ANCAMAN PROPAGANDA BARAT SEBAGAI USAHA KE ...al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/ANCAMAN...Vol....
Transcript of ANCAMAN PROPAGANDA BARAT SEBAGAI USAHA KE ...al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/ANCAMAN...Vol....
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
1
ANCAMAN PROPAGANDA BARAT SEBAGAI USAHA
KE ARAH MENGUASAI DUNIA ISLAM
Lutpi Mustafa [email protected]
Mohd Shafiee Hamzah [email protected]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia
THE WESTERN PROPAGANDA AND THEIR EFFORTS
TO CONQUER THE MUSLIM WORLD
ABSTRACT
The study aims to investigate the western propaganda and their efforts to conquer the
muslim world. From the past till the present, the west persistently wages war with
Islam and the muslim. They use all sorts of ways including through colonisation. The
method in this study is qualitative using exploration study design. The objective of
this study is to explain the methods of the western propaganda used in conquering the
Islamic world. This study analysis is mode by using the inductive and deductive
methods in order to formulate a good study outcome. The finding of this study
concludes that the western propaganda is a serious threat to the Islamic world and this
should be handled tactfully so that the unity of the muslims will not be divided. This
study suggests that more detailed study are carried out in order to know the forms of
propaganda the west will carry out.
Key Words: Western propaganda, emotional, stereotive, muslim world
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai propaganda Barat dan usaha-usaha mereka
untuk menguasai dunia Islam. Sejak dahulu hingga sekarang, Barat tidak berhenti-
henti memerangi Islam dan umat Islam, mereka menggunakan pelbagai cara termasuk
melalui penjajahan. Kaedah yang diguna-pakai dalam kajian ini ialah kualitatif
dengan menggunakan rekabentuk penerokaan. Objektif kajian ini menjelaskan
mengenai kaedah propaganda Barat yang dilakukan untuk menguasai dunia Islam.
Analisis kajian ini dibentuk dengan menggunakan metode induktif dan deduktif bagi
merumuskan hasil kajian yang baik Dapatan dalam kajian merumuskan bahawa
propaganda Barat sangat berbahaya kepada dunia Islam dan perkara ini harus
ditanggani supaya umat Islam tidak menjadi umat yang berpecah belah. Di antara
usaha mereka untuk menguasai dunia Islam ialah mengemukakan istilah emosional
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
2
dan stereotif, melatih tokoh-tokoh Islam menjadi tali barut barat, manipulasi media
barat terhadap para pejuang Islam, mengksploitasi fakta terhadap gerakan Islam dan
membentuk representatif sebagai alat propaganda. Kajian ini mencadangkan supaya
kajian-kajian lebih terperinci dilakukan untuk mengetahui bentuk-bentuk propaganda
yang dilakukan oleh Barat.
Kata kunci: Propaganda Barat, emosional, stereotif, dunia Islam
1. PENGENALAN
Propaganda boleh dijelaskan sebagai penerangan atau penyiaran mengenai ideologi
yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai, iaitu diayah yang disebar secara
teratur dan tersusun mengenai sesuatu fahaman atau pendapat yang bertujuan untuk
mendapat sokongan dari pelbagai pihak (Kamus Dewan, 1993).
Terkait mengenai propaganda Barat terhadap pejuang Islam yang menuduh
mereka sebagai ekstremis agama, perkara ini boleh dijelaskan sebagai dakyah barat
yang cuba menguasai pemikiran masyarakat dunia untuk memburuk-burukkan imej
Islam, ajaran Islam dan umat Islam seluruhnya. Dengan memanipulasi berita-berita
yang berlaku seperti peperangan, serangan berani mati dan pengeboman, mereka
mengaitkan kejadian tersebut dengan Islam dan para peluang Islam. Penguasaan Barat
dalam dunia laporan dan penyebaran maklumat memudahkan bagi mereka untuk
menyakinkan masyarakat dunia bahawa laporan yang disiarkan melalui pelbagai
saluran berita seolah-olah benar yang mengaitkan siri keganasan dengan para pejuang
Islam.
Setelah jatuhnya Daulah Islam yang terakhir, iaitu Daulah Uthmaniyyah di
Turki, para penjajah dan orientalis Barat serta konco-konconya telah mengemukakan
‘plan tindakan’ terhadap sistem perundangan dan sistem kehidupan yang hendak
dibentuk ke dalam masyarakat Islam untuk mengubah corak dan rentak hidup umat
Islam serta pemikiran mereka supaya sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh
penjajah. Segala tabiat kemanusiaan dan nilai-nilai agama telah dirungkaikan satu
persatu, bermula dari hubungan persaudaraan iman, pergaulan dalam masyarakat,
amal ibadat, akhlak dan lain-lain sehingga kepada kepercayaan hidup dan rupa bentuk
akidah yang menjadi pegangan umat Islam (Naseh ‘Ulwan, 1985).
2. KESAN NEGATIF KEDATANGAN PENJAJAH
Kedatangan penjajah ke bumi umat Islam mempunyai satu tujuan dan satu matlamat,
iaitu untuk melenyapkan Islam dan ajarannya serta memusnahkan umat Islam dari
pegangan agama, di samping mengembangkan pengaruh penjajah yang tidak lagi
diminati di Benua Eropah ketika itu. Mereka sanggup mengharungi lautan yang luas
terbentang dan membuka laluan baru untuk datang menjajah ke bumi umat Islam
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
3
termasuk ke Asia Timur, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Sebenarnya, usaha-usaha
pembaharuan semula yang dibawa oleh penjajah merupakan usaha yang mengajak
umat manusia supaya kembali ke zaman jahiliyah, tetapi dalam bentuk yang lebih
moden sesuai dengan keadaan semasa. Walaupun mereka cuba mengubah style dan
budaya masyarakat ke arah yang lebih baik dengan mengemukakan satu konsep
kehidupan baru, namun realitinya tidak sedemikian rupa, kerana masyarakat akan
menjadi lebih parah apabila pegangan dan kepercayaan ketuhanan telah dicungkil dari
kehidupan, masyarakat yang hendak dibentuk itu akan menjadi masyarakat hancur
musnah moral dan akhlaknya, masyarakat yang terumbang-ambing dalam arus
kemajuan kerana tidak mempunyai attitude dan peradabannya sendiri.
Jelaslah kepada kita semua, sekalipun penjajah telah lama meninggalkan dunia
Islam, namun mereka telah berjaya meninggalkan satu kesan yang abadi ke atas
masyarakat setempat, iaitu ‘kesan pemikiran’ yang dianggap suatu usaha yang berjaya
dalam agenda penjajah. Kebanyakan negara Islam yang pernah dijajah tidak mahu
menukarkan sistem perundangan yang dicipta oleh penjajah kepada sistem
perundangan Islam sebagaimana yang sedia kala sekalipun penjajah telah lama
meninggalkan negara tersebut dan sekalipun kuasa pemerintahan negara dipegang
oleh mereka yang percayakan Allah dan RasulNya. Begitu juga dengan sistem
kehidupan, sepatutnya dengan kuasa yang ada setiap pemimpin boleh mengeluarkan
arahan supaya masyarakat muslim melaksanakan corak kehidupan dengan
berlandaskan kepada syari’at dan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka
yang engkar. Mengapa berlaku demikian..? Tidak lain dan tidak bukan melainkan
pemikiran mereka telah dijajah, sekalipun mereka tahu bahawa mereka adalah
seorang muslim dan mereka tahu bahawa sistem perundangan Islam yang dicipta oleh
Allah adalah lebih baik jika dibandingkan dengan sistem perundangan ciptaan
penjajah, tetapi apa boleh buat kerana minda dan pemikiran mereka telah dijajah dan
telah cop sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan waras.
3. DEFINISI PROPAGANDA
Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary, 2015), propaganda
dijelaskan sebagai:
“Ideas or statements that may be false or exaggerated and that are used
in order to gain support for a political leader, party, etc.”
Menurut Abd Rauf (2011).), perkataan propaganda dalam Bahasa Arab
disebut sebagai al-Di’ayah (الدِعَايَة) yang diterjemahkan dengan maksud dakyah.
Dalam Mu’jam al-‘Arabiy al-Asasiy, perkataan al-Di’ayah (الدِعَايَة) merupakan manhaj
atau jalan yang bertujuan untuk menyebarkan sesuatu barangan atau fikrah atau
madhhab, sama ada melalui kitab atau iklan atau ceramah.
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
4
Propaganda juga boleh diertikan sebagai penyebaran secara sistematik
mengenai doktrin atau fahaman atau pernyataan yang mengandungi aliran pemikiran,
pandangan dan kepentingan tertentu (Mohammad Shoelhi, 2012). Dalam
Encyclopaedia Britanica (2010) dan The Oxford Companion to the English Language
(1992), Tom Mc Athur menjelaskan bahawa perkataan propaganda berasal dari
bahasa Neo Latin iaitu propagandus atau propagare yang bererti penyebaran.
Perkataan ini buat pertama kali diguna-pakai oleh Paus Gregorius XV di Italia pada
tahun 1622 untuk menamakan aktiviti misionari Gereja Katolik Rom sebagai
‘Congregatio de Propaganda Fide’.
Maka, bermula dari sini perkataan tersebut diperluaskan penggunaannya yang
merujuk pada gerakan teroris untuk menyebarkan suatu keyakinan, dogma, doktrin
dan sistem tertentu (Mohammad Shoelhi, 2012). Propaganda boleh dikaitkan suatu
komunikasi yang berusaha untuk memengaruhi pendapat dan pandangan tanpa
menghiraukan kesan baik atau buruk dan benar atau salah mengenai apa yang
disampaikan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah untuk mempengaruhi sikap
masyarakat terhadap tujuan tertentu, iaitu:
“ Propaganda is a form of communication aimed towards influencing the
attitude of a population toward some cause or position.” (Ali Kusno, 2015).
Dalam kalangan para sarjana dan tokoh-tokoh ilmuan telah mendefinisikan
propaganda dengan pelbagai pendapat. Menurut Robert Cole (1996) dalam bukunya
Propaganda in the Twentieth Century War and Politics menjelaskan, bahawa
propaganda merupakan sesuatu bentuk idea yang tertumpu ke arah aspek sumber,
metode, sistem, sifat, jenis kegiatan, bentuk komunikasi yang dipilih dan tempat
sebagai pentas penyebaran.
Menurut Harold D Lasswell (1971) dalam karyanya ‘Propaganda Techniquein
The World War’ mengatakan, bahawa propaganda merupakan ideologi yang
dilakukan melalui simbol-simbol yang mempunyai pengertian tertentu atau
menyampaikan pendapat yang kongkrit dan akurat melalui sebuah cerita, gambar-
gambar, desas-desus, khabar angin dan pelbagai bentuk yang lain.
Manakala Coulumbis dan Wolfe (1990) dalam buku berjudul ‘Introduction to
International Relations: Power and Justice’ menjelaskan, bahawa propaganda
merupakan salah satu kaedah atau metode yang digunakan oleh sesebuah negara
untuk membina keamanan pemeliharaan dan penerapan kekuasaan dalam rangka
memajukan kepentingan nasional.
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
5
Terarah kepada pendapat F. Rahmadi (1992) dalam bukunya ‘Public Relations
dalam teori dan praktek’ menyatakan, pengertian Propaganda adalah informasi yang
mengandungi doktrin, ideologi dan pernyataan resmi dari pemerintah. Propaganda
juga dijelaskan suatu kegiatan komunikasi dengan menggunakan teknik-teknik
tertentu untuk mengawal sikap dan tingkah laku manusia demi kesamaan dalam suatu
pendapat atau cita-cita.
Berdasarkan daripada definisi propaganda tersebut, maka di sana dapat
difahami bahawa propaganda mengandungi manipulasi dan daya muslihat yang
sangat mempesona sebagai sarana untuk meyakinkan orang ramai dan masyarakat
agar menganut suatu fahamanm aliran, pemikiran, sikap dan arah tindakan tertentu.
Menjelaskan realiti ini, propaganda tidak menyampaikan informasi secara langsung,
tetapi memberi informasi yang dirancang untuk mempengaruhi sesuatu pihak yang
mendengar. Akan tetapi, propaganda terkadang menyampaikan mesej yang benar,
namun seringkali menyesatkan kerana umumnya maklumat propaganda hanya untuk
menyampaikan fakta-fakta pilihan yang dapat menghasilkan pengaruh tertentu atau
terarah untuk menghasilkan reaksi emosional daripada reaksi rasional. Matlamat
propaganda adalah untuk mengubah dan merombak daya pemikiran masyarakat untuk
kepentingan tertentu. Propaganda boleh dijelaskan sebagai suatu usaha untuk
mengubah pemikiran atau kepercayaan secara sistematik yang membentuk persepsi,
manipulasi dan kognisi unruk mempengaruhi secara langsung perilaku agar
memberikan respon sesuai yang dikehendaki pelaku propaganda.
4. USAHA BARAT KE ARAH MEMBENTUK PROPAGANDA
TERHADAP DUNIA ISLAM
Propaganda barat terhadap para pejuang Islam tercatat dalam sebuah buku yang
ditulis oleh Alfred McClung Lee and Elizabeth Briant Lee (1939) berjudul: ‘The Fine
Art of Propaganda: A Study of Father Coughlin’n Speeches’ dan buku ini telah diulas
oleh KJ Holsti (1992) dalam karyanya Politik Antarabangsa: Kerangka Untuk
Analisis yang memetik beberapa fakta penting daripada buku tersebut mengenai
teknik propaganda yang dilakukan ke atas umat Islam, di antaranya dapat dijelaskan
sebagaimana berikut:
4.1 Mengemukakan Istilah Emosional dan Stereotif
Propaganda yang disebarkan menggunakan istilah-istilah yang mampu memberi kesan
emosional dan stereotif yang dianggap sebagai negatif seperti buruk, buas, gila dan
jahat. Istilah-istilah tersebut kemudian dilabelkan kepada seseorang atau para pejuang
Islam atau sesebuah negara tanpa melihat kerasionalannya. Namun, apa yang penting
tindakan tersebut memenuhi kehendak barat. Sebagaimana istilah yang digunakan
terhadap orang-orang Arab yang dikaitkan dengan Islam, umat barat menggambarkan
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
6
mereka sebagai orang yang keji, kejam, bernafsu buas dan melakukan seks yang
ganas.
Istilah negatif ini juga digambarkan kepada Nabi s.a.w sendiri yang dianggap
sebagai ‘gila seks’ dan ‘pengganas.’ Perkara ini terbukti apabila pengarang kartun A
Doaug Marlette telah memuatkan tajuk yang berjudul, ‘What Would Mohammed
Drive..? Kartun ini memaparkan bahawa Nabi s.a.w. menaiki trak yang berisi bom
nuklear sebagaimana trak yang digunakan oleh Timothi McVeigh dalam peristiwa
pengeboman di Oklahoma City pada tahun 1995 (KJ Holsti,1992).
Mereka melabelkan para pejuang HAMAS di Palestin dan para pejuang yang
menegakkan syariat Islam sebagai pengganas, skriptualisme, tekstualis, ortodok dan
konservatif. Penggunaan istilah ‘muslim ekstremis’ bertujuan memberi kesan negatif
pada para pendakwah dan pendokong syariat Islam. Manakala negara yang tidak
mengikut telunjuk barat di Timur Tengah dilabel sebagai ‘negara militan’ dan
sementara negara yang seiring dengan kemahuan mereka disebut sebagai ‘negara
moderat’(KJ Holsti,1992).
4.2 Melatih Tokoh-Tokoh Tempatan Menjadi Tali Barut Barat
Propaganda yang hendak disebarkan bukan suatu perkara yang mudah untuk
dikendalikan, keadaan ini memerlukan kepakaran dan kebijaksanaan dari semua
aspek. Dengan sebab itu, mereka berusaha menyamar diri untuk memahami nilai
budaya dan gaya kehidupan masyarakat setempat sehingga mampu menutur loghat
tempatan. Penyebar propaganda biasanya lebih suka menggunakan khidmat penduduk
tempatan yang mempunyai potensi untuk menyebarkan propaganda mereka. Di antara
cara yang paling efisyen ialah dengan melatih seseorang individu dalam kalangan
penduduk tempatan yang diangkat sebagai pemimpin atau sebagai tokoh untuk
dijadikan sumber rujukan dalam pelbagai perkara. Proses ini dilakukan melalui
latihan dan pendidikan, manakala media memainkan peranan dengan menampilkan
tokoh tersebut dalam pelbagai program atau aktiviti berbentuk kemasyarakatan secara
berterusan sehingga diberi anugerah gelaran atau penghargaan (KJ Holsti,1992).
Perkara ini pernah berlaku di Turki apabila tumbangnya Kerajaan Islam
Uthmaniyyah, maka musuh-musuh Islam yang terdiri dari penjajah barat telah
melantik Mustafa Kemal Ataturk sebagai tokoh permodenan. Beliau telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembaratan di Turki yang berasaskan prinsip
sekularisme (Geoffrey L. Lewis, 1974). Tranformasi utama beliau ialah
mensekularkan negara dan masyarakat Turki, di samping perubahan dalam struktur
sosio-ekonomi negara (Suna Kili,1980). Di antara usaha yang dilakukan oleh beliau
ialah menggubal undang-undang penyatuan pendidikan sekular, undang-undang
pemakaian topi, undang-undang perkahwinan secara sivil, undang-undang
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
7
pengharaman kegiatan agama seperti menutup kegiatan tarikat dan makam para wali-
wali, mengharamkan laungan azan dan mengharamkan pemakaian mengikut cara
Islam (Naseh ‘Ulwan,1985).
4.3 Manipulasi Media Barat Terhadap Para Pejuang Islam
Untuk memastikan propaganda terus tersebar, musuh-musuh Islam melantik
seseorang individu atau mana-mana jabatan untuk menyokong tindakan mereka,
terutama ke atas mana-mana organisasi Islam atau tokoh-tokoh Islam yang tidak
sehaluan dengan mereka supaya masyarakat akan mengambil tindakan yang sama
menyokong apa yang mereka lakukan. Di antara contoh perkataan propaganda yang
biasa digunakan ialah memberi gelaran ‘pakar’ atau ‘ahli’ atau ‘ilmuwan’ atau ‘yang
berpengalaman’ sebagai suatu usaha untuk menambah keyakinan orang ramai (KJ
Holsti,1992).
Menjelaskan maksud tersebut, barat cuba menyakinkan para pembaca bahawa
di sana adanya jaringan Jama’ah Islamiyah atau al-Qaeda yang mula bertapak di Asia
Tenggara. Media-media barat akan merujuk kepada pendapat orang yang mereka
sebut sebagai ‘pakar pengganas’ seperti Rohan Gunaratma. Mereka menyebut
perkataan ‘pakar’ dalam kajiannya mengenai pengganas atau dalam karyanya tentang
pengganas. Padahal, segala fakta dan maklumat yang termuat dalam penulisannya
langsung tidak mempunyai bukti-bukti ilmiah. Begitu juga dengan perkataan
‘pemahaman Islam yang sebenar’ adalah merujuk kepada maksud yang dikehendaki
demi kepentingan barat. Padahal, individu yang dirujuk itu merupakan agen barat
yang dilatih dan menjadi dalang di tengah-tengah lautan umat Islam. Di antara
pertubuhan yang menjadi propaganda dan mempunyai hubungan yang erat dengan
barat ialah Heritage Foundation (KJ Holsti,1992).
Dengan sebab itu, setiap individu muslim perlu berhati-hati menilai watak
tokoh-tokoh yang dianggap berkarisma dalam pasaran dunia dengan melihat dari
sudut pemahaman dan bicara mereka melalui nas-nas syarak, bukan tertarik dengan
apa-apa gelaran yang diberi kepada mereka.
4.4 Mengksploitasi Fakta Terhadap Gerakan Islam
Di dalam kitab Ma’alim fi al-Tariq, Sayyid Qutb (1987) pernah menyuarakan bahawa
para orientalis dan umat barat dengan sengaja menyembunyi fakta-fakta mengenai
Islam dengan memberi gambaran bahawa Islam adalah gerakan kekerasan yang
memaksa manusia untuk menganut akidahnya. Dengan sebab itu, propaganda yang
disebarkan ke atas dunia Islam menggunakan beberapa fakta yang terpilih, sekalipun
benar namun ianya tidak mengambarkan realiti yang sebenar.
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
8
Di antara fakta-fakta tersebut yang digunakan untuk membuat resolusi yang
dijelas secara umum seperti: ‘Perjuangan menegakkan syariat Islam dilabelkan
dengan kekerasan.’ Resolusi daripada fakta tersebut menunjukkan wujudnya aksi
kekerasaan yang dilakukan oleh para pejuang Islam yang ingin menegakkan syariat
Islam, sekalipun fakta tersebut dibuat tanpa sebarang bukti dan keterangan. Namun,
mereka menyembunyikan fakta lain mengenai perjuangan syariat Islam tanpa
kekerasaan, seperti perjuangan Hizb al-Tahrir di Uzbekistan, Jordan, Mesir dan di
negara-negara.Tujuannya ialah supaya perkara ini memberi kesan yang mendalam
kepada pemikiran manusia bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam dilabel
dengan aktiviti keganasan dan kekerasan (KJ Holsti,1992).
Di antara fakta lain, bahawa Kerajaan Amerika telah mengeluarkan
propaganda khusus untuk membantah dakwaan bahawa wujudnya diskriminasi ke
atas kaum muslim selepas serangan 11 September. Mereka menyiarkan iklan
propaganda ke dunia Islam dengan memaparkan empat orang warganegara Amerika
yang berasal dari keturunan Arab berbual-bual dan berbincang mengenai kesempitan
hidup di negara tersebut. Namun, gambaran tersebut hanyalah satu propaganda untuk
menutup hakikat yang sebenar. Di sana terdapat banyak fakta-fakta lain di Amerika
yang menyukarkan kaum muslim, tetapi tidak dimuatkan dalam iklan tersebut, seperti
kewajiban cap jari bagi warga dari Arab, Pakistan dan negara-negara Islam lain,
masjid dan Islamic Centre dirosakkan, terdapat gangguan terhadap wanita Islam dan
Islamophobia sebagai wujudnya kebencian warga Amerika ke atas umat Islam (KJ
Holsti, 1992).
4.5 Membentuk Representatif Sebagai Alat Propaganda
Di antara usaha barat untuk mencipta kebencian terhadap Islam dan umat Islam ialah
membentuk kumpulan representatif sebagai blacksheep yang bertanggungjawab
memainkan peranan menyebarkan propaganda. Berbicara mengenai persoalan ini,
media massa dan tokoh-tokoh sarjana mempunyai hubungan rapat untuk membentuk
kombinasi yang seiring bagi menjayakan tujuan tersebut (KJ Holsti,1992).
Media massa berperanan sebagai alat yang paling sesuai untuk menyampaikan
propaganda kepada manusia dengan pantas dan meluas. Ianya merupakan strategi
yang sangat efektif untuk mengubah minda dan sikap manusia. Peranan media massa
juga bertindak sebagai alat untuk mengubah istilah daripada baik kepada buruk,
seperti istilah ‘pejuang’ diubah menjadi istilah ‘pengganas.’ Perkara ini pernah
berlaku di Afganistan, di mana media massa menggunakan istilah ‘pejuang’ kepada
para mujahidin Afganistan, kerana pada ketika itu Amerika mempunyai kepentingan
untuk menghalau dan membendung pengaruh komunis dari negara tersebut. Namun,
apabila kepentingan Amerika berubah untuk menguasai bumi Afganistan, maka istilah
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
9
‘pejuang’ itu ditukar kepada istilah ‘pengganas’ kepada para mujahidin (KJ
Holsti,1992).
Dengan itu, media massa sangat berperanan untuk membuat alihan minda dan
anjakan persepsi tanpa menyedari hakikat sebenar di sebalik kejadian yang berlaku.
Manakala tokoh-tokoh sarjana dan para ilmuan pula dijadikan sebagai
pengulas untuk memberi komentar terhadap sesuatu isu, kerana mereka mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang yang boleh dipercayai oleh masyarakat. Oleh itu,
kupasan dan saranan mereka boleh dijadikan benih propaganda yang lebih dipercayai.
Dalam kalangan intelektual Islam, mereka digunakan sebagai alat propaganda barat
sama ada mereka sedar atau sebaliknya. Sebagai contoh, agenda barat seperti di
Amerika telah memberi biasiswa kepada para pelajar di seluruh dunia dilihat sebagai
satu muslihat. Mereka yang terpilih biasanya dari kalangan aktivis pelajar dan mereka
yang cerdas dalam bidang-bidang berkaitan, namun lemah dari sudut kefahaman
agama atau mereka yang berpengaruh dalam sesebuah negara. Mereka akan dididik
dan dibina untuk dijadikan sebagai agen-agen propaganda untuk kepentingan
Amerika di negara masing-masing apabila mereka menamatkan pelajaran nanti (KJ
Holsti,1992).
5. PENUTUP
Dunia barat sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dan umat Islam supaya
mereka menjadi umat yang terumbang-ambing tanpa pedoman. Usaha-usaha yang
mereka lakukan sejak dahulu hingga sekarang adalah untuk melaga-lagakan umat
Islam dan memecah-belah hubungan di antara mereka. Kajian ini merumuskan
bahawa barat sememangnya berusaha untuk menguasai dunia Islam dengan
menyebarkan pelbagai dakyah dan propaganda. Di antara propaganda yang dilakukan
untuk menguasai dunia Islam ialah mengemukakan pelbagai istilah emosional dan
stereotif, melatih tokoh-tokoh Islam menjadi tali barut barat mereka, manipulasi
media barat terhadap para pejuang Islam, mengksploitasi fakta secara salah terhadap
gerakan Islam dan membentuk representatif sebagai alat propaganda mereka. Dunia
Islam hari ini telah dipenuhi oleh para sarjana dan tokoh-tokoh intelektual yang
menjadi pengkhianat agama. Mereka menyebarkan idea-idea barat seperti
sekularisme, demokrasi, individualisme dan pluralisme dalam masyarakat sehingga
masyarakat terpedaya dengan dakyah yang disebarkan. Mereka tetap akan menjadi
pembela pemikiran barat yang dibiayai sepenuhnya bertujuan untuk memesongkan
akidah umat Islam dan menjauhkan mereka daripada pegangan syariat agama. Dua
perkara ini menjadi tumpuan dalam agenda propaganda kerana kedua-dua perkara ini
merupakan nadi kekuatan umat Islam.
Vol. 2, No.4, December 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
10
BIBLIOGRAFI
Abdullah Naseh Ulwan.1985. Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam. Kaherah: Dar al-Bayan
al-Arabi.
Alfred McClung Lee and Elizabeth Briant Lee. 1939. The Fine Art of Propaganda: A
Study of Father Coughlin's Speeches. New York: Harcourt Brace and Co.
Ali Kusno. 2015. Makna Bahasa Propaganda Dalam Wacana (Spanduk Dan Baliho)
Tuntutan Otonomi Khusus Provinsi Kalimantan Timur (Kajian Semiotik).
Parole Vol.5 No.1, April 2015.
F. Rachmadi. 1992. Public Relations Dalam Teori Dan Praktek. Gramedia Pustaka
Utama.
Geoffrey L. Lewis. 1974. Modern Turkey. London: Ernest Benn.
Harold D Lasswell. 1971. Propaganda Techniquein The World War. Cambridge,
Mass: M.I.T. Press.
Hassan, Abd Rauf. (2011). Kamus Bahasa Melayu Arab, Bahasa Arab Melayu.
Selangor: Fajar Bakti.
Helena Olii. 2007. Opini Publik. Hlm. 38. Jakarta: Indeks.
Joanna Turnbull & Diana Les. 2015. Oxford Advanced Learner’s Dictionary. New
York: Oxford University Press.
Kj Holsti, Hassan Ahmad .1992. Politik Antarabangsa: Suatu Rangka Kerja Analisis
Kuala Lumpur: DBP
Mohammad Shoelhi. 2012. Propaganda dalam komunikasi internasional. Hlm. 34.
Bandung: Simbiosa Rekatama Media.
Robert Cole. 1996. Propaganda in Twentieth Century War and Politics. Scarecrow
Press. Sayyid Qutb.1987. Ma ‘alim fi al-Tariq. Qahirah: Dar al-Shuruq
Suna Kili.1980. Kemalism in Contemporary Turkey. International Political Science
Review Journals. Vol. 1, No. 3, 1980.
The Encyclopaedia Britannica. 2010. Encyclopædia Britannica, Inc
The Oxford Companion to the English Language. 1992. Oxford University Press.
Theodore A. Couloumbis, James H. Wolfe. 1990. Introduction to International
Relations: Power And Justice. London: Prentice Hlml International.