ANJURAN BAHAGIAN SEJARAH PUSAT PENGAJIAN · PDF filehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu ......
Transcript of ANJURAN BAHAGIAN SEJARAH PUSAT PENGAJIAN · PDF filehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu ......
KERTAS CADANGAN
SEMINAR KEBANGSAAN “TAHUN 1945-57 DALAM SEJARAH MALAYSIA: ISU DAN PERDEBATAN”
ANJURAN
BAHAGIAN SEJARAH PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Dengan kerjasama
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA ARKIB NEGARA PULAU PINANG
Dan PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
PENGENALAN
Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Arkib Negara Malaysia dan IKSEP Melaka, bercadang untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan yang bertemakan “Tahun 1945-57 dalam Sejarah Malaysia: Isu dan Perdebatan” pada bulan Oktober 2010. Seminar yang dicadangkan akan berlangsung selama dua hari ini merupakan aktiviti kursus berterusan Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia yang beriltizam untuk menawarkan kursus-kursus singkat tetapi sarat dengan tujuan untuk memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada seluruh masyarakat. Tema ini dipilih berdasarkan keperluan dan kehendak yang kini semakin terdesak dalam kalangan sarjana, pemikir, pelajar, peminat sejarah dan seluruh ahli amsyarakat amnya untuk memahami perkembangan yang berlaku dalam satu sudut penting sejarah Malaysia iaitu tahun 1945-57, khususnya dari zaman pengenalan Malayan Union (1946) hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu (1957). Tempoh ini menyaksikan wujudnya bukan sahaja kemaraan kolonialisme dan terbinanya kemelut politik Melayu dan bukan Melayu, tetapi juga isu-isu lain seperti kemunculan parti politik, perjuangan kemerdekaan dan neo-kolonialisme. Pembentangan dalam seminar ini diharapkan akan mengupas isu-isu dan persoalan kontroversi yang menjadi perdebatan utama ahli sejarah memandangkan perkembangan antara 1945 dan 1957 itu masih menimbulkan percanggahan pendapat dan perbalahan. Dengan tujuan untuk mewujudkan suatu pandangan alternatif kepada pandangan sedia ada, yang kini dianggap ketinggalan zaman setelah dibukanya sumber-sumber baru mengenai sejarah Malaysia 1945-57, maka objektif seminar ini adalah untuk mencungkil pandangan atau persepktif baru dari kalangan sarjana, khususnya ahli sejarah. Seminar ini akan memberi peluang kepada seluruh sarjana untuk memberi idea-idea dan tafsiran baru dalam menguraikan isu-isu dan persoalan yang berkaitan dengan tempoh penting dalam perkembangan sejarah Malaysia itu. Kumpulan sasaran seminar ini adalah para sarjana, ahli politik, pensyarah, pegawai kerajaan, guru sekolah, penuntut universiti, pelajar sekolah dan orang perseorangan yang berminat dalam kajian sejarah negara.
Objektif:
1. Memberi peluang kepada sarjana untuk mengemukakan ide-idea dan tafsiran baru dalam mengrungkaikan isu-isu dan persoalan yang berkaitan dengan tempoh penting (1946-1957) dalam perkembangan sejarah Malaysia.
2. Mengenengahkan dan mencari pandangan baru tentang sejarah Malaysia melalui pembinaan ilmu dan pemikiran yang terbuka dan kritis.
3. Merangsang kepada pemikiran dan penulisan baru tentang sejarah Malaysia terutama dari segi pengkajian dan pentafsiran yang lebih seimbang, objektif dan menyeluruh.
Kandungan Seminar:
Isu-isu yang akan disentuh dalam tema besar seminar ini ialah tentang apa sahaja perkembangan sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan agama yang berkisar kepada perkembangan yang berlaku antara tahun 1945-57 mencakupi soal institusi kolonial, pemerintahan, perlembagaan, hubungan diplomatik, peranan media, dasar-dasar kerajaan, perundangan, kolonialisme, penentangan anti-kolonialisme, nasionalisme, kesedaran dan perjuangan politik, pergerakan parti politik, masalah kaum, komunisme, Darurat, kerjasama kaum, kemerdekaan, ketokohan, bahasa, pendidikan, ekonomi dan agama. Pendek kata, tema tentang tahun 1945-57, meskipun hanya berkisar kepada tempoh 12 tahun, tetapi sebenarnya ia adalah suatu tema yang amat besar dan penting dalam pengkajian sejarah Malaysia.
Pembentangan:
Ucap utama
(Cadangan)
1. Prof Dato Dr Ahmat Adam 2. PM Dr. Badriyah Haji Salleh
Pembentangan Kertas Kerja:
Kertas pembentangan akan dibuka kepada semua pengkaji, sarjana dan mereka yang berminat. Bayaran pembentangan akan dikenakan. Bagaimanapun ahli Bahagian Sejarah dijangkakan dapat terlibat sepenuhnya dalam seminar ini. Pemilihan tajuk mestilah berkaitan dengan tema yang diberikan.
Tarikh hantar abstark dan kertas kerja:
Abstrak: 30 Jun 2010
Kertas Kerja: 31 Ogos 2010
Kumpulan Sasaran:
Para sarjana, ahli sejarah, pensyarah, pelajar sarjana (M.A. dan Ph.D), guru sekolah, penuntut universiti, pelajar maktab, organisasi kerajaan, badan berkanun, agensi pelancongan dan orang perseorangan yang berminat dalam kajian sejarah Malaysia.
Jangkamasa Seminar:
Berlangsung selama 2 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Tempat Persidangan:
Butir-Butir Seminar:
Tarikh: 29-30 Oktober
Tempat: Dewan Kuliah A, Bilik-Bilik Mesyuarat PPIK
Jumlah peserta: Dianggarkan 200 orang
Bahasa Pengantar: Bahasa kebangsaan
Jawatankuasa Kerja:
Jawatankuasa Tugasan Ketua/Ahli
Penasihat Penasihat Utama seminar Dekan PPIK, Pengarah DBP
Pengerusi Memantau semua JK bagi memastikan urusan kolokium berjalan lancar
Dr. Azmi Arifin
Setiausaha Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat, surat menyurat kepada peserta, jemputan dll. Menyediakan aturcara program seminar dan mengurus program
PM Dr. Mahani Musa
Setiausaha II Dr. Nik Haslinda Nik Hussain
Bendahari Merencana, memantau belanjawan, merekod nama peserta, berurusan dengan pihak Bendahari dan membuka akaun
Dr. M. Hasrul Zakariah
Publisiti Menghebahkan seminar kepada peserta, membina tapak sesarang (website), hebahan kepada sekolah, badan kerajaan dsbnya
Dr. Azmi Arifin Prof Ooi Keat Gin
Kemudahan Fizikal Membuat tempahan dewan, bilik seminar, bunga, computer, menyediakan ‘backdrop’, brosur, dan kain rentang
Dr. Nazarudin Zainun
Protokol Memastikan urusan perasmian dan penutup berjalan lancar
Dr. K. Anbalakan, DBP dan ahli bahagian
Tugas-Tugas Khas Bag/folder/tag nama/cenderamata
Cik Faridah, Puan Rohaya, En. Roslan dan Cik Nadia
Kertas Kerja Menerima kertas kerja dan menyerahkan kepada pencetak. Menyediakan prosiding
PM Abdul Rahman Hj Ismail, DBP
Jamuan Menentukan pembekal makanan dan memantau hal jamuan pada hari seminar
Dr. Nik Haslinda
Perasmian: Naib Canselor USM
Penutup: Dekan PPIK
Yuran:
Pelajar sekolah: RM30.00
Pelajar Universiti: RM30.00
Pelajar Ijazah Tinggi: RM50.00
Guru Sekolah, Pensyarah Maktab, badan luar dan orang perseorangan: RM100.00
Individu: RM100.00
Anggaran perbelanjaan:
Pendapatan:
1. Yuran pembentangan Kertas Kerja 2. Yuran penyertaan 3. Penajaan – Sumbangan PPIK, Tabung VC, Apex, DBP, Geran, IKSEP, KPT, IKSEP Melaka, badan
korporat dll 4. Duit seminar lepas
Perbelanjaan:
1. Makan 2. Hotel 3. Percetakan - DBP 4. Perjalanan 5. Utiliti 6. Habis buang 7. Cenderahati
Penutup:
Kertas Cadangan disediakan oleh:
Dr. Azmi Arifin Seminar Kebangsaan “Tahun 1945-57 dalam Sejarah Malaysia: Isu dan Perdebatan”
Cadangan aktiviti: Hari pertama (29 Oktober) 800 pg – Pendaftaran 830 pg – Perasmian
- Ucaptama I (Prof. Ahmat Adam)
1030 – Kudapan pagi
1100-1230 – Sesi pembentangan 1 (A-B)
1230-300 – Makan, solat Jumaat
300-430 ptg – Sesi pembentangan 2 (A-B)
430 – Minum petang
5.00 – Bersurai
Hari Kedua (30 Oktober)
830 pg – Ucap Utama II ( D
Prof. Madya Dr. Badriyah Hj Salleh)
1000 – Sesi Pembentangan 3 (A-B)
1000-1030 – Kudapan pagi
1030-1230 – Forum I
- PM Abdul Rahman Haji Ismail - Prof Khoo Kay Kim - Prof Ramlah Adam
1230-200 – Makan tengahari
200-400 – Forum II
- Prof Abu Talib Ahmad - Prof Sharom Ahmat - Pm Dr. Badriyah Haji Salleh