Analisis Sajak Nota Pelajar

59
ASPEK KAJIAN DALAM SAJAK

description

Nota ini diubah suai dan sumbernya diperolehi daripada Sekolah Menengah PJN, Pengiran Haji Abu Bakar, KB.

Transcript of Analisis Sajak Nota Pelajar

Page 1: Analisis Sajak Nota Pelajar

ASPEK KAJIAN DALAM SAJAK

Page 2: Analisis Sajak Nota Pelajar

BENTUKCara Menjawab

- Jumlah rangkap

- Jumlah baris dan namanya.

- Jumlah suku kata & perkataan (sedikit & banyak & ayatnya).

- Rima akhir setiap rangkap

- Bentuk sebenar sajak sama ada bebas/terikat.

Page 3: Analisis Sajak Nota Pelajar

SOALAN UMUM

Huraikan bentuk sajak era baru.

Tuliskan bentuk sajak di atas.

Jelaskan bentuk sajak di atas.

Nyatakan bentuk sajak di atas.

Buktikan bahawa sajak ini berbentuk bebas.

JENIS-JENIS SOALAN BAGI BENTUK

SOALAN BERGABUNG

Apakah bentuk dan corak yang digunakan oleh penyajak dalam sajaknya.

Huraikan bentuk dan aliran sajak Di Stesen ini yang digunakan oleh penyajak.

Bincangkan bentuk dan perutusan sajak di atas.

Apakah bentuk dan tema sajak di atas.

Page 4: Analisis Sajak Nota Pelajar

BENTUK DALAM SAJAK:

Dapat dilihat secara luaran / berbentuk fizikal.

Aspek-aspek yang memperlihatkan bentuk ialah:

Jumlah rangkap - bentuk sebenar iaitu

Jumlah baris setiap rangkap sama ada bebas atau

Jumlah suku kata setiap baris terikat kepada puisi lama

Rima akhir setiap baris seperti pantun atau syair.

Jumlah baris dikenali atau disebut juga sebagai :

Monoton - 1 baris Sekstet - 6 baris

Distikon - 2 baris Septaim - 7 baris

Terzina - 3 baris Oktaf - 8 baris

Quatrain - 4 baris Sonata - 12 baris (bebas)

Quint - 5 baris Bebas - lain-lain

Page 5: Analisis Sajak Nota Pelajar

Pak Tua Pak Tuawajahmu telah menghilang di titian musim yang panjang

pada waktu yang menyepi beginiwajahmu yang tua terbayang di persadaian masih pada perahumu yang hampir reput di sana rindukan terpaut Angin laut mendayu sayumendengarnya hatiku pilumemori indahkenangan di sudut hatikutiada pernah padam selari di pinggiran waktu Aduhai Pak Tuadi sinidi hujung pantai yang putihdi gigi air meniti buihanak nelayan hatinya gusardalam menempuh ombak yang besar. Buda-Buda, -A.Rahim HamidTemburong

Page 6: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Bentuk Sajak Pak Tua :

Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap. Rangkap pertama mempunyai 8 baris (oktaf), rangkap kedua mempunyai 5 baris (quint) dan rangkap ketiga mempunyai 6 baris (sekstet).

Jumlah sukukata yang terbanyak bagi sajak ini ialah 16 sukukata pada R3:B2 ‘ti/a/da/ per/nah/ pa/dam/ se/la/ri/ di/ ping/gi/ran/ wak/tu’. Manakala jumlah sukukata yang terpendek bagi sajak ini ialah 3 sukukata pada R1:B3 ‘Pak/ Tu/a’. Jumlah perkataan paling banyak ialah 7 patah perkataan pada R3:B2 iaitu ‘tiada pernah padam selari di pinggiran waktu’. Manakala jumlah perkataan paling sedikit ialah dua patah perkataan iaitu ‘Pak Tua’ dalam R1:B1.

Rima akhir bagi rangkap pertama ialah a/b/b/c/a/d/e/e, rima akhir bagi rangkap kedua ialah a/a/b/a/a dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah a/b/c/c/d/d.

Secara keseluruhannya, sajak Pak Tua berbentuk bebas iaitu tidak terikat kepada puisi lama seperti pantun atau syair. Ini terbukti kerana jumlah baris, patah perkataan dan juga suku kata tidak sama atau tidak seimbang. Manakala rima akhir bagi setiap rangkap pula tidak sekata.

Page 7: Analisis Sajak Nota Pelajar

PROSA

Mengubah karangan berangkap menjadi karangan biasa.

Menjadikan bahasa sajak menjadi sebuah karangan yang mudah difahami tanpa mengubah maksudnya.

Tambahkan tanda baca jika perlu tetapi setiap tanda baca tidak boleh ditukar.

Perkataan yang berulang boleh dibuang tanpa mengubah maksudnya.

Kata ganti nama diri dikekalkan.

Hendaklah dibuat dalam satu perenggan kecuali jika perlu.

Perkataan yang ditambah perlu digaris untuk menunjukkan penambahan yang telah dibuat.

Page 8: Analisis Sajak Nota Pelajar

SOALAN UMUM

Prosakan keseluruhan rangkap sajak di atas.

Prosakan keseluruhan sajak di atas dengan tidak mengubah maksudnya.

Prosakan keseluruhan sajak yang tersebut di atas.

JENIS-JENIS SOALAN PROSA

SOALAN BERFOKUS

Prosakan tiga keadaan golongan marhaen dalam sajak di atas.

Prosakan rangkap 3 dan 4 sajak di atas dengan tidak mengubah maksudnya.

Prosakan rangkap ketiga hingga rangkap keenam dengan tidak mengubah maksudnya.

Page 9: Analisis Sajak Nota Pelajar

PROSA

Cara menjawab

- Sambung ayat menjadi karangan biasa tanpa mengubah maknanya.

- Satu perenggan atau lebih.

- Kata ganti nama diri dalam sajak dikekalkan.

- Elakkan menyalin ayat-ayat dalam sajak tanpa penambahan kata hubung, imbuhan dan lain-lain.

Page 10: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Prosa Sajak Pak Tua :

Pak Tua, kini wajahmu telah lama menghilang di titian pada musim yang panjang. Pada waktu yang menyepi begini, wajahmu yang tua itu terbayang di persadaian iaitu masih pada perahumu yang hampir reput dan di sanalah rindu akan terpaut.

Apabila mendengar angin laut yang mendayu sayu, hatiku menjadi pilu. Hanya memori indah yang menjadi kenangan di sudut hatiku dan tidak akan pernah padam selari di pinggiran waktu.

Aduhai Pak Tua, di sini iaitu di hujung pantai yang putih, di gigi air meniti buih, hati anak nelayan gusar di dalam menempuh ombak yang besar.

Page 11: Analisis Sajak Nota Pelajar

MAKSUD FRASA

Cara menjawab

- Makna frasa berdasarkan sesebuah sajak.

- Gunakan ayat sendiri

- Tidak lari dari makna sebenar.

- Bukan menghuraikan.

- Bukan memberi makna dari perkataan seperti kamus.

Page 12: Analisis Sajak Nota Pelajar

Berikan maksud bagi rangkaikata-rangkaikata berikut :(i) Titian semusim(ii) Ke suatu benua(iii) Gaung yang memilukan(iv) Mengikut arahan

Terangkan rangkai kata di bawah dalam konteks sajak di atas:(i) Di sanalah aku bergayut 1:2(ii) Atas darah yang dipinjami 2:4(iii) Kini waktu tua telah datang menyendiri 3:1(iv) Kita sesal menyesalkan 4:3

Berdasarkan sajak di atas, jelaskan Frasa berikut:(i) Tangan yang mampu 1:2(ii) Semboyanmu keadilan 2:1(iii) Yang ungu, yang merah, yang hijau 3:2(iv) Mereka tak pernah dibelai 5:1

JENIS-JENIS SOALAN MAKSUD FRASA

Page 13: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Maksud Frasa Sajak Pak Tua :

wajahmu telah menghilang (R1:B2)- Pak Tua telah meninggal dunia

pada perahumu yang hampir reput (R1:B7) - Perahu yang sudah tua menyebabkan Pak Tua tidak dapat menangkap ikan lagi

tiada pernah padam selari di pinggiran waktu (R2:B5) - kenangan Pak Tua seorang nelayan sentiasa dikenang di sepanjang waktu

anak nelayan hatinya gusar (R3:B5) - anak nelayan berdebar-debar menunggu di pantai akan kepulangan ayah mereka pulang dari laut menangkap ikan.

Page 14: Analisis Sajak Nota Pelajar

MAKSUD

Cara menjawab

- Jawapan hendaklah ditulis berperenggan mengikut banyak rangkap sajak.

- Perkataan simbolik atau perlambangan diberikan makna dengan jelas.

- Gunakan ayat sendiri.

Page 15: Analisis Sajak Nota Pelajar

MAKSUD / HURAIAN

o Memberikan maksud tersirat atau maksud sebenar sebuah sajak mengikut tafsiran yang sesuai dengan tajuk sajak setelah difahami.

o Satu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan lebih jelas dan terperinci.

o Segala lambang (simbol) dan mana-mana yang tidak jelas hendaklah diberi tafsiran mengikut kefahaman masing-masing dan gunakan ayat sendiri.

o Kata ganti nama boleh ditukarkan. Contoh ;

‘Ombak’ ertinya kehidupan yang penuh pancaroba

‘Darah’ ertinya peperangan atau perjuangan

Page 16: Analisis Sajak Nota Pelajar

SOALAN UMUM

Huraikan maksud keseluruhan sajak di atas.

Huraikan maksud sajak di atas.

Jelaskan maksud sajak Pak Tua.

Jelaskan maksud sajak di atas.

Berikan maksud keseluruhan sajak di atas.

Jelakan cinta yang ingin disampaikan penyair dalam sajak di atas.

Huraikan maksud keseluruhan rangkap sajak di atas.

JENIS-JENIS SOALAN MAKSUD

Page 17: Analisis Sajak Nota Pelajar

Berikan maksud sajak bagi rangkap pertama dan kedua.

Apakah yang dimaksudkan penyair dengan ‘Titian Semusim’ itu.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘milik warisan’ dan ‘santapan warisan’ seperti yang dipaparkan oleh penyair dalam sajak di atas.

Apakah yang dimaksudkan penyair dengan Bergelimpangan itu.

Apakah perbezaan antara Orang Kita dengan Orang Asing gambaran penyair dalam sajak di atas?

JENIS-JENIS SOALAN MAKSUD (SOALAN BERFOKUS)

Menurut penyair, Pokok kelapa banyak menaburkan bakti. Huraikan.

Jelaskan keadaan hidup anak-anak seperti yang digambarkan oleh penyair dalam sajak di atas.

Penyair mengharapkan agar padian terus hidup. Berikan pandangan dan cadangan kamu bagaimanakah bentuk padian pada zaman merdeka ini?

Jelaskan kesan-kesan peperangan yang digambarkan dalam sajak di atas.

Nyatakan dua keadaan yang digambarkan oleh penyajak di atas.

Page 18: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Maksud Sajak Pak Tua :

Rangkap pertama bermaksud seseorang nelayan tua telah lama meninggal dunia. Penyajak teringat masa musim ia tidak dapat ke laut. Pak Tua begitu sedih kerana tidak dapat menangkap ikan untuk mencari rezeki. Kini perahunya telah reput (tinggal kenangan). Pada perahu itulah ia pernah mengharap untuk meneruskan kehidupannya.

Rangkap kedua bermaksud rasa tiupan angin dari laut menyebabkan penyajak pilu mengingatkan Pak Tua yang pernah bersusah payah mencari rezeki di laut itu dulu.

Rangkap ketiga bermaksud penyajak masih ingat bahawa di pantai yang putih bersih itulah anak-anak nelayan menunggu penuh debar ketika bapa mereka masing-masing pulang dari laut setelah mencari nafkah dengan begitu bersusah payah demi mengharapkan hasil tangkapan (rezeki) pada hari itu.

Page 19: Analisis Sajak Nota Pelajar

PERSOALAN

Cara menjawab

- Setiap rangkap sekurang-kurangnya ada 1 persoalan.

- Satu atau dua patah perkataan sahaja.

- Dalam satu sajak maksimum 10 persoalan.

- Soalan berfokus – perlu dihuraikan secara ringkas.

Page 20: Analisis Sajak Nota Pelajar

PERSOALAN Beberapa perkara penting yang hendak dibincangkan oleh penyajak dalam setiap

rangkap.

Persoalan-persoalan itu menunjang kepada tema.

Contoh persoalan ialah seperti pendidikan, perjuangan, kemiskinan, kegigihan, ragam kehidupan, ketidakadilan, pemberontakan, kekuasaan Allah, percintaan, keagamaan, dugaan hidup, peperangan, keruntuhan moral, rasuah, nasionalisme dan sebagainya.

TEMA Pokok persoalan atau perkara penting yang hendak disampaikan oleh penyajak

berdasarkan tafsiran pembaca.

Dapat diketahui berdasarkan maksud dan persoalan dari setiap rangkap.

Mana-mana persoalan yang paling banyak boleh menunjang kepada tema. Rangkap 1 maksud persoalan Rangkap 2 maksud persoalan Tema Rangkap 3 maksud persoalan

Page 21: Analisis Sajak Nota Pelajar

TEMA

Cara menjawab

- Dinyatakan dalam bentuk frasa atau ayat.

- Huraian hendaklah jelas berdasarkan pada maksud sajak.

Page 22: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Persoalan dan Tema Sajak Pak Tua :

Persoalan

Rangkap 1 – Kegigihan/ tanggungjawab seorang nelayanRangkap 2 – Kemiskinan/kehidupan seorang nelayanRangkap 3 – Cabaran hidup/ tanggungjawab anak nelayan

TemaTema bagi sajak Pak Tua ialah kegigihan nelayan tua yang

miskin. Di dalam sajak ini ditunjukkan Pak Tua yang telah menjalankan tanggungjawab untuk menyara hidup keluarga. Tema ini dapat dibuktikan kerana dalam rangkap pertama menunjukkan kegigihan nelayan tua dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Rangkap kedua pula dinyatakan kehidupan nelayan yang miskin. Rangkap ketiga pula dinyatakan anak nelayan yang telah menggantikan tema ayahnya untuk menjalankan tanggungajwab terhadap keluarga dan telah menghadapi cabaran hidup seperti ayahnya dulu.

Page 23: Analisis Sajak Nota Pelajar

TEMA

Nyatakan tema sajak berkenaan.

Jelaskan tema sajak di atas.

Apakah tema sajak di atas?

Apakah tema sajak tersebut?

Huraikan tema sajak di atas?

JENIS-JENIS SOALAN UMUM

PERSOALAN

Berikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

Apakah persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam sajak di atas.

Jelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan penyair dalam sajak di atas.

SOALAN BERGABUNG

Nyatakan tema dan persoalan sajak di atas.

Apakah tema dan persoalan yang ingin disampaikan oleh penyair dalam sajak di atas?

Jelaskan tema dan persoalan yang dikemukakan dalam sajak di atas.

Page 24: Analisis Sajak Nota Pelajar

PERUTUSAN

Cara menjawab - Sesuatu yang hendak disampaikan.

- Secara tidak langsung atau tidak berterus terang.

- Elakkan perkataan janganlah, hendaklah dan seumpamanya.

- Sekurang-kurangnya 5 perutusan yang lengkap.

Page 25: Analisis Sajak Nota Pelajar

PERUTUSAN Apa yang hendak disampaikan kepada para pembaca melalui sajaknya. Biasanya penyajak mengharapkan sesuatu yang positif, amanat dan maksud yang

tersirat/tersurat.

Contoh Kajian Perutusan Sajak Pak Tua :

1. Menjadi nelayan merupakan satu kerja yang susah dan penuh cabaran kerana rezeki sentiasa bergantung pada musim di laut.

2. Pekerjaan nelayan biasanya memerlukan ketabahan dan kesabaran kerana para nelayan sering menghadapi ombak besar di laut.

3. Kehilangan nelayan akan dirasakan oleh orang yang dekat dengannya terutama kaum keluarganya dan juga taman sekerjanya.

4. Anak-anak nelayan biasanya menyambung pekerjaan orang tua mereka yang telah meninggal dunia.

5. Para nelayan perlu diberi sokongan dan bantuan supaya hidup mereka lebih terjamin dan dapat meneruskan usaha mencari rezeki di laut.

6. Para nelayan atau orang tua patut diingat atas sumbangan mereka kepada pendapatan negara seluruhnya walaupun telah meninggal dunia.

Page 26: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN PERUTUSAN

Berikan perutusan-perutusan dalam sajak Matinya Seorang Kontraktor.

Jelaskan perutusan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam sajak di atas.

Apakah perutusan yang ingin/hendak disampaikan oleh penyajak di atas.

Jelaskan perutusan yang ingin disampaikan penyair kepada pembacanya.

Apakah amanat yang ingin disampaikan oleh penyair sajak di atas?

Page 27: Analisis Sajak Nota Pelajar

PENGAJARAN Cara menjawab

- Secara langsung & berterus terang (tersurat atau tersirat)

- Memberi nasihat.

- Penggunaan perkataan ini lazimnya digunakan: hendaklah, janganlah, elakkanlah.

- Berdasarkan sebab dan akibat yang ditonjolkan dalam sajak.

- Sekurang-kurangnya 5 pengajaran boleh dicipta berdasarkan sajak.

Page 28: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN PENGAJARAN

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis menulis sajak di atas.

Apakah pengajaran yang disampaikan penulis melalui sajak ini?

Page 29: Analisis Sajak Nota Pelajar

PENGAJARAN

Nasihat yang hendak disampaikan kepada pembaca melalui sajaknya.

Biasanya pengajaran menggunakan perkataan ‘hendaklah’, ‘janganlah’, ‘mestilah’ dan sebagainya.

Contoh Kajian Pengajaran Sajak Pak Tua :

1. Anak-anak hendaklah berdikari meneruskan pesanan dan perjuangan orang tua mereka dan perjuangan orang tua mereka dan tidak selama-lamanya mengharapkan mereka.

2. Kita mestilah membalas jasa orang tua kita kerana mereka telah bersusah payah dalam pekerjaan mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan keluarganya.

3. Janganlah mengabaikan orang tua bekerja keras tanpa memberi apa-apa bantuan.

4. Kita mestilah berusaha keras untuk meningkatkan tahap kehidupan kita di masa hadapan.

Page 30: Analisis Sajak Nota Pelajar

CORAK/ALIRAN/NADA

Cara menjawab

- Berikan maksimum 2-3 corak/aliran/nada dalam sesebuah sajak.

- Nyatakan corak/ aliran/ nadanya.

- Jelaskan alasannya/buktinya.

Page 31: Analisis Sajak Nota Pelajar

CORAK

Dalam sajak terdapat lima jenis corak (SOHEE) :

i. Satira - Sindiran tentang sikap/pandangan seseorang

ii. Ode - Sanjungan (bangga dengan sesuatu/

seseorang)

iii. Himne - Memuji kebesaran /keagungan Tuhan

iv. Elegi - Sedih; Kecewa tentang seseorang/keadaan

v. Epigram - Nasihat dan pengajaran (memberi kesedaran)

Page 32: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Corak Sajak Pak Tua :

Corak sajak Pak Tua ialah Elegi iaitu ratapan dan kesedihan yang ditujukan kepada nelayan yang miskin dan yang sering tidak mendapat hasil tangkapan yang memuaskan. Contohnya ;

“wajahmu yang tua terbayang di persadaian masih ” (R1:B5-6)

Sajak ini juga bercorak Ode iaitu sanjungan terhadap nelayan yang gigih berusaha. Contohnya ;“kenangan di sudut hatiku tiada pernah padam selari di pinggiran waktu” (R2:B4-5)

Selain itu, sajak ini juga bercorak Epigram iaitu nasihat dan pengajaran supaya kita mengingat jasa orang tua yang berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki demi tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya;“anak nelayan hatinya gusar dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)

Page 33: Analisis Sajak Nota Pelajar

NADA

o Alunan sesebuah sajak.

o Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat pengarang ketika mengungkapkan isi sajaknya.

o Antara jenis-jenisnya ialah:

o Protes (tidak puas hati)o Sedih/ Kecewa dan hampa (perasaan putus asa/hilang harapan)o Simpati (perasaan kasihan terhadap sesuatu kejadian/kehidupan)

o Sinis (Sindiran tajam terhadap sesuatu kejadian/sikap)

o Romantis (mendayu-dayu)

o Patriotik (mencintai negara)

Page 34: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Nada Sajak Pak Tua :

Nada sajak Pak Tua ialah Simpati kerana adanya perasaan simpati terhadap nelayan yang hidup susah . Contohnya ;

“wajahmu yang tua terbayang di persadaian masih pada perahumu yang hampir reput” (R1:B5-7)

Sajak ini juga bernada harapan untuk meneruskan perjuangan yang ditujukan kepada semua nelayan. Contohnya ;“anak nelayan hatinya gusar dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)

Selain itu, sajak ini juga bernada sedih iaitu perasaan sedih kerana kehilangan ayah atau seorang nelayan yang telah meninggal dunia. Contohnya;

“wajahmu telah menghilang di titian musim yang panjang” (R1:B2-3)

Page 35: Analisis Sajak Nota Pelajar

NADA

Nyatakan nada sajak berkenaan.

Terangkan nada, corak dan aliran berkenaan.

Nyatakan nada sajak di atas.

Huraikan nada dan perasaan yang terdapat dalam sajak di atas.

ALIRAN

Nyatakan aliran sajak tersebut di atas.

Apakah aliran sajak tersebut.

Huraikan aliran sajak di atas.

Terangkan aliran sajak tersebut.

CORAK

Nyatakan corak sajak berkenaan.

Nyatakan apakah corak yang sesuai bagi sajak di atas.

JENIS-JENIS SOALAN UMUM

Page 36: Analisis Sajak Nota Pelajar

ALIRAN

Menyatakan bagaimana sajak itu dicipta. Adakah ianya menceritakan perkara yang sebenarnya atau gambaran alam,

hal-hal kemasyarakatan, perasaan cinta pada tanah air, pengajaran, semangat kebangsaan atau perkara-perkara yang dapat diterima oleh akal.

JENIS-JENIS ALIRAN:

Realisme (kebenaran atau kenyataan)Didaktisisme (unsur-unsur pengajaran)Idealisme (pendapat/idea penyair ke arah sesuatu yang sempurna)Simbolisme (lambang)Romantisisme (serba indah/gambaran alam)Humanisme (hal-hal kemasyarakatan tertumpu kepada kelas bawahan)Patriotisme (perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air)Nasionalisme (semangat kebangsaan)

Page 37: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Aliran Sajak Pak Tua :

Aliran sajak Pak Tua ialah Realisme kerana ia menekankan tentang realiti kehidupan nelayan yang sentiasa menghadapi cabaran hidup ketika menangkap ikan di laut. Contohnya ;“anak nelayan hatinya gusar dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)

Sajak ini juga beraliran Didaktisisme iaitu pengajaran yang kita dapati daripada kesempitan hidup mereka serta pengorbanan yang mereka lakukan sepanjang hayat bagi mencari nafkah untuk keluarga masing-masing bahkan untuk negara seluruhnya. Contohnya ; “pada perahumu yang hampir reput di sana rindukan terpaut” (R1:B7-8)

Selain itu, sajak ini juga beraliran romantisisme kerana kata-katanya diolah dengan romantis dan mendayu-dayu.Contohnya; “kenangan di sudut hatiku tiada pernah padam selari di pinggiran waktu” (R2:B4-5)

Page 38: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN CORAK, NADA & ALIRAN *BERGABUNG*

Jelaskan aliran dan nada sajak di atas.

Apakah corak dan nada sajak di atas.

Huraikan corak dan nada sajak di atas.

Nyatakan corak dan nada sajak tersebut.

Kaji corak dan nada sajak tersebut.

Terangkan corak dan nada sajak di atas.

Jelaskan corak dan nada atau perasaan yang terdapat dalam sajak di atas.

Terangkan aspek : (i) corak (ii) nada (iii) aliran

Bincangkan aliran dan nada sajak tersebut.

Page 39: Analisis Sajak Nota Pelajar

GAYA BAHASA

Cara menjawab

- Berikan maknanya.

- Berikan sekurang-kurangnya satu contoh.

- Jika soalan berfokus, berikan contoh sebanyak-banyaknya.

- Soalan umum – berikan sekurang-kurangnya 5 aspek.

Page 40: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN GAYA BAHASA (UMUM)

Jelaskan gaya bahasa sajak di atas/ yang terdapat dalam sajak ini.

Buat kajian ringkas gaya bahasa dalam sajak di atas. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada

sajak di atas, tunjukkan gaya bahasa yang digunakan penyair dalam sajak tersebut.

Jelaskan gaya bahasa sajak yang digunakan oleh penyair dalam sajak di atas dan berikan contohnya.

Jelaskan unsur-unsur gaya bahasa sajak yang digunakan oleh penulis dalam sajak di atas.

Sajak ini ditulis dengan gaya penulisan tersendiri. Jelaskan bentuk gaya penulisan sajak ini dan berikan contohnya.

Page 41: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN GAYA BAHASA (FOKUS) Salah satu gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas ialah gaya

perulangan (repitasi). Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai. Bincangkan personifikasi dalam sajak di atas. Berdasarkan sajak di atas, berikan contoh gaya bahasa berikut: a) Asonansi b) Personifikasi c) Metafora d) Simbol e) Anafora Jelakan dua unsur keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. Sajak ini menggunakan gaya penulisan perbandingan khasnya personifikasi.

Apakah personifikasi dalam sajak? Nyatakan frasa-frasa yang mengandungi personifiaksi dalam sajak di atas.

Jelaskan asonansi dan aliterasi dengan memberikan contoh yang sesuai bagi membuktikan penulisan sajak di atas menggunakan gaya bahasa tersebut.

Page 42: Analisis Sajak Nota Pelajar

GAYA BAHASA

Dalam penulisan sajak, aspek bahasa amat penting kerana dari bahasa yang digunakan orang dapat merasakan sama ada sajak itu mudah, sukar atau indah.

Aspek-aspek ayng perlu disentuh ialah :

Unsur Pengulangan

Diksi Unsur Perbandingan

Frasa

Asonansi

Aliterasi

Anafora

Epifora

Repitasi

Repitisi

Kata Asing

Kata Tempatan

Kata Singkatan

Gandaan

Onomatopia

Simbol

Disonansi

Simile

Metafora

Hiperbola

Eufemisme

Metonimi

Personafikasi

Klise

Paradoks

Ambiguiti

Page 43: Analisis Sajak Nota Pelajar

GAYA PENGULANGAN

Asonansi - Pengulangan huruf-huruf vokal ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’ dalam satu baris. Contohnya ; sajak ‘Padian’

a) warisan pencarian (R2:B2) - pengulangan vokal ‘a’ sebanyak 4 kali.b) meniti dada Sungai Brunei (R1:B3)

- pengulangan vokal ‘i’ sebanyak 4 kali.

Aliterasi – Pengulangan huruf-huruf konsonan (selain vokal ‘a’. ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’ dalam satu baris. Contohnya ; sajak ‘Kau dan Aku’

a) dan kau pun jadi lilin yang lembut (R1:B6) - pengulangan huruf konsonan ‘n’ sebanyak 4 kali.b) matamu mampu berkelip-kelip cuma (R2:B3) - pengulangan huruf konsonan ‘m’ sebanyak 5 kali.

Page 44: Analisis Sajak Nota Pelajar

GAYA PENGULANGAN

Anafora – perulangan kata yang terletak di awal baris dalam satu rangkap yang sama. Contohnya ; sajak ‘Di Stesen Ini’

- Di bangku tua di stesen ini ( R2:B1&2)

Epifora – perulangan kata yang terletak di akhir baris dalam satu rangkap yang sama. Contohnya ; sajak ‘Sulung’

- Antara barat dan timur kucanangkan hala ke timur (R2:B1&2)

Repitasi – perulangan kata dalam sesebuah sajak. Contohnya ; sajak “Engkau Bagai Dalam Sangkar’

- Perkataan ‘engkau’ berulang sebanyak 5 kali.

Riepitis – perulangan kata yang sama dalam satu baris. Contohnya ; sajak ‘Cermin’ - mata kanan menjadi mata kiri (R1:B4)

Page 45: Analisis Sajak Nota Pelajar

DIKSI

Kata Asing – Perkataan yang dipinjam dari bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Indonesia dan lain-lain. Contohnya :- sajak ‘Kiss of Fire’ perkataan Kiss of Fire (R1:B8) iaitu bahasa yang dipinjam

dari bahasa Inggeris

Kata Tempatan – Perkataan yang diambil dari bahasa Melayu Brunei termasuk dialek Brunei. Contohnya : sajak ‘Urusniaga Bumiputera’ - yang jelas ramai sudah kapih (R2:B1) iaitu diambil dari

bahasa tempatan yang bermaksud ‘duit tidak lagi mencukupi’

Singkatan/Sinkop – perkataan yang dipendekkan atau disingkatkan. Contohnya : sajak ‘Dialog Buat Anak’ - Tak payah lagilah kau baca buku cerita (R3:B6) iaitu ‘tak’

dari perkataan ‘tidak’.

Page 46: Analisis Sajak Nota Pelajar

DIKSI

Gandaan – Perkataan yang berganda. Contohnya : sajak ‘Kau dan Aku’

- pada gagak-gagak hitam di rimba (R3:B3)

Disonansi – Susunan bunyi yang tidak selari dalam sesuatu perkataan atau perkataan yang berganda secara berirama. Contohnya : sajak ‘Dunia Semakin Panas’

- sana sini kacau-bilau (R3:B2)

Onomatopia – Meniru suara atau bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek, gerak atau manusia. Contohnya : Kring! Kring! Kring! (bunyi telepon berdering)

Page 47: Analisis Sajak Nota Pelajar

DIKSI

SIMBOL – perkataan yang melambangkan sesuatu yang lain atau perkataan yang memberi makna lain di sebaliknya.

Simbol yang biasa atau universal amat mudah difahami berbanding dengan simbol yang dinamik atau yang sengaja dicipta baharu oleh penyajak. Antara simbol yang universal ialah :

WARNA

a) Merah - berani, bahaya, gelora, garang dan cemas.

b) Putih - suci, bersih, harapan, gembira dan mengaku kalah.

c) Hitam - kotor, durjana, celaka, sengsara, hantu dan noda.

d) Hijau - muda, baru, harapan, segar, remaja dan cemburu.

e) Biru - cinta, kasih, rindu dan dendam.f) Kuning - bangsawan, kesultanan, keemasan, ketinggian dan keagungan

Page 48: Analisis Sajak Nota Pelajar

SIMBOL

MASA

a. Senja - peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita,

bimbang, keluh-kesah dan cemas.

b. Malam - derita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan,

kecelakaan dan kemusnahan.

c. Fajar - harapan baru, peralihan duka kepada bahagia.

d. Siang - harapan, ketenangan, permulaan dan bahagia

e. Pagi - hidup baru

Page 49: Analisis Sajak Nota Pelajar

SIMBOL

ALAM

a. Embun - kemurnian dan harapan.b. Api - perang, bahaya, marah, kejahatan dan

cabaran.

c. Laut dan ombak - dada yang lapang dan alam yang luas.

d. Kabut - keraguan, kejahatan, kejahilan, noda dan dosa.

e. Angin - perubahan, pengaruh dan berita.

f. Burung gagak - kejahatan dan bencana.

g. Burung merpati - kedamaian dan kebebasan.

h. Kumbang - lelaki, teruna

i. Mawar, bunga /kembang - wanita, gadis, perawan.

Page 50: Analisis Sajak Nota Pelajar

UNSUR PERBANDINGAN

Simile – membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan perkataan perbandingan seperti ‘bagai’, ‘seperti’, ‘macam’, ‘laksana’, ‘bak’, ‘ibarat’, dan lain-lain. Contohnya : sajak ‘Ayah’ - bagai nakhoda dengan kapal (R1:B4)

Metafora – membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan perkataan perbandingan. Contohnya : sajak ‘Kau dan Aku’

- mata bolanya (seperti) api yang merah (R1:B5)

Hiperbola – membandingkan sesuatu secara berlebih-lebihan (seperti kartun) Contohnya : sajak ‘Dialog Buat Anak’

dan hanyut di air mata dalam rumah yang tak (R3:B6)

Page 51: Analisis Sajak Nota Pelajar

UNSUR PERBANDINGAN

Eufemisme – Berlawanan dengan Hiperbola Contohnya : sajak ‘Urusniaga Bumiputera’ -Tunggulah walau seribu tahun (R5:B9) bermaksud

penantian yang tidak ada harapan

Metonimi – Bahasa kiasan yang digunakan sebagai pengganti dengan menamakan sesuatu yang erat

perhubungannya dengan perkara yang dinyatakan. Contohnya : sajak ‘Mana Orang Kita?’

- Orang asing (R2:B2) – orang barat (R1:B1)

Page 52: Analisis Sajak Nota Pelajar

FRASA DALAM GAYA BAHASA

Beberapa patah perkataan/baris yang digunakan oleh penyajak untuk menyampaikan mesej.

1) Personafikasi – memberikan sifat manusia kepada binatang atau objek. Contohnya : sajak ‘Nenekku Meniti Zaman’ - camar bertandang ke lubuk (R2:B6)

2) Klise – Kata-kata/frasa yang telah pudar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan.

Contohnya : sajak ‘Pendaki Harapan’ - Hatinya sayu (R3:B1)

3) Paradoks – Perkataan atau frasa yang berlawanan.Contohnya : sajak ‘Pengabdian’ - baik dan jahat (R3:B4)

4) Ambiguiti - Frasa/bahasa dalam sajak yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar.

Contohnya : sajak ‘Tentera Pulang Dari Medan Perang’ – air sungai merah darah merah (R2:B5) – marah; darah; bahaya; garang; kecemasan; warna

Page 53: Analisis Sajak Nota Pelajar

LAIN-LAIN

Simplok – Perulangan kata di awal dan di akhir baris dalam satu rangkap yang sama. Contohnya : sajak ‘Karya Seorang Pelukis’ - ada nilai tersendiri

ada erti tersendiri (R2:B6&7)

Responsi – Perulangan kata yang terletak di pertengahan baris dalam satu rangkap yang sama.

Contohnya : sajak ‘Ayah’ -kaulembutkan hatiku dalam kedegilan

kaulembutkan hatiku dalam kelemahan (R3:B4&5)

Inversi – Ayat songsang atau pembalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya : sajak ‘Engkau Bagai dalam Sangkar’ -engkau tinggal menantikan cuma (R3:B5) * engkau cuma tinggal menantikan

Page 54: Analisis Sajak Nota Pelajar

LAIN-LAIN

Imej dan Imejan – Imej bermaksud sesuatu yang dapat digambarkan melalui emosi, rasa dan keadaan. Imejan pula kumpulan dari imej yang bergabung membentuk kesan hasil daripada gambaran manusia.

Contohnya : sajak ‘ Bila Penantian Berlarutan’ - lautan hati semakin kering airnya (R2:B4)

Bahasa Kiasan – Pada asalnya berupa peribahasa, pepatah , perbandingan dan sebagainya masih menjadi perhiasan gaya bagi bahasa melayu.

Contohnya : sajak ‘Warisan’ - “baik itu budi, indah itu bahasa”(R2:B10)

Alusi – Perbandingan dengan orang ternama. Contohnya : sajak ‘Mana Orang Kita?’ -zuriat Puteri Gunung Ledang (R5:B2)

Page 55: Analisis Sajak Nota Pelajar

Contoh Kajian Gaya Bahasa Sajak Pak Tua :

Gaya bahasa sajak Pak Tua ini indah dan puitis. Terdapat beberapa aspek gaya bahasa seperti;

1. Asonansi iaitu perulangan huruf vokal a, e, i, o, u dalam satu baris. Contoh : a) di titian musim yang panjang (R1:B3)

- perulangan huruf vokal ‘a’ sebanyak 4 kali. b) Angin laut mendayu sayu (R2:B1) - perulangan huruf vokal ‘u’ sebanyak 3 kali.

2. Aliterasi iaitu perulangan huruf konsonan (selain huruf vokal) dalam satu baris. Contoh : a) pada perahumu yang hampir reput (R1:B7)

- perulangan huruf konsonan ‘r’ sebanyak 3 kali. b) anak nelayan hatinya gusar (R3:B5) - perulangan huruf konsonan ‘n’ sebanyak 4 kali.

Page 56: Analisis Sajak Nota Pelajar

3. Repitasi iaitu perulangan perkataan dalam sesebuah sajak. Contoh : Perulangan perkataan ‘yang’ iaitu sebanyak 6 kali.

4. Anafora iaitu perulangan kata yang terletak di awal baris. Contoh : Perulangan kata ‘di’ di awal baris seperti dalam R 3:B2,3 &4 sebanyak tiga kali seperti :

“ di sini” “ di hujung perjalananmu”

“ di gigi air meniti buih”

5. Singkatan iaitu perkataan yang disingkatkan atau dipendekkan. Contoh : “takkan” (R1:B8) iaitu singkatan bagi ‘tidak akan’.

Page 57: Analisis Sajak Nota Pelajar

6. Simbol iaitu perkataan yang melambangkan sesuatu yang lain. Contoh:i. ‘Pak Tua’ (R1:B1) iaitu ‘Tua’ bermaksud uzur/miskinii. ‘pada perahumu yang hampir reput’ (R1:B6) iaitu ‘perahu’ bermaksud nelayan.iii. ‘di hujung pantai yang putih’ (R1:B6) iaitu ‘putih’ bermaksud bersih/suci/iv. ‘dalam menempuh ombak yang besar’ (R3:B6) iaitu ‘ombak’ bermaksud cabaran

hidup.

7. Inversi iaitu susunan ayat songsang. Contoh : a)“terbayang di persadaian masih” (R1:B6) – masih terbayang di

persadaian. b) “mendengarnya hatiku pilu” (R2:B2) - hatiku pilu mendengarnya.

8. Personafikasi iaitu sesuatu objek, binatang/ tumbuhan yang diberikan sifat manusia.Contoh : a) “Angin laut mendayu sayu” (R2:B1)

b) “di gigi air meniti buih” (R3:B4)

Page 58: Analisis Sajak Nota Pelajar

JENIS-JENIS SOALAN BERGABUNG (KESELURUHAN)

Huraikan tema dan aliran sajak di atas.

Jelaskan tema, aliran dan corak sajak di atas.

Apakah tema dan corak sajak di atas?

Jelaskan tema dan bentuk sajak di atas.

Page 59: Analisis Sajak Nota Pelajar

~TIPS ~ Jawab sajak yang soalannya kamu yakin dapat banyak markah.

Jawab soalan yang kamu faham benar akan maksud sajaknya.

Buat isi ringkas di dalam kertas soalan kamu supaya kamu tidak lupa apabila hendak menghuraikan jawapannya.

Dalam satu soalan ada mengandungi 2 hingga 3 soalan diberikan sekaligus, jangan sekali-kali terlupa menjawab akan soalan-soalan tersebut .

Pastikan pelajar membaca jawapan kembali dan huraikan jawapan dengan sebaik-baiknya.

SEMOGA BERJAYA