ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat...

3
Kempen “Kenali Ubat Anda” KEMPEN ‘KENALI UBAT ANDA’ PROJEK PENGGUNAAN UBAT BERKUALITI- KONSUMER (QUALITY USE OF MEDICINE-CONSUMERS, QUM-C) ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN Peserta dikehendaki untuk memilih mesej-mesej berikut dalam lukisan kartun: 1. PENGGUNAAN UBAT SECARA BETUL MELALUI KONSEP 5B, dimana pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut sebelum mengambil ubat. Perkara itu ialah: - Pengguna Ubat Yang BETUL - Ubat Yang BETUL - Dos Yang BETUL - Cara Pengambilan Ubat Yang BETUL - Masa Yang BETUL 2. AMALKAN CARA PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT - Simpan ubat mengikut suhu yang betul - Elakkan simpan ubat di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari/haba - Jauhkan dari kanak-kanak - Asingkan ubat makan dari ubat untuk kegunaan luar - Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan diarahkan berbuat demikian - Jangan simpan ubat di dalam kereta - Jangan simpan ubat di dalam bilik mandi - Jangan simpan ubat yang luput, rosak dan hilang label

Transcript of ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat...

Page 1: ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat demikian - Jangan simpan ... Lemah fungsi seks / impotensi (mati pucuk) 19. Penyakit

Kempen “Kenali Ubat Anda”

KEMPEN ‘KENALI UBAT ANDA’

PROJEK PENGGUNAAN UBAT BERKUALITI- KONSUMER (QUALITY USE OF MEDICINE-CONSUMERS, QUM-C)

ANJURAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN

Peserta dikehendaki untuk memilih mesej-mesej berikut dalam lukisan kartun:

1. PENGGUNAAN UBAT SECARA BETUL MELALUI KONSEP 5B, dimana

pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut sebelum mengambil ubat.

Perkara itu ialah:

- Pengguna Ubat Yang BETUL

- Ubat Yang BETUL

- Dos Yang BETUL

- Cara Pengambilan Ubat Yang BETUL

- Masa Yang BETUL

2. AMALKAN CARA PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT

- Simpan ubat mengikut suhu yang betul

- Elakkan simpan ubat di tempat yang terdedah kepada cahaya

matahari/haba

- Jauhkan dari kanak-kanak

- Asingkan ubat makan dari ubat untuk kegunaan luar

- Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan diarahkan

berbuat demikian

- Jangan simpan ubat di dalam kereta

- Jangan simpan ubat di dalam bilik mandi

- Jangan simpan ubat yang luput, rosak dan hilang label

Page 2: ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat demikian - Jangan simpan ... Lemah fungsi seks / impotensi (mati pucuk) 19. Penyakit

Kempen “Kenali Ubat Anda”

3. BERHATI-HATI BILA MENGAMBIL LEBIH DARI SATU JENIS UBAT

- Dapatkan nasihat daripada Ahli Farmasi/ Doktor anda apabila

mengambil lebih dari satu jenis ubat.

- kemungkinan berllaku kesan sampingan atau kesan percampuran

antara ubat yang negatif seperti muntah, cirit- birit atau pendarahan

yang berlebihan.

4. BERHATI –HATI DENGAN PROMOSI IKLAN

- Iklan ubat/perkhidmatan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berikut adalah

tidak dibenarkan:

1. Penyakit / kerosakan buah pinggang

2. Penyakit / kerosakan jantung

3. Kencing manis

4. Epilepsi / Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma / lelah

8. Kusta

9. Barah

10. Pekak

11. Ketagihan dadah

12. Hernia

13. Penyakit mata

14. Tekanan darah tinggi

15. Sakit mental

16. Kemandulan

17. Frigiditi

18. Lemah fungsi seks / impotensi (mati pucuk)

19. Penyakit Venereal (kelamin)

20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain timbul daripada atau

berhubung dengan perhubungan seks.

Page 3: ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat demikian - Jangan simpan ... Lemah fungsi seks / impotensi (mati pucuk) 19. Penyakit

Kempen “Kenali Ubat Anda”

5. BACA DAN FAHAMI LABEL UBAT ANDA

- Butiran-butiran yang perlu ada pada label sampul ubat dispens yang

diperolehi daripada farmasi / klinik adalah seperti di bawah:

1. Nama dan alamat pembekal ubat (farmasi / klinik)

2. Nama penuh ubat

3. Nama pesakit

4. Tarikh bekalan ubat

5. Nombor rujukan pada buku rekod

6. Arahan cara pengambilan ubat

7. Label “Ubat Terkawal / Controlled Medicine”

6. PASTIKAN SEMUA UBAT YANG ANDA BELI SECARA RUNCIT MEMPUNYAI

NAMA UBAT , KANDUNGAN UBAT, NO PENDAFTARAN DAN LABEL

HOLOGRAM MEDITAG YANG DISAHKAN OLEH KKM

- Contoh no pendaftaran mengikut kategori produk adalah seperti

berikut:

?? MAL 20030080X – Ubat OTC ditanda huruf ‘X’

?? MAL 06030856A – Ubat terkawal ditanda huruf ‘A’

?? MAL 08090340T – Ubat tradisional ditanda huruf ‘T’