Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

15
1.0Pengenalan Kursus PJM3106 Anatomi dan Fisiologi didedahkan kepada pelajar PGSR sebagai subjek minor. Ianya diperkenalkan untuk member serba sedikit kefahaman terhadap kepentingan anatomi dan fisiologi di dalam pengajaran PJK di sekolah. Para pelajar didedahkan dengan konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Peringkat kimia, selular dan tisu organisme. Sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah dan jantung. Saluran dan peredaran darah, sistem limpatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari. Anatomi berasal dari perkataan “Greek”(to cut apart) yang bermaksud “memotong/ membelah anggota badan”. Ianya merupakan bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh badan manusia juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Anatomi mempunyai skop yang sangat luas dan merangkumi beberapa sub disiplin seperti anatomi kasar (Gross)/mikroskopik yang terbahagi kepada : i. Anatomi Kawasan (regional) Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Contohnya bahagian kepala. ii. Anatomi bersistem (systematic) Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu dengan lain akan dikaji secara bersama. Contohnya, sistem otot. Kita akan mengkaji sistem otot

description

PPGSN1212

Transcript of Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

Page 1: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

1.0 Pengenalan

Kursus PJM3106 Anatomi dan Fisiologi didedahkan kepada pelajar PGSR

sebagai subjek minor. Ianya diperkenalkan untuk member serba sedikit

kefahaman terhadap kepentingan anatomi dan fisiologi di dalam pengajaran

PJK di sekolah. Para pelajar didedahkan dengan konsep asas pengenalan

kepada anatomi dan fisiologi. Peringkat kimia, selular dan tisu organisme.

Sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem

endokrina, darah dan jantung. Saluran dan peredaran darah, sistem limpatik dan

imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme

serta sistem urinari.

Anatomi berasal dari perkataan “Greek”(to cut apart) yang bermaksud

“memotong/ membelah anggota badan”. Ianya merupakan bidang sains yang

berkaitan dengan struktur tubuh badan manusia juga dikenali sebagai morfologi

atau sains bentuk.

Anatomi mempunyai skop yang sangat luas dan merangkumi beberapa sub

disiplin seperti anatomi kasar (Gross)/mikroskopik yang terbahagi kepada :

i. Anatomi Kawasan (regional)

Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara

berkumpulan. Contohnya bahagian kepala.

ii. Anatomi bersistem (systematic)

Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu

dengan lain akan dikaji secara bersama. Contohnya, sistem otot. Kita

akan mengkaji sistem otot bagi melihat hubungkait antara struktur

dengan fungsinya.

iii. Anatomi permukaan (surface)

Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa

pada permukaan tubuh.

Page 2: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

2.0 Pengenalan Kepada Permainan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada

dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan

bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam

sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat

memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia

dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti

selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali

bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif

perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran,

yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi

permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain

memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia

juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang

baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

2.1 Kemahiran Servis

Servis dalam permainan badminton merupakan permulaan permainan untuk

mendapat mata. Terdapat berbagai teknik servis yang biasa digunakan oleh pemain-

pemain badminton untuk memerangkap lawan dan mendapatkan mata. Servis yang

baik mampu mendapatkan mata yang pantas. Servis berbeza diaplikasikan untuk

permainan perseorangan dan beregu. Servis yang digunakan tertakluk kepada

undang-undang dan peraturan Badminton World Federation (BWF).

2.2 Melakukan Servis

Peraturan melakukan servis :

1. pemain dalam keadaan tenang dan sedia

2. kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu,manakala berat badan adalah

Page 3: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

pada kaki.

3. lutut dibengkokkan dengan sebelah kaki ke depan sedikit.

4. perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga

pada bulu tangkis yang anda pegang

5. lakukan servis dengan yakin dan jangan tergopoh-gopoh.

6. bersedia dengan mengawal setiap bahagian gelanggang.

2.3 Servis dikira batal dalam keadaan seperti berikut :

1. kaki pembuat barisan servis memijak mana-mana garisan gelanggang.

2. pemain mengangkat kaki semasa membuat servis

3. memberhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan

memerangkap lawan.

4. memukul bulu tangkis melepasi pinggang

5. raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.

2.4 Cara membuat servis

Kedudukan badan dan kaki

1. berdiri dengan kaki kiri ke depan sedikit

2. kedua-dua kaki pada sudut 45’ke garis dengan bahu kiri ke depan jaring.

3. lutu dibengkokkan sedikit

4. berat badan adalah sama pada kedua-dua kaki

2.5 Memegang raket 1. pegang raket mengikut keselesaan sendiri

2. dalam pegangan depan,ibu jari pada sebelah depan raket.

3. dalam pegangan kilas,ibu jari di sebelah sisi raket

4. pastikan cengkaman yang sesuai agar raket dapat digerakkan dengan bebas.

Page 4: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

2.6 Memegang bulu tangkis 1. pegang pada hujung bulu tangkis

2. gunakan di antara tapak tangan dengan jari telunjuk

3. tangan yang memegang raket hendaklah bersedia untuk memukul.

2.5 Membuat pukulan 1. kepala raket berada di bawah aras tangan

2. raket hayun ke belakang dan dibawa ke bawah siku yang dibengkokkan

3. pergelangan tangan menegak apabila gerakan hampir tamat.

4. lengan kanan diayun sehingga raket dapat menggerakkan bulu tangkis

5. permukaan raket terkena bulu tangkis didepan badan pemain.

2.6 JENIS SERVIS 1.servis rendah

2.servis tinggi

3.servis rendah depan

1. cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis

melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.

2. cara melakukan servis rendah ini ialah seperti

berikut:

1. berdiri di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah

kawasan sendiri.

2. Kaki kiri didepankan sedikit dan badan menghala ke jaring.

3. Pegang bulu tangkis pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam

4. Arahkan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke depan

5. Pastikan kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang

raket semasa memukul.

6. Arahkan servis ke kawasan depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri

atau ke kanannya

7. Berlatih membuat servis ini dari kedua-dua petak servis iaitu di kiri dan

kanan.

Page 5: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

2.7 Servis rendah kilas Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan.Cara melakukan

servis rendah kilas ini ialah :

1. pemain berdiri berhampran dengan garis depanpetak servisnya

2. badan dan kedudukan adalah hampir mengiring jaring.

3. bahagian pemegangraket mengarah ke atas,jari pada belakang pemegang raket

akan memberikan tenaga dan tekanan untuk kilas.

4. bulu tangkis tidak berada diatas pinggang semasa memukul.

5. pegang bulu tangkis pada hujung bulunya dan lepaskan untuk segera di[ukul

dengan cara menguisnya.

2.8 Servis tinggi Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan.Bulu tangkis

akan meluru jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.Servis ini sesuai

untuk acara perseorangan dan juga beregu.cara melakukan servis ini ialah :

1. tangan yang memegang raket akan membuatsatu pusingan penuhlengan dan

raket

dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu tangkis dipukul.

2. ayunkan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada

bahagian kepalanya ke bawah.

3. kedudukan kaki dan badan adalah seperti dalam servis deras

4. pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan dibelakang gelanggang

lawan.Jangan hantarkan di tengah atau didepan gelanggang

2.9 Pukulan HadapanPandang bulu tangkis.

Ayun raket ke belakang.

Sebelah tangan lagi diluruskan.

Ayun raket dengan tangan lurus.

Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.

Ikut lajak.

2.10 Pukulan Kilas Pandang bulu tangkis.

Kaki kanan menyilang ke kiri.

Kilas raket separas bahu.

Page 6: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

Pukul bulu tangkis.

Ikut lajak.

2.11 Pukulan Lob Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.

Pukulan

ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia

digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang

kosong gelangang lawan.

Pandang bulu tangkis.

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.

Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.

Sebelah tangan lagi lurus ke atas.

Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.

Pukul bulu tangkis pantas.

Ikut lajak.

2.12 Jenis-jenis servis .(Rajah)

Page 7: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton
Page 8: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton
Page 9: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

6.0 Fungsi sendi,tulang dan otot utama dalam pergerakan atau kemahiran sukan

permainan Badminton : Memukul bulu tangkis dan servis.

Penerangan :

1. Terdapat dua fasa dalam kemahiran memukul bulu tangkis di dalam

permainan badminton iaitu:

i. Fasa persediaan

ii. Fasa pergerakan/pukulan

2. Kebanyakan pergerakan adalah bersifat rotasi dalam transverse plane dan

longitudinal axis.3. Terdapat 3 jenis sendi yang terlibat iaitu pergelangan tangan, siku dan

bahu.

4. Siku merupakan sendi engsel yang menyambungkan humerus dan juga

ulna.

5. Bahu merupakan sendi lesung di antara humerus dan scapula.

6. Pergelangan tangan merupakan sendi condyloid antara ulna dan tulang carpal.

Page 10: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

Jadual 1

Jadual 1.(Fasa Persediaan)

Sendi Terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis

Pergelangan Tangan

Ulna dan carpal

Radius dan ulna

supinasi supinator

Siku Humerus dan ulna ekstensi Tricep brachii

Bahu Humerus dan

scapula

Horizontal

hyperekstensi

Posterior deltoid

dan dorsi

Page 11: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

Jadual 2 (Fasa pukulan )

Sendi terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis

Pergelangan tangan

Ulna dan carpal

Radius dan ulna

pronation Pronator teres

Siku Humerus dan ulna fleksion Biceps brachii

Bahu Humerus dan

scapula

Horizontal flexion Pectoralis major

dan anterior deltoid

Pinggang rotasi External obliques

Page 12: Anatomi Dan Fisiologi Permainan Badminton

3.2 Gambar