu gambar haiwan, kertas mahjong

dan pen marker. Tujuannya adalah supaya murid dapat melaksanakan tugasan yang

diberi berjalan dengan lancer di dalam kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih

kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu

Page 5: Analisis model assure

mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua

pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing

dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

4) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Utilise media and materials)

Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan

bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan

dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan

untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang

bahan yang akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang

sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya

sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah

sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang

dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah haiwan maujud.

Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan persembahan power point

digunakan.Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk

dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan

bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai,

ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru

hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini

penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online.

5) Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar.

Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti-

aktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan,

kuiz dan sebagainya. Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.

Selain itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan. Bukan itu

sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti

murid-murid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut

ciri-ciri yang tertentu. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan

memberi idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran.

Page 6: Analisis model assure

Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat

memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement

activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak

balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan

bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan

menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan

6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau

nilai dan semak. Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan

dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran

sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-

murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai. Nilai dan

semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk

menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian

yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan objektif.

Selain itu media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut

disemak. Untuk penilaian, guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang meminta

murid-murid menyatakan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri

yang tertentu. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau

menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang

perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi

gagal apabila dilaksanakan.

Justeru itu adalah penting untuk guru mencuba perancangan pengajaran ke

atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan

perancangan tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau

peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Data yang dikutip memberikan

maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE

amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif. Walaupun tugasan hanya

diberi pada akhir pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir

pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari kelemahan

pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang

Page 7: Analisis model assure

di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini,

latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses

pengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling

sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media

sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk

menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif

pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini

terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah

penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian

diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang

dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai.

Page 8: Analisis model assure

RUJUKAN

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing

Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar

Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam

Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah

Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor:

Meteor Doc. Sdn. Bhd.