Antara Ulama’ Dan Umara’ - jaik.gov. Antara contoh terbaik...

download Antara Ulama’ Dan Umara’ - jaik.gov. Antara contoh terbaik ulama' ialah Al-Imam Malik bin Anas

of 6

  • date post

    05-May-2019
  • Category

    Documents

  • view

    212
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Antara Ulama’ Dan Umara’ - jaik.gov. Antara contoh terbaik...

1

Antara Ulama Dan Umara

Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafiz

2

KHUTBAH: ANTARA ULAMA' DAN UMARA'

:

Mafhumnya; "Wahai sekalian manusia yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hen-daklah setiap kamu melihat apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat menge-tahui akan apa yang kamu kerjakan"

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

06 Julai 2018/23 Syawal 1439

Khutbah Jumaat 2018

3

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar taqwa, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ulama' dan Umara'; yakni pemimpin adalah merupakan dua golongan manusia yang sangat penting dalam sesuatu komuniti masyarakat. Kedua-dua golongan ini perlu ber-satu dan bernaung di bawah naungan yang satu iaitu di bawah naungan agama atau "Ad-Din". Kedua-dua golongan ini juga adalah merupakan pewaris kepada Nabi Mu-hammad s.a.w. Ulama' mewarisi ilmu daripada Nabi s.a.w, manakala umara' pula me-warisi kepimpinan atau politik daripada Nabi s.a.w. Ilmu dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada Islam, begitu jugalah ulama' dan umara'. Merekalah 'ilmu' dan 'politik' bagi seluruh umat Islam. Muslimin sidang Jumaat yang dikasihi, Ulama' merupakan golongan yang memikul amanah daripada Allah untuk menyam-paikan ilmu, mendidik serta membimbing umat manusia ke jalan yang benar. Tanpa ulama', manusia akan berterusan berada dalam keadaan jahil dan sesat, dan akhirnya mereka akan bertindak dalam menguruskan kehidupan mereka mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Rasulullah s.a.w. pernah menyifatkan para ulama' seperti bintang-bintang di langit dengan sabdanya yang bermaksud : "Bandingan para ulama' di dunia ini samalah seperti bintang-bintang di langit. Ia menjadi pedoman atau panduan dalam kegelapan di laut dan di darat. Jika bin-tang-bintang itu pudar atau hilang , maka mereka yang mengikutinya juga akan sesat". (Riwayat Imam Ahmad) Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi, Umara' atau pemerintah pula adalah satu keperluan yang pasti bagi umat manusia. Tanpa umara' masyarakat akan menjadi kacau bilau, malah syariat tidak akan dapat ditegakkan serta dilaksanakan. Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa umara' merupakan perisai kepada ummah. Sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang pemimpin itu adalah perisai, rakyat akan berperang di belakangnya dan berselindung di sebaliknya. Apabila dia memerintahkan rakyatnya untuk bertaqwa kepada Allah serta bertindak adil, maka dia akan mendapat pahala. Tetapi jika dia memerintah dengan selain daripada itu, maka dia akan mendapat akibat yang buruk hasil dari perbuatannya itu".

(Riwayat Muslim, 9/376, no: 3428)

4

Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada diri seseorang ulama' ialah; 1. Ulama' jangan sesekali merasa hina atau tersisih. Ini kerana mereka adalah golongan yang mulia. Masyarakat jangan sesekali memperkecil-kecilkan atau me-rendah-rendahkan kedudukan mereka. Ini kerana mereka adalah merupakan go-longan mulia dan yang harus dihormati oleh seluruh masyarakat. 2. Ulama' jangan sesekali tunduk kecuali kepada kebenaran. Jangan tunduk kepada kuasa atau kebatilan. Para ulama' perlu menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit untuk diperkatakan. 3. Ulama' jangan takut kepada pemimpin yang berkuasa dalam menyatakan kebenaran. Para ulama' mesti sentiasa memberi nasihat dan panduan serta tun-juk ajar kepada pemimpin atau umara'. Jangan sesekali lari dan membiarkan ke-jahatan dan kezaliman berleluasa dan bermaharajalela. Maka ulama' tidak boleh meninggalkan umara' berseorangan dalam memimpin masyarakat. Inilah sebahagian daripada ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam diri ulama'. Antara contoh terbaik ulama' ialah Al-Imam Malik bin Anas (r.h), seorang Imam dan Ulama' yang tegas dalam menyatakan kebenaran, Sentiasa menjaga kemuli-aan ilmu dan jati diri sebagai seorang ulama'. Beliau bukan saja disegani dan di-hormati dengan ketinggian ilmunya, bahkan digeruni oleh khalifah dan umara' pada ketika itu. Manakala antara contoh yang terbaik di kalangan umara' atau pemimpin pula adalah Saidina Umar bin Al-Khattab (r.a.) Sentiasa menjaga syariat Allah s.w.t. serta menjaga hubungannya dengan Allah dan sesama manusia. Merendah diri dan tidak pernah merasakan jawatan khalifah atau ketua yang dimilikinya se-bagai satu kemegahan dan kebanggaan. Bahkan merasakan ia merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dijaga dipikul dan dipelihara serta dilaksanakan dengan baik. Saidina Umar Al-Khattab (r.a) pernah memberi nasihat kepada gabenornya, Abu Musa Al-Asy'ari (r.a.) yang bermaksud ; "Pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa baha-gia dan gembira dengannya. Manakala pemimpin yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa sengsara hidup dengannya. Ingat, jan-gan hidup mewah. Kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingan kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila berada di padang rumput yang menghijau ia akan makan dengan banyaknya sehingga men-jadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya, kerana ia akan disembelih untuk dimakan oleh tuannya".

06 Julai 2018/23 Syawal 1439

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

5

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Ulama' dan umara' disifatkan secara bersama sebagai faktor kebaikan ummah. Sebuah athar ada menyebut ;

.(1)

Mafhumnya : ''Ada dua golongan di dalam kalangan manusia, apabila mereka baik maka seluruh manusia akan menjadi baik, apabila mereka rosak maka seluruh manusia akan menjadi rosak, iaitulah ulama' dan umara''

Pesanan buat para ulama' dan umara'. Renungi dan amatilah petikan daripada kata-kata Hujjatu Al-Islam, Al-Imam Al-Ghazali (r.h) yang bermaksud ; ''Sesungguhnya rakyat rosak disebabkan pemerintah (yang zalim), dan pemerintah pula rosak disebabkan ulama' (yang jahat). Sementara ulama' pula akan rosak jika mereka tamakkan harta dan pangkat. Maka sesiapa yang dikuasai oleh kecintaan kepada dunia, dia tidak akan mampu memberi nasihat walaupun kepada orang bawahan, apa lagi kepada pemerintah dan pem-besar''.

- :

1 .Diriwayatkan oleh Abu Naim, Halyah al-Awliya wa Talaqat Al-Asfiya

06 Julai 2018/23 Syawal 1439

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

6

Maksudnya :

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah ba-talnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

.

06 Julai 2018/23 Syawal 1439

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018