Aneka Biskut

24
BABY FARAH CANDY BARS Bahan-bahannya 1 cawan peanut butter chunky 1 cawan sirap jagung 1/2 cawan gula perang, dipadatkan 1/2 cawan gula pasir 6 cawan cornflakes, diramas 1 cawan semisweet chocolate chips 1 cawan kacang, dicincang Cara-caranya 1. Dalam saucepan, gunakan api sederhana, masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak sambil dikacau selalu sehingga rata. Angkat dari atas api, cepat-cepat masukkan cornflakes, chocolate chips dan kacang sambai semuanya digaul dengan sebati 2. Tekan adunan dalam loyang 9 x 13 inci yang telah disapukan dengan mentega. Potong sewaktu masih panas. Saya dapat 18 bars. REVIEW: Sedap, kalau dah makan tak boleh stop... boleh juga gunakan resipi untuk buat jual.... Tips: tekan adunan dengan padat kalau tidak susah untuk potong senang berderai... kasi 8 out of 10 rating...

Transcript of Aneka Biskut

Page 1: Aneka Biskut

BABY FARAH CANDY BARS Bahan-bahannya 1 cawan peanut butter chunky 1 cawan sirap jagung 1/2 cawan gula perang, dipadatkan 1/2 cawan gula pasir 6 cawan cornflakes, diramas 1 cawan semisweet chocolate chips 1 cawan kacang, dicincang Cara-caranya 1. Dalam saucepan, gunakan api sederhana, masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak sambil dikacau selalu sehingga rata. Angkat dari atas api, cepat-cepat masukkan cornflakes, chocolate chips dan kacang sambai semuanya digaul dengan sebati 2. Tekan adunan dalam loyang 9 x 13 inci yang telah disapukan dengan mentega. Potong sewaktu masih panas. Saya dapat 18 bars. REVIEW: Sedap, kalau dah makan tak boleh stop... boleh juga gunakan resipi untuk buat jual.... Tips: tekan adunan dengan padat kalau tidak susah untuk potong senang berderai... kasi 8 out of 10 rating...

Page 2: Aneka Biskut

CHOCOLATE TRUFFLES Coklat buatan sendiri 3 Bahan-bahannya 80 gram whipped cream 200 gram dark chocolate, dipotong kecil 20 gram mentega lembut serbuk koko Cara-caranya 1. Didihkan whipped cream dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Ketepikan ia hingga sejuk selama 10 minit. 2. Masukkan mentega lembut dan gaul sebati. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras. 3. Keluarkan dari peti sejuk. Gaul adunan hingga lembut dan letakkan dalam beg piping. Paip keatas kertas kuih. Simpan didalam peti sejuk sehingga ia keras dan bentukkan menjadi bebola. 4. Sadurkan bebela coklat dengan serbuk koko dan letakkan kedalam mangkuk kertas yang kecil, simpan di tempat dingin yang bersuhu 20 darjah C. Nota: Gunakan milk chocolate jika mahu sebab anak-anak mungkin tidak suka dark chocolate sebab rasanya tak berapa manis

Page 3: Aneka Biskut

WHITE ROCHERS Coklat buatan sendiri 2 Bahan-bahannya 200 gram badam hiris 40 gram gula aising 200 gram coklat putih, dicairkan Cara-caranya 1. Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan. 2. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuninig keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk. 3. Campurkan coklat cair dengan kacang badam yang telah dipanggan dengan sempurna. 4. Titis satu sudu aduann ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas. 5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah C. Nota: Corak diatas Rochers masukkan coklat putih didalam beg plastik dan gunting hujung sikit sahaja dan line-linekan coklat putih diatas rochers. Exactly macam yang jual dikedai coklat!! Kalau tak suka coklat putih boleh gantikan dengan dark chocolate atau milk chocolate. Atasnya pula gariskan dengan coklat putih

Page 4: Aneka Biskut

THREE IN ONE Coklat buatan sendiri 1 Bahan-bahannya Dark chocolate, dicincang Kacang badam, dipanggang (kacang badam sebiji-sebiji ya jangan dicincang) Kacang hazel, dipanggang Kacang walnut, dipanggang Cara-caranya 1. Cairkan coklat hitam dan masukkan kedalam beg piping. Paipkan bentuk bulat leper lepar 4cm diatas kertas kuih. 2. Aturkan kacang badam, hazel dan walnut diatas coklat leper itu. 3. Sejukkan didalam peti sejuk selama 2 minit atau sehingga ia keras. Siap untuk dihidang. Nota: Boleh gunakan sebarang jenis coklat seperti milk chocolate, semi sweet dan sebagainya.

Page 5: Aneka Biskut

TART TERAP aka Tart Bunga Bahan: 450 gm tepong gandum 260 gm butter 75 gm tepong susu 1s/m icing sugar 3 biji kuning telor 1 biji puteh telor 1 s/m Minyak sapi QBB 2 titik pewarna lemon yellow 1/2 s/t garam 1) Butter, gula, telor ,QBB, pewarna,garam di gaul rata. 2) Masokkan tepong susu, tepong gandum lalu di gaul hingga sebati. 3) Adunan di perap 1/2 jam kemudian dia canai dan di terap dgn acuan tart. 4) Aturkan diloyang pembakar,isikan inti nenas lalu di bakar.

Page 6: Aneka Biskut

Kuih Tart Bungkus Bahan Pastri: 625g butter (pilih buttercup - lebihkurang 2-1/4 @ 2-1/2 buku yang 250g) 1kg tepung gandum Bahan 1 - Gaulkan sebati hingga menjadi doh 4 biji kuning telur + 1 biji putih telur Sedikit essen vanila dan pewarna kuning telur sedikit garam Bahan 2 - Satukan Jem Nenas (seeloknya nenas yang diparut - so bila makan nanti ia macam bertali2 dan tak bersepai rapuh) Cara Membuatnya: Butter dibiar pada suhu bilik. Gaulkan butter bersama tepung gandum (Bahan 1) sehingga sebati. Satukan kuning telur, putih telur, essen vanila, garam dan pewarna kuning (Bahan 2). Setelah adunan butter dan tepung (Bahan 1)menjadi doh.. masukkan Bahan 2. Uli sehingga sebati. Ambil sedikit doh, buat macam kita buat kuih buah melaka tu..., masukkan jem nenas kedalamnya. Bentukkan seperti nenas dan gunting atau sepit seperti nenas. Sebelum bakar..sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan 2..3..titis pewarna kuning ke atas kuih tadi. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.

Page 7: Aneka Biskut

BISKUT SARANG SEMUT Sumber: NoorMasri Bahan 250 gm butter 100 gm gula halus 350 gm tepung gandum.....] 100 gm tepung kastad.......] di ayak 1 biji kuning telur 1 s/teh esen vanilla hiasan Sedikit coklat rice sedikit manik gula kecil(warna-warni) secukupnya paper-cup kecil Cara... 1. Pukul kembang butter dan gula. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 3. Masukkan tepung dan gaul rata. 4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup. 5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak. 7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

Page 8: Aneka Biskut

BISKUT TEMBIKAI Bahan-bahan 150 g gula kastor 250 g mentega 1 biji kuning telur Gred C 1 sudu besar susu pekat 290-320 g tepung gandum 1 sudu kecil baking powder secubit garam sedikit pewarna merah dan hijau 2-3 sudu besar bijan hitam Paper cups 1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur) Cara membuatnya Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak. * Peringatan Masukkan tepung sikit2 ulu....

Page 9: Aneka Biskut

BISKUT FANCY ICE-CREAM Bahan-bahannya 130gm butter 60gm gula icing 160gm tepung gandum 20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh) 20gm tpg kentang 10 gm tepung kastad 1/4 sudu serbuk penaik 20gm serbuk badam Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan terap dgn acuan ais krim. dah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus manik berwarna. topping cairkan coklat dlm oven dan letak minyak masak gaul rata.

Page 10: Aneka Biskut

BISKUT RANGUP WARNA WARNI Bahan-bahan: 3 1/2 cawan tepung jagung } diayak 1 cawan mentega 1/2 cawan gula halus 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla sedikit sugar strands } hiasan Cara membuat: Kacau mentega dan gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata Masukkan tepung jagung dan diuli Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka Sapukan kuning telur di atasnya Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

Page 11: Aneka Biskut

BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL Bahan 250 gm tepung gandum 125 gm gula halus 125 gm minyak sapi pewarna..merah ..kuning dan hijau Caranya: 1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau. 4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar. 5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil. 6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.

Page 12: Aneka Biskut

CHOCOLATE ALMOND BARS Bahan-bahannya (A) 250 gram mentega 190 gram gula aising secubit rasa garam (B) 1 biji telur (C) 380 gram tepung gandum 90 gram badam kisar Cara-caranya 1. Putar (A) sehingga lembut dan tambah (B). Putar sehingga tidak berbintil-bintil. 2. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. 3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras. 4. Canaikan doh di antara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3mm tebal. 5. Potong menjadi 5sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar. 6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan. 7. Biarkan ia sejuk. Tangkup 2 kping dengan coklat yang telah dicairkan. 8. Selaputkan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit jejalur coklat putih di permukaan. 9. Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit. Biar ia keras.

Page 13: Aneka Biskut

Biskut Lemak

Bahan-bahannya:- 40g lemak sayuran 90g Mentega 60g Guka Aising 2 Biji kuning telur 60g serbuk santan 60g Tepung Jagung 40g Tepung beras 90g Tepung berserbuk penaik 40g Susu tepung Coklat chip untuk hiasan Cara membuatnya: 1. Putar lemak sayuran bersama mentega, gula aising dan kuning telur sehingga sebati. 2. Masukkan serbuk santan bersama tepung jagung, tepung beras, tepung berserbuk penaik dan susu tepung, uli sehingga sebati dan menjadi doh. 3. Bentukkan doh bulat dan leperkan sedikit. 4. Hias coklat chip diatasnya. 5. Bakar biskut pada suhu 180 C, sehingga masak.

Page 14: Aneka Biskut

BISKUT MAKMUR TABURAN Bahan A - Doh 160 gram mentega lembut 100 gram Crisco putih 1 biji telur kecil 80 gram gula powder 1 sudu teh serbuk vanilla 1/2 sudu teh emplex 400 gram tepung Hong Kong, diayak 60 gram tepung custard Bahan B - Inti 150 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar kasar 180 gram gula powder 60 gram mentega lembut Bahan C - Tabur 190 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar 200 gram gula kaster Cara untuk Bahan A Pukul dengan "K" beater mentega, gula, telur, Crisco, emplex dan vanilla. Apabila rata masukkan tepung Hong Kong dan custard. Pukul lagi sehingga rata dan perap selama 10 minit. Kemudian ambil 30 gram atau 40 gram doh dan dileperkan. Isikan dengan Bahan B dan sepit diatas bentuk daun, kemudian atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit. Setelah masak tabur rata dengan bahan C. Cara untuk Bahan B Gaul rata semua Bahan B sehingga sebati. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut kecil besarnya biskut yang hendak dibuat. Cara untuk Bahan C Gaul rata semua Bahan C yang diperlukan untuk menabur biskut yang baru dimasak.

Page 15: Aneka Biskut

ALMOND CORNFLAKES CRUNCH Bahan-bahannya (A) 130 gram mentega 145 gram gula secubit garam 1/2 sudu teh glucose (B) 1 biji telur (C) 200 gram tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu besar tepung susu 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (D) 50 gram cornflakes 70 gram badam, hiris Untuk Hiasan sedikit badam, dicincang sedikit ceri hijau Cara-caranya 1. Pukul (A) sehingga lembut. Masukkan (B). Pukul sehingga licin. 2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. 3. Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata. 4. Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebela. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan diatas dulang yang telah digris. Hias atasnya dengan ceri hijau dan tekan sedikit. 5. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning keemasan. Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk menggantikan badam cincang.

Page 16: Aneka Biskut

Biskut Tulip Bahan-bahannya:- 200gm mentega 250gm tepung gandum 50gm gula aising 1 biji kuning telur 20gm tepung jagung 30gm susu tepung 1 sudu kecil esen vanilla sedikit prune sedikit badam cincang Cara menyediakan:- 1. Satukan mentega, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang. 2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, susu tepung dan tepung gandum. Gaul hingga menjadi doh. 3. Gunakan penggelek yg bergerigi utk. mencanai dan terap dengan acuan tat. 4. Bentukkan seperti bunga tulip. Sebelum dibakar, sapukan kuning telur di atasnya. Letakkan buah prune sebagai hiasan. Buatkan tangkainya berwarna hijau.

Page 17: Aneka Biskut

BISKUT MAMA CARRIE Bahan-bahannya (A) 200 gram mentega 110 gram gula aising secubit rasa garam (B) 1 biji telur (C) 300 gram tepung gandum 1 sudu besar tepung susu 1/2 sudu teh serbuk penaik Untuk Topping 1 biji putih telur 180 gram gula aising sedikit coklat masakan, dicairkan Cara-caranya 1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil. 2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. 3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras. 4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal. 5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas pembakar. 6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan. 7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan pencungkil gigi untuk membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras selama 30 minit. 8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit. Cara untuk Topping Campurkan putih telur dan gula aising dan gaul hingga sebati.

Page 18: Aneka Biskut

BISKUT KACANG & COKLAT CIPS Bahan 160 g butter 80 g gula kastor 1 biji kuning telur 1 s/k essen vanilla 200 g coklat cips 100 g badam cincang[panggang] 200 g tepung gandum 1 s/k soda bikarbonat 1 s/b serbuk koko Cara 1. Pukul gula dan butter sehingga hancur. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata 3. Masukan badam cincang dan coklat cips. 4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata. 5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin 6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 - 20 minit. 7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Page 19: Aneka Biskut

BISKUT MARMAR CARRIE Bahan – bahan 300 gm mentega 400 gm tepung gandum 120 gm tepung jagung 100 gm gula aisng 1/2 sudu teh esen vanila Cara membuatnya 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang . 2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati. 3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka . Aising : 2 biji putih telur 150 gm gula aising 15 gm tepung jagung Coklat paste beberapa batang tooth-stick Untuk membuat aising: 1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan . 2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste. 3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan. 4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan lorekkan atas permukaan ising putih tadi. 5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit. 6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Page 20: Aneka Biskut

TAT NENAS/GULUNG Bahan 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara. 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Page 21: Aneka Biskut

CRUNCH CHOCLATE CHIP 1 cawan butter 1 cawan minyak 3/4 cawan gula caster 1/2 cawan gula perang 2 biji telor 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu kecil sodabocabonat 1 sudu kecil cream of tartar 1 sudu kecil garam halus 1 1/2 cawan choc chip 1 cawan walnut atau badam 4 1/2 cawan tpg gandum coffee oil 1 drop buat macam biskut biasa tapi adunan nie agak lembik and just masukkan dlm piping bag. Kalau tak ada puping bag, just guna plastik dan gunting muncungnya dan terus paipkan ke tray pembakar. Buat comel2 lahhh cuba tau sebab biskut nie gerenti sedap ranggup dan umppppp. Rugi kalau tak cuba.

Page 22: Aneka Biskut

CHOCOLATE TARTS Bahan-bahannya : 250 gm Margerine 180 gm Sugar Powder 1 sudu kecil vanilla essence 3 biji kuning telur Tepung gandum (agak-agak) 250 gm Cooking Chocolate Manik-manik Caranya : 1) Pukul margerine dan gula sehingga kembang. 2) Campurkan vanilla essence, kuning telur and pukul hingga sebati. 3) Masukkan tepung sehingga ia menjadi doh. 4) Giling dan gunakan cetak kuih tart untuk mencetak. 5) Bakar dengan suhu 180 Deg Celcius selama lebih kurang 20 minit. 6) Sementara tart itu sejuk, cairkan chocolate menggunakan kaedah "double boiling". 7) Letak chocolate ke atas tart tadi dan taburkan manik. 8) Biarkan sebentar hingga chocolate keras.

Page 23: Aneka Biskut

CHOCOLATE CRUNCH Bahan 250 g cooking coklat 50 g butter 150 g badam hancur [panggang] 200 g coco crunch 150 g bubble rice acuan kertas hiasan - manik warna-warni Cara 1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair. 2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati. 3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati. 4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni. 5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.

Page 24: Aneka Biskut

BISKUT ROTI KELAPA Bahan-bahan:- 6 cawan kulit roti kering - dimesin 5 cawan kelapa parut 2 cawan gula - atau ikut manis yg disukai

Cara-cara:- Masukkan semua bahan2 di dalam bekas, gaul sebati dan masukkan ke dalam acuan putu atau sebarang acuan yg disukai. Tekan padat2 dan keluarkan dr acuan untuk dibakar. Bakar dengan api perlahan selama 1 jam untuk mendapatkan biskut yg rangup. Cuba lahh....sedappppp...rasa mcm biskut kelapa yg saya makan masa kecik2 dulu..