ANNASLES

14
PENDAHULUAN: Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa bapa pensejarahan moden iaitu Leopold Van Ranke telah berjaya mengubah landskap pensejarahan khususnya dibarat dengan beberapa kaedah pensejarahan yang lebih mantap. Walau bagaimanapun tidak semua sarjana bersependapat dengan aliran sejarah yang dirintis olehnya seperti sekumpulan sarjana daripada Universiti Strasbourg yang telah menerbitkan sebuah journal bertajuk Annales d`histoire economique et sociale pada 1929 yang memuatkan kaedah-kaedah yang seharusnya diguna pakai untuk membuat penyelidikan sejarah, cara penyampaian dan penjelasan bagaimana sesuatu artikel sejarah ditulis. Lucian Febvre dan Marc Bloch adalah merupakan aktor penting disebalik penerbitan journal tersebut yang merupakan simbolik kepada luahan kekecewaan dan bantahan mereka terhadap pensejarahan tradisional. Aliran ini jelas sama sekali menolak pensejarahan tradisional yang pada kaca mata mereka telah terpesong dari misi sejarah untuk mencari kebenaran mutlak. Justeru, Aliran ini telah cuba untuk mentransformasikan ilmu sejarah dengan memberi nafas baru kepada kaedah yang digunakan supaya penulisan sejarah yang dihasilkan lebih bersifat saintifik dan

description

Sejarah Annales

Transcript of ANNASLES

Page 1: ANNASLES

PENDAHULUAN:

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa bapa pensejarahan moden iaitu Leopold

Van Ranke telah berjaya mengubah landskap pensejarahan khususnya dibarat dengan

beberapa kaedah pensejarahan yang lebih mantap. Walau bagaimanapun tidak semua sarjana

bersependapat dengan aliran sejarah yang dirintis olehnya seperti sekumpulan sarjana

daripada Universiti Strasbourg yang telah menerbitkan sebuah journal bertajuk Annales

d`histoire economique et sociale pada 1929 yang memuatkan kaedah-kaedah yang

seharusnya diguna pakai untuk membuat penyelidikan sejarah, cara penyampaian dan

penjelasan bagaimana sesuatu artikel sejarah ditulis. Lucian Febvre dan Marc Bloch adalah

merupakan aktor penting disebalik penerbitan journal tersebut yang merupakan simbolik

kepada luahan kekecewaan dan bantahan mereka terhadap pensejarahan tradisional. Aliran

ini jelas sama sekali menolak pensejarahan tradisional yang pada kaca mata mereka telah

terpesong dari misi sejarah untuk mencari kebenaran mutlak. Justeru, Aliran ini telah cuba

untuk mentransformasikan ilmu sejarah dengan memberi nafas baru kepada kaedah yang

digunakan supaya penulisan sejarah yang dihasilkan lebih bersifat saintifik dan menyeluruh.

Malahan sumbangan aliran Annales jelas sekali mendapat pengiktirafan daripada Traian

Stoianovich yang menghamburkan pujiannya terhadap aliran Annales di atas pembaharuan

yang dilakukan golongan ini dalam ilmu sejarah1. Walaupun transformasi yang dilakukan

oleh aliran annales dalam memantapkan bidang pensejarahan tidak dapat disangkal lagi,

namun masih terdapat juga kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan daripada kaedah-

kaedah yang diperkenalkan oleh aliran ini. Justeru, tugasan ini akan mengupas dengan lebih

lanjut mengenai pembaharuan yang cuba digagaskan oleh aliran Annales serta mengkaji

kelemahan-kelemahan yang wujud dalam aliran ini sehingga gagal untuk menarik hati

1

Page 2: ANNASLES

segelintir golongan sarjana-sarjana moden muktahir ini untuk mengaplikasikan kaedah yang

mereka rintis.

INOVASI ALIRAN ANNALES:

Kolektif:

Jika dibandingkan dengan pensejarahan tradisional yang hanya memaparkan watak-

watak golongan atasan sahaja seperti raja, pembesar, paderi dan pahlawan-pahlawan

terkemuka, Aliran Annales lebih bersifat kolektif dan menyeluruh tanpa mendiskriminasikan

golongan-golongan tertentu. Malahan peranan golongan bawahan sebagai aktor penggerak

sejarah tidak dinafikan haknya walaupun karya-karya pensejarahan tradisioanal seringkali

menyisihkan golongan bawahan ini. Pada masa yang sama juga, aliran Annales menyarankan

agar sejarah ditulis mencakupi keseluruhan tindakan kolektif masyarakat. Dalam erti kata

yang lain aliran Annales ini telah berusaha untuk merombak ciri-ciri pensejarahan tradisional

yang hanya tertumpu kepada golongan atasan semata-mata khususnya pihak istana dan

pemerintah. Hal ini kerana bagi mereka untuk mengkaji sesuatu sejarah, seseorang sarjana itu

perlulah mengkaji keseluruhan sesuatu lapisan masyarakat tersebut serta kajian yang

dilakukan mestilah merangkumi adat resam, budaya, undang-undang dan bahasa agar

analisis dan interprestasi yang dibuat oleh seseorang sejarawan itu dapat mencerminkan

gambaran keseluruhan sejarah sesuatu masyarakat. Tambahan pula aliran Annales cuba untuk

mengubah kiblat para sarjana pensejarahan tradisional yang selama ini cenderung memberi

penekanan yang kepada negara dan individu, sebaliknya kepada entiti keseluruhan sesuatu

masyarakat2. Sebagai contoh, jika seseorang sarjana ingin mengkaji tentang kemunculan

Melaka sebagai empayar maritim yang menjadi tumpuan ramai di Nusantara pada abad ke-13

maka sarjana tersebut tidak boleh menghasilkan inteprestasinya dengan hanya menjalankan

penyelidikan terhadap pemerintah Melaka semata-mata. Hal ini kerana adakah elemen-

elemen lain sepertti orang laut, penduduk tempatan, peniaga, adat resam, undang-undang laut 2

Page 3: ANNASLES

Melaka, dan bahasa Melayu sebagai linggua Franca pada ketika itu tidak menyumbang

kearah kemunculan Melaka selaku empayar maritim yang terkuat di Nusantara? Hal ini turut

memperkukuhkan lagi gagasan Histoire totale yang menyatakan bahawa terdapatnya

interaksi timbal balik antara fenomena-fenomena sosial dimana kecekapan orang laut dalam

mengawal perairan Melaka telah menarik pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Oleh

itu, undang-undang diperlukan melicinkan urusan perniagaan serta Bahasa Melayu digunakan

sebagai bahasa rasmi meliputi urusan perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai empayar

maritim yang menjadi tumpuan ramai di Nusantara3. Hal ini selaras dengan saranan yang

dikemukakan oleh para pelopor aliran Annales agar para sarjana tidak menyempitkan ruang

lingkup kajian mereka dengan hanya menfokuskan kajian mereka terhadap individu, negara

dan politik semata-mata dan sebaliknya mereka menegaskan bahawa sejarah seharusnya

mengkaji tentang masyarakat sehingga ke akar umbinya. Hal ini kerana dengan hanya

mengkaji sesuatu tokoh atau individu maka adalah sukar untuk mengetahui dan memperoleh

gambaran keseluruhan tentang sesuatu peristiwa. Pada masa yang sama, Aliran Annales ini

turut mengkritik tajam kelemahan sarjana-sarjana pensejarahan tradisional yang

mengetepikan pengaruh alam fizikal seperti iklim dan geografi terhadap tingkah laku sesuatu

masyarakat. Bagi golongan sarjana yang berpegang pada aliran Annales, mereka cuba untuk

tidak menyempitkan ruang lingkup disiplin sejarah sebaliknya cuba meluaskannya dengan

mengambil kira faktor fizikal dalam kajian sejarah sama seperti yang disarankan oleh Paul

Vidal De Blache dalam teorinya iaitu penentuan alam sekitar yang turut dikenali sebagai

determinisme dan environmentalisme. Dalam erti kata yang lain aliran Annales cuba melihat

hubungkait faktor persekitaran sebagai salah satu aspek kajian sejarah mereka. Hal ini jelas

merupakan satu elemen baru dalam kaedah sejarah dimana peranan alam sekitar seperti

pokok, sungai, laut, hutan, iklim turut diambil kira oleh sarjana untuk membuat interprestasi

kajian sejarah. Umumnya memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor fizikal sesuatu

3

Page 4: ANNASLES

kawasan akan mempengaruhi tindakan sesuatu masyarakat seterusnya mencorakkan sejarah

silam kawasan tersebut misalnya, masyarakat orang laut dikatakan mahir dalam bidang

kelautan kerana faktor geografi kawasan petempatan mereka iaitu dipinggir pantai dan juga

muara sungai disamping aktiviti seharian mereka yang menjurus ke dalam bidang kelautan

seperti nelayan dan aktiviti perlanunan sehinggakan mereka mahir tentang selok-belok di

lautan4. Hal ini selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh Aristotle dalam bukunya

iaitu “Politics” dimana beliau telah menghuraikan tentang pemerhatiannya secara terperinci

tentang alam sekitar, tapak, keadaan dan sumber bandar raya Yunani. Pengaruh alam sekitar

dapat dilihat dengan jelas dalam petikan berikut:

“ ...Penduduk dalam negara-negara lebih sejuk di eropah adalah berani tetapi kekurangan dari segi pemikiran dan kemahiran teknik. Akibatnya, mereka kekal bebas lebih lama berbanding dengan orang lain di Eropah. Namun begitu, mereka juga berkurangan dari segi organisasi politik dan justeru itu, tidak sanggup untuk memerintah Negara jiran-jiran mereka. Sebaliknya orang Asia pula penuh dengan pemikiran dan berkemahiran teknik yang tinggi tetapi kekurangan daripada segi politik, oleh itu mereka sentiasa kekal berada dalam keadaan keabdian....”5

Oleh itu, sarjana Annales telah menitik beratkan kajian sejarah mereka dalam aspek

pengaruh alam sekitar terhadap masyarakat di sesuatu kawasan serta bagaimana tindak balas

dan reaksi masyarakat tersebut terhadap alam fizikal disekeliling mereka. Oleh kerana ingin

mengelakkan daripada bias terhadap golongan atasan sahaja maka Annales telah

menyarankan kepada para sarjana agar tidak terlalu bergantung kepada sumber arkib

semata-mata seperti yang disarankan oleh Ranke. Hal ini kerana dokumen-dokumen

berkaitan dengan segala kerajaan yang terdapat di arkib adalah dicatatkan dan diselenggara

oleh kerajaan bermungkin besar akan ditokok tambah untuk kepentingan pihak tertentu.

Jadi, Annales menyarankan agar para sejarawan yang ingin mengkaji sesuatu peristiwa itu

supaya melakukan kajian luar dengan turut turun padang untuk mengumpul maklumat lisan

4 5

Page 5: ANNASLES

seperti yang dilakukan oleh Herodotus semasa mengkaji perang Parsi6. Pada masa yang

sama, Annales telah mengalakkan para sarjana agar menggunakan data-data seperti rekod-

rekod hospital dan tentera, daftar penduduk, daftar kematian, daftar tanah, bancian, wasiat,

fail-fail pertubuhan atau persatuan, parti politik, perniagaan, rekod swasta sebagai sumber

primer untuk dianalisis dan dikritik seterusnya dibandingkan dengan dokumen-dokumen

rasmi kerajaan yang terdapat di Arkib untuk mendapatkan sumber yang sahih7.

Longue duree:

Aliran Annales juga telah menolak pembahagian zaman yang telah dilakukan oleh

sejarawan-sejarawan tradisional seperti pembahagian zaman mengikut nabi-nabi oleh

sejarawan pensejarahan kristian dan pensejarahan marxisme yang membahagikan zaman

mengikut zaman ekonomi iaitu asiatik, silam, feudal dan kapatalisme. Hal ini kerana tindakan

membahagikan zaman tersebut merupakan penghalang kepada usaha mengkaji sejarah secara

keseluruhan dan bersepadu. Oleh itu, aliran Annales telah membahagikan sejarah kepada tiga

aspek yang berlandaskan panjang tempoh masa sesuatu kajian sejarah itu. Aspek yang

pertama ialah longue duree atau tempoh panjang seperti yang dirintis oleh Braudel, iaitu

peristiwa-peristiwa yang memakan masa tempoh yang begitu panjang iaitu antara seratus

hingga dua ratus tahun dan memaparkan rentak perubahan yang perlahan. Hal ini kerana

golongan Annales tidak mengkaji peristiwa sejarah yang memakan masa lima hingga enam

tahun seperti perang dunia kedua kerana peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang singkat

tidak dianggap sejarah oleh aliran Annales. Oleh itu, kefahaman tentang longue duree

memerlukan penelitian yang rapi mengenai hubung kait antara hal-hal seperti keadaan alam

semula jadi, keperluan kebendaan manusia, serta idea yang mendukung kehidupan kolektif

masyarakat. Aspek yang kedua ialah conjuncture iaitu kejadian-kejadian sosial yang berubah

6 7

Page 6: ANNASLES

dengan rentak yang lebih cepat berbanding longue duree iaitu peristiwa yang berlaku hanya

dalam tempoh masa dua puluh hingga enam puluh tahun sahaja8. Kebiasaannya peristiwa

yang dikategorikan dalam conjuncture peristiwa yang berorientasikan kehidupan sosial

seperti bidang ekonomi iaitu hal-hal berkaitan dengan turun naik harga dalam satu tempoh

tertentu dianggap satu kitaran ekonomi. Kategori yang berikutnya pula ialah episodic atau

episode iaitu sesuatu yang berubah dengan cepat misalnya perkara-perkara yang begitu cepat

seperti hal yang berhubungan dengan individu khususnya aktiviti politik. Jadi, Annales

beranggapan episodic adalah tidak berguna untuk kajian sejarah dan langsung tidak boleh

diguna pakai jika dibandingkan dengan longue duree dan conjuncture. Pada masa yang

sama, aliran Annales turut mengkritik kaedah yang digagaskan oleh Ranke iaitu penulisan

secara naratif yang hanya sesuai jika sejarah adalah berkenaan dengan evenementielle

semata-mata kerana gagal untuk membezakan antara fakta dan idea. Hal ini kerana golongan

Annales akan mengaplikasikan kaedah histoire probleme untuk menganalisis secara kritis

terhadap persoalan-persoalan tentang masa lampau. Kelemahan penulisan sejarah naratif ini

turut diakui oleh Braudel. Justeru, Breuedel telah dalam karyanya iaitu The Mediterranean

World In The Age Of Philip ii telah membahagikan karyanya itu kepada tiga bahagian

dimana bahagiaan akhir bukunya itu disusun mengikut secara naratif manakala dalam dua

bab yang lain beliau mengupas dengan teliti isu-isu hubungan antara manusia dengan alam,

sistem sosial, ekonomi, budaya, serta kejadian politik dan penduduk selaras dengan

prinsipnya yang menganalogikan peristiwa hanyalah umpama bahagiaan permukaan lautan

sejarah yang tidak setanding dengan isinya yang terlalu dalam9.

Kajian antara displin:

8 9

Page 7: ANNASLES

Bagi memperluaskan lagi ruang lingkup kajian sejarah selari dengan luasnya tempoh

masa kajian sejarah itu dijalankan maka aliran Annales telah menyarankan agar kombinasi

ilmu dalam bidang geografi, sains, ekonomi, sosiologi, antropologi dikolobrasikan dan

diaplikasikan dalam ilmu sejarah agar hasil yang diperolehi daripada sesuatu kajian itu lebih

saintifik. Kaedah tersebut amat ditekankan oleh aliran Annales kerana hanya melalui

kombinasi bidang-bidang tersebut maka sesuatu kajian terhadap masyarakat dapat ditinjau

dengan lebih mendalam lagi. Disamping itu, kerjasama ini dapat menampung kelemahan-

kelemahan yang ada dalam bidang sejarah dan umum mengetahui bahawa terdapat jalinan

yang erat antara ilmu sejarah dengan bidang-bidang sains kemasyarakatan. Hal ini selaras

dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sejarawan tempatan iaitu Khoo Kay Kim yang

menyatakan bahawa trend sejarah kini adalah lebih cenderung menitik beratkan

perkembangan dalam sejarah itu sendiri dan bukannya mengutamakan peristiwa dalam

sejarah. Justeru, beliau amat mengalakkan agar segala unsur seperti politik, ekonomi dan

sosial perlu diambil kira dalam usaha untuk memahami dan menganalisis sesuatu proses

dalam masyarakat10. Dalam erti kata yang lain, sejarah yang akan terhasil adalah sejarah yang

berhaluan masayarakat sama seperti yang diperjuangkan oleh aliran Annales. Bagi

memastikan inovasi kaedah menggabungkan kepakaran dengan bidang sains kemasyarakatan

terus diaplikasikan maka, aliran Annales telah membentuk Sixieme Section yang merupakan

satu organisasi yang menggabungkan pakar-pakar dari bidang-bidang sains kemasyarakatan

dan juga sejarah yang sama-sama berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan

kajian11. Hal ini kerana kaedah untuk mengkaji trend sosial dan budaya adalah berbeza

dengan kaedah mengkaji politik kerana kedua-duanya lebih memerlukan penjelasan

berstruktur bukannya kronologi peristiwa12. Justeru, mahu tidak mahu kepakaran dalam

bidang sains kemasyarakatan perlu diaplikasikan. Kecenderungan golongan Annales untuk

10 11 12

Page 8: ANNASLES

mengadaptasi penggunaan kaedah kuantitatif dalam kajian sejarah telah dipelopori oleh

F.Simiand yang berjaya mengenal pasti kitaran ekonomi eropah dan mengaitkannya dengan

perubahan sosial dan politik dengan mengumpul data seterusnya menyusun data tentang

harga dan upah di Eropah13. Kejayaan ini telah menarik minat para sarjana untuk

mengaplikasikan kaedah kuantitatif ini misalnya Radin M. Fernando dalam bukunya iaitu

Murder Most Foul telah menggunakan data kuantitatif mengenai daftar rekod-rekod

perniagaan Belanda yang menunjukkan bilangan keluar masuk kapal asing dan tempatan.

Maka, berdasarkan statistik yang diperolehinya, beliau telah menyangkal dakwaan bahawa

kemajuan Melaka adalah dijana pedagang asing semata-mata sebaliknya beliau menunjukkan

peranan pedagang tempatan dalam memajukan perdagangan pelabuhan Melaka berdasarkan

statistik kapal-kapal dan perahu-perahu pedagang tempatan yang lebih kerap menggunakan

pelabuhan walaupun terdapat beberapa peraturan dan juga sekatan yang dilakukan oleh

Belanda. Oleh kerana kekerapan bergantung dengan kaedah kuantitatif maka, aliran Annales

cenderung untuk menggunakan bantuan komputer dalam membantu mereka memperolehi

dan kemudiannya memproses data yang kadang kala melibatkan pengiraan dan perhitungan

yang agak rumit bagi membantu sarjana membuat interprestasi berdasarkan angka-angka

yang diperolehi daripada data statistik. Disamping itu, kemahiran dalam antropologi dan juga

sosiologi turut diaplikasikan untuk mengkaji undang-undang bagi memberi gambaran

sebenar mengenai masa lalu. Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa Melaka adalah

sebuah kerajaan maritim yang tertumpu kepada bidang kelautan walau bagaimanapun,

melalui kajian dan analisis terhadap fasal-fasal yang terkandung dalam undang-undang

Melaka adalah didapati bahawa terdapat fasal yang berkaitan aspek pertanian. Hal ini

sekaligus menunjukkan bahawa terdapat juga aktiviti pertanian yang dijalankan di Melaka

disamping aktiviti kelautan. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa kombinasi ilmu sejarah

13

Page 9: ANNASLES

dengan ilmu-ilmu dalam bidang lain seperti sains kemasyarakatan dan sains tulen seperti

yang digagaskan oleh Annales telah memantapkan lagi kaedah sejarah.