Antara Kebaikan Permainan Tradisional

download Antara Kebaikan Permainan Tradisional

of 1

Transcript of Antara Kebaikan Permainan Tradisional

  • 8/2/2019 Antara Kebaikan Permainan Tradisional

    1/1

    Antara kebaikan permainan tradisional Tuju Tin ini ialah ia dapat merapatkan

    hubungan antara peserta dan pihak penganjur. Seperti mana yang diketahui, sebelum

    permainan tradisional ini kami sebagai senior tidak mengenali junior. Namun begitu,

    dengan penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini ia dapat mengeratkan

    hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

    Selain itu, melalui permainan ini juga para peserta dapat memupuk sikap bekerjasama

    dan saling memberikan dorongan serta semangat di antara satu sama lain.

    Selain daripada itu, kebaikan lain yang dapat diperolehi ialah para peserta dapat

    mengingat kembali cara bermain tuju tin walaupun sudah lama tidak bermain

    permainan ini dan melalui permainan ini juga dapat menambahkan ilmu kepada sesiapa

    yang tidak pernah tahu akan kewujudan permainan ini dan cara bermain tuju tin

    mengikut peraturan.

    Bukan itu sahaja, melalui permainan ini para peserta dapat mengisi masa lapang

    dengan perkara yang berfaedah. Sekurang-kurangnya melalui permainan sebegini

    mampu menghindari remaja dan belia dari terlibat ke kancah gejala yang tidak sihat.