Aneka Mee

download Aneka Mee

of 31

Transcript of Aneka Mee

KUEY TEOW CHAR KUEY TEOW 2 biji bawang putih & biji bawang merah dikisar halus. panaskan kuali dan tumis, masukkan sesudu dua cili boh (mengikut kepedasan yang diingini). tumis hingga naik bau harum, masukkan cawan air masukkan sesenduk kecil sos cili, sesenduk kecil sos tiram, serai yang telah diketuk2 biarkan hingga mendidih (jika terkurang air, boleh ditambahkan sedikit lagi air) masukkan garam & gula secukup rasa.... masukkan udang jika suka masukkan sebiji telur dan kacau akhir sekali masukkan kuey teow (utk seorang) kacau seminit dua dan hidangkan panas2....

CLAYPOT YEE MEE Bahan-bahan : Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana) 1 ketul yee mee Fish cake fish ball 2 ulas bawang putih (dicincang halus) Beberapa helai daun sawi 1 biji telur ayam (utk seorang makan) 3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap) 1 atau 2 kiub ayam ikut suka Cili api Kicap cair Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis. Caranya : Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali. Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak. Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje. Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan tu.

MEE HAILAM Bahan-bahan : 1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) Cara-caranya : Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. Masukkan sayur2 an dan mie.

ASAM LAKSA 1 Kg laksa (laksa basah di celur sebentar) *** laksa kering pun boleh. 3 kg ikan kembung - di bersihkan 300 gm cili boh 3 kuntum bunga kantan (yg belum kembang dihiris) seikat daun kesum 100 gm belacan di bakar 100 gm pes udang 1 inci halia di tumbuk lumat 60 gm asam gelugur air asam jawa jika perlu garam secukup rasa Air Hiasannya : 1/2 biji nenas di potong kecil-kecil 4 biji bawang besar di hiris limau kasturi di belah dua daun pudina timun cili di hiris 10 biji telur di rebus dan di belah dua Caranya : Ikan kembung yang telah di bersihkan di rebus dengan sedikit asam gelugur. Setelah masak, angkat dan toskan airnya. Ambil isi ikan sahaja. Ambil air rebusan ikan, campurkan cili boh, asam gelugur, bunga kantan dan daun kesum. Masukkan belacan yang telah di bakar, pes udang juga halia yang di tumbuk. Tambah air mengikut keperluan anda. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ikan tadi. Ketika menghidang masukkan laksa yang telah di celur sebentar, hiaskan dengan timun yang di hiris memanjang, nenas, bawang, daun pudina, cili hiris dan telur. Tuangkan kuah dan letakkan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.

MEE BANDUNG Bahan-bahan (untuk 4 orang makan) Mee / Meehoon 3 biji bawang merah (dihiris nipis) 3 ulas bawang putih (dihiris nipis) 2 keping tauhu (digorang dan dipotong nipis) RM 2 udang kering 1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering) 1/4 botol sos tomato 2 biji tomato RM1 sayur sawi (dipotong-potong) 1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi 50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil 2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul) 2 biji limau kasturi 4 biji telur 200g udang Cara-caranya : Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala. Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak

BIHUN SUP 1 Bahan-bahan (untuk kuahnya) 1 ekor ayam tua - cuci bersih dan biarkan ia sekor2 dan jgn dipotong 1 labu bawang putih ] halia ( lagi byk lagi sedap)] dimesin halus 3 ulas bawang merah ] 2 keping kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 bungkus sup bunjut adabi garam, aji no moto secukupnya sedikit daun bawang dan daun sup Air utk kuah secukupnya Cara-cara Membuat Kuahnya : Rebus semua bahan kecuali daun bawang dan daun sup sehingga mendidih. Kemudian masukkan garam dan pak aji secukup rasa dan masukkan minyak menggoreng bawang, goreng sedikit utk menaikkan baunya dan masukkan daun sup dan juga daun bawang ke dlm periuk. Rebus lagi sampai ia mendidih. Bila dah mendidih dan masak sepenuhnya keluarkan ayam dari dlm periuk dan biarkan ayam tu sejuk dahulu. Bila ayam dah sejuk (suam2 gitu) racik halus2 utk dihidangkan. Bawang goreng : 1 kilo bawang merah ] di mayang halus 6 ulas bawang putih ] minyak utk menggoreng Cara-cara : Gorengkan bawang sampai kekuningan tapi jgn sampai hangus. Minyak lebihan goreng bawang dimasukkan kedlm kuah sup sewaktu kuah mendidih.

BIHUN SUP 2 1 kilo bihun 1 ekor ayam 1 bonjot rempah sup adabi 1 1/2 inci halia 6 ulas bawang putih 2 ulas bawang besar Daun Sup / Daun bawang Bawang goreng Taugeh Sambal kicap Sedikit minyak untuk menumis Air Cara-cara Membuatnya : Rebus bihun sehingga lembut dan toskan dalam tapis besar. Halia, bawang putih dan bawang merah diblender halus. Tumiskan bahan-bahan yang dah diblender dalam periuk. Bila dah wangi, masukkan air sebanyak mana suka sebab nak buat sup. Bila mendidih masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil. Tambah garam dan serbuk perasa. Didihkan beberapa ketika. Bila sudah mendidih, tutup api. Ambil sedikit bihun yang sudah direbus tadi, letak didalam mangkuk, tuang sedikit sup kedalam mangkuk. Taburkan daun sup/daun bawang, bawang goreng, taugeh dan sambal kicap masa nak makan.

KUAH LONTONG 1 biji kelapa (ambil santan) 1 biji carrot (dihiris kecil2 memanjang) RM0.30 kacang panjang (dipotong memanjang) RM0.50 su'un (direndam) Sekeping Tauhu kering (digunting & direndam) 2 keping Tauhu basah (dipotong 16 bahagian) RM0.30 biji cili hijau & merah (dihiris) RM1 Tempe (dipotong ikut suka) 5 biji bawang merah (ditumbuk/dihiris - ikut suka) 3 biji bawang putih (ditumbuk/dihiris - ikut suka) 2 batang serai (dititik) Garam & serbuk perasa RM2.00 Udang basah (buang kulit) - kalau nak lagi sebab bubuh lebih & kalau sesiapa suka udang kering bubuh juga udah kering....menembah perisa masakan.... (Bahan2 utk kuah boleh ditambah dgn bunga kobis, ubi kentang, kobis, terung & sebagainya ikut selera anda2 semua. Tapi yg asasnya itu je la..Atau kalau nak pedas sikit bubuh cili giling) Caranya : Masukkan santan dlm periuk & masukkan udang, serai, bawang putih & merah, garam, tempe & tauhu basah juga serbuk perasa. Biarkan sekejap dgn api perlahan. Kemudian masukkan tauhu kering, su'un & sayur2 lain juga cili merah & hijau. Kacau perlahan2 sehingga kuah mendidih. Bila dah mendidih angkat la....& hidangkan bersama nasi impit juga kalau rajin & nak pedas buatlah sambal tumis ikan bilis atau udang kering.

KUAH YONG TAU FU Bahan A 1 kati gula pasir 1 kati cabai dalam balang(makau)manis 1 kati cabai dalam balang(makau)pedas 30 sen cili kering (mesin) Cara-caranya : masak gula dgn 2 cwn air hingga larut. kemudian masukkan cili kering, cabai makau pedas dan cabai makau manis. masak hingga pekat. TIPS Cabai makau tu cabai yang telah siap dimesin ada pedas dan ada manis, boleh juga guna cabai cap bangau yang ada jual dalam balang di kedai kedai runcit. Boleh kita beli rm1.00 datau rm2. Macam dekat penang ni ada kedai sos jadi senanglah kita beli. Ada 2 warna (pedas) merah, (manis) merah nak hitam. Cubalah cari dekat kedai runcit. Okey kalau takde juga boleh lah zana postkan. Zana selalu buat kalau 1 kati gula tu okeylah, taklah terlalu manis. Sebab cabai tu dah pedas. Ikut suka kalau nak kurangkan pun boleh, tapi bagi zana dah okey. Tapi kalau kita makan dengan sotong, kangkong, fishball, telur burung taklah pula terasa manis sangat. juga zana lupa bijan goreng dan kacang digoreng dan blend.tabur saja. Sedap.... KUE TEOW GORENG 600g kue tiau (lebih kurang dlm 1 bungkus plastik) 3-4 ulas bawang putih - blender halus 1 ulas bawng besar - di mayang nipis 5-10 btg cili kering (Kalau taknak pedas boleh kurangkan cili kering) - blender halus 200g udang basah (boleh juga tambah daging / kerang jika mahu) 200g taugeh ( atau sayur sawi/kuchai/kobis ) 2 biji telur sos cili dan tomato secukup rasa sedikit kicap Garam dan gula secukup rasa Cara-caranya : Panaskan minyak (sebanyak 4 - 5 sudu besar) Bila minyak dah panas masukkan bawang putih, bwg merah dan cili tadi. bila dah pasti Cili sudah garing masukkan udang. (Jika hendak tambah kerang pastikan kerang telah direbus dan di buang kulit dulu. Jika hendak masukkan daging, pastikan ia betul2 empuk) Masukkan sedikit air ( cawan). Masukkan sos cili, tomato dan kicap. Kacau rata. Masukkan kue tiau dan sayur tadi, kacau. Bila kuetiau dan sayur dan bahan lain dah sebati, dalam kuali, buatkan lubang ditengah kue tiau dan masukkan telur. Kacau hingga telur sebati bersama kue tiau.

LAKSA JOHOR Spagetti 1 paket (direbus) 1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi) 1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan (dicampurkan dengan sedikit santan cair) 15 ulas bawang merah } 5 ulas bawah putih } 3 inci Lengkuas } dikisar halus (A) 3 batang serai } 300 gm udang kering (dikisar) (B) 150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C) kerisik Santan kelapa Garam dan serbuk perasa Cara-cara : Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari. Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap Untuk Ulam : Taugeh Daun kesom & Daun selasih lobak asin sambal belacan timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus (bukan seperti buat laksa asam) Limau kasturi Maklumat Tambahan : Satu lagi, kalau nak rebus spagetti tu, tunggu air mendidih baru masukkan spagetti dan masukkan 2 camca besar minyak masak agar spagetti tu tak melekat.Nak pastikan samada spagetti tu dah masak, ambil sedikit dan cuba baling pada dinding (permukaan licin), kalau dia melekat maknanya dah masak. Pastikan apabila di tos bilas spagetti dengan air

LAKSA JOHOR 2 Bahan Untuk Kuah : 6 ekor ikan kembung (rebus & ambil isi & blend) 8 biji bwg merah (blend) 4 biji bwg putih (blend) 1 ibu jari lengkuas (blend) 2 batang serai (blend) sedikit halia (blend) 2 sudu ketumbar (blend) sedikit jintan (blend) sedikit udang kering (blend) 10 biji lada kering (blend) 1/2 paket rempah kari 1 biji kelapa (santan) sedikit air asam jawa sedikit gula melaka garam secukup rasa sedikit perasa jika suka 2 kuntum bunga kantan sedikit daun kesom minyak Bahan Sampingan 1 PAKET SPEGGETTI (direbus, toskan) kacang panjang dihiris halus membulat timun dihiris membulat taugeh tauhu dihiris kecil sambal belacan limau kasturi dibelah 2 hirisan daun selasih (jika suka) hirisan daun kesom (jika suka) Caranya : Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga naik wangi Masukkan rempah kari yang dicairkan.Kacau Masukkan isi ikan, santan, garam , gula melaka, air asam jawa, daun kesom dan bunga kantan. Kacau hingga masak Cara Hidang ambil sedikit speggetti, taburkan bahan2 sampingan tadi dan curahkan kuahnya

LAKSAM Bahan-bahan : tepung beras ) campur kedua2 bahan ini dan air ) jadikan batter jgn pekat dan jgn sedikit garam ) cair sgt biarkan ia sederhana cair Kukus : ambil sesenduk adunan dan tuangkan atas tudung periuk. Lapisan jgn tebal sangat dan kukus. Bila ia mengelembung maknanya dah masak. Keluarkan dan biarkan ia sejuk sikit dan gulung ** saya pakai tudung periuk dan kalau ada loyang kecil2 pun boleh buat ** satu bungkus tepung beras bole dapat 10 gulung laksam-- tengok sizenya Kuah : ikan kembung - direbus dan dimesin halus (air rebusan ikan jgn dibuang) santan kelapa (boleh perah kelapa menggunakan air rebusan ikan) bawang besar halia - lebihkan sikit baru terasa lada hitam - ditumbuk asam keping garam dan gula secukup rasa Cara-caranya : masak semua sekali sampai mendidih. jgn biarkan ia buku lemak, sentiasa kacau. Sayur Untuk Dimakan Bersama : timun - diracik halus taugeh kacang panjang - dihiris halus bunga kantan - dihiris daun kesum - dihiris halus cilinya gunakan cili kering yg dimesin halus + garam sedikit LAKSAM / MEE LAKSAM Bahan-bahan : sekampit tepung beras air secukupnya sedikit garam Cara : Bancuh tepung beras dgn air sehingga sebati. Biarkan ia cair tapi jgn cair sangat dan masukkan garam. Gunakan tudung periuk (macam cap buaya punya periuk ataupun loyang kecil) utuk membuat acuan .. tuangkan sesenduk (ikut rasa) adunan ke atas tudung periuk dan kukus . Bila dah sejuk gulungkan dan potong bila hendak dimakan

makan dgn kuahnya .. LONTONG Bahan-bahan : 1 biji bawang besar } 3 ulas bawang putih } 1/2 inci halia } 1 inci lengkuas } di blend halus 1 inci kunyit hidup } sedikit udang kering } Garam dan pak aji secukupnya Untuk Kuahnya dan Sayur : 1 biji kelapa - diambil santan udang basah/daging - ikut citarasa tempe - dipotong dadu terung - dipotong/dibelah kacang panjang - di potong lebih kurang 1 inci kobis - di potong karot - kalau suka 4 keping tauhu - dipotong dadu suhun Cara-caranya : Masakkan santan kelapa bersama bahan2 yg diblend. Masukkan udang. Biar santan betul2 masak. Kacau selalu. Bila kuah dah masak, masukkan karot, kobis, tempe, terung, kacang panjang dan biarkan ia masak lebih kurang 3 minit Masukkan garam, pak aji dan juga tauhu dan suhun. Masak lagi lebih kurang 5 minit. Hidangkan dan sedap dimakan bersama nasi impit... LONTONG JAWA Bahan-bahan : - mula-mula daun pisang tu dilayurkan dulu atas api (guna dapur gas pun boleh), tujuan dilayurkan ni adalah untuk senang membentuknya. - untuk membentuknya macam bantal peluk kena guna kayu pencanai (rolling pin). - daun pisang yang telah layu di gulung mengikut bentuk kayu pencanai (setelah digulung rapi potong daun), kemudian ambil tali rapia dan ikat bhg. tengah daun dan hujung daun. - keluarkan daun tu dari kayu pencanai, bentuknya macam sarung bantal peluk yang belum ditutupkan jadi masukkanlah beras (sukatannya macam buat ketupat daun kelapa) dan diikat pangkalnya supaya tak terburai beras tu. - rebus selama 3-4 jam. Cara-caranya : mestilah kena ikat tengah kalau tak masa merebus keluarlah beras tu... gunalah imaginasi sikit... bila dah ikat bhg. Tengah, 'slide' kan daun tu ke tepi. Punjutkan tepi daun pisang tu dan ikat dgn tali rapia. Janganlah ikat pada kayu pencanai tu kita nak rebus beras bukannya kayu pencanai kan....

MEE KARI AIN Bahan (Untuk kuah karinya) Satu senduk minyak masak 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus 10 ulas bawang putih - ditumbuk halus 2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes 1 sudu besar cili blender Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!) 3 biji buah pelaga 1 biji bunga lawang Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips) 600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya) 1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering) 3 biji kentang - potong kecil-kecil Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah) 1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil) 2 keping fish cake (potong kecil-kecil) Garam secukup rasa Serbuk Perasa (Ajinomoto) 1/2 kilo sawi (PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa) Bahan-bahan sayuran 1 bungkus Mee kuning (dicelur) 50 sen taugeh (dicelur) 3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka) 2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil) Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus) Cili merah (dimayang halus) Bawang goreng Daun pudina (untuk lebh "ummpph") Bahan Tambahan Ayam goreng yg dicarik-carik Cara-caranya : Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celurkan mee dan taugeh. Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain

Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu MEE BANDUNG MUAR 1 Bahan-bahannya : 1/2 cawan udang kering - rendam dulu 1 cawan udang basah 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Cili Kering (Ikut pedas sendiri) Sedikit belacan (dibakar dulu) Daging (direbus dan dihiris - simpan air rebusannya) Tauhu (dlm 3 keping - digoreng dan dipotong 8) Telur (ikut suka nak berapa biji) Tepung gandum (bancuh dengan sedikit air) Sedikit garam Sedikit perasa/gula pasir 1 sudu besar sos tiram sos tomato Air asam jawa (dlm 1/2 cawan) Buah tomato (dlm 3 biji - potong 4) Sawi Minyak masak< Cara-caranya : Udang kering, bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan dikisar dan tumis hingga wangi. Masukkan daging hiris, udang basah dan tauhu. Masukkan sekali garam dan perasa/gula pasir. Biarkan kejap. Masukkan air rebusan daging, air asam jawa, sos tomato dan sos tiram. Tambahlah air banyak mana yang kita mahu. Biarkan mendidih. Pecahkan telur masuk kedalam kuah. Masukkan sawi dan buah tomato. Biarkan kuah pekat sedikit. Ini dilakukan dng memasukkan larutan tepung gandum. Kacau hingga tepung masak. Lepastu bolehlah dimasukkan masukkan mee dalam kuah, kacau kejap dan diangkat. Hidangkan dengan jeruk cili, daun bawang, bawang goreng dan limau nipis. TIPS: Jika tak mahu makan semua atau sekali gus, asingkan kuah setakat yg hendak dimakan ke dalam periuk yg lebih kecil utk dimasukkan mee. Kuah yg lebih tu bolehlah di simpan dan bila nak makan lagi, bolehlah dipanaskan kuah dan masukkan mee. Kalau korang nak masukkan semua mee pun boleh, tapi nanti bila mee tu kembang aku tak jamin.

MEE BANDUNG MUAR 2 Bahannya : 1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya) 3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin 1/2 kati sawi 1 kati Mee kuning 1/2 kati daging (direbus) Telur ayam - ikut berapa org yg makan 1 cawan udang kering (mesin halus) 2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus) 4 ulas bawang merah )mesin 2 ulas bawang putih )bersama daun sup & daun bawang Bawang goreng garam gula Bahan Untuk Supnya : 1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya) 1 sudu jintan manis } 1 1/2 sudu jintan putih } 4 ulas bawang merah }dimesin 1 ulas bawang putih } 1 inci halia } daun sup & daun bawang 1 kuntum bunga lawang } 1 kuntum cengkih } 1 batang kulit kayu manis}penumis 1 biji buah pelaga }

MEE GORENG MAMAK Ingredients (A) : 2-3 tablespoons tomato sauce 1-2 tablespoons light soya sauce 4 green chillies, sliced 4 red chillies, sliced 4 small potatoes; boiled, skinned and cut into wedges

Ingredients (B) : Oil for frying 1 onion, sliced finely 2 tomatoes, cut into wedges 225 g (8 oz) Chinese cabbage cut into 5 cm (2in) lengths 455 g (16 oz) bean sprouts 340 g (12 oz) fresh yellow noodles 4 eggs Light soya sauce 2 tablespoons crispy shallots* 6 small local limes, halved Method : Heat iron wok till smoky. Put in 2 tablespoons oil, and fry onion slices till soft and transparent. Lightly toss in tomatoes and Chinese cabbage. Add bean sprouts and noodles and stir for 1 minute. Toss in [A] and mix well. Push noodles to one side of wok.Add 2 tablespoons oil and scramble eggs (two at a time) with a sprinkle of light soya sauce. Mix egg and noodles thoroughly. Add paste for noodles (see below) according to taste. Stir mixture over a very high heat for 1 minute. Remove to serving plate . Garnish with crispy shallots, and local limes.

MEE GORENG THAI Bahan-bahan : 1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek) 200gm isi ayam dipotong kecil 200gm udang sederhana (buang kulit) Bahan Kisar : 15 biji cili padi (dikisar halus) 4 ulas bawang putih (dikisar halus) 1 batang lobak dihiris halus 50 sen daun bawang (di potong 2") 30 sen daun kucai 3 kelopak kobis cina (Pek Chye)hiris 15 helai daun selasih 2 sudu makan kicap 2 sudu makan sos tiram 3 sudu makan sos ikan thai garam & serbuk perasa secukupnya sedikit air jika perlu sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya : Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang. Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata. Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas

MI KARI SRI MENANTI Bahan-bahannya : 1 kg mi kuning 400 gram isi ayam 300 gm sawi 300 gm taugeh 150 gm kerang rebus 100 gm bawang goreng Bahan-bahan Kuah : 300 gm bawang merah dikisar 150 gm bawang putih dikisar 300 gm ikan bilis di kisar 150 gm serbuk kari ikan 3 biji kelapa diambil santan secukupnya 5 keping tauhu kering 15 helai daun kari 20 biji bebola ikan atau fishcake 4 batang serai sedikit minyak masak garam secukup rasa Cara-caranya : Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga berbau wangi Masukkan daun kari serbuk kari ikan serai dan masak hingga pecah minyak. Tuangkan santan dan kacau selalu hingga mendidih Masukkan tauhu kering, bebola ikan dan garam Masak hingga kuah pekat Ketika menghidang bubuh sawi, kerang rebus,telur, tauge, isi ayam, bawang goreng dan daun bawang.

MEE KETAM Bahan-bahan : 1kg mee basah 2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap] 1 ketul kiub ikan bilis 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih serbuk sup adabi @ sup punjut sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis, & kobis (option) minyak utk menumis 2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah le bahan-bahannya sebiji telur. Cara-caranya : Panaskan minyak Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur Tauge dan mee dicelur Hidangan : Bubuh mee dlm mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung, tapi kuahnya sedap sebab ada ketam. Selamat mencuba.

MEE KUAH Bahan-bahan : mee bawang putih - ditumbuk tapi jgn sampai lumat lada hitam - ditumbuk lumat *ayam - dipotong kecil-kecil sawi dan kobis garam gula pak aji air secukupnya Cara-caranya : tumis bawang putih hingga wangi masukkan ayam dan tumis hingga ayam separa masak masukkan air secukupnya bila hampir menggelagak, masukkan lada hitam,garam, gula, pak aji mengikut citarasa sendiri akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan mee... * buleh ganti atau campur dgn lauk-lauk lain spt udang (lagi sedap), daging atau sotong ** senang saja kan?? maaf sebab saya tidak meletakkan berapa sukatan bagi bahan2nya sebab resepi ni dari mak saya dan beliau pun main agak2 jee... sesedap rasa. cuma petua nye kena lebihkan sikit bawang putih, baru la terangkat..

MEE KUNG FU Bahan-bahan : Air rebusan ayam (daging ayam bersama tulangnya direbus bersama stok maggie perasa ayam) Mee kuning Sawi, sayuran lain spt lobak merah, bunga kobis dan cendawan kering yg direndam dahulu boleh juga dimasukkan. 2 ulas bawang putih yg dicincang halus 2 sudu makan minyak bijan 2 sudu tepung jagung 1 biji telur Cara-caranya : Mee kuning dicuci dan toskan airnya kemudian goreng dgn sedikit minyak masak hingga keperangan warnanya. Kemudian ketepikan mee tadi dalam pinggang. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan air rebusan ayam angaran dlm 1 gelas. Kemudian masukkan minyak bijan dan sayuran. Setelah itu telur dipukul sebentar kemudian dicampurkan kedalm ramuan tadi. Tepung jagung dicampurkan dgn sedikit air (agak-agak cair) kemudian campurkan dlm kuah gaul sebentar, tutup api. Dah siap kuah tadi curahkan kedalam mee yg digoreng tadi. Makan panas-panas bersama cili jeruk. ok itu aje... selamat mencuba p/s masakkan stail cina ni bahan utamanya memang banyak menggunakan bawang putih dan minyak bijan.

MEE REBUS 1 Bahan : 1 bungkus Mee Kuning - dicelor sebentar Bahan Untuk Ditabur : 2 Keping Tauhu - digoreng 3 biji telor - direbus 1 biji cili merah - dihiris daun bawang - dihiris sedikit bawang goreng 1 biji limau nipis - dihiris Bahan Untuk Kuahnya : 1 kati tulang daging lembu - direbus cili kering - dimesin 5 ulas bawang merah - dimesin 5 ulas bawang putih - dimesin 3 ketul ubi keledek/ kentang - direbus dan dimesin 1/2 tin tomato heinz 50 sen kacang tanah - digoreng dan ditumbuk jangan halus sangat garam dan serbuk perasa

Cara-caranya : Panaskan minyak tumis bahan2 yang dimesin Bila sudah pecah minyak masukkan ubi keledek dan juga tulang daging lembu yang direbus itu Bila sudah mengelegak masukkan tomato heinz dan kacang tanah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bila sudah masak bolehlah dihidang dengan mee

MEE REBUS 2 Bahan Untuk Kuah : Tulang lembu - direbus. Udang dikupas - direbus dan diblander. Ubi keledek atau ubi kentang - direbus dan diblander. Kacang Tanah digoreng tanpa minyak buang kulit dan mesin jangan sampai halus. cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin. tomato tin heinz sebanyak satu senduk Cara-caranya : Panaskan minyak dan tumis cili yang dimesin tadi Bila agak garing masukkan udang rebus, tulang yang direbus serta ubi keledek Masukkan air rebusan tulang, udang tersebut Bila sudah mengelegak masukkan tomato heinz Dan akhir sekali masukkan kacang tanah dan bolehlah masukkan garam dan serbuk perasa Bahan Untuk Mee : Mee, dicelur Taugeh dicelur Tauhu Keping digoreng Telur Direbus Bawang Goreng Cili Merah dihiris Daun Bawang dihiris Limau Nipis dihiris Bahan-bahan Untuk Kuah (Pilihan Kedua) : 1 cawan cili kering yg telah dimesin - terpulang ikut kepedasan yg diingini 1 biji bawang besar ] 5 ulas bawang putih ] semua bahan 2 batang serai ] ini dimesin halus 1 inci kunyit hidup ] 2 inci lengkuas - ketuk 3 sudu besar rempah kari daging 2 sudu besar taucu - di mesin daging cincang - terpulang byk mana (lebih kurang 200 g) udang segar - di mesin halus (lebih kurang 200 g - terpulang byk mana lagi byk lagi sedap) ubi keledek merah (kalau ada) - lebih kurang 250 g ( dikupas kulit, direbus dan dimesin halus. Air rebusannya jgn buang) gula, garam dan Pak aji secukup rasa

Bahan-bahan Untuk Mee : 1 kilo mi kuning - dicelur 250 g tauge (dicelur) 3 biji telur (direbus dan di belah 2) 250 g udang (direbus) Daun bawang dan daun sup bawang goreng limau kasturi (dibelah 2) cili merah dan cili hijau - di mayang tahu goreng- di hiris Cara-caranya : Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing. Masukkan cili kering, kunyit, serai tumis dan masukkan serbuk kari dan tumis sampai pecah minyak Masukkan daging cincang dan air bersama2 dgn air rebusan ubi tadi. Masakkan sampai daging empuk Kemudian masukkan pula udang dan taucu. Masak sampai ia menggelegak. Tambahkan gula, garam dan Pak Aji secukup rasa Akhirnya masukkan ubi yg dimesin tadi utk memekatkan kuah. Biarkan ia mendidih

MEE REBUS JOHOR Bahan (A) Untuk dikisar : 3 ulas bawang Besar 4 ulas bawang Putih biji buah Keras 1 inci halia inci lengkuas 2 batang serai 15 gm udang kering 25 tangkai lada kering (Kalau tak tahan pedas kurangkan sedikit) Bahan (B) Disebus dan dikisar : 3 biji ubi keledek (Sederhana Besar) 200 gm daging atau tetel daging Lembu (Dikisar sederhana bersama air rebusan) 200 gm udang (Dikisar bersama air rebusan) 3 sudu besar rempah Kari Daging BABAS atau jenama lain 4 sudu besar asam jawa Garam Gula Serbuk Perisa Mee Kuning Direbus Taugeh Di rebus Untuk Penyedapnya : Daun Soup Limau Kasturi Bawang Goreng Lada Hijau Dihiris-hiris Tauhu Goreng dipotong -potong kecil Telur Rebus Kicap untuk sesiapa yang suka... Cara-caranya : Tumiskan semua bahan -bahan (A) dan rempah kari. Setelah bahan-bahan (A) sudah garing masukan pula bahan (B) yang dikisar. Masukan air asam jawa , garam ,gula dan bahan perisa TIPS Kalau kuah kurang pekat campurkan tepung gandum yang dibancuh dengan air sedikit dan dikisar supaya halus Kuah mee rebus sedap jika manis sedikit Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing ada suka pekat dan tidak pekat....

MEE SUP Bahan-bahan : 1kg mi kunig 1 pokok sawi kobis panjang Isi ayam, sotong, udang (lain-lain makanan laut) sedikit bawang goreng sedikit lada sulah bawang putih air rebusan ayam sedikit garam daun bawang Cara-caranya : Tumiskan bawang putih hingga wangi masukkan air rebusan ayam, garam, lada sulah bila mendidih, masukkan pula sayur, biarkan selama lima minit Cara Hidangan : Celurkan mi dan masukkan ke dalam mangkuk tuangkan kuah sup ke atas mee tadi taburkan bawang goreng dan daun bawang (kalau nak pedas, taburkan cili atau lada merah) hidangkan. MEE WANTAN SPECIAL Bahan-bahannya : 300 gm mi wantan (direbus dgn air mendidih) 150 gm Daging ayam (direbus dan di siat siat) 100 gm sotong /udang atau kedua duanya sekali dan dipotong kecil (direbus dahulu) 800 gm Sawi dicelur dgn air panas dan sedikit minyak 5 biji bawang merah (dihiris) 1 biji bawang putih (dihiris) 100 ml stok ayam 1 sudu kicap cair 1 sudu kicap pekat 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil sos tiram sudu kecil minyak bijan sudu kecil lada sulah Sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya : Panaskan minyak,tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan stok ayam,kicap cair,kicap pekat,sos tiram,minyak bijan dan serbuk lada sulah.Kacau dan biarkankan masakan mendidih di atas api. Letakkan mi wantan,sawi,sotong / udang dan daging ayam di dalam mangkuk.

Tuang kuah ke atasnya dan bolehlah dihidangkan dan jangan lupa jemput saya sekali untuk makan sama. MISUA GORENG CHIENG MAI (KAISIMI NA KUNG) Bahan-bahan : 150gm misua 3 ulas bawang putih dicincang halus 100gm udang basah 100gm isi ayam dihiris nipis 50gm rebong 50gm cendawan butang 3 tangkai daun bawang 2 camca besar kicap cair 1 camca besar sos tiram Satu per empat camca kecil serbuk lada putih 1 cawan air rebusan tulang ayam 1 camca besar tepung jagung dilarut sedikit Minyak untuk digoreng Cara-caranya : Mee Sua direndam sebentar didalam air sejuk. Ditoskan dan digoreng didalam minyak panas sebentar. Letakan didalam pinggan Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cendawan dan rebong Masukan sos tiram, lada putih, kicap cai dan juga air rebusan ayam tadi. Setelah mendidih, masukan isi ayam dan udang. Tuangkan air tepung jagung tadi lalu dituangkan keatas misua tadi

KWITIAOW PAD THAI Ingredients : 1/2 cup peanut or corn oil ( minyak kacang / minyak jagung ) 1 oz raw prawns, shelled ( udang dibuang kulit ) 4 oz firm bean curd (tofu), diced ( tauhu didadu ) 3 tblsp preserved sweet white radish, chopped ( robak putih jeruk dicincang ) 3 tblsp sliced shallots ( bawang merah kecil ) 4 eggs ( telur ) 11 oz rice or cellophane noodles (sen kel or woon sen) - suhun, soaked in cold water for 7-10 minutes, if dried 1/4 cup chicken stock ( stok ayam ) 3 tblsp dried shrimps, chopped ( udang kering dicincang ) 1/3 cup unsalted peanuts, chopped ( kacang tanpa garam dicincang ) 4 spring onions, sliced ( bawang besar dihiris ) 15 oz bean sprouts ( taugee ) Sauce : 1 cup water ( air ) 1/2 cup tamarind juice ( asam jawa ) 1/3 cup palm sugar ( gula merah ) 1 tblsp white soya sauce ( kicap ) Instructions : Mix all the sauce ingredients together in a pan and boil until reduced to about 2/3 cup. Set aside to cool. Heat the oil in a wok or pan until very hot, then add the prawns and bean curd and stir-fry lightly for 1 minute. Add the preserved radish and shallot, fry for 1 minute, and break in the eggs. Stir-fry for a minute, then add the noodles and chicken stock. When the noodles are soft (about 2 minutes), add the dried shrimps, peanuts, spring onions and bean sprouts. Add the sauce, fry for a couple of minutes and serve. Serve accompanied by chopped peanuts, chopped dry chillies, sugar, lime wedges, spring onions, and fresh bean sprouts, all in small containers Paste For Noodles : 1 tablespoon sugar] 1 teaspoon salt] = [B] 225 g (8 oz) onions] 55 g (2 oz) dried chillies]= [C] 4 cloves garlic ] 1 tablespoon shrimp paste] 340 ml (12 fl oz) oil 55 g (2 oz) dried anchovies

Method : Grind [C] till fine. Heat 115 ml (4 fl oz) oil in pan; fry anchovies over a moderate heat till crisp. Drain and pound coarsely. In a clean pan, heat remaining oil. Stir in [C] and fry till fragrant and oil comes through. Add B. Lower the heat; add the pounded anchovies. > Cook for 2-3 minutes, remove to a bowl. Use as required. Store the remainder in a freezer. Note : Fry noodles over a very high heat to keep the bean sprouts crunchy and to prevent the noodles from becoming soggy.

SIZZLING TAUFU Bahan-bahan : 2 keping tauhu - dibelah empat dan goreng Bahan A : 1 sudu teh bawang putih yang dicincang 1 sudu teh halia yang dicincang 1 sudu teh bawang merah yang dicincang 1 sudu besar tauchu - dicincang Bahan B : 1 biji bawang besar - potong empat 1 biji tomato - potong empat 1 biji cili merah - potong serong 10 biji cendawan butang - potong 2 50g kacang peas Seasoning : 1 sudu besar sos tiram 1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh gula Sedikit lada sulah 1 sudu teh Maggi chicken stock granules 1 sudu besar minyak bijan 1/2 cawan air 2 sudu teh tepung jagung di campur dengan sedikit air Daun bawang dan daun sup Cara-caranya : Tumis bahan A hingga wangi. Campurkan bahan seasoning dan biarkan hingga mendidih Masukkan bahan B dan campuran tepung jagung Panaskan hot plate dan sapukan sedikit minyak dan biarkan sehingga panas Letakkan tauhu tadi dan siramkan kuah diatas. Masa itulah ia akan sizzle dengan panasnya Hias dengan daun bawang dan daun sup. Hidangkan segera (Tak ada hot plate, guna pinggan biasa pun tak apa tapi kuahnya sizzle le. Boleh lah tu...) CARA MEMBUAT WAN TAN Bahan-bahan : Carrot di sagat Udang basah ditumbuk.. Cara-caranya : Gaul kedua-duanya sekali, ditamdah sedikit garam and lada putih. Lepas tu, letakkan sedikit dalam wantan skin,and bunjutkan.

Goreng api sederhana sampai kuning keemasan and serve. YAU CHA KWE Bahan-bahannya : 500 gm tepung gandum 2 cawan air 1 camb marjerin di masak (cairkan) 1 camt garam halus 3 sudu makan gula 1 sudu makan susu pekat manis 1 biji kuning telur 2 camca teh yis kering 1/2 camca teh soda bikarnonat (jika tak pakai pun lagi lembut) minyak untuk mengoreng Cara-caranya : Sediakan satu mangkuk adunan. Masukkan 2 cawan air, marjerin, gula, susu, garam, kuning telur, yis kering dan soda bikarbonat. Semua bahan tersebut di kacau hingga larut, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan biar lembut. Uli hingga tidak melekat. Bulat-bulatkan adunan. Biarkan sehingga setengah jam, tutup dengan tuala. Ambil adunan dan canai. Kerat-kerat dan ambil lidi basah, tekan dan tindih dan di tarik panjang. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan masak. Goreng dengan api sederhana.