Analisis Teks

20
1.0 PENGENALAN Analsis teks dilakukan terhadap rencana yang diambil daripada majalah Millenia Musim keluaran pada Julai 2009 yang bertajuk Ulama dan Aktiviti Penulisan ditulis oleh Zil Amri. 2.0 ANALISIS PEMILIHAN DIKSI Diksi merupakan kata-kata yang digunakan dalam membuat sesebuah karangan, pemilihan diksi yang berkesan dapat menjadikan sesebuah penulisan berkualiti dan bermutu. Analisis diksi adalah bertujuan melihat ciri-ciri, fungsi, tindak balas, proses dan juga kompenen sesuatu perkara yang diperhatikan secara terpisah tetapi mempunyai hubungan dalam bentuk satuan yang lebih berkesan. Diksi terbahagi kepada dua bahagian iaitu diksi local colour dan diksi non local colour. Diksi local colour ialah diksi setempat dan diksi non local colour ialah diksi tidak setempat. 2.1 Diksi pewarnaan setempat Diksi pewarnaan setempat menggunakan perkataan yang hanya difahami oleh masyarakat setempatnya sahaja. Antaranya seperti penggunaan diksi bahasa daerah, diksi lokasi dan diksi budaya. Contoh ayat yang menggunakan diksi pewarnaan setempat dalam teks ini ialah: “Tok Kenali, ulama yang terkenal di Kelantan adalah ketua pengarang kehormat.“Al-Farghani dengan bukunya ‘Element of astronomy dan Conpendium’ juga digunakan di Eropah selama beberapa kurun.” “...penulisan pada zaman dulu mungkin hanya menggunakan pena dakwat celup, belulang menggantikan kertas... ” Pengarang menggunakan diksi lokasi untuk menggambarkan latar tempat bagi memberi kesan kepada pembaca tentang keadaan tempat yang ingin diceritakan. 1

Transcript of Analisis Teks

Page 1: Analisis Teks

1.0 PENGENALAN

Analsis teks dilakukan terhadap rencana yang diambil daripada majalah Millenia Musim

keluaran pada Julai 2009 yang bertajuk “Ulama dan Aktiviti Penulisan” ditulis oleh Zil Amri.

2.0 ANALISIS PEMILIHAN DIKSI

Diksi merupakan kata-kata yang digunakan dalam membuat sesebuah karangan, pemilihan

diksi yang berkesan dapat menjadikan sesebuah penulisan berkualiti dan bermutu. Analisis

diksi adalah bertujuan melihat ciri-ciri, fungsi, tindak balas, proses dan juga kompenen

sesuatu perkara yang diperhatikan secara terpisah tetapi mempunyai hubungan dalam

bentuk satuan yang lebih berkesan.

Diksi terbahagi kepada dua bahagian iaitu diksi local colour dan diksi non local

colour. Diksi local colour ialah diksi setempat dan diksi non local colour ialah diksi tidak

setempat.

2.1 Diksi pewarnaan setempat

Diksi pewarnaan setempat menggunakan perkataan yang hanya difahami oleh masyarakat

setempatnya sahaja. Antaranya seperti penggunaan diksi bahasa daerah, diksi lokasi dan

diksi budaya. Contoh ayat yang menggunakan diksi pewarnaan setempat dalam teks ini

ialah:

“Tok Kenali, ulama yang terkenal di Kelantan adalah ketua pengarang kehormat.”

“Al-Farghani dengan bukunya ‘Element of astronomy dan Conpendium’ juga

digunakan di Eropah selama beberapa kurun.”

“...penulisan pada zaman dulu mungkin hanya menggunakan pena dakwat celup,

belulang menggantikan kertas... ”

Pengarang menggunakan diksi lokasi untuk menggambarkan latar tempat bagi

memberi kesan kepada pembaca tentang keadaan tempat yang ingin diceritakan.

1

Page 2: Analisis Teks

2.2 Diksi bukan pewarnaan setempat

Diksi jenis ini merupakan pemilihan ayat yang mudah difahami oleh semua mayarakat.

Antaranya ialah kata ganda, kata majmuk, kata arakaik, kata pinjaman, kata penegas,

singkatan dan bahasa ibadah.

1) Kata ganda

Penggandaan juga disebut reduplication satu proses morfologi yang menerbitkan kata

dengan cara mengulang sama ada sebahagian atau keseluruhan eleman kata dasar

(Zaharani Ahmad, 2007:26). Contoh kata ganda dalam teks ini ialah ciptaan-ciptaan, kitab-

kitab, tebal-tebal, universiti-universiti, dan bidang-bidang.

“...sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-ulama yang banyak

mewariskan ilmunya berupa kitab-kitab yang ditulis tanpa....”

“...digunakan hingga kurun ke-16 di universiti-universiti.”

“...ulama-ulama berkenaan dapat mengarang begitu banyak kitab yang tebal-tebal

kerana mendapat....”

Berdasarkan analisis ini penulis telah menggunakan kata ganda, kerana kata ganda dapat

memberi maksud yang jamak kepada sesuatu benda. Seperti yang digunakan dalam

karangan ini, kata ganda ulama-ulama dapat menunjukkan bahawa ramai ulama yang

dimaksudkan.

2) Kata arkaik

Bermaksud penggunaan perkataan klasik oleh pengarang dalam karangannya dan biasanya

di awal ayat. Jenis kata ini digunakan untuk mengindahkan lagi sesebuah penulisan.

Penggunaan kata arkaik ini telah tidak digunakan lagi bagi sesetengah pengarang.

Contoh kata:

“...hakikatnya karamah mereka dalam menghasilkan buku-buku yang begitu besar

dan hebat lagi...”

2

Page 3: Analisis Teks

3) Kata penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan

pada bahadian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas termasuklah patikel –kah, -tah,

dan -lah. Begitu juga dengan penggunaan kata juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang.

(Nik Safiah Karim et.al. 2004: 249)

Contohnya:

“...mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal...”

“Peribadi agung ini hanyalah sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-

ulama....”

“...buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hebat lagi kerana hasil...”

4) Penanda wacana

Penanda wacana digunakan bagi mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara

bahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Seperti penggunaan kata

tapi, dan, dan yang.

Contoh kata:

“...dari segi kuantiti buku yang ditulis, tetapi juga kualiti kandungan ilmu

didalamnya...”

“Antara kitab beliau yang masyhur dan masih diajar di masjid-masjid adalah Bahr Al-

Maadzi (22 jilid). ”

5) Kata pinjaman

Penulis menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris, dan Cina dalam

penulisannya sama ada berupa konsep atau istilah. Petikan dari teks:

“adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.”

Istilah mujahadah yang berasal dari bahasa Arab yang bermaksud perang atau perjuangan

untuk mempertahankan agama Islam.(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)

3

Page 4: Analisis Teks

3.0 ANALISIS NARATIF

Analisis naratif bermaksud melihat ciri-ciri komponen sesuatu perkara yang diperhatikan

secara terpisah tetapi menghubungkan dan membentuk satuan dalam satu ayat serta

perenggan demi perenggan. Penghasilan naratif dalam sesebuah penulisan akan

mempelbagaikan teknik dan mengindahkan sesebuah hasil penulisan. Sesuatu teknik ini

dicipta dan diterapkan oleh pengarang mempunyai tujuannya yang tersendiri dalam

pergerakan cerita. Antara strategi naratif termasuklah pemerian, laporan, dan humor.

3.1 Teknik Penceritaan

Teknik penceritaan ialah kaedah atau cara yang dipilih oleh pencerita atau penulis untuk

membina atau menyampaikan sesuatu cerita agar cerita atau kisah yang dikemukakannya

itu menarik dan tidak membosankan pendengar atau penonton atau pembaca. Antaranya,

strategi dialog, monolog dan pemerian (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2007: 145). Dalam

rencana ini didapati pengarang telah menggunakan teknik biografi. Teknik ini digunakan bagi

menyampaikan kepada pembaca tentang siapa, apa, di mana, serta mengapa sesuatu

kejadian itu berlaku. Contohnya:

“Hafiz Firdaus (hafizfirdaus.com) seorang juru terbang juga giat menulis buku dan

artiukel dimajalah-majalah. Sekalipun tidak pernah mendapat pendidikan agama secara

formal...”

“Dr. Asy-Syaikh Muhd Idris Al-Marbawiy (1893-1989) adalah tokoh pertama yang

mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah. Beliau mengarang...”

3.2 Teknik pemerian

Teknik ini berbentuk penjelasan atau huraian berkenaan sesuatu perkara yang bertujuan

memberikan maklumat kepada pembaca. Contoh ayat:

“Pada zaman ini penuh dengan pelbagai aktiviti ilmiah. Membaca, menulis kertas

kerja, mengarang buku, mengajar di masjid memberi syarahan di pentas politik...”

“Penanda aras kepada kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam

adalah dengan terhasilnya ciptaan-ciptaan, bangunan-bangunan dan yang paling utama

adalah banyaknya kitab-kitab yang ditulis oleh ulama dan ilmuan pada masa itu”

4

Page 5: Analisis Teks

Ayat di atas menunjukkan penulis melukiskan latar, peristiwa, masa dan perincian sesuatu

maklumat.

3.3 Teknik Laporan

Teknik ini lebih ke arah memberi laporan atau maklumat yang berguna kepada pembaca.

Contoh dalam teks:

“Al-Razi (Abu Bakar Muhammad Al-Razi) menulis kira-kira 200 buah buku dalam

bidang yang berbeza terutamanya dalam bidang ilmu kimia. Imam As-Syafie menulis

melebihi 100 buah buku termasuklah Al-Rasalah, Kitab Al-Umm dan Musnad Ash-Syafi’i”

3.4 Teknik Pengkelasan

Teknik ini memberikan kelas atau bahagian sesuatu perkara yang berhubungkait.

“Dari sudut kuantiti, Imam Sayuti (849H) umpamanya menulis sehingga 500 buah

buku sepanjang...”

3.5 Teknik Perbandingan

Bermaksud penulis membuat perbandingan dengan kenyataan sebelumnya sama ada

perkara itu lebih baik atau sebaliknya. Contoh dalam teks:

“...amat prolifik dan produktif serta ‘jauh panggang dari apa’ untuk dibandingkan

dengan ulama...”

Penulis berjaya mempelbagaikan teknik penulisannya bagi mecantikkan lagi

karangan itu sesuai dengan percerakan cerita. Secara langsung dapat menarik minta

pembaca untuk terus menelaah. Teknik-teknik ini juga adalah jenis-jenis perenggan.

5

Page 6: Analisis Teks

4.0 ANALISIS STRATEGI SKEMA DAN MAJAZ

4.1 Strategi Skema

Strategi skema adalah penggunaaan kata dan bahasa yang mudah difahami. Pembacaan

sekali membolehkan pembaca memahami kandungan sesebuah teks. Terdapat lima jenis

skema ini iaitu skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman,

dan skema hiperbaton. Setiap jenis skema tersebut terdapat beberapa pecahan.

4.1.1 Skema Seimbang

Skema seimbang merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan

secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga strategi

dalam skema ini iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon.

i) Paralelisme

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1140), paralelisme adalah pembentukan

rangkap (ayat) yang seimbang dengan satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian

lainnya (bukan puisi). Contoh ayat:

“Beliau bukan saja menyiapkan Tafsir Fi Zilalil Quran sewaktu berada dipenjara,

menulis pelbagai buku falsafah (tasawuf moden dan seumpamanya), sejarah (sejarah Umat

Islam, sejarah Islam Di Sumatera) dan puluhan buku-buku agama...”

4.1.2 Skema Perulangan

Skema pengulangan ialah skema yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku

kata, kata, frasa atau bahagian yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan

memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Pengulangan ini juga bagi

menghasilkan kesan makna, nada, dan bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Antara

jenis skema ini termasuklah, anafora, epistrop, aliterasi, abadiplosis, asindeton dan banyak

lagi. Contoh skema perulangan yang terdapat dalam rencana ini termasuklah:

i) Asonansi

Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam sukukata-sukukata yang diberi. Penekanan

pada kata-kata yang bersebelahan.Contoh ayat:

6

Page 7: Analisis Teks

“Beliau juga tidak meletakkan hak cipta terhadap kitab-kitab beliau.” (Pengulangan

vokal ‘a’)

ii) Aliterasi

Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata-kata yang

bersebalahan. Contoh ayat:

“Pertanyaan sedemikian bukannya untuk memperkecilkan tahap keilmuan yang ada

pada ulama-ulama rantau ini...” (Pengulangan konsonan ‘n’)

4.1.3 Skema pengguguran

Skema pengguguran adalah proses pengguguran kata hubung. Penggunaan kata hubung

yang melebihi kebiasaan. Bertujuan memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya

bahasa dalam sesebuah penulisan karangan. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu elipsis,

asindeton dan polisindeton.

i) Elipsis

Pengguguran kata atau kata-kata yang memenuhi bentuk kalimat berdasarkan tatabahasa

(Henry Guntur Tarigan, 1985:138)Contohnya:

“Mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal dibidang agama, namun

tulisan, pandangan dan idea mereka turut diikuti.... ”

ii) Asindeton

Merupakan penggunaan kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Contoh yang

terdapat dalam rencana tersebut adalah:

“...golongan yang berilmu sepatutnya lebih ke hadapan dalam aktiviti penyebaran

ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan ilmu... ”

Pengguguran kata ‘dan’ menyebabkan ayat mengelirukan pembaca. Ayat sepatutnya,

“...ilmu pengetahuan dan bukan sekadar...”

7

Page 8: Analisis Teks

4.1.4 Skema ragaman

Bermaksud memanipulasi kata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penyusunan serta

kesannya.

i) Abstrak-konkrit

Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiaannya berbentuk abstrak atau ghaib

pada pada bahagian awal ayat dengan kata atau frasa yang bermaksud konkrit atau bukan

ghaib pada frasa berikutnya.

Contoh ayat:

“...kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam adalah dengan

terhasilnya ciptaan-ciptaan, bangunan-bangunan dana paling utama adalah kitab-kitab yang

ditulis...”

ii) Konkrit-abstrak

Merupakan gandingan di antara kata dan frasa yang pengertiannya berbentuk konkrit di

awal pengetiannya dan diikuti dengan frasa atau kata yang bersifat abstrak.

Contoh ayat:

“...menghasilkan buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hedat lagi kerana

‘buah tangan’ mereka yang berusia ribuan tahun...”

iii) Enumerasi

Strategi ini digunakan untuk menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum

menerangkan sesuatu itu dengan lebih lanjut. Strategi ini digunakan bagi mendefinisikan

sesuatu kata ata frasa dan lazimnya berada diawal perenggan.

Contoh strategi enumerasi dalam rencana:

“...ulama Islam adalah seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di bidang

keagamaan serta mendapat pendidikan agama secara formal sama ada di sekolah-sekolah

pondok atau universiti.”

8

Page 9: Analisis Teks

4.2 Strategi Majaz

Pemindahan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat didapati dengan adanya

petunjuk. Penggunakan majaz dalam penulisan menyukarkan pemahaman pembaca dan

menuntut pembaca membaca berkali-kali. Frasa atau kata yang digunakan mengandungi

makna yang tersirat. Stratergi majaz terbahagi kepada beberapa cabang iaitu majaz

pertautan, majaz ragaman, majaz perbandingan, majaz pertentangan dan majaz Melayu.

4.2.1 Majaz pertautan

Bermaksud mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain

seperti sesuatu frasa ditautkan dengan frasa yang lain dengan menggunakan nama ciri dan

pelbagai lagi. Majaz pertautan boleh bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan. Antara

majaz pertautan ialah periprasis, sinekdot, alusi, eufemisme, disfemisme, pleonasme, dan

metonimi.

i) Alusi

Merujuk kepada peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos atau karya

sastera yang terkenal. Dalam rencana ini, penulis banyak menggunakan majaz jenis alusi.

Contohnya;

“Al-Razi (Abu bakar Muhammad Al-Razi) menulis kita-kira 200 buah buku dalam

bidang yang berbeza terutamanya dalam bidang ilmu kimia. Imam As-Syafi’i menulis

melebihi 100 buah buku termasuklah Al-Rasalah, Kitab Al-Umm dan Musnad Ash-Syafi’i. ”

“Pada zaman dahulu hanya menggunakan pena dakwat celup, belulang

menggantikan kerta, suasana yang malap di bawah cahaya pelita...”

4.2.2 Majaz perbandingan

Merupakan bentuk bahasa yang perbandingan yang indah yang digunakan untuk

menambahkan kesan dan kemaknaan tertentu dengan cara membandingkan sesuatu

perkara dengan perkara lain (Nik Hassan Basri Ab. Kadir , 2005a:343). Antara majaz

perbandingan ialah metafora, personifikasi, simile dan imejan.

9

Page 10: Analisis Teks

i) Metafora

Merupakan gaya bahasa perbandingan yang paling singkat, padat dan tersusun rapi. (Henry

Guntur Tarigan, 1985:15) . Contoh penggunaan metafora dalam rencana ini:

“...pohon ilmu yang disemai sejak dari zaman nabi hidup subur dan berbuah dengan

lebatnya.

“...lebih besar dan hebat lagi kerana hasil buah tangan mereka yang berusia ribuan

tahun...”

ii) Personifikasi

Personifikasi adalah penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat

manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang

yang tidak bernyawa, atau idea yang bastrak. Contoh personifikasi yang terdapat dalam

rencana tersebut ialah:

“...kesibukan harian dan kepelbagaian tugasan menghambat mereka daripada

aktiviti menulis.”

“...proses yang menyulitkan dalam dalam usaha melahirkan sebuah kitab.”

iii) Simile

Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus, iaitu membandingkan

dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama.

Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan

dengan menggunakan kata ‘seperti’, ‘laksana’, ‘bagai’, ‘umpama’, ‘bak’, ‘macam’ dan

sebagainya (Nik Hassan Basri Ab. Kadir, 2005a:378). Contoh simile yang terdapat dalam

rencana adalah seperti yang berikut:

“...karamah yang pelik-pelik seperti berjalan di atas air...”

10

Page 11: Analisis Teks

4.2.3 Majaz pertentangan

Merupakan bentuk bahasa menggunakan frasa atau kata yang mengemukakan makna

bertentangan dengan makna yang sebenarnya. Antara majaz pertentangan termasuklah

hiperbola, ironi, oksimoron, litotes, paradoks, inversi, hipalase, antifrasis dan sebagainya.

i) Hiperbola

Merupakan penggunaan istilah yang membesarkan dengan tujuan penekanan. Contoh:

“menghasilkan buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hebat lagi kerana ”

hasil ‘buah tangan’ mereka yang berusia ribuan tahun masih boleh dibaca sehingga ke

zaman ini”

“...tanpa termeterai padanya ungkapan keramat ‘Hak Cipta Terpelihara.’

ii) Litotes

Majaz yang di dalam pengungkapannya menyatakan sesatu yang positif dengan bentuk

yang bertentangan (Henry Guntur Tarigan,1985:58)

Contoh:

“Tok Kenali antara yang terkenal di Kelantan...Tok Kenali sendiri bukanlah seorang

penulis yang hebat dan hanya diketahui pernah menterjemah kitab-kitab Arab ke Bahasa

Melayu...”

4.2.4 Majaz Ragaman

Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna.

Terdiri daripada simetri, onomatopia, antimeria, akslamasi dan sebagainya.

i) Antimeria

Bermaksud penggantian golongan kata dengan golongan kata yang lain.

Contohnya:

“...proses yang menyulitkan dalam melahirkan sebuah kitab.

11

Page 12: Analisis Teks

“...kepelbagaian tugasan menghambat mereka...”

Didapati Zil Amri banyak memasukkan unsur skema dan majaz dalam karangannya dan

menjadikan rencana ini manarik untuk dibaca.

5.0 ANALISIS PENGGUNAAN AYAT

Keberkesanan sesuatu penulisan itu dikatakan berkesan apabila buah fikiran atau informasi

sampai sepenuhnya kepada pembaca dengan jelas dan tepat. Penggunaan ayat berperanan

penting dalam menghasilkan penulisan yang berkesan. Ayat yang berkesan mempunyai ciri-

ciri seperti berikut:

Kesatuan dan kepaduan ayat

Kesejajaran bentuk dalam ayat

Kepelbagaian ayat

Penekanan dalan ayat

Logik dalam berbahasa

Kehematan dalam ayat

Kemurniaan dalam ayat

5.1 Kesatuan dan Kepaduan Ayat

Kesatuan ayat berlaku dengan adanya kesatuan idea menggunakan ayat yang padu dan

jelas. Menitikberatkan aspek kesempurnaan struktur bahasa yang digunakan dalam

mendukung sesuatu idea atau konsep. Dalam membentuk ayat harus ada hubungan timbal

balik yang baik seperti hubungan subjek dan predikat. Contoh ayat kesatuan dan kepaduan

dalam teks adalah:

“Ramai ulama yang boleh mengajar di masjid atau menjadi ahli panel di pelbagai

majlis ilmu...”

5.2 Kesejajaran Bentuk Dalam Ayat

Bermaksud kesamaan menggunakan kata atau frasa dalam binaan ayat. Kata atau frasa

yang setaraf diletakkan dalam susunan yang sejajar bagi menyatakan idea secara tepat dan

berkesan. Kesejajaran bentuk kata dalam ayat dapat menghasilkan ayat yang lebih menarik

dan lebih berkesan. Contoh daripada teks:

12

Page 13: Analisis Teks

“Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid,

memberi syarahan dipentas politik..”

5.3 Kepelbagaian Ayat

Kepelbagaian ayat dapat dilihat daripada keseluruhan sesebuah penulisan. Kepelbagaian

ayat termasuklah ayat yang dimulakan dengan subjek, ada yang bermula dengan prediket

atau dengan keterangan. Ada ayat pendek dan ayat panjang. Karangan boleh menjadi kaku

sekiranya tiada kepelbagaian ayat. Contoh ayat yang menggunakan kepelbagaian ayat

daripada teks adalah:

“Terdapat ulama yang terlibat dengan politik, mengajar di sekolah, terlibat dengan

perniagaan atau aktiviti kemasyarakatan, malah ada juga...”

Ayat di atas mengungkapkan gagasan yang agak kompleks melalui ayat yang panjang, iaitu

ayat majmuk campuran, walupun begitu ayat tersebut adalah jelas.

5.4 Logik Dalam Berbahasa

Logik berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas.

Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna yang sesuai

dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna. Contoh ayat logik dalam berbahasa.

a) “..penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan secara lisan

di masjid-masjid, tetapi mempelbagaikan lagi aktiviti penyampaian...”

b) “Hakikatnya bukan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh ulama tanah air,

namun tidak banyak yang mencapai tahap kesarjanaan...”

Ayat (b) mempunyai perhubungan fakta yang logik tetapi penggunaan kata yang tidak

sesuai. Sepatutnya,

“...oleh ulama tanah air, tetapi tidak banyak yang mencapai...”

13

Page 14: Analisis Teks

5.5 Kemurniaan Dalam Ayat

Kemurniaan ayat ialah menjaga keaslian struktur ayat. Pengaruh sintaksis bahasa asing

harus dielakkan untuk mencapai kemurniaan dalam ayat. Contoh struktur ayat yang

terpengaruh dengan sintaksis bahasa Inggeris :

“Ibnu Sina menulis sehingga 450 buah buku yang mana sebahagian besarnya...”

(frasa ‘yang mana’ tidak gramatis)

“Dibandingkan sekarang di mana komputer dan internet memudahkan segalanya...”

(penggunaan kata tanya ‘di mana’ yang tidak diperlukan)

6.0 ANALISIS PERENGGAN UTAMA DAN JENIS-JENISNYA

6.1 Perenggan Permulaan

Perenggan permulaan adalah pengenalan yang amat penting. Perenggan ini akan

mengutarakan aspek pokok persoalan sebagai gambaran awal pada pembaca. Perenggan

permulaan harus dapat menarik minta minat pembaca untuk terus menelaah karangan.

Teknik perenggan permulaan yang digunakan dalam teks yang dikaji adalah teknik

pertanyaan seperti di bawah:

“Siapakah yang digelar ulama? Sekalipun pelbagai pendapat berhubung takrif ulama

yang sebenar, namun pendapat yang diguna pakai masyarakat awam...”

6.2 Perenggan Pengembang

Perenggan ini sebagai kesinambungan perenggan permulaan yang akan mejelaskan pokok

perbincangan. Perenggan ini akan mengemukakan inti persoalan, memberi ilustrasi dan

contoh, menjelaskan isu dan juga mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan.

Terdapat banyak jenis perenggan yang digunakan oleh penulis dalam karangan ini.

Antaranya, jenis perbandingan, percontohan, analisis, soalan-jawapan dan urutan waktu.

Jenis-jenis ini berkaitan dengan analisi naratif seperti di atas. Petikan dari teks:

“Namun dalam semua aktiviti ilmiah, menulis adalah suatu aktiviti yang boleh

dikatakan paling mencabar keilmuan... ” (Jenis pentakrifan)

14

Page 15: Analisis Teks

“...Selain itu, ramai lagi penulis blog bertemakan Islam yang dapat di layari di internet

yang bukan saja ditulis oleh kalangan ulama” (landasan bagi kesimpulan)

6.3 Perenggan Penutup

Merupakan kesimpulan bagi seluruh isi kandungan. Penulis teks ini membuat kesimpulan

yang tidak terlalu panjang tetapi dapat mencerminkan seluruh isi kandungan dan memberi

kesan kepada pembaca.

“Para ulama sebagai golongan yang berilmu sepatutnya lebih ke hadapan dalam

aktiviti penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan secara lisan di masjid-

masjid...”

Dalam penganalisisan perenggan dan jenis-jenisnya penulis telah

menghubungkaitkan perenggan permulaan, pengembangan dan penutup.

7.0 ANALISIS BAHASA MELAYU TINGGI

Menganalisis penggunaan bahasa Melayu tinggi yang memfokuskan kepada pemilihan kosa

kata, penggunaan ayat dan laras bahasa yang digunakan oleh penulis dalam teksnya.

7.1 Pemilihan Kata Penghubung

Dapat memakai kata penghubung yang berpasangan dengan tepat seperti

‘tidak....melainkan’, ‘bukan...tetapi’, ‘tidak...tetapi’, ‘bukan...melainkan’, dan ’baik...ataupun’.

Contoh penggunaan kata penghubung yang salah dalam teks ini:

“Hakikatnya bukan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh ulama tanah air, namun

tidak banyak yang...” (Sepatutnya, bukan...tetapi...)

“...bukannya untuk memperkecilkan tahap keilmuan yang ada pada ulama-ulama

rantaui ni, namun sekadar suatu cabaran...(Sepatutnya, bukannya... melainkan)

Didapati penulis cenderung menggunakan kata hubung ‘namun’ dan tidak bersesuaian

dengan pasangannya menyebabkan ayat tersebut tidak gramatis.

15

Page 16: Analisis Teks

7.2 Pemilihan Kata Sendi Nama (KSN)

KSN ialah kata yang hadir di hadapan kata atau frasa nama. KSN dalam bahasa Melayu

agak banyak. Antaranya, di, daripada, untuk, kepada, pada, seperti, demi, tentang dan dari.

KSN ini mendukung tugas tertentu.

Contoh penggunaan KSN yang salah dalam teks ini:

“Di kalangan ulama-ulama nusantara, ulama dari Pattani, Palembang...”

(Sepatutnya, Dalam kalangan..). KSN ‘di’ adalah untuk menyatakan tempat.

“...tidak mendapat pendidikan formal di bidang agama..”

(Sepatutnya, ...dalam bidang..). KSN ‘dalam’ untuk maksud lingkungan yang tidak

mempunyai ruang seperti fikiran, suasana, peristiwa dan bidang.

“...adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.”

(Sepatutnya, ...daripada ulama-ulama...) KSN ‘dari’ adalah untuk menyatakan tempat,

masa atau waktu. Manakala KSN ‘daripada’ untuk menyatakan punca dan asal sesuatu.

“Selain itu, ramai lagi penulis blog bertemakan Islam yang dapat di layari di internet

yang bukan...”

(Sepatutnya, ....dilayari diinternet... ) Penggunaan KSN ‘di’ yang tidak merujuk kepada

tempat dan arah dirapatkan.

“Penanda aras kepada kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam

adalah dengan...”

(Sepatutnya, kegemilangan ilmu pada zaman kemuncak...) Penggunaan KSN ‘di’ adalah

untuk menyatakan tempat.

Didapati penulis banyak membuat kesalahan pemilihan KSN yang tidak bersesuai

dengan fungsi KSN.

16

Page 17: Analisis Teks

8.0 ANALISIS AYAT TESIS DAN AYAT TOPIK

8.1 Ayat Tesis Dalam Teks

Merupakan idea inti dalam penulisan dan ia menjadi asas perkembangan penulisan.

Penulisn mestilah tertumpu pada tesis untuk mewujudkan kesatuan (Mohd. Sidin Ahmad

Ishak, 1992:102) . Ayat tesis adalah ayat topik. Ayat tesis dalam teks ini adalah:

“Namun adalah semua aktiviti berkenaan, menulis adalah suatu aktiviti yang boleh

dikatakan paling mencabar keilmuan seorang ulama. Ramai ulama...”

8.2 Ayat Topik/ ayat fokus

Tema atau inti utama dalam sesuatu perenggan dan setiap perenggan mempunyai ayat

topik.

“Kehebatan ulama terdahulu dalam bidang penulisan bukan saja dari segi kuantiti

buku yang ditulis, tetapi juga kualiti kandungan ilmu di dalamnya sehinggakan kitab-kitab

mereka diterjemahkan... ”

8.3 Binaan Perenggan

8.3.1 Perenggan Deduktif Mudah

Bermula dengan ayat topik dan menuju kepada ayat penyangga, idea sokongan, bembukaan

dan contoh.

“Pada zaman ini penuh dengan pelbagai aktiviti ilmiah. (Ayat Topik)

Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid memberi

syarahan di pentas politik, menghadiri program diskusi dan wacana ilmu, menjadi

ahli panel forum dan menghadiri pelbagai lagi program ilmiah. (Ayat sokongan)”

17

Page 18: Analisis Teks

8.3.2 Perenggan Induktif Mudah

Diawali dengan idea-idea sokongan dan diakhiri dengan pernyataan umum.

“Peribadi agung ini hanyalah sebahagian kecil daripada senarai panjang

ulama-ulama yang banyak mewariskan.... (Ayat sokongan). Ternyata ulama-ulama

berkenaan amat prolifik dan poduktif serta jauh...(Ayat topik)”

8.3.3 Perenggan Deduktif Kompleks

Terhasil daripada gabungan deduktif-induktif.

“ Ada yang berpendapat ulama sekarang mempunyai pelbagai aktiviti yang lebih

daripada sekadar mengajar di pondok semata-mata (Ayat topik). Terdapat ulama yang

terlibat dengan politik, mengajar disekolah, terlibat dengan perniagaan atau aktiviti

kemasyarakatan (Ayat penyangga utama). Malah ada juga menduduki tangga korporat.

(Penyangga kecil). Justeru kesibukan harian dan kepelbagaian tugasan menghambat

mereka daripada aktiviti menulis. (Ayat Topik) ”

Didapati penulis telah menyusun unit-unit idea secara tersusun dengan lebih lancar

dan jelas.

18

Page 19: Analisis Teks

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, teks “Ulama dan Aktiviti Penulisan” merupakan satu karangan yang

mengandungi kepelbagaian gaya bahasa sebagai tarikan pembaca untuk terus menelaah.

Penulis telah memilih kata yang yang baik dan dapat menyampaikan maksud sebenar

pembaca. Penggunaan pelbagai diksi dalam rencana ini dapat mewujudkan pelbagai

anyaman bahasa dan mengindahkan sesuatu penulisan. Tetapi, penulis banyak melakukan

kesalahan tatabahasa terutama dari segi penggunaan kata sendi nama.

Dari segi pemerengganan, penulis menggunakan teknik pemerengganan yang

pelbagai dan tidak mendatar seperti teknik pemerian, teknik pertanyaan dan banyak lagi.

Perenggan juga saling berhubung kait antara satu perenggan dengan perenggan seterusnya

dan tidak panjang. Setiap perenggan juga dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan

pembaca dapat merasakan semua ayat yang dibina dalam perenggan itu merupakan

perkembangan yang berkesan kepada kenyataan yang dikemukakan.

19