Animas i

download Animas i

of 104

Transcript of Animas i

  • PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ANIMASI

    DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI

    DAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

    DALAM MEMAHAMI KONSEP BIOLOGI

    NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMED

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2008

  • PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI DAN MASALAH-MASALAH

    YANG DIHADAPI DALAM MEMAHAMI

    KONSEP BIOLOGI

    NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMED

    LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI

    SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI

    IJAZAHSARJANA MUDA PENDIDIKAN

    DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2008

  • ii

    PENGAKUAN

    Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    18.11.2008 NURUL HIDAYAH BT MUHAMMED

    D20051022448

  • iii

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan penulisan ilmiah sebagai memenuhi keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (Sains). Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan khas kepada Dr. Ong Eng Tek selaku pensyarah penyelia yang telah banyak memberikan didikan dan tunjuk ajar serta kerjasama bagi membantu saya tanpa mengira masa sehingga penulisan ilmiah ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan nasihat yang diberikan sangat berguna untuk saya bagi membantu saya menghasilkan laporan penulisan ilmiah yang baik.

    Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah terutamanya kepada Puan Siti fatimah Syam selaku guru pembimbing kerana memberikan kerjasama yang baik bagi mengizinkan saya mentadbirkan soal selidik di sekolah tersebut.

    Terima kasih juga kepada keluarga rakan-rakan seperjuangan yang bayak membantu dan memberi nasihat, idea dan sokongan. Segala jasa baik dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua pihak amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

  • iv

    ABSTRAK

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam memahami konsep biologi. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat dan pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharan, Dungun yang telah mempelajari topik mekanisma fotosintesis. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat dan lima telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah animasi dan borang kaji selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis data yang digunakan ialah kekerapan dalam bentuk peratusan dan min untuk menentukan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan persepsi pelajar terhadap minat mereka tentang penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada dapatan kajian yang dibuat, mendapati pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. Ini kerana, selain menghadapi masalah untuk memahami konsep biologi yang abstrak, mereka juga sering menghafal fakta dan konsep sains yang sukar. Kajian ini juga menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakan animasi. Ini berdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Kesimpulannya, pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

  • v

    ABSTRACT

    The aim of this research is to identify the students perception of using the animation during the teaching and learning process. Beside that, the aim of this research is to find out if there is any problems for the students to understands the biology subjects. 100 respondents involved from form four and form five students of Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu. All of the respondents take the biology subject in their SPM. The instrument used is the questionnaires that included 25 questions. The data were analyzed quantitatively using min and percentage for the research questions. The data were analyzed using the Statistical Package for Science Social (SPSS) to measure the percentages and min. Based on the result, it showed that students have positive perception of using animation during the teaching and learning process. Most of the students strongly agree that animation can help them to understand better understand biologys concept. Beside that, the results showed that students have problems in understanding the biologys concept. For examples they have problems to memorize and tend to memorize without understand the concept. Then this is the used of animation to help students understand the concept. As conclusions, for this research, the students have positive perception towards using the animation during the teaching and learning the biologys concept. Students also have interest to use the animation. From this research, a few suggestions have been developed. These included that the Ministry of Education play their role to encourage teachers nowadays to use animation in class during teaching and learning process.

  • vi

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    KANDUNGAN vi

    SENARAI JADUAL ix

    SENARAI RAJAH x

    BAB 1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Pernyataan Masalah 2

    1.3 Objektif Kajian 5

    1.4 Persoalan Kajian 5

    1.5 Signifikan Kajian 6

    1.6 Batasan Kajian 7

    1.7 Definisi Operasional 9

    1.7.1 Persepsi 9

    1.7.2 Animasi 9

    1.7.3 Subtopik Pernafasan 10

    1.7.4 Subtopik Fotosintesis 10

    1.7.5 Pengajaran Dan Pembelajaran 11

    BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 12

  • vii

    2.1 Pengenalan 12

    2.2 Penggunaan Animasi dalam pengaran dan pembelajaran 12

    2.3 Masalah-masalah dalam memahami konsep biologi 15

    2.4 Kesimpulan 16

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 17

    3.1 Pengenalan 17

    3.2 Rekabentuk Kajian 17

    3.3 Sampel Kajian 19

    3.4 Instrumen Kajian 19

    3.5 Kajian Rintis 21

    3.6 Prosedur Kajian 22

    3.7 Analisis Data 23

    3.8 Kesimpulan 24

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN 25

    4.1 Pengenalan 25

    4.2 Analisis Deskriptif Dan Latarbelakang Responden 26

    4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam

    Pengajarn Dan Pembelajaran 27

    4.4 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan

    Animasi Semasa Proses Pengajarn Dan Pembelajaran 36

    4.5 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi 46

    4.6 Kesimpulan 54

  • viii

    BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 56

    5.1 Pengenalan 56

    5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam

    Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi 56

    5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan

    Animasi Semasa Proses Pengajarn Dan Pembelajaran 60

    5.4 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi 63

    5.5 Implikasi Kajian 66

    5.6 Kelebihan Dan Kekurangan Penggunaan Animasi 67

    Dalam P&P

    5.7 Cadangan Kajian Masa Hadapan 68

    5.8 Rumusan 70

    RUJUKAN 72

    LAMPIRAN

  • ix

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka Surat

    3.1 Pembahagian Markah Mengikut Pilihan Jawapan 20

    3.2 Statistik Kebolehpercayaan 21

    4.1 Latar Belakang Responden Kajian 26

    4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam 35

    Pengajaran dan Pembelajaran Biologi

    4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan Animasi 45

    Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    4.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Memahami 55

    Konsep Biologi

  • x

    SENARAI RAJAH

    Rajah Muka Surat

    4.1 Item 1 27

    4.2 Item 4 28

    4.3 Item 2 29

    4.4 Item 3 30

    4.5 Item 5 31

    4.6 Item 6 32

    4.7 Item 7 33

    4.8 Item 8 34

    4.9 Item 9 36

    4.10 Item 10 37

    4.11 Item 11 38

    4.12 Item 12 39

    4.13 Item 13 40

    4.14 Item 14 41

    4.15 Item 15 42

    4.16 Item 16 43

    4.17 Item 17 44

    4.18 Item 18 46

    4.19 Item 21 47

    4.20 Item 19 48

    4.21 Item 25 49

  • xi

    Rajah Muka Surat

    4.22 Item 20 50

    4.23 Item 22 51

    4.24 Item 23 52

    4.25 Item 24 53

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Teknologi multimedia menjadi satu perkara yang penting dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Multimedia pada masa sekarang digunakan sebagai satu media

    pendidikan yang sangat berkesan. Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran adalah perlu untuk diterapkan kerana dapat dilihat kelebihannya

    berbanding penggunaan media yang lain. Multimedia merangkumi lima elemen

    penting iaitu teks, grafik, video, audio dan animasi.

    Bagi tujuan kajian ini, pengkaji akan mengkaji penggunaan animasi dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Animasi menyediakan suasana yang interaktif

    kepada penggunanya. Kelebihannya yang merupakan gambar bergerak memudahkan

    pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk. Penggunaan animasi di sekolah perlu

    diterapkan dengan semaksimum yang mungkin.

  • 2

    Namun, tidak semua sekolah di Malaysia menggunakan kelebihan aplikasi

    multimedia ini dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Tambahan pula,

    terdapat sesetengah pelajar yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan

    multimedia dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya. Namun, sebelum menerapkan

    kemudahan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu tahu

    sejauh mana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan elemen multimedia ini.

    1.2 Pernyataan Masalah

    1.2.1 Konsep sains yang abstrak

    Pemahaman yang terperinci mengenai konsep sains adalah sangat penting bagi

    memastikan pelajar memahami dan mengaplikasikan sesuatu konsep dalam kehidupan

    seharian. Konsep-konsep sains terutamanya di dalam subjek biologi adalah sangat

    sukar untuk difahami kerana ianya terlalu abstrak dan untuk memahaminya, pelajar

    perlu membuat gambaran dan imaginasi bagi sesuatu mekanisme.

    Kita sedia maklum bahawa pelajar sains sering menghadapi masalah untuk

    memahami sesuatu konsep sains. Selain itu juga, mereka sering menghadapi masalah

    untuk mengingat fakta. Ini akan menyebabkan minat mereka untuk mempelajari sains

    menurun. Oleh itu, satu cara atau kaedah yang bekesan perlu dikaji untuk mengatasi

    masalah ini. Menurut Zurida Ismail (2007), sains adalah satu bidang ilmu sains hasil

    daripada usaha manusia mencari penerangan yang rasional berkaitan kejadian-

    kejadian yang berlaku dalam alam ini. Penerangan ini membentuk isi kandungan sains

    yang dikatakan menyukarkan lagi pembelajaran sains. Ini kerana penerangan sains

    menjadi kompleks kerana konsep-konsep sains itu amat abstrak. Oleh itu, pelajar di

    sekolah mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami konsep sains yang

    terkandung dalam subjek biologi.

  • 3

    Bagi projek penyelidikan ini, konsep sains yang ingin diketengahkan ialah

    mengenai respiration in human (mekanisme pernafasan) dan mekanisma fotosintesis.

    Kebanyakan pelajar hanya menghafal gerakan dan perubahan yang terlibat semasa

    proses pernafasan berlaku. Jika dibandingkan dengan pelajar yang tinggal di bandar,

    pelajar di luar bandar mungkin kurang terdedah dengan penggunaan teknologi

    multimedia. Mereka seharusnya didedahkan dengan kemudahan aplikasi multimedia

    ini bagi membantu pemahaman mereka dalam pemahaman konsep sains.

    Menurut Faizah Ibrahim, Norfizin Yusoff dan Mohd Rodhi Othman (2004),

    guru di sekolah kebanyakannya menggunakan kaedah tradisional chalk and talk dan

    transparensi adalah amat sukar untuk menerangkan konsep-konsep abstrak kepada

    pelajar. Pengajaran sains adalah mengenai pemerhatian yang konkrit kepada

    konseptual yang abstrak atau dengan lain perkataan dari apa yang berlaku kepada

    bagaimana ia berlaku. Mungkin ada sesetengah guru yang menggunakan kemudahan

    perisian MS Power Point dalam menyampaikan pengajaran, namun mereka hanya

    menyalin semula atau memindahkan nota tersebut pada tranparensi dan slaid-slaid

    persembahan. Pemindahan maklumat ini hanya melibatkan elemen grafik statik dan

    teks sahaja.

    Kelebihan ciri-ciri multimedia animasi yang terdapat di dalam perisian tidak

    dieksploitasi dengan sepenuhnya. Kita dapat lihat bahawa kedua-duanya bergantung

    sepenuh kepada teks dan yang membezakan adalah transperansi menggunakan

    Overhead Projector untuk memancarkan maklumat manakala perisian MS

    PowerPoint memerlukan notabuku (notebook) ataupun komputer dan projektor

    paparan kristal cecair (LCD). Dari sini jelas dapat dilihat konsep abstrak yang terdapat

    di dalam subtopik seperti pernafasan dan fotosintesis tidak dapat disampaikan

    dengan sempurna jika hanya penggunaan teks dan grafik yang statik sahaja. Konsep-

    konsep abstrak yang terdapat dalam kedua-dua subtopik tersebut memerlukan aplikasi

    multimedia animasi dan interaktiviti serta simulasi agar penjelasan bahan pengajaran

    dipermudahkan.

  • 4

    Kajian yang dibuat oleh Vijaya Kumaran (1996) mendapati penggunaan

    interaktiviti telah meningkatkan kadar ingatan mereka sehingga 60-70%. Apabila

    pelajar berinteraksi di dalam kelas dan bertukat pendapat bersama rakan, ini akan

    memudahkan untuk mereka mengingati sesuatu fakta. Mereka hanya memperolehi

    40% apabila mereka melihat dan mendengar dan 20% sahaja dari apa yang mereka

    dilihat. Apabila keadaan ini berlaku, pelajar menghadapi masalah di mana mereka

    tidak dapat mengimaginasikan perkaitan di antara gerakan otot-otot diafgrama yang

    terlibat semasa proses menarik dan menghembus nafas berlaku.

    Disebabkan keadaan ini, pelajar akan mengambil jalan keluar seperti berputus

    asa atau tidak mencuba untuk memahami konsep tersebut. Justeru itu masalah-

    masalah yang diberikan berkaitan dengan konsep tersebut tidak dapat diselesaikan

    dengan kaedah yang betul. Oleh itu diharapkan penggunaan bahan pengajaran

    berasaskan perisian MS PowerPoint gabungan aplikasi multimedia berasaskan

    animasi, bertindak sebagai pemudahcara dalam membantu pelajar bagi memahami

    konsep asas yang mereka perlukan dalam menyelesaikan masalah dalam subjek

    Biologi.

    Tidak semua pelajar memahami dan mengetahui tentang animasi berkomputer.

    Mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak pernah menggunakannya. Lebih-lebih lagi

    bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan

    komputer dan internet. Dalam usaha guru untuk mengaplikasikan elemen multimedia

    animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu tahu penerimaan

    pelajar terhadap penggunaan animasi tersebut. Ini kerana jika pelajar tidak biasa

    dengan penggunaan animasi dan tidak memahami konsep animasi mungkin pelajar

    akan cepat berasa putus asa dan bosan apabila menghadapi sebarang masalah. Pelajar

    kebiasaannya lebih berminat untuk belajar apabila guru menggunakan sesuatu yang

    berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.

  • 5

    Disebabkan itulah, guru perlu mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap

    penggunaan animasi kerana walaupun animasi sangat bagus untuk dilaksanakan,

    namun jika pelajar tidak berminat, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan

    berjalan dengan berkesan. Kajin ini mengkaji sejauh mana penerimaan pelajar

    terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu

    juga, kajian ini juga mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh peajar dalam

    usaha mereka untuk memahami konsep biologi yang abstrak.

    1.3 Objektif Kajian

    Terdapat dua objektif kajian yang telah dibina. Objektif kajian ini sangat penting bagi

    memastikan kajian yang dijalankan mempunyai matlamat dan tujuan sebenarnya.

    Antara objektif-objektif yang telah dibina ialah;

    1. Mengkaji persepsi pelajar tentang penggunaan animasi berkomputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami tajuk

    pernafasan.

    1.4 Persoalan Kajian

    Kajian yang dijalankan ini akan dapat menjawab persoalan kajian yang dibina yang

    merangkumi tiga soalan utama iaitu;

    1. Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran?

  • 6

    2. Apakah persepsi pelajar terhadap minat mereka bagi penggunaan animasi

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    3. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh dalam memahami konsep

    sains dalam subjek biologi?

    1.5 Signifikan Kajian

    Tahap penerimaan pelajar tentang penggunaan animasi perlu diketahui.

    Memandangkan kebanyakan konsep sains dalam matapelajaran biologi adalah abstrak

    dan susah untuk difahami, dengan adanya penggunaan aplikasi multimedia animasi

    berkomputer akan dapat membantu guru-guru dalam menyampaikan isi pengajaran

    kepada pelajar. Ini kerana kaedah kuliah secara tradisional kurang berkesan bagi

    pengajaran yang melibatkan penerangan tentang konsep yang abstrak. Pelajar

    didedahkan dengan penggunaan animasi ini bagi memudahkan mereka memahami

    pengajaran yang berlaku.

    Namun, jika pelajar tidak berminat dengan penggunaan animasi ini dan mereka

    merasa bosan, mungkin proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak

    akan berlaku dengan baik. Mungkin pelajar merasakan animasi ini terlalu biasa atau

    mereka mungkin berasa asing dengan penggunaan animasi ini. Oleh kerana itu, kajian

    ini wajar dilaksanakan.

    Selain daripada itu juga, kajian ini diharapkan agar guru-guru menggalakkan

    pelajar untuk menggunakan aplikasi multimedia ini bagi memudahkan pemahaman

    mereka dalan topik pernafasan. Kebanyakan pelajar membina pemahaman sendiri

    tanpa mengetahui sama ada konsep yang dibina itu betul atau salah. Ini akan

    membawa kepada miskonsepsi di kalangan pelajar. Guru mungkin tidak menyedari

    perkara ini terjadi di kalangan pelajar.

  • 7

    Kajian ini juga diharapkan agar dapat menggalakkan guru-guru untuk

    memahirkan diri mereka dalam pembinaan animasi bagi tujuan pengajaran dan

    menggunakan animasi bagi sesetengah topik yang sukar untuk dijelaskan secara

    kuliah tradisional. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah persepsi pelajar dan

    minat mereka terhadap penggunaan animasi ini. Walaupun kita sedia maklum bahawa

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu CD pembelajaran yang

    memuatkan pelbagai aktiviti yang menarik namun, jika kita perhatikan, contoh

    animasi bagi sesetengah konten pelajaran adalah tidak mengikut silibus yang

    ditetapkan.

    Oleh itu, guru perlulah membina sendiri animasi ini bagi memenuhi kehendak

    pelajar. Pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai contoh animasi dalam kehidupan

    seharian mereka terutamanya di dalam permainan dan televisyen. Pelajar

    sememangnya kita ketahui bahawa mereka sukakan sesuatu yang interaktif dan

    menarik. Sekiranya pelajar mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan animsi

    ini, maka ianya sangat sesuai untuk diterapkan di sekolah.

    Kajian ini juga diharapkan akan dapat membuka minda guru-guru khususnya

    yang mengajar subjek sains untuk merangka struktur pengajaran dan membina alat

    bantu mengajar yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik.

    Ini kerana dengan hanya menggunakan penerangan secara buasa sesetengah pelajar

    tidak dapat menggambarkan situasi sebenar konsep sains yang dibincangkan.

    1.6 Batasan Kajian

    Kajian ini dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5

    bagi sebuah sekolah di Terengganu sahaja. Kajian ini melibatkan sampel yang dipilih

    secara rawak bagi memastikan data yang dikumpulkan tepat bagi mewakili dua

    kumpulan pelajar dari sebuah sekolah di Terengganu. Sekolah yang dipilih ialah

  • 8

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah yang berada di daerah

    Dungun.

    Kajian ini terbatas kepada satu jenis instrumen sahaja iaitu penggunaan soal

    selidik. Kajian ini terbatas kepada penggunaan soal selidik yang telah dibina yang

    mengandungi 4 bahagian. Bahagian pertama merangkumi latar belakang pelajar.

    Bahagian kedua pula merangkumi item-item berkenaan dengan persepsi pelajar

    terhadap penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian

    ketiga pula memuatkan item-item yang mengkaji tentang minat pelajar untuk

    menggunakan animasi dalam proses pengajarn dan pembelajaran. Bahagian terakhir

    pula memuatkan item-item yang mengkaji masalah-masalah pelajar dalam memahami

    konsep biologi.

    Soal selidik yang dibina memuatkan soalan dan item untuk mengumpul data

    mengenai penggunaan dan minat pelajar terhadap animasi berkomputer dan

    aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga

    mengkaji masalah yang dihadapi untuk memahami konsep biologi. Konsep biologi

    yang dibincangkan dalam kajian ini adalah konsep mekanisma pernafasan dan

    mekanisma fotosintesis.

    Soal selidik ini mengandungi soalan mengenai persepsi pelajar terhadap

    penggunaan aplikasi multimedia animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    di bilik darjah. Hanya data yang dikumpulkan daripada soal selidik ini digunakan

    untuk menentukan hipotesis yang dibina ini diterima atau ditolak dan digunakan untuk

    menjawab soalan kajian yang dinyatakan.

    Kajian ini terbatas kepada penggunaan bahan animasi yang dibina dengan

    menggunakan perisian Flash MX 2004 dan dijadikan CD interaktif. CD interaktif

    yang dibina hanya berfokuskan kepada tajuk fotosintesis dalam subtopik mekanisma

  • 9

    pernafasan sahaja dan animasi tentang mekanisma pernafasan diperolehi daripada

    laman web McGraw-Hill company dan tidak merangkumi tajuk-tajuk subjek biologi

    tingkatan 4 yang lain. CD interaktif yang dibina ini akan ditunjukkan kepada pelajar

    sebelum mereka menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Animasi bagi tajuk

    fotosintesis ini dibina menggunakan Adobe Image Ready dan Macromedia Flash MX.

    1.7 Definisi Operasional

    Kajian ini mengkaji tentang persepsi dan pandangan pelajar-pelajar tingkatan empat

    terhadap penggunaan animasi berkomputer dalam subtopik mekanisma fotosintesis

    dan mekanisma pernafasan bagi subjek biologi yang merangkumi sukatan pelajaran

    tingkatan empat.

    1.7.1 Persepsi

    Persepsi pelajar bermaksud pandangan atau pendapat seseorang tentang sesuatu

    perkara. Ia mungkin pandangan positif ataupun pandangan negatif. Evan (1991)

    menyatakan bahawa persepsi adalah sesuatu yang dipelajari. Ia diterima pada

    peringkat awal pertumbuhan individu dan kemudiannya akan berubah melalui proses

    pembelajaran, sosial, pemikiran dan saranan. Persepsi pelajar bagi kajian ini diukur

    dengan menggunakan soalan soal selidik. Soal selidik ini menggunakan skala Likert.

    1.7.2 Animasi

    Animasi berkomputer merupakan salah satu elemen multimedia yang memuatkan

    paparan visual yang memberi kesan realiti kepada sesuatu objek atau proses. Menurut

    Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasi bermaksud suatu paparan visual

    yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu

    objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang

  • 10

    pada dasarnya adalah statik. Menurutnya lagi, animasi membolehkan sesuatu yang

    agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik

    disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Animasi yang digunakan bagi tujuan

    kajian ini dibina daripada perisian Microsoft Power Point yang digabungkan dengan

    softwer Macromedia Flash MX.

    Robert, Micheal & Russel (2002), menyatakan animasi sebagai satu teknik

    memberikan gerakan kepada objek yang asalnya tidak bergerak. Dengan ini,

    menjadikan gambar itu berturutan sehingga menghasilkan satu pergerakan yang

    mudah untuk difahami. Animasi yang digunakan bagi tujuan kajian ini dibina daripada

    perisian Microsoft Power Point yang digabungkan dengan softwer Macromedia Flash

    MX. Animasi yang digunakan menerangkan tentang topik biologi iaitu mekanisma

    pernafasan dan mekanisma fotosintesis.

    1.7.3 Subtopik Pernafasan

    Subtopik pernafasan merupakan satu tajuk kecil dalam subjek biologi. Ia merupakan

    salah satu tajuk daripada bab Respiration in Human bagi silibus Biologi Tingkatan

    Empat. Bagi tujuan kajian ini, animasi bagi topik ini diambil daripada laman web Mc-

    Graw Hill Company..

    1.7.4 Subtopik Fotosintesis

    Tajuk fotosintesis merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran biologi Ia

    merupakan tajuk daripada bab Photosynthesis bagi silibus Biologi Tingkatan Empat.

    Bagi tujuna kajian ini, penyelidik membina sendiri animasi bagi menerangkan konsep

    fotosintesis.

  • 11

    1.7.5 Pengajaran dan pembelajaran

    Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses penyampaian maklumat dengan

    menggunakan pelbagai metod dan kaedah yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997),

    pengajaran adalah satu proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap, dan

    nilai-nilai dengan menggunakan kadah-kaedah tertentu.

    Pembelajaran merupakan satu proses memperoleh, mengguna, dan

    mengekalkan pengetahuan dan kemahiran melalaui pengalaman yang mengubah

    pemikiran dan sikap dalam hubungan dengan dunia sekeliling kita. Selain itu,

    pembelajaran juga dirujuk sebagai proses mendapat, mengembang dan menyerap

    kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui

    pengalaman dan aplikasi. (Borman & Levin, 1996).

    Davies (1981) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran sebagai hasil

    pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Beliau menjelaskan lagi bahawa

    pengajaran dan pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku yang boleh diperhatikan

    dan boleh diukur.

    Pembelajaran bagi kajian ini merujuk kepada perubahan tingkahlaku yang

    boleh dilihat dan diukur. Pengajaran pula bagi kajian ini merujuk kepada penglibatan

    pelajar dan guru semasa mempersembahkan perisian animasi.

  • BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-

    pengkaji pada masa yang lalu berkaitan dengan animasi berkomputer yang diterapkan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bab ini membincangkan tentang kajian

    mengenai persepsi dan respon pelajar terhadap penggunaan animasi. Dalam bab ini

    juga pengkaji membincangkan tentang perbandingan antara keberkesanan penggunaan

    grafik statik berbanding dengan penggunaan animasi berkomputer. Untuk tujuan itu,

    pengkaji telah menyatakan semua hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh

    pengkaji masa lalu.

    2.2 Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    Terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan

    animasi dalam pembelajaran. Satu kajian yang telah diperolehi pengkaji adalah kajian

    yang dilakukan oleh O'Day (2006) dalam atrikelnya yang bertajuk Animated Cell

  • 13

    Biology: A Quick and Easy Method for Making Effective, High-Quality Teaching

    Animations. Kajian ini mengkaji tentang perbezaan pencapaian pelajar yang

    mengikuti pengajaran secara teks dan grafik ataupun secara animasi berkomputer.

    O'Day (2006) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaran secara

    animasi memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti

    pelajaran secara teks dan grafik. Menurut O'Day (2006),

    Students who viewed the approximately 3-min PowerPoint/Camtasia Studio

    animation "Calcium and the Dual Signalling Pathway" over 15 min scored

    significantly higher marks on a subsequent quiz than those who had viewed still

    graphics with text for an equivalent time. In addition, results from student evaluations

    provided some data validating the use of such animations in cell biology teaching with

    some interesting caveats(pp.261)

    Satu kajian yang diperoleh daripada artikel ini adalah kajian yang dijalankan

    oleh Mayer & Anderson (1992). Kajian ini menyatakan bahawa dalam membentuk

    satu animasi, pengkaji hendaklah memahami bentuk pedagogi yang terbaik untuk para

    pelajar. Telah terbukti sebelum ini bahawa animasi yang digabungkan dengan

    penceritaan adalah lebih berkesan berbanding dengan animasi tanpa penceritaan.

    Menurutnya lagi, pelajar akan belajar dengan lebih berkesan apabila perkataan

    dan gambar digabungkan bersama-sama kesan multimedia berbanding dengan teks

    semata-mata. Data yang diperolehi ini adalah konsisten dengan teori kognitif yang

    menyatakan bahawa terdapat limitasi dalam memori, dan dengan menggunakan visual

    dan auditori, tahap memori dipertingkatkan.

    Selain daripada kajian ini, terdapat satu lagi kajian yang dijalankan oleh Stith

    (2004) dalam artikelnya yang bertajuk Use of Animation in Teaching Cell Biology.

    Kajian ini juga mengkaji perbandingan antara penggunaan grafik statik dengan

    animasi berkomputer. Beliau menyatakan bahawa animasi sangat sesuai digunakan

  • 14

    dalam topik-topik biologi yang melibatkan langkah-langkah yang teratur dan

    mempunyai mekanisma yang tertentu seperti mekanisma pengubahsuaian protein.

    Satu kajian diperolehi dalam artikel ini iaitu kajian yang dijalankan oleh

    Kearsley (1996) (http://trc.ucdavis.edu/msjacob/partners/25_learning.htm). Beliau

    menyatakan bahawa penggunaan animasi bersama-sama dengan bunyi akan dapat

    mempersembahkan konsep dengan lebih berkesan berbanding dengan ilustrasi statik

    atau membaca teks. Beliau menyatakan bahawa;

    ...short sound effects (e.g., a squeak) or words can be used to highlight certain

    motions or steps in an animation (although the use of voiceover can increase the

    animation file size tremendously).(pp.185).

    Menurut Williamson & Abraham (1995) dalam Stith (2004), pelajar yang

    didedahkan dengan animasi bagi proses pengajaran dan pembelajaran tentang konsep

    kimia mendapat skor peperiksaan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang

    menerima pengajaran dalam kuliah yang sama dalam bentuk kuliah pasif tanpa

    melibatkan penggunaan animasi. Menurutnya lagi;

    The animations increased lecture time by only 3%6%, and the authors suggested

    that this increase did not play a role in the elevated exam averages. In addition,

    student "contentment" was higher in the section that viewed the animations.(pp.186).

    Kajian yang dinyatakan di atas menerangkan tentang kebaikan animasi dalam

    pembelajaran. Namun, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa animasi tidak

    semestinya membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang diperolehi

    yang tidak menyokong penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    kajian yang dijalankan oleh Tversky & Morrison (2002).

  • 15

    Dalam kajian yang dijalankan oleh Tversky & Morrison (2002) ini, pelajar

    tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik apabila animasi yang ditunjukkan

    mempunyai terlalu banyak maklumat lebih daripada yang diperlukan. Oleh itu,

    menurut beliau, bahan pengajaran yang disediakan mestilah sesuai dengan topik yang

    dibincangkan. Menurutnya lagi, "Apprehension Principle" menyatakan bahawa untuk

    memastikan pelajar memperolehi pemahaman yang tepat dengan topik terbabit,

    konten pengajaran yang dibina mestilah mudah dan tepat untuk diterima dan difahami.

    Selain itu, menurut Tversky & Morrison (2002) lagi, animasi yang mempunyai

    pergerakan yang terlalu cepat atau mempunyai maklumat yang berlebihan dan tidak

    berasas dengan konten pegajaran ataupun kebenarannya mengelirukan pelajar akan

    membawa kepada pemahaman yang cetek dan menimbulkan tanda tanya kepada

    mereka. Oleh itu, pertimbangan yang sewajarnya mestilah dibuat sebelum membina

    sesuatu animasi. Ini termasuklah elemem interaktiviti yang dapat meningkatkan

    motivasi pelajar atau pengguna yang mengikuti animasi tersebut.

    Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Norshida Mohd Ali (2006) dalam

    kajiannya yang bertajuk Modul Interaktif Pengajaran Dan Pembelajaran Topik:

    Simetri Molekul. Kebanyakan responden memberikan respon yang positif berkenaan

    dengan aspek penyampaian isi kandungan dan persembahan perisian terhadap

    penggunaan modul multimedia interaktif yang melibatkan elemen animasi dalam

    pembelajaran topik simetri molekul.

    2.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Untuk Memahami Konsep Sains

    Satu kajian telah dijalankan oleh Shu-Ling Hui (2000), yang mengkaji tentang

    kebolehan pelajar untuk memahami konsep sains yang abstrak. Menurutnya, pelajar

    akan dapat memahami konsep sains yang abstrak dengan lebih baik apabila guru

    menggunakan grafik dan audio bersama dengan animasi semasa menjalankan proses

  • 16

    pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, animasi yang digabungkan dengan

    audio merupakan satu cara yang paling berkesan bagi memudahkan pelajar

    mengingati konsep kerana mereka lebih banyak menggunakan deria mereka.

    Selain daripada itu juga, menurut Nor Aisah Abdul Shukor (2004), pengajaran

    dan pembelajaran yang bermasalah adalah kerana menggunakan kaedah penagajaran

    yang tradisional. Dengan ini menyebabkan pelajar kurang melakukan aktiviti dan

    hanya mendengar penerangan daripada guru. Dengan pendekatan pengajaran yang

    sesuai, masalah pembelajaran tidak akan timbul. Oleh itu, penggunaan animasi dalam

    pembelajaran biologi sangat sesuai untuk dipraktikkan. Selain ia mengaplikasikan

    penggunaan teknologi, animasi juga dapat menarik minat dan tumpuan pelajar.

    2.4 Kesimpulan

    Dalam bab 2, segala kajian yang melibatan tentang keberkesanan, penerimaan dan

    perbandingan antara penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    disertakan. Tujuan ia dilakukan supaya pengkaji mudah untuk merujuk sekiranya

    terdapat percanggahan maklumat daripada data akan diperolehi. Kajian lepas sama

    ada dari dalam atau luar negara disusun dengan baik memudahkan pengkaji membuat

    rujukan dan penilaian.

  • BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan mengenai prosedur kajian yang dijalankan. Penyelidik

    menjelaskan secara terperinci tentang sampel populasi yang terlibat. Di samping itu

    juga, penyelidik penyelidik juga menerangkan secara terperinci tentang instrumen

    yang digunakan sepanjang kajian dijalankan. Bab ini juga memperincikan lagi

    mengenai prosedur kajian yang telah dijalankan. Selain daripada itu juga, penyelidik

    menerangkan dengan jelas cara menganalisa data yang digunakan yang diperoleh

    daripada kajian.

    3.2 Rekabentuk Kajian

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan tengku Intan Zaharah,

    Dungun untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran biologi. Topik yang dipilih untuk tujuan kajian ialah

    Breathing Mechanism dan Photosynthesis Kajian yang dijalankan ini

  • 18

    menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan(survey).

    Kajian ini akan mengenalpasti kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar

    tingkatan empat dan tingkatan lima. Mereka akan memberi maklumbalas dan

    pandangan mereka terhadap penggunaan animasi multImedia bagi topik biologi

    subtopik mekanisma pernafasan dan fotosintesis.

    Bagi tujuan kajian ini, satu set soal selidik dengan skala Likert empat mata

    telah digunakan. Soal selidik ini diubahsuai daripada kajian yang telah dijalankan oleh

    Ku Suyanti Ku Abdullah (2005). Untuk bahagian keempat, iaitu soal selidik mengenai

    masalah pelajar untuk memahami biologi, penyelidik telah membina sendiri item-item

    ini. Oleh itu satu kajian rintis dijalankan bagi menentukan kesahan item-item yang

    telah dibina. Soal selidik ini dibina bagi mengetahui persepsi pelajar tehadap

    penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik

    fotosintesis dan mekanisma pernafasan.

    Bagi mengkaji masalah pelajar untuk memahami biologi, penyelidik telah

    membina sendiri item-item yang berkaitan. Oleh itu satu kajian rintis telah dijalankan

    untuk menentukan kebolehpercayaan item-item tersebut. Keseluruhannya, soal selidik

    ini dibina untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan dan minat mereka

    untuk menggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Topik

    biologi yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Breathing Mechanism dan

    Photosynthesis.

    Semasa menjalankan kajian, sebelum soal selidik diedarkan, penyelidik

    terlebih dahulu menerangkan kepada pelajar tentang animasi yang telah disediakan.

    Bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik memilih sampel

    kajian yang telah mempelajari topik tersebut bersama-sama dengan tenaga pengajar

    biologi kelas berkenaan. Setelah selesai sesi penerangan tentang konten pengajaran,

    penyelidik mengedarkan soal selidik kepada responden kajian.

  • 19

    3.3 Sampel Kajian

    Sampel kajian bagi kajian ini dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak

    iaitu pelajar yang dipilih tidak berdasarkan pencapaian, kelas dan latar belakang.

    Sampel kajian yang digunakan ialah seramai 100 orang pelajar yang melibatkan

    pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima daripada sebuah sekolah di daerah Dungun

    iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ). Sampel

    kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran biologi.

    Penyelidik meminta bantuan daripada guru yang mengajar biologi untuk

    mengenalpasti pelajar yang mengambil subjek biologi supaya semuanya berpeluang

    untuk menjadi sampel bagi tujuan kajian ini. Penyelidik menggunakan sampel

    daripada tingkatan lima atas nasihat guru biologi di sekolah tersebut. Ini kerana

    menurut beliau, pelajar biologi tingkatan lima juga mempunyai masalah dalam

    memahami subjek biologi.

    3.4 Instrumen Kajian

    Instrumen kajian ialah soalan survey/soal selidik. Soal selidik ini merangkumi empat

    bahagian. Bahagian pertama merangkumi latar belakang pelajar. Bahagian kedua pula

    merangkumi item-item berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan

    animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga pula

    memuatkan item-item yang mengkaji tentang minat pelajar untuk menggunakan

    animasi dalam proses pengajarn dan pembelajaran. Bahagian terakhir pula

    memuatkan item-item yang mengkaji masalah-masalah pelajar dalam memahami

    konsep biologi. Soal selidik ini dengan skala Likert empat mata mengandungi 4

    pilihan jawapan iaitu;

  • 20

    STS = Sangat Tidak setuju

    TS = Tidak Setuju

    S = Setuju

    SS = Sangat Setuju

    Setiap pilihan jawapan bagi item positif mempunyai nilai yang berbeza seperti

    yang dinyatakan dalam jadual 3.1;

    Jadual 3.1

    Pembahagian Markah Mengikut Pilihan Jawapan

    Perkara Markah

    Sangat tidak setuju 1

    Tidak setuju 2

    Setuju 3

    Sangat setuju 4

    Soal selidik yang dibina memuatkan soalan dan item untuk mengumpul data mengenai

    penggunaan dan minat pelajar terhadap animasi berkomputer dan aplikasinya dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah adakah animasi memudahkan

    pemahaman mereka dan adakah animasi menarik minat mereka untuk mempelajari

    subjek biologi.

    Selain itu, penyelidik juga mengkaji masalah yang dihadapi untuk memahami

    konsep biologi. Antara soalan yang dibina ialah adakah mereka selalu menghafal

    fakta sains, adakah mereka selalu mengimaginasikan sesuatu konsep/fakta sains

    dan banyak lagi. Konsep biologi yang dibincangkan dalam kajian ini adalah konsep

    mekanisma pernafasan dan mekanisma fotosintesis. Soalan soal selidik ini diuji

    kesahan dan kebolehpercayaan supaya item-item yang dibina sah dan boleh

    dipercayai.

  • 21

    Selain daripada itu, penyelidik telah meminta pendapat guru biologi di sekolah

    berkenaan mengenai animasi yang akan ditunjukkan kepada pelajar. Penyelidik

    menunjukkan kepada guru berkenaan bagi memastikan animasi tersebut tepat dan

    bersesuian edngan konten dan isi kandungan topik tersebut. Bagi animasi mekanisma

    fotosintesis, penyelidik membinanya berdasarkan kepada buku teks yang telah

    disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. bagi animasi mekanisma pernafasan,

    penyelidik telah mengambil daripada laman web Mcgraw Hill Company dan

    diubahsuai supaya bersesuaian dengan konten dan silibus pelajar yang telah ditetapkan

    oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3.5 Kajian Rintis

    Sebelum menjalankan kajian rintis, penyelidik terlebih dahulu berbincang dengan

    penyelia tentang soal selidik yang telah dibina. Penyelidik berbincang dengan

    penyelia bagi memastikan soal selidik yang dibina bersesuai dengan persoalan kajian

    dan sampel yang dipilih. Penyelidik berbincang dengan penyelia bagi memastikan

    soal selidik sah dari segi kesahan kandungannya.

    Satu kajian rintis telah dijalankan di sekolah yang dipilih dengan sampel kajian

    seramai 20 orang pelajar. Sampel kajian ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang

    sama dengan sampel kajian yang akan dijalankan iaitu mereka juga merupakan

    pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran biologi. Melalui daripada

    data yang diperoleh daripada kajian rintis yang dibuat, kebolehpercayaan bagi item

    yang dibina diukur dengan menggunakan SPSS 12.0. Nilai Croncbachs Alpha yang

    baik hendaklah melebihi daripada 0.65.

    Jadual 3.2

    Statistik Kebolehpercayaan

    Cronbachs Alpha Bilangan Item (N)

    0.767 20

  • 22

    Berdasarkan kepada nilai Cronbachs Alpha, iaitu pada tahap 0.767 menunjukkan

    bahawa alat kajian iaitu soal selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

    Kajian rintis ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah.

    Seramai 20 orang pelajar telah dipilih secara rawak. Kajian rintis ini dijalankan

    supaya soal selidik yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang

    tinggi supaya dapat ditadbirkan di sekolah bagi tujuan penyelidikan.

    3.6 Prosedur Kajian

    Sebelum menjalankan kajian, langkah pertama yang dilakukan ialah mendapat surat

    pengesahan daripada Fakulti Sains dan teknologi untuk menjalankan penyelidikan.

    setelah itu, penyelidik terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Kementerian

    Pelajaran Malaysia untuk membuat kajian di sekolah. Penyelidik menghantar borang

    kebenaran untuk menjalankan kajian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah

    mendapat kebenaran daripada pihak kementerian pelajaran, penyelidik dikehendaki

    untuk mendapatkan surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

    Surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri diperlukan bagi mendapatkan

    kebenaran untuk menggunakan sampel kajian di sekolah. Apabila berada di sekolah,

    penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah untuk menjalankan

    kajian di sekolah tersebut dan meminta surat pengesahan daripada pihak sekolah sama

    ada membenarkan atau tidak membenarkan penyelidik membuat kajian di sekolah

    beliau.

    Setelah kebenaran daripada semua pihak diperolehi, penyelidik dibawa untuk

    berbincang dengan guru pembimbing yang mengajar subjek biologi bagi pelajar

    tingkatan empat dan tingkatan lima. Penyelidik berbincang dengaan guru biologi

    tingkatan empat, Puan Fatimah Syam binti Ghazali masa yang sesuai untuk

    menjalankan kajian dan mengedarkan soal selidik.

  • 23

    Mengikut perancangan, penyelidik ingin menerangkan kepada pelajar tentang

    animasi yang telah disediakan. Namun, disebabkan kekangan masa, guru pembimbing

    yang menerangkan kepada pelajar animasi tersebut. Penyelidik hanya mengedarkan

    soal selidik kepada pelajar. Pelajar diberikan sedikit masa untuk menjawab soal

    selidik tersebut. Soal selidik yang telah siap dijawab dikumpulkan oleh penyelidik

    untuk dianalisa.

    3.7 Analisis data

    Penganalisaan data akan dijalankan dengan menggunakan statistik deskriptif yang

    melibatkan pengiraan data untuk mencari peratusan dan min bagi item-item yang

    dibina bagi melihat sama ada pelajar mempunyai persepsi positif atau negatif terhadap

    penggunaan animasi dalam proses pengajarandan pebelajaran. Analisis data ini

    dijalankan supaya penyelidik dapat menyusun dan mengintepritasikan maklumat yang

    diperoleh. Data-data dianalisis berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dibina.

    Analisis ini dijalankan berdasarkan data-data yang akan dikumpulkan menerusi soal

    selidik yang akan ditadbirkan pada sampel kajian yang telah dpilih.

    Analisis data ini dilaksanakan dengan menggunakan Pakej Statistik untuk

    Sains Sosial (SPSS). Dalam kajian ini penyelidik menggunakan analisis statistik

    deskriptif bagi memerihalkan data-data yang diperolehi. Data dikumpulkan dalam

    bentuk jadual dan juga dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Setiap carta bar

    menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab sama ada sangat tidak setuju, tidak

    setuju, setuju atau sangat setuju. Dengan meringkaskan data dalam bentuk jadual dan

    carta bar, akan memudahkan peyelidik untuk membaca data dengan mudah. Selain itu,

    ia juga memudahkan pembaca lain untuk memahami data kajian yang diperoleh.

    Dalam kajian ini, dua bentuk item telah digunakan iaitu item berbentuk positif

    dan item berbentuk negatif. Untuk menganalisa item ini menggunakan SPSS, terdapat

  • 24

    sedikit perbezaan dalam memasukkan data dalam perisian ini. Penyelidik telah

    meminta bantuan daripada penyelia dan juga pelajar lain untuk membantu. Bagi item

    berbentuk positif, setiap jawapan yang dikemukakan oleh responden diberikan mata 1

    untuk sangat tidak setuju, 2 untuk tidak setuju, 3 untuk setuju dan 4 untuk

    sangat setuju. Berbeza dengan item negatif iaitu, setiap pilihan jawapan diberikan

    mata 1 untuk sangat setuju, 2 untuk setuju, 3 untuk tidak setuju dan 4 untuk

    sangat tidak setuju.

    Bagi responden yang menjawab sangat setuju dan setuju dikira sebagai

    menerima kenyataan dalam soalan atau item yang dikemukakan dan responden yang

    menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju dikira sebagai menolak kenyataan

    seperti yang dikemukakan dalam soalan. Dalam kajian ini, hanya statistik deskriptif

    yang digunakan iaitu peratusan dan min skor. Oleh itu, data kajian dikumpulkan

    dalam bentuk peratus memudahkan pembaca untuk mengetahui hasil kajian yang

    dijalankan.

    3.8 Kesimpulan

    Metodologi kajian sangat penting dalam sesebuah kajian kerana ia merangkumi aspek

    pengumpulan data kajian. data-data ini dikumpulkan dan dianalisa dalam bentuk yang

    mudah difahami. Penyelidik perlu memastikan data yang diperoleh dipersembahkan

    dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua pihak. Oleh itu, segala aspek dalam

    metodologi kajian ini sangat penting untuk diperincikan. Data-data yang diperoleh

    daripada instrumen yang akan dijalankan akan diproses dan dianalisa oleh pengkaji

    untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pelajar ini dan digunakan bagi

    tujuan analisis data. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam metodologi

    kajian ini bagi memastikan penyelidik dapat mengumpulkan data-data yang

    diperlukan bagi menjawab persoalan kajian supaya objektif kajian dapat dicapai.

  • BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan tentang data-data kajian yang diperoleh. Data-data ini

    diperoleh daripada soal selidik yang telah ditadbirkan kepada 100 orang pelajar.

    Pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Sekolah Menengah

    Kebangsan Tengku Intan Zaharah, Dungun. Data-data ini dianalisis dengan

    menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan analisis deskriptif bagi

    peratusan dan min bagi setiap item dalam soal selidik. Antara aspek yang dianalisis

    ialah persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran biologi, persepsi pelajar terhadap minat mereka tentang animasi, dan

    masalah-masalah dalam memahami subjek biologi.

    Analisis data dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah

    persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajarn dan pembelajaran

    biologi. Bahagian kedua ialah persepsi pelajar terhadap minat bagi menggunakan

    animasi. bahagian yang terakhir ialah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

    dalam memahami konsep sains dalam subjek biologi.

  • 26

    4.2 Analisis deskriptif dan latar belakang responden

    Setelah data dianalisis, didapati responden yang terlibat adalah seperti yang dijelaskan

    dalam jadual dibawah 4.1;

    Jadual 4.1

    Latar belakang Responden Kajian

    BIL PERKARA KEKERAPAN

    1. Bangsa Melayu 100%

    Cina 0%

    India 0%

    2. Jantina Lelaki 36%

    Perempuan 64%

    3.

    Pengalaman menggunakan animasi dalam

    pembelajaran

    Ada

    Tiada

    95%

    5%

    Jadual 4.1 menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian yang djalankan.

    Daripada borang soal selidik yang digunakan, didapati kesemua responden adalah

    terdiri daripada pelajar berbangsa melayu. Majoriti responden mempunyai

    pengalaman dalam menggunakan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Ini kerana, kebiasaannya, guru menggunakan animasi yang telah tersedia dalam CD

    perisian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada hasil dapatan

    kajian, responden adalah terdiri daripada 36 orang pelajar lelaki dan 64 orang pelajar

    perempuan.

  • 27

    4.3 Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalan pengajaran dan

    pembelajaran

    Untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran

    dan pembelajaran biologi, penyelidik telah membina lapan soalan iaitu item 1 hingga

    item 8. Penyelidik menganalisis item ini dengan menggunakan SPSS 12.0 dan

    mengumpulkannya dalam bentuk peratus dan dimasukkan di dalam jadual 4.2. Jadual

    4.2 pada muka surat 35 menunjukkan peratusan persepsi responden terhadap

    penggunaan animasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran biologi.

    Merujuk kepada item 1, hasil daripada dapatan kajian yang dibuat mendapati

    bahawa majoriti pelajar (54%) memilih setuju dan 28% memilih sangat setuju bahawa

    mereka dapat memahami pembelajaran yang diajar melalui animasi dengan lebih

    jelas. Manakala 16% pelajar tidak bersetuju dan 2% sangat tidak bersetuju animasi

    dapat membantu mereka memahami pelajaran dengan lebih jelas. Secara

    keseluruhannya, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa animasi dapat membantu

    mereka memahami pelajaran yang diajar dengan lebih jelas.

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    Percent Pera

    tus (

    %)

    2%

    16%

    54%

    28%

    Rajah 4.1: Item 1 Animasi dapat membantu saya memahami pelajaran dengan lebih jelas.

  • 28

    56% 22% 20% 2%

    60

    50

    30

    40

    Pera

    tus (

    %)

    20

    10

    0sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    Rajah 4.2: Item 4. Penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan pemahaman saya dalam mempelajari konsep sains.

    Jika dirujuk kepada item 4, terdapat 56% pelajar tidak bersetuju dan 20%

    pelajar sangat tidak bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan

    kefahaman mereka dalam mempelajari konsep sains. Hanya 22% pelajar bersetuju dan

    2% pelajar sangat bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan

    kefahaman mereka. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar tidak

    bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan kefahaman mereka

    dalam mempelajari konsep sains.

  • 29

    Rajah 4.3: Item 2. Penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pembelajaran saya.

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent Pera

    tus (

    %)

    24% 26%

    50%

    Bagi item 2, terdapat 50% pelajar bersetuju dan 24% pelajar sangat bersetuju

    bahawa penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pelajaran

    mereka. Namun, terdapat 26% pelajar tidak bersetuju dengan pandangan ini. Namun,

    secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa pelajar bersetuju bahawa penggunaan

    animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pelajaran mereka.

  • 30

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    22%

    54%

    24%

    Rajah 4.4: Item 3. Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan menggunakan animasi.

    Selain daripada itu, merujuk kepada item 3, 54% pelajar memilih bersetuju dan

    22% pelajar memilih sangat setuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila

    belajar dengan menggunakan animasi. Namun, terdapat 24% pelajar memilih tidak

    bersetuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila menggunakan animasi.

    Secara keseluruhannya, majoriti pelajar mempunyai persepsi positif terhadap item 3

    ini.

  • 31

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    PercentPera

    tus (

    %)

    56%

    32%

    12%

    Rajah 4.5: Item 5. Animasi meransang pemikiran kritis dan kreatif saya.

    Bagi item 5, majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi meransang pemikiran

    kritis dan kreatif mereka terhadap pembelajaran. Ini kerana terdapat 56% pelajar

    memilih bersetuju dan 32% pelajar memilih sangat bersetuju dan hanya 12% pelajar

    memilih tidak bersetuju. Oleh itu secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa

    animasi dapat meransang pemikiran kritis dan kreatif mereka terhadap pembelajaran.

  • 32

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    Percent Pera

    tus (

    %)

    30%

    40%

    19%

    11%

    Rajah 4.6: Item 6. Penerangan mekanisma fotosintesis menggunakan animasi memudahkan pemahaman saya.

    Bagi item 6, 40% pelajar memilih bersetuju dan 30% pelajar memilih sangat

    bersetuju, 11% memilih sangat tidak bersetuju dan 19% pelajar memilih tidak

    bersetuju bahawa penerangan konsep mekanisma fotosintesis dengan menggunakan

    animasi memudahkan pemahaman mereka. Namun secara keseluruhannya, majoriti

    pelajar bersetuju bahawa animasi dapat memudahkan pemahaman mereka dalam

    memahami konsep mekanisma fotosintesis.

  • 33

    Rjah 4.7: Item 7. Saya merasakan penggunaan animasi membuatkan saya jadi lebih

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    22% Pe

    ratu

    s (%

    )

    50% 18%

    10%

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    keliru dengan konsep sains.

    Selain daripada itu juga, bagi item 7, 22% pelajar memilih sangat tidak

    rsetu

    be ju dan 50% pelajar memilih tidak bersetuju bahawa penggunakan animasi

    membuatkan mereka menjadi lebih keliru dengan konsep sains. Namun, 18% pelajar

    memilih setuju dan 10% pelajar memilih sangat bersetuju bahawa penggunaan

    animasi membuatkan mereka lebih keliru dengan konsep sains. Min bagi item ini

    berada di bawah paras min piawai iaitu 2.16. Oleh itu majoriti pelajar mempunyai min

    positif iaitu bersetuju bahawa mereka tidak keliru dengan penggunaan animasi.

  • 34

    Rajah 4.8: Item 8. Saya dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan apabila menggunakan animasi.

    Selain daripada itu juga, bagi item 8, majoriti pelajar juga bersetuju bahawa

    enyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih baik dan berkesan

    ngan

    Berdasarkan kepada data-data yang diperolehi ini, penyelidik dapat

    enyimpulkan bahawa kebanyakan pelajar memilih untuk bersetuju dengan item-item

    itif

    pos yang menyokong kepada penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran. Di samping itu, kebanyakan pelajar memilih untuk tidak bersetuju

    dengan item negatif yang tidak menyokong kepada penggunaan animasi semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.2 menunjukkan ringkasan kepada data

    yang diperoleh.

    m

    de menggunakan animasi ini berbanding menggunakan kaedah konvensional

    biasa. Ini kerana terdapat 50% pelajar memilih bersetuju, 26% pelajar memilih sangat

    setuju dan hanya 24% pelajar memilih tidak bersetuju. Animasi dapat membantu guru

    menggambarkan kepada pelajar gambaran sebenar proses-proses yang abstrak bagi

    memudahkan pemahaman pelajar.

    guru dapat m

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    24%

    50%

    26%

    tidak setuju setuju sangat setuju

  • 35

    Jadual 4.2: Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi

    ITEM

    STS (%)

    TS (%)

    S (%)

    SS (%)

    Min

    1. Saya dapat memahami pengajaran yang diajar melalui animasi dengan lebih jelas.

    2 16 54 28 3.08

    2. Penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pembelajaran saya.

    0

    26

    50

    24

    2.98

    3. Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan menggunakan animasi

    0

    24

    54

    22

    2.98

    4. Penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan pemahaman saya dalam mempelajari konsep sains.

    20

    56

    22

    2

    2.06

    5. Animasi meransang pemikiran kritis dan kreatif saya.

    0

    12

    56

    32

    3.20

    6. Penerangan mekanisma fotosintesis dengan animasi memudahkan pemahaman saya.

    11 19 40 30 2.89

    7. Saya merasakan penggunaan animasi membuatkan saya jadi lebih keliru dengan konsep sains.

    22 50 18 10 2.16 8. Saya dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan apabila animasi digunakan. STS= sangat tidak setuju, TS= tidak setuju, S= setuju, SS= sangat setuju

    0

    24

    50

    26

    3.02

  • 36

    4.4 Persepsi pelajar terhadap minat menggunakan animasi dalam pengajaran

    biologi.

    Bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap minat mereka untuk menggunakan

    animasi semasa pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah menggunakan

    sebanyak 9 item iaitu item 9 hingga item 17. Item-item ini juga dianalisis

    menggunakan perisian SPSS 12.0. Data-data ini dianalisis dalam bentuk peratusan dan

    min skor bagi menentukan sama ada pelajar beminat atau tidak untuk menggunakan

    animasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Data dikumpulkan seperti dalam jadual

    4.3 pada muka surat 45 dan dipersembahkan dalam bentuk rajah.

    Bagi item 9, seramai 52% pelajar memilih setuju dan 24% pelajar memilih

    sangat setuju, 22% memilih tidak bersetuju dan 2% memilih sangat tidak setuju

    bahawa mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru

    apabila menggunakan animasi. Namun, secara keseluruhannya, majoriti pelajar

    bersetuju dengan item 9 ini. Ini kerana, animasi memerlukan pelajar untuk

    memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan mereka memahami proses

    yang berlaku. 50

    40

    20

    30

    Pera

    tus (

    %)

    10

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju 0

    5 24%

    52%

    22% 2%

    Rajah 4.9: Item 9. Saya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.

  • 37

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    Pera

    tus (

    %) 30%

    46%

    22%

    2%

    Rajah 4.10: Item 10. Saya amat tertarik dengan pembelajaran menggunakan animasi.

    Selain itu bagi item 10, seramai 46% pelajar memilih setuju, 30% pelajar

    memilih sangat setuju, 22% pelajar memilih tidak setuju dan 2% pelajar memilih

    sangat tidak setuju bahawa mereka sangat tertarik dengan cara pembelajaran dengan

    menggunakan animasi. Namun, secara keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju

    bahawa mereka berasa tertarik dengan cara pembelajaran menggunakan animasi ini.

  • 38

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    PercentPera

    tus (

    %)

    52%

    12%

    36%

    Rajah 4.11: Item 11. Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan animasi untuk terangkan konsep sains

    Bagi item 11, hampir semua pelajar tidak bersetuju bahawa penggunaan

    animasi membuatkan mereka berasa bosan apabila terdapat seramai 36% pelajar

    memilih tidak setuju dan 52% pelajar memilih sangat tidak setuju bahawa mereka

    berasa bosan apabila guru menggunakan animasi ketika menerangkan konsep sains.

    Hanya 12% pelajar memilih untuk menjawab setuju dengan pandangan ini. Secara

    keseluruhannya, hampir semua pelajar tidak bersetuju merasa bosan dengan

    penggunaan animasi yang digunakan untuk menerangkan konsep sains. Secara

    keseluruhannya, majoriti pelajar tidak bersetuju bahawa mereka berasa bosan apabila

    guru menggunakan animasi ketika menerangkan konsep sains.

  • 39

    Rajah 4.12: Item 12. Elemen multimedia animasi meransang minat saya untuk belajar.

    0

    10

    20

    30

    40

    Percent

    40%34%

    Pera

    tus (

    %)

    24%

    2%

    sang ak setuju tidak setujat tid u setuju sangat setuju

    elain itu juga, bagi item 12, terdapat seramai 34% pelajar bersetuju dan 40% pelajar

    S

    sangat setuju bahawa elemen multimedia animasi meransang minat mereka untuk

    belajar. Hanya 24% pelajar memilih tidak setuju dan 2% pelajar memilih sangat tidak

    setuju bagi item ini. Seperti item-item ynag lain juga, secara keseluruhannya, majoriti

    pelajar bersetuju bahawa animasi dapat meransang minat mereka untuk belajar.

  • 40

    Rajah 4.13: Item 13. Animasi pergerakan ion-ion/ molekul menarik mi

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    48%

    32%

    Pera

    tus (

    %)

    20%

    tidak setuju setuju sangat setuju

    nat saya

    agi item 13, seramai 32 pelajar (32%) memilih setuju dan 48 pelajar (48%) memilih

    terhadap pembelajaran.

    B

    sangat setuju dan hanya 20 pelajar (20%) memilih tidak setuju bahawa animasi

    pergerakan ion-ion menarik minat dan perhatian mereka untuk belajar. Namun, secara

    keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi pergerakan ion-ion/

    molekul mennarik minat dan perhatian mereka terhadap pembelajaran. Ini kerana

    penerangan di dalam buku teks hanya melibatkan ayat-ayat yang panjang dan

    mengelirukan tanpa pembacaan yang teliti. Ion-ion/ atom/ molekul yang digunakan

    dengan penerapan variasi warna memudahkan pelajar untuk mengingati sesuatu fakta

    sains.

  • 41

    Rajah 4.14: Item 14. Saya suka belajar menggunakan animasi untuk fahami

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    50%Pe

    ratu

    s (%

    )

    30%

    20%

    tidak setuju setuju sangat setuju

    konsep

    agi item 14, terdapat 20 pelajar (20%) memilih untuk menjawab setuju dan 50

    sains.

    B

    pelajar (50%) memilih menjawab sangat setuju dan hanya 30 pelajar (30%) menjawab

    tidak setuju bahawa mereka suka belajar dengan menggunakan animasi untuk fahami

    sains. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa mereka

    suka menggunakan animasi untuk fahami konsep sains. Data ini selaras seperti item

    15.

  • 42

    Rajah 4.15: Item 15. Saya berasa seronok untuk belajar apabila guru menggunakan

    agi item 15, terdapat 36 pelajar (36%) memilih setuju dan 44 pelajar (44%) memilih

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    44%

    36%

    Pera

    tus (

    %)

    20%

    tidak setuju setuju sangat setuju

    animasi.

    B

    sangat setuju dan hanya 20 pelajar (20%) memilih tidak setuju bahawa mereka berasa

    sangat seronok apabila guru menggunakan animasi. Ini menunjukkan bahawa majoriti

    pelajar bersetuju bahawa mereka suka dan berasa seronok apabila guru menggunakan

    animasi untuk terangkan konsep sains. Secara keseluruhannya, pelajar seronok apabila

    guru menggunakan animasi.

  • 43

    sangat tidak setujutidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent Pera

    tus (

    %)

    4%

    20%

    42%

    34%

    Rajah 4.16: Item 16. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru menggunakan animasi untuk terangkan konsep sains.

    Bagi item 16 yang juga membincangkan tentang penumpuan pelajar dalam

    kelas. Terdapat seramai 42% pelajar memilih sangat tidak setuju dan 34% pelajar

    memilih tidak setuju bagi item ke-16 iaitu mereka tidak dapat menumpukan sepenuh

    perhatian semasa guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep sains.

    Hanya 20% memilih setuju dan 4% memilih untuk menjawab sangat setuju. Ini

    menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti pelajar tidak bersetuju mereka tidak

    dapat tumpukan perhatian. Secara kesimpulannya, pelajar dapat menumpukan

    perhatian mereka semasa guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep

    sains. Secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa animasi membantu mereka

    menumpukan perhatian di dalam kelas.

  • Berdasarkan kepada data-data yang diperoleh, penyelidik dapat menyimpulkan

    bahawa kebanyakan pelajar mempunyai minat yang positif terhadap penggunaan

    animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana,

    kebanyakan daripada mereka memilih untuk bersetuju dengan item yang positif dan

    memiih untuk tidak bersetuju dengan item negatif yang disediakan. Namun, ada

    segelintir yang mempunyai persepsi yang negatif tentang minat mereka untuk

    menggunakan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.3

    menunjukkan ringkasan data yang diperolehi.

    Bagi item 17, terdapat 40 pelajar (40%) memilih sangat tidak setuju, 30 pelajar (30%)

    memilih tidak setuju, 26 pelajar (26%) memilih setuju dan hanya 4 pelajar (4%)

    memilih sangat setuju. Dapat dilihat di sini, lebih daripada separuh pelajar tidak

    bersetuju bahawa animasi tidak dapat meransang minat mereka untuk belajar. Ini

    menunjukkan bahawa hanya sebahagian kecil pelajar bersetuju animasi tidak dapat

    meransang minat mereka untuk belajar.

    44

    Gambarajah 4.17: Item 17. Elemen animasi tidak dapat meransang minat saya untuk belajar.

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    Percent Per

    atus

    (%)

    40%

    30%26%

    4%

  • 45

    Jadual 4.3: Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    ITEM

    STS (%)

    TS (%)

    S (%)

    SS (%)

    Min

    9. Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru apabila animasi digunakan.

    2 22 52 24 2.98

    2 22 46 30 10. Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran menggunakan animasi. 3.04

    52

    36

    12

    0

    1.60 11. Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan animasi bagi menerangkan konsep sains.

    2 24 34 40

    12. Elemen multimedia animasi meransang minat saya untuk belajar. 3.12

    0 20 32 48

    13. Animasi pergerakan ion-ion/molekul yang dipaparkan menarik minat dan perhatian saya terhadap pembelajaran. 3.28

    0 30 20 50 14. Saya suka untuk belajar dengan menggunakan animasi untuk fahami sains. 3.20

    0 20 36 44 15. Saya berasa seronok untuk belajar apabila guru menggunakan animasi. 3.24 16. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep sains.

    42 34 20 4 1.86

    17. Elemen multimedia animasi tidak dapat meransang minat saya untuk belajar.

    40

    30

    26

    4

    1.94

  • 46

    4.5 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi

    Penyelidik telah membina beberapa item untuk mengetahui masalah pelajar untuk

    memahami konsep biologi iaitu mekanisma fotosintesis. Terdapat lapan item yang

    terlibat iaitu item 18 hingga item 25. Data-data dianalisis dengan menggunakan

    perisian SPSS 12.0 dan dikumpulkan di dalam jadual 4.4 pada muka surat 55. Data

    dikumpulkan dalam bentuk jadual dan rajah.

    Merujuk kepada rajah 4.18, item 18, seramai 28% pelajar memilih setuju, 32%

    memilih sangat setuju, 20% memilih tidak setuju dan 20% memilih sangat tidak setuju

    bahawa mereka lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains. Secara

    keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa mereka suka untuk

    menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    32%

    20%

    28%

    20%

    Rajah 4.18: Item 18 Saya lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.

  • 47

    sangat tidak setujutidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    PercentPera

    tus (

    %)

    32%28%

    20%20%

    Rajah 4.19: Item 21. Saya selalu menghafal fakta tanpa memahaminya terlebih dahulu.

    Dapatan daripada item 18 ini selari dengan data yang diperoleh daripada item

    21. Seramai 28% pelajar memilih setuju, 32% pelajar memilih sangat setuju, 20%

    pelajar memilih tidak setuju dan 20% pelajar memilih sangat tidak setuju bahawa

    mereka selalu menghafal fakta tentang konsep sains tanpa memahaminya terlebih

    dahulu. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar memilih untuk

    menghafal fakta tanpa memahaminya terlebih dahulu.

  • 48

    Rajah 4.20: Item 19. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi kandungan pelajaran.

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    38%42%

    20%

    Bagi item 19, seramai 42% pelajar memilih setuju, 38% pelajar memilih sangat

    setuju bahawa guru sentiasa menggalakkan merema untuk memahami isi kandunagn

    pelajaran. Hanya 20% pelajar memilih tidak bersetuju bahawa guru menggalakkan

    mereka untuk memahami isi kandunagn pelajaran. Secara keseluruhannya, majoriti

    pelajar (80%) bersetuju bahawa guru sentiasa menggalakkan mereka untuk memahami

    isi kandungan pelajaran.

  • 49

    tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent Pera

    tus (

    %)

    50%45%

    5%

    Rajah 4.21: Item 25. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu konsep dan fakta sains.

    Sepertimana bagi item 25, terdapat seramai 45% pelajar memilih untuk

    menjawab setuju dan 50% pelajar menjawab sangat setuju dan hanya 5% pelajar tidak

    bersetuju bahawa guru sentiasa menggalakkan mereka untuk fahami konsep atau fakta

    sains. Secara keseluruhannya, hampir kesemua pelajar bersetuju bahawa guru sentiasa

    menggalakkan mereka untuk memahami fakta atau konsep sains.

  • 50

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent Pera

    tus (

    %)

    44%

    20%

    26%

    10%

    Rajah 4.22: Item 20. Konsep sains yang abstrak menyukarkan saya untuk memahaminya.

    Selain daripada itu, item 20 pula mengenai konsep sains yang abstrak. Bagi

    tujuan kajian ini, konsep sains yang diuji ialah konsep mekanisma fotosintesis.

    Seramai 20% pelajar menjawab setuju, 44% pelajar menjawab sangat setuju

    menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa konsep sains

    yang abstrak menyukarkan mereka untuk memahaminya. Hanya 26% pelajar memilih

    untuk menjawab tidak setuju dan 10% pelajar menjawab sangat tidak setuju bahawa

    konsep sains yang abstrak menyukarkan mereka untuk memahaminya. Secara

    keseluruhannya, ramai pelajar bersetuju bahawa konsep mekanisma fotosintesis yang

    abstrak sukar untuk difahami.

  • 51

    sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

    0

    10

    20

    30

    40

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    10%

    30%40%

    20%

    Rajah 4.23: Item 22. Guru meminta saya untuk menghafal konsep sains yang sukar.

    Namun, bagi item 22, terdapat seramai 30% pelajar setuju dan 10% pelajar

    sangat setuju bahawa guru meminta mereka untuk menghafal konsep sains yang sukar.

    Walaubagaimanapun, majoriti pelajar tidak bersetuju apabila terdapat 20% pelajar

    memilih untuk menjawab sangat tidak setuju dan 40% pelajar menjawab tidak setuju

    bahawa guru meminta mereka menghafal konsep yang sukar.

  • 52

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    50

    Percent

    Pera

    tus (

    %) 30%

    48%

    22%

    Rajah 4.24: Item 23. Saya lebih suka memahami fakta berbanding menghafalnya.

    Bagi item 23, seramai 48% pelajar menjawab setuju, 30% pelajar menjawab

    sangat setuju, dan hanya 22% pelajar menjawab tidak setuju bahawa mereka lebih

    suka memahami sesuatu fakta sains berbanding menghafalnya. Secara

    keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka memahami

    konsep dan fakta sains terlebih dahulu berbanding menghafalnya.

  • 53

    Rajah 4.25: Item 24. Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami konsep sains.

    tidak setuju setuju sangat setuju0

    10

    20

    30

    40

    Percent

    Pera

    tus (

    %)

    40%40%

    20%

    Bagi item 24, seramai 40% pelajar memilih setuju dan 40% pelajar memilih

    sangat setuju bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk

    memahami sesuatu konsep sains. Hanya 20% pelajar memilih untuk menjawab tidak

    setuju bagi item ini. Ini menunjukkan bahawa hampir majoriti pelajar bersetuju

    bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk memahami

    konsep sains.

    Berdasarkan kepada data-data yang diperoleh bagi mengkaji masalah-masalah

    yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami biologi, penyelidik mendapati

    kebanyakan pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka menghafal sesuatu fakta,

    konsep sains yang abstrak menyukarkan mereka untuk fahami, mereka kerap

    menggunakan imaginasi sendiri untuk fahami konsep sains dan mereka sentiasa

  • 54

    mendapat galakan daripada guru untuk fahami subjek dan konten biologi.

    Perbincangan bagi kesemua dapatan kajian ini yang mengkaji persepsi pelajar tehadap

    minat dan penggunaan animasi serta masalah-masalah yang dihadapi pelajar untuk

    memahami konsep dan fakta biologi akan dibincangkan dalam bab lima.

    4.6 Kesimpulan

    Daripada dapatan kajian yang diperoleh penyelidik dapat menyimpulkan bahawa

    responden kajian mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah berdasarkan kepada data yang

    diperoleh yang menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa animasi

    dapat membantu untuk meningkatkan pemahaman mereka. Selain itu, responden juga

    mempunyai persepsi yang positif terhadap minat mereka apabila guru menggunakan

    animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. Di samping itu,

    penyelidik telah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

    memahami konsep biologi iaitu pelajar lebih cenderung untuk menghafal fakta,

    pelajar sukar untuk memahami konsep biologi yang abstrak dan pelajar kerap

    menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami konsep biologi. Penyelidik

    memperincikan lagi dapatan kajian ini pada bab lima.

  • 55

    Jadual 4.4: Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Memahami Konsep Biologi

    ITEM

    STS (%)

    TS (%)

    S (%)

    SS (%)

    Min

    STS= sangat tidak setuju, TS= tidak setuju, S= setuju, SS= sangat setuju

    18. Saya lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.

    20 20 28 32 2.72

    0 20 42 38 19. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi kandungan pelajaran. 3.18

    10

    26

    20

    44

    2.98 20. Konsep sains yang abstrak dalam topik fotosintesis menyukarkan saya untuk memahaminya.

    20 20 28 32

    21. Saya selalu menghafal fakta dalam biologi tanpa memahaminya terlebih dahulu. 2.72

    20 40 30 10 22. Guru meminta saya untuk menghafal konsep sains yang sukar. 2.30

    0 22 48 30 3.08 23. Saya lebih suka untuk memahami fakta sains berbanding menghafalnya.

    0 20 40 40 3.20 24. Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami sesuatu konsep.

    0 5

    45

    50

    3.45 25. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu konsep/ fakta sains.

  • BAB 5

    PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    Bahagian ini melibatkan perbincangan bagi data-data yang diperoleh. Ini termasuklah

    mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi berkomputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu penyelidik membincangkan tentang

    persepsi pelajar terhadap minat mereka dengan penggunaan animasi dan masalah-

    masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran subjek biologi. Keseluruhannya, ia

    melibatkan perbincangan tentang analisis data yang diperoleh.

    5.2 Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran biologi.

    Bagi membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memilih beberapa item yang

    terkandung dalam soal selidik yang telah dibina. Semua item yang terlibat mempunyai

    perkaitan terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 57

    Berdasarkan kepada analisis data yang dilakukan dalam bab 4, dapat

    dinyatakan di sini bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap

    penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Mereka telah

    memberikan respon positif terhadap kesemua item yang dibina. Berdasarkan kepada

    data yang diperoleh, hampir lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa

    penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi dapat membantu

    mereka memahami pengajaran dengan lebih baik. Mereka juga bersetuju bahawa

    penggunaan animasi dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap konsep-

    konsep sains. Animasi memudahkan pelajar untuk faham kerana animasi menyediakan

    keadaan yang hampir dengan keadaan sebenar.

    Selain daripada itu juga, daripada dapatan kajian ini juga, penyelidik

    mendapati hampir majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi dapat membantu mereka

    untuk meningkatkan daya ingatan mereka tentang sesuatu konsep sains. Perkara ini

    selaras dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Vijaya Kumaran (1996). Beliau

    menyatakan bahawa pelajar mengingati hampir 60% - 70% daripada apa yang mereka

    berinteraksi di dalam kelas. Bagi kajian ini, pelajar berinteraksi dengan komputer

    berbanding dengan hanya mengingat dan menghafal sahaja apa yang dipelajari. Lebih-

    lebih lagi, animasi dapat menyediakan suasana pembelajaran yang dirasai oleh pelajar.

    Berdasarkan kepada dapatan ini juga, penyelidik menyimpulkan bahawa

    penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi sangat sesuai untuk

    dipraktikkan kerana terdapat sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa ia dapat

    meningkatkan pemahaman mereka. Lebih-lebih lagi jika dilihat, 88% pelajar bersetuju

    bahaw animasi pergerakan ion-ion dan molekul membantu mereka memahami proses

    fotosintesis yang dibincangkan. Ini kerana, mereka tidak dapat melihat mekanisma ini

    secara langsung. Ini kerana, topik Photosynthesis adalah salah satu topik dalam

    sukatan pelajaran tingkatan empat yang membincangkan satu konsep yang tidak dapat

    dilihat dengan mata kasar. Guru harus memikirkan sesuatu yang kreatif dan berkesan

    untuk memudahkan pelajar untuk memahami konsep yang abstrak itu. Oleh itu,

    penggunaan animasi adalah sangat sesuai. Menurut Hofstetter (1994), penggunaan

  • 58

    animasi dapat membantu pelajar untuk menggambarkan konsep-konsep ynag sukar.

    Sebagai contoh, Lea and Febigers dynamics of Human Anatomy mengandungi

    animasi yang menunjukkan pengaliran darah dalam badan manusia melalui jantung,

    pertukaran gas di kapilari, tindakan injap-injap pada vena, dan juga pergerakan otot

    skeletal pada nueromuscular junction.

    Dalam kajian ini, penyelidik telah membina animasi pergerakan ion-ion yang

    menjelaskan tentang proses fotosintesis dalam daun. Penyelidik menyimpulkan

    bahawa penggunaan animasi sangat sesuai digunakan kerana topik ini melibatkan

    perbincangan tentang pergerakan ion-ion di dalam daun semasa proses fotosintesis.

    Pelajar memerlukan gambaran yang jelas tentang mekanisma yang berlaku. Pelajar

    juga perlu mengapliksikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi membantu

    mereka memahami topik ini. Oleh itu, dengan adanya animasi yang melibatkan

    gambar bergerak dengan gabungan warna dan juga teks akan dapat membantu mereka

    memahami topik ini dengan mudah.

    Selain itu, daripada data yang diperoleh, majoriti pelajar bersetuju bahawa

    guru mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih baik apabila

    menggunakan animasi. Ini kerana, animasi memudahkan guru-guru untuk

    menyampaikan konsep-konsep yang abstrak dan memberi gambaran sebenar kepada

    pelajar tentang topik yang dibincangkan. Lebih-lebih lagi, dalam subjek biologi

    terdapat banyak topik yang abstrak dan memerlukan pelajar untuk membina sendiri

    kefahaman mereka. Dengan adanya bantuan animasi dan penerangan guru yang jelas,

    dapatlah pelajar memahami pelajaran dengan lebih mudah.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat juga pelajar yang tidak bersetuju

    dengan penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Pelajar-

    pelajar ini sebenarnya mempunyai kecerdasan yang berbeza berbanding dengan

    pelajar-pelajar yang lain. Tidak semua pelajar mempunyai pendekatan pembelajaran

    yang sama. Berdasarkan kepada pendekatan yang diusulkan oleh Biggs, 1991 dalam

  • 59

    Muhibbin Shah (1995), pendekatan pelajar dikelaskan kepada tiga bahagian. Bahagian

    pertama adalah pendekatan surface, kedua ialah pendekatan deep dan yang ketiga

    ialah pendekatan achieving. Bagi pendekatan surface, pelajar belajar kerana dorongan

    daripada luar dan gaya pmbelajarannya adalah sangat santai, hafalan dan tidak mahu

    pemahaman yang mendalam. Pendekatan yang kedua iaiu deep kerana adanya tarikan

    atau faktor intrinsik. Pendekatan yang ketiga iaitu achieving mempunyai gaya

    pembelajaran yang serius dengan kemahiran belajar yang sangat efisyen.

    Pelajar yang bersetuju dengan penggunaan animasi adalah tergolong dalam

    pelajar yang mempunyai pendekatan deep dan achieving manakala pelajar yang tidak

    bersetuju dengan penggunaan animasi tergolong dalam pelajar yang mempunyai

    pendekatan surface. Ini kerana mereka hanya menghafal fakta yang dipelajari tanpa

    berusaha untuk memahaminya. Guru seharusnya tidak membiarkan perkara ini

    berlanjutan kerana pelajar mungkin tidak dapat mengingati perkara yang dihafalnya

    untuk jangka masa yang lama berbanding mengingati perkara yang difahaminya.

    Selain daripada itu juga, setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza.

    Perbezaan inilah yang perlu guru kenalpasti. Menurut Woolfolk (1998, ms 134)

    mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah pendekatan individu kepada cara belajar.

    Pendekatan ini mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran. Guru

    hendaklah mengenalpasti bagi memastikan kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi

    proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada gaya pembelajaran, pelajar juga

    dipengaruhi oleh kecerdasan yang dimilikinya. Menurut Gardner (1993) menyatakan

    bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah

    atau mencipta sesuatu kerja dalam konteks budayanya. Bagi kajian ini, pelajar perlu

    memahami