Angin ahmar pengajaran perit Everything, plus the · Pada pertengahan bulan lalu, serangan angin...

1
SEBAHAGIAN anggota masyarakat Melayu tidak menyifatkan perubahan tabiat dan gaya hidup sebagai penting dalam usaha mencegah se- rangan angin ahmar. Setelah serangan berlaku, keluarga Melayu/Islam pula lebih cenderung memberi tumpuan kepada aspek fizikal. Mereka mengabaikan simptom lain yang ‘tidak kelihatan’ seperti kekurangan dari sudut kognitif, ingatan dan keupayaan pesakit menyele- saikan masalah. Demikian pengamatan pakar terapi pekerjaan Hospital Besar Ng Teng Fong, Cik Hafizah Amin, 29 tahun, yang juga sukarelawan Persatu- an Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) se- jak tiga tahun lalu. Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ber- dasarkan pengalamannya, pesakit angin ahmar Melayu/Islam biasanya menghidapi kencing ma- nis, kadar kolesterol tinggi dan kurang bergerak secara fizikal. “Semua ini adalah faktor risiko yang dike- tahui dan sebenarnya boleh dikawal. Andainya mereka menyedari bahawa dengan mengubah tabiat dan gaya hidup, serangan angin ahmar atau strok boleh dicegah. “Malangnya, sebahagian daripada mereka sa- ma ada tidak menganggapnya sebagai satu isu yang serius atau tidak melihat implikasi jika mengalami keadaan itu pada jangka masa pan- jang,” kata beliau. Cik Hafizah menambah bahawa anggota ke- luarga Melayu/Islam kurang memahami implika- si strok. Mereka biasanya fokus pada aspek fi- zikal bekas pesakit angin ahmar yang ketara se- perti tangan menjadi lemah. “Keluarga berkenaan cenderung mengabai- kan simptom lain yang ‘tidak kelihatan’ tetapi mungkin dialami bekas pesakit angin ahmar. Ini termasuk defisit kognitif, misalnya, ingatan jang- ka pendek dan kelemahan dalam menyelesaikan masalah,” ujar Cik Hafizah. Menurut beliau, mereka hanya menyedari im- plikasinya apabila insan yang mereka sayangi tidak lagi dapat berfungsi seperti sebelumnya se- masa di rumah atau ketika melibatkan tugas ha- rian seperti ingat mematikan gas dapur atau menyediakan minuman mudah. “Mereka terus bergelut dengan masalah ini,” kata Cik Hafizah. Namun, ada juga aspek ‘menggembirakan’. Masyarakat Melayu sentiasa bersedia memikul tanggungjawab menjaga anggota ke- luarga mereka yang sakit, kata sukarelawan SN- SA, Cik Siti Rohaida Rahmat, 27 tahun, yang ju- ga jururawat kanan Hospital Besar Singapura (SGH). “Saya telah menemui beberapa keluarga yang malah mempunyai jadual menjaga ibu bapa (yang diserang angin ahmar) secara silih bergan- ti,” ujar Cik Siti Rohaida, yang berpengalaman bertugas di wad neurologi dan menjaga pesakit angin ahmar. Beliau terlibat secara aktif selaku sukarela- wan menyelaras Program Kehidupan Selepas Strok, satu usaha sama antara SNSA dengan NTUC. Beliau turut mengatur rancangan latihan sena- man dan kegiatan berkumpulan seperti bermain boling rumput dan memasak bagi bekas pesakit angin ahmar. Perkara yang terus menjadi keprihatinan Cik Siti Rohaida ialah sikap sesetengah pesakit. “Kebanyakan pesakit strok dalam kalangan masyarakat kita lambat mendapatkan rawatan, ada kalanya selepas 24 jam. “Kita harus faham bahawa angin ahmar ada- lah satu kecemasan dan mendapatkan rawatan awal di hospital akan memperbaiki kesannya nanti,” kata Cik Siti Rohaida, yang kematian datuk dan ibu saudara akibat angin ahmar. Menurut beliau, pesakit penyakit kronik sebe- gini perlu memakan ubat secara tetap mengikut arahan doktor. “Banyak kali kami dapati mereka mengabai- kan atau berhenti memakan ubat. Apabila strok menyerang ekoran faktor-faktor yang boleh dice- gah ini, ia sudah terlambat,” kata Cik Siti Rohai- da. MENANGGUNG padah dek keangkuhan diri. Demikian pengakuan Encik Jamal Ahmad, 58 tahun, yang diserang angin ahmar beberapa minggu lalu. Menyingkap kembali pengalamannya, pembantu am pentadbiran itu berkata: “Sebenarnya, kalau cakap terus terang, ini (peri- hal diserang angin ahmar) kerana kesilapan saya yang angkuh.” Dua tahun lalu, apabila pergi ke poliklinik men- jalani pemeriksaan kesihatan, Encik Jamal terkejut mendapat tahu beliau mengalami penyakit darah ting- gi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi. “Semua kiraannya tak bagus dan melebihi normal. Doktor beri saya nasihat tentang akibatnya kalau ada penyakit-penyakit ini. Saya disuruh makan ubat, jaga makan dan jaga segalanya. Lepas sebulan, doktor nak jumpa saya lagi,” ujar bapa tiga anak berusia antara 22 hingga 29 tahun itu. Bagaimanapun, disebabkan beliau tidak berasa sa- kit ketika itu, Encik Jamal menyangka tubuhnya mampu bertahan lalu tidak mengendahkan nasihat doktor. “Cuma seminggu dua sahaja saya ikut peraturan makan ubat. Selepas itu, saya buat tak endah sebab tak rasa apa-apa pun. Saya rasa okey dan normal, jadi saya bertawakal saja. Malangnya, saya juga kuat hisap rokok,” katanya. Pada pertengahan bulan lalu, serangan angin ah- mar berlaku. “Ia berlaku pada satu petang sedang saya makan cemil-cemilan sambil tengok televisyen di rumah. Saya memang suka makanan ringan, misalnya rem- peyek. “Tiba-tiba bahagian kiri tubuh saya, dari kepala hingga kaki, berasa seolah-olah ada sesuatu. Rasa ma- cam ditiup kipas angin dan kebas. Saya tak pernah ra- sa macam itu,” cerita Encik Jamal, yang keberatan gambarnya diambil. Beliau mengakui tidak mengendahkan keadaan itu, malah sambung makan dan menonton televisyen. “Lepas hampir sejam dan bila saya nak bangun dan beredar sebab dah nak masuk maghrib, tiba-tiba kepala saya mabuk. Mata sebelah kiri dah gelap dan samar-samar. Masih boleh nampak tapi penglihatan berganda sedikit. “Kaki saya pun rasa tidak seperti biasa, lemah tapi keras,” kata beliau, yang bersyukur tidak rebah di dalam bilik air ketika mandi selepas itu. Ketika solat, Encik Jamal tidak khusyuk kerana mula merasa tekanannya. Menurut Encik Jamal, keadaannya ketika itu lebih buruk daripada ketika dalam bilik air. Encik Jamal memberitahu isterinya tetapi beliau sangka Encik Jamal bersenda. “Lima minit sesudah itu, sedang saya nak bangun dari katil, saya terus terjatuh. Nasib baik saya jatuh atas katil. Bahagian kiri anggota tubuh saya tak dapat buat apa-apa,” cerita Encik Jamal, yang dikejarkan ke klinik 24 jam sebelum dihantar ke Unit Kemalan- gan dan Kecemasan Hospital Besar Singapura (SGH). Hampir dua jam doktor dan kakitangan hospital mengepam ubat ke dalam tubuhnya. “Saya rasa ini satu pengajaran cukup baik, jangan bongkak,” kata beliau, yang kini bertekad berhenti merokok. PENYAKIT angin ahmar merupakan pun- ca kematian keempat di Singapura. Ia juga punca utama kecacatan dalam kalangan orang dewasa. “Setiap tahun 9,000 warga Singapura mengalami angin ahmar. Mereka memerlu- kan bantuan melebihi rawatan perubatan dan pemulihan bagi menangani kesan psikologi, emosi dan sosial akibat strok terse- but,” kata Presiden Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA), Dr Deidre Anne De Silva. Beliau, yang juga konsultan kanan pakar neurologi angin ahmar Institut Neurosains Kebangsaan (NNI), berkata demikian ketika diminta mengulas tentang acara tahunan ga- la amal SNSA, Striking A Chord for Stroke Awareness, yang diadakan di Studio Resital Esplanade baru-baru ini. Acara tahunan itu bertujuan me- ningkatkan kesedaran ramai berhubung pe- nyakit tersebut, di samping menambah dana SNSA bagi membiayai khidmatnya. Mantan Presiden Singapura, Encik SR Nathan, 90 tahun, yang diserang angin ah- mar April lalu, menjadi tetamu undangan. Berucap di majlis itu, beliau berkata: “Khidmat sukarela saya menyertai acara Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura adalah demi mengingatkan rakyat Singapura sekalian tentang bahaya strok dan penting- nya mengenal pasti gejala strok lalu segera ke hospital apabila diserang angin ahmar ba- gi mendapatkan diagnosis dan rawatan awal.” Menurut Dr De Silva, satu daripada set- iap enam orang akan mengalami angin ah- mar dalam hidup mereka. Kira-kira dua pertiga pesakit angin ahmar akan menghadapi beberapa kecacatan sele- pas diserang. Lantas, langkah menangguh rawatan han- ya akan memperburuk keadaan dan kesan- nya ke atas tubuh. Angin ahmar disebut juga sebagai sera- ngan otak. Ia berlaku apabila bekalan darah di otak terjejas akibat arteri tersumbat (kira-kira 85 peratus daripada semua kes angin ahmar) atau disebabkan pendarahan dalam otak apabila saluran darah pecah. SNSA, yang ditubuhkan 19 tahun lalu, merupakan satu-satunya kumpulan soko- ngan angin ahmar peringkat nasional di Singapura. Ia bermatlamat menyokong bekas pesa- kit angin ahmar dan keluarga mereka agar mampu meneruskan kehidupan serta mena- ngani kesan akibat penyakit tersebut. Ini dilakukan melalui program pendam- ping, kelab strok, kumpulan sokongan dan pelbagai khidmat lain. “Kami mempunyai bekas pesakit strok yang tua dan muda daripada pelbagai kaum dan bertutur dalam bahasa berbeza. “Secara bersama, kita boleh berusaha menuju ke arah menjadikan kehidupan sele- pas strok yang lebih baik,” tambah Dr De Silva. Sesetengah Melayu kurang prihatin ambil langkah cegah angin ahmar Angin ahmar pengajaran perit Pesakit angin ahmar juga perlu sokongan psikologi, emosi USAH ABAIKAN SIMPTOM KURANG KETARA: Pakar terapi pekerjaan Hospital Besar Ng Teng Fong, Cik Hafizah Amin, berharap keluarga bekas pesakit angin ahmar dapat menyedari kekurangan pesakit dari sudut kognitif, seperti ingatan jangka pendek serta kesukaran menyelesaikan masalah, dan bukan sekadar dari sudut fizikal sahaja. 1. MUKA Minta pesakit senyum. Adakah sebelah wajahnya melendut atau kelihatan seakan-akan mencebik? 2. LENGAN Minta angkat kedua-dua lengan. Adakah sebelah tangannya terkulai atau melentuk? 3. PERTUTURAN Minta ulangi sebaris frasa. Adakah pertuturannya tidak jelas atau kedengaran aneh? 4. MASA Jika anda melihat salah satu daripada tanda tersebut, ia sudah menjadi satu kecemasan. Hubungi talian 995 bagi mendapatkan khidmat ambulans dengan segera supaya pesakit boleh dirawat secepatnya sebelum angin ahmar menjejas ke bahagian tubuhnya yang lain. PERKONGSIAN TENTANG ANGIN AHMAR: Mantan presiden SR Nathan, yang diserang angin ahmar April lalu, menjadi tetamu undangan acara amal Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA), ‘Striking A Chord for Stroke Awareness’, di Studio Resital Esplanade baru-baru ini. Beliau dirakam berbincang dengan presiden SNSA Dr Deidre Anne De Silva (tengah) dan seorang pekerja sosial. – Foto-foto SNSA Kumpulan sokongan pesakit anjur program pendamping, sesi sokongan kepada pesakit KES PESAKIT ANGIN AHMAR Angin ahmar merupakan penyakit yang lazim berlaku, namun ia masih tetap menimbulkan ‘kebingungan’, khususnya mengenai tanda-tandanya. Justeru, Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) mengetengahkan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Ikuti laporan wartawan HASLEEN BACHIK ([email protected]). Select furniture for your home or showcase your merchandise in CLASS 114 To advertise, call the Print Classified Hotline: 1800-289 9988 Everything, plus the kitchen sink Find painters to do the job or promote your services in CLASS 112 To advertise, call the Print Classified Hotline: 1800-289 9988 Paint the town red, or just your room MENGESAN TANDA-TANDA ANGIN AHMAR SOKONGAN BUAT PESAKIT ANGIN AHMAR 6 Berita Harian | Isnin, 20 Julai 2015 Berita SETEMPAT

Transcript of Angin ahmar pengajaran perit Everything, plus the · Pada pertengahan bulan lalu, serangan angin...

SEBAHAGIAN anggota masyarakat Melayutidak menyifatkan perubahan tabiat dan gayahidup sebagai penting dalam usaha mencegah se-rangan angin ahmar.

Setelah serangan berlaku, keluargaMelayu/Islam pula lebih cenderung memberitumpuan kepada aspek fizikal.

Mereka mengabaikan simptom lain yang‘tidak kelihatan’ seperti kekurangan dari sudutkognitif, ingatan dan keupayaan pesakit menyele-saikan masalah.

Demikian pengamatan pakar terapi pekerjaanHospital Besar Ng Teng Fong, Cik HafizahAmin, 29 tahun, yang juga sukarelawan Persatu-an Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) se-jak tiga tahun lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ber-dasarkan pengalamannya, pesakit angin ahmarMelayu/Islam biasanya menghidapi kencing ma-nis, kadar kolesterol tinggi dan kurang bergeraksecara fizikal.

“Semua ini adalah faktor risiko yang dike-tahui dan sebenarnya boleh dikawal. Andainyamereka menyedari bahawa dengan mengubahtabiat dan gaya hidup, serangan angin ahmaratau strok boleh dicegah.

“Malangnya, sebahagian daripada mereka sa-ma ada tidak menganggapnya sebagai satu isuyang serius atau tidak melihat implikasi jika

mengalami keadaan itu pada jangka masa pan-jang,” kata beliau.

Cik Hafizah menambah bahawa anggota ke-luarga Melayu/Islam kurang memahami implika-si strok. Mereka biasanya fokus pada aspek fi-zikal bekas pesakit angin ahmar yang ketara se-perti tangan menjadi lemah.

“Keluarga berkenaan cenderung mengabai-kan simptom lain yang ‘tidak kelihatan’ tetapimungkin dialami bekas pesakit angin ahmar. Initermasuk defisit kognitif, misalnya, ingatan jang-ka pendek dan kelemahan dalam menyelesaikanmasalah,” ujar Cik Hafizah.

Menurut beliau, mereka hanya menyedari im-plikasinya apabila insan yang mereka sayangitidak lagi dapat berfungsi seperti sebelumnya se-masa di rumah atau ketika melibatkan tugas ha-rian seperti ingat mematikan gas dapur ataumenyediakan minuman mudah.

“Mereka terus bergelut dengan masalah ini,”kata Cik Hafizah.

Namun, ada juga aspek ‘menggembirakan’.Masyarakat Melayu sentiasa bersedia

memikul tanggungjawab menjaga anggota ke-luarga mereka yang sakit, kata sukarelawan SN-SA, Cik Siti Rohaida Rahmat, 27 tahun, yang ju-ga jururawat kanan Hospital Besar Singapura(SGH).

“Saya telah menemui beberapa keluargayang malah mempunyai jadual menjaga ibu bapa

(yang diserang angin ahmar) secara silih bergan-ti,” ujar Cik Siti Rohaida, yang berpengalamanbertugas di wad neurologi dan menjaga pesakitangin ahmar.

Beliau terlibat secara aktif selaku sukarela-wan menyelaras Program Kehidupan SelepasStrok, satu usaha sama antara SNSA denganNTUC.

Beliau turut mengatur rancangan latihan sena-man dan kegiatan berkumpulan seperti bermainboling rumput dan memasak bagi bekas pesakitangin ahmar.

Perkara yang terus menjadi keprihatinan CikSiti Rohaida ialah sikap sesetengah pesakit.

“Kebanyakan pesakit strok dalam kalanganmasyarakat kita lambat mendapatkan rawatan,ada kalanya selepas 24 jam.

“Kita harus faham bahawa angin ahmar ada-lah satu kecemasan dan mendapatkan rawatanawal di hospital akan memperbaiki kesannyananti,” kata Cik Siti Rohaida, yang kematiandatuk dan ibu saudara akibat angin ahmar.

Menurut beliau, pesakit penyakit kronik sebe-gini perlu memakan ubat secara tetap mengikutarahan doktor.

“Banyak kali kami dapati mereka mengabai-kan atau berhenti memakan ubat. Apabila strokmenyerang ekoran faktor-faktor yang boleh dice-gah ini, ia sudah terlambat,” kata Cik Siti Rohai-da.

MENANGGUNG padah dek keangkuhan diri.Demikian pengakuan Encik Jamal Ahmad, 58

tahun, yang diserang angin ahmar beberapa minggulalu.

Menyingkap kembali pengalamannya, pembantuam pentadbiran itu berkata:

“Sebenarnya, kalau cakap terus terang, ini (peri-hal diserang angin ahmar) kerana kesilapan saya yangangkuh.”

Dua tahun lalu, apabila pergi ke poliklinik men-jalani pemeriksaan kesihatan, Encik Jamal terkejutmendapat tahu beliau mengalami penyakit darah ting-gi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi.

“Semua kiraannya tak bagus dan melebihi normal.Doktor beri saya nasihat tentang akibatnya kalau adapenyakit-penyakit ini. Saya disuruh makan ubat, jagamakan dan jaga segalanya. Lepas sebulan, doktor nakjumpa saya lagi,” ujar bapa tiga anak berusia antara22 hingga 29 tahun itu.

Bagaimanapun, disebabkan beliau tidak berasa sa-kit ketika itu, Encik Jamal menyangka tubuhnyamampu bertahan lalu tidak mengendahkan nasihatdoktor.

“Cuma seminggu dua sahaja saya ikut peraturanmakan ubat. Selepas itu, saya buat tak endah sebabtak rasa apa-apa pun. Saya rasa okey dan normal, jadisaya bertawakal saja. Malangnya, saya juga kuathisap rokok,” katanya.

Pada pertengahan bulan lalu, serangan angin ah-mar berlaku.

“Ia berlaku pada satu petang sedang saya makancemil-cemilan sambil tengok televisyen di rumah.Saya memang suka makanan ringan, misalnya rem-

peyek.“Tiba-tiba bahagian kiri tubuh saya, dari kepala

hingga kaki, berasa seolah-olah ada sesuatu. Rasa ma-cam ditiup kipas angin dan kebas. Saya tak pernah ra-sa macam itu,” cerita Encik Jamal, yang keberatangambarnya diambil.

Beliau mengakui tidak mengendahkan keadaanitu, malah sambung makan dan menonton televisyen.

“Lepas hampir sejam dan bila saya nak bangundan beredar sebab dah nak masuk maghrib, tiba-tibakepala saya mabuk. Mata sebelah kiri dah gelap dansamar-samar. Masih boleh nampak tapi penglihatanberganda sedikit.

“Kaki saya pun rasa tidak seperti biasa, lemah tapikeras,” kata beliau, yang bersyukur tidak rebah didalam bilik air ketika mandi selepas itu.

Ketika solat, Encik Jamal tidak khusyuk keranamula merasa tekanannya. Menurut Encik Jamal,keadaannya ketika itu lebih buruk daripada ketikadalam bilik air.

Encik Jamal memberitahu isterinya tetapi beliausangka Encik Jamal bersenda.

“Lima minit sesudah itu, sedang saya nak bangundari katil, saya terus terjatuh. Nasib baik saya jatuhatas katil. Bahagian kiri anggota tubuh saya tak dapatbuat apa-apa,” cerita Encik Jamal, yang dikejarkanke klinik 24 jam sebelum dihantar ke Unit Kemalan-gan dan Kecemasan Hospital Besar Singapura (SGH).

Hampir dua jam doktor dan kakitangan hospitalmengepam ubat ke dalam tubuhnya.

“Saya rasa ini satu pengajaran cukup baik, janganbongkak,” kata beliau, yang kini bertekad berhentimerokok.

PENYAKIT angin ahmar merupakan pun-ca kematian keempat di Singapura. Ia jugapunca utama kecacatan dalam kalanganorang dewasa.

“Setiap tahun 9,000 warga Singapuramengalami angin ahmar. Mereka memerlu-kan bantuan melebihi rawatan perubatandan pemulihan bagi menangani kesanpsikologi, emosi dan sosial akibat strok terse-but,” kata Presiden Persatuan Angin AhmarNasional Singapura (SNSA), Dr DeidreAnne De Silva.

Beliau, yang juga konsultan kanan pakarneurologi angin ahmar Institut NeurosainsKebangsaan (NNI), berkata demikian ketikadiminta mengulas tentang acara tahunan ga-la amal SNSA, Striking A Chord for StrokeAwareness, yang diadakan di Studio ResitalEsplanade baru-baru ini.

Acara tahunan itu bertujuan me-ningkatkan kesedaran ramai berhubung pe-nyakit tersebut, di samping menambah danaSNSA bagi membiayai khidmatnya.

Mantan Presiden Singapura, Encik SRNathan, 90 tahun, yang diserang angin ah-mar April lalu, menjadi tetamu undangan.

Berucap di majlis itu, beliau berkata:“Khidmat sukarela saya menyertai acara

Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapuraadalah demi mengingatkan rakyat Singapurasekalian tentang bahaya strok dan penting-nya mengenal pasti gejala strok lalu segerake hospital apabila diserang angin ahmar ba-gi mendapatkan diagnosis dan rawatanawal.”

Menurut Dr De Silva, satu daripada set-iap enam orang akan mengalami angin ah-mar dalam hidup mereka.

Kira-kira dua pertiga pesakit angin ahmarakan menghadapi beberapa kecacatan sele-pas diserang.

Lantas, langkah menangguh rawatan han-ya akan memperburuk keadaan dan kesan-nya ke atas tubuh.

Angin ahmar disebut juga sebagai sera-ngan otak. Ia berlaku apabila bekalan darahdi otak terjejas akibat arteri tersumbat(kira-kira 85 peratus daripada semua kesangin ahmar) atau disebabkan pendarahandalam otak apabila saluran darah pecah.

SNSA, yang ditubuhkan 19 tahun lalu,merupakan satu-satunya kumpulan soko-ngan angin ahmar peringkat nasional diSingapura.

Ia bermatlamat menyokong bekas pesa-

kit angin ahmar dan keluarga mereka agarmampu meneruskan kehidupan serta mena-ngani kesan akibat penyakit tersebut.

Ini dilakukan melalui program pendam-ping, kelab strok, kumpulan sokongan danpelbagai khidmat lain.

“Kami mempunyai bekas pesakit strokyang tua dan muda daripada pelbagai kaumdan bertutur dalam bahasa berbeza.

“Secara bersama, kita boleh berusahamenuju ke arah menjadikan kehidupan sele-pas strok yang lebih baik,” tambah Dr DeSilva.

Sesetengah Melayu kurang prihatinambil langkah cegah angin ahmar

Angin ahmar pengajaran perit

Pesakit angin ahmar jugaperlu sokongan psikologi, emosi

USAH ABAIKAN SIMPTOM KURANG KETARA: Pakar terapi pekerjaan Hospital Besar NgTeng Fong, Cik Hafizah Amin, berharap keluarga bekas pesakit angin ahmar dapatmenyedari kekurangan pesakit dari sudut kognitif, seperti ingatan jangka pendek sertakesukaran menyelesaikan masalah, dan bukan sekadar dari sudut fizikal sahaja.

1. MUKAMinta pesakit senyum. Adakahsebelah wajahnya melendutatau kelihatan seakan-akanmencebik?

2. LENGANMinta angkat kedua-dua lengan.Adakah sebelah tangannyaterkulai atau melentuk?

3. PERTUTURANMinta ulangi sebaris frasa.Adakah pertuturannya tidakjelas atau kedengaran aneh?

4. MASAJika anda melihat salah satudaripada tanda tersebut, iasudah menjadi satu kecemasan.Hubungi talian 995 bagimendapatkan khidmatambulans dengan segerasupaya pesakit boleh dirawatsecepatnya sebelum anginahmar menjejas ke bahagiantubuhnya yang lain.

PERKONGSIAN TENTANG ANGIN AHMAR: Mantan presiden SR Nathan, yang diserang angin ahmar April

lalu, menjadi tetamu undangan acara amal Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA), ‘Striking

A Chord for Stroke Awareness’, di Studio Resital Esplanade baru-baru ini. Beliau dirakam berbincang

dengan presiden SNSA Dr Deidre Anne De Silva (tengah) dan seorang pekerja sosial.

– Foto-foto SNSA

Kumpulan sokonganpesakit anjur program

pendamping, sesisokongan kepada pesakit

KES PESAKIT ANGIN AHMAR

Angin ahmar merupakan penyakit yang lazim berlaku, namun ia masih tetap menimbulkan ‘kebingungan’, khususnya mengenai tanda-tandanya.Justeru, Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) mengetengahkan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.

Ikuti laporan wartawan HASLEEN BACHIK ([email protected]).

Select furniture for your home or showcaseyour merchandise in CLASS 114

To advertise, call thePrint Classified Hotline: 1800-289 9988

Everything,plus thekitchen sink

Find painters to do the job or promote your services in CLASS 112To advertise, call the Print Classified Hotline: 1800-289 9988

Paint the town red, or just your room

MENGESAN TANDA-TANDAANGIN AHMAR

SOKONGAN BUAT PESAKIT ANGIN AHMAR

6 Berita Harian | Isnin, 20 Julai 2015

Berita SETEMPAT