anatomi-respirasi
Transcript of anatomi-respirasi
PJM 3106 ANATOMI & FISIOLOGI
SISTEM RESPIRASIKUMPULAN 7NOR HAKEEM BIN HASHIM FAIZON BINTI ABDUL SATA
PENGENALAN
ORGAN PERNAFASAN
MEKANISME PERNAFASAN KAWALAN PERNAFASAN
KADAR PERNAFASAN
APLIKASI
PETA KONSEPRESPIRASI
RESPIRASI LUAR
RESPIRASI DALAM
STRUKTUR RESPIRASI
MEKANISME PERNAFASAN
RESPIRASI AEROB
RESPIRASI ANAEROBI
PENGENALAN Respirasi: proses memperoleh tenaga dalam suatu sel hidup atau organisma melalui penguraian sebatian organik Respirasi luar: pertukaran gas antara suatu oganisma dengan persekitarannya Respirasi dalam: berlaku dalam sel untuk membebaskan tenaga Glukosa adalah substrat utama respirasi Manusia mendapat bekalan oksigen melalui proses pernafasan Respirasi anaerob: tidak melibatkan penggunaan oksigen
RESPIRASI ANAEROB Semasa melakukan aktiviti cergas, penggunaan oksigen oleh sel otot melebihi pembekalan Berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga (hutang oksigen) Glukosa diuraikan kepada asid laktik Pengumpulan asid laktik menyebabkan otot lesu dan sakit Bernafas untuk peroleh lebih banyak oksigen, bayar hutang oksigen1/6 dioksidakan, 5/6 ditukar menjadi glukosa semula
STRUKTUR RESPIRASI
HIDUNG
TRAKEA
BRONKUS
BRONKIOL
ALVEOLUS
Gambar struktur alveoli
Jumlah luas permukaan yang besar
Jaringan kapilari darah yang banyak
CIRI PENYESUAIAN ALVEOLUS
Permukaan yang lembap
Dinding yang nipis
Mekanisme pernafasan1. Tarik nafas 2. Hembus nafas 3. berehat
1. Tarik nafas (Inspirasi) Apabila otot diafragma mengucup, ia turun ke bawah dan menjadi rata dengan ini kaviti toraks menjadi luas dari atas ke bawah Dalam masa yang sama otot interkostal eksternal juga mengucup, semua tulang rusuk di tarik ke arah luar dan atas ke tulang rusuk pertama, dan ini meluaskan kaviti toraks dari sisi ke sisi dan dari anterior ke posterior
2. Hembus nafas (Ekspirasi) Kaviti toraks menjadi kecil kerana otot diafragma kembali ke kedudukan asal, dan tulang rusuk ditarik ke bawah dan ke dalam oleh otot interkostal internal Dengan ini tekanan udara di dalam paru-paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara di atmosfera. Oleh itu udara mendesak keluar dari paru-paru Ekspirasi berlaku
3. Pause Berehat seketika di antara pernafasan dan ia berlaku secara teratur Pernafasan yang teratur dipanggil pernafasan refular
Pergerakan otot semasa pernafasan
APLIKASI SISTEM RESPIRASI DALAM SUKAN
PERNAFASAN PERUT / PERNAFASAN DIAFRAGMA (Belly Breathing / Diaphragmatic Breathing)
*PERNAFASAN PERUT DALAM LARIAN*
Kebolehan untuk lari pecut 100 meter atau lari dalam ultramarathon amat bergantung pada cara bernafas ...................................................................................... Pengambilan oksigen boleh membantu atau menghalang kejayaan pelari, dan cara bernafas yang betul ialah kuncinya. ...................................................................................... Pernafasan perut adalah teknik di mana ianya membekalkan banyak oksigen kepada badan. Walaubagaimanapun,untuk kebanyakan pelari, ia memerlukan sedikit latihan untuk dikuasai
Teknik Pernafasan PerutPernafasan perut, juga dikenali sebagai pernafasan diafragma, adalah sejenis teknik di mana bahagian abdomen badan menaik dan menurun ketika anda bernafas. Abdomen mengembang kala anda tarik nafas dan menguncup ketika anda hembus nafas, manakala dada pula hanya bergerak sedikit
Pernafasan perut adalah cara terbaik untuk tarik nafas panjang ketika berlari.
Pernafasan perut VS Pernafasan dadaPernafasan perut dan pernafasan dada adalah berbeza dari segi tekniknya dan kebaikan keseluruhan.Pernafasan dada atau dikenali sebagai pernafasan cetek (shallow breathing), dada mengembang dan menguncup pada setiap tarik nafas dan hembus nafas. Paru-paru tidak mengembang sepenuhnya. Jumlah oksigen masuk kurang dari pernafasan perut. Pernafasan perut pula membolehkan pelari untuk tarik nafas dengan lebih banyak oksigen masuk berbanding pernafasan dada, dan hasilnya banyak tenaga dapat dihasilkan oleh sel penghasil tenaga. Paru-paru dapat mengembang sepenuhnya. Ianya juga membolehkan banyak karbon dioksida dibebaskan daripada badan.
Praktis dan CaraPernafasan dada akan menghasilkan pergerakan pada bahagian abdomen apabila dilakukan dengan betul. Teknik ini tidak datang dengan sendirinya pada pelari dan ia memerlukan latihan. Terdapat 2 cara: Berdiri Baring
Berdiri: 1. Postur badan bahagian atas mestilah elok dan tegak. 2. bahu tidak keras/tegang (relaks) dan tidak membongkok 3. Tarik nafas melalui mulut 4. tolak perut ke luar dan pada masa yang sama, diafragma ke bawah. 5. Anda akan merasakan bahagian abdomen mengembang daripada bahagian dada.
Baring:1. baring terlentang di atas lantai 2. letakkan tangan pada bahagian abdomen/perut 3. tarik nafas melalui mulut 4. tolak perut ke luar dan pastikan tangan anda naik ke atas mengikut kenaikan perut 5. jika anda lihat dada anda turut sama naik atau dada sahaja yang naik, maka anda tidak lakukan dengan betul
Ratio Pernafasan PerutSesuai digunakan apabila sudah mahir. Ratio adalah nisbah bilangan mengorak langkah bagi setiap sedutan berbanding bilangan mengorak langkah bagi setiap hembusan. Sebagai contoh, pernafasan perut dengan nisbah 3:2 bermakna tarik nafas ketika tiga langkah pertama,hembus nafas ketika 2 langkah seterusnya. Ini akan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk badan bagi kebanyakan pelari pecut. Pelari pecut yang bergantung kepada pernafasan lebih cepat mungkin menggunakan nisbah 2:2 atau 2:1.
Kebaikan & KelebihanKebaikan pernafasan perut: Dapat menghilangkan stress Dapat mengurangkan ketakutan Dapat menenangkan diri (relaks) Membantu mengawal perasaan loya (bergerak) Lebih banyak oksigen dibekalkan pada badan Menghalang mendapat kekejangan otot sisi abdomen (side stitches)
Side Stitches
Belly breathing can prevent those annoying spasms we call side stitches.Side stitches are muscle spasms of the diaphragm. The diaphragm, which serves as a buffer between the organs in your abdomen and the organs in
your chest cavity, moves up when you exhale and down when you inhale.But shallow breathing keeps the diaphragm in a consistently raised position, preventing the connective ligaments between it and your liver
from relaxing which leads to a spasm. So breathe deep and relax.
Awas & Peringatan Mengamalkan teknik pernafasan perut, terutamanya ketika berlari, boleh mendatangkan kesan buruk jika dilakukan dengan salah. Ketika bahagian abdomen atau bahagian bawah badan mengembang, bahagian atas badan adakalanya boleh menjadi ketat atau tegang,menyebabkan bahu dan otot leher menjadi tegang. Oleh itu, hendaklah sentiasa memastikan bahagian atas badan relaks untuk melancarkan pernafasan anda.