Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

22
TAJUK ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 15 JULAI 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL

Transcript of Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Page 1: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

TAJUK

ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI

PENULIS

FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI

TARIKH

15 JULAI 2014

FAKULTI

OUM BUSINESS SCHOOL

Page 2: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ......................................................................................................... 1

1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan............................................................................... 1

1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan ...................................................................... 1

1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan ........................................................................... 1

1.1 Definisi dan Peranan Pengurus ......................................................................... 2

1.1.1 Peranan sebagai Tunggak ..................................................................... 3

1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin ................................................................... 3

1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan ................................................. 3

1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap ................................................................... 3

1.1.5 Peranan sebagai Perunding ................................................................... 4

1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea .............................................................. 4

1.1.6.1 Proses Keusahawanan ............................................................... 4

1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan .............................................. 4

1.1.6.3 Proses Reformasi ...................................................................... 5

2.0 ANALISIS ARTIKEL ............................................................................................... 5

2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin ............................................................ 5

2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding .......................................................... 7

2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea .................................................... 8

3.0 KESIMPULAN ....................................................................................................... 10

Rujukan..................................................................................................................... 11

Lampiran ................................................................................................................... 12

Page 3: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

1.0 PENGENALAN

Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan

satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal

sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah

ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan

merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge

B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi

proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap

segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif

yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi

sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan

sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan semata-

mata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat

dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi.

1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan.

Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif,

Presiden atau Pengurus Besar yang berperanan menetapkan matlamat dan menentukan

ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan juga meneliti perkembangan

dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi dapat

menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan.

Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan

aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian

di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.

1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan.

Juga dikenali sebagai pengurus lini dan merupakan pengurus paling rendah dalam

hierarki pengurusan. Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka

yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi

pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran

1

Page 4: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan

dan bawahan.

1.1 Definisi dan Peranan Pengurus

Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab

terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan

tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak

mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.

Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah

tanggungjawabnya.

b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi

mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan.

c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja

di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan

kegagalan peranannya.

d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti

melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan

strategi.

R.W. Griffin pula mendefinisikan pengurus sebagai orang pertama yang

bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah

orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal

sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat

pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan

menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi.

Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari.

Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk

menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili

jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan.

2

Page 5: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu

peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan

pencetus idea.

1.1.1 Peranan sebagai Tunggak

Seorang pengurus berperanan sebagai ketua atau simbolik dan merupakan

individu terpenting dalam organisasi. Pengurus bertindak sebagai wakil dalam

organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang bersifat rasmi, sosial atau

perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor universiti

yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat

dalam pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari

dan menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan.

1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin

Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat,

mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga

bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktiviti-

aktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat,

membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka.

1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan

Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan

perlu berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi

memudahkan urusan seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan

dan melakukan tugas penting untuk organisasi. Dalam organisasi pula,

pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga

individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi

melicinkan urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan

pengurus pemasaran bagi urusan memasarkan produk.

1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap

Pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan

kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman

sendiri. Kepentingan dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan

3

Page 6: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada

pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di pasaran.

1.1.5 Peranan sebagai Perunding

Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang

melibatkan aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran.

Maklumat yang dikumpul akan dibincangkan bersama kakitangan organisasi

sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang pengurus akan berunding

dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan kakitangan di

jabatan kewangan.

1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea

Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus

tindakan korporat dan transformasi. Tugas ini melibatkan strategi dalam

menjana dan menghubungkan keputusan penting. Dalam hal ini, pengurus

mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi ke

atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan

membuat perubahan yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti

masalah, program-program penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan

untuk mencapai kemajuan. Terdapat tiga proses yang dapat memandu pekerja

ke arah mencapai inisiatif perubahan iaitu proses keusahawanan, proses

pembangunan keupayaan dan proses reformasi.

1.1.6.1 Proses Keusahawanan

Pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan

persekitaran yang berubah-ubah dengan mencipta, mengembangkan

idea baru dan membawa perubahan. Mereka juga memulakan projek,

mengumpul sumber dan mencari cara baru untuk sesuatu.

1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan

Proses ini memperlihatkan pengurus sebagai pengendali gangguan.

Gangguan mungkin timbul daripada kakitangan, sumber, ancaman atau

kerana orang lain melakukan kesilapan atau inovasi mempunyai kesan-

4

Page 7: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani

serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku.

1.1.6.3 Proses Reformasi

Pengurus bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur,

perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja dibahagikan dan

diselaraskan. Oleh itu, pengurus harus memperuntukkan masanya

dengan kakitangan supaya mereka dapat berhubung dan membuat

keputusan.

2.0 ANALISIS ARTIKEL

Bahagian ini membincangkan tiga peranan berbeza pengurus dalam organisasi. Penulis akan

cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap peranan berserta contoh yang dipetik daripada

artikel majalah dan surat khabar. Tiga peranan pengurus yang akan dibincangkan adalah

pemimpin, perunding dan pencetus idea.

2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin

Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau

kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan

efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang

dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang

dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua

ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja

semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal,

2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan

memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan

berkomunikasi dengan subordinat.

Artikel yang bertajuk „Sejenak Bersama Peneraju Westport‟ ini

berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings

Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya,

Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal

kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri.

5

Page 8: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab

terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja

untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan

keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga

mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan

mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan

yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan

kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap

lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan

menjadikan orang lain lebih baik.

Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah

aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan

komunikasi sebagai “satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan

menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya.” Komunikasi

dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana

melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat

perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses

pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan

kakitangannya. Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau

memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka

dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep

„Peti Cadangan‟ sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk

bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan

menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara

pengurus dan subordinat.

Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja

pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari

pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan,

prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka

yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai

berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau

jantina.

6

Page 9: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja

yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa

memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja

di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada

“kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang

itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.” Sebagai

contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek

dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif

di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan

tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada

kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba

ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan.

Melalui analisis artikel ini, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat

dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah

penentu hala tuju organisasi.

2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding

Sebagai perunding, pengurus perlu menjalin hubungan yang baik dengan

pekerja sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pengurus juga perlu

mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk

mendapatkan maklumat dan sokongan daripada pihak tertentu. Perundingan

merupakan satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti

dan maklumat yang cukup untuk mengadakan rundingan.

Sebagai contoh, analisis artikel „KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan

Tenaga Alam Sekitar‟ menunjukkan pengurus memainkan peranannya sebagai

perunding dengan mewakili KUB Malaysia Berhad (KUB) untuk menjalinkan

kerjasama dengan IHI Enviro Corporation of Japan (IHI Enviro) bagi

membangunkan perniagaan tenaga alam sekitar di Malaysia. Melalui kerjasama

ini, pengurus berjaya memperoleh kepentingan untuk meneroka dan membida

pelbagai projek menukar sisa kepada tenaga yang membabitkan pembinaan loji

insinerator di negara ini.

7

Page 10: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global,

hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Dalam hal ini, pengurus

menunjukkan kemampuannya menjalankan peranan sebagai perunding dengan

mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa yang

dimiliki bagi mengembangkan visi syarikat dan negara.

Selain daripada itu, seorang perunding juga bertindak sebagai

perancang strategi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Dengan

adanya kuasa autoriti dan maklumat yang cukup, sesuatu perancangan itu dapat

dilaksanakan. Contohnya, rancangan KUB untuk menyediakan teknologi

diperbaharui dan baru untuk rawatan dan pelupusan bahan buangan dalam

usaha membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dapat

tercapai dengan termeterainya perjanjian dengan pihak IHI Enviro.

Tugas seorang perunding juga melibatkan penyelesaian masalah.

Sebagai contoh, pengurus berkongsi kemahiran dan maklumat dengan pihak

terbabit melalui gabungan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan

keupayaan perniagaan masing-masing serta kebolehan penyampaian

perkhidmatan dalam industri pengurusan sisa. Kerjasama ini dibentuk bagi

melaksanakan pelan dan strategi organisasi untuk membantu kerajaan

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi baharu rawatan dan

pelupusan bahan buangan.

Bertindak sebagai perunding adalah tugas yang besar kepada pengurus

kerana ia melibatkan persekitaran luar organisasi. Strategi, usaha, kemahiran

dan kepakaran serta komunikasi sangat diperlukan apabila berurusan dengan

pihak luar.

2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea

Sesebuah organisasi yang ingin terus kekal maju mestilah mempunyai

matlamat yang lebih meluas serta bersedia membuat sebarang perubahan atau

transformasi dalam organisasi. Transformasi dalam konteks organisasi merujuk

kepada proses perubahan yang mendalam secara keseluruhan yang

berorientasikan organisasi ke arah hala tuju yang baru dan memerlukan tahap

8

Page 11: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah

memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada

perubahan. Dalam usaha membuat transformasi melalui proses keusahawanan,

pengurus perlu mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan

melalui projek atau teknik baru dalam urusan pengeluaran. Sesuatu projek itu

melibatkan perkara seperti mencadangkan produk atau perkhidmatan baru

yang dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan, kempen perhubungan

awam, peraliran dana yang dikemaskini, penyusunan semula bahagian

yang lemah, menyatupadukan operasi komputer dan sebagainya.

Contoh yang terdapat dalam artikel “M isi Datuk Adenan Mahu

Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu” yang melibatkan proses

keusahawanan ialah pelancaran rangkaian produk terbaharu seperti Tuala

Wanita Anion Berherba, Buih Pembersih Peribadi Wanita, Spotless

Blemish Solution Gel, Eyelifting Serum serta Beauty Benefits Cream.

Pengeluaran produk baharu ini dilancarkan atas permintaan pelanggan dan

sambutan yang memberangsangkan terhadap produk-produk keluaran

syarikat sebelum ini. Selain itu, Gamat Emas Sdn.Bhd. (GESB) turut

melakukan penjenamaan semula dalam beberapa aspek iaitu mentakrifkan

visi dan misi GESB supaya bersesuaian dengan peredaran semasa dan

perkembangan sekeliling serta memperkukuhkan ukhuwah dan

kesepakatan di kalangan rakan niaga dan masyarakat umum.

Di samping itu, transformasi ini juga turut melibatkan ahli-ahli

syarikat dimana ahli yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah

akhirnya bergelar jutawan berkat kerja keras yang dilakukannya selama

ini.

Analisis artikel ini turut mempamerkan peranan pengurus dala m

proses pembangunan keupayaan akibat daripada gangguan-gangguan

seperti kritikan dan tanggapan negatif pihak luar terhadap perniagaan

Multi Level Marketing (MLM). Masalah ini diatasi melalui pelbagai

inisiatif yang diambil untuk membuang tanggapan negatif terhadap

perniagaan MLM. Contohnya, menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel

9

Page 12: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu

perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain daripada itu,

GESB turut melaksanakan janji yang terdapat dalam pelan pemasaran

iaitu keuntungan yang diperoleh oleh syarikat turut dinikmati oleh ahli-

ahli mengikut perkiraan yang ditetapkan. Pengamalan konsep

persaudaraan juga dititikberatkan di kalangan ahli.

3.0 KESIMPULAN

Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan

dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan,

namun, semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis

melalui analisis artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan

yang paling sukar untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea. Bukannya mudah untuk

membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan perubahan dalam organisasi

kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan tujuan. Di samping itu, ia

juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang panjang sekiranya

melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan peranan sebagai

pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa, pengurus perlu

membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan

kekangan boleh mengganggu gugatkan kestabilan organisasi.

(2552 patah perkataan)

10

Page 13: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

RUJUKAN

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar

Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZIZA.

Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi (Ed.).

Johor: UTM.

Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization.

Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of Poznan.

Kumpulan Penulis MIM. (2009). Pengurusan di Malaysia: Teks Asas Pengurusan Am

Tentang Bagaimana Menguruskan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM.

SaifulRizal Shariff. (2013, Oktober 15). Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform

Usahawan Melayu. Majalah HARMONI.

Sofyan Rizal Ishak. (2014, Jun 20). KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam

Sekitar. myMetro. [Online]. Available: http://www.hmetro.com.my/myMetro

/articles/KUB_IHIEnvirobangunperniagaantenagaalamsekitar/Article/index_html.

[2014, Jun 26].

Pengurus dan Pengurusan. (2008). [Online]. Available: http:// http://www.slideshare.net/

ebbysufian/unit2-14854014. [2014, June 28].

Sejenak Bersama Peneraju Westports. (n.d.). [Online]. Available: http://www.sinarharian.

com.my/bisnes/sejenak-bersama-peneraju-westports-1.289695. [2014, Jun 26].

11

Page 14: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL I

12

Page 15: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL I

13

Page 16: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL I

14

Page 17: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL II

15

Page 18: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL II

16

Page 19: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL III

17

Page 20: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN - ARTIKEL III

18

Page 21: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN – ARTIKEL III

19

Page 22: Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

LAMPIRAN – ARTIKEL III

20