ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
-
Upload
pismpsainsjan10 -
Category
Documents
-
view
237 -
download
0
Transcript of ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
1/16
PEMULIHARAAN AIR
TAJUK : ISU DAN PERKEMBANGAN PEMULIHARAAN AIR
OLEH : ANIS SYUHADA BINTI ABDULLAH
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
meliputi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi sebagai
sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan,
batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Alam sekitar
juga terdiri daripada sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak
mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas
elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Alam sekitar merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang sangat besar
ertinya kepada kehidupan makhluk di atas muka bumi ini. Salah satu anugerah yang
diberi adalah air. Pencemaran air terutamanya pencemaran sungai di Malaysia
merupakan satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dari semasa ke
semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian yangbenar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Apa yang menyedihkan,
pencemaran bukan sahaja dialami oleh sungai-sungai di kawasan bandar, malah
sungai-sungai luar bandar juga turut dilanda masalah ini.
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menakrifkan pencemaran sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia atau biologi
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah,
menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan
liar, ikan atau hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu
pelanggaran terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu
lesen yang dikeluarkan dibawah akta ini.
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
2/16
PEMULIHARAAN AIR
Dari aspek sejarah, menunjukkan sumber air seperti sungai dan
persekitarannya sejak dulu lagi amat penting di dalam kehidupan manusia dari segi
sosial dan ekonomi. Air seperti sungai juga berperanan dalam kemudahan
perhubungan yang menyebabkan banyak penempatan masyarakat tertumpu di
sepanjang lain-lain bandar utama di Malaysia. Sumber air dan persekitarannya
adalah harta yang tidak ternilai yang perlu dijaga dan dilindungi bersama agar tidak
terus dieksploitasi secara berlebihan dan tanpa kawalan yang akhirnya akan
membawa kepada kemusnahan persekitaran dan pencemaran air yang terlalu mahal
dan sukar untuk dipulihkan kembali.
Sejarah pemuliharaan air telah berlaku sejak kurun ke-19 lagi. Pencemaran air
amnya pencemaran sungai bukanlah satu masalah yang baru bagi hampir
keseluruhan negara di dunia ini. Pencemaran air contohnya pencemaran sungai
sebenarnya bermula pada zaman revolusi industri iaitu pada kurun ke-19. Revolusi
industri di Britain telah mengubah cara hidup masyarakat secara dramatik dan juga
menyebabkan perubahan mendadak dalam kualiti sungai. Bagi menaikkan taraf
sanitasi di bandar-bandar, pembentungan dibina untuk mengangkut najis manusia
yang sebelum ini ditanam. Akibat peningkatan populasi yang mendadak pada zaman
revolusi industri, jurutera air (water engineer) yang membina sistem pembetung telah
memperkenalkan pengklorinan bekalan air. Ini secara tidak langsung telah
menghentikan penyebaran penyakit secara berkesan dengan pencegahan penyakit
secara perubatan.
Namun dmeikian, rawatan air pada waktu itu adalah dalam keadaan yang
agak minimum dan kebanyakan sisa disalurkan secara terus ke sungai di mana sisa
tersebut bercampur dengan effluen dari kilang-kilang dan mencemarkan sungaitersebut.
Dalam aspek agama, umat Islam percaya Allah S.W.T telah mencipta langit
dan bumi ini, dengan sebaik-baik kejadian. Dia yang menjadikan gunung-ganang,
sungai dan laut supaya manusia dapat mencari rezeki darinya. Akan tetapi, manusia
yang dikurniakan kelebihan akal, merosakkan alam ini semata-mata kerana tamak
dan ingin membolot kekayaan, tanpa memperdulikan akibat perbuatan mereka
tersebut. Dalam surah Yaasin ayat 36-36, Allah ada berfirman, yang maksudnya;
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
3/16
PEMULIHARAAN AIR
Kami adakan di bumi kebun yang berisi pohon kurma dan buah anggur dan
kami pancarkan di sana mata air supaya mereka makan buah-buahan apa yang
diusahakan oleh tangan mereka. Tidakkah mereka berterima kasih kepada Kami.
Begitu juga dalam surah An-Nahl ayat 14-15, Allah berfirman, yang antara lain
bermaksudnya; Dia yang menguasai laut supaya kamu makan daging ikan yang
lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kami pakai dan
engkau lihat kapal berlayar di laut supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki),
mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNaya.
Air merupakan satu unsur yang amat penting dalam agama Islam. Air juga
merupakan salah satu nikmat dunia yang diberikan oleh Allah s.wt. kepada
makhluknya. Ianya terserlah dan terbukti dengan ulangan sebanyak 63 kali di dalam
keseluruhan Al-Quran. Jumlah perkataan di dalam Al-Quran ialah sebanyak 6,666
patah jika dibahagikan dengan 63 patah ianya hampir mencecah 1% daripada
keseluruhan ayat Al-Quran. Ini membuktikan hampir 1% (0.945%) daripada isi
kandungan Al-Quran adalah membicarakan mengenai air, manakala perkataan yang
merujuk kepada sungai muncul sebanyak 52 kali (0.78%) dan ayat berkenaan
dengan mata air, hujan dan awan tidak kurang dari lima kali (0.075%) bagi setiapsatu. Ini menunjukkan betapa pentingnya air di dalam kehidupan manusia dan
sebagai manusia kita wajib menghargai air dengan memeliharanya sebaik-baiknya.
Kebersihan air sangat penting dalam kehidupan orang Islam. Kerana air
bukan sahaja untuk kegunaan minuman sahaja, tetapi juga untuk kesempurnaan
ibadah kepada Allah, seperti ianya digunakan untuk beristinjak, mengambil wuduk
dan mandi hadas. Walaupun dalam Islam ada alat-alat yang lain yang boleh
digunakan untuk menggantikan air untuk tujuan tersebut, namun penggantian itu
tidak boleh digunakan sembarangan, tetapi mestilah memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh agama. Misalannya debu tanah untuk bertayamum tidak boleh
digunakan sekiranya masih ada air atau dalam keadaan penggunaan air tidak
mendatangkan kemudaratan.
Dari aspek budaya dan kaum, sesetengah budaya tradisional yang
diamalkan oleh masyarakat tradisional di Semenanjung Malaysia sebenarnya
menyentuh etika alam sekitar mereka yang terbentuk berdasarkan nilai-nilai agama,
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
4/16
PEMULIHARAAN AIR
kepercayaan dan moral. Contohnya satu bentuk amalan budaya tradisional kaum
orang asli adalah sekiranya wanita datang haid mereka tidak mandi dalam sungai,
tetapi sebaliknya mengambil air sungai dan mandi di tempat lain untuk mengelakkan
air sungai daripada dicemari. Budaya tradisional yang diamalkan oleh sesetengah
masyarakat ini merupakan salah satu langkah pemeliharaan air bagi menjaga alam
sekitar daripada dicemari.
Pemuliharaan air amat penting kepada hidupan di Bumi. Antara kepentingan
memulihara sumber air adalah untuk mengekalkan suhu bumi. Air adalah sumber
terbaik bagi mengekalkan suhu bumi contohnya lautan dapat mengekalkan suhu
bumi melalui kitaran air. Ini boleh dicapaikan semasa air lautan yang bersuhu tinggi
mengalir ke air lautan yang bersuhu rendah. Air juga merupakan sejenis cecair yang
mengandungi kapasiti panas yang tinggi (kemampuan untuk menyerap panas).
Justeru, suhu bumi dapat dikekalkan.
Kepentingan memelihara sumber air juga dinyatakan secara jelas di dalam Al-
Quran iaitu Kepentingan air dalam kehidupan manusia telah dinyatakan oleh Allah
dalam al Quran iaitu "Apakah kamu tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya
Allah menurunkan air dari langit, maka diaturNya menjadi sumber-sumber air dibumi, kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-
macam warnanya'. (Surah az Zumar : 21)
Pemeliharaan sumber air turut dinyatakan di dalam Al-Quran
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
5/16
PEMULIHARAAN AIR
Pemuliharaan air juga penting bagi memastikan air bersih mencukupi. Oleh
itu dapat mengelakkan masalah kekurangan air untuk makan, minum dan
membasuh. Sungai dan laut yang bersih menjamin kemandirian organisma akuatik.
Kekurangan sumber air yang bersih yang disebabkan sumber air seperti sungai-
sungai, lautan yang tercemar akan mendedahkan risiko penyakit kepada hidupan
seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, air merupakan sumber
asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh
badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan
air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja
penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-
tumbuhan yang turut memerlukan air.
Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi.
Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat
haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air
terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Pemuliharaan air dapat membantu menyelamatkan alam sekitar daripada kerosakan
yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat
dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-
tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran air yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan laut
dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh
hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makananyang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya
kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam
laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula
menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang
tidak tercemar membolehkan habitat hidupan air terpelihara. Di sini jelas
menunjukkan kepentingan pemuliharaan air yang memberi impak besar terhadap
hidupan.
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
6/16
PEMULIHARAAN AIR
Di samping itu, alam sekitar seperti sumber air yang bersih akan dapat
meningkatkan ekonomi negara. Kebanyakan pelancong menjadikan destinasi
peranginan seperti pulau, berhampiran pantai atau pusat rekreasi air terjun sebagai
destinasi pelancongan mereka. Pandangan mereka semestinya tertumpu pada alam
sekitar yang merupakan aset kepada sesuatu tempat. Sesebuah masyarakat yang
bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai
tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara
kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan
dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat.
Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
Selain itu, kepentingan pemuliharaan air juga adalah untuk memastikan
sumber perikanan terus kekal. Ini kerana, perikanan merupakan salah satu kegiatan
ekonomi di Malaysia. Bagi nelayan kecil, sungai adalah tempat mereka mencari
rezeki untuk menampung kehidupan mereka selain melakukan kerja-kerja lain. Jika
sungai atau laut yang menjadi sumber perikanan tercemar, kegiatan perikanan
mereka akan terjejas dan menyebabkan mereka tidak dapat mencari sumber rezeki.
Sumber air juga penting untuk dipulihara kerana air merupakan salah satu
punca sumber tenaga hidroelektrik. Di Malaysia, kaedah menjana tenaga elektrik
dengan menggunakan air digunakan di beberapa buah negeri contohnya di
Empangan Tasik Kenyir, Terengganu, Empangan Temenggor dan sebagainya. Air
sungai di empangan yang dibina akan memutarkan alat penjana yang seterusnya
menghasilkan tenaga elektrik untuk dibekalkan ke rumah-rumah, kilang dan
sebagainya.
Antara punca pemuliharaan air dilakukan adalah disebabkan pencemaran
yang telah dilakukan seperti pencemaran sungai, pencemaran laut dan sebagainya.
Proses penyahhutanan dan pembukaan tanah baru untuk tujuan petempatan,
pertanian, perlombongan, pembinaan infrastruktur, dan kilang pemprosesan telah
menyebabkan berlakunya hakisan yang teruk dan pemendapan dalam sungai yang
bukan hanya telah menyebabkan berlakunya banjir dan banjir kilat malahan
mempengaruhi petempatan dengan teruknya. Masalah hakisan dan pencemaran air
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
7/16
PEMULIHARAAN AIR
sungai oleh kelodak sehingga ke hari ini masih lagi menjadi salah satu daripada
masalah alam sekitar yang serius di negara ini.
Keadaan pencemaran air pada masa ini telah menjadi semakin pelbagaidengan penghasilan bahan pencemar yang juga amat pelbagai akibat efluen yang
dibuang oleh kilang-kilang perindustrian dan ternakan babi. Akibatnya, air yang telah
tercemar perlu dipulihara kembali bagi memastikan kelangsungan bekalan air pada
masa akan datang.
Punca pemuliharaan air perlu dilakukan juga adalah disebabkan aktiviti
penternakan dan penyembelihan khinzir yang dilakukan di beberapa buah negeri.
Terdapat negeri yang tidak mempunyai sistem pengurusan sisa (najis khinzir) yang
sistematik sehingga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran. Kebanyakan sisa
tersebut dialirkan terus ke sungai dan mencemari sungai yang menjadi sumber air
serta makanan kepada penduduk sekitar. Contoh sungai yang mengalami
pencemaran teruk adalah seperti Sungai Sepang, Sungai Skudai, Sungai Sengget,
Sungai Kelang dan Sungai Damansara. Sekiranya pemliharaan air tidak dijalankan,
sungai tersebut akan terus tercemar dan menjejaskan kualiti air yang sangat bernilai
kepada manusia dan hidupan.
Terdapat banyak kesan akan timbul jika pemuliharaan air tidak dijalankan ke
atas sumber air yang telah tercemar.
Sumber air yang telah tercemar
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
8/16
PEMULIHARAAN AIR
Air adalah sumber bersama. Pembangunan jangka panjang bagi air memerlukan
pengurusan sumber yang menyeluruh. Masalah besar yang memberi kesan terhadap
kualiti air timbul mengikut kepentingan bagi keadaan yang berbeza iaitu dari
kumbahan domestik yang tidak terolah dengan sempurna, pelepasan effluen dari
industri yang tidak, kehilangan dan kerosakan kawasan tadahan, penempatan
kawasan perindustrian yang tidak dibuat dengan betul, kehilangan hutan, pertanian
pindah yang tidak terkawal dan amalan pertanian yang buruk. Ini menyebabkan
nutrien dan racun serangga melarut resap.
Antara kesan jika pemuliharaan air tidak dijalankan adalah seperti ekosistem
akuatik terganggu dan sumber kehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu,
ekosistem akuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertanian sumber
air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangan dan penyaliran air.
Hakisan, pemendapan, kehilangan hutan dan penggunaan telah
menyebabkan peningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan buruk terhadap
ekosistem. Banyak dari masalah ini timbul dari model pembangunan yang
merosakkan alam sekitar dan kurangnya kesedaran orang ramai terhadap
pemuliharaan air. Kesan yang boleh diukur ialah kesan ekologi dan kesihatanmanusia. Kaedah pencegahan amat perlu bagi mengelakkan kos yang tinggi
berikutan langkah bagi membaikpulih sumber air yang rosak, mengolah dan
membangunkan bekalan air baru.
Selain itu, jika pemuliharaan air tidak dilakukan, bekalan air akan terputus dan
kita tidak akan mendapat sumber air yang bersih. Bekalan air yang selamat dan
sanitasi amat penting bagi pemuliharaan alam sekitar, dan meningkatkan tahap
kesihatan. Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti
kehidupan manusia. Satu anggaran sebanyak 80 peratus dari semua penyakit dan
lebih dari satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air
tercemar.
Pemuliharaan air juga berkesan dalam menangani wabak penyakit yang
menular jika air tidak dirawat dan berada dalam keadaan tercemar. Contohnya, jika
seseorang minum air daripada sumber air yang tercemar, besar kemungkinan akan
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
9/16
PEMULIHARAAN AIR
terkena wabak taun yang berbahaya kepada manusia. Wabak ini akan berjangkit
kepada orang lain jika tidak dikawal dengan segera.
Kemusnahan habitat haiwan juga akan terjadi jika pemuliharaan air tidakdijalankan. Haiwan-haiwan seperti di laut, di sungai, di tasik dan sebagainya akan
hilang habitatnya disebabkan habitat yang tercemar dan lama kelamaan akan
menyebabkan kepupusan spesies haiwan tersebut. Secara tidak langsung, keadaan
ini akan menyebabkan manusia kehilangan punca makanan dan kehilangan tenaga
bagi meneruskan kehidupan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi
memulihara sumber air yang semakin tercemar dari masa ke semasa. Bagi
pencemaran air, terutamanya pencemaran laut, kerajaan telah bekerjasama dengan
Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang
digunakan mestilah sentiasa disemak.Sentiasa pastikan kapal dalam keadaan baik
supaya kapal selamat diguna. Tenggelaman kapal akan mengalirkan minyak kapal
ke dalam air dan ini akan mencemarkan laut.
Kerajaan juga boleh menggunakan teknologi pemuliharaan air bagi
memulihara semula air yang telah tercemar. Antara teknologi yang boleh digunakan
adalah seperti Proses NEWater iaitu merupakan proses rawatan semula air yang
telah diamalkan di negara Singapura akibat bekalan air yang terhad.- NEWater
bermaksud air sisa kumbahan yang telah dirawat. Terdapat tiga proses utama yang
digunakan untuk menghasilkan Newater iaitu (i) Penurasan mikro (Microfiltration) ,
(ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis), (iii) Teknologi Sinaran Ultra-violet
Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies).
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
10/16
PEMULIHARAAN AIR
Contoh neWater di Singapore
Teknologi kedua yang boleh digunakan bagi memulihara sumber air adalah
menggunakan Proses Rawatan Air . terdapat beberapa langkah proses semasa
menggunakan kaedah rawatan air ini. Proses pertama adalah Intake (pengambilan) :
Untuk proses ini, pam diperlukan untuk mengepam air masuk ke pusat rawatan. Air
diperolehi daripada sungai, tasik, laut dan lain-lain.
Proses kedua yang dijalankan adalah Aeration (Pengudaraan) .Proses ini
bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan organik dengan memberi aliran udara
kepada air tersebut. Hidupan-hidupan organik yang terkandung di dalam air tersebut
akan mula mengalami proses penguraian apabila menerima oksigen. Proses ketiga
pula adalah Coagulation (Kogulasi) . Proses ini bertujuan untuk mengumpul bahan-
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
11/16
PEMULIHARAAN AIR
bahan terampai. Prosesnya adalah melalui penambahan bahan kimia yang berfungsi
untuk memberi daya tarikan kepada partikel-partikel terampai tersebut.
Manakala, seterusnya Flocculation (Flokulasi) akan dijalankan. Proses iniadalah kesinambungan daripada proses sebelum ini.Tujuannya adalah untuk
membenarkan floc terbentuk. Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu
membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat. Seterusnya, proses
Sedimentation (Pemendapan) akan dilakukan bertujuan untuk memendapkan
partikel-partikel berat yang terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-partikel itu
kemudiannya boleh dibuang daripada air tersebut.
Proses keenam yang akan dijalankan adalah Filtration (Penapisan) .
Tujuannya adalah untuk menapis bahan-bahan yang tidak boleh dibuang melalui
proses sebelum ini. Bahan-bahan yang terlepas akan ditapis dan dibuang di proses
ini. proses ketujuh pula adalah Chlorination (Penklorinan) . Proses ini membunuh
kuman-kuman yang terdapat di dalam air tersebut dengan menambah klorin di
dalamnya. Tetapi bukan semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita perlu
untuk memasak air sebelum diminum kerana bakteria-bakteria dapat dibunuh apabila
suhu air mencapai tahap yang tertentu seperti 100o C.
Proses penapisan air
Teknologi ketiga yang boleh digunakan bagi memulihara air adalah Sistem
Penuaian Air Hujan (SPAH). (SPAH) adalah salah satu daripada "Best ManagementPractice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
12/16
PEMULIHARAAN AIR
melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah
keluasanbumbung bangunan. Bekalan air ini digunakan untuk mencuci
kereta,menyiram tanaman, menyimbah tandas dll. SPAH yang ringkas hanya
menggunakan tong kecil sahaja untuk menyimpan air hujan.
Sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu On Site Detention. Tujuannya
adalah untuk melambatkan aliran air permukaan dengan menahan seketika air
hujan. Fungsi kedua adalah Penuaian Air Hujan. Ia bertindak sebagai tangki yang
berfungsi sebagai bekalan air hujan.
Kebaikan menggunakan teknolgi ini adalah ia dapat menjimatkan
penggunaan air bersih kira-kira 30% daripada penggunaan air bersih,
mengurangkan bil-bil air, melambatkan air larian permukaan, mengatasi masalah
bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman , mengurangkan hakisan tanah atau
banjir kilat, dan mudah kerana dilakukan secara persendirian
Namun, terdapat beberapa keburukan didapati daripada penggunaan teknolgi
ini. antaranya keburukannya adalah bekalan terhad, mengurangkan pendapatan
sistem air awam, tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak
yang bermain di sekelilingnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, sistem
penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu
ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah dan kualiti air yang rendah
kerana ia tidak mempunyai sistem penapisan atau penurasan air yang sistematik.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah dengan memberi perhatian khas
terhadap isu pencemaran sungai ekoran impak buruk kepada pelbagai sektor
industri, perikanan, pertanian dan janakuasa elektrik hidro yang akhirnyamenjejaskan ekonomi negara. Kesan utama pencemaran sungai yang sangat
merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan
industri untuk memastikan bekalan air rakyat bersih, menggugat tahap kesihatan
orang awam serta kepupusan flora dan fauna yang seterusnya boleh menggugat
ekosistem dan sumber makanan.
Sebagai projek perintis, IRBM telah melakar dan melaksanakan Program Satu
Negeri Satu Sungai (1N1S) sejak tahun 2005 dengan memilih sebatang sungai
dalam bandar dari setiap negeri untuk dipulihkan. Sebanyak 13 batang sungai dipilih
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
13/16
PEMULIHARAAN AIR
untuk program ini termasuk Sungai Perlis, Sungai Petani (Kedah), Sungai Pinang
(Pulau Pinang), Sungai Kinta (Perak), Sungai Penchala yang dikongsi oleh Selangor
dan Kuala Lumpur, Sungai Temiang (Negeri Sembilan) dan Sungai Melaka.
Sungai lain termasuk Sungai Skudai di Johor, Sungai Galing (Pahang),
Sungai Hiliran (Terengganu), Sungai Pengkalan Chepa (Kelantan), Sungai Papar
(Sabah) dan Sungai Miri (Sarawak).
Pendekatan pertama yang digunakan oleh Jabatan pengairan dan Saliran
(JPS) bagi mencapai hasrat kerajaan melalui program itu ialah pengukuhan institusi
dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Sungai Peringkat Negeri.
Seterusnya, aspek pemulihan dilakukan termasuk usaha mengenalpasti punca
pencemaran dan melaksanakan projek berkaitan bagi mengurangkan kesan
pencemaran serta mengembalikan persekitaran asal ekosistem sungai.
Akhir sekali, aktiviti pencegahan termasuk usaha publisiti seperti penubuhan
pasukan Ranger Sungai yang terdiri daripada pelajar sekolah, penubuhan pusat
informasi sungai dan seumpama. Penglibatan orang awam amat penting dalam
usaha JPS mencapai objektif utama program 1N1S termasuk menghidupkan sungai
menjadi bersih dan ceria dengan mencapai kualiti air Kelas IIB menjelang 2015. JPS
juga berusaha mengubah wajah sungai dan persekitarannya menjadi kawasan
mesra rekreasi semulajadi selain memastikan ia bebas daripada mendapan dan
longgokan sampah sarap penyebab banjir.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta KualitiAlam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat
pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa
kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih
dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-
peraturan berkaitan sebelum dilepaskan.
Selain itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk
mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
14/16
PEMULIHARAAN AIR
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food,
Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan
terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program
Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk
mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang
terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya
disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda
tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi
tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya
menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.
Cadangan saya, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang
kepentingan pemuliharaan air, Kementerian Pelajaran bersama-sama Jabatan Alam
Sekitar(JAS) perlu menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia
adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-
kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya,
pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang
berkaitan dengan isu pencemaran dan kaedah pemuliharaan yang dilakukan bagi
merawat pencemaran tersebut.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat
awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam
sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untukmengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan
kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar khususnya
pencemaran air dan rawatan pemulihan air bagi memulihara sumber air yang telah
tercemar.
Selain itu, pihak berkenaan perlu mengambil kira pemuliharaan sumber yang
telah tercemar seperti merawat air yang telah tercemar, menyediakan sistem
pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran
sampah sarap, pemeliharaan sumber marin dan lain-lain berkaitan. Selain itu, kita
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
15/16
PEMULIHARAAN AIR
juga boleh mempertingkatkan R&D dan teknologi yang mesra alam seperti
penggunaan sumber tenaga gantian dan bahan pengganti, memperluaskan
penggunaan bioteknologi dan lain-lain yang boleh mengurangkan risiko pencemaran.
Usaha meningkatkan kerjasama serantau juga diperlukan bagi mengawal
pencemaran. Misalnya di kalangan negara ASEAN kerjasama dilakukan melalui
pemantauan dan rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos
pemuliharaan/pembersihan air laut yang tercemar di samping penyelarasan undang-
undang dan peraturan laut. Kerjasama dan penyelarasan antara agensi kerajaan
dalam negara, antara kerajaan-swasta-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan
masyarakat setempat.
Selain itu, agensi yang terlibat dengan sokongan masyarakat setempat boleh
menjalankan Kempen dan pendidikan alam sekitar. Tujuannya adalah untuk
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mengawal dan mencegah
pencemaran di samping mengetahui kaedah yang sesuai bagi memulihara sumber
airyang telah tercemar. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa
seperti kempen Cintailah Sungai Kita, atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial
seperti gotong royong membersihkan sungai. Pendidikan alam sekitar perlu bermuladi peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat.
Dengan kesedaran bahawa air merupakan sumber yang sangat sensitif
kepada pencemaran, maka wajar bagi kita mengambil inisiatif yang perlu bagi
menangani sebarang permasalahan yang dihadapi. Salah satu daripada strategi
penting bagi memastikan sumber air dijaga oleh semua pihak ialah dengan
meningkatkan kesedaran dan kecintaan penduduk negara ini terhadap alam sekitar.
Dengan pelbagai usaha yang dijalankan seperti kempen 'cintai sungai kita', dan
usaha-usaha menerusi media cetak dan elektronik, kita semua perlu disedarkan
tentang hubungan akrab antara manusia, alam sekitar dan juga Allah s.w.t.
Walaupun keadaan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar terutamanya sumber
air yang unggul masih belum tercapai, namun kita tidak boleh berputus asa daripada
terus berusaha. Nasib generasi akan datang terletak di tangan kita.
-
7/29/2019 ANIS SYUHADA BT ABDULLAH PEMULIHARAAN AIR
16/16
PEMULIHARAAN AIR