Analisis Semantik Dalam Lirik Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ _ Btm8ukm2015

2
btm8ukm2015 Blog ini dibuat untuk memenuhi kerja kursus bagi subjek Bahasa dan Teknologi Maklumat, semester 2, sesi 2014/2015 Analisis Semantik dalam Lirik Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ Semantik ialah salah satu cabang dalam bidang linguistik yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantikos’ yang bermaksud penting atau bererti.Berikut ialah definisi semantik oleh tokoh-tokoh bahasa : J.W.M. Verhar, 1996 semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna Abdul Chaer, 1994 semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa . Ferdinand de Saussure, 1966 semantik ialah ilmu tentang makna atau tentang erti, iaitu salah satu dari 3 (tiga) tataran analisis bahasa (fonologi, gramatikal dan semantik). Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang- lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Transcript of Analisis Semantik Dalam Lirik Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ _ Btm8ukm2015

Page 1: Analisis Semantik Dalam Lirik Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ _ Btm8ukm2015

btm8ukm2015

Blog ini dibuat untuk memenuhi kerja kursus bagisubjek Bahasa dan Teknologi Maklumat, semester 2,sesi 2014/2015

Analisis Semantik dalam LirikLagu ‘Apo Kono Eh Jang’

Semantik ialah salah satu cabang dalam bidang linguistik yangmengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Semantik berasaldari perkataan Yunani ‘semantikos’ yang bermaksud penting ataubererti.Berikut ialah definisi semantik oleh tokoh-tokoh bahasa :

J.W.M. Verhar, 1996semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti ataumakna

Abdul Chaer, 1994semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objekpenelitiannya makna bahasa .

Ferdinand de Saussure, 1966semantik ialah ilmu tentang makna atau tentang erti, iaitu salah satudari 3 (tiga) tataran analisis bahasa (fonologi, gramatikal dansemantik).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang maknaperkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnyasemantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatuperkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antaramakna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadapmasyarakat.

Kini, kami akan membincangkan pula tentang analisis semantik

Page 2: Analisis Semantik Dalam Lirik Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ _ Btm8ukm2015

Kini, kami akan membincangkan pula tentang analisis semantikdalam lirik lagu Apo Kono Eh Jang (versi baharu).Lirik lagu dalam dialek Negeri Sembilan tersebut keseluruhannyamenceritakan tentang nasihat dan sindiran seorang ibu terhadapanak lelaki bujangnya.

Pada rangkap pertama, menerangkan tentang anak lelakinya yangmasih lagi tidur dan tidak melakukan kerjanya iaitu memberi kerbaumakan. Kemudian, pada rangkap kedua, anak lelakinya berkatayang dia sudah lama membujang. Rangkap keempat pulamenunjukkan sindiran terhadap anak lelakinya kerana seringmenghadap ‘muka buku’ (facebook) sampaikan diri sendiri tidakterurus. Disuruhnya untuk bersih dan kemaskan diri kerana baubadannya yang sudah seperti ‘lombu’ (busuk).

Seterusnya, rangkap kelima bermaksud bandingan antara anaknyayang tiada apa-apa pencapaian dengan orang lain yang sudahmencapai kejayaan. Pada rangkap keenam pula, liriknya bernadanasihat kepada anaknya agar tidak diingat lagi perkara yang lepasyang mana pada rangkap ketujuh menerangkan apa yangmenyebabkan anaknya berkelakuan seperti itu, iaitu berkenaanseorang gadis yang disukai anaknya telah pun dipinang orang lain.Kemudian, rangkap kelapan dan kesembilan menerangkan tentangkekesalan ibu tersebut terhadap anak lelakinya jika anaknyamendengar nasihatnya dahulu, agar belajar rajin-rajin pasti nantiberjaya dan pandai seperti anak orang lain.

Juga dinasihati agar berusaha dengan lebih gigih, tidak malasbekerja agar boleh mendapat kesenangan hidup. Rangkap kesepuluhpula menerangkan apabila sejak kecil belajar agama, dewasa nantiakan jadi orang berjaya. Rangkap-rangkap terakhir pula bermaknakekesalan yang diluahkan ibu tersebut terhadap anaknya andai katadia mengikut katanya dahulu, bekerja dan mengumpul duit danmenyegerakan pinangan pasti Milah dapat menjadi menantunyakerana memang keinginan ibunya untuk bermenantukan Milah.

JUNE 3, 2015 BTM8UKM2015 SEMANTIK

BLOG AT WORDPRESS.COM. | THE SORBET THEME.