Analisis Sistem Keselarasan Vokal

53
Penghargaan Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah. Seperti pepatah melayu ada mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berasaskan pepatah inilah terhasilnya kerja kursus Bahasa Melayu ini. Pertama sekali, ingin saya tujukan lafaz penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya dalam subjek Bahasa Melayu ini iaitu Cik Kirar Sare yang banyak memberi dorongan, bimbingan dan komen-komen yang membina sepanjang penghasilan kerja kursus ini bukan sahaja dari aspek penyampaian maklumat bahkan dari segi motivasi. Hasil daripada usaha beliau yang sangat murni ini telah memberi saya dan juga rakan sekelas yang lain semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik. Sekalung penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat tidak kira secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini terutama sekali kepada rakan seasrama yang banyak membantu meminjamkan buku rujukan walaupun kami bukan dari kumpulan kelas yang sama dan terima kasih juga kepada rakan- rakan sekelas yang bijak menjalankan peranan masing-masing dalam memberi tunjuk ajar. 1

Transcript of Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Page 1: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Penghargaan

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya

menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah. Seperti pepatah melayu ada mengatakan

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berasaskan pepatah inilah terhasilnya

kerja kursus Bahasa Melayu ini.

Pertama sekali, ingin saya tujukan lafaz penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada pensyarah pembimbing saya dalam subjek Bahasa Melayu ini iaitu Cik Kirar

Sare yang banyak memberi dorongan, bimbingan dan komen-komen yang membina

sepanjang penghasilan kerja kursus ini bukan sahaja dari aspek penyampaian

maklumat bahkan dari segi motivasi. Hasil daripada usaha beliau yang sangat murni ini

telah memberi saya dan juga rakan sekelas yang lain semangat untuk menyiapkan

kerja kursus ini dengan lebih baik.

Sekalung penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat tidak kira secara

langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini terutama sekali

kepada rakan seasrama yang banyak membantu meminjamkan buku rujukan

walaupun kami bukan dari kumpulan kelas yang sama dan terima kasih juga kepada

rakan-rakan sekelas yang bijak menjalankan peranan masing-masing dalam memberi

tunjuk ajar.

Akhir sekali, saya tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

yang tidak ternilai kepada orang yang paling penting dan amat saya kasihi dalam hidup

saya iaitu kedua orang ibu bapa saya yang tercinta, kerana merekalah saya dapat

dapat menaip dan mencetak tugasan ini. Terima kasih ibu, ayah.

Saya berharap agar kerja kursus ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya

bukan sahaja untuk generasi guru pelatih hari ini bahkan generasi akan datang dan

dapat membuka minda masyarakat tentang kesedaran mewujudkan generasi yang

sentiasa menghargai dan mendalami bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu.

1

Page 2: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Pendahuluan

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira pada abad ke-7. Pada

waktu itu, bahasa Melayu dianggap sebagai salah satu daripada 200 bahasa yang

dituturkan di kepulauan tersebut.

Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah

dituturkan berbanding dengan bahasa-bahasa lain pada waktu itu. Ciri-ciri keterbukaan

yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa

lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang pesat dan diterima umum.

Sebagai generasi muda pada masa ini,kita haruslah mengetahui dan menghayati

sepenuhnya berkaitan bahasa Melayu agar bahasa kita tidak pupus ditelan zaman.

Bahasa Melayu boleh dikatakan seperti tidak lapuk di hujan,tidak lekang di panas.

Dalam mempelajari lebih tentang Bahasa Melayu ini, kami telah diberi satu tugasan

oleh Pensyarah Bahasa Melayu untuk mengkaji pola keselarasan huruf vokal dan

penulisan minit mesyuarat. Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini amat penting

kerana bukan sahaja dapat mendidik kami untuk berdikari dan belajar menulis minit

mesyuarat malah, seorang guru Bahasa Melayu perlulah mengetahui bagaimana

terhasilnya keseragaman dalam keselarasan huruf vokal sesuatu perkataan atau frasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan pola keselarasan huruf vokal? Bagaimana

ianya terbentuk? Apakah pula yang dimaksudkan dengan minit mesyuarat? Untuk

mengetahuinya, dalam tugasan ini selanjutnya akan menerangkan lebih dalam lagi.

2

Page 3: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Soalan 1.

Berdasarkan satu petikan ilmiah (lebih kurang 150 patah perkataan), analisis pola

keselarasan vocal yang terdapat dalam petikan tersebut.

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Definisi

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vocal yang membentuk dua suku

kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir

dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup.

Prinsip keselarasan

Keselarasan huruf vocal hanya akan berlaku dengan syarat-syarat yang berikut :

a) Keselarasan adalah antara dua huruf vocal pada kata dasar.

b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

c) Bagi kata dasar yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat

dengan system keselarasan huruf vocal hanyalah dua suku kata yang terakhir

sahaja.

3

Page 4: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal

seperti yang tersedia dalam jadual di bawah.

Bil. Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Contoh Perkataan

1 a -a banyak, kawasan

2 a -i alih, kasih

3 a -u datuk, makhluk

4 e pepet -a emas, selam

5 e pepet -i betik, pelik

6 e pepet -u tempuh, penuh

7 e taling -a elak, dewan

8 e taling -e taling leceh, selekeh

9 e taling -o selekoh, esok

10 i -a ingat, habitat

11 i -i pilih, sisip

12 i -u riuh, tidur

13 o -a kotak, kilogram

14 o -e taling celoteh, boleh

15 o -o obor, pokok

16 u -a kurang, kuat

17 u -i usik, upih

18 u -u untuk, suntuk

4

Page 5: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Daripada 18 pola tersebut, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama. Dasar

mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u pada suku

kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a, e pepet, i

atau u seperti dalam jadual yang berikut :

Bil Ejaan Lama Ejaan Baru

Pola Contoh Pola Contoh

1 a- e taling aleh a-i alih

2 a- o batok a-u batuk

3 e pepet- e taling lebeh e-i lebih

4 e pepet- o tempoh e-u tempuh

5 i-e taling pileh i-i pilih

6 i-o tidor i-u tidur

7 u- e taling usek u-i usik

8 u- o untong u-u untung

Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

5

Page 6: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Kekecualian peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa perkataan

pinjaman daripada bahasa-bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola kekecualian

yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu sebanyak 16 pola diperlihatkan

seperti yang berikut:

Bi

l

Pola Contoh Perkataan

Bahasa Nusantara Bahasa Inggeris

1 a-e taling aneh, awet, kaget cabaret, panel

2 a-o calon, lancing atom, kontraktor

3 e pepet-e taling gembleng

4 e pepet-o jempol, bendok gabenor, intercom

5 i-e taling imlek parlimen, simen

6 i-o ijon, pilon diftong, transistor

7 u-etaling tulen, ulet subjek, dokumen

8 u-o lelucon, buron kupon, konduktor

9 a-e pepet pakem teater

1

0

e taling-i hipotesis, objektif

1

1

e taling-u petroleum, spectrum

1

2

e pepet-e pepet demdem, pepet

1

3

i-e pepet iseng artikel, filem, partikel

1

4

o-i fosil, hipokrit

1

5

o-u bonus, forum

1

6

u-e pepet lumer skuter

6

Page 7: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Kajian teks Pola Keselarasan Huruf Vokal

Teks : Dunia Raksasa

Hidupan bumi yang bersaiz gergasi disebut mega fauna, biasanya bersaiz raksasa

dengan keberatan sehingga beratus-ratus kilogram. Selain kawasan beriklim sejuk yang

membuatkan haiwan membesar menjadi gergasi, habitat di kawasan kepulauan juga

didapati mewujudkan spesies haiwan raksasa. Haiwan pulau gergasi yang paling

terkenal ialah biawak raksasa yang tinggal di Pulau Komodo di Indonesia dan kura-kura

gergasi di Kepulauan Galapagos. Kajian saintis mengatakan bahawa oleh sebab

makhluk tersebut tinggal di kawasan pulau yang terpencil, haiwan pemangsa yang

mengancam kehidupannya turut berkurangan dan membolehkannya hidup lebih lama

dan membesar menjadi gergasi. Di seluruh dunia, banyak kawasan pulau yang

dipenuhi oleh makhluk gergasi, termasuklah tikus gergasi, serangga raksasa dan

burung yang berkali-kali ganda lebih besar daripada saiz manusia. Kini kebanyakan

haiwan tersebut pupus akibat penerokaan dan pemburuan manusia. Di samping haiwan

bersaiz gergasi, bumi juga mempunyai tumbuh-tumbuhan raksasa. Tumbuhan terbesar

di dunia yang direkodkan ialah pokok Sequoia yang dapat mencapai ketinggian 280

kaki dan berdiameter 23 kaki. Paku-pakis turut mempunyai spesies raksasa.

7

Page 8: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Kajian Pola Keselarasan Huruf Vokal berdasarkan teks.

Bil Suku Kata

Praakhir

Suku Kata Akhir

Tertutup

Perkataan Penerangan

01

.

a -a kawasan Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

ialah Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

mengancam Kata dasar dari perkataan

ancam. Menerima imbuhan

meng-.

biawak Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

banyak Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

kebanyakan Kata dasar dari perkataan

banyak. Menrima imbuhan

ke-an.

dapat Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

8

Page 9: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

tertutup.

02

.

a -i paling Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

03

.

a -u beratus-ratus Kata dasar dari perkataan

ratus. Menerima imbuhan

ber- dan merupakan kata

ganda penuh.

makhluk Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

termasuklah Kata dasar dari perkataan

masuk. Menerima imbuhan

ter- dan penambahan

partikel –lah.

04

.

e pepet -a keberatan Kata dasar dari perkataan

berat. Menerima imbuhan

ke- an.

membesar Kata dasar dari perkataan

besar. Menerima imbuhan

mem-.

terkenal Kata dasar dari perkataan

kenal. Menerima imbuhan

ter-.

sebab Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

terbesar Kata dasar dari perkataan

besar. Menerima imbuhan

ter-.

05 e pepet -i terpencil Kata dasar dari perkataan

9

Page 10: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

. pencil. Menerima imbuhan

ter-.

lebih Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

06

.

e pepet -u disebut Kata dasar dari perkataan

sebut. Menerima imbuhan

di-.

sejuk Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

tersebut Kata dasar dari perkataan

sebut. Menerima imbuhan

ter-.

dipenuhi Kata dasar dari perkataan

penuh. Menerima imbuhan

di-i.

07

.

e taling -a dengan Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

08

.

e taling -e taling berdiameter Kata dasar dari perkataan

diameter. Menerima

imbuhan ber-.

09

.

e taling - o direkodkan Kata dasar dari perkataan

rekod. Menerima imbuhan

di-kan.

10

.

i -a habitat Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

tinggal Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

10

Page 11: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

tertutup.

akibat Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

11

.

i -i beriklim Kata dasar dari perkataan

iklim. Menerima imbuhan

ber-.

12

.

i -u Hidupan Kata dasar dari perkataan

hidup. Menerima imbuhan

–an.

kehidupannya ? Kata dasar dari perkataan

hidup. Menerima imbuhan

ke- an dan penambahan

kata ganti nama –nya.

tikus Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

13

.

o -a kilogram Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

14

.

o -e taling oleh Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

membolehkannya Kata dasar dari perkataan

boleh. Menerima imbuhan

mem-kan dan penambahan

kata ganti diri –nya.

15

.

o -o pokok Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

16 u -a membuatkan Kata dasar dari perkataan

11

Page 12: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

. buat. Menerima imbuhan

mem- kan.

berkurangan Kata dasar dari perkataan

kurang. Menerima imbuhan

ber-an.

17

.

u -i

18

.

u -u mewujudkan Kata dasar dari perkataan

wujud. Menerima imbuhan

me-kan.

turut Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

seluruh Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

burung Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

pupus Merupakan kata dasar dan

berakhir dengan suku kata

tertutup.

tumbuh-tumbuhan Kata dasar dari perkataan

tumbuh. Menerima

imbuhan –an. Merupakan

kata ganda penuh.

Jadual diatas menunjukkan pola keselarasan huruf vokal berdasarkan teks

sebelumnya. Dalam teks tersebut terdapat beberapa perkataan yang pada kata

dasarnya berakhir dengan suku kata tertutup tetapi tidak dimasukkan dalam jadual

kerana Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal. Ini akan dijelaskan seperti berikut::

12

Page 13: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

01.Haiwan, Saiz, Lain

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Termasuk dalam Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal kerana menggunakan

diftong ai dalam perkataan haiwan, saiz, lain.

- Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang disebut berterusan secara gelinciran

dalam satu hembusan nafas. Dalam Bahasa Melayu, ada tiga fonem diftong yang

dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Fonem diftong tersebut adalah seperti

berikut:

Fonem Huruf Depan Tengah Belakang

/ai/ ai aising ghaib pantai

/au/ au audit saudara harimau

/oi/ oi oidium boikot kaloi

02.Spesies , Saintis

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Termasuk dalam Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan Kata

Pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Ini dapat dijelaskan lagi dalam jadual Ejaan

Kata Pinjaman di bawah :

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

c s contoh : cent, cylinder

species

sen, silinder

spesies

b) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

13

Page 14: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

ie ai contoh : pie

scientist

pai

saintis

Sebagai tambahan, dalam Ejaan Kata Pinjaman, terdapat beberapa jenis penyesuaian

lagi, antaranya :

a) Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang

sama.

b) Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

03.Galapagos

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Dikecualikan dalam Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan nama khas iaitu

nama sebuah tempat di Kepulauan.

- Kata Nama Khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda, tempat, negara,

bangsa, institusi dan seumpamanya. Kata nama khas dieja dengan huruf besar

pada awal perkataan. Terdapat tiga jenis Kata Nama Khas.

Jenis Kata Nama Khas Contoh Perkataan

Kata Nama Khas hidup manusia Puteri Balqis, Qistina Amira, Nabilah

Kata Nama Khas hidup bukan manusia Si Manja, Pak Belang, Sang Kancil

Kata Nama Khas tidak hidup Negeri Sembilan, Indonesia, Acer, Olympus

- Oleh itu, dengan lebih jelas lagi Galapagos ialah Kata Nama Khas tidak hidup

kerana ia merupakan nama tempat dan ia tidak termasuk dalam keselarasan huruf

vokal.

14

Page 15: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Kesimpulannya, sesuatu perkataan hanya akan wujud dalam pola keselarasan huruf vokal jika menepati tiga syarat iaitu, keselarasan adalah antara dua huruf vocal pada kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata dasar yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vocal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Syarat-syarat ini melengkapi definisi keselarasan huruf vokal yang bermaksud kesesuaian dua huruf vocal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup.

Soalan 2.

(i) Secara individu anda dikehendaki menjelaskan definisi, jenis, format, ciri minit

mesyuarat.

Definisi

Minit mesyuarat, apakah yang dimaksudakan dengan minit mesyuarat? Bagaimana

minit mesyuarat dilakukan? Siapa yang mencatat minit mesyuarat? Berapa jeniskah

minit mesyuarat?

“Minit dikenali sebagai protokol, iaitu rekod bertulis mesyuarat atau sidang. Ia sering

memberi gambaran struktur pertemuan, bermula dengan senarai yang hadir, kenyataan

dari berbagai isu, dan setiap tambahan respons ahli sidang. Minit dibuat pada waktu

mesyuarat oleh juru taip pada pertemuan tersebut. Minit entiti tertentu, seperti lembaga

pengarah syarikat, mesti disimpan dalam dokumen penting.” - Henry Campbell Black,

1991.

“Nota bertulis daripada tatacara rasmi. Nota yang menceritakan transaksi yang terjadi

pada pertemuan atau tatacara rasmi; rakaman yang disimpan oleh mahkamah dan

syarikat untuk rujukan di masa mendatang”. - West's Encyclopedia of American Law,

2008.

15

Page 16: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

“The record that summarizes the proceedings of a meeting and its important points.” -

McGraw-Hill, 2002.

“ The written record of meetings, particularly of Boards of Directors and/or Shareholders

of corporations, kept by the secretary of the corporation or organization. Also the record

of courtroom proceedings, such as the start and recess of hearings and trials, names of

attorneys, witnesses, and rulings of the court, kept by the clerk of the court or the judge.

Such court minutes are not a transcript of everything that is said, which is taken down

by the court reporter if recorded at all.” - Gerald N. Hill and Kathleen T. Hill, 2005.

“ The careful recording of a meeting, the writing of minutes, is an essential part of a

meeting though it involves time and expense even after the meeting has ended. There

are no strict rules in writing minutes. Minutes may be written in detail or in brief

depending on the anticipated readership.” - Black's Law Dictionary, 6th Edition.

Petikan-petikan diatas adalah definisi tentang minit mesyuarat dari pelbagai sumber.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu 1:

Minit mesyuarat ialah rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan

dalam sesuatu mesyuarat.

Ia merupakan dokumen yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat, iaitu

agenda, catatan keputusan perbincangan dan tindakan susulan yang

dipertanggungjawabkan kepada bahagian, unit atau individu berdasarkan persetujuan

ahli-ahli yang menyertai mesyuarat. Minit mesyuarat penting untuk dijadikan sumber

16

Page 17: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

rujukan pada masa hadapan. Setiausaha adalah individu yang bertanggungjawab

mencatat segala keputusan dan perbincangan. Catatan tersebut ditulis semula dalam

bentuk yang lebih teratur dan kemas yang dinamakan minit mesyuarat. Mesyuarat

hanya dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.

Mesyuarat dijalankan atas tujuannya yang tertentu seperti berikut :

¤ Bertukar-tukar fikiran antara ahli mesyuarat

¤ Mendapatkan idea baharu

¤ Memberi dan mendapatkan maklumat

¤ Mencari penyelesaian kepada masalah

¤ Mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu projek.

Jenis Mesyuarat

Terdapat pelbagai mesyuarat. Berapa jeniskah meyuarat tersebut? Berdasarkan

penulisan Siti Hajar dalam bukunya Bahasa Melayu 1, jenis-jenis mesyuarat adalah

seperti berikut :

a) Mesyuarat jawatankuasa

Mesyuarat yang diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,

mendapatkan idea dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara bagi

sebuah institusi atau organisasi. Ia dihadiri oleh individu yang menjadi ahli

kepada jawatankuasa tersebut.

b) Mesyuarat agung

Diadakan setahun sekali bagi pelantikan ahli baru menggantikan ahli yang lama.

Mesyuarat ini juga disebut Mesyuarat Agung Tahunan. Semua aktiviti dan

17

Page 18: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

perbelanjaan sepanjang tahun akan dibentangkan semasa mesyuarat tersebut,

dan di kira sah jika kehadiran dua per tiga dari keseluruhan ahli yang berdaftar.

c) Mesyuarat khas

Mesyuarat yang diadakan khas untuk sesuatu isu bagi mendapatkan kata putus

daripada ahli dalam sesuatu perkara tertentu sahaja.

d) Mesyuarat tergempar

Mesyuarat yang diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu

perkara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan yang

diperoleh segera dalam masa yang terhad agar masalah dapat diselesaikan

segera. Mereka yang menghadiri mesyuarat ini tidak semestinya ahli tetap,

malah individu yang mempunyai kepakaran dalam hal tersebut turut dipanggil

untuk mendapatkan pandangan mereka.

e) Mesyuarat agung luar biasa

Diadakan untuk satu tujuan yang khusus sahaja dan diadakan di luar tempoh

yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung. Biasanya diadakan atas

desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara dan bertujuan

untuk mendapatkan keputusan majority. Jika pelantikan seorang ahli tersebut

sah dan mendapat mandat daripda mesyuarat agung, maka pemecatannya juga

haruslah melalui mesyuarat iaitu mesyuarat agung luar biasa ini.

Ciri-ciri Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merakamkan perkara-perkara penting yang dibincangkan, keputusan

yang dibuat dan tindakan yang perlu diambil sahaja. Antara ciri yang perlu ada dalam

minit mesyuarat adalah seperti berikut :

18

Page 19: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

a) Tulen

Bukan rekaan setiausaha atau idea atau pendapat peribadi pencatat.

Sebaliknya, benar-benar merupakan rekod hasil perbincangan dan keputusan

bersama ahli mesyuarat.

b) Lengkap

Semua maklumat penting dan berkaitan seperti tarikh, kehadiran, butiran

perbincangan dan sebagainya mengikut agenda. Ini bagi memudahkan ahli yang

tidak hadir mengetahui agenda mesyuarat tersebut.

c) Tepat

Fakta yang dicatatkan menepati hal-hal yang dibincangkan sama seperti dalam

mesyuarat.

d) Sahih

Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat yang berkaitan.

Tandatangan pencatat merupakan satu bukti menandakan kesahihan minit

mesyuarat tersebut.

e) Berstruktur

Disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor mengikut

urutan.

19

Page 20: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Unsur Minit Mesyuarat

Bagi membezakan minit mesyuarat dengan teks jenis formal yang lain, terdapat tiga

unsur penting yang mesti ada dalam minit mesyuarat seperti berikut:

a) Tindakan

Dicatatkan pada bahagian bawah sesuatu perkara atau agenda yang

dibincangkan. Tindakan ditulis di sebelah kanan perenggan yang berkaitan dan

kesemua frasa itu dihitamkan. Tindakan ini merujuk kepada nama ahli atau

jawatan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara yang

diperkatan itu. Contohnya :

Tindakan : Biro Kebersihan

Tindakan : Ketua Projek

Tindakan : Makluman semua

b) Perbincangan

Merujuk kepada inti sari dalam mesyuarat yang melahirkan keputusan tentang

sesuatu perkara. Pencatat tidak perlu memperincikan satu per satu kata-kata

yang dilafazkan dalam perbincangan. Disebabkan minit mesyuarat bukanlah

bersifat peribadi, maka nama individu atau kata ganti nama diri tidak sesuai

20

Page 21: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

digunakan kecuali dalam hal tertentu jika melibatkan pemilihan jawatankuasa

baharu dan isu yang memerlukan nama pencaadang atau penyokong.

Contoh :

2.2 Mesyuarat membincangkan masalah ketidakhadiran

pelajar dengan panjang lebar dan membuat keputusan……

c) Ketetapan

Ketetapan bermaksud persetujuan yang telah diterima dan dicapai oleh ahli

mesyuarat hasil daripada perbincangan yang akan membawa kepada tindakan

yang bakal dilakukan oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan hasil

daripada keputusan dalam mesyuarat itu. Contoh perkataan dan frasa yang

sesuai digunakan adalah seperti berikut:

Pinda: pindaan, dipinda

Cadang : mencadangkan, dicadangkan

Lulus : diluluskan, meluluskan

Tangguh : ditangguhkan, menangguhkan

Format Minit Mesyuarat

Penulisan minit mesyuarat berbeza-beza mengikut kehendak organisasi, pertubuhan

atau persatuan. Tidak ada format yang seragam. Walau bagaimanapun, penyediaan

minit mesyuarat lazimnya megikut format berikut :

21

Page 22: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

a) Butiran mesyuarat

Mengandungi nama mesyuarat, bilangan mesyuarat dan tahun, tarikh, masa dan

tempat mesyuarat yang ditulis ke bahagian tengah sedikit dengan huruf besar

semuanya dan tidak perlu noktah. Contoh :

MINIT MESYUARAT PROJEK RUMAH HIJAU (BIL.1/2010)

SEKOLAH KEBANGSAAN PONDOK 2

Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)

Masa : 12.21 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat

b) Senarai kehadiran

Bahagian ini menyenaraikan kehadiran serta individu yang turut lahir sebagai

pemerhati atau atas undangan khas jika ada. Senarai kehadiran nama ditulis

mengikut susunan jawatan dari jawatan tertinggi seterusnya ahli biasa beserta

jawatan mereka, begitu juga dengan ahli yang tidak hadir. Contoh :

Hadir :

1. Puan Rahmah bin Salleh – Pengerusi / Ketua Projek

2. En. Abdullah bin Samad – Penolong Pengerusi

3. Cik. Anis Sharen binti Razak – Setiausaha

4. En. Mothy Mojitol – AJK

Tidak Hadir :

1. En. Stephen Steve – Urusan luar ( Penyelaras)

22

Page 23: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

2. Cik. Rosalinda Hairon – Mesyuarat ( AJK)

3. En. Ejam bin Ajik – Praktikum (AJK)

c) Kandungan minit mesyuarat

Kandungannya mestilah selaras dengan agenda mesyuarat. Umumnya, agenda

mesyuarat terdiri dari perkara-perkara yang berikut :

1.0 Perutusan pengerusi

Catatan tentang perkara penting yang dibangkitkan oleh pengerusi.

Tidak semestinya pada awal mesyuarat, hal ini mungkin berbangkit semasa

perbincangan mesyuarat.

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Dilakukan oleh setiausaha atas arahan pengerusi. Tetapi biasanya kini

pengerusi meminta ahli membaca sendiri agar masa mesyuarat dapat

dijimatkan.

Sebarang pindaan pada minit mesyuarat perlu dimaklumkan kepada ahli.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

Catatan tentang perkara yang dibangkitakan dalam mesyuarat yang lepas dan

tindakan yang dilakukan.

Tajuk utama perkara berbangkit hendaklah dinyatakan dan bagi memudahkan

rujukan, perenggan minit mesyuarat lepas disertakan.

4.0 Agenda baharu yang ditetapkan

Perbincangan baharu ahli-ahli mesyuarat.

5.0 Hal-hal lain

23

Page 24: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Perbincangan, isu atau perkara yang selain daripada yang tersenarai dalam

agenda.

6.0 Ucapan penutup dan penangguhan

Ucapan oleh pengerusi ditulis dari tepi dan tidak perlu dibubuh nombor.

Waktu mesyuarat ditangguhkan perlu dicatatkan dan menggunakan

ungkapan ‘ditanguhkan’.

Jika mesyuarat itu adalah untuk kali terakhir, maka ungkapan ‘ditamatkan’

digunakan.

d) Penamat minit mesyuarat

Mengandungi maklumat ‘Disediakan oleh’ atau ‘Dicatatkan oleh’ selepas

melangkaui dua atau tiga baris terakhir penangguhan atau akhir mesyuarat.

Tandatangan dan nama pencatat ditulis dalam kurungan dengan menggunakan

huruf besar sepenuhnya. Jawatan yang diwakili oleh pencatat juga dituliskan di

bawahnya dan diikuti oleh tarikh minit mesyuarat itu disiapkan. Contoh :

Disediakan oleh,

_________________

(ANNA BELLA ANN)

Setiausaha,

Projek Rumah Hijau

Tarikh : 22 Ogos 2010

Terdapat juga teks minit mesyuarat yang tidak menyertakan tandatangan dan

jawatan atas alasan bahawa pencatat tersebut dapat diketahui dengan merujuk

senarai yang hadir. Ada juga teks yang meletakkan frasa ‘Disahkan oleh’

berserta nama penuh dan jawatan individu yang mengesahkan minit mesyuarat

di sebelah kanan maklumat pencatat. Hal ini tidak perlu kerana semua perkara

24

Page 25: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

dan keputusan yang dicatatkan telah pun disahkan dan dipersetujui oleh ahli

mesyuarat.

Memo Minit Mesyuarat

Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan. Jemputan tersebut biasanya

dibuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat iaitu memo dan diberi seminggu

sebelum mesyuarat .Berikut ialah contoh memo minit mesyuarat :

25

Page 26: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Gambar 1 : Memo Panggilan Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat

Setelah diberi penerangan tentang minit mesyuarat, berikut adalah contoh minit

mesyuarat dengan lebih jelas lagi. Seperti yang telah dijelaskan dalam format minit

mesyuarat sebelum ini, tidak ada format yang seragam bagi penulisan minit mesyuarat,

ianya bergantung kepada institusi dan jabatan masing-masing. Di bawah ini merupakan

dua contoh format minit mesyuarat yang biasa digunakan :

26

Page 27: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Gambar 2: Contoh Format Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN PIDATO TAHUNAN KE-23 BIL. 1/2010

SK CERIA, KUCHING

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Mini

Tarikh : 21 Ogos 2010

Kehadiran :

27

Page 28: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

1. En. Aziz bin Abdullah (Pengerusi)2. Puan Methalyn John ( Penolong Pengerusi)3. Puan Anna Ariyani binti Amin (Setiausaha)4. En. Erry Haiden ( AJK)5. Cik. Mary Ann Cassie (AJK)6. Cik. Farah Nadia Aziz (AJK)

Tidak Hadir :

1. Puan Evalita Goh – Tugas luar (Penasihat)2. Puan Evelyn Mothy – Seminar (AJK) 3. En. Adam bin Hafiz – Kursus (AJK)

BIL. PERKARA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN1. Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Makluman

2. Agenda Mesyuarat

2.1 Ahli mesyuarat memutuskan bahawa tarikh Pertandingan Pidato adalah pada 3 September 2010 iaitu selepas Cuti sekolah.

2.2 Ahli juga memutuskan bahawa tetamu khas yang dijemput ialah YB. Encik Steve Nelson (Ahli Parlimen P.44 Nanga Assam).

2.3 Penolong Pengerusi menyatakan senarai nama guru yang terlibat dengan Pertandingan Pidato akan diedarkan selepas mesyuarat ini.

Makluman

AJK Protokol dan Sambutan

Makluman

3. Hal-hal lain

3.1 AJK mencadangkan ibu bapa pelajar dijemput untuk menyaksikan pertandingan pidato tersebut.

Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan dating.

Makluman

4. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh :

___________________

(ANNA ARIYANI AMIN)

Setiausaha,

Pertandingan Pidato Tahunan kali ke-23

Jadual 1 : Contoh Format Minit Mesyuarat dalam bentuk jadual

Soalan 2

(ii) Selepas mengikuti satu sesi mesyuarat, anda dikendaki menulis minit

mesyuarat dengan betul berdasarkan agenda yang ditetapkan.

28

Page 29: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Sebelum mesyuarat diadakan, surat panggilan mesyuarat yang disebut memo

mesyuarat akan diberi kepada ahli-ahli mesyuarat untuk makluman. Berikut ialah memo

panggilan mesyuarat :

MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KE-29 BIL.2/2010

SK BAHAGIA, KUCHING.

Tarikh : 29 Mac 2010

29

Page 30: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Masa : 0800-1200

Tempat : Bilik Komputer

Kehadiran :

1. En. Ahmad bin Hj. Abdul Kadir ( Pengerusi)

2. En. Amir bin Salleh (Penolong Pengerusi)

3. Cik. Nur El Nabilah Sakinah binti Sariffudin (Penolong Setiausaha)

4. Cik. Qistina Amira binti Idris (Bendahari)

5. Cik Methalyn Ogosie (AJK)

6. Cik. Sheeda Fareeda binti Mailan (AJK)

7. En. Mohd Sufizan bin Astain (AJK)

8. En. Tardmidzi bin Rabatin (AJK)

9. Puan Nurul Atiqah binti Jasneh (AJK)

10.Cik Nurulain Hazlyn binti Ibrahim (AJK)

11.Puan Rachel Daniel (AJK)

12.Cik Florince Singkun (AJK)

13.En. Fhilip Wilbert (AJK)

14.En. Alvin Henry (AJK)

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Izzat bin Norsidi –Kursus (Penasihat)

2. En. Mohamad Samad Bin Abdullah – Kursus (Setiausaha)

3. En. Malanzin Rumanggon – Seminar Pendidikan (AJK)

BIL. PERKARA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN

1. Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli

mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kerana

sudi meluangkan masa untuk hadir dalam

Makluman

30

Page 31: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

mesyuarat kali kedua ini.

1.2 Mesyuarat terpaksa diadakan juga untuk

memaklumkan beberapa perkara penting

walaupun tiga orang guru tidak dapat hadir atas

urusan rasmi.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Tetamu Khas

yang dijemput YB. Encik Unting ak Nelsan, Ahli

Parlimen P.44 Nanga Assam tidak dapat hadir

pada tarikh hari penutupan Sukan Tahunan iaitu

pada 15 Mac 2010 atas tugas rasmi luar yang

lebih penting.

Makluman

Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2010

2.1 Minit mesyuarat Bil. 1/2010 disahkan oleh En.

Amir bin Salleh dan dissokong oleh Cik Qistina

Amira binti Idris.

Makluman

3. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat

Bil.1/2010

3.1 Merujuk kepada perkara 2.2, ahli mesyuarat

memutuskan untuk menjemput tetamu khas yang

menggantikan YB.Encik Unting ak Nelsan ialah

timbalan beliau, Encik Willi Ben.

3.2 Cadangan Cik Nurulain supaya diadakan satu

acara ibu bapa murid dengan guru tidak diterima

disebabkan kekangan kewangan dan waktu.

AJK Protokol dan

Sambutan

Makluman

4. Jenis-jenis Acara yang Dipertandingkan

31

Page 32: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

4.1 AJK Pertandingan membentangkan jenis-jenis

acara yang dipertandingkan. Sila lihat Lampiran

1.

Makluman

5. Jadual Latihan

5.1 AJK Latihan mengedarkan jadual latihan kepada

semua ahli. Sila lihat Lampiran 2.

Makluman

6. Laporan Setiap Pengurus Rumah

6.1 Pengurus rumah sukan Paduka Mat Salleh

meminta izin untuk meminjam peralatan sukan

pada waktu latihan tambahan.

6.2 Pengurus rumah sukan Rentap memohon agar

mengadakan masa tambahan latihan pada hari

Sabtu.

6.3 Pengurus rumah sukan Naning meminta

penyediaan bekalan air sekurang-kurangnya air

mineral setiap kali waktu latihan bagi

membasahkan tekak pelajar yang berlatih.

6.4 Pengurus rumah sukan yang lain tidak ada

sebarang laporan.

AJK Peralatan

AJK Latihan

AJK Makanan

Makluman

7. Hal-hal Lain

7.1 AJK mencadangkan agar nama setiap rumah

sukan di ubah dari nama pahlawan ke nama-

Makluman

32

Page 33: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

nama warna.

Pengerusi meletakkan pada keputusan majoriti

ahli-ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat

majoriti bersetuju untuk mengubah nama rumah

sukan.

7.2 AJK hadiah meminta agar diberi peruntukan

kewangan lebih lagi sekiranya ada.

Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini

akan dibincangkan dengan bendahari dan

keputusan akan dimaklumkan pada mesyuarat

akan datang.

7.3 AJK mencadangkan agar disediakan sedikit

minum pagi kepada ibu bapa dan orang yang

hadir serta pelajar sewaktu acara penutupan nanti

sementara menunggu jamuan makan tengah hari

yang mungkin lewat lagi.

Pengerusi meletakkan pada keputusan majoriti.

ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat bersetuju.

Pengerusi menyatakan bahawa keputusan akan

dimaklumkan pada mesyuarat akan datang

setelah berbincang dengan bendahari kelak.

Bendahari

Makluman

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada

semua ahli mesyuarat yang hadir dan mensyuarat

kali ketiga akan dimaklumkan kelak.

Makluman

33

Page 34: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00

tengah hari.

Disediakan oleh :

_____________________________________

( NUR EL NABILAH SAKINAH BINTI SARIFFUDIN)

Penolong Setiausaha,

Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-29

Lampiran 1

Jenis-jenis Acara yang dipertandingkan.

1. Lari Pecut

Kategori:

34

Page 35: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

1. 100 m Perempuan dan Lelaki

2. 400 m Perempuan dan Lelaki

2. Lari Berpagar

Kategori:

1. 100 m Perempuan

2. 110 m Lelaki

3. 400 m Perempuan dan Lelaki

3. Lari Berganti-ganti

Kategori : 4 x 200 m kategori Perempuan dan Lelaki

4. Lompat Tinggi

Kategori: Perempuan dan Lelaki

5. Lompat Jauh

Kategori: Perempuan dan Lelaki

6. Lontar Peluru

Kategori: Perempuan dan Lelaki

7. Lempar Cakera

Kategori : Lelaki

8. Merejam Lembing

Kategori : Lelaki

Lampiran 2

Jadual Latihan Rumah Sukan.

Minggu Pertama

35

Page 36: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Bil. Hari / Masa Rumah Sukan

1. Isnin

2.00- 5.30 pm

1. Rumah Sukan Mat Salleh

2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman

2. Selasa

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Naning

2. Rumah Sukan Antanom

3. Rabu (Hari Kokum)

2.30- 5.30 pm

1. Rumah Sukan Rentap

2. Rumah Sukan Mat Kilau

4. Khamis

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Dol Said

2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman

5. Jumaat

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Naning

2. Rumah Sukan Mat Salleh

Minggu Kedua

Bil. Hari / Masa Rumah Sukan

1. Isnin

2.00- 5.30 pm

1. Rumah Sukan Antanom

2. Rumah Sukan Mat Kilau

2. Selasa

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Rentap

2. Rumah Sukan Dol Said

3. Rabu (Hari Kokum)

2.30- 6.00 pm

1. Rumah Sukan Mat Salleh

2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman

4. Khamis

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Naning

2. Rumah Sukan Antanom

5. Jumaat

2.00-5.30 pm

1. Rumah Sukan Mat Kilau

2. Rumah Sukan Dol Said

3. Rumah Sukan Rentap

Kesimpulan

Bahasa Melayu dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu telah berjaya diseragamkan ejaan

dan mengangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan. Dalam tugasan ini, kita

36

Page 37: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

telah mengetahui bagaimana system ejaan Bahasa Melayu lebih teratur, terutama dari

segi keselarsan huruf vokal. Kita juga sudah mengetahui bahawa sesuatu perkataan

hanya akan wujud dalam pola keselarasan huruf vokal jika menepati tiga syarat iaitu,

keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah

berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata dasar yang mengandungi lebih

daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah

dua suku kata yang terakhir sahaja. Syarat-syarat ini melengkapi definisi keselarasan

huruf vokal yang bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku

kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir

dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup. Bagi tugasan soalan 2, saya sudah

mengalami sendiri pengalaman menulis minit mesyuarat buat pertama kalinya.

Ringkasnya, minit mesyuarat ialah suatu bentuk rekod komunikasi bertulis dua hala

antara sekumpulan individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan

menyelesaikan perkara penting. Ianya ditulis oleh individu yang dipanggil setiausaha.

Dalam minit mesyuarat, selain definisinya, kita juga belajar tentang jenis-jenis

mesyuarat, cirri minit mesyuarat, unsur dan format minit mesyuarat.

Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim..

37

Page 38: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Syukur pada Illahi kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini tanpa

sebarang kekangan dan permasalahan.

Terima kasih pada rakan-rakan sekelas kerana memberi kerjasama yang baik

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana tidak jemu memberi bantuan dan

penerangan. Terima kasih juga pada rakan-rakan lain yang sudi meminjamkan bahan

sebagai rujukan kepada saya walaupun dari berlainan kelas.

Bukan mudah hendak mudah, bukan senang hendak senang. Tanpa usaha tiada hasil

akan tercapai. Sememangnya banyak tugasan yang diberi sepanjang bulan ini. Apa

yang paling penting ialah bagaimana mengatur masa. Saya siapkan separuh-separuh

semua tugasan yang diberi. Selebihnya, saya melihat pada tarikh tugasan dihantar.

Mana yang dahulu, saya dahulukan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

maka jangan bagi alasan. Atas prinsip inilah tugasan ini mampu diselesaikan.

Melasanakan tugasan ini mmberikan saya pelbagai input tambahan tentang apa itu pola

keselarasan vokal dan minit mesyuarat. Inilah pengalaman kali pertama saya menulis

minit mesyuarat. Sebagai seorang bakal guru, bagi saya tugasan ini amat membantu

bahkan rasanya bukan sahaja untuk saya malah rakan- rakan lain juga kerana banyak

maklumat baru yang amat berguna dapat ketahui dan diperolehi tuntasnya dalam

menguasai dan meluaskan ilmu pengetahuan tentang Bahasa Melayu apatah lagi saya

dalam subjek minor Bahasa Melayu.

Pada saya, tugasan ini memerlukan ketelitian dan tanggungjawab yang ketat.

Bukan mudah memahami dalam sehari apabila terlalu banyak subjek lain juga yang

perlu dipelajari. Semoga usaha saya ini berbaloi dengan apa yang saya lakukan

sepanjang tempoh membuat tugasan ini dari mencari petikan, bahan rujukan,

memahami, menganalisis hingga akhirnya sempurna tugasan saya ini.

Rujukan

Buku

1. Dewan Siswa, Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Mac 2008.

38

Page 39: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

2. Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsudin, Ace Ahead Bahasa Malaysia 1 & 2

Terbitan : Oxford Fajar Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2008.

3. Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 untuk PPISMP

Terbitan : Oxford Fajar Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2008.

4. Wee Eng Hoe, Siri Pendidikan Perguruan Panduan Pengajaran Olahraga

Terbitan : Karisma Publications Sdn.Bhd, Cetakan Pertama 2002.

Laman Web

1. TheFreeDictionary by Farlex

Medical dictionary :

http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

2. Wikipedia encyclopedia:

http://encyclopedia.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

3. Legal dictionary:

http://legal-dictionary.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

39

Page 40: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

Penghargaan…………………………………………………1

Pengenalan…………………………………………………...2

Soalan 1 : Analisis Pola Keselarasan Huruf Vokal…..….3

Soalan 2 : Penulisan Minit Mesyuarat……………………15

Kesimpulan…………………………………………………..36

Refleksi……….………………………………………………37

Rujukan………………………………………………………..38

Lampiran…………………………………………………......39

40

Page 41: Analisis Sistem Keselarasan Vokal

41