ANALISIS VOLUM UNTUNG

19
BAB ANALISIS VOLUM UNTUNG 1. Pengenalan: Definasi Analisis kos volum untung ialah satu kaedah atau alat yang digunakan dalam perakaunan pengurusan untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan jangka pendek. CIMA mendefinasikan analisis kos volum untung sebagai satu kaedah yang sistematik dalam menerangkan hubungan antara perubahan volum (output) dengan perubahan jumlah jualan, perbelanjaan dan untung. Analisis kos volum untung juga dikenali sebagai analisi pulang modal. 2. Analisis Kos Volum Untung 1. Tujuannya adalah untuk perancangan dan membuat keputusan. Ia melibatkan pemilihan satu alternatif daripada beberapa alternatif yang ada. 2. Analisis titik pulang modal merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengkaji perhubungan antara kos, volum dan untung. 3. Ia menunjukkan kesan setiap perubahan polisi terhadap harga jualan dan strategi yang dipilih 4. Tabiat kos terhadap volum pengeluaran melibatkan :- (a) Kos Tetap – yang tidak dipengaruhi oleh volum pengeluaran (b) Kos Berubah – kos yang berubah mengikut volum pengeluaran 5. Konsep analisis volum untung adalah penting kepada pihak pengurusan kerana ia menunjukkan volum minimum yang hendak dikeluarkan oleh syarikat tanpa mengalami sebarang kerugian. 6. Kos pengeluaran mestilah dipecah kepada komponen tetap dan berubah dengan menggunakan kaedah:- (a) Kaedah titik tinggi – rendah (b) Kaedah graf ( c) Kaedah persamaan 7. Andaian-andaian titik pulang modal adalah seperti berikut:- (a) Semua kos dibahagi kepada 2 komponen iaitu kos tetap dan berubah. 1

Transcript of ANALISIS VOLUM UNTUNG

Page 1: ANALISIS VOLUM UNTUNG

BAB ANALISIS VOLUM UNTUNG

1. Pengenalan: Definasi

Analisis kos volum untung ialah satu kaedah atau alat yang digunakan dalam perakaunan pengurusan untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan jangka pendek. CIMA mendefinasikan analisis kos volum untung sebagai satu kaedah yang sistematik dalam menerangkan hubungan antara perubahan volum (output) dengan perubahan jumlah jualan, perbelanjaan dan untung. Analisis kos volum untung juga dikenali sebagai analisi pulang modal.

2. Analisis Kos Volum Untung

1. Tujuannya adalah untuk perancangan dan membuat keputusan. Ia melibatkan pemilihan satu alternatif daripada beberapa alternatif yang ada.

2. Analisis titik pulang modal merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengkaji perhubungan antara kos, volum dan untung.

3. Ia menunjukkan kesan setiap perubahan polisi terhadap harga jualan dan strategi yang dipilih

4. Tabiat kos terhadap volum pengeluaran melibatkan :-(a) Kos Tetap – yang tidak dipengaruhi oleh volum pengeluaran(b) Kos Berubah – kos yang berubah mengikut volum pengeluaran

5. Konsep analisis volum untung adalah penting kepada pihak pengurusan kerana ia menunjukkan volum minimum yang hendak dikeluarkan oleh syarikat tanpa mengalami sebarang kerugian.

6. Kos pengeluaran mestilah dipecah kepada komponen tetap dan berubah dengan menggunakan kaedah:-

(a) Kaedah titik tinggi – rendah(b) Kaedah graf( c) Kaedah persamaan

7. Andaian-andaian titik pulang modal adalah seperti berikut:-(a) Semua kos dibahagi kepada 2 komponen iaitu kos tetap dan berubah.(b) Kos tetap tidak berubah pada semua tingkat pengaluaran(c ) Kos berubah seunit pengeluaran adalah malar untuk semua tingkat keluaran.

(d) Harga jualan tidak berubah pada semua tingkat keluaran.(e) Semua volum yang dikeluarkan dapat dijual sepenuhnya(f) Tidak dipengaruhi oleh trend dan musim

8. Penghadan titik pulang modal :-(a) Kos berubah dan kos tetap sukar untuk diasingkan(b) Hanya benar bag julat(jarak pengeluaran) yang relevan sahaja .(c) Hanya sesuai untuk satu keluaran.(d) Hanya sesuai untuk jangka masa pendek(e) Tiada peristiwa luar biasa berlaku

1

Page 2: ANALISIS VOLUM UNTUNG

3. Kaedah Analisis Kos Volum Untung

Kaedah 1.Persamaan matematik:-

Untung bersih = Hasil jualan – Jumlah Kos

Contoh: 1Syarikat Cahaya Gemilang, sebuah syarikat pengeluar jenama produk BB menjangka untung sebanyak RM50,000 akan diperoleh pada suku tahun hadapan. Kos berubah seunit ialah RM0.50, volum pengeluaran dan jualan yang dijangka untuk suku tahun akan datang ialah 60,000 unit. Jumlah kos tetap pada suku tahun hadapan ialah RM40,000. Tentukan harga jualan yang perlu diletakkan bagi memperoleh tahap untung yang dijangkakan.

Penyelesaian:

Keputusan syarikat:

Kaedah 2: Margin Sumbangan

Kaedah Margin sumbangan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah pengurusan dalam analisis kos volum untung. Kaedah ini boleh digunakan apabila kaedah pengekosan marginal digunakan dalam penyediaan penyata untung rugi.

Margin sumbangan (Caruman)= Hasil jualan – Jumlah kos berubah atau

Margin sumbangan (caruman) = Untung bersih+ Jumlah kos tetap

Pengiraan Titik Pulang Modal (TPM)

TPM(dalam unit) = Kos Tetap________________________ Margin sumbangan (Caruman) seunit

TPM(dalam RM) = Kos Tetap____ Hasil jualan

Margin Caruman = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit

2

Page 3: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Caruman merujuk kepada hasil jualan dan jumlah kos berubah. Ia penting dalam perancangan dan membuat keputusan kerana menunjukkan kesan setiap volum pengeluaran terhadap untung perniagaan.

Untung = Jualan – Jumlah kosJumlah kos = Kos tetap + Kos Berubah

Titik pulang modal dapat diturunkan dengan cara:-(a) Meningkatkan harga jualan(b) Menurunkan kos berubah(c) Menurunkan kos tetap(d) Menurunkan jumlah kos

Titik pulang modal meningkat apabila:-(a) Mengurangkan harga jualan(b) Menaikkan kos berubah(c) Menaikkan kos tetap(d) Menaikkan jumlah kos

Contoh 2:-Syarikat ingin merancang aktivitinya untuk tahun akan dating. Maklumat berikut merupakan anggaran yang telah dibuat:-

Harga jualan seunit RM20.00Kos berubah seunit : Bahan langsung RM7.00

Buruh langsung RM3.00 Overhed RM2.00

Kos tetap setahun : Gaji RM50,000 Sewa RM10,000 Insurans RM15,000

Kirakan :-(1) Titik pulang modal bagi tahun akan datang(2) Untung atau rugi jika unit yang dijual sebanyak 20,000 unit(3) Jika overhed berubah meningkat RM0.50 seunit, dapatkan TPM baru dan unit dan RM.(4) Berapakah unit yang perlu dijual untuk mendapatkan untung RM50,000 setahun.

Selain itu, jangkaan jualan dan margin keselamatan juga dapat ditentukan daripada titik pulang modal.

Jangkaan volum jualan (dalam unit) = Jumlah kos tetap + Jangkaan untung Margin sumbangan seunit

Jangkaan volum jualan (dalam RM) = Jangkaan volum jualan (unit) X Harga jualan seunit

Margin keselamatan (unit) = Unit jualan dijangkakan – TPM (unit)

Margin keselamatan (RM) = Nilai jualan – TPM ( RM)

3

Page 4: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Contoh 3: Penyata Untung Rugi Syarikat Jentayu bagi tahun berakhir 30 Jun 2002 ditunjukkan di bawah:

Syarikat JentayuPenyata Untung Rugi bagi tahun

Berakhir 30 Jun 2002

Hasil jualan (50 000 unit) RM1,000,000Kos bahan langsung RM350,000Kos buruh langsung 200,000Overhed keluaran berubah 50,000Overhed keluaran tetap 200,000Belanja pentadbiran tetap 180,000Belanja jualan tetap 120,000Jumlah kos 1,100,000Rugi Bersih (RM 100,000)

Semasa mesyuarat pengurusan, lembaga pengarah telah membincangkan keadaan kedudukan kewangan syarikat bagi tahun berakhir Jun 2002. Encik Ali sebagai pengerusi mengalu-alukan cadangan dan idea untuk memperbaiki kedudukan kewangan syarikat. Antara cadangan yang telah diberi adalah seperti berikut:-

a) Mengurangkan harga jualan sebanyak 10%. Tindakan ini akan meningkatkan volum jualan sebanyak 30%

b) Meningkatkan kadar buruh sejam daripada RM4 kepada RM5 sejam untuk meningkatkan pengeluaran. Kenaikan kadar buruh ini dapat meningkatkan pengeluaran dan jualan sebanyak 20%. Kos keluaran pula dijangka akan turun sebanyak RM15,000.

c) Meningkatkan harga jualan sebanyak 10% dan mengurangkan volum jualan dan jumlah kos tetap sebanyak 5 % dan 6 % masing-masing.

Nasihatkan pengerusi lembaga pengarah mengenai cadangan paling baik yang boleh diterima pakai oleh syarikat.

Penyelesaian:a)

Harga jualan seunit semasa = =

Kos berubah seunit semasa:Kos bahan langsung (____________________________) =Kos buruh langsung (____________________________) =Overhed keluaran (____________________________) =

Harga jualan seunit dicadangkan = =

Volum jualan dicadangkan = =

4

Page 5: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Maka,Untung/(Rugi) bersih = {(RM18-RM12) X 65,000 unit} - __________________

==

Keputusan:

b) Kos berubah seunit dicadangkan = =

Volum pengeluaran dan jualan dicadandkan = =

Jumlah kos tetap dicadangkan =

=

Maka,Untung/(Rugi) bersih =

=Rugi bersih =

Keputusan:

d) Harga jualan seunit dicadangakan = =

Volum jualan dicadangkan ==

Jumlah kos tetap dicadangkan ==

Maka,Maka,Untung/(Rugi) bersih =

=Untung bersih =

Keputusan:

5

Page 6: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Kaedah 3: Lakaran Graf

Kaedah lakaran graf merupakan satu lagi pendekatan yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk melakukan analisis kos volum untung. Graf yang dihasilkan melalui kaedah ini ialah carta pulang modal, carta margin sumbangan dan varta volum untung.

a) Carta pulang modalMenentukan tahap operasi dan aktiviti di mana syarikat atau perniagaan tidak akan memperoleh untung atau rugi.Titik di mana syarikata atau perniagaan tidak mendapat untung atau rugi atau titik pulang modal.

Margin KeselamatanMargin keselamatan merujuk kepada tahap di mana syarikat boleh membenarkan jualannya jatuh atau berkurangan, iaitu tahap volum jualan yang dibenarkan jatuh sebelum rugi diperoleh.Lengkapkan lakaran graf di bawah.

Rajah: Carta pulang modal dan penentuan margin keselematan

6

Page 7: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Contoh 4: Syarikat Bintang Bhd mengeluar dan menjual satu keluaran berjenama TIP. Syarikat membelanjawankan jumlah keluaran dan jualan pada tahap 20,000 unit setahun. Maklumat yang berkaitan dengan pengeluaran produk TIP ditunjukkan di bawah:-

RMKos bahan langsung seunit 100Kos buruh langsung seunit 50Overhed berubah seunit 30Overhed tetap seunit 40Untung seunit 30Harga jualan seunit 250

Sediakan carta margin sumbangan tunjukan secara jelas TPM dan margin keselamatan.

4. Perubahan Elemen Dalam Analisis Kos Volum Untung

Analisis ini bertujuan untuk menilai kesan perubahan harga jualan, kos tetap dan kos berubah terhadap untung.

Contoh 5: Syarikat Berkat Sdn Bhd mengeluarkan dan menjual satu produk berjenama Bijak. Produk ini dijual pada harga RM10 seunit. Jualan syarikat berjumlah RM5 juta (Kapasiti pengeluaran normal) bagi tahun berakhir 31 Disember 2003. Berikut ialah kos yang akan dilibatkan:

RMKos prima seunit 4Kos tidak langsung perkilangan 200,000 (termasuk kos berubah sebanyak RM50,000)Belanja jualan 150,000 (termasuk belanja berubah sebanyak RM60,000)Belanja pengedaran 80,000 (termasuk belanja berubah sebanyak RM40,000)Belanja pentadbiran 120,000

Berdasarkan contoh di atas, perubahan elemen dalam analisis kos volum untung dalam pelbagai situasi yang berlainan akan ditunjukkan. Selain itu, keputusan yang patut diambil setiap situasi tersebut akan diberikan

Situasi 1: Perubahan dalam kos tetap dan volum jualan

Pengurus jualan berpendapat jika belanja pengiklanan ditingkatkan sebanyak RM200,000 jualan akan bertambah sebanyak RM600,000. Patutkah strategi ini diteruskan?

Penyelesaian:

Keputusan syarikat:

Situasi 2: Syarikat bercadang untuk menggunakan komponen yang dapat mengurangkan kos pengeluaran produknya. Tindakan ini dapat menjimatkan kos berubah sebanyak RM0.35 seunit. Walau bagaimanapun, pengurus jualan menjangka kemerosotan dalam kualiti komponen yang dihasilkan akan mengurangkan jualan kepada 340,000 seunit. Adakah perubahan ini patut dibuat?

7

Page 8: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Penyelesaian:

Keputusan syarikat:

Situasi 3: Perubahan dalam kos tetap, harga jualan dan volum jualan

Pihak pengurusan Syarikat bercadang untuk mengurangkan harga jualan sebanyak RM0.80 supaya volum jualan dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama, kos pengiklanan bertambah sebanyak RM400,000. Jika kedua-dua elemen ini (kos tetap dan harga jualan) berubah, pihak pengurusan menjangka volum jualan dapat ditingkatkan sebanyak 60%. Adakah perubahan-perubahan ini patut dibuat?

Penyelesaian:

Keputusan syarikat:

5. Analisis Kos Volum Untung Untuk Industri Perkhidmatan

Analisis kos volum untung juga boleh diguna pakai dalam industri perkhidmatan. Analisis kos volum untung digunakan oleh industri perkhidmatan untuk meramal jualan perkhidmatan yang ditawarkan dan menentukan untung bagi sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh 6: Blue Resort Sdn Bhd. Mempunyai 30 bilik penginapan. Setiap bilik boleh menempatkan 2 orang . Kadar bilik untuk setiap orang ialah RM100 untuk semalam termasuk sarapan pagi. Kos marginal syarikat bagi setiap bilik ialah RM40.

Blue Resort juga menyediakan makan malam untuk tetamunya di Restoran Mesra pada kadar bersih RM20 seorang. Kos berubah bagi setiap pelanggan di restoran ialah RM10 bersih. Kos berubah ini termasuk kos makanan, kos perkhidmatan dan kos utiliti. Kos tetap syarikat sebulan ialah RM30,000.

Untuk musim perayaan yang akan datang, syarikat menjangkakan semua biliknya akan dihuni penuh untuk tempoh seminggu. Semua pelanggannya juga dijangka akan makan malam di restorannya.

Dikehendaki kira:

a) Untung bersih yang akan dijangka diperoleh semasa musin perayaan selama seminggu.b) Margin sumbangan untuk semalam bagi setiap bilik (tidak termasuk makan malam)c) TPM (bilangan bilik) untuk seminggu (tidak termasuk makan malam)d) Bilangan bilik yang diperlukan untuk mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 seminggu

(termasuk makan malam untuk pelanggan)

Penyelesaian:

8

Page 9: ANALISIS VOLUM UNTUNG

Soalan pengukuhan

Syarikat Cemerlang Sdn Bhd mengeluar dan menjual satu produk baja berjenama PREMIUM. Produk ini dijual pada harga RM20 sebeg. Jualan Syarikat berjumlah RM8 juta (kapasiti pengeluaran normal) bagi tahun berakhir 31 Disember 2003. Berikut ialah kos yang dilibatkan untuk mengeluarkan produk tersebut:

Kos prima sebeg RMKos tidak langsung pengeluaran 300,000 (termasuk kos berubah RM60,000)Belanja jualan dan pengedaran 280,000 (termasuk kos berubah sebanyak RM100,000)Belanja pentadbiran 180,000

Dikehendaki:a) Dengan menggunakan formula yang sesuai, kirai. TPM dalam unit dan RMii. Margin Keselamatan dalam unitiii. Untung atau rugi perniagaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003

b) Berdasarkan maklumat asal, selesaikan setiap situasi di bawah secara berasingani. Jika belanja pengiklanan meningkat sebanyak RM200,000, berapakah jumlah jualan yang akan diperoleh (dalam beg)?ii. Jika pihak pengurusan Syarikat bercadang untuk mengurangkan kos berubah sebanyak RM0.40 seunit, jumlah keuntungan yang akan diperoleh?iii. Jika harga jualan dikurangkan sebanyak RM1.80 sebeg dan belanja pengiklanan bertambah sebanyak RM500,000, berapakah volum jualan (dalam beg) yang dapat ditingkatkan?

c) Kira harga jualan sebeg yang baru jika Syarikat ingin meningkatkan keuntungannya sebanyak RM600,000 pada tahun hadapan.

Topik : Analisis Kos Volum Untung

1. Berikut adalah butir-butir berhubung dengan operasi pengeluaran pen bagi sebuah syarikat untuk 2 tahun yang lepas

Tahun Volum Kos Hasil Jualan

2005 85,000 unit RM177,500 RM212,500 2006 92,000 unit RM188,000 RM230,000

Harga jualan seunit dan kos tetap adalah malar untuk tempoh 2 tahun. Kos berubah seunit dijangka akan meningkat RM2.00 seunit pada tahun 2006.

Kirakan:-

(a) Kos tetap syarikat.

(b) Kos berubah seunit bagi tahun 2005

(c) Titik pulang modal dalam unit dan ringgit bagi kedua-dua tahun

(d) Berapakan unit yang patut dijual untuk mendapatkan untung sebanyak RM45,000 bagi tahun 2006

(e) Jika dalam tahun 2006 sebanyak 112,000 unit dijual, adakah syarikat mendapat untung atau rugi.

9

Page 10: ANALISIS VOLUM UNTUNG

(f) Jika syarikat bercadang memberi satu hadiah percuma dalam tahun 2006 yang berharga RM0.10 bagi setiap pembelian, hitungkan keuntungannya.

(g) Jika harga jualan diturunkan 10%, volum jualan meningkat 5% bagi tahun 2007 berbanding 2006, berapakan keuntungannya.

2. Syarikat Madelina Bhd mengeluarkan sejenis barang elektronik yang dijual dengan harga RM1,350 seunit. Yang berikut ialah kos-kos berubah yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barang itu.

RMBuruh langsung 270.00Bahan langsung 360.00Overhed kilang 157.50Kos pengeluaran 787.50Kos pemasaran 112.50Jumlah kos 900.00

Kos tetap setahun sykt itu telah RM9,900,000.00. Syakt itu meramalkan jualan sebanyak 32,250 unit tahun berikutnya dan pengeluaran dibelanjawankan pada tingkat yang sama. Dikehendaki:

a) i. Sediakan penyata pendapatan pro-forma bagi Sykt Madelina Bhd mengikut pengekosan sut. ii. Hitung unit jualan pada titik pulang modal bagi syarikat Madelina Bhd iii. Hitung peratusan margin keselamatan bagi syakt Madelina Bhd iv. Hitung volum dalam unit jualan tahunan yang diperlukan oleh sykt Madelina Bhd untuk memperolehi pendapatan bersih sebelum cukai sebanyak RM1.5juta.

b. Syarikat Madelina Berhad baru sahaja mengetahui satu perubahan besar dalam teknologi pengeluaran yang akan meningkatkan kos tetap setahun sebanyak 10% dan meningkatkan kos buruh langsung sebanyak 20%. Perubahan teknologi itu akan dapat mengurangkan kos bahan mentah sebanyak 25%. Harga dan kuantiti jualan dijangka tidak berubah.i. Hitung peratusan margin caruman bagi syarikat Madelina Berhadii. Hitung titik pulang modal dalam uniy bagi syarikat Madelina Berhadiii. Berdasarkan jawapan anda pada a) dan b) di atas, jelaskan sama ada syarikat Madelina Berhad patut bertukar kepada teknologi baru atau tidak.iv. Jelaskan konsep dan kepentingan margin keselamatan.

3. Syarikat Ansori Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan jus kelubi. Belanja tetap bulanan syarikat itu ialah RM432,000 dan belanja berubah bagi setiap botol jus kelubi yang dikeluarkan ialah RM2.00. Sebanyak 70% daripada belaja berubah ini ialah kos barang dijual. Jus Kelubi tersebut dijual dengan harga RM3.20 sebotol.

Dikehendaki:a) i. Hitung bilangan jus kelubi yang mesti dijual oleh Syarikat Ansori Sdn Bhd bagi setiap bulan untuk mencapai TPM.ii. Hitung jumlah hasil yang mesti diperoleh daripada jualan jus kelubi untuk memperoleh pendapatan bersih operasi sebanyak RM60,000 sebulan.iii. Sediakan penyata pendapatan Syarikat Ansori Sdn Bhd berasaskan kaedah margin sumbangan bagi bulan Jun untuk jualan sebanyak 450,000 botol jus kelubi.

b) Purata jualan bulanan Syarikat Ansori Sdn Bhd ialah 450,000 botol jus kelubi. Hitung nisbah margin keselamatan dan jelaskan jawapan anda.

10

Page 11: ANALISIS VOLUM UNTUNG

c. Syarikat Ansori Sdn Bhd menjangka dapat meningkatkan kuantiti jualan bulanan daripada 450,000 botol kepada 800,000 botol dengan menurunkan harga jualan daripada RM3.20 sebotol kepada RM3.00 sebotol. Ini akan melibatkan peningkatan kos tetap sebanyak 40% dan kos berubah sebanyak 10%. Jelaskan sama ada tindakan ini wajar dilaksanakan oleh syarikat.

4. Wira Jaya Enterprise ialah pengeluar dan penjual bateri kereta berjenama X. Maklumat-maklumat kewangan berikut diperoleh daripada operasi syarikat:

Harga Jualan RM100Kos-kos:Perkilangan berbuah RM45Penjualan dan pentadbiran berubah RM25Perkilangan tetap RM300,000 setahunPenjualan dan pentadbiran tetap RM200,000 setahunUntuk tahun 2003, syarikat telah menjual 25,000 unit bateri.

Jawab soalan-soalan berikut secara berasingan antara satu dengan yang lain.i. Kira berapa unit bateri yang perlu dijual setiap tahun supaya syarikat mencapai titik pulang modal.ii. Kira berapa untung bersih yang diperoleh untuk tahun 2003iii. Kira berapa unit bateri yang perlu dijual setiap tahun supaya syarikat memperolehi untung sebanyak 20% daripada jualan?iv. Untuk tahun 2004, pihak pengurusan syarikat bercadang untuk meningkatkan kempen promosi produknya yang dianggap berkualiti tinggi dengan menambah kos iklan sebanyak RM50,000. Kira berapa unit bateri yang perlu dijual pada tahun 2004 supaya syarikat memperoleh untung bersih yang sama banyak seperti tahun 2003.v. Syarikat merancang untuk memperbaiki lagi kualiti bateri yang dikeluarkan pada tahun 2004. Rancangan ini memerlukan pertambahan kos berubah sebanyak RM10 seunit, Pihak pengurusan percaya bahawa dengan kualiti produk yang bertambah baik dan disertakan dengan pertambahan promosi sebanyak RM50,000, unit jualan dapat ditingkatkan kepada 30,000 unit. Kira harga jualan baru untuk mempastikan syarikat memperolehi untung bersih sebanyak RM30,000.

5. Syakt Makmal Jaya Sdn Bhd menawarkan beberapa perkhidmatan kesihatan untuk pusat dan klinik perubatan swasta tempatan. Satu daripada perkhidmatan yang kerap diminta oleh pelnaggannya ialah perkhimatan X-ray. Untuk memenuhi perkhidmatan pelanggan yang meningkat, satu jabatan khas perlu diwujudkan. Akauntan syarikat telah menyediakan data dan maklumat yang berkut untuk membina sebuah jabatan khas bagi perkhidmatan X-ray.

a. Susutnilai mesin dan peralatan X-ray ialah RM15,000 setahun. Dua orang pakar radiology menerima gaji tahunan sebanyak RM26,400 seorang.3. Jumlah upah buruh am ialah RM8,000 setahun manakala jumlah gaji tahunan staf dibahagian pentadbiran ialah RM22,0004. Caj nagi setiap kali perkhidmatan X-ray diberikan ialah RM25.50.5. Kos satu filem X-ray ialah RM56. Kos lain yang berkaitan bagi setiap kali perkhidmatan X-ray diberikan dianggarkan RM2.207. Kos mencuci sekeping filem X-ray ialah RM2.508. Permintaan untuk perkhimatan X-Ray ialah 7500 kali setahun

Dikehendaki:

a. Hitung bilangan kali perkhidmatan X-ray yang perlu ditawarkan oleh jabatan perkhidmatan X-ray untuk mencapai TPM

11

Page 12: ANALISIS VOLUM UNTUNG

b. Jika permintaan bagi perkhidmatan X-ray jatuh sebanyak 30% apakah kesannya kepada untung yang akan diperoleh?c. Syakt Makmal Jaya mensasarkan untung minimum sebelum cukai sebanyka RM15,000 dari jabatan perkhimatan X-ray ini. Hitung bilangan perkhidmatan X-ray yang perlu ditawarkan untuk mencapai sasaran tersebut?d. Akauntan syakt mencadangkan agar seorang sahaja pakar radiology bekerja sepenuh masa, manakala seorang lagi hanya bekerja separuh masa. Pekerja separuh masa akan dibayar ¼ daripda gaji tahunan seorang yang bekerja sepenuh masa. Hitung bilangan perkhidmatan X-Ray yang perlu ditawarkan untuk mencapai TPM. e. Dengan mengandaikan bahawa caj pwerkhidamatan X-ray yang dikenakan kepada pelanggan telah dinaikan kepada RM30, hitung untung bagi jabatan perkhidmatan x-ray berdasarkan cadangan pada (d).f. Jelaskan perbezaan antara kos berubah, kos tetap dan kos campuran. Lakar keluk kos berubah, kos tetap dan kos campuran.

6. Penerbitan Suria Bhd sedang mempertimbangkan cadangan untuk menerbitkan sebuah novel yang ditulis oleh seorang Sasterawan Nasional. Kos tetap pengeluaran dan pemasaran novel tersebut ialah RM50,000. Kos barubah pengeluaran dan pemasaran pula ialah RM8 bagi setiap naskah novel yang dijual. Kos-kos ini tidak meliputi bayaran imbuhan kepada pengarang sebanyak RM10,000 dan royalti pada kadar 15% atas jualan setiap naskah novel. Harga jualan senaskah novel ialah RM30.

Dikehendaki:1. Hitung jumlah naskah novel yang patut dijual oleh Penerbitan Suria Bhd untuk mencapai TPM2. Lakar graf kos volum untung berlabel untuk menunjukkan TPM pada (i) di atas.3. Hitung jumlah naskah novel yang patut dijual oleh Penerbitan Suria Bhd untuk mendapat untung sebanyak RM18,0004. Jika bayaran imbuhan kepada pengarang bertambah sebanyak RM13,000 dan kos berubah percetakan dan pemasaran meningkat 15% daripada kos berubah sekarang, hitung TPM dalam RM yang baru. 7. Syarikat Persama Berhad mengeluarkan sejenis bateri kereta yang dijual pada harga RM120 seunit. Pada tahap pengeluaran normal, iaitu pada 75% keupayaan pengeluaran syarikat, jualan syarikat ialah RM6,000,000 setahun.

Kos pengeluaran dan jualan RMBahan mentah (seunit) 20Kos buruh langsung (seunit) 16Overhed pengeluaran 1,200,000 (termasuk overhed berubah RM300,000)Kos pemasaran 800,000 (termasuk 5% komisen atas jualan)Kos pengeluaran 600,000 (termasuk kos berubah RM150,000)Kos pentadbiran 400,000 (termasuk kos berubah RM90,000)

Dikehendaki:a) i. Hitung margin keselamatan dan jumlah untung pada tahap pengeluaran normal

ii. Lakar graf untuk menunjukkan margin keselamatan dan jumlah untung pada tahap pengeluaran normal

b) Hitung perubahan untung sekiranya salah satu perkara berikut berlakui. Harga jualan dikurangkan sebanyak 5% dan volum jualan meningkat sebanyak 10%.ii. Kos pemasaran tetap dinaikkan sebanyak RM100,000 dan volum jualan meningkat

sebanyak 5%.

12

Page 13: ANALISIS VOLUM UNTUNG

7. Firma Plastik Indah mengeluarkan beberapa set bekas plastik yang sesuai digunakan dengan ketuhar mikrogelombang. Firma menggunakan satu asas overhed tetap kilang untuk kesemua keluarannya yang diperuntukkan dengan kadar pratentu RM1.00 sejam buruh langsung. Overhed tetap dibelanjawankan sama dengan overhed tetap sebenar. Yang berikut ialah data tentang salah satu set bekas plastik bagi tahun berakhir 30 Jun 2005.

Harga jualan RM5.60 seunitBahan langsung RM0.65 seunitBuruh langsung RM2.50 seunit

Jam buruh 50,000 jamPengeluaran 100,000 unitJualan 95,000 unit

Kos berubah:Overhed kilang RM20,000Jualan dan edaran RM30,000

Kos tetap:Overhed kilang RM50,000Jualan dan edaran RM35,000

Dikehendaki:a) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2005 untuk firma Plastik Indah mengikut

pendekatan pengekosan marginal dan pendekatan serapan.b) Hitung beza untung antara dua pendekatan dalam (a) dan berikan sebab bagi perbezaan itu.c) Hitung margin sumbangan seunit dan tentukan titik pulang modal dalam unit jualand) Hitung margin keselamatan firma itu (dalam RM). Jelaskan sama ada margin keselamatan sama dengan

margin sumbangan.e) Jika jualan dinaikkan sebanyak RM0.60 seunit untuk tahun perakaunan yang akan datang dan volum

jualan dijangka jatuh sebanyak 15%.i) Hitung beza untung yang diperolehii) Hitung volum jualan baru supaya untung yang diperoleh tidak berubah

Soalan-soalan lazim bahagian teori.

i. Nyatakan dua faktor kualitatif untuk menyokong jawapan anda pada (c) (i) (1999)1.____________________________________2.____________________________________3.____________________________________4.____________________________________

ii. Jelaskan konsep dan kepentingan margin keselamatan .___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

13

Page 14: ANALISIS VOLUM UNTUNG

iii. Perihalkan tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menghitung TPM (2002)1.________________________________________________________

2.________________________________________________________

3.________________________________________________________

iv. Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengasingkan kos tetap dan kos berubah

_______________________________________________________________________

v. Lakar graf kos volum untung bersih untuk menunjukkan titik pulang modal (2002)

vi. Lakar graf untuk menunjukkan margin keselamatan dan jumlah untung pada tahap pengeluaran normal (2005)

vii. Nyatakan lima andaian dalam analisis kos volum untung1._________________________________________________________________________________

2._________________________________________________________________________________

3._________________________________________________________________________________

4._________________________________________________________________________________

5.__________________________________________________________________________

14