Analisis Petikan

18
April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN] 1.0 PENDAHULUAN Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja. Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit- unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn). 1

Transcript of Analisis Petikan

Page 1: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

1.0 PENDAHULUAN

Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa

Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang

terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja.

Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah

cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi

ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga

hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi

untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan

kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis

frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang

membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama

yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula

mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa

adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn).

1

Page 2: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

2.0 ANALISIS PETIKAN RENCANA

Bahagian A : Analisis secara berkumpulan bertiga

ANALISIS FRASA

(i) Frasa nama

Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang

berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati

bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai

kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan

penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang

dianalisis;

Bil Frasa nama Struktur frasa

Kata nama Penerang

1 Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan

2 semua pengeluar pengeluar semua

3 pengeluar makanan pengeluar Makanan

4 makanan segera makanan segera

5 bulan Mei 2007 bulan Mei 2007

6 kandungan khasiat kandungan khasiat

7 kalori produk kalori produk

8 papan tanda papan tanda

9 produk makanan produk makanan

10 kalori makanan kalori makanan

11 kbanyakan makanan makanan kebanyakan

12 hal ini hal ini

2

Page 3: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

13 para pengguna pengguna para

14 suatu usaha usaha suatu

15 had minimum had minimum

16 langkah ini langkah ini

17 penyakit kronik penyakit kronik

18 penyakit kencing manis penyakit kencing manis

19 penyakit darah tinggi penyakit darah tinggi

20 penyakit lemah jantung penyakit lemah jantung

21 penyakit obesitik penyakit oesitik

22 pencegahan ini pencegahan ini

23 kalangan kanak-kanak kanak-kanak kalangan

24 semua pengguna pengguna semua

25 orang dewasa orang dewasa

(ii) Frasa kerja

Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh

terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata

kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut

adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;

Bil Frasa kerja Struktur

Kata kerja Penerang

1 menyatakan bahawa menyatakan bahawa

2 diberi tempoh diberi tempoh

3 mempamerkan kandungan mempamerkan kandungan

4 pemameran kandungan pemameran kandungan

5 mengelakkan kekeliruan mengelakkan kekeliruan

6 menyatakan kandungan menyatakan kandungan

7 diambil oleh orang dewasa diambil oleh orang

3

Page 4: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

dewasa

8 menjadi panduan menjadi panduan

9 perlu dilakukan dilakukan perlu

10 melebihi had minimum melebihi had minimum

11 mencegah penyakit mencegah penyakit

12 mengambil makanan segera mengambil makanan segera

13 memastikan bahawa

pengambilan

memastikan bahawa

pengambilan

14 menjejaskan kesihatan menjejaskan kesihatan

15 menetapkan pengeluar menetapkan pengeluar

16 yang dipasarkan dipasarkan yang

17 disokong oleh semua

pengguna

disokong oleh semua

pengguna

(iii) Frasa adjektif

Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi

kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat

dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat (yang

menerangkan frasa kerja dalam predikat) dan sebagai penerang kepada kata

nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami

mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan.

4

Page 5: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

(iv) Frasa sendi nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama

dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.

Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang

berada dalam petikan ialah:

Bil Frasa sendi nama Struktur

Kata sendi nama Frasa nama

1 …mengatakan bahawa

semua pengeluar makanan

segera…

bahawa semua pengeluar

2 …diberikan tempoh sehingga

bulan Mei, 2007…

sehingga bulan Mei

3 …kalori termasuklah pada

papan tanda, rísalah…

pada papan tanda

4 …yang boleh diambil oleh

orang dewasa dan kanak-

kanak…

oleh orang dewasa

5 …dan kanak-kanak pada

setiap hari.

pada setiap hari

6 ...yang bermanfaat kepada

para pengguna.

kepada para pengguna

7 ...yang terdapat di pasaran

mengandungi...

di pasaran

8 …had minimun yang

diperlukan oleh seseorang.

oleh seseorang

9 …penyakit kronik seperti

kencing manis, darah tinggi...

seperti kencing manis

5

Page 6: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

10 ...amat penting bagi para

pengguna.

bagi para pengguna

11 ...mestilah disokong oleh para

pengguna.

oleh para pengguna

Data peratusan jumlah frasa

Frasa Bilangan dapatan Peratusan

Frasa nama 25 25/53 x 100% = 47.16%

Frasa kerja 17 17/53 x 100% = 32.07%

Frasa adjektif 0 0/53 x 100% = 0%

Frasa sendi nama 11 11/53 x 100% = 20.75%

Jumlah 53 53/53 x 100% = 100%

6

Page 7: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

ANALISIS AYAT

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri

daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal,

tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar

merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat tunggal

terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri

daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat

ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan

frasa sendi nama.

Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat

berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga

menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan

mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan

ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh

kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk

pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam

bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis

iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran

ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin

terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk

pancangan.

7

Page 8: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang diberi;

1. Menteri Kesihatan mengatakan bahawa semua pengeluar makanan

segera diberikan tempoh sehingga bulan Mei, 2007 untuk mempamerkan

kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera masing-masing.

Jenis ayat : Ayat majmuk campuran

Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis

ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, bahawa;

penanda relatif, untuk dan kata hubung, dan.

2. Pemameran kandungan khasiat dan kalori termasuklah pada papan

tanda, risalah, dan iklan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan

pengguna.

Jenis ayat : Ayat majmuk gabungan

Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, dan yang

menggabungkan dua ayat tunggal.

3. Selain itu, pengeluar makanan segera juga perlu menyatakan

kandungan kalori makanan yang boleh diambil oleh orang dewasa dan

kanak-kanak pada setiap hari.

Jenis ayat : Ayat majmuk campuran

Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis

ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang dan kata

hubung, dan.

8

Page 9: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

4. Perkara ini akan menjadi panduan yang bermanfaat kepada para

pengguna.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,

yang.

5. Hal ini perlu dilakukan kerana kebanyakan makanan segera yang

terdapat di pasaran mengandungi gula, garam, lemak, dan sebagainya.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,

yang.

6. Kandungan ini melebihi had minimum yang diperlukan oleh

seseorang.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,

yang.

7. Langkah ini adalah sebagai suatu usaha untuk mencegah penyakit

kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung,

obesitik, dan sebagainya.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda

komplemen, untuk.

9

Page 10: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

8. Pencegahan ini dititikberatkan dalam kandungan kanak-kanak yang

gemar mengambil makanan segera.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,

yang.

9. Jadi, langkah untuk memastikan bahawa pengambilan makanan

segera boleh menjejaskan kesihatan amat penting bagi para pengguna.

Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen

Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda

komplemen, untuk.

10. Oleh itu, saranan Menteri Kesihatan, iaitu untuk menetapkan

pengeluar makanan segera supaya mempamerkan kandungan khasiat

dan kalori produk makanan segera yang dipasarkan mestilah disokong

oleh semua pengguna.

Jenis ayat : Ayat majmuk campuran

Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis

ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, untuk; kata

hubung, dan; dan penanda relatif, yang.

10

Page 11: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

Data peratusan jumlah ayat

Petikan rencana yang diberi mempunyai sepuluh ayat. Hasil analisis petikan ini

akan dipindahkan ke dalam data peratusan. Daripada sepuluh ayat, tujuh ayat

merupakan ayat aktif, manakala yang selebihnya iaitu tiga ayat lagi adalah ayat

pasif. Ayat 1,2,3,4,7,9,10 adalah ayat aktif, manakala ayat 5,6,8 merupakan ayat

pasif.

Jenis ayat Bilangan dapatan Peratusan

Ayat aktif 7 7/10 x 100% = 70%

Ayat pasif 3 3/10 x 100% = 30%

Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%

Dalam analisis yang dibuat juga, kesemua ayat adalah ayat majmuk iaitu satu

ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan, dan tiga ayat majmuk

campuran. Berikut adalah peratusan jenis ayat mengikut bilangan klausa yang

terdapat dalam ayat;

Ayat Bilangan dapatan Peratusan

Ayat tunggal 0 0/10 x 100% = 0%

Ayat majmuk 10 10/10 x 100% = 100%

Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%

Ayat Bilangan dapatan Peratusan

11

Page 12: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

Ayat majmuk gabungan 1 1/10 x 100% = 10%

Ayat majmuk pancangan 6 6/10 x 100% = 60%

Ayat majmuk campuran 3 3/10 x 100% = 30%

Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%

Bahagian B: Analisis secara individu

Dengan menggunakan rencana yang sama, analisis jenis frasa yang diperolehi

dan dipindahkan dalam bentuk graf palang.

Analisis jenis frasa yang terdapat dalam petikan yang diberi adalah seperti berikut;

Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi

nama

Menteri Kesihatan menyatakan

bahawa

bahawa semua

pengeluar

makanan

semua pengeluar diberikan tempoh sehingga bulan

Mei

pengeluar

makanan

mempamerkan

kandungan

pada papan tanda

makanan segera Pemameran

kandungan

oleh orang

dewasa

bulan Mei 2007 mengelakkan

kekeliruan

pada setiap hari

kandungan

khasiat

menyatakan

kandungan

kepada para

pengguna

kalori produk diambil oleh orang

dewasa

di pasaran

12

Page 13: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

papan tanda menjadi panduan oleh seseorang

produk makanan perlu dilakukan seperti penyakit

kencing manis

kalori makanan melebihi had

minimum

bagi para

pengguna

kebanyakan

makanan

mencegah

penyakit

disokong oleh

para pengguna

hal ini mengambil

makanan segar

para pengguna memastikan

bahawa

pengambilan

suatu usaha disokong oleh

semua pengguna

had minimum menjejaskan

kesihatan

Langkah ini menetapkan

pegeluar

penyakit kronik yang dipasarkan

penyakit kencing

manis

penyakit darah

tinggi

penyakit lemah

jantung

Pencegahan ini

kalangan kanak-

kanak

semua pengguna

orang dewasa

13

Page 14: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

penyakit obesitik

Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan;

Frasa Bilangan dapatan

Frasa nama 25

Frasa kerja 17

Frasa adjektif 0

Frasa sendi nama 11

Jumlah 53

Berikut adalah hasil analisis jenis frasa;

14

Page 15: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

25

17

0

11

0

5

10

15

20

25

Bilangan frasa

Frasa nama Frasa kerja Frasaadjektif

Frasa sendinama

Jenis frasa

Jenis frasa

Graf di atas menunjukkan jumlah frasa dalam petikan mengikut jenisnya. Jumlah

frasa yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima frasa.

Diikuti pula dengan frasa kerja iaitu sebanyak tujuh belas frasa seperti yang

dianalisis dalam petikan rencana yang diberi. Frasa adjektif tidak ditemui dalam

petikan. Oleh itu, frasa adjektif menunjukkan graf pada nilai sifar. Frasa sendi

nama pula mencatatkan sebanyak sebelas frasa. Jumlah semua jenis frasa yang

dijumpai dalam petikan rencana adalah sebanyak lima puluh tiga frasa.

15

Page 16: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

3.0 PENUTUP

Setelah selesai membuat analisis petikan rencana bagi Kerja Kursus Berasaskan

Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik ini, kumpulan kami mendapati bahawa

bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana mempunyai unit-unit

bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, kami lebih memahami jenis-

jenis frasa, klausa dan ayat serta struktur binaannya.

Hasil analisis yang dibuat, terdapat lima puluh tiga frasa yang terdapat

dalam petikan iaitu dua puluh lima frasa adalah frasa nama, tujuh belas frasa

kerja dan selebihnya adalah frasa sendi nama iaitu sebanyak sebelas frasa.

Frasa adjektif tiada dalam petikan yang dianalisis.

16

Page 17: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

Hasil analisis jenis dan struktur ayat dalam petikan pula ialah terdapat

sepuluh ayat dalam petikan. Dalam petikan tersebut, kesemua petikan adalah

ayat penyata. Tujuh ayat daripada kesemua ayat adalah ayat aktif dan

selebihnya tiga ayat adalah ayat pasif. Kesemua ayat dalam petikan juga adalah

ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan

dan tiga ayat majmuk campuran.

Kesimpulannya,kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang

jenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah

menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada

kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa

Melayu.

4.0 RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan

Malaysia. Balakong, Selangor. Longman Malaysia.

Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa

Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.

Tuan Jah Tuan Yusof, 2004. Siri Teks Komprehensif STPM Kertas 1 Bahasa

Melayu. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications.

17

Page 18: Analisis Petikan

April 27, 2007 [BMA_ANALISIS PETIKAN]

Amdun Husain, 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Jalil Othman, 1989. Rujukan Segera Bahasa Melayu KBSM. Kuala

Lumpur. Berita Publishing.

Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan. Selangor. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

18