Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021belanjawan2020.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2021/... ·...
Transcript of Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021belanjawan2020.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2021/... ·...
-
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021
Dokumen ini mengandungi penyata Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2021 serta laporan program dan prestasi setiap agensi. Ia juga mengandungi struktur program dan aktiviti termasuk visi, misi, pelanggan serta prestasi keberhasilan kementerian.
Selain itu, buku ini mengandungi analisa Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun 2021 mengikut agihan Butiran Perbelanjaan, Objek Am dan Sektor, arah aliran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan serta agihan mengikut sektor dari tahun 2017 hingga 2021. Manakala bagi setiap Maksud Bekalan, turut ditunjukkan perbelanjaan sebenar dari tahun 2017 hingga 2021, anggaran perbelanjaan asal bagi tahun 2020 dan cadangan anggaran perbelanjaan 2021.
Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang diperakukan bagi tahun 2021 berjumlah RM307,540 juta. Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan sebanyak RM236,540 juta yang terdiri daripada perbelanjaan Bekalan sebanyak RM164,152 juta (53.4%) dan perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM72,388 juta (23.5%) dan Perbelanjaan Pembangunan disediakan peruntukan sebanyak RM71,000 juta (23.1%) seperti di Carta I.
Carta I: Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021
RM307,540 JUTA
Pembangunan RM71,000 juta (23.1%)
TanggunganRM72,388 juta (23.5%)
BekalanRM164,152 juta (53.4%)
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 1
-
Anggaran Perbelanjaan Mengurus
Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM236,540 juta diagihkan mengikut Objek-objek Am merangkumi Emolumen sebanyak RM84,532 juta (35.7%), Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM32,770 juta (13.9%), Aset sebanyak RM542 juta (0.2%), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM117,911 juta (49.9%) dan Perbelanjaan-perbelanjaan Lain sebanyak RM785 juta (0.3%) seperti di Carta II.
Carta II: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Mengikut Objek Am
Perincian Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Mengikut Sektor
Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus kepada sektor-sektor utama adalah seperti berikut:
▪ Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM19,323 juta (8.2%);
▪ Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM17,057 juta (7.2%);
▪ Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM96,942 juta (41.0%);
▪ Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM25,834 juta (10.9%); dan
▪ Sektor-Sektor Lain diperuntukkan untuk Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan berjumlah RM77,384 juta (32.7%).
RM236,540 JUTA
Perbelanjaan-perbelanjaan Lain RM785 juta (0.3%)
Emolumen RM84,532 juta (35.7%)
Perkhidmatan dan Bekalan RM32,770 juta (13.9%)
Aset RM542 juta (0.2%)
Pemberian dan Kenaan Bayaran TetapRM117,911 juta (49.9%)
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 2
-
Sektor Pentadbiran
Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM19,323 juta dengan agihan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM15,399 juta), Bayaran Balik dan Bayaran Ganti (RM3,305 juta), Perkhidmatan Luar Negeri (RM594 juta) dan Pembaikan dan Pengubahsuaian (RM25 juta) seperti di Carta III.
Carta III: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Pentadbiran
Sektor Ekonomi Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM17,057 juta dengan agihan kepada sepuluh (10) sektor kecil, iaitu Pertanian (RM1,863 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM70 juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM3,495 juta), Pengangkutan (RM6,294 juta), Perhubungan (RM89 juta), Tenaga dan Kemudahan Awam (RM406 juta), Kajian Kemungkinan (RM4 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM2,554 juta), Kewangan (RM2,142 juta) dan Alam Sekitar (RM140 juta) seperti di Carta IV.
Carta IV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Ekonomi
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
18,000
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AM
BAYARAN BALIK DAN BAYARAN GANTI
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI
PEMBAIKAN DAN PENGUBAHSUAIAN
RM juta
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
7,000
PERTANIAN
PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER GALIAN
PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN
PENGANGKUTAN
PERHUBUNGAN
TENAGA DAN KEMUDAHAN AWAM
KAJIAN KEMUNGKINAN
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KEWANGAN
ALAM SEKITAR
RM juta
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 3
-
Sektor Sosial
Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM96,942 juta dengan agihan kepada tujuh (7) sektor kecil iaitu Pelajaran dan Latihan (RM59,139 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM27,504 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM1,206 juta), Kebudayaan, Belia dan Sukan (RM768 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM4,538 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM255 juta) dan Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM3,532 juta) seperti di Carta V.
Carta V: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Sosial
Sektor Keselamatan
Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM25,834 juta dengan agihan kepada dua (2) sektor kecil iaitu Keselamatan Dalam Negeri (RM14,479 juta) dan Pertahanan (RM11,355 juta) seperti di Carta VI.
Carta VI: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Keselamatan
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
PELAJARAN DAN LATIHAN
KESIHATAN DAN KEPENDUDUKAN
PENERANGAN DAN PENYIARAN
KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKANDAN MASYARAKAT
PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN MASYARAKAT
KEBAJIKAN MASYARAKAT, PERPADUAN NEGARA DANORANG ASLI
RM juta
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
KESELAMATAN DALAM NEGERI
PERTAHANAN
RM juta
MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 4
-
Sektor-sektor Lain
Baki Anggaran Perbelanjaan Mengurus disediakan untuk Sektor Tanggungan Tertentu dan Sektor Bayaran Pindahan berjumlah RM77,384 juta. Sektor Tanggungan Tertentu diperuntukkan sebanyak RM66,718 juta bagi tujuan pembayaran Pencen dan Ganjaran (RM27,526 juta), Perbelanjaan Kerana Hutang Negara (RM39,000 juta) dan Tanggungan - tanggungan Lain (RM192 juta) seperti di Carta VII.
Carta VII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Tanggungan Tertentu
Sektor Bayaran Pindahan diperuntukkan sejumlah RM10,666 juta bagi tujuan Pemberian dan Pinjaman Kepada Negeri (RM2,064 juta), Kumpulan Wang Terkanun (RM884 juta), Caruman Lain (RM73 juta) dan Bayaran Pindahan Lain (RM7,645 juta) seperti di Carta VIII.
Carta VIII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 Sektor Bayaran Pindahan
0
5,000
10,000
15,000
20,000
25,000
30,000
35,000
40,000
45,000
PENCEN DAN GANJARAN
PERBELANJAAN KERANA HUTANG NEGARA
TANGGUNGAN-TANGGUNGAN LAIN
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
7,000
8,000
9,000
PEMBERIAN DAN PINJAMAN KEPADA NEGERI
KUMPULAN WANG TERKANUN
CARUMAN LAIN
BAYARAN PINDAHAN LAIN
RM juta
RM juta
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 5
-
Arah Aliran Perbelanjaan Mengurus 2017 – 2021
Bagi tempoh 2017 - 2021, arah aliran Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan lebihan hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan) meningkat dari RM220,406 juta pada tahun 2017 kepada RM236,540 juta pada tahun 2021 seperti di Carta IX.
Carta IX: Arah Aliran Perbelanjaan Mengurus 2017-2021
220.41
232.88
264.41
241.02 236.54
180
200
220
240
260
280
2017 2018 2019 2020 2021
RM bilion
Tahun
PerbelanjaanSebenarAnggaran
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 6
-
Perbelanjaan Mengurus 2017 - 2021 Mengikut Sektor
Perbelanjaan Mengurus dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran, Ekonomi, Sosial, Keselamatan, Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan. Bagi tempoh 2017 - 2021, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada Sektor Sosial iaitu secara purata sebanyak 39.0% diikuti oleh Sektor Tanggungan Tertentu sebanyak 24.5%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan seperti di Carta X.
Carta X: Peratus Perbelanjaan Mengurus Tahun 2017-2021 Mengikut Sektor
12.5 12.021.3
7.5 4.5
22.9 23.722.1
25.8 28.2
11.8 11.78.9
11.2 10.9
39.7 38.3 35.4 40.5 41.0
7.7 6.0 5.9 7.1 7.25.4 8.3 6.4 7.9 8.2
Tahun
Pentadbiran
Ekonomi
Sosial
Keselamatan
Tanggungan Tertentu
Bayaran Pindahan
2017 2018 2019 2020 2021
Peratus (%)
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 7
-
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM71,000 juta, iaitu Cara Langsung sebanyak RM67,300 juta (94.8%), Pinjaman sebanyak RM1,700 juta (2.4%) dan Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2,000 juta (2.8%) seperti di Carta XI.
Carta XI: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021
Perincian Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Mengikut Sektor
Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 diagihkan kepada sektor-sektor utama adalah seperti berikut:
▪ Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM3,964 juta (5.6%);
▪ Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM38,887 juta (54.7%);
▪ Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM18,369 juta (25.9%);
▪ Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM7,780 juta (11.0%); dan
▪ Peruntukan Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2,000 juta (2.8%)
RM71,000 JUTA
Cara Langsung RM67,300 juta (94.8%)
PinjamanRM1,700 juta (2.4%)
Simpanan Luar Jangka RM2,000 juta (2.8%)
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 8
-
Sektor Pentadbiran
Sektor Pentadbiran diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM3,964 juta dengan agihan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM3,353 juta) dan Pembaikan dan Pengubahsuaian (RM611 juta) seperti di Carta XII.
Carta XII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Pentadbiran
Sektor Ekonomi
Sektor Ekonomi diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM38,887 juta dengan agihan kepada sepuluh (10) sektor kecil, iaitu Pertanian (RM2,894 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM84 juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM3,121 juta), Pengangkutan (RM15,036 juta), Perhubungan (RM600 juta), Tenaga dan Kemudahan Awam (RM3,330 juta), Kajian Kemungkinan (RM123 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM589 juta), Kewangan (RM11,219 juta) dan Alam Sekitar (RM1,891 juta) seperti di Carta XIII.
0
500
1,000
1,500
2,000
2,500
3,000
3,500
4,000
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AM
PEMBAIKAN DAN PENHUBAHSUAIAN
RM juta
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 9
-
Carta XIII: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Ekonomi
Sektor Sosial
Sektor Sosial diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM18,369 juta dengan agihan kepada kepada sembilan (9) sektor kecil iaitu Pelajaran dan Latihan (RM8,873 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM4,726 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM187 juta), Perumahan (RM1,834 juta), Kebudayaan, Belia dan Sukan (RM263 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM718 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM1,218 juta), Pembelian Tanah (RM207 juta) dan Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM343 juta) seperti di Carta XIV.
Carta XIV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Sosial
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
7,000
8,000
9,000
10,000
PELAJARAN DAN LATIHAN
KESIHATAN DAN KEPENDUDUKAN
PENERANGAN DAN PENYIARAN
PERUMAHAN
KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKANDAN MASYARAKATPEMBANGUNAN KAMPUNG DAN MASYARAKAT
PEMBELIAN TANAH
KEBAJIKAN MASYARAKAT, PERPADUAN NEGARA DANORANG ASLI
RM juta
MAJLIS-MAJLIS TEMPATAN, PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
PERTANIAN
PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER GALIAN
PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN
PENGANGKUTAN
PERHUBUNGAN
TENAGA DAN KEMUDAHAN AWAM
KAJIAN KEMUNGKINAN
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KEWANGAN
ALAM SEKITAR
RM juta
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 10
-
Sektor Keselamatan
Sektor Keselamatan diperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM7,780 juta dengan agihan kepada dua (2) sektor kecil iaitu Keselamatan Dalam Negeri (RM2,920 juta) dan Pertahanan (RM4,860 juta) seperti di Carta XV.
Carta XV: Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 Sektor Keselamatan
Simpanan Luar Jangka
Baki Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM2,000 juta disediakan di bawah peruntukan Simpanan Luar Jangka bagi membiayai projek pembangunan yang memerlukan peruntukan tambahan di luar jangkaan.
Komitmen Jaminan Dan Liabiliti Kerajaan Dari keseluruhan Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan yang berjumlah RM307,540 juta sebanyak RM26,555 juta diperuntukkan bagi membiayai komitmen jaminan dan liabiliti Kerajaan yang merangkumi bayaran Public Private Partnership Unit Kerjasama Awam Swasta (PPP-UKAS) dan bayaran pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan (GG).
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
KESELAMATAN DALAM NEGERI
PERTAHANAN
RM juta
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 11
-
Arah Aliran Perbelanjaan Pembangunan 2017 – 2021
Arah aliran Perbelanjaan Pembangunan bagi tempoh 2017 - 2021 meningkat berdasarkan kepada trend pelaksanaan projek/program bagi tahun 2017 - 2021 seperti di Carta XVI.
Carta XVI: Arah Aliran Perbelanjaan Pembangunan 2017-2021
44.9
56.154.2
58.0
71.0
40
50
60
70
80
2017 2018 2019 2020 2021
RM bilion
Tahun
PerbelanjaanSebenar
Anggaran
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 12
-
3.4 2.811.8 8.8 10.4
11.3 11.0
27.722.9 26.9
26.0 25.9
53.9 64.4 57.7 53.5 54.7
6.6 3.9 5.0 5.8 5.6
Tahun
Pentadbiran
Ekonomi
Sosial
Keselamatan
Simpanan LuarJangka
Perbelanjaan Pembangunan 2017 - 2021 Mengikut Sektor
Perbelanjaan Pembangunan dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran, Ekonomi, Sosial dan Keselamatan serta untuk Peruntukan Simpanan Luar Jangka. Bagi tempoh 2017 - 2021, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada dua (2) sektor iaitu Ekonomi dan Sosial secara purata mencecah 82.7%. Sektor-sektor utama yang lain menerima peruntukan 17.3% seperti di Carta XVII.
Carta XVII: Peratus Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2017-2021 Mengikut Sektor
2017 2018 2019 2020 2021
Peratus (%)
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 13