Andrew Final Report

105

Click here to load reader

description

report

Transcript of Andrew Final Report

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI PMM ANDREW TONY A/L ANTTONEYSAMY JKM DIS 2014

ANDREW TONY A/L ANTTONEYSAMY14DKM13F1036

NO.84 & 86,JALAN MUTIARA MELAKA 2,TAMAN MUTIARA MELAKA,75350 BATU BERENDAM

LAPORAN INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI DAN PENGANUGERAHAN DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK MERLIMAU,MELAKADIS 2014

PENGESAHAN PELAJAR

Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Pelajar: Andrew Tony A/L Anttoneysamy No. Pendaftaran: 14DKM13F1036 Tarikh : 17 APRIL 2015

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini saya mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. yang dihormati iaitu IR.HJ.Ahmad Razak HJ Joffri di atas segala tunjuk ajar ,bimbingan ,nasihat ,pandangan dan cadangan yang diberikan sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini.Penghargaan dan terima kasih ini juga ditujukan kepada penasihat akademi saya En.Noor Azlan Bin Ngasman di atas kerjasama,bimbingan dan dorongan yang telah diberikan.Tidak lupa juga,ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang yang memberi sokongan,rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini.Semoga Tuhan memberkati segala usaha dan bakti yang telah saya lakukan.Sekian,terima kasih.

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan satu komponen utama yang wajib dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar di syaratkan lulus Latihan Industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.1.2 PendahuluanBagi melayakkan seseorang pelajar Politeknik dianugerahi Sijil atau Diploma, pelajar tersebut hendaklah menjalani satu sesi Latihan Industri atau praktikal dimana-mana syarikat atau organisasi yang ditentukan oleh pihak Politeknik bagi pihak pelajar. Latihan Industri tersebut dijalankan selama dua puluh minggu di syarikat yang berkenaan. Bermula dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan sistem yang memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini juga membina semangat di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

1.3 Objektif Latihan IndustriTujuan diadakan latihan industri ini adalah bagi membolehkan para pelajar menerokai ataupun didedahkan dengan keadaan sebenar alam pekerjaan serta cuba untuk mempraktikkan ilmu serta pelajaran yang telah diperolehi di Politeknik. Para pelajar juga secara tidak langsung akan memperolehi pengetahuan yang tidak dapat diperolehi daripada proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik kerana sebahagian besar kandungan pembelajaran adalah berbentuk teori di dalam bilik kelas. Sementara itu, pengajaran teori pula terhad dibandingkan dengan fenomena dan realiti sebenar alam bidang perakaunan. Secara tidak langsung pula, para pelajar akan memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai harganya serta menyuntik semangat diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi. Ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar yang telah memperolehi sijil atau diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau mencari dan menempuh alam pekerjaan nanti.

1.4 Objektif LaporanLaporan ini disediakan sebagai salah satu daripada tugasan yang wajib dibuat bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan setelah selesai menjalani Latihan Industri. Ia disediakan berdasarkan apa yang telah dilakukan semasa menjalani Latihan Industri berpandukan segala garis panduan dan format 1.5Kepentingan Latihan Industri Kepada PelajarLatihan Industri merupakan salah satu cabang sukatan pelajaran yang diwajibkan kepada para pelajar.Bagi pelajar-pelajar Politeknik ,mereka wajib menjalani Latihan Industri pada semester keempat atau keenam bagi kursus Diploma.Pada semester ini, para pelajar akan menjalani Latihan Industri selama dua puluh minggu. Pelajar juga akan ditempatkan di syarikat, firma dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun awam bersesuaian dengan kursus-kursus yang diambil oleh para pelajar. Para pelajar harus faham bahawa Latihan Industri ini adalah satu cabang sukatan pelajaran mereka. Disebabkan inilah Latihan Industri menjadi syarat wajib kepada para pelajar Politeknik bagi melayakkan mereka dianugerahkan Diploma. Sewaktu menjalani latihan industri, penekanan yang diberikan adalah mengenai aspek disiplin, kerana para pelajar mewakili Politeknik ke syarikat dan firma tempat mereka menjalani latihan tersebut. Sikap serta disiplin para pelajar tersebut akan mencerminkan imej dan reputasi politeknik dimata pihak luar.Pihak Politeknik mahupun syarikat berhak menghukum pelajar sekiranya melanggar peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan dan pelajar tersebut mungkin terpaksa mengulang semula Latihan Industri. Akhir sekali, Latihan Industri juga dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan pelajar tersebut.

BAB II

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1PengenalanIndah Water Konsortium Sdn Bhd, syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.Pada Jun 2000, sebagai testimoni seriusnya, Kerajaan telah memastikan sistem pembetungan yang teratur dan efisien dikendali dan diselenggarakan dengan jayanya. Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu

2.2Latar Belakang Organisasi

Nama Syarikat:Indah Water Konsortium Sdn.BhdNombor Pendaftaran:211763-PTahun Ditubuhkan :1994Alamat Berdaftar:No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights,50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA Nombor Telefon:+603 2780 1100Nombor Fax:+603 2780 1101Jenis Perniagaan:Rawatan Kumbahan

2.3Aktiviti Organisasi

2.3.1 Ciri-ciri Kumbahan

Rajah 2.1 Pengeluaran air najis Rajah 2.2 Tempat pengeringan

Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan utama dalam komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan seperti berikut: -Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.

Bahan-bahan kimia : Organik Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.Bukan organik pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfurGas hidrogen sulfida, metana, oksigen2.3.2 Objektif-objektif Rawatan KumbahanDengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Sejak awal tahun 1900, evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan moden menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan dengan selamat.

Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan mengurangkan kawasan yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadara rawatan biasa di bawah syarat-syarat terkawal.

Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung, rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran organisma-organisma patogenik.

Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi-operasi unit fizikal, proses-proses unit kimia dan proses-proses unit biologi.

Rajah 2.3 Permukaan loji Rajah 2.4 Tempat surface aerator

2.3.3 Operasi-operasi Unit FizikalOperasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan, yang menggunakan aplikasi kekuatan fizikal untuk merawat kumbahan. Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran, pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan pengapungan.

2.3.4 Proses-proses Unit Kimia

Rajah 2.5 Proses-proses penukaran bahan cemar dengan kimiaKaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.2.3.5 Proses-proses Unit BiologiProses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah yang menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.

Kolam Pengoksidaan

Rajah 2.6 Kolam pengoksidanTindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan

Rajah 2.7 Tindak balas di kolam pengoksidan

2.3.6 Kaedah-kaedah Rawatan KumbahanDari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan. Rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi ketiga-tiga proses.

i.Rawatan Permulaan KumbahanRawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan. ii.Rawatan Utama KumbahanDi dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.iii.Rawatan Sekunder TambahanRawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder kumbahan.

iv.Rawatan Peringkat Tinggi KumbahanRawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.Jadual 2.1 Peringkat rawatanPengaliran masuk kumbahanRawatan PermulaanRawatan UtamaRawatan SekunderRawatan Peringkat TinggiPelepasan efluen

PemeriksaanPemendapanenapcemar teraktifpenurasan

penyingkiran batu-batu halusPengapunganpenurasan biopenyahjangkitan

tangki grispemendapankolam-kolam peringkat tinggi

2.3.7 Sistem-sistem Rawatan KumbahanSejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk memelihara kesihatan awam dan persekitaran. Bagi kawasan bandar, di mana populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan, sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen berkualiti tinggi. Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran yang selalu meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih baik.

i.Sistem-sistem Rawatan Kumbahan untuk Kawasan-Kawasan BandarProses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen (anaerobik). Pemecahan bahan organik boleh berlaku semasa di dalam keadaan terampai (pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan perantara (pertumbuhan terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga digunakan jika terdapat kawasan yang luas.Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh biologi berputar dan penapis cucuran merupakan sistem-sistem rawatan yang selalu digunakan.

ii.Sistem-sistem kumbahan untuk komuniti-komuniti kecilDisebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-masalah kos per kapital yang tinggi, kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad untuk rawatankumbahan.Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung dengan peringkat-peringkat rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem rawatan sekunder.Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang siap sebelum dihantar ke tapak dan ini dipanggil "loji-loji pakej". Jadual 2.2 Jenis rawatanRawatan UtamaTangki Septik IndividuTangki Septik KomunalTangki Imhoff

Rawatan SekunderLoji-loji Pakej (pasang siap)- sistem-sistem enapcemar teraktif- reaktor kelompok penjujukan- penstabilan sesentuh- penyentuh biologi berputar

Loji-loji yang direkabentuk secara individu- sistem-sistem enapcemar teraktif- kolam-kolam pengoksidaan- reaktor kelompok penjujukan- penyentuh biologi berputar- penurasan cucuran- "facultation lagoons"- lagun-lagun pengudaraan

Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki Imhoff (IT) akan dihentikan secara berperingkat.

2.3.8 Piawaian Efluen

Rajah 2.8 Ujian efluen

Rawatan enapcemar domestik adalah direkabentuk untuk menghasilkan efluen yang mempunyai kandungan pepejal dan organik yang rendah.Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan lain, yang menyingkirkan nutrien, mengubah pH atau menyahjangkit efluen mungkin akan ditambah bergantung kepada persekitaran yang menerima efluen tersebut.Piawaian tertentu telah diwujudkan untuk kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji olahan ke sistem pengairan. Ia mengambilkira tahap penerimaan tertinggi untuk pelbagai efluen bahan cemar. Sampel efluen daripada loji olahan akan diambil dan diuji di makmal untuk memastikan piawaian-piawaian ini ditepati dan loji-loji olahan beroperasi dengan betul.Jadual 2.3 Jenis-jenis efluenParameterUnitPiawaian

AB

SuhuC4040

Nilai Ph-6.0-9.05.5-9.0

BOD5 pada 20Cmg/l2050

CODmg/l50100

Pepejal Terampaimg/l50100

Mercurimg/l0.0050.05

Kadmiummg/l0.010.02

Kromium, Hexavalentmg/l0.050.05

Arsenikmg/l0.050.10

Sianidamg/l0.050.10

Leadmg/l0.100.5

Kromium, Trivalentmg/l0.201.0

Coppermg/l0.201.0

Manganmg/l0.201.0

Nikelmg/l0.201.0

Tinmg/l0.200.10

Zinkmg/l1.01.0

Boronmg/l1.04.0

Iron (Fe)mg/l1.05.0

Phenolmg/l0.0011.0

Free Chlorinemg/l1.02.0

Sulfidamg/l0.500.5

Minyak dan Grismg/lTidak Dapat Dikesan10.0

Bahan cemar di dalam kumbahan diukur untuk pemahaman yang lebih jelas dan memudahkan rawatan kumbahan dan juga memeriksa kesan-kesan efluen atau kumbahan terawat kepada persekitaran.

Sampel efluen daripada loji-loji olahan kumbahan awam diambil pada masa-masa yang tertentu dan diuji di makmal untuk memastikan ia menepati piawaian yang ditetapkan. Ujian-ujian dijalankan sebagai sebahagian daripada program pengawasan dalam memenuhi syarat-syarat lesen operasi Indah Water dan memastikan operasi proses-proses rawatan yang efisien.

Ini akan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat dan meningkatkan tahap kehidupan penduduk Malaysia. Dua parameter utama yang diukur adalah Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan Pepejal Terampai (SS).

BOD adalah ukuran kandungan oksigen yang diserap oleh bahan kumbahan dalam tempoh masa tertentu. Kandungan BOD tinggi adalah ketara kerana ia menunjukkan bahan kumbahan itu akan menyerap oksigen di sungai dan tasik dengan pantas, dan ini akan membunuh hidupan laut, membuatkan air menjadi septik dan berbau busuk. SS adalah ukuran bahan-bahan tidak larut di dalam kumbahan. Kandungan SS yang tinggi akan menyebabkan penyimpanan enapcemar di perairan, dan ini akan menyebabkan kemerosotan yang ketara kepada persekitaran. Efluen yang dilepaskan ke hulu sungai perlu menepati Piawaian A, manakala efluen yang dilepaskan ke hilir sungai perlu menepati Piawaian B. Piawaian-piawaian ini ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Jadual2.4 Lepasan efluenPiawaianBOD (mg/L)SS (mg/L)

A2050

B50100

2.3.9 Kitaran Air

Rajah 2.9 Kitaran air2.3.10 Tangki Septik Individu (IST)

Rajah2.10 Tangki septik individuTangki septik individu (IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling 'ringkas' dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.Sesebuah IST itu meliputi dua ruang yang bersambung secara bersiri. Di dalam ruang yang pertama, pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk "enapcemar" manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum dan enapcemar akan mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan berlaku. Akhirnya, efluen akan meninggalkan ruang yang kedua dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah.Enapcemar di dalam tangki akan melalui proses pencernaan anaerobik dan ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya, IST direkabentuk untuk masa pengekalan 24 jam. Muatan simpanan yang mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik.IST adalah sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai sistem pembetungan terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran. Ini merupakan penyelesaian termurah untuk membuang enapcemar. Walau bagaimanapun, IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 1 juta IST di Malaysia, membuatkannya jenis sistem pembetungan yang paling biasa digunakan.

Kiraan biasa untuk IST adalah seperti berikut: -

Jadual 2.5 Kiraan IST(mg/L)KumbahanEfluenPiawaian B JAS

Permintaan Oksigen Biokimia200-400150-20050 } tidak berkait dengan

Pepejal Terampai200-35050-100100 } ISTs

Rajah 2.11 Proses IST2.4Halatuju Organisasi

Rajah 2.12 Wawasan dan misi

2.5Carta Organisasi

Rajah 2.13 Carta organisasi

BAB III

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1Pendahuluan

Bab ini menerangkan mengenai rumusan ringkasan harian yang dilakukan. Pelatih melihat skop industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang.Bab ini menyenaraikan mengenai perkara-perkara yang telah di pelajari dari minggu pertama sehingga minggu terakhir dalam Latihan Industri. Pelbagai pendedahan mengenai industri sebenar dapat diketahui.

3.1.1 Pada 1/12/2014, saya mendaftar diri untuk menjalani latihan industri di dalam Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Didalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak perkara yang baru.Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik,saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan serta etika syarikat.Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian M&E iaitu Mekanikal dan Elektrik.Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9 jam dalam sehari, bermula dari jam 8.00 a.m hingga 5.10 p.m setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.Indah Water Konsortium beroperasi secara beragihan dengan 4 jenis unit iaitu:-

i. Mekanikal&Elektrikii. Unit merawat air kumbahaniii. Unit sedutan tangki najis iv. Unit rangkaian paip pebentungan bawah tanah

3.1.2 Saya telah ditugaskan di Bahagian M&E dibawah pengawasan En.Hamirazim Hamid. Dimana unit M&E juga terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu:-i. Bengkel ii. 2 Kumpulan Servisiii. 2 Kumpulan ChargemanSaya diarahkan bahawa perlulah mengikut setiap kumpulan setiap bulan selama tempoh Latihan Industri.

3.2Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Jadual 3.1 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 1MingguAktiviti

Minggu 1(1/12/2014 5/12/2014)i. Melapor diri dan mendaftar di tempat Latihan Industri iaitu Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.Telah membaca prosedur-prosedur keselamatan firma.ii. Saya telah megikut Executive saya ke loji untuk mengetahui tentang kegunaan loji rawatan dan bahan-bahan yang digunakan di dalam loji.iii. Telah membuat pengisihan data berkenaan kehilangan dan keadaan bahan-bahan di loji.iv. Saya telah menghadiri ke taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Keselamatan,En.Rafi.v. Saya telah membelajari tentang jenis jenis motor induksi.

Jadual 3.2 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 2MingguAktiviti

Minggu 2

(8/12/2014 12/12/2014)i. Saya telah ditugaskan untuk membuat persembahan powerpoint bagi motor induksi.ii. Saya telah menyambung untuk membuat persembahan powerpoint bagi menyempurnakan tugasan yang diberi.iii. Saya telah membuat persembahan tentang motor induksi kepada Executive saya.Beliau juga memberi banyak pengetahuan tentang motor induksi.iv. Saya telah membuat persembahan tentang stator dan rotor .v. Cuti Sakit.

Jadual 3.3 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 3Minggu Aktiviti

Minggu 3(15/12/2014 19/12/2014)i. Saya telah mempelajari tentang ciri-ciri yang membolehkan motor cepat rosak.Cara-cara penjagaan diketahui. ii. Saya telah mempelajari cara-cara untuk membaik pulih motor yang rosak.Gegelung yang berlebihan panas membolehkan motor cepat rosak.iii. Saya telah membuat pengagihan bahan-bahan yang telah hilang daripada loji.iv. Saya telah menyambung kerja-kerja pengagihan.v. Saya telah membuat pengagihan bagi laporan polis bagi kes-kes kecurian.

Jadual 3.4 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 4MingguAktiviti

Minggu 4( 22/12/2014 26/12/2014)i. Saya telah mempelajari tentang blower.Blower akan beroperasi dengan bantuan motor.Blower mempunyai gearbox di dalamnya.ii. Saya telah menghadiri satu sesi perbualan bersama dengan Executive.Beliau telah berbual dengan saya tentang keadaan dan suasana bekerja di firma.iii. Saya telah mempelajari tentang pump.Terdapat banyak jenis pump di industri.iv. Cuti Krismasv. Cuti Krismas

Jadual 3.5 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 5MingguAktiviti

Minggu 5(29/12/2014 2/01/2015)i. Saya telah mempelajari lebih lanjut tentang pump.Pump digunakan untuk mengalirkan air kumbahan ke pelbagai tempat di loji untuk rawatan.ii. Hari pertama di Pusat Laporan.Saya telah diletakkan bawah penyeliaan staf bengkel.iii. Saya telah menhgadiri kursus keselamatan di RC.Pegawai Keselamatan telah memberikan saya but keselamatan dan topi keselamatan.iv. .Cuti Tahun Baruv. Saya telah memasang bearing dalam motor.Terdapat 2 jenis bearing iaitu covered & opened.

Jadual 3.6 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 6Minggu Aktiviti

Minggu 6(5/01/2015 9/01/2015)

i. Saya telah membuat lawatan ke loji.Saya telah mempelajari cara-cara surface aerator berfungsi.ii. Saya telah membuka selongsong pump untuk mengeluarkan rantai yang tersangkut di dalamnya.iii. Saya telah memeriksa insulation dan resistance bagi pump yang dihantar ke RC.iv. Saya telah membaiki pump yang dilaporkan bahawa rantai telah tersangkut di dalam pendesak.v. Saya telah membuat kertas kerja bagi peralatan yang ada bawah tanggungan bengkel.

Jadual 3.7 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 7MingguAktiviti

Minggu 7(12/01/2015 16/01/2015)i. Saya telah membuat koleksi peralatan daripada kontraktor.Dijalankan 3 hari seminggu.Sebelum mengumpul data-data perlatan perlulah dicatat. ii. Saya telah membuat pengagihan peralatan melalui SAP.SAP merupakan system yang digunakan oleh IWK untuk memasukkan data dan membuat work order.iii. Cuti Ponggal.iv. Saya telah mengikut juruteknik untuk menghantar peralatan kepada kontraktor.v. Saya telah membuat kertas kerja.Saya telah membuat mengisi borang pengumpulan bagi peralatan-peralatan yang dikumpul.

Jadual 3.8 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 8Minggu Aktiviti

Minggu 8(19/01/2015 23/01/2015)i. Saya telah pergi ke scrapper section.Saya dengan juruteknik telah membersihkan tempat tersebut yang baru dibaik-pulih.ii. Saya telah membantu juruteknik untuk membaik pulih motor.Motor tersebut dilaporkan bahawa bearing telah rosak.Saya telah menukarkan bearing baru.iii. Saya telah mengikut chargeman untuk membuat PDC.PDC bermaksud pemeriksaan status loji yang hendak diambil alih oleh IWK.iv. Kerenjatan elektrik boleh berlaku jika terdapat sambungan dawai yang salah.Saya telah mengikut chargeman untuk menyelesaikan laporan renjatan elektrik.v. Saya telah mengikut juruteknik untuk memasang pump di makmal yang ada di RC.

Jadual 3.9 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 9MingguAktiviti

Minggu 9(26/01/2015 30/01/2015)i. Saya telah membuat pengumpulan peralatan.Saya telah memeriksa resistance dan insulation dengan menggunakan clamp meter dan megatester.ii. Saya telah mengikut juruteknik untuk membuka motor.Saya telah membawa bahan seperti align key,tukul,pahat,bearing puller untuk proses pembukaan.iii. Saya telah memasukkan borang pengumpulan peralatan di dalam fail untuk memudahkan proses pengambilan data.iv. Saya telah membantu juruteknik untuk memasang bearing di dalam motor.Saya juga membuat welding bagi key motor.v. Saya telah membuat pengumpulan peralatan daripada syarikat ABS dan GRUNDFOS.

Jadual 3.10 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 10MingguAktiviti

Minggu 10(2/02/2015 6/02/2015)i. Saya telah membuat pump flow yang digunakan untuk mengklasifikasikan peralatan yang diterima daripada kontraktor.ii. Saya telah pergi ke loji untuk membaiki motor yang dilaporkan mengalami renjatan.Saya juga memeriksa panel untuk memastikan bahawa tiada mempunyai kesalahan pemasangan.iii. Saya telah membuat kerja penggerudian di atas plat besi.iv. Hari ini,saya telah membuat kerja yang ringan seperti kemasukan kertas kerja dalam fail disebabkan juruteknik menghadiri kursus.v. Saya telah membuat pengumpulan peralatan.

Jadual 3.11 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 11MingguAktiviti

Minggu 11(9/02/2015 13/02/2015)i. Saya telah mengikut chargeman untuk membuat PDC.Selepas itu, saya telah pergi ke loji untuk memeriksa keadaan float switch yang akan berfungsi di dalam air.ii. PDC dan pemeriksaan keadaan genset.Genset digunakan sebagai punca alternate jikalau berlaku renjatan elektrik.iii. Genset berfungsi dengan bantuan enjin.Enjin itu akan bermula dengan pengunaan diesel.iv. Saya telah mengikut chargeman untuk memeriksa keadaan capbank.v. Capbank digunakan untuk mengurangkan beban induktif dari peralatan di loji.

Jadual 3.12 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 12MingguAktiviti

Minggu 12(16/02/2015 20/02/2015)i. Saya telah membuka sebuah pump untuk membuat perbaikan.Dibiarkan kering.ii. Cuti sakitiii. Saya telah menyambung membuat kerja perbaikan pump yang dibuka hari itu.Impeller jam disebabkan sumbatnya enapcemar dan keadaan yang berkarat.iv. Cuti Tahun Baru Cinav. Cuti Tahun Baru Cina

Jadual 3.13 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 13Minggu Aktiviti

Minggu 13(23/2/2015 27/2/2015)i. Saya telah mengisi borang pengumpulan bagi peralatan yang dikumpul hari ini.ii. Hari ini,saya telah mengikut chargeman untuk memeriksa keadaan genset di SG.Udang.Genset dilaporkan bahawa tidak berfungsi secara auto.iii. Pengumpulan peralatan.iv. Lawatan ke loji dengan kumpulan servis untuk membuat siasatan masalah yang dialami di loji.v. Saya telah mengikut kumpulan servis untuk membuka motor blower yang disiasat semalam.Masalah yang berlaku ialah gearbox jam.

Jadual 3.14 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 14Minggu Aktiviti

Minggu 14( 2/03/2015 6/03/2015)i. Saya telah mengikut kumpulan servis untuk membuka pump di loji dan memasang supporting pump.ii. TNC bermaksud memeriksa keadaan peralatan di loji.Kontraktor perlulah bertanggungjawab dalam menjaga peralatan.iii. Saya mengikut kumpulan servis untuk membuka pump.Disebabkan gate valve tidak boleh ditutup pump tidak boleh dibuka.Jikalau gate valve tidak ditutup air boleh memasuk dalam dry-well.iv. Saya telah mengikut kumpulan servis untuk menukar kipas surface aerator .v. Saya telah mengikut juruteknik untuk memasang dawai bagi ejector dari panel.Saya telah memeriksa resistance bagi setiap sambungan di panel.

Jadual 3.15 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 15Minggu Aktiviti

Minggu 15(9/03/2015 13/03/2015)i. Pengumpulan peralatan seperti motor dan pump daripada kontraktor.ii. Saya telah mengikut kumpulan servis untuk membaiki kipas surface aerator dan mechanized screen.iii. Saya telah bersama kumpulan servis pergi ke loji untuk membuka motor yang dilaporkan bahawa putaran pulley yang tidak lancar.Kami membawa pulang motor tersebut ke RC untuk membaik-pulih.iv. TNC pada hari ini tentang aerator yang dilaporkan melakukan renjatan elektrik.1 daripada 4 aerator tidak berfungsi dan melakukan renjatan.v. Hari ini saya telah bersama kumpulan servis untuk membuka surface aerator dan memasang supporting bagi aerator tersebut.

Jadual 3.16 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 16Minggu Aktiviti

Minggu 16(16/03/2015 20/03/2015)i. Hari ini,saya telah mengikut kumpulan servis untuk memasang motor di sebuah loji di Bukit Beruang.ii. Hari ini,pensyarah telah melawat saya di pejabat IWK di Batu Berendam.Pensyarah telah memeriksa buku jurnal saya dan menandatangani.Beliau juga kumpul borang DLI 7.iii. Saya telah menukar bearing bagi sebuah motor.Saya telah menggunakan bearing puller untuk mengeluarkan bearing lama.iv. Saya telah menggunakan bearing fitting tool untuk memasang bearing.Saya juga menggunakan bearing heater untuk mengembangkan bearing supaya mudahkan pemasangan.v. Cuti sakit.

Jadual 3.17 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 17Minggu Aktiviti

Minggu 17( 23/03/2015 27/03/2015)i. Saya telah membaiki motor bersaiz dan berkilowatt besar.Saya menukarkan bearing baru dan saya juga menyembur warna baru bagi megelakkan daripada motor tersebut mudah berkarat.ii. Cuti sakit.iii. Cuti sakit.iv. Cuti sakit dan pembedahan.v. Cuti sakit.

Jadual 3.18 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 18MingguAktiviti

Minggu 18(30/03/2015 3/04/2015)i. Cuti sakit.ii. Cuti sakit.iii. Cuti sakit.iv. Cuti sakit.v. Cuti sakit.

Jadual 3.19 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 19MingguAktiviti

Minggu 19(6/04/2015 10/04/2015)i. Saya telah mebuat pengumpulan peralatan seperti biasa.Pemeriksaan insulation dan resistance dilakukan.ii. Mendapatkan tagging dari scrapper.Tagging diperlukan untuk membuat data dan menjadikan rujukan untuk membelikan peralatan baru.iii. Pengumpulan peralatan dan pengisian borang pengumpulan.iv. Saya telah memasang bearing dan memeriksa keadaan terminal block dalam motor.Kesalahan pemasangan dawai akan membakar terminal block.v. Pengumpulan peralatan dan briefing.

Jadual 3.20 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 20MingguAktiviti

Minggu 20(13/04/2015 17/04/2015)i. Bekerja dalam store untuk menyusun bahan ganti bagi peralatan yang digunakan di loji.ii. Penyambungan kerja di dalam store untuk menyusun bahan.iii. Pengumpulan peralatan dan bekerja di store untuk membuat tagging bagi setiap bahan ganti.iv. Tagging perlu mengandungi nombor aset,jenama,nombor serial bagi.v. Hari terakhir Latihan Industri,saya telah memyiapkan kerja saya di dalam store dengan membuat tagging dan menyusun bahan ganti mengikut setiap loji.

Rajah 3.1 Papan panel

Rajah 3.2 Rotor

Rajah 3.3 Motor blower

Rajah 3.4 Penyambung fleksibel

Rajah 3.5 Bearing

Rajah 3.6 Motor kompresor

Rajah 3.7 Motor

Rajah 3.8 Bearing fitting tool

Rajah 3.9 Inlet diffuser

Rajah 3.10 Diffuser

Rajah 3.11 Pemasangan dawai di motor

Rajah 3.12 Pemasangan dawai di panel

Rajah 3.13 Membuat drilling

Rajah 3.14 Genset

Rajah 3.15 Relay

Rajah 3.16 Surface aerator

Rajah 3.17 Terminal block

Rajah 3.18 Stator

Rajah 3.19 Rotor dengan bearing

Rajah 3.20 Pembukaan motor

BAB IV

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PendahuluanDalam bab ini, anda akan mengenapasti tentang membuat sendiri sebuah panel kapasitor bank industri sederhana yang tentunya tidak menggunakan komponen yang sederhana.Langkah-langkahnya sebagai berikut:4.2 Penyelengaraan kapasitor bankPada projek ini, Kita memasang Transformator Step Down indoor 3 Phasa, 20kV/ 400V, dengan daya 1250 kVA. Transformator tersebut mampu mencapai arus normal 1820 Ampere pembebanan, dan Pelanggan menggunakan MCCB pada panel utamanya sebesar 2000A yang terbagi lagi ke MCCB pembagi kebeban dalam area-area bangunan pabrik pelanggan.Beban listrik yang digunakan pelangggan memiliki ka rakteristik dapat berubah-ubah arus beban pemakaiannya secara mendadak, kerana memang pelanggan mempunyai mesin-mesin yang bertipikal mampu mencapai arus maximumnya beberapa saat.

Dalam projek ini saya menggunakan cara menghitung kebutuhan kapasitor bank maximumnya dengan cara menghitung 60% dari kapasitas trafo yang digunakan. Itu ertinya bahawa, Jumlah kVAr yang harus disediakan sebesar 750 kVAr. Bila menggunakan PF Controller 12 step, maka kapasitor yang digunakan sebesar 12 x 60 kVA.

4.2.2 Pembuatan Box PanelAda beberapa model panel kapasitor yang harus dipertimbangkan dalam pembuatannya, antara lain sejajar , namun mengingatkan untuk projek ini digunakan peralatan dan komponen yang berukuran cukup besar, maka saya menyarankan untuk lebih memilih model bertumpuk terpisah.Disini saya tidak menjelaskan secara lebih jelas mengenai ukuran panel kapasitor bank yang akan dibuat, dikarenakan terbatasnya software dan waktu yang saya miliki. Namun sebagai gambaran dasarnya akan saya berikan seperti gambar-gambar dibawah ini.

Rajah 4.1 Panel kawalan

Rajah 4.2 Panel kapasitor

4.2.3 Pendawaian interkoneksi Main Panel dan Panel KapasitorPendawaian interkoneksi panel utama dengan panel kapasitor ini dapat dilihat pada gambar garis tunggal diagram dibawah ini..

Rajah 4.3 Penyambungan panel kapasitor dan utamaDan untuk gambar visualisasi penyambungan dari panel kapasitor ke panel utama, dapat dilihat pada gambar dibawah ini.

Rajah 4.4 Interkoneksi panel utama dan kapasitorAnda dapat menyesuaikannya sendiri dengan panel utama yang anda tangani dengan memperhatikan letak dan posisinya, agar tidak berada pada posisi yang menyulitkan ketika mengalami perbaikan.

4.2.4 Rajah panel kawalan pendawaianRajah panel kawalan pendawaian tunggal sederhananya dapat dilihat pada gambar dibawah ini, dengan menggunakan RVC ABB.

Rajah 4.5 Pendawaian tunggalRajah pendawaian punca kuasa atau sering juga disebut kawalan punca kuasa diatas, tidak menggunakanLed Pushbutton Switches 220V sebagai tombol on off manual untuk kontaktor kapasitornya. Kerana secara fungsi RVC ABB.

Dan untuk membuat pendawaian diagramRVC ABB dengan memindah fungsikan timbol on off secara benar.4.3 Peralatan dan Operasi

Jadual 4.1 KomponenPeralatanBilangan

i. Kabel ii. Kabel single Core 240mmiii. Kabel NYAF (serabut) 35mmiv. Kabel single core NYAF wire 1.5mmv. Skun SC kabel 240mmvi. Skun Ring kabel 35mmvii. Skun garpu kabel 1.5mmKomponen Utama viii. Power Factor Controller RVC ABBix. Kontaktor khusus kapasitor ABB UA95 240Vx. Kapasitor Bank CLMD 63 ABB 50Hz,xi. (60kVAr, 525 Volt) atauxii. (80kVAr, 525 Volt plus Detuned Reactornya)xiii. MCCB 1000Axiv. NH Fuse 125A dan NH Holderxv. CT 2000A/5Axvi. Amperemeter Analog 2000A/5Axvii. Voltmeter Analog 400Vxviii. Busbar 3mm x 20mmxix. Busbar 5mm x 50mmxx. Busbar Insulatorxxi. Komponen Control xxii. MCB 6Axxiii. Kontaktor Mitsubishi S-N11 220Vxxiv. Relay 8 pin 220V Omron MK2P-Ixxv. Relay 11 pin 220V Omron MK3P-Ixxvi. Selector Switch 0|0xxvii. Led Pushbutton Switches 220Vxxviii. Pilot Lamp (green, yellow, red)xxix. Peralatan Pelengkap Wiring Control xxx. Rel Componentxxxi. Kabel Duckxxxii. Kabel Tiesxxxiii. Terminal Kabel TR-10xxxiv. Exhaust Fanxxxv. Mata Bor 3, 6, dan 13xxxvi. Mata Bor Holesaw 25mmxxxvii. Mur Baut Ring M2, M5 dan M12xxxviii. Tang Skunxxxix. Peralatan Pembantu xl. Tang kombinasixli. Tang potongxlii. Multi testerxliii. Obeng + dan -xliv. Tespenxlv. Pahat Bajaxlvi. Gerindaxlvii. Bahan Box Panel xlviii. Siku 60

******

11212136433**9

31124212 (Merah) 12 (Hijau)3

****1****

*******

**

Rajah 4.6 Komponen kapasitor bank

BAB V

KESIMPULAN

5.1 KesimpulanSetelah menjalani Latihan Industri selama 20 minggu ini, saya dapat mengetahui dan memahami bagaimana syarikat ini memainkan peranan penting dalam bidang industri kepada masyarakat dan juga Negara. Pendedahan yang telah diperolehi oleh kakitangan Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. berkaitan aspek kerja dan teknikal begitu bermakna sekali untuk menyediakan diri saya sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Diharap, dengan adanya Latihan Industri ini, saya tidak lagi merasa janggal apabila saya mula bekerja setelah tamat pengajian saya nanti.Saya banyak diberi pendedahan tentang bidang tugas serta.Pendedahan yang diberikan di firma ini akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang situasi sebenar dalam tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja dalam bidang ini.Seterusnya, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal, sekaligus menjadikan politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya.

Ini adalah bersesuaian dengan matlamat politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional.Akhir sekali, apa yang saya dapat simpulkan bahawa pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan melihat situasi dan keperluan pasaran kerjaya yang berkaitan dalam bidang pemasaran dan juga berlandaskan tahap pendidikan pelajar. Ia dapat memberi ruang bagi pelajar menilai kelemahan dan memperbaiki kekurangan yang ada agar memenuhi kriteria yang diperlukan oleh organisasi syarikat itu. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Industri yang dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan itu, para pelajar mestilah inisiatif dan memandang lebih serius dalam perkara tersebut.

BAB VI

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Komen dan cadanganSemasa saya menjalani Latihan Industri selama 20 minggu, saya telah mempelajari serba sedikit tentang peranan syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Banyak perkara yang telah saya pelajari di syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. terutamanya dalam bidang teknikal. 6.1.1 Di sini, saya ingin memberi cadangan / komen untuk melatih / menghasilkan pekerja yang berkualiti di pihak industri dan politeknik iaitu:i. Meningkatkan kemahiran pekerja seperti memberi kursus berkaitan kemahiran dalam pekerjaan.ii. Meningkatkan keselamatan pekerja. Memberi peluang untuk pelatih dari IPT membuat tugas atau kerja untuk memahirkan diri dalam bidang teknikal ini. 6.1.2 Bagi saya, sesi Latihan Industri seperti ini amat bersesuaian diberikan kepada bakal-bakal graduan untuk memberikan pendedahan awal terhadap alam pekerjaan kepada mereka. Semasa latihan tersebut, para pelajar berpeluang untuk menimba pengalaman kerja, mendapat pendedahan kepada situasi sebenar alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak, disamping memberi mereka peluang untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah ditimba semasa berada di politeknik. Antara cadangan lain yang ingin saya kemukakan ialah:

i.Memberi kerja sebanyak mungkin yang dapat dilaksanakan oleh pelatih. Kemampuan pelatih tidak hanya kepada teori semata-mata. ii.Selain daripada lawatan pensyarah melawat pelajar, pihak politeknik bolehlah menghubungi pihak syarikat untuk menanyakan keadaan pelajar ditempat Latihan Industri khususnya bagi pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ditempat yang jauh dan sukar dibuat pemantauan oleh penyelia.iii.Pengajar dari politeknik seharusnya memantau perkembangan pelajar serta membuat lawatan sekurang-kurangnya 2 kali selama 5 bulan pelajar menjalani Latihan Industri ini.iv.Pihak majikan seharusnya menyediakan jadual sepanjang pelatih menjalani Latihan Industri ini supaya dari masa ke semasa pelajar dapat menjalankan kerja dengan jayanya. Sehubungan itu, pendekatan yang diambil oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah mengambil langkah yang bijak dengan mewujudkan sesi Latihan Industri kepada pelajar-pelajar seperti saya.Program Latihan Industri amat berguna kepada pelajar-pelajar sebagai salah satu syarat bagi pelajar-pelajar untuk mendapatkan mana-mana penganugerahan setelah menamatkan pengajian.6.1.3 Namun demikian saya mempunyai beberapa komen berkenaan program Latihan Industri antaranya :i.Program Latihan Industri ini adalah lebih sesuai jika dijalankan pada semester akhir pengajian bagi menggalakkan atau memudahkan pengambilan pelajar yang menjalani latihan industri akan terus bekerja dengan syarikat tempat melakukan Latihan Industri.ii.Sebelum program Latihan Industri ini dijalankan Unit Penyelaras Latihan Industri hendaklah memaklumkan dan menerangkan terlebih dahulu kepada syarikat tempat pelajar menjalani Latihan Industri berkenaan objektif latihan industri agar majikan dapat menyediakan program / jadual sepanjang pelajar-pelajar menjalani Latihan Industri supaya dapat menyelaras pelajar dengan lebih teratur.iii.Pelajar seharusnya diberi lebih penerangan mengenai cara membuat laporan eksekutif.iv.Para pelajar seharusnya dimaklumkan lebih awal daripada tarikh keluar Latihan Industri dan surat pengesahan iaitu 6 bulan sebelum tarikh menjalani Latihan Industri supaya para pelajar dapat mencari dan memohon lebih awal tempat Latihan Industri.

RUJUKAN

1. www.iwk.com.my

2. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2012. Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar),

3. Edisi 2009. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

4. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan Kaedah

5. Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik,Kementerian Pengajian Tinggi.

6. Kementerian Pengajian Tinggi. 2011. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi.

KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURATHALAMAN JUDULiPENGESAHAN PELAJAR iiPENGHARGAANiiiISI KANDUNGANivSENARAI JADUALvSENARAI RAJAHviBAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI1.1Pendahuluan 1.2Objektif Latihan Industri1.3Objektif Laporan Latihan Industri1.4Kepentingan Latihan IndustriBAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI2.1 Pengenalan Organisasi2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi2.3 Aktiviti Organisasi2.4 Halatuju Organisasi 2.5 Carta Organisasi BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI3.1 Pengenalan 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL4.1 Pengenalan4.2 Penyelenggaraan4.3 Peralatan dan OperasiBAB 5 KESIMPULANBAB 6 KOMEN DAN CADANGANRUJUKAN

SENARAI JADUALNO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Peringkat rawatan 2.2Jenis rawatan 2.3Jenis-jenis efluen 2.4Lepasan efluen 2.5Kiraan IST3.1 3.20Aktiviti mingguan 4.1Komponen

SENARAI RAJAHNO.RAJAHTAJUKMUKA SURAT 2.1 Ciri-ciri kumbahan 2.2 Ciri-ciri kumbahan 2.3 Rawatan kumbahan 2.4 Rawatan kumbahan 2.5 Proses unit kimia 2.6 Kolam pengoksidan 2.7 Tindak balas biologi 2.8 Ujian efluen 2.9 Kitaran air 2.10 Tangki septic individu 2.11 Proses IST 2.12 Halatuju organisasi 2.13 Carta organisasi 3.1 Papan panel 3.2 Rotor 3.3 Motor blower 3.4 Penyambung fleksibel 3.5 Bearing 3.6 Motor kompresor 3.7 Motor 3.8 Bearing fitting tool 3.9 Inlet diffuser 3.10 Diffuser 3.11 Pemasangan dawai di motor 3.12 Pemasangan dawai di panel 3.13 Membuat drilling 3.14 Genset 3.15 Relay 3.16 Surface aerator 3.17 Terminal block 3.18 Stator 3.19 Rotor dengan bearing 3.20 Pembukaan motor 4.1 Panel kawalan 4.2 Panel kapasitor 4.3 Penyambungan panel kapasitor dan utama 4.4 Interkoneksi panel utama dan kapasitor 4.5 Pendawaian tunggal 4.6 Komponen kapasitor bank