ANSUR MAJU LONTAR PELURU.docx

5
ANSUR MAJU LONTAR PELURU ALATAN Bola Lisut Peluru **bilangan mengikut jumlah murid PENDAHULUAN Memanaskan badan Menjelaskan secara mudah kepada murid tentang lontar peluru Seperti : Jelas tentang acara lontar peluru Alat yang digunakan? Saiz peluru. Olahragawan lontar peluru ANSUR MAJU 1 (MEMBENTUK MINAT) Pecahkan murid kepada dua kumpulan dan jarakan mereka 5 meter menghadap antara satu sama lain. Berikan setiap murid kumpulan A sebiji bola lisut. Arahkan pelajar kumpulan A passing bola kepada kumpulan B dengan cara melontar. Murid kumpulan B tangkap bola yang dilontar. Arahkan pelajar kumpulan B passing bola kepada kumpulan A dengan cara melontar. Murid kumpulan A tangkap bola yang dilontar.

Transcript of ANSUR MAJU LONTAR PELURU.docx

ANSUR MAJU LONTAR PELURU

ALATAN

Bola Lisut

Peluru

**bilangan mengikut jumlah murid

PENDAHULUAN

Memanaskan badan

Menjelaskan secara mudah kepada murid tentang lontar peluru

Seperti :

Jelas tentang acara lontar peluru

Alat yang digunakan? Saiz peluru.

Olahragawan lontar peluru

ANSUR MAJU 1 (MEMBENTUK MINAT)

Pecahkan murid kepada dua kumpulan dan jarakan mereka 5 meter menghadap antara satu sama lain.

Berikan setiap murid kumpulan A sebiji bola lisut.

Arahkan pelajar kumpulan A passing bola kepada kumpulan B dengan cara melontar. Murid kumpulan B tangkap bola yang dilontar.

Arahkan pelajar kumpulan B passing bola kepada kumpulan A dengan cara melontar. Murid kumpulan A tangkap bola yang dilontar.

Ulang 2 set.

ANSUR MAJU 2 (CARA MEMEGANG PELURU)

Guru memberikan semua pelajar sebiji bola lisut. Murid mengelilingi guru dalam kedudukan U

Guru menujukan cara pegang

bola lisut harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking member sokongan sisian.Pergelangan tangan haruslah membengkok lurus (flexed).

Murid tidak boleh memegang bola lisut di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan murid yang baru belajar melontar peluru.

Guru memperkenalkan 2 teknik asas memegang peluru.

i. Teknik memegang peluru dengan 3 jari .

Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.

ii. Teknik memegang peluru dengan 5 jari

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah kerana saiz tangan mereka yang kecil.

ANSUR MAJU 3 (MENYOKONG PELURU)

Letakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan pangkal tangan menghadap keluar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.

ANSUR MAJU 4 (BERDIRI DI POSISI)

Berdiri dengan kaki terbuka,

rendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan tangan berada di pinggul.

Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki kanan).

Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah

bahu kirinya menghala kearah lontaran

ANSUR MAJU 5 (LATIHAN PUSINGAN PINGGANG)

Semasa menolak dari kaki belakang berat badan harus dinaikkan (semasa kaki belakang diluruskan) memutar dan bergarak ka hadapan di atas kaki depan (kaki kiri).

Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki yang masih menyentuh tanah.

Buat beberapa sesi pusingan (rajah b)

ANSUR MAJU 6 (LATIHAN PUSINGAN PENUH 1)

Dengan memegang bola lisut ,ambil posisi berdiri seperti digambarkan (rajah c)

Pastikan sudut lontaran 45 darjah.

Menolak lengan ke hadapan dan ke atas.(rajah d)

ANSUR MAJU 7 ( LATIHAN PUSINGAN PENUH 2)

Dengan memegang bola lisut ,ambil posisi berdiri berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada tinggi.(rajah e).

Putarkan tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas tolakan kaki dan tarikan badan diperolehi,di mana pergerakan untuk mendapatkan semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah faul,langkah pemulihan patut dipelajari.(rajah f)

Pemulihan, kedua-dua kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki belakang sampai ke papan penahan.(rajah g)

Dengan menggunakan bola lisut lakukan sekurang-kurangnya 3 sesi pusingan penuh.

ANSUR MAJU 9 ( PERTANDINGAN KECIL)

Bawa pelajar ke balapan lontar peluru

Pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat pertandingan.

Cikgu membuat satu garisan 5m dari jarak melontar dan pelajar perlu melontar bola lisut tadi melepasi garisan tersebut. Murid yang melontar melepasi garisan mendapat 2 mata dan sekiranya tidak melepasi garisan pula menperoleh 1 mata.

Dengan menggunakan teknik yang dipelajari, murid perlu melontar bola lisut melepasi garisan.

Kemudian, guru boleh menukar bola lisut berkenaan kepada peluru yang sebenar agar murid dapat mencuba dan merasai melontar peluru yang sebenar.